PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Thursday, January 03, 2013

Umno sedang terdesak, Najib gelabah

Umno sedang terdesak, Najib gelabah
Posted on Thursday, January 03 @ 00:08:19 MYT by paktam
ArtikelOleh Wan Nik Wan Yussof
Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan

Musim pecutan akhir menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) sudah tiba. Banyak peristiwa politik yang berlaku kebelakangan ini dilihat mencabar parti-parti yang bakal bertanding. Masing-masing parti sudah melakukan 'warming up' sebagai gelagat untuk memecut ke garisan penamat



. Setakat ini, gelagatnya memungkin realiti munculnya sistem dua parti di negara ini. Satu pihak adalah penguasa diwakili Barisan Nasional dan satu pihak lagi adalah Pakatan Rakyat selaku pencabar (opposition) yang bersedia menjadi penguasa.

Meskipun begitu, sistem dua parti agak terserlah di Semenanjung Malaysia. Sementara di Sabah masih kelihatan kepelbagaian parti berikutan muncul dua parti baru, satunya diketuai Datuk Panglima Lajim Ukin dan satu lagi oleh Datuk Seri Wilfred Bumburing. Dua tokoh ini baru sahaja keluar daripada parrti komponen Barisan Nasional. Bagaimanapun, kedua-dua parrti itu dilihat bakal bersama Pakatan Rakyat dalam PRU13 nanti. Kemungkinan besar lagi, Pakatan Rakyat akan mendapat rakan baru jika parti pimpinan Datuk Yong Teck Lee boleh bersetuju menjadi kuasa pendesak kepada Barisan Nasional demi memastikan pertandingan hanya dua penjuru melawan Barisan Nasional.

Najib gelabah dengan sikap politik rakyat Sabah Menyedari begitu perkembangannya, maka Perdana Menteri selaku Presiden Umno dan Barisan Nasional agak kerap ke Sabah, demi memastikan Sabah sebagai kuasa penyelamat kemenangan Barisan Nasional menguasai Putrajaya. Ia semacam hambatan untuk Najib berikutan Pakatan Rakyat sedang rancak memalu gendang menuju Putrajaya.

Justeru Najib kerap membuat lawatan rasmi ke Sabah. Terbaru, pada 16 Disember Mohd Najib yang diekori Tun Dr Mahathir hadir merasmi perhimpunan agung ke-23 parti LDP di Sandakan. Susulannya hadir majlis jamuan tengah hari bersama Jawatankuasa Gereja-gereja dan badan bukan kerajaan (NGO). Diikuti dengan perjumpaan rakan Facebook Ah Jib Gor dan Majlis Bersama Rakyat Parlimen Batu Sapi di Kampung Lupak Meluas, Sandakan.

Sebelum itu, pada 2 September Najib menghadiri majlis Aidilfitri di Kota Belud dalam rangka merapat hubungan dengan Pertubuhan Bajau Bersatu Sabah (Usbo) yang presidennya adalah Datuk Seri Salleh Said Keruak. Rumah terbuka Aidilfitri merupakan anjuran bersama Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Usbo. Kedua-dua cuba diraikan oleh Mohd Najib atas asas mereka adalah pemimpin penting Bajau. Lawatan yang dianggap mengukuh kembali masyarakat Bajau apabila Lajim Ukin keluar Umno.

Terdahulu, pada 13-14 Oktober Najib melawat Penampang, Ranau dan Kudat. Ia melibatkan perasmian jambatan Inobong dan pecah tanah bangunan Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri (Ilman) di Inobong, Penampang dan perjumpaan dengan pemimpin-pemimpin masyarakat di Dewan Kinabalu, Taman Kinabalu Kundasang, Ranau serta Program Jelajah Janji Ditepati di Kudat. Biasanya urusan merasmi projek di negeri dilakukan Ketua Menteri, tetapi dalam konteks Sabah mungkin Musa Aman sedang menghadapi masalah keyakinan dan terpaksalah Najib ambil pusingan semua urusan ketua menteri.

Sebelumnya lagi, pada 11 Ogos Najib juga ke Sabah bagi mengumumkan penubuhan Royal Commission of Inquiry (RCI) atau Suruhanjaya Inkuiri Diraja bagi menangani isu pendatang tanpa izin (Pati) di negeri ini. Isu yang begitu lama tertangguh dan menjadi faktor bangkangan majoriti rakyat Sabah. Ia juga menjadi slah punca Bumburing dan Lajim ambil jalan keluar BN.

Apa yang pasti berdasarkan kekerapan Najib ke Sabah, jelas terserlah suasana gelabah yang mungkin membahayakan peluang menang PPRU13. Sebagaimana terluah dalam ucapan Najib ketika merasmikan persidangan LDP, antaranya telah mengambarkan keadaan BN yang kini terdesak.

Berpandukan analogi pasukan bola sepak negara "Harimau Malaya" yang kalah Piala AFF Suzuki di tangan Thailand baru-baru ini, Najib dilaporkan (Berita Harian 17 Disember 2012, muka 2) berkata, BN sukar meraih kemenangan jika ada pihak tidak memainkan peranaan serta kerjasama di dalam satu pasukan. Skuad kebangsaan kita ada penyerang hebat yang bolehmenjaringkan gol, tetapi apabila seorang pemain kena kad merah, satu pasukan kalah."

Analogi pasukan Harimau Malaya itu mungkin dikaitkan dengan pasukan BN sekarang yang jika salah petimbangan Pasukan BN di Sabah akan dikeluarkan dari padang (ditolak rakyat). Maka Najib cuba membayangkan matlamat BN dalam PRU13, "kita bukan setakat nak menang, tetapi menang dengan mandar besar." Bermakna tanpa menang di Sabah, BN tidak mungkin mempertahan Putrajaya! Justeru pada persidangan Umno ke-66 lalu, ucapan Najib begitu berapi-api dan cuba bermain api permusuhan. Lalu perwkilan menerimanya sebagai suatu gambaran sanggup pertahan Putrajaya hingga ke titisan darah terakhir. Ia telah mengundang pergaduhan dan rusuhan semasa ceramah Pakatan Rakyat di Gombak tempoh hari. Pemuda Umno sedang menghayati rasa gelabah presidennya. Maka ceramah dihadiri Datuk Anwar Ibrahim sudah menjadi medan ujikaji rasa 'titisan darah' mempertahan Putrajaya. Mungkinkah gelabah Najib akan membangkit suasana samseng dalam PRU13. Pastinya Najib ada jawapannya.

Blog pro-Umno fitnah lagi

Pada minggu lepas, gelabah Najib turut berjangkit kepada pasukan penggasak siber pro-Umno. Tatkala Umno sedang ketandusan isu menyerang integriti kerajaan Pakatan Rakyat, maka direkalah cerita oleh tiga blog pro-Umno (Pisau.net, Akar Umbi-azlantaib.blogspot.com dan anginperubahan.blogspot.com), kemudian diperpanjang oleh blog-blog seangkatan dengannya.

Blog-blog tersebut (antara 18-19 Disember) tanpa memikir dosa telah manipulasikan dan memfitnah melulu, kononnya Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat merasuah Adun Setiawan merangkap Ahli Parlimen Beruas (DAP) juga selaku Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham dan Adun Pantai Remis merangkap Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming dalam bentuk konsensi tanah perladangan seluas 10,526 ekar melalui syarikat Upayapadu yang dibeli Ngeh dan Nga. Rasuah itu dikaitkan dengan pujukan agar DAP Perak menerima Mohd Nizar Jamaludin sebagai Menteri Besar Perak.

Hakikatnya, pembohongan blogger itu terserlah dan terbukti kerana proses beli syarikat oleh pemimpin DAP (juga ahli perniagaan) itu dibuat pada 2012, sedangkan perlantikan Menteri Besar Perak berlaku pada Mac 2008. Apakah logik sogokan dikemudiankan? Sedangkan amalan yang dikatakan rasuah itu ialah menyogok dulu, selepas itu barulah penerima sogokan akan buat apa yang penyogok arahkan. Sepatutnya sogokan dibuat sebelum menteri besar dilantik!

Hakikatnya, syarikat yang dibeli itu adalah suatu pelaburan bagi membantu badan berkanun kerajaan Kelantan ( Yayasan Islam Kelantan––YIK––selaku pemilik tanah). Ia (pelaburan) berlaku, apabila syarikat asal, Terajati didapati gagal menjalankan projek usahasama dengan YIK. Sebenarnya, syarikat Upayapadu yang dituduh menerima rasuah adalah penyelamat kepada pelaburan kerajaan Negeri Kelantan melalui YIK. Maka yang dituduh menerima rasuah hakikatnya pelabur dan yang dituduh memberi rasuah hakikatnya tuan tanah. Ia tiada kaitan langsung dengan jawatan menteri besar (pada 2008) dengan pelaburan Upayapadu (pada 2012). Jadi tiadalah asas logik apa yang direka oleh blogger pro-Umno itu. Justeru ia mendedahkan cara blogger pro-Umno itu pemfitnah besar dalam suasana gelabah. Sang blogger itu patut disaman demi maruah Pakatan Rakyat!

Utusan Umno

Sepanjang minggu lepas juga, akhbar Utusan Malaysia sudah menjadi akhbar 'utusan Umno' yang totok. Label ini memang popular, lebih-lebih saat pecutan akhir menjelang PRU13 apabila pemberitaannya sudah melaksanakan serangan atas isu-isu lapuk terutama kepada PAS selaku pesaing rapat dengan Umno.

Megambil contoh isu 'Amanat Haji Hadi' ia sudah dilapor (setiap kali pilihan raya) secara berat sebelah, malah sarat dengan fitnah atas amanat, kononnya berlaku pemimpin PAS mengkafirkan Umno. Maka utusan Umno itu cuba marasionalkan melalui kutipan berita yang tidak berfakta yang dikaitkan dengan sembahyang dua imam, perceraian suami-isteri, perpecahan umat Islam dan pulau-memulau.

Justeru itu, putaran amanat yang dipetik sejak 1981 telah dibuat di luar konteks (kerana maksud sebenar bukannya menuduh orang Umno itu kafir). Malahan tanpa rasa berdosa, ia telah dimain oleh utusan Umno, semacam meletakkan Presiden PAS di kandang orang salah. Mainannya begitu rancak berikutan disiarkan sosok tubuh yang tidak berdosa bagi mengadili Presiden PAS sebagai individu bertanggungjawab mengkafirkan orang Umno. Nyata sekali, ia suatu penghakiman amat berat dan paling 'pangan' apabila turut menyiarkan pandangan agamawan berjubah mufti dan bergaji besar untuk mendesak agar amanat itu ditarik balik. Sedangkan tiada bukti sahih (empirikal) untuk membuktikan natijah amanat itu yang menuding bahawa Umno itu kafir.

Apa yang benar, kalimah yang dipetik antaranya, "Kita menentang Umno...kerana dia mengekalkan undang-undang kafir." Apakah konteks seruan Tuan Guru Abdul Hadi kepada orang PAS sebegini telah dianggap oleh golongan Umno atau agamawan tersebut bahawa 'Haji Abdul Hadi' mengatakan Umno itu kafir? Tidakkah berlaku dalam sejarah Malaysia moden ini, berapa banyak undang-undang yang tidak berlandaskan Islam terus diamalkan. Misalnya menggantung sampai mati terhadap kesalahan mengedar dadah. Sedangkan di dalam Islam hukuman mati selayaknya kepada orang Islam yang murtad. Apakah semua pengedar dadah yang bersalah itu murtad?

Hakikatnya, konteks ayat ini (Kita menentang Umno...kerana dia mengekalkan undang-undang kafir) adalah bermaksud untuk menyakinkan hujah-hujah akidah di sisi PAS yang perlu diyakini oleh orang PAS, betapa suatu perjuangan yang tidak berlandaskan Islam, maka perjuangan itu boleh ditentang (dalam konteks PAS ialah berlawan dengan Umno dalam pilihan raya). Di sini tiada asas untuk mengatakan Umno itu kafir. Ini kerana, kalimah Tuan Guru Haji Abdul hadi seterusnya ialah: "Oleh kerana itu kita 'menentang-menghadapi-berlawan' dengan mereka." Dalam konteks ini, Tuan Guru tidak mengatakan: "kita mengkafirkan mereka."

Demikian pula di sebalik kalimah yang dipetik berikutnya, "Perjuangan kita adalah jihad...mati kita adalah syahid." Ini adalah hakikat perjuangan Islam yang diungkapkan kepada pejuang PAS yang hadir mendengar ceramah dan seruan jihad demi menyucikan akidah perjungan agar tidak lari daripada landasan Islam. Bermaksud berjuang Islam melalui parti Islam natijahnya suatu perjuangan mulia di sisi Islam.

Sekiranya Umno sendiri berani mengungkapkan sebagaimana diungkapkan Tuan Guru Haji Abdul Hadi itu, maka silakan! Ini kerana perjuangan suci berlandaskan Islam bukan hak parti PAS semata-mata, malah hak semua umat Islam termasuklah yang berada dalam Umno. Namun harus diingat, sifat perjuangan Islam hanya layak ada pada wadah yang sanggup menegakkan perintah Allah SWT sahaja. Bagi parti atau perjuangan yang mempersenda-senda perintah Allah, amatlah tidak layak menguar-uarkan perjuangan suci bertaraf jihad fi sabilillah. Mungkin layak bertaraf jihad demi hidup untuk kemajuan ekonomi dan 1Malaysia semata-mata. Justeru putaran semula 'amanat Haji Hadi' tidak lebih daripada salah satu tindakan 'utusan Umno' untuk meleraikan rasa gelabah Najib selaku pemimpin yang berada di hujung teori RAHMAN. Apakah suasana terdesak Umno kita bakal membuktikan gelabah Najib itu adalah benar.

Oleh sebab itu, pecutan akhir pihak Pakatan Rakyat menghadapi PRU13 sudah tentu bakal merungkai serba-serbi jawapan tatkala memasuki Putrajaya. Kuatkan azam, asahlah stamina dan tambahkan tenaga bagi pastikan sampai di garisan penamat. Justeru biarkanlah Umno terus terdesak bersama-sama gelabah presidennya.



Najib Dipaksa Berundur Untuk Selamatkan UMNO? Peluang Untuk Muhyiddin
Posted on Thursday, January 03 @ 01:00:00 MYT 
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

ArtikelOleh Mutaligat

Najib terpaksa berundur untuk menyelamatkan Umno/BN. Jika Najib tak undur maka Umno/BN akan berkubur. Itu antara kata-kata yang dihamburkan oleh seorang penganalis politik tanahair. Inilah sebenarnya masa yang ditunggu-tunggu oleh Muhyiddin bagi 'menghalau' Najib dari Seri Perdana.

Najib pula sudah tentu tidak mahu berundur dan perasan bahawa beliaulah yang mempunyai pengaruh hebat bagi memimpin Umno/BN menang besar pada PRU 13 nanti. Sudah tentu FLOM yang duduk serumah dengan Najib tidak rela turun takhta dengan begitu mudah. FLOM belum puas untuk memakai cincin mahal, rantai mahal, baju mahal dan segala-galanya mahal. FLOM belum muak dan majal untuk dipuja dan dipuji oleh rakyat. FLOM belum puas menimbun kekayaan dan kekuasaan. Anak Negarawan ulung negara itu sudah tentu tidak rela dimalukan di saat beliau masih bernafsu besar dan 'muda'. 

Sudah beberapa lama FLOM tidak seghairah dulu. Mungkin penasihat 'APCO' sudah memberi amaran supaya FLOM jangan mengada-ngada lebih kuah dari sudu. Malah ramai yang menyindir FLOM adalah 'Suami' Najib.

Orang Kampung Semua Sudah Tahu

Perdana Menteri keenam ini dilihat sebagai Ketua Negara yang paling bermasalah dalam sejarah Malaysia. Terlampau banyak kontroversi dan rekod buruk yang dicatat oleh bekas Menteri Besar Pahang ini. Cerita-cerita hitam di zaman muda, dewasa dan tua (sekarang) sudah cukup mencalarkan dirinya dan menyebabkan Umno/BN dalam gundah gulana. Dari isu menggatal, jenayah dan sebagainya semuanya dikaitkan dengan beliau. Walaupun beliau tidak pernah disabitkan dengan kesalahan tetapi ianya tetap meninggalkan bekas kepada kredibiliti dan imej beliau. 'Orang kampung semua sudah tahu.'

Rakyat sekarang bukannya bodoh dan dungu tiada maklumat. Segala khabar berita boleh sampai ke seluruh dunia dalam masa satu saat dan dengan satu klik sahaja. Macamana Najib dan rakan 'seketidurannya' FLOM hendak sembunyikan semua itu. 'Orang kampung semua sudah tahu'.

Ibarat kata Suara KeADILan, Najib terkepung dengan pelbagai isu. Kepungan ini sukar dileraikan, mustahil Najib dapat melepaskan diri dengan mudah. 'Orang kampung semua sudah tahu.'

Sumber Harakahdaily diterima dari Umno muncul kembali pada awal tahun 2013, kali ini dengan menyatakan bahawa parti terbesar Melayu itu kini amat tertekan dengan dakwaan peniaga permaidani Deepak Jaikishan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor.

"Kami tidak boleh bersuara dalam isu (dakwaan Deepak). Kami diarahkan tidak boleh berkata apa-apa. Malah semua media pro-kita tidak boleh melaporkan mengenai dakwaan Deepak. Kami tertekan kerana tahu isu ini adalah bom C4 buat Umno di PRU13," kata sumber itu kepada Harakahdaily hari ini.

Sumber yang rapat dengan pemimpin tertinggi Umno berkata, ramai dalam Umno kini memohon Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk bertindak menyelamatkan Umno daripada ditenggelamkan oleh Najib dan isterinya.

"Masalah ada pada wanita tersebut… yang lelaki itu ok, tapi apa nak buat, mereka suami-isteri. Jadi, kalau nak buang wanita, kena buang yang laki bersama. Kami dok doa Muhyiddin akan bersuara untuk memanggil Najib turun takhta demi survival Umno," kata beliau.

Ditanya samada beliau mempercayai dakwaan Deepak, sumber itu berkata "ada perkara yang boleh dipercayai" terutamanya mengenai bahagian-bahagian mengenai Rosmah.

"Tapi kebenaran dalam isu itu bukan lagi pokok yang dibimbangi oleh ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin Umno. Mereka bimbang isu ini menjadi bom C4 yang meletup di muka Umno-BN menjelang PRU13 lagi. Sekarang pun dah hangat, walaupun tak lapor, semua sedang mencari-cari buku yang Deepak keluarkan," katanya lagi.

Isnin lepas, buku 'Black Rose 1.0' mula diedarkan kepada umum. Buku setebal 26 muka surat sahaja itu penuh dengan pendedahan.

Namun ketika dihubungi Harakahdaily, Deepak enggan mengesahkan beliau yang menulis dan menerbitkan buku itu.

Sumber Umno itu seterusnya memberitahu, Umno cuba menutup isu Deepak dengan isu Amanat Haji Hadi yang sedang diperbesarkan dan disensasikan, supaya orang Melayu lebih tertumpu pada isu yang sudah 31 tahun berlalu itu mengenai Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang daripada dakwaan Deepak.

"Isu Amanat Hadi ini sengaja dibesarkan – tapi apabila Haji Hadi minta jawab secara live semua kalut, tak tahu nak respon – jawapan berterabur. Tapi mereka akan terus main sehingga Deepak dapat disenyapkan," kata beliau.

Ditanya apakah Umno percaya isu Amanat Hadi ini akan membawa undi pada mereka, sumber itu ketawa – "Ini untuk tutup isu Deepak sahaja, yang lain mereka tak pernah fikir pun."

"Sekarang kami berharap Tan Sri Muhyiddin akan mengorak langkah, diharap beliau mendapat sokongan daripada bekas PM Tun Dr Mahathir. Kalau tak, Umno dalam bahaya. Tak berbaloi jika Umno jatuh kerana satu wanita yang…. " kata sumber itu.

Ditanya apakah sambungan pada ayat tersebut, sumber itu berselorah, "Lu fikirlah sendiri."

"Ahli-ahli Umno sekarang berharap Muhyiddin yang menerajui Umno ke PRU13. Masa ada 6 bulan sahaja lagi. Sempat jika Muhyiddin bergerak sekarang, beliau akan dapat sokongan padu jika beliau berani bersuara. Rasanya Tun Dr Mahathir pun dah terima siapa liabiliti sebenar buat Umno-BN masa kini," tambah sumber itu lagi.

Ditanya apakah strategi Umno menjelang PRU13, sumber itu berkata, "Apa lagi? Serang PAS habis-habisan sehingga PAS keluar Pakatan Rakyat. Kemenangan mutlak Pakatan bergantung sepenuhnya pada PAS. Jika PAS gagal tawan undi Melayu, Umno kekal menjadi kerajaan. DAP dan PKR bukan lawan Umno sebenar. Anwar Ibrahim tidak boleh menjadi Perdana Menteri kalau PAS tewas. PKR, DAP boleh menang lawan MCA dan MIC tapi Umno mesti tidak boleh kalah pada PAS. Jika tewas, BN akan jadi pembangkang."

Harakahdaily turut cuba mengusik sumber apakah nasihat yang beliau ada untuk PAS.

"Bertahan dan jangan masuk perangkap seperti isu kalimah Allah. Penjelasan (Ketua Penerangan PAS) Tuan Ibrahim matikan satu senjata Umno terhadap PAS. Kini isu Amanat Hadi, Haji Hadi bertahan bagus untuk PAS, kerana dah nampak semua peringkat ahli dan pemimpin PAS kini rally (bersatu) di belakang presiden mereka untuk melawan Umno. Umno selama ini harapkan PAS berpecah dengan menggunakan si Jati dan kawan si Jati yang masih dalam PAS, tapi disebabkan nak tutup isu Deepak, kini mereka terpaksa guna isu amanat Haji Hadi, yang sebaliknya, telah menyatukan PAS semula," katanya.

Ditanya samada beliau mengharapkan Umno akan tewas di PRU13, "Untuk negara, naluri saya kata ya. Demi diri sendiri, tidak. Sini tempat cari makan saya," katanya sebelum beredar.

Sumber: mutaligat.blogspot.com 


http://amenoworld.blogspot.com/2013/01/video-anak-muda-sambut-tahun-baru.html



No comments: