PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Tuesday, April 30, 2013

CERAMAH ISU SEMASA

CERAMAH ISU SEMASA
OLEH 
UST SUBRI ARSHAD
MOHD MUNIR MAT DIN(Blogger)
UST AFNAN HAMIMI
UST ROSIDI HUSSAIN
PADA 
02.05.2013KHAMIS
JAM 9.15 MALAM
PADANG AWAM PASIR GEBU

SEMUA DIJEMPUT HADIR BERMAI-RAMAI

Thursday, April 25, 2013

Tautkan keakraban, jangan terperangkap taktik musuh

Tautkan keakraban, jangan terperangkap taktik musuh

Mohd Sabri Said,25 Apr 2013

PULAU PINANG: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mahu semua jentera Pakatan Rakyat khususnya di kawasan yang baru sahaja selesai isu pertindihan calon agar bergerak bersama bagi tujuan menumbangkan Umno BN.

Katanya, jentera-jentera yang terlibat khususnya PAS dan PKR perlu membuat perancangan bersama bagi mewujudkan gelombang rakyat agar menolak Umno BN pada Pilihan Raya Umum (PRU13) kali ini.

"Perlu akrabkan kembali tautan agar bersama satu gelombang jatuhkan Umno dan Barisan Nasional (BN), " katanya.

Beliau berkata demikianketika mengadakan lawatan singkat ke kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun), Sungai Acheh semalam.

Sungai Acheh adalah antara tujuh kerusi yang menyaksikan pertindihan antara calon PAS dan PKR selepas penamaan calon 20 April lalu.

Bagaimanapun ianya diselesaikan dengan PAS menyerahkan kerusi tersebut kepada PKR termasuk kerusi Parlimen Labuan dan Dun Panti di Johor.

PKR pula menyerah tiga kerusi kepada PAS iaitu  Bukit Besi, Seberang Takir dan Kota Putera sebagai timbal balas, manakala Dun Kota Damansara masih dalam perbincangan.

Dengan penyelesaian itu, kesemua kerusi-kerusi tersebut kembali menjadi pertembungan satu lawan satu antara calon Pakatan Rakyat dengan BN.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata penyelesaian itu sekaligus membuatkan BN habis modal untuk meyerang kerjasama dalam Pakatan Rakyat.

"Awasi mainan jahat pihak musuh yang masih mahukan Pakatan Rakyat berpecah di saat akhir kerana perbalahan menandakan kekalahan di penghujungnya, " jelas beliau.


Husam, Agus, Kit Siang dan Mat Taib

Ahmad Lutfi Othman,25 Apr 2013

Dalam kolum Simpul Mati, akhbar INIKALILAH terbitan 24-30 April lalu, saya merakamkan pengalaman dan gelodak rasa pada hari penamaan calon PRU13, khususnya semasa mengikuti dari dekat calon PAS di Putrajaya, Husam Musa.

Personaliti Naib Presiden PAS ini ternyata menimbulkan kegusaran jentera kempen BN, termasuk calonnya Tengku Adnan Tengku Mansor. Secara logiknya, Husam hampir pasti kalah, tetapi penampilannya di pusat pentadbiran negara itu dilihat bakal membongkar banyak isu yang terpendam di sana, sama ada  masalah seharian warga Putrajaya atau lebih digeruni Umno ialah akses anak kebanggaan Kelantan ini kepada sumber maklumat.

(Saya difahamkan kemudiannya bahawa jentera kempen PAS berdepan  pelbagai bentuk sabotaj dan aksi ganas-samseng, termasuk kesukaran untuk memasang bendera dan poster. Umno sengaja mendedahkan kepada dunia; tindakan barbarik tidak bertamadun penggerak partinya bukan hanya di kawasan pendalaman seperti penempatan Felda atau kampung tradisi tetapi membarah di kota-kota besar).

Umum mengakui ragam politik pada pagi Sabtu itu begitu meriah, menarik (juga mengejutkan) dan mencatat rekod bukan saja dari segi pertambahan jumlah calon Bebas, tetapi turut menyaksikan  pertembungan dalaman kedua-dua gabungan parti, BN dan Pakatan Rakyat.

Kemelut dalaman Pakatan cepat diselesaikan. Walaupun reaksi akar umbi di kawasan tertentu tidak mudah dikendurkan dalam masa singkat, namun ia jauh berbeda dengan krisis dalaman Umno yang berpanjangan dan juga perselisihan di antara parti-parti komponen BN, yang dijangka membawa natijah lebih buruk kepada prestasi BN pada 5 Mei nanti.

Seperti orang lain juga, saya agak terkejut dengan barisan calon "boleh menang" yang diputuskan Najib Razak sendiri. Sehingga hari ini saya belum dapat memahami mengapa Zulkifli Nordin boleh dipilih BN di Shah Alam, pusat pentadbiran negeri termaju. 

Semakin payah saya mencari alasan bagaimana calon BN di Pasir Mas, Che Johan Che Pa boleh  memberi laluan kepada Ibrahim Ali. Zulkifli dan Ibrahim merupakan dua pemimpin utama Perkasa. Kalau diikutkan pengaruh, apalah yang ada lagi pada Ibrahim, calon Bebas yang pernah hilang wang pertaruhan dalam pilihan raya kecil Pengkalan Pasir, 2005? Melainkan saya terpaksa merumuskan bahawa semua itu  membuktikan pengaruh Dr Mahathir Mohamad begitu mencengkam dalam Umno.

Lim Kit Siang pula berkata, pemilihan Zulkifli dan memberi laluan kepada Ibrahim, menunjukkan Dr Mahathir mempunyai "kuasa mutlak" dalam Umno, termasuk "satu hari nanti beliau akan meletakkan Ibrahim sebagai perdana menteri". "Perkasa sudah menjadi parti komponen ke-14 dalam BN," katanya.

Apa pun, sebagai pengamal media, saya lebih suka meneliti situasi kempen, terutama jika ia bercanggah dengan amalan demokrasi, mencabuli adab dan peraturan serta mengetepikan etika. Paling penting, mengapa selepas dilipatgandakan tuntutan Bersih, termasuk melalui siri himpuna raksasa, namun amalan rasuah dan "beli undi" terus berleluasa semasa kempen, manakala akses media untuk parti-parti bertanding selain BN, semakin disekat.

II.


Petang Isnin lalu, selepas beberapa kali temujanji dengan penganalisis politik, Dr Mohamad  Agus Yusof tertangguh, dalam curahan hujan lebat saya gagahi juga ke rumahnya, di Bandar Baru Bangi. Saya ditemani pengendali kolum sastera-budaya Harakah, Ali Bukhari Amir.

Tentulah topik utama tertumpu kepada perkembangan mutakhir kempen PRU13. Semasa seronok bersembang, Dr Agus menjawab  panggilan telefon. Dari nada dan butir percakapannya, pensyarah kanan sains politik UKM ini seperti berbicara dengan wartawan.

"Banyak pertanyaan saya terima mengenai ramainya calon Bebas kali ini," katanya mengesahkan andaian saya panggilan itu daripada wartawan yang memburu berita. "Bagi saya, ia biasa saja. Yang hendak saya tekankan, kali ini rakyat tidak mahu bazirkan undi mereka, terutama kepada calon-calon Bebas."

"Ya, saya suka istilah itu, tidak berlaku lagi pembaziran undi walaupun ramai juga nama-nama besar yang bertanding sebagai calon Bebas," pintas saya.

PRU13, kata Dr Agus, adalah peluang terbaik untuk rakyat melakukan perubahan, dan ia bukan lagi persoalan mengenai calon-calon. "Maknanya, kali ini pengundi lebih mementingkan parti berbanding personaliti calon?" tanya saya. "Ya."

"Pilihan raya kali ini di antara dua parti besar, kedua-duanya, BN dan Pakatan, mempunyai potensi dan sumber yang tidak jauh berbeda, dengan aras padang permainan hampir sama rata," tambah Dr Agus. "Dan saya dapat rasa wujud kesedaran besar yang agak menyeluruh bagi mengubah kerajaan di peringkat persekutuan."


Ditanya pandangan profesor politik tertentu yang meramalkan BN mampu menang besar, termasuk memperolehi majoriti dua pertiga di Parlimen, Dr Agus segera membidas: "Usah berselindung di sebalik kedudukan sebagai ahli akademik, isytihar saja sebagai jurucakap parti, 'kan senang."

Beliau menyifatkan ada di kalangan mereka seperti ayam daging yang sudah dibiasakan dengan dedak. "Ayam ini, jika terlepas dari kurungan, tidak akan melarikan diri kerana ia menunggu dedak seterusnya walaupun tahu akan disembelih akhirnya," ujarnya.


Saya sejak lama  menghormati pandangan Dr Agus dan seringkali merujuk kepadanya terutama sebagai panduan untuk menulis komentar politik. Ada kelainan dalam ulasannya, tentunya disebabkan setiap analisisnya tidak dibuat sembrono, malah lebih penting, boleh dipertanggungjawabkan. 

Saya perhatikan, walaupun beliau menyedari Pakatan Rakyat juga mempunyai kelemahan -- termasuk dalam pemilihan calon di negeri tertentu -- tetapi peluang mesti diberikan agar kepemimpinan negara dapat "disegarkan" dengan idea-idea dan dasar-dasar baru, yang akhirnya membawa keuntungan dan manfaat buat rakyat.

Agak kerap Dr Agus menegur laporan pemberitaan Harakah. Selain mahu melihat Harakah lebih berwibawa dan dipercayai pembaca, beliau prihatin dengan kesilapan-kesilapan kecil seperti ejaan dan tanda baca. 

"Saya mahu Harakah selami masalah dan penderitaan rakyat, dekati golongan terpinggir yang tertekan dengan kenaikan kos hidup. Kita mahu formula penyelesaian yang lebih menyeluruh terhadap begitu banyak problem besar negara, bukannya ditangani melalui bantuan one-off," katanya sambil merujuk bermacam-macam insentif yang dihamburkan Najib. "Risda pun nak bagi bantuan." 


Sebelum saya pulang, saya tanyakan sekali lagi 'soalan cepumas': "Dr yakin Pakatan boleh menang dan menguasai Putrajaya kali ini?" Segera beliau menjawab: "Ya."

III.

Penyertaan bekas Menteri Selangor, Muhammad Muhd Taib diharap dapat melonjakkan pengaruh PAS, terutama di kalangan orang Melayu di negeri termaju itu. Saya lebih tertarik dengan kenyataan bekas Naib Presiden Umno ini yang kelihatan selesa menyandarkan hujahnya kepada tuntutan agama.

Muhammad ternyata bersikap terbuka, tenang dan mengambil pendekatan sederhana.  Beliau sengaja memilih masa selepas hari penamaan calon bagi mengelak tohmahan mengejar jawatan, atau lebih tepat menjadi calon PRU13.

Apabila desas-desus tersebar seorang bekas menteri besar Umno akan menyertai PAS, Dr Haron Din menghubungi saya mengesahkan tokoh itu ialah Muhammad. Mungkin hubungan rapatnya dengan  Dr Haron Din turut memudahkan beliau membuat keputusan bijak.

Meneliti responsnya terhadap soalan media, saya kira Muhammad tidak mahu sengaja mencipta pertembungan dengan Umno.

"Saya tidak boleh kata Umno tak ada jasa, tapi sampai masanya mereka sudah tidak boleh lagi dah buat kerja dan sudah hilang upaya," kata Muhammad. "Mereka dah jadi kurang upaya." 

Sebuah akhbar memetik kenyataannya: Saya tidak mahu serang Umno kerana saya lama dalam Umno. Itu tidak adil. Umno sudah buat baik. Saya fikir Pas perlu diberi peluang. Bagi dia peluang." 

Ya, satu lagi kunci kata yang saya minat, "bagi PAS peluang."

IV.


Calon DAP di Gelang Patah, Lim Kit Siang menyelar kempen perkauman BN, termasuk melalui iklan politk dalam akhbar The Star, dengan menyebar fitnah mengenai bungan parti itu dengan PAS.

Saingannya Abdul Ghani Othman cuba menakutkan masyarakat Cina, dengan menekankan dalam ceramahnya: "Jika Kit Siang menang, Hadi mungkin jadi PM."

Kit Siang menyanggah kemas: "Jadi saya ingin tanya kepada MCA dan Ghani, apa salahnya jika pengundi Cina undi PAS, pengundi Melayu undi DAP, semua pengundi India, Cina, Melayu, Kadazan, Iban mengundi PAS, KeADILan dan DAP? Apa salahnya jika kita rakyat Malaysia bersatu padu, bersatu hati dan saling faham-memahami."

Mengulas kempen MCA memburukkan DAP, Kit Siang berkata: "Saya kesal dengan tindakan MCA yang menggunakan akhbar The Star yang dikuasainya untuk menyiarkan iklan-iklan politik yang menghina orang Melayu dan mempermainkan agama Islam. MCA sengaja berbuat demikian untuk menunjukkan kepada kaum Cina bahawa ia tidak akan tunduk kepada orang Melayu dan Islam."

Dalam The Star baru-baru ini, iklan bertajuk "Why is DAP silent?" (Mengapa DAP berdiam diri?) mengutuk kerajaan negeri PAS-Pakatan Rakyat Kedah yang didakwa merobohkan tempat menyembelih haiwan, mengharamkan panggung wayang, mengharamkan persembahan seni oleh wanita dan mengharamkan sambutan Hari Valentine. Iklan akhbar MCA itu juga mendakwa kononnya PAS mahu menutup Bursa Saham dan Genting serta fatwa PAS dikatakan menjejaskan orang bukan Islam.

"Umno pula berdiam diri dan tidak berani mempertahankan Islam dan Melayu kerana mahu membiarkan MCA memperolehi undi kaum Cina melalui cara yang kotor dan keji ini," tegas Kit Siang.

Menyentuh momokan MCA terhadap pemerintahan PAS di Kelantan, Kit Siang mempunyai jawapan mantap: "MCA dan BN lupa bahawa rakyat Kelantan sejak 1990 sentiasa memilih PAS adalah kerana kepimpinan Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat adalah bersih, bebas rasuah dan adil kepada semua kaum.

"Kebebasan beragama di Kelantan adalah lebih baik daripada beberapa negeri yang diperintah oleh Umno-BN. Rakyat Kelantan sudah lama sedar bahawa pimpinan PAS-Pakatan Rakyat tegas menolak rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan."

Lega saya. Titik.

Samseng UMNO tumbuk wartawan China Press di Pulau Pinang


Seorang jurugambar sebuah akhbar berbahasa Cina ditumbuk di telinga ketika satu pergelutan tercetus antara sekumpulan lelaki yang memakai baju-T 1Malaysia dengan penyokong DAP di Pulau Pinang malam tadi. 

Kejadian itu berlaku pada kira-kira jam 9.30 malam apabila kira-kira 50 lelaki bermotosikal dengan memakai baju-T biru 1Malaysia didakwa cuba mengganggu ceramah yang diadakan oleh DAP di pusat gerakan PAS di Bukit Gelugor malam tadi. 

Kumpulan lelaki tersebut dilihat membawa bendera BN apabila mereka tiba di tempat tersebut. 

Mereka mula mengeboo dengan kuat orang ramai yang hadir dan cuba memasuki kawasan ceramah itu tetapi dihalang oleh penyokong DAP. 


Perbalahan kecil berlaku antara mereka dan ketika itu berlaku, jurugambar Sin Kam Weng dari akhbar China Press ditumbuk di telinganya. 

Sin, 24, kemudiannya membuat laporan di balai polis berhampiran Jelutong pada jam 10.41 malam. Dia ditemani ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Prem Anand Kumar. 

Dalam laporan polisnya, Sin berkata apabila pergelutan berlaku, dia cuba untuk mengambil gambar tetapi telah ditumbuk di telinga kanan. 

Menurutnya, lelaki yang menumbuknya itu memberi amaran kepadanya supaya jangan mengambil sebarang gambar. 


Sim berkata, dia memberitahu lelaki itu bahawa dia hanya mahu mengambil gambar apa yang berlaku, dan lelaki itu kemudiannya meninggalkan kawasan ceramah itu. 

Ketika dihubungi, penyandang kerusi DUN Seri Delima, RSN Rayer yang merupakan salah seorang penceramah di situ malam tadi, mengesahkan bahawa kejadian itu berlaku. 

"Kami terpaksa membatalkan ceramah itu atas sebab-sebab keselamatan," katanya sambil menambah bahawa Pengerusi DAP, Karpal Singh turut dijadualkan berucap tetapi ianya dibatalkan. 

Kekecohan itu berlaku ketika ADUN Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo sedang berucap. 

Itu apa yang Malaysiakini laporkan di ( SINI ).. berikut pula ialah apa yang Utusan laporkan..

Gara-gara benarkan Husam beri tazkirah.. Habis semua AJK Surau Abdul Rahman Auf dipecat..


Dato Paduka Hj Husam Bin Musa menulis... pada 20hb. April, 2013 saya telah menunaikan solat Isyak' di Surau Abdul Rahman Auf, Presint 11.

Selepas selesai tunai solat, saya telah mengambil sedikit masa berta'ruf dengan hadirin didalam surau tersebut.

Hari ini saya diberitahu bahawa Pengerusi dan Bendahari Surau tersebut telah dipanggil mengadap Ketua Pengarah JAWI di Pejabatnya pagi tadi.

Dan seterusnya saya diberitahu bahawa SEMUA AJK Surau Abdul Rahman Auf, Presint 11 telah DIBERHENTIKAN SERTA-MERTA kerana membiarkan saya berta'ruf dengan makmum Surau tersebut.

Saya mohon pada semua Sahabat-sahabat yang baru saya kenali di Putrajaya, Penduduk2 Putrajaya dan Seluruh Rakyat Negara Malaysia yang beragama Islam berdoa mohon kepada Allah supaya budaya Politik Sempit begini ditamatkan pada 5hb. Mei, 2013.


Sementara itu BN Putrajaya yang kelihatan semakin terdesak telah dilaporkan melatih remaja-remaja untuk menjalankan kerja-kerja sabotaj terhadap Husam di Putrajaya..

Sila baca laporannya di ( SINI )
Posted by Anak Sungai Derhaka at

INIKALILAH] Tiada Lagi Negeri Jadi Kubu Umno BN


Tanggapan bahawa Pakatan Rakyat sukar menang di beberapa negeri seperti Melaka dan Johor ekoran menjadi kubu Umno BN, tidak lagi terpakai dalam pilihan raya umum kali ini.

Ketua umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia ditunjukkan melalui jumlah kehadiran penyokong Pakatan yang cukup memberangsangkan di banyak kawasan, ketika penamaan calon 20 April lalu.

"Orang tak masukkan Melaka dalam perkiraan sebenar. Dia ingat Melaka ini susah nak dapat daripada BN.

"Tapi tengok masa penamaan calon baru-baru ini. Menggemparkan. Banyak kawasan yang kehadiran penyokong Pakatan Rakyat; DAP, PAS dan KEADILAN, lebih ramai daripada penyokong BN," katanya.

Anwar berkata demikian depan kira-kira 10,000 rakyat pada Ceramah Perdana Pakatan Harapan Rakyat di Taman Dato' Thamby Cik Karim, Batu Berendam, Melaka, malam tadi.

Beliau menjadikan Johor Bharu sebagai contoh, apabila menerima panggilan daripada calon KEADILAN Parlimen itu, Tan Sri Hashim Hussein selepas selesai proses penamaan.

"(Saya terima) panggilan daripada Tan Sri Hashim, (beliau) kata; 'Anwar, ini Johor Bharu, kubu Umno, tapi masa penamaan calon, jumlah (penyokong) Pakatan jauh lebih daripada Umno BN'," katanya.

Kehadiran Anwar semalam disambut persembahan bunga api, selain tepukan dan sorakan gemuruh hadirin.

Malah padang ceramah sesak, sehingga ada yang terpaksa memanjat pagar rumah dan pokok, semata-mata untuk mendengar ucapan pemimpin kesayangan mereka.

Layar turut dipasang di padang bersebelahan, untuk menampung kapasiti penduduk.

Batu Berendam terletak dalam Parlimen Bukit Katil.

Menurut seorang hadirin, kehadiran semalam pasti memberi suntikan moral buat calon KEADILAN Parlimen itu, Shamsul Iskandar Mohd Akin. -KD



SPR Mengamuk Sakan

PUTRAJAYA - Perbuatan memuat naik gambar kertas undi merupakan satu kesalahan, kata Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Kamaruddin Mohamed Baria.

Beliau menggulas perbuatan beberapa pengguna laman sosial yang memuat naik gambar kertas undi yang akan digunakan oleh pengundi pos bagi Pilihan Raya Umum ke-13. Berikutan itu, SPR sudah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Putarajaya hari ini, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. 

"Selain untuk menjaga nama baik dan intergriti SPR, laporan dibuat bagi membolehkan polis menjalankan siasatan, selaras Akta 574 Kanun Keseksaan (Pindaan) 1997," katanya.

Kamaruddin bagaimanapun menafikan gambar kertas undi yang dipaparkan dalam beberapa laman sosial itu adalah daripada sumber SPR.

"Selepas pihak polis menjalankan siasatan, barulah SPR menentukan tindakan yang akan diambil terhadap individu yang didapati memuat naik gambar berkenaan, biar polis buat siasatan dulu," katanya.

SPR sudah mengeluarkan kertas-kertas undi pos dalam negara kepada pengundi yang layak mengundi melalui pos mulai 22 April lepas, sementara pengundi pos luar negara dihantar hari ini.

Kategori mereka yang layak mengundi melalui pos dalam negara terdiri daripada anggota tentera dan polis yang bertugas di perbatasan atau pun yang terlibat dalam operasi, petugas media dan petugas SPR.

Kategori pengundi pos luar negara pula membabitkan rakyat Malaysia di luar negara dan Pengundi Tidak Hadir (PTH), yang terdiri penjawat awam yang berkhidmat di pejabat perwakilan dan pelajar sepenuh masa.

Selain itu, SPR turut menafikan maklumat yang disebarkan dalam laman sosial yang menyebut proses pengundian awal bagi kategori pengundi yang layak, telah dilaksanakan semalam (23 April), sebaliknya, menegaskan pengundian awal hanya dijalankan pada 30 April.

"Perbuatan itu sekadar untuk mengelirukan orang ramai dan berharap orang ramai jangan mempercayai berita tersebut, jika ada sebarang pertanyaan dan kekeliruan, hubungi SPR untuk penjelasan," katanya.

Mengenai nama calon yang tertera pada kertas undi, Kamaruddin berkata nama yang dicetak tidak semestinya mengikut nama pada kad pengenalan seseorang calon itu.

"Sebelum kertas undi dicetak calon diberikan peluang untuk menulis nama apa yang perlu dicetak pada kertas undi.

"Sebagai contoh, jika seseorang calon itu lebih dikenali oleh para pengundi di kawasan dia bertanding dengan nama Ustaz Kamarudin maka boleh tulis nama itu dalam kertas undi," katanya.   ~bernama


PECAH BERITA ! UNDI AWAL & UNDI HANTU...SENJATA AKHIR BN TELAH DIBONGKAR..??!!!!!!!!!!!!!!

RAKAMAN GAMBAR ANGGOTA POLIS GERAK AM (PGA) SEDANG MEBUANG UNDI DI KEM PGA, GALING KUANTAN, PAHANG TERSEBAR LUAS DI INTERNET?!!!

Pengerusi SPR kerap kali apabila diajukan soalan mengenai tatacara undi pos beliau menjawab.. tiada lagi istilah undi pos tetapi ditukar kepada UNDI AWAL.

Cara undi awal ini serupa dengan undi biasa....Diadakan dalam dewan secara telus, adil dan bersih.

Paling utama semua wakil calon parti akan dibenarkan memantau dan melihat proses undi awal ini...Itulah lebih kurang bunyi ayat yang terpacul dimulutnya.

Tapi jika rakaman gambar ini benar dimanakah wakil calon bertanding?...mengapa diadakan secara tertutup?

Mohon sangat-sangat pihak berwajib SPR memberikan jawapan bagi pencerahan minda rakyat.

Tidak mau wujud persespsi buruk mengenai tata kelola SPR dalam mengendalikan PRU kali ini.  


SUMBER SINI


Admin menerima mesej di bawah petang tadi. Jika benar, ia amat merunsingkan......mohon yang ada maklumat lanjut sila hubungi..........

Pengundi Hantu Dari Sabah

Di beritakan 3 pesawat B747 dan 2 pesawat Airbus 330 MAS akan di gunakan untuk mengangkut pengundi2 HANTU dari Sabah mulai esok 25 April hingga 4 Mei 2013. Jumlah penumpang yang bakal di bawa seramai 36,300 orang bertujuan untuk menawan Selangor. Penerbangan sebanyak 5 kali sehari akan mendarat di Airport Subang.

Untuk menawan Johor pula, Air Asia akan di gunakan dengan kapasiti yang sama. Laporan lanjut boleh di dapati daripada Tranungkite.net

Pohon semua dirikan solat hajat dan baca qunut nazilah, mohon bantuan Allah hancurkan strategi dan kucar-kacirkan usaha jahat ini
SUMBER SAH


SPR Mengamuk, Buat Laporan Polis.

Gara2 gambar kertas undi yang tersebar. Berikut di bawah ialah statement SPR sendiri. 


Perbuatan memuat naik gambar kertas undi merupakan satu kesalahan, kata Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Kamaruddin Mohamed Baria.

Beliau menggulas perbuatan beberapa pengguna laman sosial yang memuat naik gambar kertas undi yang akan digunakan oleh pengundi pos bagi Pilihan Raya Umum
ke-13.

Berikutan itu, SPR sudah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Putarajaya hari ini, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. 

"Selain untuk menjaga nama baik dan intergriti SPR, laporan dibuat bagi membolehkan polis menjalankan siasatan, selaras Akta 574 Kanun Keseksaan (Pindaan) 1997," katanya.
Ini bermaksud SPR ;


1. Mengesahkan kertas2 undi yang tersebar itu TULEN/WUJUD/BENAR/SAHIH. Tapi tahu kah anda ada penyokong2 BN mengatakan itu ialah satu bentuk fitnah? Mereka kata sejak bila kertas undi ada letak nama pangkat dan blablabla.. mana aku nak tahu. Itu kena tanya SPR sendiri la. Dan bukan kah dengan kenyataan terkini dari SPR ini mengesahkan bahawa gambar2 yang tersebar itu adalah TULEN dan kata2 korang adalah merupakan satu FITNAH? Ada niat nak betulkan ataupun terus sebarkan benda FITNAH? 

2. Cubaan SPR menakut2kan pengundi. Sekarang neh sejauh mana pengundi2 POS/pengundi AWAL tahu bahawa ia adalah SATU KESALAHAN UNTUK TANGKAP GAMBAR KERTAS UNDI DAN SHARE DI FACEBOOK? Tahu kah mereka itu merupakan satu kesalahan? Mereka telah diberitahu? Di ajar? Dikursuskan atau apa? Kalau mereka tidak tahu bagaimana pula mereka patut dipertanggungjawabkan atas tindakan2 mereka bila mereka sendiri TIDAK DIBERITAHU? Sejauh mana SPR ada letakkan KEWAJIPAN untuk membaca syarat2 sebelum sesiapa patut MENANDA KERTAS UNDI? 

Kepada individu2 yang SHARE kan gambar kertas undi dorang tue, dorang tidak tahu ia adalah merupakan satu KESALAHAN. 

Dan SPR juga menyebut ;

Selain itu, SPR turut menafikan maklumat yang disebarkan dalam laman sosial yang menyebut proses pengundian awal bagi kategori pengundi yang layak, telah dilaksanakan semalam (23 April), sebaliknya, menegaskan pengundian awal hanya dijalankan pada 30 April.

"Perbuatan itu sekadar untuk mengelirukan orang ramai dan berharap orang ramai jangan mempercayai berita tersebut, jika ada sebarang pertanyaan dan kekeliruan, hubungi SPR untuk penjelasan," katanya.

Rujukan : http://www.sinarharian.com.my/spr-memuat-naik-gambar-kertas-undi-satu-kesalahan-1.153797

Baiklah SPR. Aku juga keliru. Sebab satu lagi gambar mengenai pengundi tersebar.

Lihat bawah ;



Ini undi POS ke atau pengundi AWAL? Kalau undi POS bukan kah seperti yang tersebar sebelum neh? Kalau pengundi AWAL, err tidak kah ia terlalu awal? Ada ke pemantau dan etc2 tue? SPR mungkin boleh memberikan penjelasan, tanpa naik marah.

Yang sebenarnya, SPR juga kena bertanggungjawab atas semua kenyataan2 yang dikeluarkan di media. Aku tatau SPR sedar atau tidak sedar bahawa antara punca kekeliruan ini WUJUD ialah bilamana media2 pro kerajaan sendiri update benda2 yang SPR sendiri sebut dalam akhbar masing2. 


Contohnya seperti berikut ==> http://amenoworld.blogspot.com/2013/04/kertas-undi-untuk-petugas-media-mula-di.html

Jangan hanya tahu salahkan rakyat marhaen. Ini kerana rakyat marhaen sendiri tidak didedahkan dengan info yang betul dan tepat. Kat sini jentera penerangan SPR sendiri yang perlu diperbetulkan, bukan nya salahkan persepsi orang ramai. Sekian. 

Sumber gambar di atas : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=570778356275977&set=a.452526664767814.100828.100000314541927&type=1&ref=nf

Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2013/04/spr-mengamuk-buat-laporan-polis.html#ixzz2RRtsAU5D



Anwar gempur Johor dan Guan Eng gempur Selangor - masing-masing disambut meriah sekitar ceramah malam tadi

Dianggarkan sepuluh ribu penyokong PR berkumpul di Pandan Perdana bagi mendengar ceramah PR bersama Lim Guan Eng dan Rafizi. Hujan renyai-renyai tidak memberi masalah kepada hadirin yang hadir. Mereka tetap tabah menunggu kehadiran Lim Guan Eng yang terpaksa menaiki motosikal ke tempat ceramah berikutan keadaan jalanraya yang begitu sesak.

Selepas di Pandan , Lim Guan Eng bergegas ke Rasa, Kuala Kubu Bharu, Selangor untuk memenuhi jadual kempen beliau malam tadi. Beliau tiba di sana pada jam 11.50 dan berucap sehingga jam 12.25. Selepas itu beliau melayani penyokong PR di sana untuk bergamab dengannya sehingga jam 1.10 pagi.

Pada sebelah petangnya Lim Guan Eng bersama Khalid Ibrahim mengunjungi penyokong di Pandamaran, Selangor. Panas matahari jam 3.00 petang tidak menghalang ribuan warga Pandamaran hadir menyambut mereka berdua.

Pendekar kita DS Anwar Ibrahim pula tak perlu diterangkan banyak-banyak. Seperti biasa, kehadirannya menggamit puluhan ribu penyokong di Johor. Diberitakan 30,000 orang membanjiri Kampung Abdullah di Batu Pahat. Ini kali lah!!!

Ceramah PR Lim Guan Eng dan Rafizi di Pandan, Kuala Lumpur

Guan Eng bantu Rafizi tawan Pandan
Ceramah PR bersama Lim Guan Eng dan Rafizi di Pandan, Kuala Lumpur

Guan Eng di Rasa, Kuala Kubu Bharu, Selangor
Menyambut Khalid Ibrahim dan Lim Guan Eng di Pandamaran


Gambar ceramah PR di seluruh negara semalam... demam tak kebah Bn dibuatnya

Desa Pandan bersama UAI
Berhampiran Pasar Seremban DAP
Bekas MB Selangor Mike Tyson di Shah Alam
Skudai Johor bersama Salahuddin Ayub bakal MB Johor dari PAS
Selat Klang bersama Dr Halimah Ali
Kuala Selangor bersama DS Anwar Ibrahim
DSAI di Sabak Bernam
Sauk Perak sebelum bertolak ke Selangor
Bukit Angkasa bersama YB Izzah
Dan yang paling meriah ialah yang kat bawah ni... Beras lagiiii... wakaka
CERAMAH RASUAH Beras Negara (BN) berjuta mari di Pekan.. 
Sumber gambar dan berita - era pasca

adios
YANG KAT BAWAH NI LAGI SEKSI
Fikirkan fakta ini juga. Berapa baki tanah rezab jika BN terus memerintah Johor?


Foto Terbaik : DS Nizar Melawat Bilik Gerakan BN




Hot !! Nizar serang Bilik Gerakan BN di Changkat JeringSatu pendekatan yang bersahaja dari mantan MB Perak Dato Sri Nizar semasa kempen PRU pada kali ini.

Dengan selamber beliau menberanikan diri berkempen di dikubu kuat BN dun Changkat Jering dengan memasuki bilik gerakan BN sambil berkempen serta beramah mesra dengan penyokong kuat lawan .

Yang menariknya beliau disantun serta dilayan dengan ramah oleh penyokong BN di situ.Senaroi ini boleh menyebabkan Calon BN di situ boleh sesak nafas jika melihat gaya nizar berkempen.

Inilah kelebihan serta karisma yang ada pada diri Nizar Jamaludin.Gaya berkempen Dato Sri Nizar memang menarik dan santai.

Sebelum ini beliau penah mengemparkan penyokong BN dengan bersahaja serta memberanikan diri duduk di ceramah UMNO sebagai tetamu yang tak di undang.

Bravo Nizar...

Tuesday, April 23, 2013

Azwan Ali Iringi Abangnya, Azmin Ali ke Pusat Penamaan Calon PRU13


Sifir PANDIR Umno
Posted on Tuesday, April 23 @ 16:00:53 MYT 
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

ArtikelOleh: tokpepijat

"

Jika PTPTN mansuh, negara bangkrap
Jika harga kereta turun, negara bangkrap
Jika tol hapus, negara bangkrap
Jika minyak turun, negara bangkrap

Jika Najib dapat komisen RM500 juta, negara maju dan makmur.
Jika Rosmah beli handbag ternama, negara maju jaya.
Jika bil air dan api naik, rakyat nikmati kemakmuran dan kesenangan.
Jika pendatang  IC dan jadi ahli UMNO, negara aman damai tak terhingga.
Jika Menteri UMNO dan BN kaki rasuah, rakyat pasti gembira dan  tumpang bangga.

Kakitangan awam masih takut dengan "hantu DAP" yang hendak cantum Malaysia dengan Singapora..?

Kakitangan awam masih takut dengan "hantu DAP"?
Oleh ZULKIFLI YAHAYA

 Saya mendapat maklumat dari kalangan kakitangan awam berbangsa Melayu, bahawa mereka dipaksa menghadiri program ceramah anjuran jabatan yang menaungi mereka. Oleh kerana yang mengeluarkan arahan itu ialah pihak di atas maka mereka yang di bawah terpaksa mengikut arahan, khuatir diambil tindakan disiplin jika engkar.

Program berimejkan program kerajaan dan penceramah yang didatangkan juga adalah dari kalangan pemegang jawatan kerajaan yang selalunya membuat pengakuan bahawa dia adalah seorang yang hebat dan berpendidikan tinggi.

"Hari ini saya bukan nak bercakap mengenai isu politik Umno, PAS, sebab saya bukan orang politik sebaliknya saya adalah orang akademik. Dalam politik saya tidak menyebelahi pihak Umno atau PAS, saya hanya mahu membicarakan mengenai kedudukan kita orang Melayu Islam di negara ini serta ancaman yang bakal dihadapi jika kita lalai dalam mengesan perancangan musuh," itu antara mukadimah terhadap pembentangan propaganda yang dipersembahkan di hadapan kakitangan awam Melayu.


Intipati ceramah langsung tiada kena mengena dengan urusan kerja kakitangan awam namun mereka tiada pilihan untuk tidak mendengarnya. Demokrasi ala Malaysia begitulah ... kakitangan awam wajib menganut ideologi politik BN yang memerintah Pusat. Jika membantah, mereka akan menerima padah.

Senario ancaman Melayu kemudian dilebarkan lagi penceramah tersebut dengan mengajak mereka melihat kedudukan ekonomi yang serba ketinggalan. Kemudian ia beralih kepada ancaman akidah dan berakhir dengan ancaman politik.

Semuanya berlegar di sekitar isu rasis. Momokannya ialah DAP dengan penguasaan Cina dan Kristianisasi.

Penceramah pun membentangkan satu demi satu pelan DAP sejak merdeka yang Lim Kit Siang pun tidak terfikir perkara itu. Ia tampak real dengan beberapa 'bukti' yang dipamerkan.
Angka kehadiran ahli-ahli Parlimen Melayu dan bukan Melayu dibentangkan. Bahawa, jika berlaku persaingan sokongan antara kepentingan Melayu dan bukan Melayu maka orang Melayu tidak mampu berbuat apa-apa kerana tidak lagi memiliki majoriti dua pertiga.

"Jika Pakatan Rakyat berkuasa di Pusat, maka DAP akan menggunakan kuasanya untuk mencantumkan Malaysia dengan Singapura. Singapura menyumbang 88 kerusi parlimen dan sekali gus menyebabkan bukan Melayu menguasai majoriti dan mungkin mampu membentuk dua pertiga.

"Masa itu hasrat mereka untuk menghapuskan hak istimewa Melayu, menghapuskan raja-raja Melayu, membuang Islam sebagai agama rasmi malah melantik Perdana Menteri dari kalangan orang Cina akan tercapai," ujar penceramah itu.

Ada juga pegawai kerajaan yang berkelulusan tinggi menganguk-angguk macam pokka, menelan bulat-bulat segala propaganda tersebut. Masalahnya, dalam program seumpama itu para peserta tidak dibenarkan bertanya soalan atau membalas hujah. Itu kaedah mempasakkan kepercayaan ala komunis di zaman penguasai Soviet Union.

Jika program seumpama itu membenarkan peserta bertanya soalan, rasanya ramai yang akan bertanya, adakah begitu mudah Malaysia mahu bercantum dengan Singapura?

Adakah cukup dengan DAP yang mempunyai 50 kerusi Parlimen (andaian maksimum) bersetuju untuk bercantum dengan Singapura maka ia pun berlaku dan seluruh rakyat Malaysia melihatnya dengan tersengih-sengih? Adakah 88 kerusi Parlimen Singapura sama taraf dengan kerusi Parlimen Malaysia?

Pulau Pinang yang digadaikan kerajaan Kedah kepada Syarikat Hindia Inggeris pun tidak mampu dicantumkan kembali hingga kini, pakar propaganda Umno mahu berkelentong pula perihal percantuman dua buah negara yang telah terjurang dari segala aspek.

Ayuh penceramah propaganda BN, jangan memperalatkan status akademik untuk memperbodohkan kakitangan awam demi kelangsungan kuasa para perasuah negara.

DAP belum masuk ke dalam kerajaan Pusat sewaktu separuh dari Tanah Simpanan Melayu berpindak milik kepada pihak lain. DAP belum jadi Perdana Menteri sewaktu Melayu yang menjadi tuan asal negara ini hanya memiliki tidak sampai 16 peratus kekayaan eknonomi.

Tempoh yang panjang berlangsungnya persubahatan Umno-MCA, undang-undang mencegah murtad yang cuba dibawa PAS di Parlimen ditolak. Dalam tempoh itu juga enakmen jenayah syariah Islam yang cuba dilaksanakan di Kelantan dan Terengganu digagalkan kuasa Pusat.

Pakatan Umno-MCA dan sekutunyalah yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh pihak gereja di negeri-negeri tidak beraja serta membenarkan pengimportan Bible dari Indonesia yang menggunakan kalimah Allah.

Dalam tempoh separuh abad persubahatan Umno-MCA itu, ramai orang Melayu yang buta jawi kerana tulisan jawi pernah diharamkan dan buta Al-Quran akibat promosi kelazatan duniawi yang berlebih-lebihan.

Kini Umno bersusah hati pulak terhadap anak-anak muda Melayu yang akan jadi murtad kerana terpengaruh dengan 'Allah' yang terdapat dalam Bible tetapi tidak mendahului kekhuatiran terhadap anak-anak Melayu yang langsung membaca dan memahami al-Quran. Ironinya, rajin sangatkah mereka nak baca Bible kalau Quran pun tak pernah baca.

Negara mempunyai hasil yang banyak dan kaya raya, namun RM20 bilion dibazirkan setiap tahun melalui kebocoran kepada para kroni. Kalaulah RM20 bilion itu digunakan untuk menjana kekuatan orang Melayu/Islam di negara ini dalam semua bidang maka Melayu tidak akan merempat di negara sendiri (khususnya di bidang ekonomi).

Tapi apakan daya ini semua adalah kegagalan Umno yang diberi peluang rakyat mendominasi kerajaan tetapi menjadi pengkhianat kepada bangsa dan agama sendiri.

Hal ini yang patut disyarahkan ahli akademik di kalangan kakitangan awam lalu mencadangkan supaya Umno direhatkan sementara dari persada kuasa. Biar PAS dan Melayu dalam KeADILan pula dibiarkan memperjuangkan Islam/Melayu melalui permuafakatan dalam Pakatan Rakyat.
Posted by Kedah Lanie at 12:30 PM

Akhbar Singapura dedahkan pemimpin UMNO jual tanah dengan harga rendah kepada Robert Kuok..


Isu yang sering diutarakan oleh pemimpin-pemimpin UMNO dalam apa saja majlis atau ceramah yang dihadiri mereka ialah, Melayu akan terpinggir jika DAP diberikan kuasa..

Menjadikan Pulau Pinang sebagai contoh menurut mereka kebanyakkan Melayu Pulau Pinang telah dipinggirkan dan seterusnya disingkirkan dari Pulau Pinang kerana tanah milik mereka telah diambil oleh DAP kononnya..

Namun begitu hakikat sebenarnya ialah.. Kebanyakkan Melayu di Pulau Pinang ini telah terpinggir dan tersingkir dari Pulau Pinang angkara mereka..

Merekalah yang telah menjadi orang tengah untuk membeli dengan harga murah kemudiannya menjualkannya dengan harga yang tinggi kepada pemaju untuk dibangunkan..

Hari ini akhbar berpengaruh dari seberang tambak mendedahkan tanah di Johor telah dijual pada harga jauh lebih rendah dari harga pasaran semasa oleh pemimpin UMNO kepada seorang Billionair berbangsa cina.. 

Dengan keluasan 12.5 ekar nilai tanah di Nusajaya dianggarkan sudah mencecah RM13.4 bilion pada harga RM720 sekaki persegi..

Tetapi ianya telah dijual pada harga jauh lebih rendah dari harga pasaran iaitu RM182Juta sahaja..

Baca apa yang dilaporkan oleh Jalan Pulang berdasarkan laporan oleh Straits Times Singapore itu.. 

Mengejutkan! Pendedahan terbaru sebuah laporan akhbar di Singapura, The Straits Times mengesahkan bahawa bilionair terkenal, Robert Kuok sudah pun membeli tanah di Iskandar Malaysia di Nusajaya pada harga RM182 juta (SGD74 juta). 

Pembelian itu dibuat kurang dari dua minggu sebelum pilihanraya umum 5 Mei ini menerusi usahasamanya dengan cabang pelaburan kerajaan Malaysia, Khazanah Nasional (Khazanah). 

Dua lot tanah presint di Nusajaya telah dibeli dengan pegangan ekuiti 70 peratus dimiliki oleh Robert sementara selebihnya oleh Khazanah. 

Dalam pelaburan yang dijangka memperolehi pulangan sehingga RM12 bilion (SGD3.7 bilion) dalam masa 15 tahun, Robert yang merupakan manusia terkaya di Asia Tenggara sudah memulakan projek berskala besar di pusat pentadbiran kerajaan Johor itu sebaik sahaja pembelian selesai. 

Kekayaan terkini Robert di seluruh dunia dianggarkan bernilai USD12.7 bilion (RM40.64 bilion). 

Menerusi syarikat induknya, Kuok Brothers, Khazanah dan syarikat Kuok tersebut akan bergabung menjadi entiti dinamakan Southern Marina Development untuk membangunkan tanah seluas lima hektar di Puteri Harbour di Nusajaya dari pemilik tanah asal, UEM Berhad (UEM). 

Menurut laporan The Straits Times yang disiarkan di ruangan Asia Report itu, Southern Marina akan membangunkan lot kediaman termasuk kondominium bernilai tinggi, lot perniagaan dan pusat membeli belah terbaru di Johor Bharu dengan nilai anggaran kasar pembinaan mencecah RM1.2 bilion (SGD479 juta) dalam tempoh tersebut. 

Kuok yang menetap di Hong Kong terkenal dengan monopoli gula sebelum diambil alih oleh seorang lagi taikun Melayu yang rapat dengan Umno, Syed Mokhtar al-Bukhary pada 2010. 

Dijangka lebih banyak tanah Melayu akan tergadai sekiranya Johor kekal dikuasai Barisan Nasional (BN) selepas pilihanraya umum 5 Mei ini. 

Nusajaya terletak dalam parlimen Gelang Patah yang menyaksikan pertembungan dua gergasi antara Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang dengan BEKAS menteri besar Johor yang disingkirkan, Abdul Ghani Othman. 

Tanpa menunggu keputusan pilihanraya umum, Kuok dengan berani melabur sejumlah besar hartanya kerana disokong oleh kepimpinan Ghani sejurus sebelum parlimen dibubarkan 3 April lalu. 

Persoalan yang timbul adalah bagaimana tanah bernilai tinggi kepunyaan kroni Umno itu boleh terlepas dengan mudah ke tangan Kuok dan Khazanah pada harga begitu murah sedangkan nilai tanah di Nusajaya sudah mencecah RM13.4 bilion pada harga RM720 sekaki persegi? 

Apakah ini satu lagi kaedah digunakan Ghani untuk memperoleh wang berkempen menerusi penjualan tanah pada harga yang sangat murah? ~ Jalan Pulang
Hayatilah lagu popular dari BTN ini... dan fikirlah dengan hati yang terbuka angkara siapa sebenarnya bumi yang dipijak ini menjadi milik orang... 

Jadi.. untuk mengelakkan dari terpinggir dan tersingkir.. Melayu Johor sewajarnya menolak siapa saja yang dicalonkan oleh Najib sebagai calon UMNO/BN di Johor.. 

Oleh itu UNDILAH CALON PAKATAN RAKYAT!!!.. kalau tak nak merempat ditanah air sendiri...
Posted by Anak Sungai Derhaka at Tuesday, April 23, 2013 Labels: ,

[GEMPAR] BN langgar Akta Imigresen....!!

Aku sangka 22.. rupa-rupanya 61 Pemimpin UMNO tanding Bebas.. ini senarai nama mereka..


Aku sangkakan hanya 22 Ahli UMNO yang bertanding sebagai Calon Bebas.. tetapi sangkaan aku meleset rupanya..

Bukan 22 seperti laporan semalam di ( SINI ) tetapi 61 orang semuanya... sekaligus ianya membuktikan bahawa Najib adalah Presiden UMNO yang paling lemah dalam sejarah...

Jawatankuasa Khas Lembaga Disiplin (LD) UMNO memecat seramai 61 orang ahli UMNO yang telah bertanding sebagai calon bebas di kawasan pilihan raya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) berkuatkuasa serta merta. 

Pengerusinya, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen berkata tindakan ini dibuat selaras dengan fasal 20.10 Perlembagaan UMNO yang menyatakan mana-mana ahli UMNO yang bertanding sebagai calon bebas akan di pecat daripada parti dan tidak akan diterima keahliannya selama-lamanya. 

"Surat-surat pemecatan keahlian yang telah ditandatangani oleh saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Khas Lembaga Disiplin telah dihantar pada hari ini juga untuk dimaklumkan secara rasmi kepada mereka yang terlibat," katanya dalam satu kenyataan media hari ini. 

Jelasnya, Jawatankuasa Khas LD UMNO juga akan memanggil 3 orang lagi ahli UMNO dalam minggu ini untuk tunjuk sebab kenapa tindakan disiplin tidak boleh diambil terhadap mereka kerana menjadi pencadang, penyokong atau gagal menyerahkan kertas penamaan calon pada hari penamaan calon yang baru lepas.

"Mereka ini dipanggil di bawah falsal 20.8 Perlembagaan UMNO dibaca bersama perkara 3 Tataetika Ahli UMNO berikutan gagal mengikut perintah-perintah Parti atau gagal menjalankan dasar-dasar parti. 

"LD UMNO sekali lagi ingin mengingatkan ahli UMNO bahawa kita telah bersiap sedia untuk bertindak ke atas mana-mana ahli UMNO yang melakukan kesalahan sabotaj parti di dalam waktu tempoh berkempen Pilihanraya Umum ke -13 ini." 

Ujarnya lagi, tindakan tegas termasuk pecat dan gantung keahlian akan diambil setelah bukti-bukti dan laporan daripada pemantau yang dilantik diterima dan disiasat secara terperinci. 

"Saya juga menyeru kepada semua ahli UMNO di seluruh negara supaya bersatu padu dan menyokong semua calon Barisan Nasional yang telah dinamakan untuk bertanding oleh pucuk pimpinan parti. Jauhi perbuatan sabotaj atau perbuatan yang boleh melemahkan parti dan Barisan Nasional. 

Berikut adalah senarai nama anggota parti yang dipecat dari UMNO: 

SENARAI AHLI UMNO YANG DIPECAT BERTANDING SEBAGAI CALON BEBAS PILIHAN RAYA UMUM KE – 13 

BIL PARLIMEN/DUN NAMA/JAWATAN 

1. PARLIMEN KUALA KANGSAR – DATUK KAMILIA IBRAHIM (NAIB KETUA WANITA UMNO MALAYSIA) 

2. PARLIMEN TASEK GELUGOR & DUN SUNGAI DUA – DATUK SERI HAJI MOHD SHARIFF BIN HAJI OMAR (AHLI JAWATANKUASA BHG) 

3. PARLIMEN SEPANG – DATO' HAJI SUHAIMI BIN MOHD GHAZALI (KETUA PEMUDA BAHAGIAN) 

4. HANAPIAH BIN MOHAMAD 

5. DUN BUKIT NANING (BAKRI) – GHAZALI BIN SALAMON (AHLI JAWATANKUASA BHG) 

6. PARLIMEN BANDAR TUN RAZAK – SUKERI BIN ABD SAMAT (SETIAUSAHA KERJA BAHAGIAN) 

7. MOKHTAR BIN SALEHUDIN (KETUA PENERANGAN CAW.) 

8. DUN TITI TINGGI (PADANG BESAR) – YAACOB BIN MAN (AHLI JAWATANKUASA BAHAGIAN) 

9. DUN PANTAI MERDEKA (SUNGAI PETANI) – MOHD. YUSOF BIN LAZIM (AHLI JAWATANKUASA BAHAGIAN) 

10. DUN NENGGIRI (GUA MUSANG) – ABDUL AZIZ BIN MOHAMED (AHLI JAWATANKUASA BAHAGIAN) 

11. PARLIMEN LEMBAH PANTAI – RUSLI BIN HAJI BABA 

12. PARLIMEN BERA- MOHD. WALI ALANG AHAMAD 

13. PARLIMEN PERMATANG PAUH – DR ABDULLAH ZAWAWI SHAMSUDDIN 

14. DUN LENGGENG (SEREMBAN) – ZULKIFLI BIN ABDULLAH (KETUA PENERANGAN CAW.) 

15. DUN PENGKALAN BHARU (BERUAS) – MOHD NIZAM BIN IBRAHIM 

16. DUN KAJANG (HULU LANGAT) – MOHD KHALID BIN KASSIM (KETUA CAWANGAN) 

17. DUN ALOR MENGKUDU (ALOR SETAR) – FADZIL BIN HANAFI 

18. DUN SUNGAI LIMAU (JERAI) – SOBRI BIN AHMAD 

19. PARLIMEN ARAU & DUN SANGLANG- ZAINUDIN BIN YOM 

20. DUN SEBERANG JAYA (PERMATANG PAUH) – SHAMSUT TABREJ BIN G.M ISMAIL MARICAR 

21. DUN BATU UBAN (BUKIT BENDERA) – MOHD NOOR SIRAJAJUDEEN BIN MOHD ABDUL KADER 

22. PARLIMEN TANJONG KARANG – MASRUN BIN TAMSIR 

23. DUN KUALA PERLIS (KANGAR) – SHAARI BIN LUDIN 

24. DUN INDERA KAYANGAN (ARAU)- AMEIR BIN HASSAN 

25. DUN SUNGAI TIANG (PENDANG) – HAJI ROSLI BIN OMAR 

27. PARLIMEN BAGAN SERAI – ABDUL LATIF BIN MASUD 

29. DUN GUNONG SEMANGGOL (BAGAN SERAI) – HALIDI BIN WAHAB 

30. DUN CHANGKAT JERING (BUKIT GANTANG) – ZULKEFLI BIN IBRAHIM 

31. DUN PENGKALAN BAHARU (BERUAS) – AHMAD NIZAM BIN IBRAHIM 

32. PARLIMEN KOTA BELUD – LAMSIL BIN HAMIDSOR 

33. PARLIMEN LIBARAN – SAHAR BIN SAKA 

34. PARLIMEN KALABAKAN – MOHD BIN MANUKE 

35. DUN SULAMAN (TUARAN) – ALI AKBAR BIN KAWI 

36. DUN LUMADAN (SIPITANG) – RAPAHI BIN EDRIS 

37. DUN SUGUT (BELURAN) – ABDUL RAHMAN BIN ATANG 

38. DUN LAHAD DATU (SILAM) – ALIANDU BIN ENJIL 

39. DUN SULABAYAN (SEMPORNA) – GHAZALIE BIN PG. HINDI @ ABDUL GHANI 

40. HUSSEIN BIN MUMAKIL 

41. JULKALANI BIN ABD RAHMAN 

42. MAMAT BIN BALHANA 

43. DUN SENALLANG (SEMPORNA) – AB KARIM BIN TALIP 

44. ABDUL MANANG BIN HATIB LAWARI @ OS 

45. ATAL MUHAMMAD BIN K.K ABD MENANG 

46. DUN MEROTAI (KALABAKAN) – RITA RUDIANSAH BIN ABU BAKAR 

47. DUN SEBATIK (KALABAKAN) – MOHAMAD YUSUP BIN LEWAH 

48. DUN SULAMAN (TUARAN) – ARIFFIN BIN HARITH 

49. AK. ALIUDDIN BIN PG. MOHD. TAHIR 

50. DUN LUMADAN (SIPITANG) – SAUDI BIN SUHAILI 

51. DUN KARANAAN (RANAU) – MAT JAILI BIN SAMAT 

52. DUN LIAWAN (KENINGAU) – NUSLEH BIN MADARAK 

53. PARLIMEN PENSIANGAN & DUN NABAWAN – FATIMAH BINTI AGITOR @ MOHD DAUD 

54. PARLIMEN BELURAN &DUN SUGUT – DATU KAMARUDDIN BIN MUSTAPHA 

55. DUN SUNGAI SIBUGA (LIBARAN) MOHD ARSHAD BIN ABDUL 

56. DUN KUNAK (SILAM) – HUSSEIN BIN IBNU HASSAN 

57. SHARIF SHAMSUDDIN BIN SHARIF SAGAF 

58. PARLIMEN SEMPORNA & DUN SENALLANG – DATU BADRUDDIN BIN TUN DATU HAJI MUSTAPHA 

59. PARLIMEN RANAU &DUN PAGINATAN – YAZID BIN SAHJINAN 

60. PARLIMEN TAWAU – AHMAD BIN AWANG @ MADON 

61. PARLIMEN KALABAKAN – YAHYA BIN ZAINAL 


Selasa, 23 April 2013

Baca Komen Hasaang Ali tentang Penyertaan Bekas MB Selangor dalam PAS

Nuffnang Ads


[BH] Kuala Lumpur: Ruang untuk meniupkan roh Islam seperti dimahukan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, lebih luas terbuka dalam UMNO berbanding PAS yang sudah menggadaikan prinsip perjuangan Islamnya. 

Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, berkata Muhammad yang berpengalaman dalam dunia politik patut menilai kembali keputusannya itu jika ingin menegakkan syiar Islam di negara ini. 

Kemaruk kuasa 

PAS sekarang adalah PAS yang kemaruk kuasa ingin ke Putrajaya dengan apa cara sekalipun, sehingga sanggup meninggalkan prinsip perjuangan dan pangkalan asalnya. PAS sanggup mengikut apa saja kehendak rakan pakatannya, hatta menjual kalimah Allah untuk digunakan bukan Islam. 

Di bawah kepemimpinan sekarang, saya rasa ruang meniup roh Islam terbentang luas dalam UMNO jika dibandingkan PAS yang dikuasai golongan Anwarinas atau parasit yang tidak akan membantu Muhammad merealisasikan hasrat murni itu. 

Agenda mereka bukan lagi menghidupkan roh Islam, sebaliknya tunduk dengan perintah nakhoda pakatan (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) dan jurumudinya, Karpal Sing, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng, katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam. 

Semalam, Muhammad yang juga bekas Menteri Kabinet menyerahkan borang keahlian menyertai PAS kepada Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan disaksikan Timbalan Mursyidul Amnya, Datuk Dr Haron Din.


P/s: Hasaang, Hasaaang!!!










Nasib Baik Mamat ini tak jadi calon PKR
Posted on Tuesday, April 23 @ 14:22:24 MYT 
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

AnalisisOleh FS



Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya yang sebelum ini dikaitkan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) malam tadi secara terbuka mengaku telah mengundi Barisan Nasional (BN) dan akan terus mengundi parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Katanya, BN secara konsisten memperjuangkan Islam termasuk perundangan syariah di negara ini. Katanya lagi, Pas walaupun mengaku memperjuangkan Islam tetapi tidak mempunyai rekod kejayaan untuk dibuktikan.



Dr Juanda dan Dr Hassan membantu kempen UMNO @ BN di Flat Sri Melaka, Kuala Lumpur malam tadi.

Sebelum ini ramai orang marah kepada PAS kerana PAS tak boleh bertolenrasi dengan PKR untuk kerusi Kangar. Perlis. Ramai penulis-penulis mencemoh PAS termasuk Mohd Sayuti Omar atas tindakan PAS.

Sedang mereka tidak sedar bahawa PAS berbuat demikian bagi menyelematkan Pakatan Rakyat daripada calon yang tidak dikenalpasti secarah halus kedudukannya. Calon tangkap muat sekadar untuk menuntut pembahagian kerusi dengan memberikan tokoh masyarakat supaya kelebihan berada pada tuntutan tersebut amat membahayakan kedudukan Pakatan Rakyat apabila menang nanti.

Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Perlis, Mohd Faisol Abdul Rahman juga membuat kenyataan Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya diumumkan sebagai calon Pakatan Rakyat bagi kerusi parlimen Kangar dalam pilihanraya umum 5 Mei nanti.

Dia juga mengesahkan kedudukan seorang lagi calon dari PAS, Baharuddin Ahmad yang tidak akan bertanding setelah pertikaian mengenai siapa yang menjadi wakil Pakatan Rakyat timbul sebelum ini.

Tapi alhamdilillah atas kebijaksanaan kepimpinan Pakatan Rakyat dan atas desakan daripada maklumat dalaman PAS bahawa Dr Jaunda masih tidak mempunyai komitmen yang jitu dalam menghadapi pilihan raya nanti, akhirnya PAS bertanding di 3 parlimen di Perlis.

Alhamdulillah juga akhir terbukti Dr Jaunda adalah insan yang tidak boleh dipercayai... 


Anggota Polis sudah mula mengundi hari ini?


 61 7886 2 8505


SALAH seorang sahabat seorang anggota Polis mendakwa telah diarahkan untuk mengundi hari ini meskipun difahamkan tarikh pengundian awal sepatutnya ialah pada 30 April 2013 (lima hari sebelum tarikh undi awam). 



Sahabat ini turut mendedahkan bukti kertas undi yang tertera nama dan lambang parti calon yang bertanding di kawasannya.

Kalau dilihat dari nama yang tertera, ia menunjukkan sahabat ini mengundi di Parlimen Setiawangsa, di mana calon KEADILAN di parlimen tersebut adalah Ibrahim Yaacob manakala calon BN, Ahmad Fauzi Zahari.



Berikut mesej yang dihantar oleh beliau:

PERHATIAN!!!
Salam admin,minta jasa baik admin ambil berat ap yg saya ingin smpaikn ni.. Hari ni telah bermula undi pos bg anggota PDRM ,di sini sy nk bgtau beberapa perkara

1) Undi pos sepatutny bermula 3 hari awal dr undi awam tp skrg ni baru berapa hari bulan 

2)Undi tnpa ada pemerhati dari spr,hnya kantung undi sahaja yg ada 

3)Kertas undi ada no siri

4)Sebelum pangkah undi,terdapat borang yg sudah tertera nama pengundi beserta no ic dan no siri yg sama dgn kertas undi 

5)Borang tersebut dimasukkan bersama kertas undi ke dalam sampul sebelum digam dan dimasukkn ke kantung undi 

6)Undi tak rahsia langsung,siap ada no siri,kwn2 ada kiri kanan,bersepah2 undi..tiada tmpat khas utk mengundi!!

Harap admin dpt sebarkan n bangkitkn perkara ni,n dpt segera sampaikn ke pucuk pimpinan PR,mintak tolong sgt2..


Read more: http://milosuam.blogspot.com/2013/04/anggota-polis-sudah-mula-mengundi-hari.html#ixzz2RH58FkKw


Edar risalah palsu taktik kotor serang Pakatan



(Oleh Norutul Ilham)

GOMBAK BN berkempen secara kotor dengan menyebar risalah palsu tertera gambar tiga pemimpin Pakatan Rakyat di sekitar Parlimen Gombak.

Turut dinyatakan dalam risalah itu, logo bendera setiap komponen Pakatan dengan tajuk 'Undilah calon-calon kami' serta mengandungi enam janji palsu Pakatan jika menang pilihan raya.

Antara janji palsu tersebut adalah Islam tidak lagi menjadi agama rasmi, hak keistimewaan Melayu dihapuskan dan sistem beraja dimansuhkan.

Juga terkandung ucapan 'terima kasih kerana menyokong kami!'.

Menurut Setiausaha Jentera Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Caves, Nizam Md Saad, penyebaran secara berleluasa itu diketahuinya apabila ada pihak menghantar ke pusat gerakan DUN berkenaan baru-baru ini.

"Sekali imbas kita tidak perasan risalah ini palsu kerana menggunakan logo parti, jadi orang ramai akan tertipu.

"Saya yakin sudah banyak diedar kerana kita terima laporan menyatakan risalah ini disebar sepanjang kawasan DUN," katanya.


Sehubungan itu kata Nizam, calon KEADILAN Gombak dan Batu Caves, Mohamed Azmin Ali dan Amiruddin Shari akan menerangkan mengenai fitnah itu dalam pertemuan bersama rakyat sepanjang tempoh berkempen.

"Setiap ceramah, calon kita akan terangkan kepada rakyat supaya tidak tertipu dengan risalah fitnah itu.

"Kita bimbang perkara ini akan menjadi bertambah parah kerana mereka sanggup guna apa sahaja taktik kotor menjelang PRU13," tambahnya.

Kata Nizam, untuk mengelakkan perkara ini berulang, beliau akan membuat laporan polis dalam masa terdekat.

"Saya mewakili Parlimen Gombak dan DUN Batu Caves akan buat laporan polis," katanya.


GAMBAR & VIDEO : Penipuan Utusan Paling Nyata, Hanya 200 Yang Hadir!



Utusan Malaysia dalam terbitannya semalam menyatakan bahawa ceramah Salahuddin Ayub Naib Presiden PAS bersama dengan Lim Kit Siang, Penasihat DAP di Johor Bahru langsung tidak mendapat sambutan.. Dikatakan cukup hambar dan sekitar 200 orang jer hadir.

Patutlah Utusan Malaysia asyik kalah bila kena saman...kaki penipu dan pemfitnah cukup dahsyat sekali...Belum pernah dalam sejarah akhbar yang paling kuat menipu macam Utusan..

Cuba lihat betul-betul 3 rakaman gambar ceramah Salahuddin dengan Lim Kit Siang..

Adakah jumlahnya sekitar 200 orang saja?.. Tiada untungnya media milik UMNO menipu sebab kini maklumat dihujung jari.

Sebab itu rakyat yang celik IT langsung tidak percayakan media kepunyaan UMNO/BN terutamanya dari kelompok anak-anak muda.. Kelompok yang menentukan kalah menangnya PRU 13 kali ini.

Kalau Utusan masih juga dengan perangai tegarnya menipu dan memfitnah pihak PR, maka tunggu saja selepas keputusan PRU 13 nanti. -omakkau