PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Tuesday, April 23, 2013

Gambar-gambar sekitar ceramah PR seluruh negara malam ini

Gambar-gambar sekitar ceramah PR seluruh negara malam ini
Posted on Tuesday, April 23 @ 07:42:34 MYT 
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

BeritaSumber era pasca



Berhampiran Pasar Seremban - DAP

Tim ajensi berita fakap EP hari ini telah menjelajah seluruh negara bagi melihat sendiri kemeriahan sambutan untuk siri jelajah Pakatan Rakyat, melihat kepada senario kebangkitan rakyat dalam setiap ceramah PR pada malam ini di seluruh negara, dapatlah di buktikan bahawa Barisan Nasional memang telah di tolak oleh kebanyakkan rakyat.

Saksikan beberapa kawasan yang telah kami sempat untuk snap.


Desa Pandan bersama UAI


Bekas MB Selangor Mike Tyson di Shah Alam


Skudai Johor bersama Salahuddin Ayub bakal MB Johor dari PAS


Selat Klang bersama Dr Halimah Ali


Kuala Selangor bersama DS Anwar Ibrahim


DSAI di Sabak Bernam


Sauk Perak sebelum bertolak ke Selangor


Bukit Angkasa bersama YB Izzah



CERAMAH RASUAH Beras Negara (BN) berjuta mari di Pekan.. kahkahkah

Sumber: erapasca.com 



Tumbangkah BN pada PRU 13 ini
Posted on Tuesday, April 23 @ 09:30:00 MYT 
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: anaabdullah

"Pakatan begitu yakin boleh dan memerintah Malaysia pada PRU 13 yang akan berlangsung pada 5 Mei 2013 (Ahad) ini.

Barisan nasional tetap yakin dapat mempertahankan kerajaan yang diperintah lebih 50 tahun ini dengan majoriti lebih 2/3.

Pru 12 (2008) Barisan nasional walaupun menang tetapi  dinafikan 2/3 parlimen iaitu kurang 8 kerusi dari 140 yang diraih.

Perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak yakin rakyat akan beri undi kepada BN lebih besar berbanding PRU 12.

Alasannya, BRIM RM 500 yang diberi kepada isi rumah seramai 4.2 juta kepala serta janji BRIM yang akan dinaikan pada angka RM 1,200 bermula tahun 2014.

Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin rakyat memberi undi pakatan rakyat, atas alasan janji pendidikan percuma, turun harga minyak petrol dan hapus TOL.

Janji BN janji yang sebahagiannya sudah jadi realitinya, manakala janji pakatan belum dapat dirasai oleh rakyat dan diserang bertubi kali.

Janji Bn dan janji pakatan rakyat telah dijual kepada rakyat jelata menerusi manifesto masing masing agar dbeli tanpa sebarang keraguan. 

Persoalan yang timbul sekarang 63.06 peratus rakyat Negara ini masih yakin dengan BN dan membeli produk yang dijualnya pada PRU 12.

Bermakna 36.93 peratus rakyat jelata percaya dengan pakatan rakyat dan membeli produk yang dijualnya punca lima negeri jatuh pada PRU 12 lepas.

Kini pakatan rakyat menyatakan 45 peratus sokongan rakyat jelata pada pakatan rakyat. Bermakna naik 8 peratus berbanding PRU 12. 

Jika betul apa yang dinyatakan itu, bermakna sokongan terhadap BN turun dan tinggal 55 peratus yang masih boleh menang tetapi tipis.

Justeru iyu, harapan Pakatan rakyat untuk tawan Putrajaya masih samar samar. Kecuali sokongan rakyat dapat di naikkan 5 peratus lagi jadi 50 peratus sepanjang kempen 21 April hingga 4 Mei Jam 12 Malam.

Nisbah 50-50 baru boleh memberi jaminan kepada pakatan rakyat untuk menduduki putrajaya dan sah BN dapat ditumbangkan." 

- 1 ruang iklan masih kosong - 

Kerajaan Umno BN dan Sultan Johor ambil kisah ke tak hal ini?
Posted on Tuesday, April 23 @ 05:30:00 MYT 
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

ArtikelOleh: setisab

"
Begini daifnya rumah dua beradik warga emas di Pontian Johor yang hanya mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sejumlah RM300 sebulan sedangkan Pengurusi Pusat Pungutan Zakat dengan kembang hidung mengumumkan kutipan sejumlah RM 400 juta


Bangsat punya Pusat Pungutan Zakat , mana lesapnya RM400 juta tu jika orang miskin mcm ni cuma dapat RM300 sebulan. Duit zakat guna untuk buat bangunan, beli aircond, computer dan isi minyak kenderaan Pusat Pungutan Zakat ke?


Haram jadah sungguh kerajaan Umno BN Johor, hasil negeri banyak, tetapi semuanya dirakus oleh para kroni. Ketua agama di Johor apa kabar? Sibuk sangat ke Sultan Johor sehingga rakyat hidup menderita. sengsara penuh kedaifan, sultan buat macam tak reti je !! Beli plat kereta RM500,000mampu, nak bantu rakyat, tak mampu.. ! Kalaupun sultan sarat dengan jadual polo dan golf, tak kan tak boleh arahkan Jabatan berkaitan untuk membantu, itupun kalau sultan berjiwa rakyat !! Mufti memang tidak boleh harap, semuanya sudah mati.  

PONTIAN – Melihat keadaan sebuah rumah usang dan dikelilingi dengan semak samun di Kampung Permas Kelapa, di sini, pasti tiada siapa yang menyangka kediaman itu berpenghuni.
http://kerajaanrakyat.blogspot.com/
Namun rumah itulah menjadi tempat berteduh pasangan adik beradik, Mian Subari, 86, dan adiknya Noriyah, 56, sejak bertahun lamanya.


umno pengkhianat rakyat
Difahamkan, Mian yang tidak pernah mendirikan rumah tangga sehingga kini masih menjaga adik perempuannya itu yang mempunyai masalah lembam.

Tinjauan Sinar Harian ke rumah terbabit mendapati, keadaan dalam kediaman itu perlu diperbaiki dan terdapat banyak takungan air hujan susulan keadaan bumbung rumah yang bocor.

Mian berkata, dia yang kini sudah tidak lagi bekerja amat bersyukur kerana masih mempunyai tempat tinggal meskipun dalam keadaan serba kekurangan.

Bagaimanapun, dia mengakui memasang impian supaya rumah didiaminya itu dapat dibaiki untuk keselesaan hidupnya dan Noriyah.

"Saya dan adik bersyukur kerana kami masih lagi mempunyai tempat berteduh dan berlindung dari hujan dan panas," katanya.
http://kerajaanrakyat.blogspot.com/
"Kami hidup pun dengan bantuan bulanan RM300 dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), mana mungkin saya dapat membaik pulih rumah ini. Saya juga tidak lagi mampu membuat kerja-kerja berat atas faktor usia. Oleh itu, saya amat berharap ada pihak yang dapat membantu sekurang-kurangnya membaiki rumah ini," katanya.

Mian berkata, keadaan rumah yang usang, bocor dan berlubang itu menyebabkan dia dan Noriyah sering kesejukan pada waktu malam.
http://kerajaanrakyat.blogspot.com/
Menurutnya, keadaan bertambah buruk sekiranya hujan lebat kerana hampir keseluruhan zink rumah bocor dan dinding rumah berlubang.

"Bila lihat awan mendung sahaja, saya dan adik sudah mula runsing memikirkan memikirkan keadaan rumah," katanya.
http://kerajaanrakyat.blogspot.com/
Mian berkata, semak-samun yang sudah menjalar di atas bumbung rumah membuatkan dia dan Noriyah semakin bimbang mengenai keselamatan diri.

"Bimbang juga sekiranya terdapat haiwan liar seperti ular di atas bumbung. Dulu ada orang datang melihat kawasan sekitar rumah dan mereka beritahu akan cuba mendapatkan bantuan baiki rumah.

"Pada ketika itu, saya amat gembira, tetapi sampai sekarang tiada khabar berita," katanya.
http://kerajaanrakyat.blogspot.com/
Justeru, Mian bersama Noriyah amat berharap supaya rumah berkenaan dapat dibaiki segera bagi membolehkan mereka hidup lebih selesa.

♥ ♥ ♥ ♥
Blog> http://bit.ly/8TpQpX 
Page> http://on.fb.me/wMKHMQ 
Group> http://on.fb.me/RsrVao "
 


Lawan: 7 dengan 61, mana lebih besar?

Rossem,23 Apr 2013

Datuk Kamilia Ibrahim tak sendirian menongkah arus melawan pimpinan parti  dengan bertindak menyerahkan borang pencalonan sebagai calon Bebas pada hari penamaan calon 20 April 2013,  kerana pada hari itu, 61  lagi calon Umno dari seluruh negara berbuat demikian. Mereka berpatang arang dengan Umno lalu bertanding melawan calon Umno di samping calon lain.

 

Pemimpin Umno yang bercakap dalam televisyen barangkali tak sedar angka sebesar itu telah mengkhianati parti. Kalau mereka sedar pasti mereka tak  mengejek dan mentertawakan Pakatan Rakyat (PR) dengan menuduh calon PR  berlawan sesama sendiri. Sedangkan calon PAS, PKR dan DAP yang bertembung sesama sendiri hanya di tujuh kawasan, iaitu satu parlimen dan enam  Dun.

 

Di kedai kopi beberapa orang penyokong Umno masih memanjangkan isu perpecahan dalam Pakatan Rakyat  itu, tetapi setelah saya bertanya mereka; 7 dengan 61 itu mana lebih besar? Mereka pun terdiam!






at Taib: 'Saya kena sokong parti ada pendirian'



11 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


Muhammad Muhd Taib

Muhammad bercakap pada sidang media selepas penyerahan borang keahlian menyertai Pas hari ini. - Foto Sinar Harian oleh ZULFADHLI ZAKI
KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang menyertai Pas hari ini berkata, beliau merasakan sudah tiba masanya perubahan dilakukan agar pembangunan dinamik negara ini "mempunyai roh."

Katanya, beliau melihat Pas sebagai satu-satunya parti yang mampu membawa kesedaran tersebut.

"Selama saya menjadi menteri besar dan aktivis Umno, memang benar negara kita maju. Tetapi, sudah sampai masanya pengisian pembangunan ini ada rohnya.

"Saya fikir parti yang boleh isi roh itu mestilah parti yang perjuangkan Islam. Hanya Pas yang bawa kesedaran itu," katanya kepada pemberita.

Muhammad, 65, yang turut dikenali dengan panggilan Mat Taib, menyerahkan sendiri borang kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurutnya, Pas juga dilihat mempunyai pendirian untuk melaksanakan Islam secara menyeluruh.

"Kalau Melayu bawah satu lambang agama dan diterapkan dalam satu ajaran, masyarakat tak akan berkecamuk. Pelaksanaan Islam sekarang tak menyeluruh.

"Saya kena sokong parti yang ada pendirian. Jika semua orang Melayu dan Islam sokong Pas, saya fikir negara ini boleh jadi contoh," katanya.

Dalam pada itu, Mat Taib berkata, hasrat menyertai Pas sudah timbul setahun lalu namun hanya diumumkan dua hari selepas penamaan calon.

"Hasrat dah setahun tapi saya tunggu masa sesuai. Saya umum selepas penamaan calon sebab tak mahu orang kata saya nak jadi calon.

"Saya tak berhajat jadi calon atau pegang jawatan. Saya cuma nak bagi sokongan kepada Pas," katanya.

Beliau juga berkata, orang Melayu di bandar mesti menaikkan syiar Islam melalui undi kepada Pas dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Sementara itu, Abdul Hadi berkata, penyertaan Mat Taib mampu memberi kekuatan kepada Pas.

"Kita mengalu-alukan penyertaan beliau. Kita anggap ini sokongan yang cukup kuat daripada seseorang yang mempunyai pengaruh besar di Selangor.

"Kehadiran beliau juga memberi kekuatan kepada parti untuk terus melangsungkan perjuangan Islam," katanya.

Sinar/-

No comments: