PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Monday, February 04, 2013

"PAS tidak akan dipatuk dari lubang yang sama lagi"

"PAS tidak akan dipatuk dari lubang yang sama lagi"
Posted on Monday, February 04 @ 04:00:00 MYT 
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

BeritaOleh Salmiyah Harun

AMPANG: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memberikan jaminan tidak akan mengkhianati amanah rakyat untuk terus kekal bersama dengan Pakatan Rakyat dan sekali-kali tidak akan bekerjasama politik dengan Umno.

"Kita sudah bekerja sama sebelum ini dan kita telah dikhianati. Kita tidak akan adakan sebarang kerjasama politik lagi dengan Umno.

"Kita tidak akan dipatuk melalui satu lubang yang sama sekali lagi," kata beliau di hadapan 300 tokoh-tokoh yang merupakan ahli baru PAS di Himpunan Perdana Ummah Bersama PAS di hotel De Palma, Ampang hari ini.


(Ustaz Abdul Hadi berucap dengan penuh semangat hari ini di depan muka-muka baru yang menyertai dan menyokong PAS)

Ustaz Hadi memberikan janji ini berikutan usaha Umno dan pelbagai pihak yang tidak putus-putus cuba memecahkan PAS dari Pakatan Rakyat. Namun katanya, PAS boleh bekerjasama dengan Umno dalam bidang lain termasuk untuk membela rakyat Palestin sebagaimana yang dibuat sebelum ini.

Beliau yang penuh bersemangat dan memberikan ucapan panjang di himpunan hari ini kelihatan sangat gembira dengan muka-muka baru yang beliau lihat dalam majlis hari ini.


(Bergambar kenangan bersama kepimpinan PAS)

Turut serta bersama beliau adalah hampir kesemua pimpinan kanan PAS termasuklah timbalannya Haji Mohamad Sabu, naib-naib Salahudin Ayub, Datuk Husam Musa dan Datuk Mahfuz Omar.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Pengarah Pilihan Raya Dr Hatta Ramli juga hadir.

Pelbagai golongan ahli baru PAS hadir dalam progam julung-julung kali diadakan termasuklah golongan akademik, profesional, agamawan, mahasiswa, artis dan ramai lagi.

Bekas Timbalan Menteri Persekutuan Datuk Yahya Lampong, bekas Ahli MT Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzil, Datuk Tamrin Ghaffar turut hadir.

Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub bertindak sebagai Pengerusi Jawatankuasa Himpunan tersebut. Majlis dipengerusikan oleh ahli baru PAS iaitu bekas pelakon dan pengacara terkenal Bob Lokman.

Dalam ucapannya, Ustaz Hadi mengajak ahli khasnya yang baru menyertai PA agar menunjukkan budaya Islam di samping mempunyai kesabaran yang tinggi dalam menuju perubahan yang pasti akan berlaku.

Katanya, PAS tidak pernah mengkianati demokrasi yang menjadi amalan negara ini dan melalui inilah PAS mahukan sistem pilihan raya yang adil.

"Kita memilih demokrasi tulen, dan inilah yang diseru oleh agama Islam," katanya.

Abdul Hadi juga menegaskan kerajaan yang menegakkan Islam sebaik-baiknya, Melayu akan selamat tetapi sebaliknya Islam tidak semestinya selamat jika menegakkan Melayu.

Malah katanya, Islam sendiri menegaskan bahawa raja mesti diperkasakan dengan penasihat-penasihat yang adil.

"Islam menerima sistem beraja dengan syarat mesti adil dan berpandukan kepada hukum Allah dan Al-Quran," katanya.

Apa yang dikesalkan, lebih 50 tahun Umno BN mentadbir negara ini, Abdul Hadi menyifatkan orang Melayu sudah ketinggalan tentang kefahaman Islam apatah lagi orang bukan Islam pula tidak 'nampak Islam' yang sebenar. 

Tetapi katanya, sejak PAS bekerjasama dengan PKR dan DAP mereka di kalangan orang Cina sudah mula membaca buku-buku Islam termasuklah Al-quran.

Justeru Abdul Hadi percaya sekiranya Islam dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh mesej yang akan disampaikan kepada bukan Islam akan tercapai.

Sumber: Harakahdaily 



SUNDAY, 5 FEBRUARY 2012

TUNTUTAN KERABAT UNTUK KEBAIKAN BEKAS TENTERA
KERABAT (Seketariat Kebajikan Rangkaian Bekas Anggota Tentera Malaysia) yang dipimpin oleh  Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar adalah satu pertubuhan yang diwujudkan bersama Pakatan Rakyat.

Pada awal bulan Okt tahun lalu, KERABAT telah mengadakan perhimpunan bersama pimpinan PR bertempat di Stadium Tertutup Subang Jaya, Serdang Jaya di satu memorandum telah diserahkan kepada Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi Awang.  Turut hadir adalah Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah serta beberapa pimpinan PR yang lain. 

Memorandum KERABAT diserahkan kepada Presiden PAS

Di dalam memorandum yang diserahkan, terdapat 8 tuntutan KERABAT kepada PR sekiranya parti gabungan ini berjaya mengambil alih Putrajaya.   Memorandum menyenaraikan lapan tuntutan tersebut seperti berikut;

1.  Memperkasakan NGO itu di bawah kerajaan pusat dan negeri serta bertanggungjawab memberikan khidmat nasihat kepada kebajikan untuk mempastikan khidmat balas jasa dan kebajikan veteran Angkatan Tentera (ATM) dan tanggungan.

2.  Mengambil alih dan memperkemaskan dasar dan urustadbir Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Syarikat Perumahan Angkatan Tentera (SPAT).
3.  Memberikan keutamaan kepada kebajikan tentera, veteran, balu-balu dan anak-anak yatim tentera khususnya dalam pemilikan tanah Felda Plantation dan rumah mesra rakyat.

4.  Melaksanakan bantuan pendidikan sepanjang hayat secara percuma kepada tentera, balu dan tanggungan mereka.

5.  Memberikan rebet 50 peratus untuk bayaran api dan air bagi setiap premis kediaman kepada tentera dan bekas tentera sepanjang hayat.

6.  Pelarasan kenaikan gaji dan pencen sebanyak RM500 sebukan kepada semua tentera dan veteran serta imbuhan khas sebanyak RM500 setiap bulan kepada bekas tentera yang tidak berpencen.

7.  Setiap anggota tentera dan pesara tentera dikecualikan dari cukai untuk pendapatan gaji dan pencen kerajaan.

8.  Memberikan peruntukan dana khas dan merancang plan dasar penempatan Bandar Baru Veteran yang lengkap dengan prasarana latihan medan tempur untuk bekas tentera agar ketrampilan kepakaran semasa berkhidmat dapat dikekalkan.
KOBAT menyokong penuh semua tuntutan di atas dengan beberapa tuntutan lain yang akan diperincikan oleh KOBAT kemudian.  KOBAT akan menyenaraikan beberapa tuntutan yang wajar diberi pertimbangan oleh PR untuk dilaksanakan sekiranya PR berjaya mengambil alih teraju pemerintahan negara ini.
Posted by KOBAT at 10:30 


No comments: