PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Wednesday, May 08, 2013

Menolak auta dengan fakta

Menolak auta dengan fakta

Suhaimi Saad,07 Mei 2013

Kecoh sekarang ini ahli parlimen Malaysia ramai yang bukan Melayu. Aduhai.. adakah kita mengalami kerosakan minda yang parah.. DAP bertanding di kawasan Cina menghampiri majoriti dan lawannya adalah MCA, MIC dan Gerakan. 

Jika DAP kalah sekalipun Melayu tak akan bertambah dalam Parlimen sebab DAP lawan MCA, MIC dan Gerakan. Malah Kemenangan Pakatan Rakyat ini menyebabkan Melayu bertambah dalam Parlimen dan DUN, saya bagi contoh:-

Kerusi Parlimen :-


1. Rafizi (PKR) menang lawan Gary Lim (BN) - Pandan.

2. Dr Siti Mariah (PAS) Menang lawan S. Murugesan (BN) - Kota Raja.

3. Tan Sri Khalid (PKR) Menang lawan Tan Kok Eng (BN) - Bandar Tun Razak.

4. Imran Hamid (PKR) menang lawan Kong Cho Ha (BN) - Lumut.

5. Datuk Arif (DAP) menang lawan Hoh Khai Mun (BN) - Raub.

6. Kamarul Bahrin (PKR) menang lawan V.S Mogan (BN) Telok Kemang.

7. Khairil K. Johari menang lawan Teh Leong Meng (BN) Bukit Bendera.

Kesimpulannya : 


Menang Pakatan Rakyat bermakna tujuh Ahli Parlimen Melayu bertambah dalam Parlimen. Jika Pakatan Rakyat Kalah, kita akan kehilangan tujuh ahli parlimen Melayu

Kerusi DUN:-

1. Azman Nasarudin (PKR) menang lawan S. Ananthan (BN) – Lunas, Kedah.

2. Datuk Anuar Abdullah (PAS) menang lawan Tan Ken Ten (BN) – Kota Lama, Kelantan.

3. Azan Ismail (PKR) menang lawan Datuk Toh Chin (BN) – Bandar, Terengganu.

4. Tengku Zulpuri (DAP) menang lawan Datuk Chuah Boon (BN) – Mentakab, Pahang,

5. Mohd Rashid (PKR) menang lawan Wong Mun (BN) - Pantai Jerjak, Penang.

6. Dr Idris (PKR) menang lawan K. Parthiban (BN) – Ijok, Selangor.

7. Aminul Huda (PAS) menang lawan Teo Yew (BN)- Parit Yani, Johor.

8. Abdullah Husin (PAS) menang lawan M. Sorianarayan (BN) – Puteri Wangsa, Johor.

Orang bertanya kepada saya bagaimana pula seorang Melayu, Ghani Othman boleh kalah dengan Lim Kit Siang. 
Saya katakan Ghani Othman cari penyakit. Dia bertanding di kawasan (Cina 52%) (Melayu 34%) selebihnya India. Parlimen ini dulunya adalah milik MCA. 

Kalau Umno masih bangkitkan isu Melayu dan bukan Melayu ni. Saya nak tanya bagaimana pula Kawasan majoriti Melayu, bukan Melayu BN boleh menang. Melayu UMNO undi siapa? Saya senaraikan.

1. Parlimen Simpang Renggam (M- 56%) Suhaizan (PAS) kalah lawan Liang Teck Meng (BN).

2. Parlimen Tanjong Piai (M- 52 %) Dr Mahzir (DAP) Kalah lawan Wee Jack (BN)

3.Parlimen Batu Sapi (Islam 51%) Hamzah (PAS ) Kalah lawan Tsen Tsau (BN)

4. DUN Gurun (M- 57%) Salma Ismail (PKR) Kalah lawan Dr Leong (BN)

5. DUN Cheka (M- 69%) Cikgu Abas (PKR) kalah vs Dato Fong (BN)

6. DUN Gambir (M- 56%) Datuk Mahfoz Mohd (PAS) kalah lawan M. Aso (BN)

7. DUN Chenderiang (M-36%, C-30%) Amani Abdullah (PKR) kalah lawan Dr Mah Hang(BN)

8. DUN Pemanis (M- 56%) Cikgu Normala (PAS) Kalah lawan Lau Chin (BN) 

9. DUN Kahang (M-74%) Hamdan (PKR) kalah lawan R. Vidyanathan (BN)

10. DUN Pulai Sebatang (M-63%) Ungku Mohd Nor kalah lawan Datuk Tee Seiw (BN)

11. DUN Tg Aru (Islam – 52%) Hamid Ismail (PAS) kalah lawan Yong Oui (BN)

12. DUN Bingkor (Islam 38%) Ahmad Shah (PKR) kalah lawan Kennedy John (BN)

13. DUN Merotai (Islam-53%) Ahmad Dullah (PAS) kalah lawan Pang Yuk Ming (BN)

Masih percaya dakyah Umno. Umno menipu kita selama ni dengan memainkan sentiment perkauman. Sebenarnya yang merosakkan Melayu dan menggadaikan masa depan melayu adalah pemimpin Umno. 

Hentikan main isu perkauman jika anda tak tahu fakta sebenar. 


* Penulis adalah Ketua Penerangan PAS Pahang.

PR tetap tambah kerusi, kuatkan suara di Parlimen

Wan Nordin Wan Yaacob,07 Mei 2013

Meskipun ramai yang masih bersedih dengan kegagalan Pakatan Rakyat menawan Kerajaan Persekutuan, namun kesedihan itu seharusnya tidak terkubur dengan alasan-alasan yang bersifat 'pengulangan'.

Benar terdapat usaha penipuan dan penyelewengan yang mungkin sekali berlaku di beberapa tempat, namun tidak semua kawasan sebenarnya berlaku demikian.

Pada asasnya, Pakatan Rakyat tetap menang secara moralnya di peringkat persekutuan apabila berjaya mengurangkan lagi majoriti mudah BN yang dahulu 140 kerusi, dan kini merosot kepada 133 kerusi Parlimen sahaja.

Bermakna, Pakatan Rakyat berjaya menambah 7 kerusi lagi, cuma hilang di kerusi yang tidak disangka akan mengalami kekalahan antaranya Kulim Bandar Baharu, Machang, Tanah Merah, Jerai, Baling, Sik, Bagan Serai, Kuala Selangor dan beberapa yang lain.

Sementara PAS sendiri sebenarnya walaupun gagal mempertanankan Kedah atas alasan tertentu, namun telah berjaya meningkatkan prestasi yang amat memberansangkan apabila menang dan menambah kerusi di Selangor kepada 15 dan menjadi 'pengemudi' bersama DAP (15) dan diikuti KeADILan 14 kerusi.

Tanpa disedari, PAS berjaya melahirkan anak sulong di Melaka dengan Dr Mohd Khalid Rahmat menang di Dun Bukit Baru walaupun PAS kehilangan Dun Paroi di Negeri Sembilan.

Sementara kejayaan luar jangka PAS di Terengganu yang hampir dapat menewaskan BN dengan kekuranga  hanya 2 kerusi adalah satu pencapaian yang amat membanggakan.

Jika sebelum PRU13, Terengganu hanya mensasarkan antara 12 kerusi sahaja yang mampu di menangi, namun kejayaan menawan 15 kerusi Dun adalah suatu yang luar biasa.

Kejayaan PAS menang di Temerloh melalui Ketua Pemudanya, Ustaz Nasrudin Hassan@Tantawi disifatkan oleh beberapa penganalisis politik antaranya Pensyarah USM, Dr Sivamurugan Pandian sebagai suatu yang luar jangka membuka ruang yang lebih besar kepada PAS dalam merangka pelan pada masa akan datang untuk melihat lapang sasar yang mungkin tidak terduga sebelum ini.

Peningkatan kemenangan PAS di Johor dimana menambah dua kerusi Dun kepada empat (baru menang Kota Puteri, Parit Yaani) (sebelum ini Sungai Abong dan Maharani) membuka mata rakyat, Johor bisa sahaja menjadi tapak kepada PAS untuk mengintai peluang menerajui gerbang selatan itu dalam beberapa PRU selepas ini.

Biarpun Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub tewas di Nusajaya dan Parlimen Pulai, namun kejayaan menempa undi yang lebih besar harus dilihat sebagai satu kejayaan juga.

Berbalik kepada kejayaan Nasrudin di Temerloh menewaskan Dato' Saifuddin Abdullah, ia bukanlah suatu yang mudah, kerana Nasrudin dilihat sebelum ini sebagai calon 'underdog'.

Dengan status underdog, beliau akhirnya berjaya mendapat kepercayaan pengundi di Temerloh dan merentasi sifat pengundian 'perkauman' apabila undi kaum Cina juga diberikan kepada Ketua Pemuda PAS ini.

Menjengah pula kejayaan beberapa nama baharu dalam PAS, antaranya Dr Khairudin Aman Razali (Parlimen Kuala Nerus); Dr Marzukh Shaary (Bachok); Raja Kamarul Bahrin (Kuala Terengganu) ; Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz dan beberapa nama lain  memberi satu gambaran baharu bahawa 'tokoh' yang belum diberi peluang bertanding bisa sahaja melakar kejutan dalam memberi kemenangan kepada PAS.

Sementara di peringkat BN pula, Pengerusi BN, Dato' Seri Najib Razak pagi terpaksa berdepan pula dengam cabaran mendapatkan semula taburan undi yang mempunyai jurang antara desa dan kota dan kelas (kedudukan taraf).

Najib juga berkemungkinan berdepan dengan gelombang di peringkat akar umbi Umno yang barangkali mahukan perubahan dalaman lebih-lebih lagi memegang kata-kata bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad jika Najib gagal mendapat mandat 2/3, bermakna Najib kalah.

Selain itu, Najib kini berhadapan dengan masyarakat umum yang pelbagai sifatnya termasuk mentaliti mahukan wang, habuan segera, perubahan dasar dan juga kematangan kerajaan berdepan dengan situasi sukar.

Najib hanya mempertahankan pemerintahan yang lebih buruk prestasinya berbanding Tun Abdulla Ahmad Badawi dengan sentimen undi Melayu.

Di sesetengah kawasan khasnya Selangor, kematangan pengundi Melayu telah menyebabkan Umno-BN semakin tidak diterima dan susut kepada 12 kerusi sahaja.

Secara keseluruhannya, Pakatan Rakyat sebenarnya telah menang undi popular yang menunjukkan sokongan terhadap kempen mereka yang menolak rasuah, dasar yang lebih mesra rakyat khasnya golongan di bandar dan juga pertarungan untuk menguasai Putrajaya.

Begitupun, hanya kerana undi Melayu menjadi penyelamat kepada Umno khasnya apabila mereka berjaya mendapatkan semula Kedah dengan majoriti yang lebih selesa walaupun bukan 2/3.

Cuaca politik Malaysia selepas ini bakal menarik dengan taburan kemenangan yang tidak samarata antara parti dalam BN mahupun Pakatan Rakyat.


PRU13 tidak adil, hanya sebahagian bebas - Ideas

Harakahdaily,08 Mei 2013

KUALA LUMPUR: Institut bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) yang dilantik oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pemerhati merumuskan bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) adalah berlangsung dalam keadaan tidak adil.

Ketua Eksekutif Ideas, Wan Saiful Wan Jan berkata hanya sebahagiannya sahaja bebas tetapi banyak laporan meragukan timbul dan disifatkan mereka sebagai tidak adil.

Menurut Wan Saiful, biarpun SPR berjaya memastikan proses sejak penamaan calon sehingga mengundi berjalan lancar, namun terdapat laporan keraguan terhadap kegagalan dakwat kekal dan pengundi hantu.

"Kedua-duanya adalah isu-isu penting yang perlu ditangani. Walau bagaimanapun, kita meletakkan kedua-dua isu ini dalam konteks kekurangan yang lebih luas iaitu amanah dalam integriti daftar pemilih, dan ianya bukan hanya kelemahan SPR semata-mata.

"Dalam usaha untuk menangani punca masalah ini, perhatian serius perlu diberikan untuk meningkatkan integriti daftar pemilih. Ini melibatkan meningkatkan integriti
Pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara, yang mungkin bukan bidang SPR," katanya.

Beliau turut menyenaraikan beberapa pemerhatian yang boleh memberi indikator bahawa PRU13 kali ini sebagai tidak adil. Ianya seperti:

1. Pihak media berat sebelah memihak kepada Barisan Nasional. Media kerajaan negeri disalahgunakan secara partisan dalam memberi pandangan kepada orang ramai.

2. Terdapat keraguan tentang kesaksamaan SPR dan kecekapan mereka walaupun banyak usaha mereka untuk menambah baik sistem pilihan raya. Mereka sebagai sebahagian daripada perkhidmatan awam dilihat sudah berat sebelah. Ahli-ahli SPR berulang kali mengeluarkan kenyataan yang boleh ditafsirkan sebagai partisan. Mempertahankan diri mereka apabila dikritik dan ianya menimbulkan kemarahan orang ramai.

3. Kepercayaan terhadap daftar pemilih adalah rendah. Ini menyebabkan orang ramai ragu apabila terdapat laporan warga asing diterbangkan, apabila mereka melihat individu warga asing hadapan, atau apabila dakwat kekal dilihat sebagai tidak berkesan.

4. Pendaftar Pertubuhan tidak melayan semua parti-parti politik secara adil seperti melambatkan proses pendaftaran parti-parti bukan BN.

5. Saiz kawasan pilihanraya terlalu tidak sama rata, membolehkan parti yang menang kerusi lebih kecil untuk menang parlimen, walaupun tidak menguasai undi popular.

6. Semasa tempoh berkempen, jentera kerajaan dan kemudahan tentera telah berulang kali digunakan untuk tujuan berkempen pada tempoh kempen rasmi.

8. Isu-isu perkauman yang berbahaya dieksploitasi untuk keuntungan politik.

"Oleh kerana sebab-sebab ini, kita menyimpulkan bahawa GE13 hanya sebahagiannya bebas dan tidak adil," kata Wan Saiful.

edisi 8 mei - BATTLE MB TERENGGANU BERMULA

Written By FZT on 08 Mei, 2013 | 1:31 PTG

wajah mantan MB GANU
ANGIN KENCANG BERTIUP PANAS, umno ganu yang nazak terkena pukulan pengundian orang muda terpaksa bertarung kembali untuk memanaskan jawatan mb. Pertempuran sedang sengit berlaku. Mat said diberitakan tidak mendapat restu pihak atasan. Mat said akan menerima nasib yang sama seperti mana deris natang pada 2008. mat said masih meneruskan usaha usaha terakhir untuk merealisasikan menjadi mb terakhir untuk dynasty umno diterengganu.

5 tahun lagi pengundi muda akan lebih bertambah dengan banyak. Undi saluran 3 4 5 6 begitu banyak menyebelahi pembangkang menyebabkan umno terengganu koma beberapa kali. Umno masih bertahan untuk saluran 1dan 2 dan dalam masa lima tahun akan datang, pengundi di saluran satu makin berkurang dan saluran 2 akan naik pangkat dan saluran 6 akan menjadi saluran undi perubah keadaan semasa. umno bukan lagi dijamin akan menang seperti sekarang. ini yang menakutkan umno terengganu waktu ini.

walaupun masih mengekalkan status quo di besut setiu namun pergerakkan undi orang muda sudah bermula. pertahanan orang lama untuk umno semakin mengendur. umno semakin hilang cengkaman walaupun setiap saat mengugut pengundi baru. orang muda sudah tidak takut kepada ugutan umno. walaupun setengah kawasan masih ada yang meneruskan tradisi iaitu umnolah pemberi rezeki.

apakah terengganu akan mendapat mb baru lagi dipenggal baru ini. sekiranya ini berlaku dan yang naik adalah mb baru,  semakin teruklah rakyat negeri terengganu. sekiranya mb ini dilantik menggantikan mat said, ini bermakna bala baru yang akan datang. dengan track rekord celaka di peringkat pusat dan ditendang keluar dari menjadi menteri kabinet pak lah, ini akan menjadi bala yang semakin teruk selepas dynasty mat said.

APAKAH ADA PERLANTIKAN MB BARU DI JAM 2.00 PETANG INI????



PAS Tak Tuntut Jawatan MB Selangor, Ramai Mahu Khalid Kekal


Pas Pusat tidak akan menuntut jawatan Menteri Besar Selangor walaupun Pas Selangor mempunyai kelebihan satu kerusi berbanding PKR di Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke13 (PRU13) baru-baru ini.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, demi semangat setia kawan dalam Pakatan Rakyat (PR) bersama PKR dan DAP, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan kekal sebagai Menteri Besar Selangor. 

"Kita (Pas) tidak pernah tuntut, tidak pernah bercadang, tidak berhasrat pun ke arah itu. Kita sudah putuskan untuk kekalkan yang sedia ada (Abdul Khalid). Tunggulah dalam masa seminggu ini akan diumumkan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian. 

Semalam, Sinar Harian menyiarkan laporan siapakah bakal memegang jawatan Menteri Besar Selangor memandangkan ketiga-tiga parti mempunyai jumlah kerusi hampir sama, iaitu Pas dan DAP sebanyak 15 kerusi manakala PKR 14 kerusi. 

Pengerusi PR Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, bakal Menteri Besar Selangor akan diumumkan minggu depan selepas pucuk pimpinan tertinggi PR memutuskannya, individu itu akan mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. 

Pemilihan kini tertumpu kepada calon Pas dan calon Melayu-Islam PKR kerana calon DAP tidak tersenarai memandangkan syarat status quo calon menteri besar mesti terdiri daripada calon Melayu-Islam dan mendapat perkenan Sultan. 

Walaupun keputusannya akan diumum minggu depan tetapi beberapa nama mula disebut-sebut menggantikan Abdul Khalid, antaranya Abd Rani Osman, Iskandar Abd Samad, Dr Ahmad Yunus Hairi, Sallehen Mukhyi dan Mohd Shafie Ngah.

Rabu, 8 Mei 2013

PRU13 : BUKAN YANG KALAH AJE TAK PUAS HATI, TAPI YANG MENANG PUN MACAM ORANG GILA BEB... KAH KAH KAH !
Kebiasaan nya dipihak yang KALAH selalu akan MENUNJUKAN serta MELUAHKAN perasaan TIDAK PUAS HATI dan KECEWA terhadap KEKALAHAN tersebut... lebih-lebih lagi bila KEKALAHAN tersebut disebabkan oleh FAKTOR PENIPUAN serta KEBODOHAN DI PIHAK SENDIRI... umpama nya bila ADA BUKTI yang menunjukan PENGADIL sesuatu PERTANDINGAN BERAT SEBELAH atau TAK ADIL dan LEBIH TERUK lagi PENGADIL pulak TOLONG MENIPU bagi pihak LAWAN... manakala KEBODOHAN pulak bila MEMBERI LAWAN MENANG PERCUMA dengan BERTANDING SESAMA SENDIRI... seperti yang dalam Pakatan Rakyat (PR) jadi WAJAR lah kalau pihak yang KALAH di PERTANDINGAN tersebut TAK PUAS HATI serta MENUNJUKAN SIKAP TIDAK PUAS HATI dia orang... kah kah kah !.

Tapi yang PELIK BIN AJAIB nya bila ada pihak yang MENANG serta MENGAKU MENANG tapi MEROYAN seperti yang ORANG KALAH... sehinggakan sampai ke peringkat MENYALAHKAN ORANG lain seolah-olah ianya satu KESALAHAN... wal hal TIADA KESALAHAN yang dilakukan oleh pihak tersebut atau ianya MENEPATI serta MENGIKUTI LUNAS-LUNAS UNDANG-UNDANG yang TERMAKTUD DIDALAM PERLEMBAGAAN... nak kata pihak ini TAK TAHU yang dia orang MENANG tak mungkin kerana dia orang sendiri pun sudah mengatakan yang dia orang MENANG... bukti nya ULUL AMRI UMNO Datuk Seri Haji Najib pun sudah MENGANGKAT SUMPAH sebagai Perdana Menteri (PM) tak sampai 24 jam selepas Keputusan Pilihan Raya Umum (PRU13) diumumkan... kah kah kah !.

Kalau dari SIKAP yag ditunjukan oleh dia orang seolah-olah ianya bukan jenis GILA BIASA tapi sudah sampai boleh dikatakan GILA TAHAP TERTINGGI... ialah kalau dah ianya DITIMBULKAN seperti ISU PERKAUMAN dari Pemimpin Umno sampaikan ke Penchacai Upahan dan ada sampai sanggup BERMANDI DARAH... salah ke kalau gua kata dia orang ni GILA TAHAP TERTINGGI beb... sedangkan HAK MEMILIH adalah HAK yang DIBENARKAN oleh UNDANG-UNDANG... bukan semesti ORANG CINA kena MEMILIH atau MEMANGKAH BN sahaja... dan Pemimipin BN terutama nya ISI PERUT UMNO tidak boleh MEMAKSA SESUKA HATI MAK BAPAK ISI PERUT UMNO untuk MEMILIH BN... kerana Negara Malaysia BUKAN nya HARTA KEPUNYAAN MAK BAPAK ISI PERUT UMNO tapi HARTA  KEPUNYAAN RAKYAT Malaysia keseluruhan nya... kah kah kah !.

Untuk itu sebelum ISI PERUT UMNO nak mengatakan yang pihak PR tidak dapa menerima KEKALAHAN baik aje lu orang CERMIN DULU MUKA lu orang yang TAK MALU TAMPAL KULIT BABI 14 INCI tu beb... sedangkan lu orang yang MENANG pun masih TAK PUAS HATI seperti ORANG GILA TAHAP TERTINGGI... yang mana ALASAN PERKAUMAN cuba DIBANGKITKAN walaupun MENANG... jadi TAK SALAH kalau di pihak PR TAK PUAS HATI dengan KEKALAHAN yang dikatakan ADA BUKTI bahawa Suruhanjaya Penipu Rakyat (SPR) adalah BAPAK PENIPU... atau lu orang ISI PERUT UMNO tak YAKIN dengan KEMENANGAN yang DIKECAPI kerana KEMENANGAN tersebut telah DIBANTU oleh PENIPUAN SPR beb... gua sekadar BERTANYA aje beb sebab gua rasa dalam DUNIA NI hanya lu orang aje TAK PUAS HATI TAHAP GILA BABI apabila MENANG... kah kah kah !.


hemmmmm..... jenis manusia macam ini beb selalunya kalau makan bukan setakat kenyang tapi sampai termuntah-muntah... dan kalau kumpul kekayaan biar boleh bawak masuk sampai lubang kubur... kah kah kah... umporno perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeee... A B U.
Dicatat oleh Mat Indera Sipejuang di 12:44:00 PTG    
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook

Label: pr, pru13, spr, umno/bn
4 ulasan:
Qaseh Bonda berkata...
Tu pun UMNO tak faham-faham orang cina dah beyond thinking. Dah maju. UMNO tu yang tipah tertipu.

Orang cina tak nak brim, tak nak tayar apa class nak bagi tayar.

Melayu cerdik pun tak harap beras hama UMNO, kain batik dan gula sekampit.

Dah nak tadbir urus sangat orang melayu, uruslah melayu yang dah lesu. Dah nak jadi tuan sangat kat orang melayu, jadilah!!

Dok bising2 pasai apa!!
Rabu, Mei 08, 2013 12:44:00 PTG  
 
Tanpa Nama berkata...
betul,betul betul dah menang buat je lah kerja...dok bising-bising wat pe,dok menyalahkan org lain watpe...dah namanya demokrasi dan pilihan raya..rakyat buat pilihan marah pulak...tu tandanya TAK YAKIN POPULAR sebab menang kerana PENIPUAN..

Rabu, Mei 08, 2013 1:45:00 PTG  
 
bard berkata...
wahai rakyat malaysia....

Allah Maha Kaya,Allah Maha Agung,Allah Maha Berkuasa...

walaupun Allah memberi kemenangan kpd mereka,Allah juga telah membuka tembelang siapa sebenarnya ketua pemimpin mereka...

Aku akan berdoa dan terus berdoa...moga Allah akan terus membuka pekung mereka satu persatu selepas ini dan diperlihatkan kpd seluruh rakyat segala penipuan,penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa mereka...

Yang benar akan tetap benar walau berada di selut yang dalam,tetapi yang batil itu akan tetap batil,walau disalut emas permata

Ingat...

mendapat sesuatu dengan cara yang salah maka segala pendapatan yang diperolehi dengan cara salah itu tiada keberkatan...malah ia menjadi bahan bakar akhirnya...aku tidak akan sama sekali redha dengan pendapatan mereka itu kerana aku salah seorang pembayar cukai...pendapatan mereka antaranya termasuklah juga sumbangan duit aku dan rakyat malaysia lain yang membayar cukai...

kita tidak peroleh apa yang kita hajat...mungkin itu adalah kebaikannya utk kita

mereka mendapat apa yang mereka hajat...mungkin itu adalah keburukannya untuk mereka...

Allah Maha Adil,Allah Maha Mengetahui

Dialah yang mengatur tiap saat kehidupan kita...kita serah kepada Allah untuk menentukan apakah yang akan berlaku seterusnya setelah usaha telah, sedang dan akan dibuat dan dilaksana...

Moga kegelapan hari ini adalah untuk memancar sinar yang lebih bermakna esok hari...

Rabu, Mei 08, 2013 1:57:00 PTG  
 
ahmad muiz berkata...
time angkt sumph jd pm merempit bw keta masuk istana,time nk bubr parlimen liat nk mapuh,penykong b'peluh lendir bdan..kalo org cina undi bn,apa reaksi si mr.bean ni?ni 'thumbs up' ntuk org cina,tp x kata org cina kianat kt bangsa sendri..tu..tu..beks km melaka hj misai kontot tu kata cina rasis sbb x undi dia..apa dia ngat dia sorg lhir melayu kt situ..mcm la lwn dia tu cina..tu la kata,org yg xde penglamn klah ni x bole wat ape..meracau la siang mlm

Rabu, Mei 08, 2013 2:15:00 PTG  
Catat Ulasan


Wednesday, May 08, 2013

Himpunan malam ini diteruskan

PERHIMPUNAN "SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT" 8 MEI 2013 DITERUSKAN SEPERTI BIASA 

Saya sedia maklum kenyataan yang dibuat oleh Tan Sri Ismail Omar, Ketua Polis Negara mengenai Perhimpunan "Suara Rakyat Suara Keramat" yang bakal diadakan malam ini (8 Mei 2013) di Stadium Kelana Jaya bermula 830 malam. 

Sebagai menyambut gesaan Tan Sri Ismail Omar, KEADILAN melalui YB Nik Nazmi Nik Ahmad, ADUN Seri Setia telah memaklumkan secara rasmi kepada pihak balai berkenaan. 

Ini bertepatan dengan amalan biasa sebelum ini memandangkan perhimpunan diadakan di tempat persendirian yang telah dipersetujui dengan pengurusan dan pemilik stadium. Ia juga mengikut semangat Akta Perhimpunan Aman yang digunapakai sebelum ini yang tidak memerlukan permit untuk perhimpunan, hanyalah sekadar memaklumkan pihak polis. 

Saya percaya dengan keikhlasan dan kebijaksanaan pasukan polis di bawah pimpinan Tan Sri Ismail Omar yang menghargai hak rakyat untuk berhimpun, seperti mana yang telah ditunjukkan dalam perhimpunan-perhimpunan sebelum ini. 

Oleh itu, saya menggesa seberapa ramai rakyat Malaysia yang menuntut pilihanraya adil dan menolak penipuan PRU13 untuk turun dengan memakai baju hitam pada malam ini di Stadium Kelana Jaya bermula 830 malam. 

Saya juga mengecam sepenuhnya anasir penghasut yang cuba menakut-nakutkan rakyat terutamanya golongan bukan Melayu kononnya perhimpunan itu adalah satu alasan agar satu pergolakan kaum bermula. 

Beberapa pesanan ringkas merujuk kepada peristiwa 13 Mei yang kononnya dikaitkan dengan perhimpunan malam ini sedang berlegar, yang jelas berniat jahat. 

Oleh itu, saya akan membuat satu laporan polis di Balai Polis Tropicana pada jam 3 petang ini agar pihak berkuasa menyiasat secepat mungkin pihak yang cuba menimbulkan huru hara dan ketakutan dengan memainkan sentimen perkauman melalui edaran pesanan ringkas tersebut. 
  
RAFIZI RAMLI 
Peng

arah Strategi 

WEDNESDAY, MAY 8, 2013

Satu Analisis - Pakatan tumbang oleh undi Melayu di Kedah

oleh: Zulkifli Yahaya

http://4.bp.blogspot.com/-LEqP_wqHSNE/UBDaDODcsPI/AAAAAAAAAsU/Fbn1yvQiNr8/s1600/PASKedahTumbang+Pas+Celaka+Pas+jual+agama+PAS+pis+pus.jpg
Beberapa hari sebelum Parlimen dibubarkan, saya dan beberapa penggerak isu semasa di Kedah dipanggil oleh Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar. Kami meneliti meneliti sebuah kajiselidik yang dijalankan oleh sebuah badan professional. Perihal di seluruh negara, secara umumnya sokongan orang Melayu terhadap Pakatan Rakyat merosot sebanyak empat peratus berbanding enam bulan sebelumnya.

Apa yang mengejutkan dalam kajian tersebut ialah kemerosotan sokongan Melayu terhadap Pakatan berlaku paling teruk di Kedah, iaitu sebanyak 9 peratus! Jika pada September 2012 sokongan Melayu untuk Pakatan ialah 53 peratus, namun Mac 2013 sokongan merosot tinggal 44 peratus sahaja. Mengikut kajian tersebut, kerusi DUN yang mampu dimenangi oleh Pakatan Rakyat di Kedah cuma 14. Mahfuz melahirkan kebimbangan Pakatan akan kalah di Kedah jika perkara tersebut tidak berjaya diatasi.


Berikutnya, Penerangan PAS Kedah mengambil tanggungjawab menghimpunkan semua tenaga penerangan bagi memberi taklimat khusus menangani isu kemerosotan sokongan Melayu.

Datuk Mahfuz Omar ketika membentangkannya menjelaskan, antara faktor utama kemerosotan sokongan Melayu ialah pemberian BR1M 2.0. Namun di Kedah, katanya, terdapat faktor-faktor khusus yang menambah penolakan terhadap Pakatan. Isu terbesarnya ialah 'penebangan balak secara rakus'. Kali pertama dalam sejarah negara, isu alam sekitar mendapat perhatian dari masyarakat Melayu. Isu lain ialah kepimpinan PAS yang dilihat berpecah dan kemelut Kolej Universiti Insaniah. Maknanya, isu khusus dalam pentadbiran Kedah yang menyumbang penolakan orang Melayu terhadap kerajaan negeri. Soal sama ada kerajaan benar-benar gagal adalah persoalan lain, namun BN yang menguasai segenap media berjaya membina persepsi negatif rakyat terhadap kerajaan negeri.

Di samping tenaga penerangan peringkat negeri diperjelaskan mengenai isu-isu tersebut untuk ditangani, Penerangan Negeri turun hingga ke kawasan memberi taklimat.

Kebimbangan tersebut pernah saya catatkan di ruangan ini, menjelang hari pembubaran Parlimen. 

Berikut antara petikannya;
"Secara jujur saya sempat mengikuti hasil kajiselidik yang menampakkan Pakatan menghadapi sedikit masalah di kawasan majoriti Melayu dan sebaliknya di kawasan pengundi bercampur. Jangan fikir bahawa isu BR1M, pembalakan, kalimah Allah, DAP, Kristian, kenyataan Nurul Izzah mengenai kebebasan beragama, Tian Chua dalam isu Lahad Datu - langsung tidak memberi bekas kepada pengundi Melayu. Ia berkesan sehingga berjaya melarikan 4 peratus sokongan Melayu!

Selangor menjadi negeri Pakatan yang diserang bertalu-talu oleh media talibarut BN berbanding Kedah, namun sedikit mengejutkan kerana kedudukan Selangor menjadi jauh lebih baik dari Kedah, malah hampir pasti akan mengekalkan penguasannya dalam PRU13.

Situasi terkini menunjukkan bahawa Pakatan perlu bekerja berkali ganda di Kedah dalam usaha mempertahankan kerajaan negeri."

Memang jentera Pakatan Kedah telah bekerja berkali ganda dalam PRU ini dalam usaha mempertahankan kerajaan negeri Kedah. Namun terdapat isu yang perlu ditangani dengan penyelesaian atau gambaran penyelesaian, ia tidak berlaku. Ia tidak boleh dijelaskan melalui ceramah.

Isu ribuan penduduk Baling yang menghirup air keruh saban hari dari bekalan air masyarakat Gunung Inas tidak boleh dijelaskan di pentas pidato. Ia hanya selesai jika penduduk mendapat bekalan air bersih semula dan ia tidak mungkin berlaku apabila hutan digondolkan. Orang kampung tidak mahu tahu manfaat ladang rakyat, jika air yang menjadi keperluan asas mereka tercemar teruk.

Kemelut yang melanda KUIN, sebahagian besarnya melibatkan masalah kewangan. Pihak yang dipergunakan BN menyerang kerajaan negeri ialah sebahagian staf yang menghadapi masalah tersebut. Mereka kemukakan hujah berdasarkan fakta dan angka. Ia mampu mempengaruhi rakyat. 

Apabila mereka kemukakan cadangan penyelesaian, maka ia wajar diraikan oleh pihak kerajaan. Itu cara orang politik berpolitik, tampak lunak untuk menyelesaikan masalah. Sama ada cadangan itu hendak diikuti atau tidak itu persoalan nombor sepuluh. Tapi kalau cadangan yang dikemukakan ditolak mentah-mentah, "Hangpa sapa nak ajar orang?..." maka persepsi yang terbina di kalangan rakyat ialah kerajaan yang ada angkuh, tidak menghormati pandangan rakyat.

 Isu perpecahan dalaman yang tampak berlaku dalam PAS Kedah, bukanlah terlalu besar tetapi diperbesarkan oleh media BN, sehingga sekumpulan ahli biasa yang mengangkat sepanduk pun di siarkan di muka hadapan akhbar harian. Isu ini pun tidak boleh dijelaskan dalam ceramah tetapi melalui penyelesaian.

Isu peningkatan mendadak pusat hiburan sejak Pakatan mentadbir Kedah tidak boleh dijelaskan dalam ceramah. Rakyat tidak boleh menerima alasan itu kerja KCS yang meluluskan lesen kerana bagi mereka MB dan Exco lebih berkuasa. Selagi pusat hiburan itu tampak bersepah di depan mata, penjelasan apa sekalipun tidak membawa makna.

Orang Melayu termakan dengan isu-isu seperti itu. Maka akhirnya keputusan yang dibuat oleh sebahagian pengundi Melayu ialah menolak Pakatan di Kedah. Ia menjejaskan semua kerusi teras Melayu. Pakatan kalah di Kupang, Pantai Merdeka, Kuala Nerang, Pedu, Air Hitam, Belantik, Jeneri, Bukit Lada - yang kesemuanya pernah dimenangi oleh PAS.

Sementara 15 kerusi yang dimenangi Pakatan di Kedah diselamatkan oleh undi Cina iaitu Anak Bukit (10.56 %), Pengkalan Kundor (22.82 %), Kubang Rotan (27.3 %), Alor Mengkudu (23.96 %), Derga (38.78 %), Kota Darul Aman (61.88 %), Bukit Selambau (19.8%, I: 25.46%), Bakar Arang (41.33 %), Sidam (40.46 %), Kuala Ketil (6.75%, I: 10.58 %), Merbau Pulas (13.35 %, I: 18.80 %) dan Lunas (27.98 %).

Hanya tiga kerusi DUN yang mampu dimenangi Pakatan di kawasan pengundi teras Melayu iaitu Tokai (Melayu 90.88 %), Bukit Pinang (M 93.04 %) dan Sungai Limau (M 93.19 %).

Ada banyak perkara yang boleh dihuraikan mengapa keputusan tidak memihak kepada Pakatan dalam PRU13 ini berlaku? Saya akan mengulas nanti.

Alhamdulillah TQ NAJIB & BN - Caj tambahan elektrik bagi bil RM77 ke atas

FOTO: GETTY IMAGES 

CAJ tambahan satu peratus pada bil elektrik Tenaga Nasional Bhd hanya dikenakan kepada 25 peratus pengguna domestik sebagai sumbangan kepada Tabung Tenaga Boleh Diperbaharui (RE) untuk melaksanakan Tarif Galakan (FiT) yang berkuat kuasa sejak 1 Disember 2011.

Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (Seda), Badriyah Abdul Malek berkata, caj tambahan satu peratus itu hanya akan dikenakan kepada pengguna dengan jumlah bil elektrik RM77 ke atas atau penggunaan lebih 300kWh sebulan.

"Sehingga awal tahun ini, Seda telah mengutip RM321.46 juta untuk tujuan membiayai projek-projek tenaga boleh diperbaharui.

"Seda juga telah membayar RM18.7 juta bagi menampung projek yang sedang berjalan," katanya dalam sidang media di Putrajaya, kelmarin.

Menurutnya, secara keseluruhan, Seda akan membelanjakan RM4 bilion untuk membiayai kos projek-projek tenaga boleh diperbaharui di seluruh negara termasuk Sabah yang akan dilaksanakan suku pertama tahun depan.

"Tenaga boleh diperbaharui penting bagi menukar sumber tenaga negara daripada bahan api fosil yang telah dikenal pasti penyumbang besar kepada pemanasan global dunia kepada solar fotovoltik, biomass, biogas dan hidro kecil," katanya.

Badriyah berkata, penjelasan berhubung caj tambahan itu perlu dilakukan selepas isu itu hangat diperkatakan di laman sosial.

Menurutnya, pengguna yang terlibat dengan caj tambahan itu turut berpeluang menyertai Program Rumah Solar Atas Bumbung yang dilancarkan Seda sejak September tahun lalu.

"Sehingga kini kami telah meluluskan 1,000 permohonan daripada pengguna sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang dan Perak untuk program itu," katanya.
Posted by Kedah Lanie at 9:00 AM 

 

No comments: