PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Tuesday, March 19, 2013

Fwd: RENUNG-RENUNGKAN LAH!!!

As Salam Merujuk pada "RENUNG2KAN.pdf" DAP nak tukar Agama Kristian sbg AGAMA Rasmi. 

 Umno kini sudah terdesak dan  terpaksa menggunakan pelbagai cara untuk memecahkanbelahkan rakyat berbilang bangsa yang hidup harmoni ketika ini.Menurutnya, parti tertua itu  juga sudah ketandusan idea dengan mencipta pelbagai andaian palsu untuk mengekalkan kuasanya."Dia (Umno)  tidak tahukah, hendak  jadikan Kristian agama rasmi, kena pinda Perlembagaan, kena ada dua pertiga majoriti, jadi ada 146, adakah Ahli Parlimen beragama Kristian seramai itu di Parlimen... jawapannya sudah tentu tidak, apatah lagi di  Malaysia hanya ada sembilan peratus rakyat beragama Kristian, jadi boleh Perlembagaan  ditukar? "Kalau  sudah tahu kenapa canang perkara ini," kata beliau 
"Di bawah Perlembagaan Fasal 153, hak orang Melayu, Islam agama rasmi, bahasa Melayu semua ini telah dipersetujui bersama dan tidak akan diubah jika PR  memerintah."Jika benar Umno membela nasib Melayu dan orang Islam mengapa semasa persempedanan pilihan raya semula beberapa buah negeri seperti di Kelantan, Kedah, Perlis, Terengganu yang ramai Melayu tidak ditambah kerusi Parlimen dan  sekarang Umno masih tidak beri jawapan  tentang perkara  itu," katanya.Jelasnya , Umno gunakan isu ini  untuk menarik minat rakyat kembali menyokong mereka.

Wahai orang-orang Islam di seluruh Malaysia khasnya, tolong kami dan bantulah kami... Kami sedang di tindaih oleh DAP/PR di Pulau Pinang... ca hangpa tengok apa yang kerajaan Umno/BN bantu kami dulu.... dan bandingkan pulak dengan apa yang kerajaan DAP/PR buat sekarang...DAP telah dan sedang menindaih kami masyarakat Islam Pulau Pinang tanpa belaih ehsan langsung... 

1. PERUNTUKAN BERKAITAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM

Tahun 2008 (BN) ............. RM25.7 juta

Tahun 2009 (PR)............... RM33.2 juta

Tahun 2010 (PR)............... RM38.9 juta

Tahun 2011 (PR)............... RM45.7 juta

Tahun 2012 (PR)............... RM64.03 juta

2. SAGUHATI TAHUNAN GURU KAFA

Tahun 2008 (BN).............. RM659,000.00

Tahun 2009 (PR)............... RM879,000.00

Tahun 2010 (PR)............... RM913,200.00

Tahun 2011 (PR)............... RM900,000.00

Tahun 2012 (PR)............... RM900,000.00

3. PERUNTUKAN TAMBAHAN TAHUNAN UNTUK SEKOLAH AGAMA RAKYAT (SAR)

Tahun 2008 (BN).............. TIADA

Tahun 2009 (PR)............... RM1.50 juta

Tahun 2010 (PR)............... RM1.75 juta

Tahun 2011 (PR)............... RM1.75 juta

4. SUMBANGAN DAN PENGIKTIRAFAN AL-HUFFAZ

Tahun 2008 (BN).............. TIADA

Tahun 2009 (PR)............... RM75,000.00

Tahun 2010 (PR)............... RM100,000.00

Tahun 2011 (PR)............... RM130,000.00

5. SUMBANGAN EKYA' RAMADAN (KEPADA SELURUH MASJID)

Tahun 2008 (BN).............. TIADA

Tahun 2009 (PR)............... RM213,000.00 setahun bermula tahun 2008 selepas ambil alihpentadbiran negeri...

6. PROGRAM BULANAN AL-QURAN

Tahun 2008 (BN).............. TIADA

Tahun 2009 (PR)............... RM100,000.00 setahun...

*FAKTA DARIPADA JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM PULAU PINANG

Sedihkan...


Jadi Pada PRU 13 ni PAS akan bertanding 70 Kerusi,Undilah PAS supaya lebih dari PKR dan DAP

PRU 12 2008

Pembangkang = 82
PKR
 (Parti Keadilan Rakyat) = 31
DAP
 (Democratic Action Party) = 28
Pas
 (Parti Islam Se-Malaysia) = 23

Kerusi Parlimen Melayu dalam BN: = 88
Kerusi Parlimen Bukan Melayu dalam BN: = 52


Kerusi Parlimen Melayu Dalam Pembangkang: = 43
Kerusi Parlimen Bukan Melayu Dalam Pembangkang: = 39

 

 1. siapa yang menangkan ahli parlimen bukan melayu di Hulu Selangor?

2. bukankah UMNO sendiri yang berkempen untuk MIC? MIC tu orang melayu?

3. bekas penyandang AP Sibu orang melayu?

4. calon BN Robert Lau Hui Yew orang melayu?

"PAS tidak mahu bekerjasama dengan UMNO"

*orang bukan Islam pun tidak mahu kepada judi. tapi UMNO pulak halalkan judi. 

mengapa harus PAS bekerjasama dengan parti UMNO yang menghina agama Islam?

1. nape tak bising masa PRK Hulu Selangor? patut masa ni la tajuk ni dikeluarkan...

bukan melayu lawan melayu, akhirnya puak2 umno sokong calon bukan melayu (calon india) menang PRK...bertambahlah MP bukan melayu/Islam di parlimen akibat dari perbuatan Umno..

2. di sibu, cina lawan cina..cmna melayu nak naik?? kalau BN menang, calon Melayu ke yang bertambah di parlimen???

so, tak perlu la nk mengajar org lain..PR nk tambah calon melayu melalui PRK hulu selangor, pengkhianat Umno cuba kalahkan calon melayu, sanggup solat hajat menangkan calon bukan melayu/Islam...ni bila kalah, mulalah cari melayu mana...

Wassalam...


---------- Forwarded message ----------
From: Mohd Fitri Othman <mohdfitri_othman@jabil.com>
Date: 2013/3/18
Subject: Fwd: RENUNG-RENUNGKAN LAH!!!
To: Azlisham Said <azlisham_said@jabil.com>


Menakotkan oooo...
Otai apa pandang hg???


--
Thanks & Regards,
Mohd Fitri


Kalau tukar kerajaan Islam tunggulah pembalasan – Dr Asri

Aslani M,18 Mac 2013

KOTA BHARU: "Kalau kita tukar kerajaan Islam kepada yang lebih teruk, tunggulah pembalasan di akhirat kelak," kata mantan Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Asri Zainal Abidin.

 

Beliau berkata, rakyat semestinya mengekalkan kerajaan yang ada di Kelantan sekarang.

 

"Sepatutnya Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) turut sama mempertahankan Kelantan," katanya pada Wacana Perdana bertajuk 'Pasca PRU13: Di Mana Melayu Islam?' di Dewan Jubli Perak MPKB di sini kelmarin.

 

Wacana itu turut menampilkan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha ISMA, Mohd Hazizi Abdul Rahman, manakala seorang lagi penalis, Datuk Shamsul Najmi sebagai mewakili Umno tidak hadir.

 

Prof Madya Datuk Dr Mohamad Agus Yusof bertindak sebagai moderator. Orang ramai memenuhi segenap ruang dewan berkenaan.

 

Ramai lagi mengikuti wacana itu di atas padang di luar dewan. Hadir sama pengarah program, Ahmad Baihaki Atiqullah.

 

Dr Asri juga berkata, PAS bergerak seiring dengan pertubuhan Islam di seluruh dunia yang semakin mendapat tempat selepas kebangkitan Arab.

 

Tuan Ibrahim pula menyifatkan ISMA sebagai kacau daun apabila bercadang meletak calon di kawasan tertentu pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

 

Katanya, kalau sekadar hendak tanding tujuh kerusi parlimen sudah tentu ISMA tidak mampu menjadi sebuah parti yang dominan.

 

Mohd Hazizi sebelum itu menyifatkan kuasa tawar menawar orang Melayu sekarang semakin lemah selepas PRU 2008.

 

"Sekiranya situasi itu terus kekal kuasa politik orang Melayu akan bertambah lemah. Ini kerana hanya apabila ada kuasa barulah boleh buat peraturan untuk Islam," ujarnya.

 

Namun hujah itu ditolak Tuan Ibrahim apabila menyebut pada PRU 2004 kerusi yang dimenangi calon Islam sebanyak 123 kerusi, namun telah bertambah kepada 130 kerusi pada PRU 2008.

 

Bagaimanapun kata beliau ada pihak cuba mengelirukan keadaan sebenar apabila DAP menang lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum lalu.

 

"Kalau disebut DAP ramai orang seolah-olah nampak macam Cina sangat, sedangkan MCA dan Gerakan mereka tidak lihat macam parti Cina pula," tambahnya.


Ramainya yang hadir demo 'Anwar dalang Lahad Datu' depan Masjid Negara nie..


Cubaan mengaitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai dalang krisis keselamatan di Lahad Datu, Sabah secara terbuka bermula dengan himpunan di Masjid Negara tengahari tadi.

Siri jelajah 'Anwar Dalang Lahad Datu' anjuran badan bukan kerajaan (NGO) berhaluan kanan itu bermatlamat meyakinkan orang awam supaya menolak Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum (PRU) 13 kerana menjadi punca pencerobohan 'Sultan Sulu' di Lahad Datu.


Antara NGO terbabit Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa), Jalur Tiga (Jati), Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (Tibai) serta Jaringan Melayu Malaysia (JMM).

Selain Anwar, beberapa pemimpin Pakatan termasuk Naib Presiden PKR Tian Chua juga dibidas kerana kenyataannya mengaitkan Umno dengan insiden tembakan antara anggota keselamatan dengan kumpulan penceroboh.

"Kita takkan biarkan Tian Chua berkuasa…lepas PRU kita humban dia dalam longkang," laung Mursyidul Am Tibai Zahid Mat Arip dihadapan kira-kira 100 orang selepas menunaikan solat Jumaat.


Menjadikan lori sebagai pentas bergerak untuk ceramah, nyanyian lagu 'Negaraku' serta bendera Jalur Gemilang turut diagihkan kepada umum.

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali ketika berucap mendesak supaya segera diwujudkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai isu Lahad Datu.

Katanya, semua pihak termasuk anggota keselamatan dan pembangkang perlu dipanggil membantu siasatan.

Himpunan itu berakhir sejam kemudian selepas Presiden Jati Datuk Dr Hasan Ali mengetuai doa memohon keselamatan rakyat di Lahad Datu serta buat wira negara yang gugur mempertahankan negara.

Orang ramai juga dilihat meninggalkan perkarangan masjid tanpa sebarang provokasi sambil diperhatikan kira-kira 20 anggota polis yang mengawal keadaan termasuk lalu lintas ~ Free Malaysia Today..


Kesimpulannya.. himpunan ini adalah himpunan sekumpulan manusia yang cuba menangguk di air keruh.. sedangkan punca pencerobohan di Lahad Datu itu ialah IC yang telah diberikan kepada PATI dari Filipina oleh pemimpin UMNO yang gila untuk kekal berkuasa suatu masa dulu...

Berapa orang yang hadir??.. kiralah pada gambar di bawah ni..


Video yang mendedahkan tentang puak mana yang telah membawa masuk PATI dari Sulu ke Sabah suatu masa dulu untuk mengekalkan kuasa sila lihat di SINI..


Sudah aku katakan dan benar telahan pensyarah aku pada tahun 1984. 
Bahawa Umno perlukan 2 jenis spesis 
Pertama orang BODOH 
Kedua orang boleh diPERBODOHKAN. 
Seniman Agung lebih jauh berpandangan .....sebagai SARKIS. 

Hasan Ali, Zahid, Ibrahim Ali etc berada diantara 2 spesis tsbt. 
Dia mengaku pemegang Phd..pakar satistik..tapi dia bodoh. 
Jawablah soalan Kenapa mereka ke Sabah..? 
Untuk apa? 
kenapa bersenjata? 
Kenapa Lahad Datu? 
Kenapa Hishamudin kata mereka bukan pengganas? 
kenapa runding 21 hari..? 
kenapa gambar lengkap dgn senjata dipaparkan? 
Kenapa polis bukan tentera? 
kenapa najib bergambar dengan sultan sulu? 
dan sekarang kanapa rampas IC dan dokumen..? 
macam mana boleh dapat in semua...? 

Orang Kedah kata depa mai wat pa?..nak menatang pa? 
Cari sapa?.. 
Sapa tak bayar hutang depa? 

Mudah cerita Umno punya pasai..polis dan tentera jadi mangsa? 

No comments: