PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Wednesday, April 03, 2013

Jadual Kuliah UAI April 2013 dan Parlimen bubar hari ini 030413

(ISLAM) Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus April 2013

 | March 31, 2013 0 Comments

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus April 2013. UAI akan memberi ceramah maghrib pada bulan 4 tahun 2013 di beberapa masjid di Malaysia, antaranya Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Pahang  dan Terengganu.




Jadilah pemuda kebanggaan Rasulullah

Ustaz Nasrudin bin Hasan,03 Apr 2013

Para pemuda ibarat roh dalam setiap tubuh komuniti ataupun kelompok; baik ia dalam skop kecil ataupun luas seperti negara. Mereka merupakan jentera penggerak kemajuan sebuah negara. Sebagai generasi penerus, kaum muda selalu dituntut untuk meningkatkan mutu dalam pelbagai dimensi kehidupan. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda (mafhumnya), "Aku didokong oleh para pemuda sementara Aku sering dicanggah oleh orang-orang tua." - Riwayat Bukhari

Ungkapan Baginda SAW jelas mengiktiraf fungsi pemuda dalam mendokong perjuangan yang diasaskan oleh Baginda SAW. Pemuda yang dimaksudkan pastinya pemuda yang beriman, bertakwa dan berjihad untuk menegakkan syariat dan meninggikan syiar agama Allah Taala. Pemuda yang mewakafkan diri dan bersedia untuk mengorbankan segala kepentingan diri dan duniawi demi memastikan syariat dan sunnah berjaya didaulatkan di tanah air ini khasnya dan di muka bumi ini amnya.

Pemuda yang berjiwa besar, mampu dan sanggup menggalas beban amanah pula mendepani mehnah guna melunaskan tanggungjawab dakwah dan tarbiyah. Pemuda yang memiliki akidah yang benar, fikrah yang jelas dan menghiaskan diri dengan akhlak Islami yang indah.

Pemuda yang tentu tidak pernah mengaku kalah dengan segala ancaman atau tahaddiyat yang digerakkan oleh musuh untuk menghalang hasrat dan perjuangan murni mendaulatkan syariat dan sunnah.

Inilah pemuda harapan dan sandaran ummah bagi mengembalikan semula kegemilangan agama suci ini setelah sekian lama diinjak oleh musuh dan lebih malang kini dipersiakan oleh penganutnya sendiri.

Inilah pemuda kebanggaan Rasulullah SAW yang berani mencagarkan kebebasan hidup semata-mata ingin mengabadikan diri kepada perjuangan suci memartabatkan kembali izzah ummah setelah sekian lama tercalar angkara kejahilan dan kebejatan.

Ringkasnya, pemuda seperti inilah yang diperlukan oleh PAS untuk memacu perjuangan di bumi bertuah ini agar Islam kembali bertapak dan cahaya keadilannya kembali menerangi ummah setelah berlalu tempoh kegelapan yang panjang menyelubungi kehidupan ummah.

Pemuda PAS sewajarnya menjadi duta penyelamat dan kasih sayang, membebaskan insan yang derita di sangkar jahiliyah. Biarpun diri terkorban justeru itulah sunnatullah bagi mujahid yang mendokong cita-cita besar perjuangan Islam.

Pemuda yang tidak mengenal istilah kalah melainkan menang atau syahid. Menang mendaulatkan syariat Allah Taala atau menang mengatasi desakan nafsu yang memujuk agar meninggalkan perjuangan. Jika tidak, syahid di medan jihad fi sabilillah menjadi impian yang ingin dicapai.

Pemuda PAS sekali lagi ditegaskan, mestilah mempunyai keupayaan malah kesungguhan untuk mendalami urusan agama agar tahu dan faham berkait dengan "produk" (Islam) yang ingin "dipasar" (dakwah) kepada masyarakat.

Semangat semata-mata, jelas tidak memadai untuk memimpin perubahan dan membimbing kesedaran masyarakat hari ini yang rata-ratanya inginkan perubahan kepada keadaan yang lebih baik setelah lama terperangkap dalam kebodohan sistem yang mengasingkan dunia dan akhirat.

Era yang kita hadapi hari ini memerlukan kita selangkah lebih jauh ke depan berbanding kelicikan musuh yang tidak pernah rehat mengatur strategi dan konspirasi untuk memadam cahaya hidayah Allah Taala. Malah kita mestilah selangkah lebih cepat bertindak berbanding musuh yang pintar dan menguasai pelbagai sarana penerangan bagi mengelirukan minda masyarakat.

Kesimpulannya, pemuda mestilah senantiasa dalam keadaan bersiap siaga. Bersedia apabila diperlukan, hadir apabila dipanggil, bertindak apabila diarah dan responsif terhadap situasi sekeliling terutama berhubung dengan keperluan parti (jemaah) dan tuntutan ummah tanpa lengah dan alasan yang tidak wajar dan layak.

http://www.tarbawi.my

Parlimen bubar hari ini
10:36AM Apr 3 2013  

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa Parlimen dibubarkan berkuatkuasa hari ini selepas diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Beliau membuat pengumuman itu secara langsung pada jam 11.35 pagi ini selepas bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong sebelumnya.

Berikutan itu, beliau meminta menteri besar dan ketua menteri supaya memohon perkenan raja dan sultan masing-masing untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri supaya pilihan raya umum dapat diadakan secara serentak.

Selepas dibubarkan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) harus menetapkan tarikh pilihan raya akan berlangsung. Undang-undang menetapkan ia mesti dibuat dalam tempoh 60 hari.

 

No comments: