PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Tuesday, April 16, 2013

Senarai calon TERKINI di Kedah untuk PR & BN..!!

Senarai calon TERKINI di Kedah untuk PR & BN..!!

Spekulasi calon hangatkan PRU13

Apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 minggu lalu, persoalan yang bermain tentulah mengenai calon-calon yang bakal bertanding. Setakat ini hanya PKR dan Pas sahaja yang telah mengumumkan calon mereka sementara Barisan Nasional (BN) dan DAP masih menyimpan kemas senarai calon itu untuk mengumumkan pada waktu yang sesuai.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah pun menetapkan Sabtu ini sebagai tarikh penamaan calon manakala 5 Mei sebagai tarikh penentuan parti manakah yang bakal menerajui negara.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah pasti mahu mengekalkan kerusi Parlimen Marang, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal bertanding di Permatang Pauh, sementara Penasihat DAP, Lim Kit Siang mencuba di tempat baru di Gelang Patah.

Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail dan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek sudah mengesahkan tidak bertanding pada PRU kali ini bagi memberi laluan muka baru.

Presiden Gerakan, Koh Tsu Koon juga telah mengisytiharkan diri tidak bertanding Walaupun senarai calon BN masih belum diumumkan, Datuk Seri Najib Tun Razak sudah pasti mempertahankan kerusi tradisinya di Pekan, manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin di Parlimen Pagoh.

Difahamkan Najib akan menyerahkan surat tauliah calon pada majlis penyerahan di ibu pejabat BN di menara Dato' Onn mulai 11 pagi ini dan kebanyakan negeri dijangka membuat pengumuman esok dan Selasa ini.

Sehingga tarikh 21 April ini, pelbagai spekulasi mengenai calon-calon yang bakal bertanding.

Bakal-bakal 'calon' yang dikemukakan dalam Sinar Harian hari ini hanya spekulasi kerana senarai muktamad hanyalah pada hari penamaan calon kelak.

Bagaimanapun senarai ini tidak termasuk Sabah dan Sarawak.

Calon-calon yang tidak dipilih harus menerima keputusan itu dengan fikiran terbuka, manakala kepada penyandang kerusi Parlimen atau Dun yang tidak terpilih juga perlu menerima hakikat bahawa akan tiba masanya mereka perlu berundur.


TUESDAY, APRIL 16, 2013

[TERKINI] Senarai penoh calon BN KEDAH sudah keluaq...jom tengok siapa yang bertanding kawasan anda...!e

Mai kita tengok barisan paling teruk dan bermasalah pernah disenaraikan oleh BN Kedah sejak merdeka... InsyaAllah jadi pembangkang lagilah nampaknya BN

Senarai Rasmi Calon BN Kedah diumum sebentar tadi!

Langkawi - Nawawi Ahmad 
Ayaq Hangat - Mohd Rawi 
Kuah - Nor Saidi

Jerlun - Othman Aziz 
Kota Seputih - Abu Hassan Sharif 
Ayaq Hitam - Mukhriz Mahathir

Kubang Pasu - Johari Baharom 
Bkt Kayu Hitam - Zaini Jaafar 
Jitra - Amiruddin Omar

Padang Terap - Mahadir Khalid 
Kuala Nerang - Badrul Hisham 
Pedu - Pn Kama Noriah

Pokok Sena - Sahlan Ismail 
Bukit Lada - Lebai Sudin 
Derga - Cheah Soon Hai 
Bukit Pinang - Mokhtar Noor



Alor Setar - Chua Che Heong 
Bakar Bata - Ahmad Bashah 
Kota Darulaman - Loo Gim Hui 
Alor Mengkudu - Sharifah Maznah

Kuala Kedah - Dr Zaki 
Anak Bukit - Hashim Jahaya 
Kubang Rotan - Latt Shariman 
Pngkalan Kundur - Pn Nor Hashitah

Pendang - Othman Abdul 
Tokai - Najmudin Darus 
Sg. Tiang - Suraya Yaakub

Jerai - Jamil Khir Baharom 
Sg Limau - Fadzilah Mohd Ali 
Guaq Chempedak - Ku Rahman 
Gurun - Dr Leong

Sik - Mansur Abd Rahman 
Belantik - Tajudin Abdullah 
Jeneri - Mahadir Abd Hamid

Merbok - Ismail Daud 
Bkit Selambau - Maran Muthaya 
Tnjung Dawai - Tajol Urus

Sg Petani - Shamsul Anuar 
Pantai Merdeka - Ali Yahaya 
Bakar Arang - Lee yuan yuang 
Sidam - Pee Siong Heng

Baling - Azeez Rahim 
Bayu - Azmi Che Husin 
Kupang - Harun Abd Aziz 
Kuala Ketil - Khairul Azhar

Padang Serai - Heng Sai Kee 
Merbau Pulas - Marlia Abd Latif 
Lunas - Ananthan Sumasunderam

Kulim Bdr Bharu - Aziz Shiekh Fadhil 
Kulim - Chua Teong Kee 
Bdr Baharu - Sabrina Mohd Noor

SELAMAT BERPILIHANRAYA
Perak PKR

Parlimen
Lumut: Laksamana (B) Imran Abdul Hadi
Tapah: Vasantha Kumar 
Tanjung Malim: Tan Yee Kew 
Padang Rengas: Dr Meor Ahmad Asharra Ishak
Bagan Serai: Dr Mohd Nur Manuty 
Tambun: Siti Aishah Shaik Ismail.

DUN 
Pengkalan Hulu: Mejar (B) Abdullah Hassan 
Temengor Supian Nordin 
Kenering: Tarmizi Abdul Hamid
Kota Tampan: Zahrul Nizam Abdul Majid
Batu Kurau: Fadhil Alias 
Kuala Sepetang: Chua Yee Ling 
Bukit Chandan: Fathmawaty Salim 
Hulu Kinta: A Tinagaran 
Simpang Pulai: Tan Kar Hing
Tualang Sekah: Baldip Singh 
Alor Pongsu: Rosli ibrahim
Chenderiang: Bah Tony 
Behrang: Brigadier Jeneral (B) Hadi Abdul Khattab 
Sungai Manik: Osman Abdul Khattab 
Pangkor: Saifullah Mohd Zulkifli
Bota: Zulkifli Ibrahim


Calon: Sabotaj dalaman BN sudah bermula

Harakahdaily,16 Apr 2013

KUALA LUMPUR: Pertelingkahan dalaman BN seperti dijangka, mula meletup selepas orang pilihan akar umbi parti itu sah tidak dipilih oleh Datuk Seri Najib sebagai calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kali ini.

MCA Wangsa Maju bersama kira-kira 120 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Wangsa Maju antara yang mula menunjukkan bantahan apabila memutuskan memboikot BN sepanjang kempen PRU13 berikutan Datuk Yew Teong Look tidak dicalonkan di kerusi Parlimen Wangsa Maju.

Perkara tersebut disuarakan selepas mesyuarat tergempar bersama MCA dan wakil-wakil NGO Wangsa Maju setelah mengetahui Teong Look tidak dicalonkan, semalam, lapor Sinar Harian.

Ketua Bilik Gerakan Pilihan Raya MCA, Lim Choong Hong dipetik berkata, 120 NGO seluruh Wangsa Maju telah sepakat bersama MCA akan memboikot pilihan raya kali ini.

Menurutnya, suara rakyat di akar umbi di Wangsa Maju langsung tidak didengar oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak setelah NGO menghantar memorandum kepada Najib supaya Teong Look dicalonkan.

"Malah MCA akan mengadakan bantahan bersiri kepada pucuk pimpinan MCA bagi mengutuk tindakan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang tidak mempertahankan kerusi Wangsa Maju.

"Saya percaya undi masyarakat Cina di Wangsa Maju akan beralih kepada parti pembangkang dan BN akan kalah teruk PRU13 sebagai tanda protes kepada keputusan ini," katanya dipetik akhbar bahasa Melayu itu.

Semalam, Harakahdaily melaporkan selain Wangsa Maju, MCA Gelang Patah, Serdang dan Kuantan juga  juga sudahpun melenting berikutan berita Umno cuba merampas kerusi mereka.

MCA bahagian Gelang Patah kelmarin mengisytiharkan berhenti kerja selepas mendapat ura-ura bahawa Pengerusi MCA Gelang Patah Jason Teoh bakal tidak dicalonkan.

Hari ini ianya sah apabila BN menamakan Pengerusi Umno Johor Datuk Abdul Ghani Othman akan bertanding di situ dan berdepan dengan penasihat DAP Lim Kit Siang.

MCA bahagian Serdang pula memberontak setelah mendapat maklumat bahawa seorang pembelot dalaman bakal dicalonkan sebagai calon parlimen Serdang.

Liew Yuen Keong, Ketua MCA Serdang yang enggan mendedahkan nama pembelot itu berkata rahsia pembelot ini memang diketahui umum di kawasannya.

Di Kuantan, Pangerusi Umno Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob melenting apabila akhbar The Star melaporkan bahawa kerusi Kuantan akan digantikan dengan kerusi Temerloh. Akhirnya The Star terpaksa membuat permohonan maaf dan pembetulan terhadap berita tersebut.

Sebelum ini, berita perebutan kerusi Umno dilihat tertutup, namun ianya dijangka pecah selepas Pengerusi Umno Negeri dijangka mengumumkan semua senarai calon BN di negeri masing-masing hari ini.

PRU13 - SEBAIK PENTAULIAHAN CALUN DI PWTC, NAJIB BERDEPAN JERANGKAP SAMAR.


RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH AL AWAB
4 JAMADILAKHIR 1434 (ISNIN) 15 APRIL 2013

Bermula hari ini, Umno akan berpecah

Aspan Alias,16 Apr 2013

BN telah mengumumkan yang 49 peratus dari calon-calon Dewan Undangan Negeri adalah muka baru dan 30 peratus dari calon Parlimen merupakan calon-calon gantian untuk memantapkan prestasi parti itu dalam PRU yang akan datang. Beberapa Menteri Kabinet BN juga telah digugurkan, di antaranya ialah Rais Yatim dan Nor Mohammed Yakcop. Mohamad Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi akan bertanding di kawasan Dun di Johor untuk menjadi Menteri Besar jika BN memenangi pilihanraya kali ini.

 

Tidak payah kita sebut siapa yang digugurkan dan siapa yang beralih kawasan dari Dewan Undangan Negeri atau Parlimen yang diumumkan oleh Pengerusi BN semalam. Isu yang saya hendak komen hari ini ialah tentang kebanggaan Najib menurunkan calon-calon yang berkelayakan akademik yang tinggi serta berpelajaran. Najib telah menurunkan calon-calon yang berpelajaran tinggi, setidak-tidaknya pemegang Diploma dan ke atas.

 

Pemilihan calon yang berpelajaran tinggi itu adalah wajar kerana tindakan itu sejajar dengan keadaan semasa dalam mana rata-rata rakyat telah berpelajaran. Tetapi yang dihadapi oleh UMNO sekarang ini bukannya masalah taraf akademik calon-calonnya. Dari dahulu sememangnya calon-calon dalam UMNO itu adalah dikalangan orang yang pandai-pandai belaka. Ada yang berpendidikan sehingga Doktor Falsafah, ada yang Doktor perubatan, ada akauntan dan berbagai-bagai lagi dari bidang professional dan separa professional yang hebat-hebat diletakkan sebagai calon.

 

Tetapi apabila mereka yang pandai-pandai ini menyertai UMNO, mereka dipengaruhi oleh budaya yang songsang dan buruk seperti rasuah dan berbagai-bagai lagi kesalahan undang-undang dan moral yang dilakukan oleh pimpinan BN. Keadaan itu bertambah meruncing dari masa ke semasa dan sekarang budaya buruk itu sudah tidak terkawal lagi. Pendeknya berpelajaran tinggi itu tidak dapat memperbaiki akhlak kepimpinan mereka setelah menyertai UMNO walau setinggi mana sekali pun taraf pelajaran mereka.

 

Mereka itu mungkin berpelajaran, tetapi kurang pendidikan. Seseorang yang berpelajaran tidak semestinya seorang yang berpendidikan. Seseorang yang berpendidikan baik itu akan mencakupi nilai moral yang selari dengan pelajarannya yang tinggi itu. Saya selalu berkata sebaik mana pun seseorang itu, apabila menyertai UMNO dan mendapat kedudukan, mereka akan lupa yang diri mereka telah belajar di menara gading tetapi sikap mereka seolah-olah seperti orang yang tidak pernah melalui pendidikan yang betul.

 

Apabila menyertai UMNO mereka akan menganggap yang buruk itu sebagai baik dan baik itu sebagai buruk, seolah-olah mereka ini adalah pembawa dalil hari hendak kiamat. Pendeknya mereka yang berpelajaran tinggi tidak mampu untuk menjadi seorang pemimpin yang terdidik.

 

UMNO sentiasa gagal untuk mengenengahkan mereka yang terdidik sejak tiga dekad yang lalu. Dalam UMNO ada yang berkelulusan bidang kejuruteraan sehingga PhD tetapi kita nampak dengan jelas kelulusan tinggi itu tidak mampu untuk menjadi orang yang mampu berfikir. Mendapatkan sarjana muda, atau sarjana serta doktor falsafah itu hanyalah untuk mengesahkan mereka telah lulus mata pelajaran dan modul yang mereka pilih di menara gading itu. Tetapi matlamat sebenar kita masuk universiti itu ialah untuk belajar dan mendidik kita untuk berfikir dengan baik dan tahu membezakan yang mana satu yang bermoral dan yang sebaliknya.

 

Tetapi apabila bergiat dalam UMNO kemampuan mereka untuk berfikir semakin tumpul kerana budaya yang tidak membolehkan sesiapa bersuara dan memberikan pandangan yang bernas. Maka jadilah mereka perasuah dan penyalahguna kuasa yang besar apabila mendapat kuasa mandat rakyat itu untuk bersama membina budaya membina kepentingan dan kekayaan peribadi dan keluarga mereka. Sepatutnya jika seseorang itu telah berjaya untuk berfikir mereka tidak akan tergamak melakukan rasuah dan kerja-kerja hina yang lain itu.

 

Maksudnya jika kita berjaya untuk berfikir, maka gejala buruk akan terhindar dari diri mereka. Pemimpin yang benar-benar terdidik tidak akan sanggup melakukan rasuah kerana mereka akan merasakan malu yang amat sangat hasil dari didikan dan berfikir secara orang yang berpendidikan tinggi.

 

Saya ingin mengulangi yang berpelajaran itu tidak semestinya yang terdidik. Jika kita hanya berpelajaran belum tentu kita akan melakukan kerja yang baik-baik. Hanya yang terdidik sahaja yang boleh diberikan keyakinan, bukan kepada yang hanya berpelajaran. Senarai calon-calon yang dikatakan sebagai barisan yang berpelajaran itu tidak akan membawa apa-apa perubahan selagi budaya rasuah dan mementingkan keuntungan peribadi itu tidak dihapuskan dalam UMNO.  Keadaan dalam UMNO itu akan tetap sama. Jika UMNO masih diberikan mandat ia tetap seperti biasa yang kita alami sekarang ini. Salah laku itu akan tetap berlaku, hanya yang menjadi pelakunya itu orang yang berlainan sahaja.

 

Selalunya yang terdidik itu akan mempunyai nilai etika, bermoral tinggi dan lebih lagi ada agamanya dan meng'addin'kan agamanya dalam pentadbiran dan politik mereka. Yang terdidik itu selalunya akan melakukan segala-galanya dengan beriktikad untuk melakukan fardhu kifayahnya sekali kerana dengan fardhu kifayah itulah yang akan membuka jalan ke arah keredhaan Tuhan dalam semua tindak-tanduk kita.

 

Pemimpin yang terdidik dengan didikan yang benar, mereka akan ada sifat malunya untuk melakukan kerja rasuah dan sebagainya. Merasa malu pada diri sendiri itulah yang mampu membendung kita dari melakukan kerja terkutuk seperti rasuah, membunuh serta dosa dan noda yang lain.

 

Walau apa pun, UMNO akan berpecah dan kita akan saksikan bersama-sama semua yang akan berlaku dalam UMNO itu. Tamat sahaja pengumuman calon nanti, kita akan lihat perpecahan itu berlaku dengan cepat dan deras di mana-mana.

 

Malahan ia telah pun berlaku di beberapa tempat di Selangor dan di Perak di mana ahli-ahli UMNO telah berkumpul dan berarak menentang calon yang ditonjolkan oleh pucuk pimpinan parti.

 

Benar, bermula hari ini UMNO akan berpecah. Dr Mahathir bolehlah saksikan apa yang beliau telah wariskan kepada pimpinan-pimpnan selepas beliau. Segala-galanya bermula dari kerja beliau memecah dan memerintah rakyat semasa mentadbir negara dahulu.

Sekarang beliau boleh saksikan puas-puas. Kehendaknya telah tercapai sepenuhnya. Dr Mahathir boleh tidur lena sekarang. -http://aspanaliasnet.blogspot.com/


Perkara pertama yang akan diumum jika PR menjejak kaki ke Putrajaya....
IKLAN PAKATAN RAKYAT
Lambat atau cepat, tanggoh mau pun tunggang menghalang atau terluang,
kununnya hari ini 15 April 2013 DS NaZak Rosmah Tun Razak membujor
lalu melintang patah, bertekad dan berhasrat untuk menyerah
pentauliahan calun-calun PRU3 bN KaPar dan KaDun. Saat ini, cuma Dr
Mahathir, Rosmah, Mahyuddin dan Najib sahaja yang mengetahui secara
jelas, secara pasti individu-individu yang ditauliah mewakili bN untuk
berentap dengan calun-calun PR yang meninggal jauh bN dalam memuat
peristiharan. PR berani menghadapi cabaran apa juga sebaik
diistiharkan. PR jauh kehadapan dengan bakal-bakal calun yang memotong
mood Najib dan mood bN sebaik calun-calun PR dikemukakan.


Najib cukup berdebar, cuak dan panik sebaik sampul keramat bakal calun
bertukar menjadi sampul mati setelah sampai ke tangan pengerusi bN
negeri untuk diserah dan dihebah. Gentarnya Najib badi mendengar
letupan ledakkan peletup C4 sebagai merai dan menolak calun-calun yang
dikemukakan. Pasti hampir disemua negeri calun-calun dikemukakan ada
diterima dengan terbuka dan juga mendapat tentangan terbuka dari
pemuka umNO(Baru)bN dan diajak sekali penyokong-penyokong membuat
bantahan menolak calun dipilih. Pasti setiap negeri umNO(B)bN
menghadapi masalah ini dengan bersekala besar. Lambat atau cepat
gejala buruk ini pasti Najib hadapi.

Calun-calun yang Najib atau pemuka lain putuskan, pada hemat saya
mereka adalah calun mampu menang. Walau mereka bergelomang dengan
rasuah, penari tango, peminum kaki betina dan sebagainya. Penyokong bN
dan penentangnya akan membuat bandingan dengan calun-calun dikemukakan
dalam semua sudut disemua pekara akan batang tuboh calun bN dengan
batang tuboh calun PR. Disinilah kemenangan awal atau kekalahan awal
faktor dan fakta calun, bukan dalam peti undi. Pengundi adalah rakyat
hakim muktamad akan membuang undi dengan memilih bN atau PR. Nyatalah
calun PR di hujung jari di qalbu hati nurani rakayat ini kali! Ini
kali!! Ini kali leeeaaaa!!!!.

Saya yakin benar, bahawa calun diketengahkan DS NaZak Rosmah Tun
Razak, mereka berpaksi kepada restu pilihan dan kehendak Rosmah, Dr
Mahathir dan selebihnya dari TS MY. Bab mengistiharkan calun-calun bN
untuk PRU13 ini, umNO(Baru)bN kebelakang dan ketinggalan jauh dari PR.
Lewat atau cepat, akhirnya pagi ini di Ibu Pejabat bN di Menara Dato
Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Najib akan serah dekat
pengerusi BN negeri-negeri, beri mandat dekat pengerusi bN negeri,
kuasa untuk umumkan calon-calon PRU13 BN bagi KaDun dan KaPar
menjelang hari penamaan calun pada Sabtu 20 April 2013 ini.

Ertinya ahli-ahli umNO(Baru)bN cuma selama empat hari berpeluang
membuat timbang tara, ganti tolak, tukar ganti nama-nama calun yang
ditauliahkan dalam sampul yang dibawa balik oleha Pengerusi bN
masing-masing untuk hebah, samada nasib mereka rebah atau megah
diterima oleh ahli dan penyokong. Kini, episod selepas itu adalah
calun mampu menang atau calun tumbang dan kecundang diperagakan DS
NaZak Rosmah Tun Razak untuk bN dalam PRU13 pada 5 Mei ini. Sebelumnya
mereka menempelak PR memperkecil calun-calun dikemukakan oleh PR. Bagi
saya mereka menempelak, hakikatnya takut dan mengiktirah kehebatan
batang tubuh calun PR.

Disini saya melihat, menghadapi medan pertarongan PRU13, NaZak Rosmah
dengan macam-macam semboyan dan retorit, akujanji, akutipu, akuauta
dan sebagainya. Rakyat sangsi dengan kenyataan songsang yang
bercanggah dengan realiti dihadapi Najib. Apa dia? Walau berjela
kertas ditandatangani, bersembor air lior Najib berucap, dengan are
your ready or not ready Najib tidak dapat dipercayai kerana cuma
bersumpah. Tetapi menesia bernama Najib ini and second bininya adalah
jenis manusia kebal dan tebal. Katalah apa-apa pun, tuduhlah apa-apa
pun, mereka takut membersih diri mereka dikamar mahkamah. Keduanya
pengecut sebiji seiring kejiwaan kewanitaan Najib menjadi Najibah
sunggoh-sunggoh. Justeru Najib bacul berdebat dulu dan sekarang.
Manakala Rosmah menjadi Rosman.

Pasti geng-geng dan warloard yang tercicir atau disisih akan bangun
menentang secara terbuka bersama-sama dengan penyokong mereka.
Dihadapannya adalah tidak mengiktiraf calun pilihan Najib. Tutup PDM.
Lebih hebat dari itu, mereka melancar penentangan secara terbuka
sampai kepeti-peti undi disetiap saloran. Kalau-kalau inilah
benar-benar terjadi, maka kehancuran umNO(Baru)bN dapat disaksi oleh
Tun Dr Mahathir Muhammed Iskandar al Kutty. Bertepatan dengan doa
Almarhom Ustaz Fadzil Noor dekat Mahathir agar usianya panjang,
keranadapat saksikan keruntuhan umNO(Baru)bN yang ditanamnya sejak 30
tahun dulu.

Apa habaq Shahidan Kassim? Apa habaaq Mat Bashah? Apa habaq Naina
Merican Kepala Batas? Demo TS Anwar Musa, Che Pa @ Brahim Ali Tok
Pegawa dan Che Johan Che Pa? Mat Deris Jusoh apa macam kali ni?
Telinga kena jaga Adnan ooooiiiiii. Noh Omar ada ok?

RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH AL AWAB
4 JAMADILAKHIR 1434 (ISNIN) 15 APRIL 2013

Selepas sahaja BN KEDAH umum calon mereka.. Insya Allah 6 kerusi sudah hilang...!


Selepas pengumuman calon... Insya'Allah, BN kedah akan hilang (paling kurang) enam kerusi DUN

Oleh: Hafizi Azimi


Jika kelmarin adalah hari mengundi, maka mengikut laporan dari bilik gerakan pilihanraya BN Kedah akan memenangi 19 kerusi, cukup simple majoriti untuk memerintah Kedah. Kajian dan andaian boleh dipertikaikan kerana meletakkan sokongan pengundi Cina adalah sebanyak 40 peratus, sedangkan BN amat sukar untuk memperolehi walaupun 30 peratus sokongan pengundi Cina. Tidak mengapa, itu statistik culaan mereka.

Tetapi jika hari mengundi berlaku selepas dari hari ini, maksudnya selepas senarai calon BN Kedah diumumkan secara rasmi maka BN dijangka kehilangan paling kurang... lagi enam kerusi DUN! Itulah masalah besar BN, khususnya UMNO yang sering disebut sejak Mac 2008. Hampir semua pemimpin UMNO apabila bercakap mengenai harapan untuk mengambil kembali Kedah akan melengkapkan ayat dengan "...dengan syarat ahli-ahli UMNO semua kena bersatu."

UMNO Kedah menyampah dengan Datuk Mukhriz yang asyik 'ikut pungkok pak dia' untuk tagih sokongan

Kewujudan kem dan masalah dalaman yang melanda UMNO sudah terlalu parah membarah serta sukar untuk diubati lagi. Penyelesaian terhadap masalah perebutan calon ini bukanlah baru, berlaku dengan serius sejak dua dekad lalu. Namun masa itu semuanya dapat diselesaikan kerana UMNO dipimpin oleh Dr. Mahathir yang sangat berkuasa. Penulis (ahli UMNO ketika itu) masih ingat drama Dato' Saad Man ingin bertanding calon bebas di Kubang Pasu kerana namanya tidak tersenarai. Tun Mahathir memerah airmata di hadapan Saad dan menjanjikan jawatan di KL.

Zaman itu sudah berlalu. Puak yang memprotes dalam UMNO tidak boleh lagi dipujuk dengan air mata, jawatan mahupun wang ringgit. Mereka lebih terpesona dengan kata-kata hikmat Tok Guru Nik Aziz "Bagi duit ambik, bagi gula kacau...". Ramai pemimpin UMNO Kedah yang kecewa tidak terpilih jadi calon PRU12 lalu menjadi kaya sejurus kerana disumbat mulut agar tidak memprotes. Ia tampak berjaya kerana pemimpin yang kecewa itu bukan setakat menghentikan protes malah naik ke pentas BN berkempen membantu pesaingnya dalam UMNO. Namun selepas turun dari pentas ceramah mereka mengatur kempen yang lebih hebat kepada ahli-ahli UMNO di akar umbi, supaya mengundi parti lawan. Itu kelebihan orang UMNO yang mampu mempunyai dua wajah dalam parti sendiri.

Penulis tidak berminat untuk mengulas siapa pelakon-pelakon terbabit dan siapa pula bakal pelakon dalaman UMNO yang akan muncul di PRU13 ini. Biarkan mereka, itu masalah mereka. Masalah akibat terlalu lama dianugerahkan kuasa dan kekayaan. Cuma nak beritahu rakyat senario sebenar dalaman UMNO yang hakikatnya sudah hancur macam dimakan anai-anai.

Penulis yakin bahawa UMNO akan berkubur... bukan setakat di Kedah tetapi di Putrajaya. Saat kematian mereka sudah tampak akan percamannya.

No comments: