PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Friday, June 28, 2013

Friday, June 21, 2013


Friday, June 21, 2013

Di mana rakyat buta isu semasa, di situ BN menang!

Media arus perdana kononnya telah berubah kini; dari media yang sedia difahami iaitu media elektronik (radio dan televisyen) dan akhbar-akhbar harian utama, kepada media sosial seperti Facebook dan Twitter.

Menurut Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin media arus perdana mula hilang taring. "Facebook dan Twitter adalah media arus perdana 2013 kerana media ini lebih berkesan," ujar beliau di wacana Sinar Harian yang membincangkan "Media arus perdana: Apa nasib Pakatan Rakyat?"

Pandangan itu mungkin benar jika beliau merujuk kelompok masyarakat elit dan pertengahan yang mendiami lembah kelang di mana dunia maya boleh diakses dengan mudah oleh majoriti anggota masyarakat. Kajian menunjukkan lebih 44 peratus rakyat Malaysia mengakses media sosial, cuma persoalannya bukan semuanya menekuni secara harian. Dalam kelompok itu pula bukan semuanya menatap atau melayan isu-isu semasa. Sehingga kini media belum mampu diakses oleh seluruh rakyat Malaysia. Sebahagian besar para penoreh getah, petani dan nelayan yang layak mengundi, melihat komputer macam tikus tengok besi.

Pilihanraya dan isu, sangat berhubung kait. Di mana-mana negara demokrasi pun (merujuk kepada negara demokrasi tulen), kemenangan atau kekalahan sesebuah parti politik dikaitkan dengan isu. Selesai PRU13, hampir semua media elektronik menyediakan pentas forum, berbicara mengenai keputusan pilihanraya. Tiada langsung ahli panel yang tidak menyentuh perihal isu-isu tertentu yang jadi penyebab kalah menang sesebuah parti. Sama ada isu tersebut cuma satu persepsi semata-mata atau persepsi berasaskan realiti; ia tetap jadi asas penting bagi rakyat membuat keputusan di kertas undi.

Cuma persoalan lebih besar yang jarang disentuh oleh panelis forum tersebut ialah apakah isu-isu yang diperkatakan itu sampai kepada seluruh rakyat Malaysia.

Biasanya orang Melayu di akar umbi ditemui dengan jumlah yang lebih besar dari biasa, sama ada oleh perayu undi BN atau Pakatan, ialah semasa tempoh berkempen dalam PRU. Pengalaman yang diceritakan oleh Muslimat dan Pemuda PAS yang mendominasi kempen rayu undi ini, masih ramai yang tidak memahami isu yang dibawa oleh Pakatan. Mereka tidak tahu apa yang ditawarkan oleh Pakatan seperti terkandung dalam manifesto. Di luar bandar, jumlah tersebut lebih besar termasuk segelintir ahli-ahli PAS sendiri. Maknanya kelompok yang besar ini tidak ditembusi oleh media sosial.

Sebaliknya sebahagian besar pengundi Melayu itu dapat 'memahami' dengan baik isu yang dibawa oleh BN. Tidak perlu dijelaskan mengapa hal ini berlaku, semua tahu bahawa tukang kempen BN (radio dan televisyen) berada dalam setiap rumah rakyat Malaysia. Itu sebenarnya media arus perdana yang telah menjahanamkan sokongan terhadap Pakatan Rakyat.

Sesedar saya, perkara ini sudah dibincangkan oleh jentera penerangan PAS sejak berdekad namun kebuntuan tersebut masih belum dapat dipecahkan. Kebuntuan bagaimana menyampaikan maklumat secara berkesan sehingga ke akar umbi. Ceramah bukan jawapannya, kerana ceramah jugak tertakluk kepada banyak sekatan serta tidak mampu dibuat di setiap pelosok tempat. 

Pelbagai cadangan dibuat, namun sehingga kini tiada satu pun langkah berkesan dapat dibuat untuk memastikan maklumat dari PAS atau Pakatan dapat menembusi setiap pintu rumah.

Untuk PRU13 ini, dapatan keputusan pilihanraya memang selari dengan situasi tersebut iaitu; Pakatan kalah di sebahagian besar kawasan luar bandar di mana media sosialnya tidak sangat berperanan dan menang di kawasan bandar dan pinggir bandar. Memang pengundi Cina jadi faktor tapi tanpa pengundi Melayu yang celik isu, Pakatan tidak mampu menang juga. Jika mahu menggunakan bahasa yang kasar, kesimpulannya begini; di mana rakyat Malaysia buta isu semasa maka di situ BN menang.

Pilihanraya umum 1986 PAS kalah teruk, tinggal satu kerusi Parlimen iaitu Pengkalan Chepa. Selepas menyalahkan Komuniti Perundingan Cina (CCC) sebagai sebab kekalahan (Nota: CCC cuma jadi kambing hitam) maka sebahagian pemimpin PAS menyalahkan media.

PAS Pusat lantas mengambil tanggungjawab mewujudkan akhbar Harakah. Sekalipun kerajaan BN hanya membenarkan jualan untuk ahli sahaja, namun ia memberi nafas baru terhadap penyebaran maklumat. Ia sedikit sebanyak membantu kemenangan PAS menambah kerusi serta menawan negeri Kelantan pada PRU 1990.

PRU 1999, pembangkang mulai dibantu oleh media maya. Perkembangan paling pesat media sosial berlaku selepas PRU 2008, iaitu revolusi Facebook dan Twitter menyebabkan Pakatan menang lebih baik pada PRU 2013 baru-baru ini. Itu peranan maklumat dalam membantu kemenangan Pakatan. Petunjuknya sangat jelas.

Jika Malaysia hanya mengandungi Semenanjung sahaja tanpa Sabah dan Sarawak, maka Pakatan sudah menerajui pentadbiran di Putrajaya. BN menang kerana sebahagian besar rakyat di kepulauan Borneo itu sangat tersisih dengan maklumat bersumberkan media maya. Masih terdapat ramai rakyat kedua negeri tersebut yang seumur hidup mereka tidak pernah mendengar ceramah pembangkang, tidak dapat mengakses media maya dan hanya mendapat maklumat sebelah pihak semata-mata.

Ada pandangan menyebut bahawa untuk PRU14 nanti Pakatan akan mampu menawan Putrajaya kerana golongan tua yang buta internet akan meninggal dunia, manakala golongan muda yang celik internet akan jadi pelapis dalam senarai daftar pemilih. Pandangan itu mungkin betul tapi kelakar kerana mengharapkan kematian orang lain untuk kita menjadi kuat.


Melayu terima Umno sebab tak nampak bahaya rasuah


Antara kejayaan Umno dalam menipu orang Melayu ialah kononnya PAS anti perpaduan ummah, sedangkan Umno sentiasa menghulurkan salam perpaduan dengan PAS. PAS menolaknya, dalam waktu yang sama sanggup pula berbaik dengan DAP yang kafir. Itu antara isu di mana 'silent majority' Melayu terkesan dalam PRU 13 lalu.

Pemimpin PAS sentiasa menegaskan bahawa kerjasama antara parti itu dengan Umno, atau mana-mana pertubuhan sekalipun tidak menjadi masalah. PAS bersedia untuk duduk bersama sesiapa sahaja untuk membincangkan isu Islam atau Melayu. Cuma bermuafakatan itu tidak bermakna PAS bersama Umno dalam pentadbiran negara, sama ada atas nama Kerajaan Perpaduan atau PAS menyertai BN.

Mungkin orang melihat bahawa ada banyak perkara boleh dibuat dari perpaduan politik PAS-Umno kearah manfaat bersama satu kelompok manusia yang sebangsa dan seagama. Tetapi ada satu perkara besar yang PAS atau sesiapa sahaja tidak akan mampu buat bila masuk bergabung dengan Umno - iaitu membanteras rasuah! Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu berkata, bukan tidak ada orang baik dalam Umno tetapi sesiapa pun yang mahu membetulkan isu rasuah Umno akan gagal. Para perasuah sudah mendominasi Umno dan kerajaan. AJK PAS Pusat Ustaz Idris Ahmad berkata, penyakit rasuah Umno sudah berada di 'stage four' (tahap empat, iaitu paling kronik). Pendek kata, penyakit rasuah akan hilang dari Umno apabila parti itu mati atau kalah.

Kroniknya rasuah dalam Umno dan kerajaan yang dipimpin Umno sehinggakan jika PAS bersama Umno dalam kerajaan, maka mudharat yang datang dalam kerajaan akan lebih besar manakala PAS akan rosak dengan palitan budaya rasuah bawaan Umno. Sebab itu PAS memilih untuk membentuk rakan kongsi lain (Pakatan Rakyat) bagi menumbangkan terus Umno dan BN bersama nyawa rasuah mereka.

Cuma perkara yang belum mampu dilakukan oleh PAS setakat ini ialah menyedarkan orang Melayu bahawa rasuah itu sangat besar bahayanya serta Umno dan rasuah adalah sinonim. Umno berjaya melunakkan Melayu dengan rasuah dengan menghulurkan 'rasuah' berbentuk pelbagai pemberian tunai kepada Melayu. "I help you, you help me." Melayu dilunakkan bahawa budaya pembelian jawatan dalam Umno itu hanyalah politik wang bukan rasuah, sedangkan politik wang dan rasuah itu adalah umpama khinzir dan babi.

Rasuah berasal daripada perkataan Arab "al-risywah". Daripada Abu Hurairah RA. dia berkata: "Rasulullah SAW telah mengutuk orang yang suka memberi rasuah dan orang yang suka menerima rasuah dalam soal hukum-menghukum". Sabda Rasulullah SAW lagi: "Pemberi dan penerima rasuah kedua-duanya akan masuk neraka".

Rasuah merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan oleh seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah dirinya sendiri. Ini kerana apabila melalui prosedur-prosedur biasa, dia tidak akan memperoleh apa-apa yang dikehendakinya itu atau dia tidak berhak sama sekali untuk berbuat demikian.Misalnya, menteri yang berkuasa meluluskan projek mensyaratkan pulangan sebanyak 25 peratus dari untung projek untuk dirinya. Keuntungan itu telah dinaikkan (mark up) dari awal, yakni sewaktu peletakan harga oleh orang yang berkuasa meluluskannya. Contoh rasuah yang disebut ini, menurut pakar kaji rasuah telah menjahanamkan kira-kira RM20 billion wang negara setahun.

Walaupun Tun Dr. Mahathir nampak, malahan seluruh para pemimpin Umno tahu dan sedar kewujudan rasuah jenis ini tetapi orang Melayu umumnya tidak nampak. Sebab itu pak-pak lebai dan ustaz-ustaz Umno setia memberi undi kepada parti rasuah itu terus berkuasa. Mereka tidak nampak apa yang orang baik (dan orang jahat macam Tun Mahathir juga) nampak.

Teruknya bahana rasuah ini ialah wang negara dibaham oleh para penyamun yang berkuasa dengan banyaknya, kebenaran boleh disembunyi dan kebatilan dapat dilunakkan, sampai bila-bila orang Melayu tidak maju di bidang ekonomi kerana ia dikuasai oleh pemodal dari bukan Melayu akibat rasuah dan yang paling jahanam ialah rakyat sentiasa membuat pemilihan yang salah untuk menentukan peneraju kuasa kerana keputusan yang mereka buat adalah berbayar. Rasuah akan menyebabkan pentadbiran sesebuah negara menjadi kucar-kacir. Akibatnya, ia menimbulkan masalah negatif lain yang bertali temali. Terlalu banyak negara dan kerajaan yang jatuh dan hancur kerana rasuah.

Orang bukan Muslim dari DAP atau KeADILan pun sedar bahaya dan bencana rasuah ini serta kewajipan menolak sebuah pemerintah rasuah. Tetapi mengapa ulamak-ulamak berbangsa Melayu yang asyik berkepit dengan kitab sehingga kitab bau ketiak dan ketiak bau kitab, tapi gagal menerangkan kejahatan Umno sebagai parti yang menjuarai rasuah serta wajib Umno ini dijatuhkan?

Selagi orang Melayu tidak faham serta tidak takutkan bencana rasuah, maka mereka tidak akan menolak Umno. Tun Mahathir berkata, orang Melayu bukan suka sangat Umno namun mereka tiada pilihan kerana takutkan DAP berkuasa. Maknanya, Umno berjaya takutkan Melayu 'bahaya' DAP. Soalnya mengapa kita tidak berjaya menakutkan Melayu perihal bahayanya memilih parti rasuah.

Banyak kerja sebenarnya untuk dilakukan terhadap sebuah bangsa yang buta untuk mengenali integriti tapi kerja itu tetap perlu dilakukan dengan tekun dan sabar. Jika tidak, bangsa Melayu akan terus dijajah oleh parti perasuah sehinggalah negara ini hancur bersama-sama dengan mereka.

Tarbiah kita semakin merosot

PAS dan tarbiyah menjadi sinonim sejak tercetusnya era kepimpinan ulamak. Untuk tempoh masa yang agak panjang, PAS sangat berbangga dengan kelebihan ahli-ahlinya yang jauh lebih berkualiti berbanding lawan tradisinya Umno. Ikhlas (kerja tanpa upah), syaksiyah diri dan keluarga mengikut Islam, walak kepada kepimpinan, ukhuwah yang mantap sesama ahli, komitmen tinggi terhadap perjuangan - adalah PAS ketika tempoh gemilang itu.

Kemenangan dalam pilihanraya muncul kadang-kadang dan jarang-jarang namun semangat di dada ahli tetap membara sepanjang masa, seolah-olah tak pernah kenal derita kalah. Para pemuda tidak pernah jemu berehlah, bermukhaiyam, berqiyamullail serta dapat menghadiri program-program membina kekuatan kerohanian tanpa banyak songeh.

Hari ini PAS berjaya meletakkan diri sebagai pemain utama politik negara, memacu sebuah pakatan alternatif yang sudah dua kali PRU nyaris-nyaris menumbangkan gergasi tua BN di peringkat Persekutuan. PAS wujud dan tumbuh di mana-mana, termasuk di negeri yang dahulunya menjadi tanah gersang perjuangan PAS.

Namun di sebalik kejayaan dan kegagahan di mata masyarakat itu catatan dalamannya pula tidak secantik dahulu. Zaman kegemilangan tarbiyah itu seolah-olah berlalu pergi.

Dalam mana-mana organisasi, Islam atau sekular, perbezaan sikap dan pandangan adalah perkara biasa. Berbeza pandangan bukan satu jenayah. Wujudnya mazhab yang empat adalah kerana berbeza fahaman, pandangan dan ijtihad. Allah menganugerahkan dua pahala untuk ijtihad yang betul dan satu pahala untuk ijtihad yang tidak tepat. Sebabnya, Allah suka hambanya yang berfikir dan berfikir pula mestilah berlandaskan ilmu.

 Anehnya, berbeza pandangan dalam jamaah mutakhir ini dihadapi oleh golongan tidak sealiran bukan dengan hujah-hujah ilmiah tetapi dengan persendaan melampau serta penghinaan yang bertubi-tubi. Kewujudan media sosial dijadikan platform untuk melepaskan geram terhadap pemimpin-pemimpin tertentu tanpa batasan akhlak. Asal terungkap 'kesilapan' atau salah pengertian dari kenyataan pemimpin tertentu maka akan dilanyak bertali temali.

Sebenarnya Islam sangat menggalakkan muhasabah atau kritikan untuk membaiki. Tapi muhasabah adalah lahir lubuk nurani yang ikhlas untuk membetulkan. Ia berbeza dengan sindiran, penghinaan atau kutukan. Istilah seperti 'Fil qudha', 'kari ayam', 'tahan teksi', 'komunis' dan sebagainya sengaja dikeluarkan untuk mengejek pemimpin tertentu dalam parti. Rasanya ajaran syiah sekalipun tidak mengajar pengikutnya sebiadap ini. Kebiadapan seperti ini bukan baru, malahan berlarutan sejak bertahun.

Oleh kerana berbeza pandangan diraikan dalam Islam dan berhujah berlandaskan ilmu digalakkan oleh Islam, apakah salahnya golongan yang tidak berpuas hati terhadap kenyataan pemimpin tertentu berjumpa secara berdepan meminta penjelasan atau berhujah dari akal, hati dan lidah. Bukankah sepatutnya itu manifestasi tarbiyah?

Saya tertarik dengan kenyataan terbaru Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasruddin Hasan Tantawi perihal pentingnya amal tarbawi dalam jamaah. Katanya, tanpa amal tarbawi atau perlaksanaan amal tarbawi yang lemah serta tidak konsisten bakal mengundang 1001 masaalah dalaman yang mencetus konflik atau krisis.

"Apabila Amal Tarbawi mula tidak diendah atau perlaksanaannya bersifat acuh tidak acuh lantaran memberi keutamaan kepada skil politik seperti penampilan imej, kenyataan media, penampilan di tengah-tengah kemelut masyarakat, mengupas dan menjuarai isu, enggagement dengan pelbagai pihak dan sebagainya lagi yang saya tidak nafikan kepentingannya, maka ia membawa implikasi yang besar dan sukar buat masa depan perjuangan.

"Kita kelak mungkin dilihat hebat dan gah pada zahirnya dek penampilan dan penonjolan imej politik yang luar biasa tetapi individu anggota dan jamaah itu sendiri terdedah kepada hakisan nilai fundemental dan spiritual Harakah Islamiyyah," ujarnya.

Entahlah, melihat situasi terkini kadang-kadang terasa macam ahli-ahli PAS sedang 'ditarbiyah' oleh pihak lain. Pesanan Ustaz Idris Ahmad, AJK PAS Pusat rasanya menepati situasi terlajak ahli-ahli PAS ini. Katanya, "Jangan kita gopoh untuk mendapat kemenangan sehingga kita lupa asas perjuangan. Kadang-kadang kita sudah hilang adab dalam berjamaah. Bermusuh sesama sendiri, kutuk sesama sendiri. Sehingga sudah tidak tahu membezakan antara prinsip dan strategi. Hendak menjaga hati orang luar, lebih daripada hendak menjaga hati sesama sahabat. Manakah sikap kita sebagaimana Firman Allah SWT yang bermaksud: "Merendah diri dengan orang Mukmin dan menujukkan izzah dengan orang bukan Islam" 

PRU13 yang baru berakhir adalah masa terbaik bermuhasabah, merancang dan melaksanakan program menguatkan parti. Parti selamanya akan lemah dan bermasalah jika tiada kecekapan di kalangan ahli untuk menguruskan perbezaan pendapat.

Dalam sejarah moden, PAS telah kehilangan sebuah negeri dalam PRU di mana salah satu faktor kekalahan itu disumbangkan oleh kegagalan menguruskan perbezaan, sehingga seluruh rakyat Malaysia tahu bahawa mereka sedang bertelagah. Negeri tersebut adalah Kedah.

Kini kalau perbezaan di peringkat lebih tinggi pula gagal diuruskan dengan baik, maka kita hakikatnya sedang membuat persiapan mengekalkan kuasa BN di Pusat untuk kali ke 14. Terpulanglah kalau ada yang redho dengan keputusan yang akan disumbangkan oleh pertelagahan dalaman yang sia-sia itu.



Mukhriz hanya nampak untung dunia sahaja?

Kerajaan Kedah akan mendapatkan bantuan kewangan daripada kerajaan persekutuan bagi melaksanakan beberapa projek pembangunan untuk rakyat negeri ini, kata Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir. 
    
Katanya kerajaan negeri tidak mempunyai sumber pendapatan yang banyak dan beliau menetapkan setiap wang yang dibelanjakan akan memberi pulangan ekonomi kepada negeri ini semula.

Sebulan menerajui kerajaan negeri baru beliau sedar sukarnya mentadbir dengan sumber kewangan yang terhad. Ia tidak semudah mentadbir kerajaan Pusat yang cuma menadah kantung, mengutip duit cukai dari rakyat melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri. Itupun Mukhriz sangat beruntung kerana boleh mendapat bantuan dari Pusat bila-bila masa. Jika Pusat keberatan, beliau boleh menggunakan Tun Mahathir untuk menekan Perdana Menteri.

Pakatan mentadbir dulu tanpa sesen pun bantuan Pusat, kecuali geran wajib perkepala yang mesti dilunaskan setiap tahun kepada negeri. Sudahlah Pakatan dibekalkan dengan hutang tinggalan BN dahulu sebanyak 2.1 billion. Berkat perbelanjaan berhemat, banyak perkara yang tidak mampu dilakukan oleh BN sebelum 2008 dapat dibuat oleh Pakatan, bahkan negeri tidak pernah berhutang dari Pusat barang sesen pun untuk membayar gaji kakitangan.

Sekarang apabila Kedah kembali ke tangan BN maka skim Kafalah untuk kematian ahli keluarga, bantuan pelajar masuk IPTA, bantuan guru Al-Quran sukarela, bidang kampung, bantuan sekolah agama rakyat yang dahulunya dibayar menggunakan peruntukan negeri, pastinya tiada lagi.

Cara berfikir Mukhriz dapat dijelaskan melalui kenyataannya, "Kesemua perbelanjaan, setiap ringgit yang dikeluarkan mesti jana hasil. Bukan seperti 'curah air atas daun keladi' sahaja. Ia akan mendatangkan hasil yang tinggi kepada rakyat sekali gus menyumbang ke arah penjanaan pendapatan negeri."
Beliau turut memberi contoh pembinaan kampus induk Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kuala Ketil bernilai RM330 juta yang langsung tidak menjana pendapatan kepada kerajaan negeri di mana mereka terpaksa membayar hutang sebanyak RM46 juta setahun.
    
Jika itulah cara berfikir seorang pemimpin negeri yang hanya menilai pulangan dari segi wang ringgit semata-mata maka Kedah betul-betul berada dalam bahaya. Bahaya bagi rakyat apabila pemimpin melihat semua perkara harus ditukar atau digandakan dengan keuntungan duniawi semata-mata tanpa keuntungan jangka panjang di akhirat, lebih-lebih lagi bidang pendidikan. Berkata hukamak, membina sebuah sekolah akan menutup 10 buah penjara. Pelaburan yang paling menguntungkan ialah pelaburan pendidikan. Semua negara maju terbangun di dunia ini kerana ramai rakyatnya yang pandai.

Rakyat Kedah tertanya-tanya apa akan jadi dengan KUIN di bawah kerajaan baru selepas ini? Menteri Besar tidak menjawabnya dengan segera  tetapi melontarkan pandangan yang meresahkan rakyat. Jika beliau merasakan pembayaran balik hutang pembinaan KUIN itu sebagai satu bebanan maka tidak mustahil 'bebanan' itu akan ditamatkan.

Ada cadangan dari pihak NGO yang mahukan KUIN memfokuskan kepada bidang pengajian Islam semata-mata sebagaimana asas kewujudannya dahulu. Manakala bagi program yang bukan pengajian asas Islam maka serahkan saja kepada IPT yang sudah established, misalnya UiTM. Andainya cadangan tersebut dipersetujui oleh kerajaan negeri, ia tidak membawa kerugian apa-apa bagi pihak kerajaan negeri tetapi mengakibatkan 'kehancuran perasaan' yang parah kepada pihak yang bertungkuslumus membesarkan serta mewujudkan kampus induknya di Kuala Ketil.

Memang, bila berlaku pertukaran kerajaan, peneraju baru berhak untuk menyambung atau mengehentikan projek yang lalu tetapi biarlah keputusan yang dibuat berasas, bukan hanya untuk menunjukkan kuasa semata-mata.

Baru-baru ini juga Mukhriz mengumumkan supaya projek agroteknologi di Charuk Genting Bunga, Pedu dihentikan sementara keputusan baru dibuat. Projek tersebut terbabit dengan kontroversi yang dicetuskan BN dahulu yang menentang pembalakan di situ untuk tujuan membangun ladang rakyat.

Soalnya, projek agroteknologi sudah berada di separuh jalan. Bukit bukau sudah diteres dan pokok buah-buahan sudah ditanam menggunakan tekonologi terkini yang begitu sistematik. Ia perlukan saliran, pembajaan serta penjagaan harian. Tiba-tiba Mukhriz arahkan semua itu dihentikan. Walau sementara sekalipun tetapi ladang agroteknologi yang telah dibangunkan saujana mata memandang itu akan musnah begitu sahaja. Duit rakyat yang musnah.

Jika projek pendidikan tidak bawa pulangan atau keuntungan segera berbentuk wang, projek ladang pertanian pula jelas menguntungkan. Itupun Mukhriz minta dihentikan. Entahlah, sukar untuk difahami cara berfikir anak Tun Mahathir seorang ini.

Subhanallah!!! Bertuahnya Ibu Mengandung

Posted on June 8, 2013 by  in  with 7 CommentsIbu Mengandung

 
  Digg1  2  0  55

Subhanallah! Bertuahnya Ibu Mengandung | Assalamualaikum semua. Hari ni Dr Fuh nak kongsikan dengan pembaca semua info mengenai kelebihan ibu mengandung hingga melahirkan anak. Seriously memang banyak. Ada 10 kelebihan ibu mengandung. Terdapat banyak pengalaman dan susah senang ketika seseorang ibu itu mengandung. Secara ringkasnya, seorang ibu itu sangat bertuah kerana :

Kelebihan Ibu Mengandung

ibu mengandung Subhanallah!!! Bertuahnya Ibu Mengandung

1. Apabila seorang wanitamengandung, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT akan mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

2. Rakaat solat seorang ibu mengandung adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat seorang wanita yang tidak hamil.Rasulullah menyebutkan bahawa dua rakaat solat wanita hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. Ini kerana wanita yang hamil membawa janin di dalam perutnya di mana janin berkenaan turut menyertai ibunya solat, mendengar bacaan-bacaan solat, ikut sujud bersama.

3. Ibu mengandung perolehi pahala puasa di siang hari dan pahala ibadat di malam hari. Nabi Muhammad S.A.W. menyatakan bahawa ibu mengandung akan memperolehi pahala puasa di siang hari dan pahala ibadat di malam hari. Ini disebabkan kerana ibu yang hamil bererti membawa amanah Allah ke sana ke mari, sehingga wajar apabila ia memperolehi pahala yang besar di sisi Allah .

4. pabila seseorang wanita mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT akan mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad di jalan Allah.

5. Wanita yang bersalin akan mendapat 70 tahun solat dan puasa pada setiap kesakitan pada satu uratnya akan dikurniakan oleh Allah SWT satu pahala haji.

6. Apabila seseorang wanita melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

7. Sekiranya seorang wanita meninggal dunia di dalam tempoh 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

8. Jika seorang wanita menyusukan bayinya hingga cukup tempoh (2 1/2 tahun), malaikat-malaikat di langit akan mengkhabarkan berita gembira bahawa syurga wajib baginya.

9.Jika seorang wanita menyusukan anaknya yang menangis, maka Allah SWT akan memberikan pahala satu tahun solat dan puasa.

10. Seorang wanita yang menghiburkan hati anaknya maka Allah SWT akan memberikan 12 tahun pahala ibadat kepadanya.

Banyak kan? Itulah ganjaran Allah S.W.T. kepada golongan ibu setelah 9 bulan bersusah payah mengandungkan anaknya dan melahirkan ke dunia. Namun masih banyak lagi gejala buang bayi yang dilaporkan di Malaysia. Wallahualam…

- See more at: http://fuh.my/subhanallah-bertuahnya-ibu-mengandung/#sthash.amFIfEjQ.dpuf

Wednesday, June 26, 2013

Tok Guru Berhenti Husam Di Ketepi..!!!

Tok Guru Berhenti Husam Di Ketepi..!!!

RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB
12 SYAABAN 1434H (JUMAAT) 21 JUN 2013

Pasti tidak lengkap dan sempurna, sekiranya saya membincangkan Tok Guru Nik Aziz bin Nik Mat sebagai Menteri Besar atau mantan MB, kalau sejarah politik terdahulu dan senarai menteri besar ketika itu tidak diangkat dan diketengahkan untuk pengetahuan anak-anak muda generasi 'Y' yang mencorakkan perjalanan politik negeri Kelantan dan negara kini secara sepintas lalu. Sebelum merdeka UMNO menjawat jawatan MB Kelantan melalui ehsan telunjuk British. Mereka yang dilantik adalah TS Nik Ahmad Kamil bin Nik Mahmud menyandang dari tahun 1944 - 1953 . Selepas itu diganti dengan YBM Tengku Hamzah bin Raja Dewa Tengku Zainal Abidin 1953 - 1959. 

Selepas negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, pilihanraya umum pertama dikendali oleh SPR selepas merdeka diadakan pada tahun 1959. Walau UMNO telah terap dan merealisasi misi dan visi UMNO selama 15 tahun dibumi Kelantan menjelang merdeka. Tetapi UMNO telah tewas dalam pilihanraya pertama di Kelantan. PAS berjaya menawan Kelantan dan melantik Dato' Bentara Jasa Haji Ishak Lotfi bin Omar menjadi Menteri Besar pertamanya dari tahun 1959 - 1964 kerajaan PAS. Tahun 1964 - 1973 jawatan MB Kelantan disandang pula oleh Dato' Seri Peduka Raja Haji Mohd Asri bin Muda (1963 - 1973 kerajaan PAS dan 1973 - 1974 kerajaan Champoran PAS - UMNO dan jadi BN). 

Ketika PAS berada dalam zon perpecahan dan lahirnya BERJASA dipimpin oleh Dato' Muhamed Nasir. PAS keadaan mandom terpaksa menghadapi pilihanraya dan PAS tewas.  Tahun 1973 - 1978 Dato' Biji Sura Haji Muhamed bin Nasir kerajaan BERJASA - BN, PAS kalah dalam PRU selepas darurat diistihar dan TS Hashim Aman berkuasa memperkasakan UMNO. Perpecahan PAS di Muktamar Agong di DBP Kuala Lumpur pada 23 Oktober 1982 hari Sabtu. Satu peristiwa besar sekembali dari muktamar, yakni pergolakkan tercetus dan meruncing dan menanti belah. Tepatnya pagi Jumaat 29 Oktober 1982 dikuliah pagi Jumaat Dewan Zulkifli dipenuhi dengan penyokong Ustaz Nik Aziz bin Nik Mat. Ramai dikalangan Anggota Dewan Harian Pemuda Negeri dan Kawasan berada ketika Ustaz Nik Aziz menyampai kuliah cukup pedas dan tegas serta tangkas berbicara.

Diantara kalimat-kalimat yang dilafazkan oleh Ustaz Nik Aziz, lanjutan dari ganguan-ganguan calun dalam pilihanraya yang terdapat tangan berbisa mencampuri dan berantak di muktamar. Jadi ianya meletup didewan Zul pejabat PAS Kelantan No. 1960, Jalan Dato' Pati, Kota Bharu. Diantara ucapan dan kata-kata Ustaz Nik Aziz yang dapat saya ingat dan peturunkan kembali disini adalah, "Mana boleh satu kapal ada dua nakhoda, mesti hancor lebur. Jadi kawea nak tanya demo, demo nak kawea ka atau demo nak Dato' Asri?" Sebaik itulah yang diluah dan dihamburkan oleh Ustaz Nik Aziz yang bingkas bangun tampil kehadapan dewan tempat kuliah saf pimpinan pemuda bangun mengangkat tangan berganding, bertakbir sesunggoh-sunggoh hati memecah suasana dewan Zul secara spontan memberi sokongan dan sukongan bulat kepada Ustaz Nik Aziz. 

Mereka pemuda waja ketika itu, saat itu adalah almarhum Ustaz Wan Jamil Wan Mahmood TKP PAS, Haji Hashim Omar Pasir Mas, lebih hebat lagi dua pimpinan pelajar dari Universiti Malaya Saudara Husham Musa dan Ustaz Muhammad Hussin Gaal. Diatas kental dan pejal mereka tuntas memberi sokongan, makanya selepas itu barulah Ustas Nik Aziz mendapat sokongan, payah kerana ahli PAS Kelantan lama dibawa Dato' Asri, Dato' Nik Man dan pemimpin sezaman itu.

Husam Musa yang saya maksudkan adalah Datuk Paduka Haji Husam bin Haji Musa yang dari belajar sampai saat diketepi adalah PAS tulen. Manakala Ustaz Muhammad Hussein Gaal adalah mantan AhPar Pasir Putih. Sesunggohnya sebelum tahun 1982 telah saya mengenali mereka ini, dibawah madrasah usrah yang dipimpin oleh Almarhum Ustaz Yahya Othman (mantan exco kanan KNK Dato' Haji Yahya Othman dan adinya sahabat saya Encik Majid Othman ADO) juga kami bersama-sama dengan Bapak Paksu Khair dan lain-lain. 

Dengan perancangan yang terancang PRU diadakan untuk memenangkan UMNO. Jadi sampailah hajat UMNO menang dan menuboh kerajaan Kelantan. Jadi  1978 -1990 Dato' Bentara Kanan TS Haji Mohammed bin Yaacob UMNO - BN menuboh kerajaan tulen mereka ketika itu (Strategi UMNO inilah calun MB Kelantan merujuk Mohamed Yaacob menteri pelajaran ketika itu yang yang berprifil tinggi). 

Selepas itu bilamana UMNO berentap tuntas diantara Mahathir dengan Ku Li, akhirnya UMNO berpecah dua. Hasil dari perpecahan UMNO tersebut maka lahirlah Angkatan Perpaduan Ummah - APU. Yang mana Parti Melayu Semangat 46 pimpinan YBM TS Tengku Razaleigh Tengku Hamzah dan BERJASA dibawah Dato' Wan Hashim berganding kerjasama dan muafakat dengan PAS menghadapi umNO(Baru)bN dalam tahun 1990. APU berjaya dengan cemerlang dalam pilihanraya tersebut. Kelantan ditawan oleh APU. 

Kerajaan umNO(Baru)bN TS Mohammed Yaacob tumbang, cuma dapat bertahan 12 sahaja. APU - PAS kembali menjadi pemain penting politik Kelantan dibawah Ustaz Nik Aziz bin Nik Mat dan selepas itu dikenali dengan Tok Guru Nik Aziz Haji Nik Mat Alim (saya petik ayat yang selalu Almarhom Ayahnda Saupi Kuchelong menyebutnya 33 tahun dulu).
Maka tertubohlah kerajaan APU tetapi umNO(Baru)bN masih sebutnya kerajaan PAS. 

Sepanjang perjalanan 1990 - 2013 Dato' Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat (23 tahun kerajaan PAS juga Barisan Alternatif - BA dan kepada Pakatan Rakyat - PR). Pasti tempoh 23 tahun Tok Guru telah menempoh menghadapi asam garam dan manis dilalui, diselesaikanya demi untuk rakyat Kelantan, mencabar dan mendebarkan satu ketika dan cukup kritikal dalam PAS menguasai DUN Kelantan. Walau dengan majoriti 1 kerusi 2 undi majoriti, kerajaan Tok Guru Nik Aziz telah memecah rekod negeri Kelantan dan negara serta rekod kerajaan dunia mengamalkan demokerasi, mampu mempertahankan kerajaan telor dihujong tandok sehingga Parlimen dan DUN dibubarkan.

Disinilah saya menyaran kepada seluroh sekelian ADUN dan ahli Parlimen PR sekarang, belajarlah dari mereka pahlawan satria ADUN ketika itu. Mereka cukup kental dengan perjuangan, istiqamah dan tolak habuan dunia yang mengejar dan mengamit mereka ketika itu. Anda ketika itu, ramai diantara mereka adalah teman-teman kami dulu (Ketika menaip rencana ini airmata berderai kenangan saya melayang kepada Almarhom Cikgu Daud Kemumin, Almarhom Ustaz Mustapha Ibrahim Salor, Almarhom Ustaz Mawardi Ahmad Kenali, Almarhom Ustaz Buniyamin Yaacob. Almarhom Ustaz Wan Hassan Guchil, Almarhom Ustz Wan Jamil Wan Mahmood, Almarhom Ustaz Ismail Awang Tumpat, Almarhom TG Haji Daud Yusoff Meranti. 

Teman-teman yang lain Almarhom Haji Che Hassan Ishak Peguam, Almarhom Cikgu Majid Pohon Buloh, Almarhom Haji Che Min, Almarhom Cikgu Musa Pasir Putih, Almarhom Cik Wil Golok dan anaknya Almarhom Kamaruzaman, Amin Jaafar Rawas dll. AlFatehah).
(Teman-temanku yang masih ada di Kelantan kini seperti Cikgu Wan Rahim Wan Abdullah - Dato' Wan Rahim mantan Speaker DUN Kelantan dan AhPar, anak Mat Yatim menantu guru politikku Almarhom Amaludin Darus YB Hanifa, Haji Hashim Omar, Abang Omar Muhammad - Dato' Omar mohamad mantan speaker mantan exco, Tok Imam Shaari Gunong. Ustaz Idris Ahmad Tawang dan ramai lagi, apa khabar anda semua?). Kenapa saya tidak sebut dan sentoh Husham Musa? Kerana satu rencana khas Husham akan mengekori rencana ini, InshaAllah.

Selepas PRU13 banyak pihak berkeyakinan bahawa Kelantan akan mendapat Menteri Besar yang baru, bukan kerana rakyat menolak Tok Guru sebagaimana dialami oleh pemimpin-pemimpin yang lain baik dalam PAS apalagi dikalangan umNO(Baru)bN. Tetapi ianya berfaktorkan usia yang lanjut dan kesihatan yang sering terganggu tidak diterus membebankan dirinya menjadi MB kerana kepentingan politik dan Tok guru dijadikan kurban. Ianya telah menjadi kenyataan apabila Ustaz Ahmad Yaacob mengangkat sumpah pegang jawatan dan perlantikkan TMB dan anggota Exco yang baru. 

Sewajar dan selayaknyalah YB Tok Guru Nik Aziz berhenti dari terus menjawat jawatan Menteri Besar Negeri Kelantan Darul Naim sebaik selesai PRU13 baru-baru ini dihargai dan disanjung tinggi dengan penghargaan. Ianya berdasarkan kepada faktor gangguan kesihatan yang berbanjangan dialami dan dihadapi oleh Tok Guru. Ianya berkaitan rapat dengan faktor usia dan  keperluan rehat dalam kata sebenar dikehendaki oleh kesihatan seiring dengan umur yang lanjut 83 tahunalhamdulillah.  Tempoh 23 tahun pasti memegang jawatan MB adalah jangkawaktu yang lama Tok Guru berbakti untuk rakyat dan negerinya. Subhanallah. 

Tempoh 3 tahun terakhir perkhidmatan Tok Guru, sering doktor menasehati (dalam erti memaksa) Tok Guru mengambil rehat wajibnya dengan dimasokkan kewad dihospital. Tok Guru Nik Aziz telah memikul amanah rakyat dan amanah PAS - PR menjawat jawatan ketua eksekutif pentadbiran kerajaan negeri Kelantan Darul Naim selama 23 tahun (000 - 000), walaupun tidak dapat memintas KM Serawak TS Taib Mahmud menjadi KM cukup lamadisandangnya.

Dalam tempoh perkidmatan menjadi Menteri Besar Kelantan, Tok Guru telah mengabdikan dirinya ketika mentadbir dan semasa memerentah negeri Kelantan Darul Nain, dengan berpandukan ilmu yang digalinya dari Al Quraan dan Al Hadis Junjungan Baginda Rasul SAW yang dipelajari semasa belajar  di Durbun Lucknow India dan dibumi Bumi Kinanah Mesir. Tok Guru telah menerapkan tugas resminya mengikut keberanian dan kemampuannya walau berdepan dengan halangan dari kerajaan pusat di Putrajaya yang zalim selama 23 tahun terhadap beliau. Hatta kerajaan pusat di Putrajaya sanggop menoda dan menanggong dosa kerana tuboh kerajaan dalam kerajaan di Kelantan dan menyeleweng duit rakyat Negeri Kelantan difaraid untuk dinikmati olah pemimpin pembangkang Kelantan umNO(Baru)bN dan kuncu-kuncu mereka.

Lebih parah dari itu, kerajaan pusat umNO(Baru)bN Putrajaya sejak jaman Dr Mahathir sampailah kepada zaman DS Najib Rosmah yang kaya dengan retorit dan slogan perubahan politik negara, semuanya dengan jawapan kosong sekadar auta  untuk dinikmati rakyat Kelantan. Mereka (kerajaan umNO(Baru)bN Putrajaya) telah bertindak menafikan hak-hak beliau untuk mendudoki dalam jawatankuasa perengkat negara kapasitinya sebagai MB, untuk mewakili rakyat dan negeri Kelantan termasoklah juga kebawah Duli Tuanku Sultan Mohd V. Tetapi umNO(Baru)bN telah menoda dan melanggar undang-undang dan perlembagaan negara seperti pentamun siang pecah bank. Hak-hak disandang MB (Tok Guru ketika itu), diberi kepada ketua pembangkang Kelantan cap umNO(Baru) mencabul hak kedaultan negeri dan negara dengan bersahaja. 

Contohnya pemulangan yang wajib dan hakiki wang berkapita (cukai yang dipungut dibawa ke kerajaan pusat Putrajaya) mengikut jumlah kepala rakyat negeri selaris dikhianati dengan lengahkan pemberian dan tanggoh hatta macam dinafikan wang tersebut milik rakyat negeri Kelantan Darul Naim. Inilah penindasan dan penyelewengan yang berterusan amalan kerajaan pusat di Putrajaya yang dipimpin umNO(Baru)bN dari Dr Mahathir, Dolah Badawi sampai kepada DS Najib Rosmah. Parti yang solid memperjuang dan memertabatkan Melayu dulu kini dan selamanya. Hirup Melayu! Hisap Mamak! Hidup Najib!!!

Manakala wang royalti hasil petroluim/gas dari Petronas, umNO(Baru)bN panjangkan tanga mereka umpama tangan syaitan. Mereka dari lanun dilaut, naik kedarat menjadi perompak. Mereka menolak dan menidak dengan menafikan perjanjian yang sah diantara Petronas dan Kerajaan Negeri Kelantan. umNO(Baru)bN yang memegang perajaan pusat di Putrajaya telah khianat dan pecah amanah dengan merompak ditengah jalan oleh pemimpin umNO(Baru)bN dimasokkan kedalam kantong JPP (yang bebas ordit perbelanjaannya) sebagai saloran untuk dicanel paraid oleh pembangkang pemimpin umNO(Baru)bN Kelantan. Seperti lanun  penyamun lagaknya.  Inilah amalam demokerasi songsang yang pincang dilaksanakan umNO(Baru)bN tempoh 23 tahun.

Tok Guru Nik Aziz selama 23 memegang jawatan MB Kelantan dengan menabor bakti dan meninggalkan jasa yang besar untuk rakyat Kelantan. Tetapi rakyat negeri Kelantan jangan lupa diatas sumbangan tuntas dari gaji dan elaun beliau sebagai YAB MB selama 23 tahun. Jumlah yang besar dikembali dipulangkan kepada kepada rakyat negerinya.  Rekod ini, pasti tidak dapat untuk menyamai apalagi untuk memintas sumbangan dan pengurbanan TOk Guru kepada rakyat dan negeri pimpinannya dikalangan PM, MB dan KM dari umNO(Baru)bN. 

Saya pinta Perkasa, Hasan Jati jalor3 dan Zul Kulom menafikan kenyataan ini. Ianya bukan kerana faktor usia dan faktor sokongan dihadapi oleh Tok Guru. Tetapi faktor kesihatan dan rehat adalah penting, sebagaimana kata Nik Abdoh ketika menziarahi ayahndanya di hospital sebaik kerajaan Kelantan yang baru terbentok. Katanya lebih kurang ingatan saya, "Hari ini, ayahndaku sunggoh-sunggoh berehat dari kerjanya". Tok Guru telah melakar kerjaya politiknya cukup manis dan membanggakan sebagai menteri besar yang PAS lahir dan persembahkan untuk Kelantan yang bebasdari rasuah dengan selogan 'Membangun Bersama Islam'.

Sehingga sekarang Tok Guru masih mengekal jawatan keramatnya sebagai Pesurohjaya PAS Kelantan yang disandang pada tahun 1980 (kalau tak silap ingatan saya) ganti Dato' Asri Haji Muda (selepaas itu masok UMNO dan bergelar TS dah Almarhom - Al Fatehah) dan terus juga kekalkan jawatan diperengkat pusat sebagai Mursidul Am PAS. Sedangkan lawan politiknya pembangkang yakni umNO(Baru), mereka telah bariskan setengah dozen bertukar silih berganti dan muncul lagi sebagai Pengerusi Badan Perhubungan umNO(Baru) Kelantan. Penyandang awal YBM TS Tengku Razaliegh Tengku Hamzah dan 2 mantan PM telah memegang jawatan No 1 umNO(Baru) Kelantan iaitu Tun Dr Mahathir Muhammed, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Serta TS Anwar Musa, DS Dr Awang Adik Hussein, dan DK Mustapha Muhammad kalau tak silap dua kali menjawatnya sampai sekarang.

Banyak rahsia yang diperkatakan oleh rakyat umum dan orang ramai, vaksin yang mujarab diperkenal dan diterap kedalam dirinya selama 23 tahun menjadi Tok Guru Nik Aziz menjadi menteri besar bersifatnya  humble sejak saya mengenali dengan kereta usang Mercedes AS 66 dan selepas itu Saudara Lah menjadi pemandunya tidak resmi dan pemandu resmi MB sebaik Tok Guru mengangkat sumpah jawatan MB mula-mula dulu. Dan terus gunting rsmbutnya dikedai gunting Hamid dibawah Bangunan PAS, 1960 Jalan Dato' Pati, Kota Bharu. Memecah tradisi tidak mendiami kediaman resmi MB Kelantan di No. 10 Kampong Sireh. Gaji dan elaun hak beliau sebagai MB tidak menjadi keutamaan dan dimasokkan kedalam kantong kerajaan dan PAS (maaf kalau silap).

Selamat berehat dan bersara Tok ayah Jit - Dato' Bentara Setia Dato' Nik abdul Aziz bin Nik Mat. Alhamdulillah, bersaranya Tok Guru dengan mewarisi kerajaan yang kukoh dan tegak megah tinggi mengawan dengan cemerlang dicahayai oleh bulan purnama. 
Saya muatkan gambar rakaman muktamar di Taman Melewar, Mesjid An Nur Kubang Bemban, Pusat Tarbiah PAS Pasir Mas, Pohon Buluh dan du Dewan Zulkifli Mohd Bangunan PAS Kota Bharu.

Kini kerajaan PAS-PR Kelantan yang baru dituboh dan dibentok. Ustaz Ahmad Yaakob (Dato') dan saf TMB dan Exco-exco terutamanya anaknda/adindaku Nasaruddin Tok Guru Haji Daud Yusoff Meranti, jagalah kerajaan baik-baik jangan turut PRU14 nanti terjadi seperti kerajaan PAS-PR selepas PRU13 pada 5 Mei 2013 dan kerajaan PAS-BA Terengganu. Wan Rahim Wan Abdullah doakan ana kini uzur dah akan kekamar kardiologi ikhtiar susulan akhir. 

Tidak sebagaimana ana kini sentiasa berlinang airmata apabila PAS - PR tewas di Kedah, apalagi musibah kesihatan yang menimpa TS Ustaz Azizan cukup mencabar, berdebar. Allah anugerahkan diusia tua masih anak kecil 5T 6 bulan inilah penawar jantung stiap kali kepalanya dipinta letakkan didada kiri ana, Subhanallah.