PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Monday, June 24, 2013

Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik atau Trans-Pacific Partnership Agreement

Kerajaan NAJIB sedang dok nak tandatangan perjanjian menjahanamkan rakyat...tungguuuu....!!!

Mohammad Agus Yusoff

SAYA menerima banyak permintaan dari sahabat supaya menulis tentang Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik atau Trans-Pacific Partnership Agreement yang akan ditandatangani pada Oktober nanti. Pada mulanya saya tidak mahu menulis tentang isu ini kerana mahu serahkan kepada pakar ekonomi untuk menulis mengenainya. Tetapi apabila tidak ada ulasan yang saya harapkan, maka saya menulis juga untuk memberi pencerahan kepada kawan-kawan supaya kita semua tahu tentang inti Perjanjian ini dan kesannya kepada kita.

TPPA adalah perjanjian multilateral terikat yang melibatkan negara Asia Pasifik seperti Australia, AS, New Zealand, Kanada, Mexico, Chile, Brunei, Malaysia dan Vietnam. TPPA ini alah tentang liberalisasi pasaran di mana negara ahli bebas berniaga di pasaran negara ahli secara terbuka sesuai dengan konsep globalisasi.

Masalahnya dengan TPPA ini ialah semua perbincangannya dibuat secara rahsia dan semua teks perbincangan adalah rahsia sehinggalah selepas empat tahun perjanjian dimeterai. Ini bermakna perjanjian TPPA ini meletakkan rakyat dalam kegelapan, sesuatu yang cukup pelik dalam sebuah dunia terbuka tanpa sempadan.


Apabila ditanya mengapa dirahsiakan, jawapan kerajaan adalah standard: Perjanjian ini baik untuk negara kerana memudahkan barangan kita untuk memasuki pasaran luar. Persoalannya, jika TPPA begitu bermanfaat, mengapa teks perjanjian yang sedang dirundingkan tidak dibentangkan untuk pengetahuan umum? Mengapa perlu berahsia?

Saya tanyakan hal di atas kerana terdapat beberapa klausa dalam TPPA ini yang akan memberikan kesan yang cukup besar kepada rakyat dan negara dan cukup membimbangkan saya. Untuk maklumat ringkas, di bawah ini saya perturunkan beberapa kesan negatif yang perlu sangat kita ketahui:

i. Hampir 80% harga ubat akan menjadi mahal, sehingga mencecah 1000% dari harga sekarang. Ini kerana ubat generik yang lebih murah tidak boleh dijual lagi kerana Malaysia terikat menggunakan ubat patented (asli) yang dihasilkan syarikat famarkeutikal dari luar negara. Kesannya akan menyukarkan pesakit berpendapatan rendah dan sederhana kerana kos untuk mendapatkan ubatan menjadi sangat tinggi. Bayangkan jika seorang guru menghidap penyakit barah yang memerlukan ubat bernilai RM7000 sebulan, mampukah mereka untuk membayar kos perubatan semahal itu? Apakah nasib ramai rakyat di negara kita nanti?

ii. Syarikat gergasi akan bebas berniaga di negara kita menyebabkan usahawan-usahawan kecil terpaksa bersaing dengan syarikat gergasi dari luar negara. Ini seolah-olah meletakkan kepentingan syarikat asing mengatasi kepentingan rakyat kita. Ini juga seperti memberi kuasa kepada negara maju seperti AS, Singapura dan Australia untuk mencereboh ekonomi negara kita.

iii. Kerajaan boleh disaman oleh pelabur luar di tribunal antarabangsa yang berpangkalan di Washington dan Geneva jika terdapat dasar-dasar kerajaan yang boleh merugikan hak pelabur luar dan menghalang aktiviti perdagangan mereka. Ini tentunya menjejaskan bidang kuasa kerajaan dalam menentukan apa yang terbaik untuk rakyat dan negara.

iv. Petani kita terpaksa bersaing dengan hasil pertanian luar negara. Lebih merisaukan lagi ialah TPPA bakal memberi kesan buruk ke atas industri padi negara apabila beras dari AS yang menerima subsidi yang tinggi dipasarkan di negara ini. Ratusan ribu keluarga petani padi di negara ini akan terjejas jika TPPA dimeterai.

v. TPPA juga menyebabkan bidang pelaburan dan khidmat undang-undang dan pelbagai khidmat profesional tempatan yang lain terpaksa berhadapan dengan persaingan pasaran terbuka. Mampukah industri perkhidmatan kita berhadapan dengan kemasukan syarikat gergasi ini?

vi. TPPA melanjutkan perlindungan hakcipta bahan-bahan rujukan dari 50 tahun selepas kematian penerbit kepada 120 tahun. Ini bermakna segala bahan-bahan rujukan yang kini percuma dan telah didigitalkan akan menjadi terhad kepada pengguna. Ini juga bermakna segala bahan rujukan wajib dibeli atau wajib dibayar sewa, sekaligus menghadkan kemudahan ilmu kepada rakyat yang kurang mampu.

Justeru implikasi TPPA ini besar kepada rakyat dan negara, maka saya merayu supaya kerajaan mengambil tindakan berikut terlebih dahulu sebelum memetarai perjanjian ini. Antaranya:

i. Menangguhkan perundingan TPPA sehingga segala teks mengenainya didedahkan kepada rakyat untuk mendapatkan maklumbalas. Rakyat berhak tahu dan diberi hak memberi pandangan kerana perjanjian ini melibatkan kualiti hidup mereka.

ii. Ahli parlimen perlu diberi pencerahan dan perlu membahaskan baik buruk Perjanjian ini. Semasa membahaskan hal ini, ahli parlimen perlulah melihat Perjanjian ini dari aspek kebaikannya untuk rakyat dan negara, bukannya berterusan terikat kepada kepentingan parti.

iii. Kerajaan mesti menolak status layanan tempatan yang perlu diberikan kepada syarikat gergasi luar.

Saya akui TPPA ini ada baiknya untuk negara kerana kita bergantung kepada kemasukan pelaburan luar untuk memacu ekonomi negara kita. Namun, setelah mengamati kesan perjanjian ini, saya dapati perundingan TPPA ini perlu disemak semula dengan teliti oleh kerajaan kerana ia memberi kesan besar kepada rakyat. Sekiranya kerajaan mendapati keburukannya lebih banyak dari kebaikan, maka masih belum terlewat untuk kita menarik diri daripada Perjanjian ini.

Harapan saya cuma satu dari keputusan muktamad yang bakal diambil oleh kerajaan nanti: Jangan biarkan anak cucu kita tergadai melalui perjanjian yang bersifat globalisasi ini. Jangan biarkan menang sorak kampung tergadai.

24 Jun 2013

GEMPAR ! USUL UNDI TIDAK PERCAYA KEPADA NAJIB DI PARLIMEN HARI INI.... ?



Selepas 5hb. Mei kerajaan BN hanya mempunyai kelebihan 21 kerusi parlimen menjadikan kerajaan yang paling tipis mejoritinya  dalam sejarah, dimana Najib terpaksa mengharap ahli parlimen sarawak dan sabah menyokong beliau iaitu satu pertiga  daripda 133 parlimen kerajaan BN. 

Belum nampak bunga-bunga ketidak puas hati ahli-ahli BN terhadap najib, dalam mana terdapat ahli-ahli parlimen Pakatan yang mengalami sindrom kepenatan, juga belang ahli parlimen yang pertama kali dipilih belum diuji kesetiaan mereka. Tidak heran mereka boleh dibeli oleh pihak BN seperti selepas pru12?

Dewan Rakyat ke 13 akan bermula bersidang hari ini 24 Jun hingga 18 Julai 2013

Hanya  Jawatan Speaker amat mendebarkan BN, Pakatan Rakyat mahukan tuan speaker yang berkecuali agar perjalanan sidang parlimen berjalan dengan lebih baik dan memuaskan semua pihak terutama rakyat.

Pada hari ini bertarikh 24 Jun 2013, Sidang Dewan akan dimulakan dengan Proklamasi Memanggil Parlimen Bermesyuarat, diikuti dengan Memilih Tuan Yang Dipertua (Speaker) yang baru yang kemudiannya akan mengangkat sumpah diikuti Ahli-Ahli Dewan mengangkat Sumpah.

Selepas itu Agenda Memilih 2 Timbalan Yang Dipertua.

Sebelum ini, Pakatan Rakyat menamakan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman sebagai Speaker ke-13.

Nama Abdul Kadir dikemukakan atas nama Ahli Parlimen Bandar Tun Razak merangkap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Berhubung perkara itu, satu pemberitahu bersurat mengenai penamaan itu dikemukakan kepada Setiausaha Dewan Rakyat mengikut kehendak Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat 4(1).

Difahamkan pihak BN akan mengekalkan Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat ke 13. 

Nampaknya  kali ini Kerajaan BN tidak mudah mengatur percaturan menentukan jawatan-jawatan  dengan pantas dan selesa.




INI KEYAKINAN KERAJAAN BN TIADA UNDI TIDAK PERCAYA.....

Tiada ahli Parlimen BN akan sokong usul menentang PM, kata Shahidan 

Datuk Seri Shahidan Kassim tidak percaya mana-mana ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan menyokong usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, tindakan dipercayai sesetengah pihak akan dilakukan oleh sekumpulan ahli-ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak yang tidak berpuas hati.

Beliau seharusnya tahu. Semenjak mengangkat sumpah sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, ahli veteran Umno itu telah memainkan peranan sebagai penyelesai masalah, menemui ahli-ahli Parlimen yang kecewa.

Seorang ahli Parlimen yang tidak diberikan jawatan Kabinet walaupun menang dengan majoriti besar memberitahu, Shahidan bercakap kepadanya dan memberi jaminan akan diberikan jawatan dalam agensi kerajaan.

Yang lain-lain turut menunggu janji ditunaikan pada Julai apabila akar umbi Umno mula menentukan kepimpinan tertinggi parti.

Untuk kepastian, malam semalam BN mengadakan makan malam untuk semua ahli-ahli Parlimen di ibu pejabat Umno, Pusat Dagangan Dunia Putra, malam sebelum sidang Parlimen bermula hari ini. 

Shahidan sendiri menyatakan keyakinannya kepada The Malaysian Insider, Kabinet Najib sudah menggambarkan keputusan Pilihan Raya 2013 dan semua pihak termasuk ahli-ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak telah diberikan tempat.

"Mustahil kalau BN nak bawa usul undi tak percaya kepada PM sebab siapa nak bawak usul ni? Takkan BN nak bawa?" kata beliau kepada The Malaysian Insider.

"Kalau pembangkang yang bawa, takkan ahli-ahli Parlimen BN nak sokong?" tambah beliau lagi. 

Bekas menteri besar Perlis itu berkata, tidak mengejutkan jika ahli-ahli Parlimen BN dari Sabah dan Sarawak bertemu dengan Tengku Razaleigh Hamzah kerana putera raja Kelantan itu merupakan veteran dalam politik Malaysia.

Bagaimanapun, menurut Shahidan, beliau tidak menyedari tentang pertemuan sekumpulan besar ahli-ahli Parlimen BN dari Malaysia Timur dengan bekas menteri kewangan itu.

"Tak mustahil kalau ada satu dua ahli Parlimen Sabah dan Sarawak jumpa Ku Li sebab dia orang lama," katanya.

Sumber memberitahu The Malaysian Insider baru-baru ini Tengku Razaleigh telah bertemu dengan sekumpulan ahli-ahli Parlimen BN dari Sabah dan Sarawak yang tidak berpuas hati kerana tidak dilantik menyertai Kabinet atau diberikan jawatan kerajaan lain oleh Najib.

Selepas pilihan raya umum ke 13, Najib berhadapan dengan pelbagai tekanan dari dalam dan luar parti.

Pembangkang Pakatan Rakyat (PR) mendakwa terdapat penipuan dalam Pilihan Raya 2013 sementara asakan dalaman Umno dan BN timbul kerana ini adalah keputusan terburuk gabungan itu dalam sejarah pilihan raya Malaysia dan tidak semua mendapat "habuan" dari kemenangan itu.

BN mendapat 47 daripada 56 kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak, menyumbangkan satu pertiga dari 133 kerusi mereka menangi daripada 222 jumlah kerusi di Parlimen.

Walau bagaimanapun, Najib hanya memberikan 20 jawatan menteri dan timbalan menteri kepada ahli Parlimen dari dua negeri tersebut, menyebabkan parti seperti SPDP dari Sarawak hanya mempunyai satu wakil walaupun menang empat kerusi Parlimen.

Sebaliknya MIC dari semenanjung Malaysia menyaksikan empat ahli Parlimen mereka mendapat jawatan menteri dan timbalan menteri dalam pentadbiran Najib – yang mempunyai 32 menteri penuh termasuk lapan di Jabatan Perdana Menteri. - 24 Jun, 2013.

Black505: Blogger Amno teruk TERKANTOI [Saksikan GAMBAR ini...]



LAPURAN BLOGGER UMNO #BLACK505 DI PADANG MERBOK DINAFIKAN OLEH AKHBAR SINAR....

Lapuran dari Blogger Pro UMNO :

TERKINI! Gambar Dari Padang Merbok Tempat Beruk Hitam Akan Berhimpun! #Black505

Gambar terkini dari tempat beruk-beruk akan berhimpun. Mari kita tengok, ada beruk tak lagi di sana.

Cuma ada polis? mana beruk hitam?

masih kosong?

Aik? Selalunya walaupun acara mula petang, patutnya sudah ada beruk hitam yang akan berkumpul kat sana. Tapi hari ni takdak la pulak!!

err.. Safwan Anang kata dia nak berkhemah dengan isteri dia.. err.. ada nampak khemah tak? Atau sembang saja lebih.. he he..

LAPURAN SINAR HARIAN, BUATKAN BLOGGER UMNO BENGKAK.........

GAMBAR KEADAAN SEBENAR DI LOKASI YANG DISEMBUNYIKAN DARI MEDIA UTAMA DI NEGARA MAJU YANG DICANANG-CANANG......

 
 
 
 
 
Sebagai rakyat yang cuba nak ambil hati para pemimpin UMNO agar mereka tidak melenting naik angin satu badan maka menjadi kewajipan untuk menyejukkan mereka dengan memberi khabar yang indah-indah untuk didengar serta berita yang mau didengar.

Perhimpunan Black 505 Padang Merbok dianggap gagal kerana langsung tiada sambutan...habis semua blog pro UMNO buat kisah di blog mereka dengan merakamkan gambar ketika waktu pagi dimana lokasi-lokasi berkumpul masih lenggang dan Padang Merbok masih belum diisi dengan peserta.

Blogger-blogger UMNO ini ingat rakyat jenis bahalol macam penyokong partinya.

Sebab itu tidak hairan mengapa para blogger UMNO gagal nak tawan jiwa dan hati anak-anak muda serta kilas apa jua fakta yang dikemukakan oleh para pejuang siber Pakatan Rakyat.

Nak lawan blogger PR kena dengan fakta bukannya dengan fitnah auta. ~ RM

Alhamdulillah, Padang Merbok Berjaya Dipertahan Untuk Malam Kedua!


 0 4 0 48

Kenyataan Umum
23 Jun 2013 - 7.30pm

Alhamdulillah, Padang Merbok Berjaya Dipertahan Untuk Malam Kedua!

Walaupun telah diberi notis oleh DBKL supaya menutup khemah pada jam 10 pagi tadi, namun tiada sebarang tindakan diambil sehingga kenyataan ini ditulis. Notis tersebut memberi masa kepada peserta protes selama dua jam dan sepatutnya berakhir pada jam 12.15 tengahari tadi.

Ini satu perkembangan yang sangat positif dan khemah terus bertambah mengikut kadar kehadiran orang ramai yang juga bertambah. Kejayaan untuk dapat bermalam lagi sehari iaitu malam kedua di Padang Merbok ini pastinya mengundang lebih ramai peserta. Sekitar petang tadi juga menyaksikan cuaca jerebu bertambah baik dan orang ramai juga dijemput untuk bersama-sama bermalam di Padang Merbuk. 

Protes NGO #SuaraRakyat505 yang mensasarkan SPR meletakkan jawatan kerana penipuan PRU-13 ini dijangka akan membuat keputusan mengejut dalam satu sidang media tergempar pada jam 9.15 malam ini. Semua wakil media dijemput untuk membuat liputan dan memberi bantuan hebahan secara maksima.

Sesungguhnya melawan kezaliman dan penindasan adalah satu aksi yang dituntut khususnya apabila demokrasi terus dicabul. Inilah masanya untuk mencipta sejarah, inilah detik terbaik untuk memberi tekanan terbesar kepada pemerintah yang menipu untuk terus berkuasa. Atau kita selamanya terus ditipu dan membenarkan negara ini dijarah oleh bangsa elitis bangsawan.

Bangun dan terus lawan kerana akhirnya dunia ini milik anak muda

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)


Read more: http://milosuam.blogspot.com/2013/06/alhamdulillah-padang-merbok-berjaya.html#ixzz2X60Dota2

No comments: