PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Thursday, April 11, 2013

TerHOT dari P041 Kepala Batas - "Kami Tolak Calon Mamak"..

Kor Risik ATM Latih Ahli Umno Sabotaj Pakatan?


PETALING JAYA: PKR hari ini mendakwa Kor Risik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diarah melatih anggota Pemuda Umno dan orang awam yang bukan ahli Umno sabotaj dan mengganggu program Pakatan Rakyat (PR).
Dalam kenyataan segera, Pemuda Umno menafikan dakwaan tersebut.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Datuk Johari Abdul mendakwa, beberapa hari lalu beliau telah dihubungi oleh seorang lelaki yang mendakwa sebagai salah seorang orang awam yang dilatih untuk membuat huru-hara menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 terutamanya di kawasan Wilayah Persekutuan dan Lembah Klang.

Wakil rakyat Sungai Petani ini berkata, latihan tersebut turut membabitkan pemantauan terhadap kegiatan PR secara berterusan.

"Dua kumpulan yang didakwa telah dilatih oleh Kor Risik ialah Kumpulan Batas dan Warisan Malaya.


"Kini ahli kumpulan ini bertaburan di seluruh negara dan telah bersiap sedia untuk melalkukan huru-hara," dakwanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.

Johari , PKR menggesa Pengarah Kor Risik ATM tampil membuat penjelasan terhadap dakwaan itu.

Katanya, "... adakah benar Kor Risik mempunyai program melatih kumpulan-kumpulan tertentu bagi melakukan kerja-kerja sabotaj terhadap PR dan ahli-ahli kumpulan ini akan melakukan huru-hara jika BN serta Umno tumbang pada PRU13.

"Kami tidak menuduh Kor Risik terlibat tetapi minta pihak bertanggungjawab menjawab dakwaan ini memandangkan dakwaan yang dikemukakan adalah serius," katanya lagi.

Dalam pada itu, tambah Johari, PKR juga memohon Ketua Polis Negara dan Panglima ATM memberi sedikit ruang serta masa untuk bertemu pemimpin PR untuk memberi jaminan bahawa pasukan keselamatan akan terus komited memastikan perkara seperi dakwaan ini tidak berlaku.

"Kami amat yakin polis, ATM, pemimpin-pemimpin politik dari mana-mana parti dan rakyat dapat bergabung mempertahankan negara demi masa depan negara yang lebih aman," ujarnya lagi.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menafikan pihaknya menerima apa-apa latihan Kor Risik ATM seperti yang didakwa.

"Tak betul... itu fitnah. Saya amat menghormati profesionalisme pihak ATM yang tidak terlibat langsung dalam politik terutamanya dalam melatih mana-mana ahli dalam parti sama ada Umno ataupun Barisan Nasional (BN).

"Bagi saya, ini adalah satu bentuk penghinaan Johari terhadap ATM. Saya harap pihak tentera dapat memberikan satu kenyataan untuk menafikan perkara ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Katanya lagi, sekiranya Johari membuat tuduhan sedemikian dan tidak dapat mengemukakan apa-apa bukti, Khairy berharap Johari menarik balik tuduhan tersebut.

Mengulas perkara sama, Khairy turut mendakwa kemungkinan Johari ditugaskan oleh Anwar untuk membuat 'operasi-operasi hitam'.

"Misalnya dalam kes pendedahan bapa Saiful, semasa pendedahan awal, saya rasa ramai yang terpengaruh, tetapi dua tiga hari selepas pendedahan itu, Johari membawa bapa Saiful sekali lagi membuat sidang media untuk menyertai PKR.

"Ketika itu, ramai orang sudah tidak lagi percaya dengan bapa Saiful. Jadi, sama jugalah dengan perkara ini," jelas beliau.

Ketika ditanya sama ada Pemuda Umno akan membuat laporan polis berhubung dakwaan ini, Khairy berkata, pihaknya akan kaji perkara ini.

"Pemuda Umno tidak mahu begitu membuang masa. Namun, jika perlu, kami akan membuat laporan polis," katanya lagi.


Oleh Ruzy Adila Idris / Sinar Harian



TerHOT dari P041 Kepala Batas - "Kami Tolak Calon Mamak".... kikiki bukan aku kata na ....


Blog Jalan Pulang

Baru tersebar di alam siber bagaimana satu posting memaparkan gambar yang pastinya akan membuatkan dua kaum terbesar di Pulau Pinang berantakan.

Mana tidaknya, walaupun kedua-duanya menyokong Umno namun darah dan maruah jadi pertaruhan.

Geng Melayu yang setia dengan pondok dan sekolah agama rupanya tidak sebulu dengan geng 'eee' yang dikatakan sedang melobi kerusi parlimen Kepala Batas yang disandang BEKAS perdana menteri, Abdullah Ahmad Badawi.



Kain rentang yang berbau perkauman ini berada di Kampung Pinang Tunggal yang merupakan sebuah pekan kecil yang terletak di tebing Sungai Muda, Kepala Batas.

Sebenarnya desas bin desus sudah lama kedengaran di kalangan penduduk setempat kerana Reezal bukanlah orang tempatan malah hanya sibuk di Kuala Lumpur atas urusan perniagaan dan hiburan.

Padahal masyarakat Kepala Batas yang megah dengan kepimpinan ulama semasa zaman datuk dan bapa Abdullah mahukan calon yang jika tidak setara pun sekurang-kurangnya ia mengekalkan kedudukan Kepala Batas sebagai satu daerah yang mengeluarkan banyak ulama besar dulu dan sekarang.

Hemat mereka, jika Reezal yang dicalonkan BEKAS perdana menteri, Najib Altantuya yang sedang dilanda sindrom GILA (Winnable candidate), bukan saja pondok dan institusinya terancam, malah yang bercambah pasti kelab hiburan dan snuker yang melalaikan umat Islam dari mengerjakan suruhan-Nya.

Malah beberapa maklum balas negatif diperolehi dari sumber dalaman Umno mengatakan mereka berada dalam keadaan serba salah sama ada mahu mengikut saranan bangang Najib Altantuya atau berdepan dengan protes senyap penduduk termasuk kemungkina sabotaj terhadap kempen mereka.

Sebab itulah beberapa rundingan diadakan yang mahu Abdullah dicalonkan sekali lagi namun hasil yang didapati negatif, Pak Lah berhasrat untuk berundur juga setelah menang kali pertama pada 1978 hingga parlimen dibubarkan Rabu lalu.

No comments: