PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Thursday, January 10, 2013

#KL112 - TOK GURU NIK AZIZ & UST AZHAR di Std MERDEKA

THURSDAY, JANUARY 10, 2013

#KL112 - TOK GURU NIK AZIZ & UST AZHAR di Std MERDEKA

 
KOTA BHARU: "Saya akan pergi biar pun dalam keadaan uzur dan bertongkat pada penyerahan memorandum kepada Pengerusi Petronas, Tan Sri Mohd Sidek Hassan 11 Januari ini.

"Apa sahaja tindakan menuntut royalti yang diusahakan anak muda kita saya akan sokong demi mendapatkan harta kerajaan dan rakyat Kelantan.

"Saya akan pergi dengan bertongkat. Tongkat lambang kekuatan, polis ada tongkat dia sendiri," kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Bercakap selepas mesyuarat Exco di Kota Darulnaim, hari ini katanya biar pun dalam keuzuran namun kerana menuntut hak rakyat beliau bersedia hadir.

"Ambo sokong R nak serah memo kepada Petronas. Tak sokong guano itu hak kita. Ambo orang mula-mula nak saman Petronas.


"Sepatutnya kalau ramai orang berhimpun kerajaan kena bagi, baru betul demokrasi... ini tidak," ujarnya lagi.

Menurutnya, royalti jelas hak Kelantan, namun kerana tindakan khianat mereka menafikan sehingga sekarang.

Beliau juga berkata, semua negeri pengeluar minyak dan gas iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak wajar memakai baju berlogo R dan berwarna merah.
Sementara itu, Setiausaha Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (R), Mohd Hisyamuddin Ghazali, berkata memorandum itu akan diserah kepada Pengerusi Petronas pada jam 2 petang di PWTC.

Katanya, majlis penyerahan memorandum itu juga akan dihadiri aktivis R dari Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak.

Menurutnya himpunan sehari sebelum Himpunan Kebangkitan Rakyat pada 12 Januari ini akan disertai anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam musa dan Presiden R Malaysia, Nazri Deraman.

Selain itu Pengerusi R Terengganu, Fauzi Abu Samah, Pengerusi R Pahang, Nordin Majid dan Adun Batu Burok, Syed Azman Syed Ahmad.



C4-R tuntut hak Kelantan rentasi 3 negeri

Rizal Tahir,
09 Jan 2013
 
KUANTAN: Anak-anak muda Kelantan meneruskan program Cycling For Royalty(C4-R) yang kini merentasi negeri ketiga sebelum tiba di Kuala Lumpur Jumaat ini.
 
Sejak 1 Januari lalu sehingga sekarang mereka mengayuh lebih 300 km biar pun dalam keadaan hujan lebat yang melanda Pantai Timur sekarang. Malah ada peserta terjatuh di atas jalan.
 
Program C4-R yang diketuai aktivis R, Jeming Hassan bersama sembilan lagi peserta mempamerkan semangat kental dan berhati waja.
 
Sepanjang laluan di Terengganu mereka turut mengunjungi Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Marang, Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi dan pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus.
 
Selain itu mereka juga sempat bertemu bapa saudara Sultan Terengganu, Datuk Raja Kamarul Baharin Shah dan aktivis R Terengganu serta R Pahang.
 
Jeming berkata, program kayuhan anak muda itu dijangka berakhir Jumaat ini di Kuala Lumpur City Centre (KLCC).
 
"Saya melahirkan rasa syukur kerana jelajah  C4-R sudah sampai ke Pahang, walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai situasi cuaca seperti panas, hujan dan ribut.
 
"Alhamdulillah kami tetap teruskan perjuangan demi untuk rizab minyak dan gas yang cukup untuk 500 tahun atau tujuh generasi Kelantan pada masa hadapan.
 
"Di Terengganu kami disambut oleh R Terengganu dan di Pahang kami disambut R Pahang bersama dengan peserta yang semakin bertambah," ujarnya.
 
Sehubungan itu, beliau berharap rakyat Malaysia khasnya Kelantan mendoakan program itu berjaya sampai ke KLCC dalam tempoh ditetapkan.
 
Beliau juga berharap ribut tropika sonamu tidak berlaku bagi membolehkan program C4-R berjalan lancar.
 
Jeming memberitahu matlamat program itu diadakan untuk menarik sokongan anak muda kepada perjuangan menuntut royalti dan pendaratan gas ke Kelantan.
 
"Di akhir program peserta C4-R akan menyerahkan memorandum kepada Petronas agar membayar segera royalti kepada Kelantan," katanya.


Tun Mahathir Mengaku Najib Lemah
Posted on Thursday, January 10 @ 14:00:00 MYT 
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

ArtikelOleh Idris Ahmad

Tun Dr Mahathir Muhamad mengaku Umno lemah di bawah Datuk Seri Najib Tun Razak, walau bagaimanapun kena pertahankan. Beliau berkata   selepas menghadiri sesi dialog bersama anggota Kelab Veteran Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) di Yayasan Kepimpinan Perdana.

Beliau mengharapkan semua semua ahli Umno agar tidak membuat penilaian terbuka tentang baik buruknya, sebaliknya mengemblengkan tenaga untuk memastikan BN boleh mendapat majoriti dua pertiga. Apabila BN menang dan bentuk kerajaan maka bolehlah tegur dan menggodam.

Semua maklum, era kepimpinan Najib sarat dengan masalah, daripada masalah peribadi, isteri dan parti. Tidak pernah berlaku di dalam sejarah Perdana Menteri yang lepas teragak-agak untuk mengadakan pilihanraya.


Tun memberi ingatan kepada generasi muda supaya kenang jasa Umno kepada negara. Beliau masih menggunakan tektik lama jika kerajaan bertukar negara akan menghadapi bahaya. Nampaknya Tun masih belum sedar bahawa beliau bercakap dengan anak muda yang mempunyai kesedaran maklumat yang tinggi. Mungkin dia membayangkan beliau berucap di hadapan pemuda tahun 80 an.

Tun terpaksa mempertahankan Najib kerana demi masa depan anak-anaknya dan kroni. Beliau sedar jika kerajaan bertukar pemimpin Umno dan kroni beliau akan kebuluran dan kehausan. Selepas PRU 12, rakyat di empat negeri telah membuat percubaan. Sekarang giliran rakyat seluruh negeri  akan mengembelingkan tenaga untuk menukar kerajaan di peringkat pusat. 

InsyaAllah rakyat akan hidup selesa dalam dunia baru yang mereka tidak pernah kecapi setelah 55 tahun merdeka

Atas asas apa Tun bercakap bahawa negara bahaya jika bertukar kerajaan? Mungkin beliau tidak sedar bahawa sudah ada empat negeri, Umno menjadi pembangkang.

 Kelantan sudah 22 tahun berkembang dengan pesat. Rakyat hidup aman tanpa apa-apa rusuhan. Tiga negeri PR berpindah kuasa dengan baik, dan berjaya mengurus tadbir dengan baik. Buktinya ialah pelabur berani melabur. Simpanan kerajaan Selangor daripada RM400 juta kepada RM2.53 bilion. 



Ustaz Idris Ahmad
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat 

No comments: