PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Friday, May 31, 2013

Catatan Jimat Cermat Seorang Pemimpin Gerakan Islam

Rindu sungguh senyuman TG Nik Aziz [Tengok laa...]

Kelantan Selepas Tok Guru Nik Aziz

Ini sesuatu yang tidak dijangka. Mungkin Datuk Ahmad Yaakob dan kawan-kawannya dalam saf Exco lama sudah diberitahu oleh Tok Guru Nik Aziz akan hasratnya hendak berundur itu. 
Tetapi bagi kita orang awam yang mengikuti berita melalui media massa, kita membaca berita Tok Guru Nik Aziz mengulangi kenyataannya akan terus berkhidmat hingga ke akhir hayat, atau selagi dikehendaki oleh parti dan hanya akan berundur apabila dinasihati parti supaya berbuat demikian. 

Tiba-tiba setelah menang PRU13 kita mendapat berita Datuk Ahmad Yaakob, Timbalan Menteri Besar sebelum ini, mengangkat sumpah menjadi Menteri Besar Kelantan. Tiada lagi Tok Guru Nik Aziz. Memang itu berita yang mengejutkan, walaupun proses pertukaran itu berlaku begitu bersahaja dan tanpa apa-apa peristiwa atau kejadian yang luar biasa.

Kita sudah lama maklum akan keadaan Tok Guru yang sudah lanjut usia, dan keadaan fizikalnya pun sudah agak uzur, dan kesihatannya pun sering terganggu. Tetapi dari segi lain, kemampuan minda dan ideanya masih kelihatan segar dan up-to-date, sentiasa selari dengan perkembangan masa.

Terakhir misalnya, beberapa minggu sebelum Parlimen dibubarkan, Tok Guru meminta saya menghasilkan sebuah teater kisah Abul 'As menantu Rasulullah saw, dengan melibatkan 'artis-artis hijrah' sebagai pelakon. Teater itu pun (Pengisytiharan Abul 'As) dipentaskan di hotel Grand Riverview Kota Bharu, pada 15 Mac.

Pementasan teater itu menjadi satu peristiwa penting dalam sejarah perkembangan seni-budaya, khasnya teater Islam di negara ini. Buat pertama kalinya PAS dan Kerajaan PAS Kelantan (melalui TG Nik Aziz) secara rasmi membenarkan perempuan berlakon bersama lelaki di atas pentas, di hadapan khalayak umum lelaki dan perempuan. Sebelum itu tidak dibenarkan. Maka itu adalah suatu pemikiran baru dari TG Nik Aziz, yang membuka ruang yang luas untuk kegiatan seni teater dalam masyarakat Islam.

Dan beberapa hari selepas itu saya menerima telefon daripada Pusat Kajian Strategik Kelantan meminta beberapa tarikh yang dapat saya luangkan untuk ke Kota Bharu, kerana TG Nik Aziz meminta supaya diadakan majlis bicara buku mengenai buku terbaru saya Kelantan 22 Tahun Bukti Kejayaaan. (Beliau melancarkan buku ini pada malam pementasan teater Abul 'As itu). Rancangan bicara buku itu walau bagaimanapun tak sempat diadakan kerana Perdana Menteri Najib membubarkan Parlimen pada 3 April.

Jadi, pengunduran TG Nik Aziz secara tiba-tiba itu adalah sesuatu yang tidak dijangka. Walaupun kita tahu dia sudah lama menjadi Menteri Besar (hampir 23 tahun) dan pada bila-bila masa sahaja dia mungkin akan mengundurkan diri (kerana sebab-sebab yang munasabah), namun berita pengundurannya itu tetap memberi kejutan. Sebab apa? Sebab kita masih memerlukan sumbangan idea dan pemikirannya yang sentiasa segar, berani, mengikuti peredaran zaman, dan dibuat berdasarkan ilmu Islamnya yang luas dan mendalam.

Sekarang TG Nik Aziz sudah tiada lagi di Kelantan sebagai Menteri Besar. Kelantan sekarang sudah tidak sama lagi dengan Kelantan sebelum 5513 (5 Mei 2013). Kita tidak tahu sebenarnya apakah Kelantan akan terus kekal sepertimana ia di bawah pentadbiran TG Nik Aziz, atau akan menjadi lebih baik, atau bagaimana. Namun kita tetap merasakan Kelantan selepas ini akan tidak sama lagi dengan Kelantan sebelum 5513.

Bukan kita mengatakan Ahmad Yaakob tidak layak menjadi Menteri Besar Kelantan. Bukan. Ahmad Yaakob memang layak, dan dia mungkin membawa Kelantan menjadi lebih baik lagi selepas ini. Kita mengatakan Kelantan selepas ini tidak sama lagi dengan Kelantan sebelum ini hanyalah semata-mata kerana kuatnya imej TG Nik Aziz yang telah melekat dalam kepala dan hati kita selama ini.

Ingat Kelantan sahaja kita terus terbayangkan sosok tubuh TG Nik Aziz. Dan sekarang apabila ingat Kelantan, bayangan sosok tubuh kecil yang berwibawa sebagai Tok Guru itu (atau sebagai orang tua tempat kita boleh mengadu, walaupun kita tidak mengadu pun) sudah tiada lagi sebagai Mentri Besar Kelantan. Itu saja. Tapi sungguhpun begitu, ia sangat mengesankan, buat masa ini.

Kita terasa kehilangan. Walaupun kita tahu dia ada, di rumahnya di Pulau Melaka, tapi kita tetap merasakan kehilangannya sebagai sosok pemimpin yang lembut dan mesra di tengah-tengah permasalahan masyarakat.

Saya, dan bersama kawan-kawan dalam Seniman Paksi Rakyat (Paksi), mempunyai beberapa rancangan yang dicadangkan akan dibuat melibatkan TG Nik Aziz. Antaranya ialah seminar serantau mengenai model pentadbiran negara Islam dengan tumpuan kepada Kelantan, yang dicadangkan dibuat Julai ini, melibatkan wakil-wakil dari Indonesia, Selatan Thailand, Kemboja, Filipina dan Brunei. Ia belum dimaklumkan kepada kerajaan negeri Kelantan. Cadangnya akan dimaklumkan pertengahan bulan ini.

Satu lagi rancangan ialah pembukuan tafsir seluruh al-Quran oleh TG Nik Aziz. Telah lama TG Nik Aziz selesai mensyarahkan tafsir seluruh al-Quran 30 juzuk itu, tetapi ia belum dibukukan. Ia tersimpan dalam tape dan CD, tetapi tidak terkumpul. (Perlu diusahakan pengumpulannya juga). Yang telah dibukukan hanya Tafsir Surah Yunus, Surah Taubah dan beberapa lagi.

Kami merasakan tafsir yang lengkap ini perlu dibukukan kerana belum ada pendekatan tafsir seperti yang disyarahkan oleh TG Nik Aziz. Ia berbeza daripada tafsir-tafsir oleh Ibnu Kathir, Qurtubi, Maraghi, Syed Qutub dan Hamka. Ia akan berada sebaris dengan tafsir-tafsir besar al-Quran yang sedia ada itu. TG Nik telahpun selesai menyiapkannya. Tinggal kita mengusahakan pembukuannya sahaja. Alangkah ruginya kalau ini tidak dapat dilakukan.

Satu lagi rancangan kami yang penting bersabit dengan TG Nik Aziz ialah menghasilkan sebuah filem atau video dokumentari mengenai kehidupannya, untuk disebarkan ke peringkat antarabangsa.

Sewaktu pementasan Pengisytiharan Abul 'As di Kota Bharu pada 15 Mac dikatakan bahawa pementasan itu ialah suatu pra-tonton (preview). Ertinya belum lagi pementasannya yang sebenar kepada orang ramai. Pementasan untuk orang ramai akan dibuat kemudian. Oleh kerana ia adalah program inisiatif TG Nik Aziz sendiri (Setiausaha Politiknya Wan Nik menjadi penerbitnya), kita tak tahulah sekarang bagaimana pula kedudukannya. Kita tunggu sahajalah berita daripada mereka.

Demikian itulah antara yang kami rancang, berkaitan dengan TG Nik Aziz. Sekarang tidak pasti samada rancangan-rancangan itu boleh diteruskan atau tidak. Tidak pasti samada kerajaan pimpinan Datuk Ahmad Yaakob berminat dengan cadangan-cadangan itu.

Namun walau apapun, minat saya terhadap Kerajaan Negeri Kelantan masih tetap sama, kerana saya menganggapnya sebagai model pentadbiran negara Islam yang ada pada hari ini. Dan saya juga menganggapnya sebagai model pentadbiran yang terbaik di dunia pada hari ini, dengan beberapa kelemahannya, yang perlu diatasi oleh pimpinan baru. ~ Dinsman

Belum sebulan perintah Kedah ...
ZULKIFLI YAHAYA
Semua Adun Kedah menerima surat rasmi berhubung Majlis Angkat Sumpah Adun dan persidangan pertama Dun untuk penggal baru yang dijadualkan pada 3 Jun 2013. Sejurus selepas itu mereka menerima pula panggilan telefon dan SMS dari pihak sekretariat Dun Kedah berhubung pembatalan majlis angkat sumpah tersebut.

Maklumat terbaru, tarikh tersebut ditunda ke 23 Jun 2013. Setelah disiasat punca penundaan tarikh tersebut ialah kerana Menteri Besar, Dato' Mukhriz Mahathir pergi bercuti ke London. Aduh, ada juga kerajaan begini rupanya.

Beberapa hari selepas dilantik jadi Exco Pengangkutan, Dato' Tajul Urus Md Zain mengumumkan kesediaan untuk melaksanakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di negeri ini. Kononnya, supaya para pemandu mematuhi peraturan jalanraya. Berbulan-bulan sebelum PRU13 rakyat bangun menentang AES dengan segala fakta dan hujah. Alih-alih baru dua minggu jadi Exco, sudah menunjuk kuasa.

Mengulas kenyataan Exco berkenaan, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, Ziki Abdul Rahman berkata AES masih belum boleh dilaksanakan di negeri ini. Pihaknya tidak dapat membuat sebarang keputusan kerana belum mendapat arahan dari pihak kementerian. Ibarat 'lembu dogiang' baru dapat kuasa di negeri, sudah lebih laju dari Pusat.

Exco Kerajaan Tempatan, Badrul Hisham Hashim pula mengumumkan kesediaan mengkaji untuk mengembalikan kuota perumahan 30 peratus untuk Bumiputera bagi Tanah Simpanan Melayu yang ditukarganti (swapping).

Kenyataan yang dibuat selepas dilantik jadi Exco itu sangat mengejutkan oleh sebuah kerajaan Umno kononnya sangat kuat Melayunya. Di saat sekutu parti rasis itu berkempen memboikot perniagaan orang Cina, Umno Kedah korbankan hak Melayunya.

Di masa Pakatan Rakyat, Dato' Seri Ustaz Azizan Abd Razak mengubah polisi asal pemilikan minimum Bumiputera 30 peratus kepada 50 peratus. Tujuannya untuk mempastikan pemilikan Bumiputera terhadap tanah yang asalnya milik Melayu khususnya di kawasan bandar tidak berpindah milik dengan mudah.

Polisi itu mendapat tentangan keras dari Gerakan dan MCA sepanjang penggal. Ia dijadikan isu utama oleh kedua-dua parti rasis itu untuk menghasut orang Cina menolak PAS.

Dalam meredakan kemarahan masyarakat Cina yang termakan hasutan rasis Gerakan dan MCA itu, Dato' Ir Phahrolrazi Zawawi yang memegang potfolio kerajaan tempatan pada masa itu menjelaskan bahawa tanah Simpanan Melayu yang di"swapping" cuma sekitar 15 peratus dari tanah perumahan yang akan dimajukan.

Kira-kira 70 peratus lagi adalah berstatus milikan bebas (free hold) di mana kuota untuk Bumiputera hanya 30 peratus, bermakna bukan Bumiputera boleh membeli sehingga 70 peratus.

Memandangkan bukan Bumiputera hanya merupakan 22.6 peratus dari penduduk Kedah, dari jumlah itu Cina adalah 14 peratus; maka mereka tiada masalah langsung untuk membeli rumah di negeri ini, kerana peluang untuk mereka memiliki rumah sangatlah besar.

Timbul pula persoalan pada masa itu mengapa kuota Melayu untuk tanah Simpanan Melayu yang ditukarganti itu sehingga 50 peratus sedangkan di zaman BN dulu cuma 30 peratus?
Jawapan yang diberi kerajaan negeri ialah, kerana tanah yang ditukarganti itu dibuat berdasarkan keluasan semata-mata, bukannya berdasarkan nilai tanah.

Maksudnya begini: Apabila pemaju mahu menukar status tanah Simpanan Melayu di pinggir Bandaraya Alor Setar (contohnya) untuk dijadikan free hold, pemaju perlu mencari tanah ganti dengan keluasan yang sama. Pasti pemaju akan mencari tanah yang nilainya lebih murah untuk "swapping", asalkan keluasannya sama.

Maka berlaku susutan nilai terhadap tanah Simpanan Melayu. Jadi adillah, jika susutan nilai itu ditampung oleh kenaikan lagi 20 peratus dalam kuota pemilikan rumah bagi tanah Simpanan Melayu yang di"swapping".

Isu kuota perumahan 50-50 ini bukan isu besar bagi bukan Melayu, khususnya masyarakat Cina. Orang Cina tiada masalah untuk beli rumah di Kedah. Belilah seberapa banyak pun asalkan ada duit.

Phahrolrazi adalah orang yang bertanggungjawab menggubal polisi kuota perumahan 50-50 tersebut. Beliau bertanding di Dun Pengkalan Kundor yang mengandungi 22.82 peratus pengundi Cina. Phahrolrazi menang dengan majoriti lebih besar daripada PRU12, membuktikan bahawa umumnya orang Cina langsung tidak termakan isu rasis yang dimainkan Gerakan dan MCA.

Tiba-tiba kerajaan Umno Kedah menjadi tikus kepada parti Gerakan dan MCA. Malang nasib Melayu Kedah. Baru mula pegang kerajaan tidak sampai sebulan, kerajaan Umno Kedah sudah tempang.
at 5/31/2013 09:25:00 PG  

THURSDAY, MAY 30, 2013

Aku Dan Ustaz Azizan: Catatan Jimat Cermat Seorang Pemimpin Gerakan Islam

olah Muhammad Sanusi Md Noor

Ustaz Azizan dalam Tindakan dan Langkahnya: Sandaran dan Rujukan

Ustaz Azizan di awal perlantikan sebagai Menteri Besar dikecam oleh sebahagian ahli PAS dan UMNO kerana menggunakan kereta rasmi (Mercedes Benz KBV 8) dan polis (out rider dan pengawal). Dia memakai long suit, bersongkok (ganti ketayap putih) dan tali leher ke pejabat dan urusan rasmi. Ini mengejutkan sebahagian ahli PAS, tertutama yang mengkagumi Ahmadinejad (Presiden Iran yang tidak bertali leher) dan sesetengah ahli yang hanya mengenalinya sebagai Ustaz, yang harus berserban, berjubah, memakai kereta lamanya dan menjauhi semua kebesaran sebagai pemimpin sebuah kerajaan.

Alasannya kuat dan pantas. Ustaz Azizan menghuraikannya seperti ini. Aku memakai ijtihad yang dibuat oleh Muawiyah sewaktu menakluki Mesir dan dilantik menjadi Gabenor di sana. Inilah yang diharuskan dalam ilmu siasah syariyyah, meneruskan amalan kebiasaan yang sudah dikenali dalam sesebuah masyarakat yang tidak bertentangan dengan syarak. Ketika menjawab pertanyaan khalifah Syaidina Umar r.a berkaitan aduan rakyat terhadap corak kehidupan dan kediamannya di istana milik bekas pemerintah Rom. Muawiyah menjawab: Aku menakluki sebuah wilayah jajahan Rom dan masih bersempadan dengan mereka. Mereka mengenali sebuah kerajaan dan pemimpin dengan kehebatan dan kebesaran seperti ini. Dengan inilah kerajaan dihormati dan dipatuhi dalam masyarakat dan budaya di sini. Aku tidak boleh tergesa-gesa mengubah apa yang telah mereka kenali sejak ratusan tahun dulu sekelip mata.


Jelas Ustaz pada satu ketika, Rasulullah ketika menjalani kehidupan di Madinah pernah menaikkan Syadatina Aisyah r.a ke atas bahunya untuk menyaksikan satu pertandingan kebudayaan orang Madinah. Walaupun ia asing dan ganjil bagi masyarakat Mekah, Rasulullah tidak melarangnya, malah turut menyaksikannya. Inilah sandaran yang terpakai dalam ilmu dan disiplin siasah syariyyah.

Walaupun apa yang aku buat ini asing dan ganjil bagi ahli dan penyokong PAS, tetapi Rakyat Kedah sejak sekian lama mengenali kerajaan dalam bentuk ini. Ada lebih 1.8 juta penduduk Kedah, berparti PAS, UMNO dan tidak berparti, Islam dan bukan Islam, Melayu Cina, India dan Siam, aku mengambil jalan ini untuk menjadi Menteri Besar kepada seluruh rakyat Kedah. Aku percaya, satu hari nanti, orang kita (PAS) akan memahaminya.

Dia juga dihentam teruk kerana memakai pakaian rasmi jamuan beradat (mess kit) sewaktu jamuan hari polis di Dewan Wawasan. Dia tampil tanpa songkok (sesuatu yang asing bagi dirinya dan ahli PAS). Sesuatu yang tidak dikatahui, Ustaz Azizan telah mengubah ciri-ciri mess kit dengan membuang bow sebagai sebahagian kelengkapannya, dan menggantikannya dengan leher 'cekak musang'. Walaupun mendapat kritikan dan rasa tak puas hati para pegawai protokol, kerana pakaian istiadat ini telah digunakan berpuluh tahun, Ustaz Azizan telah mengadap dan memohon perkenan KDYMM Sultan Kedah untuk mengizinkan perubahan itu. Katanya: Patik bukan sahaja memimpin negeri ini, patik juga ketua PAS Kedah. Dalam pandangan sebahagian para ulama', bow tidak dibolehkan, tidak seperti tali leher. Patik mohon Tuanku mengizinkan perubahan ini kerana ahli-ahli PAS akan mengecam para pemimpin jika patik turut memakainya. Perubahan itu kekal sehingga hari ini. (Jika kerajaan baru BN mengubahnya ke bentuk asal, saya belum mengetahuinya).

Berjimat cermat.

Menjadi amalan dan berdasarkan kelayakan pimpinan negeri menaiki pesawat kelas perniagaan ke Kuala Lumpur atau ke mana-mana majlis rasmi dan tidak rasmi. Beberapa pemimpin lain menunjukkan teladan dengan menaiki pesawat kelas ekonomi dan pesawat tambang murah. Pergerakan pemimpin negeri biasanya diiringi beberapa pegawai dan pengawal.

Ustaz Azizan lain caranya. "Cuba hang kira kos perjalanan ke Kuala Lumpur dengan kapal terbang, banding dengan kereta" katanya. Dia sendiri yang mengambil pen dan menulis di kertas. "Berapa harga tiket bisness class ke KL?" RM 444.00 Ustaz! Mana hang tau? Saya tengok di internet. Ekonomi class? RM240 ustaz.

Kalau kita pi 3 orang, aku bisness class, hang N54, bisness class juga. Tapi katakan hang dan sorang lagi kelas ekonomi, dah brapa? RM 444 + RM240 + RM240, dah jadi RM924.00. Dari airport ke KL? Katakan seorang RM30 dah jadi RM1,014. Pi dan balik dah jadi RM2,028 sekali perjalanan. Kalau 4 kali sebulan dan jadi RM8,112.00.

Dulu-dulu, MB terbang kot atas, kereta dua tiga biji menjalar kot bawah. Sampai sana, mesyuarat sana sini, kena pi naik kereta jugak.

Kalau pi dengan kereta, minyak pi balik katakan RM250, tol RM120, baru RM370. Kalau 2 buah kereta, baru RM740.00. 4 kali pi baru habih RM2,960. Kita jimat RM5,152 duit rakyat.

Hotel? Kalau sebilik RM300.00, 3 bilik sudah RM900.00. Kalau pegawai yang booking ikut kelayakan pegawai kerajaan, Aku tentu bilik suite, hang pun sama, dah berapa ribu? Kalau suite semalam RM1000 untuk MB, bilik lain RM300, kena dua malam dah jadi RM3,200. Kalau kita ramai, lagi mahai. Kalau sebulan 4 kali kita pi, dah RM12,800 untuk hotel saja. Sebab tu aku suruh Kedah Invest sewa kondominium di Jalan Tun Razak. Sebulan RM4 ribu, boleh duduk ramai-ramai, berapa malam pun tak pa. Kita jimat RM8,800 untuk penginapan.

Maka, sepanjang 5 tahun Ustaz Azizan menaiki kereta jika ke Kuala Lumpur bersama sebuah kereta pegawai pengiring. Hanya 3 kali dia menaiki pesawat, itupun kerana dia membuat perjalanan dari Langkawi. Dia sering tidur malam dalam kereta, kerana terpaksa membuat perjalanan lebih awal dengan kereta. Ada kala kami mendiami kondominium itu 7 orang, sebahagiannya tidur di ruang tamu depan TV. Ustaz Azizan tidur di sofa panjang.

Itulah sebahagian jimat cermat wang rakyat yang dipraktikkan oleh seorang MB daripada PAS, selama 5 tahun pentadbirannya. Walaupun dengan kereta dia menjadi kurang rehat dengan masa perjalanan yang lebih panjang, badannya keletihan, dia sanggup menjauhi keselesaan yang dibolehkan mengikut kelayakannya. Berbelas ribu (purata RM13,000 sebulan) duit rakyat berjaya dijimatkan dengan langkah dan pengorbanannya. Sayangnya, pengorbanan jenis ini jarang orang menilainya.

23 Jun 2013 : Ayuh cipta sejarah Malaysia!!


Seruan untuk seluruh rakyat Malaysia!! Mohon sebarkan!!

9.00 mlm (23 Jun)

- Kehadiran aktivis dari seluruh Malaysia.
- Gambar / laporan WAJIB sentiasa diupload dlm FB . Blast habis2an.
- Ucapan aktivis
- Persembahan aktivis seni
- 12 malam berhenti. Tidur dan berjaga secara bergilir
- Jika ada tangkapan atau halauan; prinsip yang digunapakai ialah bertahan sehampir mungkin dengan pintu parlimen. Dan selama mungkin sehingga pagi esok.

8.00 pagi (24 Jun)

- Ketibaan Ahli Parlimen
- Kutipan tandatangan Ahli Parlimen yang setuju dengan objektif (SPR & JPN)
- Gambar / laporan WAJIB sentiasa diupload dlm FB . Blast habis2an.
- Kenyataan media bersama
- Menilai jumlah kekuatan (*)
- Jika ada tangkapan atau halauan; prinsip yang digunapakai ialah bertahan sehampir mungkin dengan pintu parlimen. Dan selama mungkin.

No comments: