PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Monday, December 16, 2013

Syahid yang tertangguh n Pelajar Tahfiz Kok Lanas Dibunuh Bukan Gantung Bunuh Diri

Ahmad Ammar Ahmad Azam Pelajar Malaysia Dimuliakan Di Turki

Published Wednesday, November 20, 2013 By . Under isu semasa    
 3872  372 

Ahmad Ammar Ahmad Azam pelajar Malaysia dimuliakan di Turki. Dilaman Sosial, video kenangan Ahmad Ammar menjadi perkongsian sehinggakan individu boleh sebak dan mengalirkan air mata jika menonton kisah perjalanan pemuda yang berusia 20 tahun itu. Untuk info, Ahmad Ammar telah pun meninggal dunia pada 2 November 2013 jam 1.30 petang akibat dilanggar ambulan ketika melintas jalan di Istanbul, Turki. Jenazah Ahmad Ammar dimuliakan di Turki kerana beliau merupakan pemuda yang banyak berjasa kepada masyarakat dan juga dalam ilmu agama dan aktif dalam berdakwah. Selain itu, pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia seperti di Syria dan sebagainya. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid dalam kehidupannya. Namun, kematiannya akibat kemalangan jalan raya pada 2 November lalu telah menyebabkan beliau digelar sebagai  "Syahid yang tertangguh" oleh para sahabatnya.

Ahmad-Ammar-Ahmad-Azam

Biodata Ahmad Ammar Ahmaz Azam

Ahmad Ammar Ahmad Azam yang berusia 20 tahun merupakan pelajar cemerlang tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul. Ahmad Ammar telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu 2 November 2013 akibat kemalangan jalan raya. Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau juga merupakan pelajar  cemerlang SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja dan memilih menyambung pengajian dalam bidang Sejarah di Turki.

Punca Ahmad Ammar Ahmad Azam Dimuliakan Di Turki

Pada umur yang masih muda, Ahmad Ammar telah mengembara banyak tempat untuk menuntut ilmu, menimba pengalaman dan mencurah bakti untuk kesejahteraan ummah tanpa mengira bangsa dan agama. Selain itu, beliau juga telah menjadi sukarelawan untuk menyertai misi kemanusiaan seperti di negara Syria. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid ketika menyertai misi kemanusiaan. Selain itu, Ahmad Ammar amat dikenali kerana mempunyai budi pekerti yang baik, tekun, berdisiplin, taat, bercita-cita tinggi dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Ahmad Ahmad juga dihormati sebagai seorang yang kuat ilmu agama dan aktif dalam dakwah memperjuangkan agama Islam.

Keistimewaan Jenazah Ahmad Ammar Di Turki

Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya', panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.

Video Kisah Kehidupan Ahmad Ammar Ahmad Azam

Gambar Pengebumian Ahmad Ammar Ahmad Azam

Ahmad Ammar Ahmad Azam

Ahmad-Ammar-Ahmad-Azam-3

Ahmad-Ammar-Ahmad-Azam-2  Ahmad-Ammar-Ahmad-Azam-6

Ahmad-Ammar-Ahmad-Azam-4

Ahmad-Ammar-Ahmad-Azam-5

Ahmad-Ammar-Ahmad-Azam-7

Gambar Terkini Kubur Pusara Ahmad Ammar Ahmad Azam

gambar kubur ahmad ammar



Sumber: Ahmad Ammar Ahmad Azam Pelajar Malaysia Dimuliakan Di Turki | melvister.com 


Pelajar Tahfiz Kok Lanas Dibunuh Bukan Gantung Bunuh Diri

Published Saturday, December 14, 2013 By . Under isu semasa    
 233  48 

Pelajar Tahfiz Kok Lanas Kelantan mati dibunuh bukan gantung bunuh diri seperti yang didakwa sebelum ini. Berdasarkan laporan bedah siasat, terdapat kesan tikaman pada bahagian perut mangsa. Terdahulu, penemuan mayat Wan Ahmad Fariz pelajar berusia 16 tahun yang ditemui mati tergantung dalam sebuah tandas asrama pada 12 Disember 2013 telah menimbulkan pelbagai persoalan sama ada mangsa bunuh diri atau dibunuh. Lebih mengejutkan lagi apabila terdapat kesan darah diatas lantai dimana mayat mangsa ditemui tergantung. Polis turut mengesahkan bahawa mangsa sudah meninggal dunia kira-kira tiga hari yang lalu.

bunuh diri 2

Identiti Pelajar Maahad Tahfiz Kok Lanas Kelantan Bunuh Diri

  • Nama Penuh: Wan Ahmad Faris Bin Wan Abdul Rahman
  • Umur: 16 Tahun
  • Status: Pelajar Tingkatan 4 Sekolah Tahfiz Sains Nurul Aman Kok Lanas

Punca Kematian Pelajar Tahfiz Kok Lanas Kelantan

Laporan bedah siasat di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu mendapati terdapat kesan tikaman pada perut mangsa. Pelajar itu juga disahkan sudah meninggal dunia pada 72 jam yang lalu berdasarkan keadaan fizikal mayat mangsa. Mangsa turut dipercayai dibunuh sebelum digantung dalam tandas asrama terbabit. Pihak keluarga mangsa berharap agar tiada pihak yang melemparkan tomahan bahawa anak mereka yang juga pelajar Tahfiz telah membunuh diri.

Kronologi Kisah Penemuan Mayat Pelajar Tahfiz Kok Lanas

12 Disember 2013: Mayat mangsa pelajar berusia 16 tahun ditemui oleh seorang penyelia asrama Zul Atfi Mohamad setelah menghidu bau busuk didalam sebuah tandas yang terkunci dari dalam. Mayat ditemui dalam keadaan separuh bogel dengan hanya memakai baju dan jaket manakala lehernya diikat dengan kain pelekat tergantung dalam tandas dan terdapat kesan darah dan najis di lantai bilik air tersebut. Mangsa dilaporkan sudah meninggal dunia 3 hari yang lalu. Laporan awal polis mengesahkan kematian mangsa sebagai mati mengejut.

13 Disember 2013: Keputusan bedah siasat mendapati mangsa mati dibunuh sebelum digantung berdasarkan kesan tikaman pada perut mangsa.

Luahan Ibu Bapa Keluarga Mangsa

luahan-bapa-mangsa

Gambar Pelajar Tahfiz Kok Lanas Dibunuh Bukan Gantung Bunuh Diri

bunuh diri 2

bunuh diri

mayat 1

mayat 2

mayat mangsa



Sumber: Pelajar Tahfiz Kok Lanas Dibunuh Bukan Gantung Bunuh Diri | melvister.com 

Gambar Pelajar Maahad Tahfiz Kok Lanas Kelantan Bunuh Diri

Published Friday, December 13, 2013 By . Under isu semasa    
 162  48 

Gambar Wan Ahmad Faris Bin Wan Abdul Rahman pelajar Sekolah Maahad Tahfiz Kok Lanas Kelantan bunuh diri tersebar. Identiti pelajar yang dilaporkan ditemui mati dalam keadaan tergantung sudah dikenalpasti oleh keluarga mangsa. Pelajar tersebut dikenali sebagai Wan Ahmad Faris yang masih berusia 16 tahun dan menuntut dalam tingkatan 4 di pusat Thafiz berkenaan. Mayat mangsa dilaporkan ditemui pada 12 Disember 2013 oleh seorang penyelia asrama setelah terhidu bau busuk disalah sebuah tandas di sekolah tersebut.

mayat mangsa

Identiti Pelajar Maahad Tahfiz Kok Lanas Kelantan Bunuh Diri

Nama Penuh: Wan Ahmad Faris Bin Wan Abdul Rahman

Umur: 16 Tahun

Status: Pelajar Tingkatan 4 Sekolah Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman Kok Lanas

Laporan Penemuan Mayat Pelajar Maahad Tahfiz Kok Lanas Kelantan

Pada 12 Disember 2013, penyelia asrama Zul Atfi Mohamad, 37 telah menemui mayat seorang pelajar dalam keadaan tergantung pada jam 9.30 pagi dengan kain pelekat dalam tandas yang terkunci. Pada ketika itu, mayat ditemui separuh bogel dengan hanya memakai baju dan jaket manakala lehernya diikat dengan kain pelekat tergantung dalam tandas dan terdapat kesan darah dan najis di lantai bilik air tersebut. Penemuan mayat itu bermula apabila penyelia tersebut terhidu bau busuk dari salah sebuah tandas yang terkunci dari dalam. Pihak polis dihubungi berkenaan insiden penemuan mayat tersebut. Menurut polis, mangsa dipercayai sudah meninggal dunia selama 3 hari yang lalu berdasarkan keadaan fizikal mayat yang sudah membengkak. Pihak sekolah telah menghubungi keluarga mangsa dan difahamkan pelajar itu tidak pulang ke kampungnya di Pasir Mas, selepas cuti bermula pada 7 Disember 2013. Berdasarkan pengecaman yang dilakukan oleh kedua-dua ibu bapa mangsa, mereka sudah mengenal pasti anak mereka dan mengecam pakaian serta cermin mata yang dijumpai di tempat kejadian.

Punca Kematian Pelajar Tahfiz Kok Lanas Kelantan

Laporan bedah siasat di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu mendapati terdapat kesan tikaman pada perut mangsa. Pelajar itu juga disahkan sudah meninggal dunia pada 72 jam yang lalu berdasarkan keadaan fizikal mayat mangsa. Mangsa turut dipercayai dibunuh sebelum digantung dalam tandas asrama terbabit. Pihak keluarga mangsa berharap agar tiada pihak yang melemparkan tomahan bahawa anak mereka yang juga pelajar Tahfiz telah membunuh diri.

Luahan Bapa Keluarga Mangsa

luahan-bapa-mangsa

Kronologi Kisah Pelajar Tahfiz Kok Lanas Kelantan Ditemui Mati Tergantung

12 Disember 2013: Mayat mangsa pelajar berusia 16 tahun ditemui oleh seorang penyelia asrama Zul Atfi Mohamad setelah menghidu bau busuk didalam sebuah tandas yang terkunci dari dalam. Mayat ditemui dalam keadaan separuh bogel dengan hanya memakai baju dan jaket manakala lehernya diikat dengan kain pelekat tergantung dalam tandas dan terdapat kesan darah dan najis di lantai bilik air tersebut. Mangsa dilaporkan sudah meninggal dunia 3 hari yang lalu. Laporan awal polis mengesahkan kematian mangsa sebagai mati mengejut.

13 Disember 2013: Keputusan bedah siasat mendapati mangsa mati dibunuh sebelum digantung berdasarkan kesan tikaman pada perut mangsa.

Gambar Insiden Pelajar Maahad Tahfiz Ditemui Mati Tergantung

bunuh diri 2

bunuh diri

mayat 1

mayat 2

Teruskan Membaca:



Sumber: Wan Ahmad Faris Wan Abdul Rahman Pelajar Bunuh Diri Tersebar | melvister.com 

No comments: