PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Friday, January 11, 2013

Majlis serah bantuan RM100 pelajar 2013 mesti pilih pemimpin BN?

Menggulung panji kemenangan esok

11 Jan 2013
PERUTUSAN 

Himpunan akhir menjelang pilihan raya umum ke-13, Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) tetap akan diadakan di Stadium Merdeka lokasi awal yang ditetapkan. Walaupun ada cadangan daripada polis Kuala Lumpur agar ia dipindah ke stadium Nasional Bukit Jalil, kononnya untuk memudahkan manusia dimobilis namun pihak penganjur tetap mahu meneruskan himpunan itu di Stadium Merdeka.


Foto Bersih 3: Moga keadaan ini tidak kelihatan esok.
Cadangan itu semacam suatu perangkap?

Alasan yang diberikan, kerana persiapan telah dibuat di stadium Merdeka. Semua persiapan pentas dan layar besar untuk 'menampung tonton' peserta yang dijangka melimpah tidak dapat masuk ke dalam sudah dipunggah ke stadium berkenaan. Lagi pun stadium itu ada signifiken tersendiri terhadap himpunan berkenaan. Sekiranya selapas pilihan raya nanti UBN 'syahid' dan Pakatan Rakyat mengambil alih kekuasaan, ia akan dicatat; himpunan sejarah yang menjatuhkan kerajaan UBN dan meruntuhkan hegomeni Umno klimaksnya di situ - Stadium Merdeka.

Stadium Merdeka itu juga akan menambah satu lagi bahan koleksi momentum kemerdekaan negara ini.

Apa yang harus difahami HKR adalah himpunan bukan saja menuntut lapan perkara berkaitan dengan pilihan raya dan demokrasi dilaksanakan seperti mana dideklarasikan oleh Bersih. Tetapi ia membawa makna lebih besar dari itu. Maksud dan mesej lebih jauh dari itu untuk mendapat kemerdekaan negara dan rakyat lebih bererti lagi. Kemerdekaan bagi membebaskan rakyat dari ketidakadilan, penindasan dan kezaliman ciptaan UBN.


Kemerdekaan sebelum ini adalah kemerdekaan bangsa Melayu, tetapi kemerdekaan selepas 56 tahun bakal dicapai nanti apabila runtuhnya hegomeni Umno dan BN, adalah kemerdekaan rakyat. Justeru kemerdekaan rakyat ini lebih besar dan hebat dari kemerdekaan tahun 1957 itu. Semua bangsa di dunia kini sedang menuntut kemerdekaan peribadi rakyat.

Jelas, bukan semua lapisan rakyat menerima amanat pengisytiharan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 lalu. Kemerdekaan itu ada unsur-unsur ketidaktulenannya. Ia adalah kemerdekaan yang dirancang atau kemerdekaan subsidi. Kemerdekaan itu kurang menjerap. Sebab itu bangsa Indoneisa bila bercakap fasal kemerdekaan Malaysia mereka akan ketawa. Mereka menganggap kita bukan merdeka, cuma diberi kemerdekaan. Ertinya kemerdekaan tanpa peperangan.Celaka kau Indoneisa?

Mungkin itu persendaan Indoneisa yang tidak sukakan kita, tetapi hakikatnya tiap dari kita yang bernafas dan bernaug disini memahami sejauh mana keberertian kemerdekaan itu. Setiap dari kita tahu seluas mana ruang kemerdekaan diberikan kepada kita.

Kerana kemerdekaan disedekahlah maka kita banyak tunduk kepada kuasa kolonial. Dalam bidang tertentu kita masih lagi terikat dengan kolonial. Paling jelas mengenai perlembagaan negara yang digunakan pakai kini dan diagungkan oleh Umno. Ia tidak mempunyai sprit dan roh Islam. Umnolah yang menjadi juara mendukung perlembagaan itu. Lantaran itu bagi PAS apa yang diperjuangkan Umno itu perlu ditentang kerana ia berkonsepkan perlembagaan sekular. 

Pihak yang menerima kemerdekaan seperti yang ada, akan mempertahankan apa yang dikatakan kemerdekaan itu. Kenapa, kerana kemerdekaan hari ini lebih merupakan kebebasan untuk mereka melakukan apa yang mereka citakan bukan yang rakyat seluruh impikan.  Kemerdekaan negara digunakan sebagai kemerdekaan melaksanakan hak dan kemahuan peribadi mereka, Umno. Kemerdekaan kini membela dan memberi kesenangan kepada kroni dan bersifat nepotisme.

Sebab itu himpunan esok mereka akan menghalang, mengejek, mempersendakan dan berusaha untuk mengagalkan kerana ia bakal mengacam hidup dan kehidupan mereka. Rakyat pula menerusi Pakatan Rakyat akan cuba membangunkan sebuah kemerdekaan sejati, kemerdekaan rakyat yang bakal membebaskan mereka dan merasai kehidupan lebih adil dan saksama. Kemerdekaan untuk membaiki kemerdekaan negara bangsa.

Berdasarkan realiti itu maka semua lapisan rakyat yang mahukan kepada kemerdekaan peribadi yang hakiki, kemerdekaan rakyat, kebebasan dalam erti kata sebenarnya menurut konsep beragama perlu hadir beramai-ramai ke stadium Merdeka untuk menyatakan hasrat dan menyuarakan kemahuan kepada kebebasan.  Kalau tidak sempat hadir tetapi harus mendoakan dari jauh dengan penuh tawaduk dan istiqamah.

Polis jangan jahat

Atas janji pihak berkuasa polis yang sedia mengawal keadaan tidak perlu takut dan gentar untuk hadir. InsyaAllah esok tidak akan ada kerkecohan dan ketegangan berlaku seperti sebelum ini.

Himpunan esok juga merupakan ujian besar kepada Pakatan Rakyat dan juga rakyat Malaysia. Rakyat seluruhnya akan melihat dan menjadi saksi apakah perubahan yang dibawa oleh PR benar-benar dituntut oleh rakyat atau ia tidak lebih menjadi modal dan ilusi pembangkang saja. Ia akan terbukti kalau himpunan besar jumlahnya mencecah lebih 500,000. Dan sekiranya sasaran 1 juta jiwa berjaya dicapai ia memberi isyarat jelas yang Najib Razak dan semua kepimpina UBN perlu 'meninggalkan' segera negara ini. Oh ya jangan lupa angkut Mahathir Mohamad sekali.

Yang akan dinanti dan disaksi esok juga apakah himpunan itu berlangsung dalam aman dan harmoni. Ini penting. Semua pihak yang terlibat esok kena memastikan tidak ada sebarang kekecohan. Tunjuk dan buktikan setiap orang yang hadir ikhlas dan tulus untuk mencari kebenaran. Sekiranya himpunan itu esok menjadi tegang, huruhara ia akan memberi implikasi buruk kepada rakyat yang sedang memerhati. Pintu pilihan raya yang akan di buka bila-bila masa itu belum pasti rakyat akan memasuki dari arah pintu PR kalau berlaku keburukan esok.

Ingatan kuasa kepada anak-anak muda PR supaya tidak terlebih emosi. Ingatlah perangkat dan dalih yang berada di hadapan. Tidak ada guna sedikit pun kita berjaya berhimpunan tetapi himpunan itu rosak dan menjadi hodoh.  

Ini semua akan terjawab dan tercermin dalam himpunan besok. Jumlah kehadiran, kelicinan himpunan berkenaan adalah dua faktor utama. Tidak kira kalau pun himpunan itu dikucar ganggu atau pun diburuk dan dihuduhkan mana-mana pihak ia tetap memberi impak kepada Pakatan Rakyat.

Buat polis sendiri yang berjanji untuk memberi perlindungan mengawal dan tidak akan melakukan provokasi atau menggunakan anggota gelap untuk membuat kacau, anda juga akan diperhatikan esok. Kalau himpunan esok dikacau, kelompok manusia disembur gas dan air gatal, dipukul dan ditangkap maka anda tidak akan dipercayai selama-lamanya oleh rakyat negara ini. Rakyat akan melihat anda adalah musuh dan anti kepada kemerdekaan rakyat. Akta Perhimpunan Aman 2012 mungkin tidak sesuai diguna esok.

Maka anda juga perlu menjaga kredibiliti dan integriti anda esok sebaik yang termampu. Jaga maruah dan penghormatan anda esok. Anda sesekali jangan menganggap dengan segala macam senjata yang ada miliki ia boleh melindungi anda. Iya mungkin ia berguna kepada anda di dunia ini tetapi tidak diakhirat.

Esok adalah penting, adalah mustahak kepada semua pihak, khasnya Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. Jayanya himpunan esok bererti negara ini akan bertukar pemerintah menjelang Mac atau April ini. Gagalnya himpunan esok bermakan BN akan terus kekal untuk memerintah negara untuk sekurang-kurang 30 tahun akan datang.

Renungi dan hakimilah peristiwa esok dengan sebaik-baik renungan dan penghakiman. Selamat berhimpun dan menjulang kemerdekaan kepada semua. Merdeka, Merdeka, Merdeka Rakyat Malaysia. Kemaskan panji kemenangan didalam tangan setiap dari kita.  [wm.kl.2:56 pm 11/01/13]
 
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.



28 Safar 1434 H | 11 Januari 2013
   hanya laman web ini

| Print |

Majlis serah bantuan RM100 pelajar 2013 mesti pilih pemimpin BN?

http://beritasemasa.com,11 Jan 2013

Bantuan RM100 Pelajar Sekolah 2013: Guru-Guru Mesti Pilih Pemimpin BN Di Majlis Penyerahan?

Bantuan Persekolahan RM100 2013 Bantuan RM100 Pelajar Sekolah 2013 : Guru Guru Mesti Pilih Pemimpin BN Di Majlis Penyerahan?

 Garis Panduan Penyediaan Banner  

Realiti apa yang berlaku di Malaysia apabila sebuah parti diangkat menjadi kerajaan, "hukumnya" akan menjadi persamaan seperti di bawah ini :

"Parti = Kerajaan = Negara"

Dan inilah yang akan berlaku pada kebanyakan majlis-majlis penyerahan Bantuan RM100 pelajar sekolah di negeri Johor bermula 15 Januari 2013 sehingga selesai bantuan persekolahan RM100 di seluruh Malaysia. Bagaimana pula di negeri lain?

Bantuan RM100 Jabatan Pelajaran Johor Bantuan RM100 Pelajar Sekolah 2013 : Guru Guru Mesti Pilih Pemimpin BN Di Majlis Penyerahan?

Ingat guru-guru semua dan pihak sekolah yang terlibat, anda hanya dibenarkan wakil rakyat Barisan Nasional ataupun Pemimpin kerajaan sahaja. Lain daripada itu tidak dibenarkan.

Bantuan RM100 KPM MOE Bantuan RM100 Pelajar Sekolah 2013 : Guru Guru Mesti Pilih Pemimpin BN Di Majlis Penyerahan?

Dan banner untuk majlis penyerahan bantuan RM100 pelajar sekolah ini nanti mestilah digantung sehinggalah berlangsungnya Pilihanraya Umum ke 13 kelak. Format banner mestilah seperti mengikut garis panduan yang disediakan Jabatan Perdana Menteri (JPM)

Bantuan RM100 PPD Kota Tinggi Bantuan RM100 Pelajar Sekolah 2013 : Guru Guru Mesti Pilih Pemimpin BN Di Majlis Penyerahan?

Di dalam ucapan pemimpin Barisan Nasional semasa majlis penyerahan Bantuan RM100 awal persekolahan ini nanti, mungkin akan ada sedikit "nasihat", "amanat" dan "peringatan" untuk disampaikan terutamanya kepada kalangan ibubapa yang dijemput hadir, sesuai dengan suasana Malaysia yang sedang memasuki fasa terakhir di mana Pilihanraya Umum ke 13 sudah semakin hampir. Sangat-sangat hampir.

Bantuan RM100 Bajet 2013 Bantuan RM100 Pelajar Sekolah 2013 : Guru Guru Mesti Pilih Pemimpin BN Di Majlis Penyerahan?

Bantuan RM100 PPD Johor Bantuan RM100 Pelajar Sekolah 2013 : Guru Guru Mesti Pilih Pemimpin BN Di Majlis Penyerahan?

Semua maklumat dan paparan di atas kami perolehi sendiri daripada kebanyakan portal Pejabat Pelajaran di negeri Johor

P/S : Selepas selesai majlis penyerahan bantuan RM100 pelajar sekolah edisi tahun 2013 ini , akan ada pula selepas ini majlis penyerahan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0)? Mungkin?

PP/S : Bagaimana pula majlis penyerahan bantuann RM100 pelajar sekolah di negeri-negeri lain pula? Apa kata guru-guru semua?


# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.


Jom Kenali Siapa Pewaris Sebenar Pusat Judi Genting

Posted on Friday, January 11 @ 07:00:00 MYT 
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

ArtikelOLeh Pencacai SeMalaysia®


Tahukah anda, Siapa Pewaris Sebenar Pusat Judi Genting?

Tauke Genting Highlands, Lim Goh Tong, semasa bekerja di Cameron Highlands tertarik dengan persekitaran Cameron Highlands. Bila balik KL, dia pun mula mencari kawasan yang hampir sama dengan Cameron Highlands tapi dekat dengan KL.

Cari punya cari…dia jumpa satu kawasan tanah tinggi di Gunung Ulu Kali yang berketinggian 1800 kaki dari paras laut.

Gunung Ulu Kali terletak ditengah-tengah sempadan Selangor dan Pahang. Nak buat apa-apa projek pun, bukan senang…sebab kena deal dengan dua negeri.

Tapi Lim Goh Tong bukan bod oh…sebab dia tau orang Melayu boleh dibeli. Toksah kata orang kampung…bapak Menteri pun boleh dibeli.

Orang pertama dibeli oleh Lim Goh Tong ialah Tan Sri Haji Mohamed Noah Omar. Toksah tengok title Tan Sri ataupun title Haji. Itu semua tak ada makna. Lim Goh Tong menubuhkan Syarikat Genting Highlands Berhad dan melantik Haji Mohamed Noah sebagai Pengarah.

Lim Goh Tong berpakat dengan Mohamed Noah untuk memohon tanah seluas 12,000 ekar yang terletak dalam negeri Pahang dan 2,800 ekar dari negeri Selangor. Dan sudah semestinya, perkara nak mintak tanah ni..Haji Mohamad Noah yang buat.

Kerajaan negeri Pahang meluluskan permohonan Genting Highlands Berhad serta merta. Tapi Datuk Harun Idris yang jadi Menteri Besar Selangor masa tu tak setuju nak bagi macam tu saja. Dia memberikan hak milik 99 tahun kepada Genting Highlands Berhad.

Goh Tong tak setuju dengan pajakan 99 tahun, sebaliknya dia mahukan hakmilik kekal. Datuk Harun tak setuju, sebaliknya dia hanya mahu bagi pajakan 99 tahun. Akhirnya, Datuk Mohamed Noah berjumpa dengan Tun Razak yang masa tu menjadi Timbalan Perdana Menteri supaya mendesak Datuk Harun suruh bagi juga kat Lim Goh Tong.

Datuk Harun terpaksa bersetuju dengan Tun Razak supaya memberikan tanah seluas 2,8000 ekar yang dimiliki oleh Kerajaan Selangor kepada Lim Goh Tong. Apa tujuan untuk membangunkan Genting Highlands..yang tu aku tak payah cerita. Kalau yang tu pun hangpa tak tau..memang bod oh la.

Tun Razak pun aku tak payah cerita..sebab kalau tak tau dia tu bapak kepada Najib… tak tau nak kata la.

Cuma..berapa ramai yang tau siapa Tan Sri Haji Mohamed Noah yang menjadi kuda tunggangan Lim Goh Tong?

Tan Sri Haji Mohamed Noah adalah bapa mertua kepada Tun Razak. Datuk Najib jugak!! Anak Haji Mohamed Noah ialah Rahah (mak Najib) dan Suhaila (emak Hishamuddin).

Datuk kepada Najib dan Hishamuddin adalah kuda tunggangan Lim Goh Tong untuk mendapatkan 14,800 ekar tanah rizab Melayu untuk dijadikan pusat perjudian terkemuka didunia. Dan Pak Mentua dengan menantu bersepakat menggunakan kedudukan depa untuk mendapatkan persetujuan dua-dua kerajaan negeri.

Tun Razak dari Pahang.. jadi tak susah nak bodek Sultan Pahang. Manakala di Selangor, Tun Razak menggunakan kedudukannya sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk memaksa Datuk Harun Idris menyerahkan tanah milik kerajaan Selangor kepada Pak Mentua dia.

Cara meluluskan Genting Highland pun semua kelam kabut. Sapa yang menentang semua kena steamroll.

Genting Highlands Berhad ditubuhkan pada 27 April 1965. Kerja-kerja membuat jalan dari Genting Sempah ke puncak gunung Ulu Kali bermula pada 18 Ogos 1965. Dalam masa empat bulan, semua proses permohonan tanah selesai. Masa tu kalau rakyat biasa nak tukar nama dalam geran pun mengambil masa dua tahun.

Najib Razak pewaris Genting

Sejarah selebihnya..yang tu hangpa cari sendiri la. Genting Highlands melalui beberapa proses pertukaran nama, percantuman, pertukaran pemegang saham.. akhirnya dimiliki sepenuhnya oleh Lim Goh Tong.

Sekarang ni…ada la dua tiga kerat Melayu yang jadi Pengarah non-eksekutif.. menguruskan pusat judi.

Tapi jangan risau…banyak lagi tanah-tanah di Malaysia ni yang belum tergadai. Semua orang mempunyai pilihan…sama ada nak terus pilih generasi Tan Sri Mohamed Noah untuk menggadaikan tanah Melayu..atau campak saja depa kelaut.

Profail: 

Tan Sri Dato' Haji Mohammad Noah bin Omar / Maimun bin Haji Abdul Manaf

-Anak
-Rahah
-Suhaila
-Fakhriah
-Abu Rais

-Tun Rahah Mohammad Noah adalah isteri kepada
Perdana Menteri Malaysia kedua Tun Abdul Razak Hussein (1971-1976)

-Toh Puan Suhaila menjadi isteri kepada
Perdana Menteri Malaysia ke-3 , Tun Hussein Onn (1976-1981).

Cucunya kini Mohd Najib bin Abdul Razak menjadi
Perdana Menteri Malaysia ke-6 .

Seorang lagi cucunya ialah Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang kini menjadi Menteri Dalam Negeri dalam kabinet Najib


Umno dan Genting Berhad

Bekas Spekaer Dewan Rakyat, bekas Pengerusi Genting Bhd serta datuk kepada Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Tan Sri Noah Omar memiliki 602,318,000 saham dalam Resort World Berhad.

Yayasan Noah memegang saham sebanyak 3,334,600 dalam Genting Berhad. Yayasan Noah kini diwarisi oleh Najib dan Hishammuddin. Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Amin Othman dan bekas Pegawai Bank, Dato' Paduka Nik Hashim Yusof menjadi Pengarah Genting Berhad.


Salahsilah PM Melayu Islam Malaysia

Buku 'The Three Swan' ada menceritakan perjalanan hidup keluarga ini.Buku ini diterbitkan oleh MPH Group (M) Sdn. Bhd. (MPH) setebal 320, ditulis oleh anak kedua Fakhriah, Datuk Dr. Fawzia Abdullah


Sumber lain ;
My Dream oleh Mendiang Tan Sri Lim Goh Tong

Tan Sri Mohamad Noah Omar Dan Kisah Belakang Tabir Kasino Genting
http://manjongmari.blogspot.com/2012/06/tokwan.html

Tan Sri Mohamad Noah Omar Dan Kisah Belakang Tabir Kasino Genting
http://atsixty-zakriali.blogspot.com...dan-kisah.html/

UMNO dan kegiatan judi
http://www.tranungkite.net/v10/modul...rder=0&thold=0

Koleksi UMNO dan JUDI dulu kini dan selamanya..
http://penpasksgb.blogspot.com/2011/...-kini-dan.html

NAJIB SURUH CONTOHI DAN IKUTI MENDIANG LIM GOH TONG
http://www.bernama.com/

Koleksi UMNO dan JUDI dulu kini dan selamanya..
http://penpasksgb.blogspot.com/2011/...-kini-dan.html


Jangan salahkan pencuri.. sebab kerja pencuri ialah mencuri. Salahkan diri sendiri sebab terus membenarkan pencuri bermaharajalela.


Sumber klik 

Tan Sri Mohamad Noah Omar Dan Kisah Belakang Tabir Kasino Genting
Posted on Friday, January 11 @ 08:00:00 MYT 
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

ArtikelOleh King Of Goblok



Setelah diperkenalkan oleh Tan Sri Haji Mohd Noah bin Omar ( datuk kepada Najib Razak, Hishamudin Hussien Onn), saya dapat menemui Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman untuk menerangkan kepadanya konsep saya untuk membangunkan Gunung Ulu Kali kepada sebuah pusat percutian. Ia adalah satu pertemuan yang mesra.

Setelah mendengar cadangan saya itu, Tunku menyatakan kepada saya sememangnya menjadi hasrat Kerajaan untuk membangunkan Gunung Ulu Kali, namun projek tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana faktor masa dan kewangan, sementelah lagi kerana keadaan politik waktu itu yang tidak mengizinkan.

Tunku menyatakan kepada saya bahawa sebelum sebarang pembangunan dapat dilakukan, satu jalanraya perlu dibina dari kaki gunung sehingga ke puncaknya. Berdasarkan kajian awal yang dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya, jalanraya itu dianggarkan memakan masa 15 tahun untuk disiapkan. Tunku juga menyatakan tentang kesempitan kewangan kerana negara sedang mengalamai konfrontasi dengan Indonesia. 

Jika Kerajaan membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk pembangunan Gunung Ulu Kali, ia akan menerima kritikan dari Pembagkang, dan ini akan menjadikan ia satu isu politik. Untuk mengelak kejadian ini, Kerajaan merasakan adalah lebih baik diserahkan kepada sektor swasta untuk melaksanakan projek berkenaan.

Pada pendapat Tunku, tawaran saya tiba tepat pada waktunya. Beliau meminta saya untuk menyediakan satu kertas cadangan supaya beliau dapat mengkajinya.Dalamasa seminggu saja saya dapat menyiapkan kertas cadangan tersebut dan menyerahkannya kepada Tunku. Beliau nampaknya gembira setelah membacanya dan memberi saya lampu hijau untuk meneruskan projek berkenaan.

Pada April 27, 1965, saya dan Tan Sri Haji Mohd Noah membuka sebuah syarikat Sdn Bhd bernama Genting Highlands Sdn Berhad. Diantara tahun 1965 dan 1970, kami membuat permohonan kpada Kerajaan Pahang dan Selangor untuk mendapatkan 4,940 hektar dan 1,110 hektar masing-masing terhadap tanah pegangan bebas.

STATUS PEGANGAN BEBAS

Dengan sokongan Tunku, Kerajaan Pahang dengan serta merta meluluskan permohonan kami. Tetapi kami menghadapi sedikit masalah dengan Kerajaan Selangor.

Datuk Harun Idris, yang pada ketika itu Menteri Besar Selangor, hanya bersedia untuk memberikan tanah berkenaan dengan pajakan selama 99-tahun. Ini mengecewakan perancangan kami. Saya kemudian merancang untuk merayu kepada Datuk Harun secara persendirian dan menerangkan kepadanya masalah saya.

Di pertemuan itu, saya menyatakan Genting Sempah merupakan kawasan pendalaman dan memerlukan 30 hingga 40 tahun dan pelaburan yang besar untuk membina jalanraya, hotel, kuaters pekerja dan menyediakan prasarana air, eletrik dan lain-lain kemudahan di situ. Jika Kerajaan Selangor hanya memberikan pajakan 99 tahun, kami terpaksa menyerahkan kepada Kerajaan sebaik sahaja pembangunannya selesai..

Saya menekankan jika Selangor tidak mengindahkan permohonan kami untuk pegangan bebas, saya tidak ada pilihan lain selain dari hanya membangunkan tanah yang terletak di negeri Pahang di sempadannya, yang akan menyebabkan Pahang akan mempunyai satu lagi pusat peranginan. Saya jelaskan kepadanya bahawa sudah terdapat banyak pusat percutian di Pahang seperti Cameron Highlands, Fraser's Hill dan panta-pantai yang menghadapi Laut Cina Selatan.


Selangor, sebaliknya, akan hanya bebangga dengan pantai Morib yang berlumpur. Sebaik sahaja Genting Highland ditambah di dalam senarai pusat percutian negeri Pahang, Selangor akan jauh ketinggalan di bidang tarikan pelancong

Datuk Harun akhinya bersetuju dan mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk memberikan status pegangan bebas terhadap tanah yang kami pohon.
Mac 31, 1969 merupakan detik bersejarah untuk Genting Highlands. Pada hari yang cerah dengan sinaran mentari, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman telah dijemput untuk meletakkan batu asas hotel yang pertama, Highlands Hotel (sekarang bernama Theme Park Hotel).

Pada hari bersejarah itu juga, Bapa Malaysia membawa satu berita gembira yang mengejutkan. Di dalam ucapannya, Tunku menyatakan berbangga dengan usaha saya membangunkan sebuat pusat peranginan tanpa bantuan Kerajaan, dan pada masa yang sama memberi sumbangan yang besar kepada industri pelancongan negara. Untuk membantu mempercepatkan pembangunan pusat pelancongan di kawasan pendalaman ini, beliau menyatakan Kerajaan akan menimbangkan untuk membenarkan menjalankan aktiviti kasino. Sejurus selepas pengumuman Tunku berkenan saya bercadang mengubah Highland Hotel dari 38 bilik kepada 200 bilik.

Sementara itu, saya menyatakan pada diri saya oleh kerana Tunku telah mengistiharkan Kerajaan telah bersedia untuk memberikan kepada saya lesen kasino, saya perlu melawat Macau dan Korea Selatan untuk mengkaji perjalanan kasino di sana. Kami akan membelek buku-buku dan belajar dari mereka. Saya juga ingin meneroka kemungkinan peluang mempelawa taukeh-taukeh kasino untuk berusaha-sama dengan kasino Genting.

Saya bersama seorang pembantu tiba di Hong Kong pada April 20, 1969 dalam perjalanan ke Macau untuk betemu Stanley Ho yang memiliki kasino tunggal di Macau. Saya menyampaikan hasrat lawatan saya kepadanya. Beliau menyambutnya dengan sekadar senman tanpa komitmen apa-apa. Saya mengerti maksud beliau. Kerana saya belum memperolehi lesen kasino, bagaimana kita hendak bebicara tentang kerjasama? Justeru itu, saya bercadang sebaik saja sekembalinya saya ke Malaysia, saya akan memohon lesen kasino.

Pada April 28, 1969, di hari saya kembali ke Kuala Lumpur, saya menyerahkan permohonan saya untuk mendapatkan lesen kasino dari Kerajaan melalui seorang pembantu peribadi Tunku. Nasib saya amat baik, mesyuarat Kabinet berlansung pada sebelah petang dan permohonan saya telah dibawa untuk perbincangan. Di mesyuarat berkenaan, Kabinet telah meluluskan permohonan saya, hanya enam jam selepas permohonan itu diserahkan. Saya diberitahu untuk mengambil surat kelulusan tersebut. Oleh itu Genting Highlands menjadi pemegang lesen kasno yang pertama dan yang tunggal di negara ini.

Sebaik saja kelulusan itu diperolehi saya telegraf berita baik itu dan menghantar dokumen berkaitan kepada Stanley Ho. Dua minggu berikutnya saya terbang ke Hong Kong sekali lagi untuk menemui beliau untuk melihat kemungkinan usaha-sama menjalankan kasino. Stanley Ho menyatakan kekagumannya melihat saya mendapat kelulusan Kerajaan untuk lesen kasino dalam waktu yang singkat. Beliau menyatakan saya adalah manusia terpantas di dalam dunia ini mendapatkan lesen kasino. Namun disebabkan beberapa masalah kami gagal mencapai kata sepakat untuk usaha-sama.

Selepas itu, saya berurusan dengan Mr Chong Tat Wong, tauke kasino tunggal di Seoul. Kami menandatangaini perjanjian usahasama untuk tiga tahun pada 1971, mengiznkannya membantu menguruskan kasino Genting. Setelah sembilan bulan bekrjasama kami bagaimanapun bersetuju untuk menamatkan perjanjian berkenaan. Dari sejak itu Gentng menjalankan sepenuhnya operasi kasinonya dan melalui cuba-jaya kami berupaya untuk mendapatkan kemahiran menguruskan sebuah kasino.

Diterjemahkan dari petikan buku My Dream oleh Mendiang Tan Sri Lim Goh Tong

Sumber klik 


Peristiwa Lubuk Merbau 1985 - Sejarah Kejahatan UMNO

Posted on Friday, January 11 @ 09:00:00 MYT 
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

ArtikelOleh Penulis Bebas



Peristiwa Lubuk Merbau 1985
 berlaku apabila seorang jentera pilihan raya PAS bertembung dengan penyokong UMNO di Felda Lubuk Merbau,Padang Terap,Kubang Pasu,negeri Kedah. Ketika itu kedua-dua belah parti sedang sibuk berkempen dalamPilihan raya kecil Padang Terap 1985.

Lebih kurang 2 km dari tempat ceramah Ustaz Fadhil itu adalah ceramah UMNO dan penceramahnya ada Ketua Pemuda UMNO iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak yang diadakan di Balai Raya Felda Lubok Merbau

Dua petugas bergelimpangan di dalam longkang. Salah seorang daripadanya telah dibawa ke hospital dan telah meninggal dunia. Beliau adalah Othman Talib. Rupa-rupanya beliau telah dipukul atau dihentak diatas kepalanya, walaupun tidak berdarah tetapi hentakan itu adalah sangat parah. Suhaimi Said dan Syed Ibrahim, iaitu AJK PAS Pusat yang juga seorang peguam, telah pergi ke Balai Polis Lubuk Merbau untuk membuat laporan polis. Antara mereka yang hadir ialah Man Kadir (Pak Jabit) dan Pak Harun. Buku bertajuk 'Peristiwa Berdarah Felda Lubuk Merbau' dan 'Peristiwa bergambar Felda Lubuk Merbau' telah diharamkan. Penulis dua buku ini Suhaimi Said telah ditahan di bawah ISA.[1]


Antara mangsa dalam tragedi Felda Lubuk Merbau pada 18 Januari 1985 ialah :
  1. Ibrahim bin Tahir - ditetak dengan senjata tajam
  2. Nasir bin Muhammad- dipukul dengan besi di kepala
  3. Shamsuddin bin Sulaiman - ditetak dua liang di kepala dan ditikam di muka dan dahi.
  4. Ayub Mat Shah - dihentak dengan bata dan ditikam dengan botol pecah dan dipukul dengan kayu.
  5. Ahmad bin Tahir - dipukul dengan kayu,dibaling dengan batu-bata di muka.
  6. Osman bin Talib - retak di kepala dan terbunuh.

Sehingga kini, kes tersebut tidak dapat diselesaikan.[2]

Pada di parlimen, ahli parlimen Mamat Ghazalee Abdul Rahman minta penjelasan tentang "Peristiwa FELDA Lubok Merbau" semasa Pilihan raya Kecil Padang Terap baru-baru ini, mengapa peristiwa tersebut berlaku, berapa ramai orang yang terlibat, dan berapa mangsa-mangsanya. Tidakkah peristiwa tersebut menjadi amaran terhadap kemungkinan ancaman daripada anasir-anasir tidak diingini kepada proses pilihanraya umum akan datang. Apa tindakan-tindakan untuk menjamin proses pilihanraya umum di negara ini berjalan licin, aman tenteram tanpa huru-hara.


Datuk Nik Aziz Nik Mat pula minta Menteri Dalam Negeri menjelaskan sebab-sebab yang menghalang pihak polis tidak bertindak mencegah peristiwa serangan liar oleh segolongan samseng di Lubuk Merbau Padang Terap, Kedah pada 18 Januari 1985 terhadap petugas-petugas Pilihanraya PAS sehingga berlakunya beberapa orang luka parah dan seorang darinya mati akibat kejadian itu,oleh kerana sehari sebelumnya laporan (report) telah dibuat kepada petugas di Balai Polls Naka iaitu sebagaimana Naka PC. Report No. 98 j 85 dengan disertakan satu salinan surat ugutan bertulis oleh orang-orang yang bercadang untuk melakukan tindakan itu telah ada dalam pengetahuan pihak polls sama ada pihak polis telah diarah sesuatu menyebabkan pihak polis tidak berani untuk mencegah kejadian itu daripada berlaku.[7]

Pada 1985, Nik Aziz Nik Mat melahirkan rasa kecewa kerana pihak polis lambat bertindak sehingga Ustaz Othman Talib terbunuh dan Pak Ayub cedera di Felda Lubuk Merbau. Orang ramai semakin gelisah terhadap kecekapan sistem keadilan di negara ini. Menteri DatukRadzi Sheikh Ahmad menjelaskan bahawa penyiasatan 'Inquest' telah dijalankan pada 30 Mac 1986.

Pemimpin DAP , Lim Kit Siang mempersoalkan tindakan kerajaan yang menahan 9 orang mahasiswa yang menonton video mangsa tragedi Lubuk Merbau pada Januari 1985. Mahasiswa tersebut dikenakan tindakan di bawah AUKU.[8]


Tujuh lokasi bergerak ke Stadium Merdeka
5:45PM Jan 10 2013  
dikemaskini Penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat meminta para pesertanya supaya berkumpul di tujuh lokasi untuk bergerak ke Stadium Merdeka sebelum perhimpunan Sabtu ini bermula.
 
Menurut arahan terbaru pihak penganjur perhimpunan tersebut, tujuh lokasi tersebut dan pemimpin masing-masing adalah seperti berikut:
 
Masjid Universiti Malaya
Nurul Izzah Anwar (PKR)
Ng Suee Lim (DAP)
Adam Adli (Solidariti Mahasiswa Malaysia)
 
Brickfields
Maria Chin Abdullah (BERSIH 2.0)
S Arutchelvan (PSM)
Zulkiflee Anwar Ulhaque @ Zunar
 
KLCC
Datuk Husam Musa (PAS)
Datuk Teng Chang Kim (DAP)
Mazlan Aliman (ANAK, PAS)
 
Jalan Sultan
Ishak Surin (Muafakat)
Tan Kok Wai (DAP)
 
Pasar Seni
Dr Siti Mariah Mahmud (PAS)
Teresa Kok (DAP)
Elizabeth Wong (PKR)
 
Kelab Sultan Sulaiman, Kpg Baru
Badrul Hisham Shaharin @ Chegubard (Solidariti Anak Muda Malaysia)
 
Masjid Negara
Azmin Ali (PKR)
Muhajid Yusof Rawa (PAS)
Khalid Samad (PAS)
 
Menurut seorang ahli jawatankuasa penganjur, Hishammuddin Rais, pengumuman mengenai pemimpin kumpulan di lokasi tersebut diminta oleh pihak polis.
 
Hishammuddin juga mengumumkan pihak penganjur tidak menggalakkan peserta menggunakan kenderaan persendirian dan menggesa mereka menggunakan pengangkutan awam untuk ke lokasi berkenaan.
 
Beliau berkata mereka yang mahu mendiri gerai untuk menampung keperluan peserta hanya dibenarkan beroperasi di stesen monorail Maharajalela, sekitar Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor dan stesen LRT Hang Tuah.
 
Apabila stadium sudah penuh, yang lainnya dikehendaki duduk di luar stadium.
 
Beliau juga menggesa semua peserta supaya bersopan semasa menghadiri perhimpunan.
 
"Ini adalah satu perhimpunan aman. Sila elakkan semua bentuk provokasi. Jangan cetuskan kekacauan," katanya.


No comments: