PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Tuesday, January 29, 2013

Iktibar Lawatan Najib Ke Gaza, Palestin

"Saya ambil satu contoh, keluarga (Datuk Seri) Shahrizat buat pinjaman lembu NFC (RM250 juta) dikenakan kadar faedah dua peratus sahaja (2%), sedangkan 1.2 juta kakitangan kerajaan yang membuat pinjaman dikenakan kadar faedah empat peratus(4%).kata bekas Ahli Parlimen Batu Berendam itu.


MAULIDUR RASUL 1434 – BERTEKAD MEMILIH PEMIMPIN YANG BERAMANAH
Diterbitkan pada 23 January 2013 Kategori islam



Cinta Nabi, Saranan al-Quran Yang Ditinggalkan

Abdul Muizz bin Muhammad ,29 Jan 2013

Dewasa ini ramai yang membicarakan topik 'Cinta Nabi'. Satu perkembangan 



baik yang berlaku dalam kalangan umat Islam. Cuma terkadang, kita tercari-cari kaedah yang tepat bagaimana menyintai Rasulullah SAW. Sehingga kita terlupa al-Quran telah membicarakan soal ini secara jelas dan langsung.

Manhaj Al-Quran

Dalam surah Ali Imran, Allah Taala telah menyatakan ciri-ciri golongan yang layak bersama dengan Rasulullah SAW;

"Dan berapa banyak Nabi yang berjuang bersama-samanya sejumlah besar pengikut yang bertakwa. Sifat mereka tidak menjadi lemah dengan ujian yang menimpa mereka di jalan Allah, dan mereka tidak lesu dan tidak pula menyerah kalah. Allah menyintai golongan yang sabar." (Surah Ali Imran: ayat 146)

Secara jelas Allah menyatakan sifat utama pencinta Nabi SAW seperti berikut :

i. Al-Quran telah menggazetkan bahawa golongan yang layak bersama dengan Nabi SAW adalah daripada kalangan mereka yang sangat sensitif terhadap maruah Islam. Mereka tidak akan membiarkan Nabi SAW berjihad seorang diri, sedangkan mereka duduk sebagai pemerhati. Sebaliknya mereka ada rasa tanggungjawab terhadap cinta Nabi SAW sebagaimana ikrar para sahabat "Pergilah Engkau SAW bersama Tuhanmu berjuang, sesungguhnya kami bersama-sama denganmu turun berjuang."

ii. Mereka mestilah dalam kalangan orang-orang yang bertakwa. Iman mereka dibuktikan dengan gigih berjuang menegakkan agama Allah. Kembali kepada tugas asal manusia sebagai khalifah iaitu 'Mendirikan Islam, Memelihara Islam dan Mentadbir Dunia Dengan Islam'.

iii. Jatidiri mereka gagah perkasa, kalis tekanan. Apabila mengisytiharkan diri mereka untuk menyertai jihad perjuangan Islam, mereka bersedia berhadapan dengan risiko serta bersungguh-sungguh menongkah arus kejahilan manusia. Manakala golongan yang bacul dan penakut, Nabi SAW tidak sudi mengaku sebagai umatnya (maksudnya), "Apabila kamu melihat umatku kecut untuk menyatakan kepada sang zalim "Wahai Si Zalim". Sesungguhnya diucap selamat tinggal kepada mereka" HR Tabarani.

iv. Bahkan di dalam Ayat 142 sebelumnya, Allah SWT mencabar pendukung-pendukung agama Nabi SAW agar jangan mudah perasan masuk syurga selagi mana tidak berjihad. Ingatan itu disertakan isyarat daripada Allah bahawa pencinta-pencinta Nabi SAW mestilah meletakkan misi mati syahid sebagai cita-cita yang tertinggi di dalam ayat 143.

"Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?" (Surah Ali Imran: ayat 142)

"Dan sesungguhnya kamu telah mengharap-harapkan mati Syahid (dalam perang Sabil) sebelum kamu menghadapinya. Maka sesungguhnya kamu (sekarang) telahpun menyaksikannya dan kamu sedang melihatnya (dengan mata kepala sendiri)." (Surah Ali Imran: ayat 143)

v. Golongan pencinta Nabi SAW mempunyai daya tahan yang kuat. Sedikit pun tidak menyerah kalah berhadapan dengan musuh. Dalam konteks realiti Malaysia sekarang yang ujiannya adalah perang pemikiran, mereka mestilah tidak menyerahkan kepercayaan  mereka kepada ideologi lain selain Islam.

Cinta Nabi SAW Gaya Sahabat

Kita perlu kembali meneladani gaya para sahabat menyintai Nabi SAW. Hal ini kerana, mereka merupakan generasi yang diasuh daripada air tangan Nabi SAW. Kelebihan tersebut menjadikan mereka merupakan golongan yang paling menyintai Nabi SAW dan yang paling faham terhadap mesej-mesej wahyu daripada Baginda SAW.

Seperti yang telah dikisahkan oleh Imam Ibnu 'Asakir di dalam karyanya Tarikh Dimasyq, bagaimana manifestasi cinta Saidina Bilal Bin Rabbah terhadap Rasulullah SAW adalah dengan jihad. Setelah kewafatan Baginda SAW, Bilal tidak mampu meneruskan tugasnya sebagai juru azan. Apabila disebut sahaja nama kekasihnya Muhammad SAW, suara Bilal tersekat dan menangis. Maka bermulalah riwayat hidup Bilal Bin Rabbah berendam air mata sepanjang berada di Madinah selepas kewafatan Baginda SAW. Untuk menyelesaikan derita kerinduan yang amat menebal, akhirnya Bilal meminta izin Abu Bakar untuk keluar dari Madinah menuju ke Syam bergabung dengan tentera Islam dalam misi membebaskan Baitul Maqdis. Bilal pergi berjuang demi mendapatkan cintanya kepada Rasulullah SAW.

Begitu juga kisah dua kanak-kanak yang amat ghairah menyintai Nabi SAW. Ketika perang Badar, Abdul Rahman Bin 'Auf ditemui oleh dua orang kanak-kanak yang melapor diri lantas menyuarakan hasrat ingin mencari Abu Jahal yang telah mencaci Nabi SAW. Mereka bertekad sekiranya terserempak dengan Abu Jahal, mereka akan pastikan si bedebah tersebut segera dibunuh. Akhirnya  misi tersebut berjaya dan dipuji oleh Nabi SAW.

Begitu juga cinta Khubaib yang diseksa teruk kerana mempertahankan Islamnya. Sehingga musyrik yang menyeksanya menawarkan pelepasan dari seksaan dengan syarat, Khubaib dapatkan Rasulullah SAW sebagai galang gantinya. Maka Khubaib membenarkan cintanya kepada Nabi SAW dengan penegasannya, "Demi Allah, aku benci bersama bersenang-lenang di dunia dengan keluargaku dan anak-anakku sedangkan Rasulullah SAW ditinggalkan diseksa oleh kamu semua..." al-Bukhari

Di sini kita lihat, cara para sahabat berinteraksi dengan cinta Nabi SAW adalah dengan perlaksanaan. Bukan dengan puji-pujian lisan semata-mata. Lebih dari itu, mereka jadikan jalan jihad sebagai cara menterjemahkan rasa cinta kepada Baginda SAW.

Muhasabah

Berdasarkan ayat al-Quran surah Ali Imran ayat 142 hingga 146, kita perlu meneliti dengan penuh insaf di mana kita. Bahkan kita perlu tanya pada diri kita sepanjang kempen Cinta Nabi SAW, adakah kita telah menjalankan beberapa kempen berikut :

i. Syurga tidak diperoleh semata-mata dengan memuja memuji Nabi SAW sahaja. Sebaliknya syurga hanya boleh dicapai apabila seseorang terlibat dalam perjuangan menegakkan Islam sebagai aqidah dan syariat.
ii. Umat Nabi SAW mesti bercita-cita untuk mati syahid sebagai tanda benar-benar cinta kepada Nabi SAW. Barulah cita-cita tersebut memotivasi umat Baginda SAW supaya gagah mendepani cabaran mendatang.
iii. Tidak ada guna jika setelah kewafatan Nabi SAW, kita hanya merintih dan mengadu nasib bersedih akan pemergian Baginda SAW sedangkan tugas-tugas Baginda SAW kita tinggalkan. Lihat di dalam al-Quran, Allah menegur umat Islam agar jangan berpaling meninggalkan kerja Nabi SAW setelah kewafatannya. Begitu juga Bilal, bukti rindu dan cinta beliau adalah dengan jihad. Ingat, umat Islam sifatnya membina dan maju. Bukan statik dan mandom.

Sekiranya tidak dijumpai kempen-kempen tersebut sepanjang menyambut program Maulid al-Rasul atau seumpamanya, maka sedarlah bahawasanya kita masih gagal memenuhi piawaian Allah SWT dalam menyintai Rasulullah SAW dalam erti kata yang sebenar. Apakah cukup dengan mengingati tanpa melaksana? Cinta adalah tanggungjawab.

http://tarbawi.my


Iktibar Lawatan Najib Ke Gaza, Palestin

RENUNGAN                                                                                                                      




Dalam minggu ini ada dua lawatan dilakukan oleh tokoh besar politik negara ini. Satu lawatan ke luar negara melibatkan Perdana Menteri Mohd Najib Razak, melawat ke Gaza, Palestin, kedua lawatan Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat ke Penang, Malaysia. Kedua lawatan itu membawa signifiken tersendiri dan ia bersifat politik namun tetap ada cebisan-cebisan kebaikannya.

Najib melalui satu jalan di Gaza.
Najib menamakan lawatan ke Gaza sebagai lawatan kemanusiaan, untuk melihatan kesangsaraan umat muslim di sana yang diserang oleh Israel. Lawatan Najib adalah pertama kali dan dicatatkan sebagai satu sejarah buat dirinya dan Malaysia, kerana menjadi perdana menteri pertama melawat bumi Gaza.

Najib menghabiskan masa enam jam untuk melihat dengan mata kepala sendiri kesangsaraan dan kekejaman Israel terhadap Gaza dan penghuninya. Najib melahirkan rasa 'kemanusiaannya' dan menggali erti humaniti terhadap apa yang dilihat itu. Dalamn kunjungan itu beliau berjumpa dengan Perdana Menteri Palestin Ismail Haniyeh sempat bergambar dengan kanak-kanak menjadi yatim piatu akibat keganasan Israel laknatullah.

Nampak juga dia berdoa di hadapan sebuah bangunan atau jentera rosak akibat keganasan Israel. Lokasi itu bagi menunjukkan betapa kejam dan ganasnya Israel.  Lawatan Najib tentunya menggembirakan penduduk Palestin. Bagi rakyat Paletin lawatan Najib itu sebagai kesenimbungan kepada lawatan dan kunjungan ribuan rakyat Malaysia ke Gaza sebelum ini. Lawatan yang didambakan akan membawa sinar perdamaian dan keharmonian di bumi Palesatin?
Sebenarnya sebelum Najib memberanikan diri ke Gaza sudah berbagai puak dan NGO serta individu yang berulang alik ke Gaza untuk memberi bantuan kepada umat Islam di sana. Jadi sebenarnya pemergian Najib ke Gaza bukan sejarah dan pertama kali rakyat negara ini, tetapi sudah yang entah ke berapa kali. Cuma sebagai perdana menteri, iya yang pertama. Kejayaan Najib menjejak kaki ke Palestin (mungkin tidak ditimbus debu) bukan sesuatu yang perlu diangkat sangat.

Tidak kisah apakah sejarah atau tidak, tetapi apa yang hendak ditafsirkan dan diambil apakah hikmah di sebalik kunjungan Najib itu bagi rakyat Palestin khasnya. Apakah ia akan membuka ruang damai baru di sana. Apakah tindakan selanjut Malaysia dalam membawa damai di Palestin. Kalau pemergian itu hanya untuk merakam gambar di bumi Palestin untuk dijadikan poster pilihan raya ia tidak akan direkodkan sebagai jihad oleh Allah.

Umum tahu pemergian Najib dikecam oleh presiden Palestin, Mahmood Abbas kerana Najib tidak sampai ke Tebing Barat, bandar atau pejabat parti Mahmood, Fatah. Mahmood lantas menyifatkan tanpa Najib sampai ke Tebing Barat sebagai datang untuk memecahkan rakyat Palestin. Pertikaian itu menyebabkan orang juga akan bertanya untuk apa sebenarnya Najib ke Gaza.

Bagaimana pun tuduhan Mahmood itu dinafikan oleh Najib. Ketidaksampaiannya ke Tebing Barat kerana beliau tidak ada jaminan untuk terbang ke sana. Ruang udara di Tebing Barat tidak seaman ruang udara di Gaza. Ada munasabah dan logik juga alasan Najib itu. Najib tidak mahu memikul risiko yang belum tentu kesannya menguntungkan dirinya. Soal itu ia adalah persepsi dan pendapat Mahmood.

Bagi rakyat Malaysia pula apa yang boleh dipelajari dengan kunjungan PM itu. Ini penting agar wang negara yang dibelanjakan untuk kunjuungan Najib bersama Rosmah Mansor itu tidak berlapuk begitu saja. Apakah harapan Najib berdoa untuk perdamaian di antara dua pihak yang memperjuangkan pembebasan Palestin, Fatah dan Hammas dapat diterjemahkan sebagai harapan Najib untuk Malaysia juga?

Najib mungkin faham sewaktu dia melontarkan harapan dan bermunajat demikian di Gaza negara juga didalam keadaan tidak damai. Bahawa dua puak di buminya juga sedang bertelagah dan bergomol di antara satu sama lain. Bahawa keadaanya sendiri juga dalam terumbang ambing kerana di sini juga ada manusia berwatakan Israel.

Umno parti Melayu yang diketuai oleh Najib sedang berbalah dengan PAS dan PKR parti Islam dan multi racial. Mereka saling berbalah untuk merampas kuasa dari Umno. Najib tidak terlupa itu dan akan terlupa walaupun ke mana beliau pergi. Apa lagi pemergiannya ke Gaza itu dalam mencari kekuatan untuk diri dan partinya juga. Beliau pasti ingat kerana dari satu sisi kunjungan beliau ke Gaza itu juga untuk memberi gambaran beliau seorang concernkepada soal perpaduan dan keselamatan.

Justeru kalau benar begitu sekembalinya Najib dari melawat muzium penderitaan manusia itu, beliau harus melalukan sesuatu ke atas negaranya sendiri. Najib harus merawat keadaan kaum dan negaranya kini yang makin tenat. Kalau Najib menyeru dan berdoa agar Fatah dan Hamas bersatu demi Palestin maka beliau juga harus berdoa dan berusaha untuk keselamatan bangsa dan negaranya. Keinsafan Najib mengenai apa yang dilihat itu akan mempengaruhi dirinya. Sepatut begitu.

Dalam konteks ini saya sebagai salah seorang warga negara ini amat berharap kunjungan dan kesedaran Najib atas apa yang terjadi di Palestin itu akan membawa beliau dan insafi juga terhadap apa yang sedang berlaku dalam negara ini. Pergaduhan di antara Umno degan PAS dan PKR adalah satu bentuk peperangan dan bakal mezahirkan kesengsaraan di negara ini. Tidak mustahil nasib umat Melayu di negara ini juga akan jadi seperti rakyat Palestin akibat peperangan pilihan raya.

Maka Najib harus sedar dan damaikan perbalahan ini. Najib harus mengajak semua orang melupai akan perebutan kuasa secara rakus dan kejam yang berlaku hari ini sambil memandang jauh ke depan meramal apa yang akan berlaku selepas peperangan kelak. Najib harus melihat di sana ada bunga-bunga api. Pilihan raya adalah bentuk peperangan di zaman moden ini. Ia tetap juga akan memberi kesan kepada rakyat negara ini. Bahkan peperangan menerusi pilihan raya lagi menyakitkian daripada peperangan secara fizikal.

Hari ini Umno menjaja ke seluruh penjuru tanah air kalau Pakatan Rakyat memerintah negara ini akan dikuasai oleh orang Cina (DAP). Agama Islam tidak lagi akan bebas kerana agama Kristian akan megambil tempat. Kedudukan bahasa Melayu juga akan terancam. Walaupun itu adalah propoganda tetapi itulah antara kesengsaraan-kesengsaraan yang dibayangi oleh Umno dengan tujuan menakut-nakutkan hati orang Melayu.

Jadi kalau Umno sudah merasai akan kesengsaraan itu Umno dan Najib kena bertanggungjawab menyelamatkan keadaan. Najib dan Umno harus melakukan sesuatu untuk menghindarinya.  Caranya ialah Umno bersatu dengan PAS dan PKR sekali. Apa dimaksudkan di sinilah ialah Umno yang pure Melayu bergabung dengan PAS yang pureMelayu dan PKR yang sebahagiannya pure Melayu. Kenapa tidak diusahakan ke arah itu?  Apakah tidak ada formula ini dalam minda Najib kerana beliau dan Umno itu tamak haloba? Umno bukan lahir dari wahyu nabi.

Justeru apabila Najib enggan dan angkuh menolak persatuan bersama Nik Aziz, Abdul Hadi Awang dan Anwar Ibrahim, menunjukkan apa dibayangkan Najib itu adalah propagnda saja. Bahawa petaka-petaka yang dibayangkan Najib itu yang kemudian dijaja oleh NGO 'penarik upah tarik kereta tidak jelas ansuran' itu hanya rekaan semata-mata. Ia hanya ilusi bukan satu realiti.

Pernahkah kita mendengar Najib menyeru dan bersabda ke arah persatuan dan kerjasama? Pernah kita dengar Najib mengudang para pemimpin Melayu lain untuk berbincang mencari helah untuk bersama? Tidak dan tidak. Ini menunjukkan bayangan kesangsaraan yang dijaja itu tidak benar sama sekali. Dalam pada itu keenggan Umno mengambil inesiatif untuk memperkasakan Melayu itu juga menjelaskan kegoaan Umno dan Najib.

Bertolak dari keadaan itu semua orang Melayu yang celit harus memahami kedudukan hari ini. Memahami bahawa laungan kesengsaraan yang bakal dialami Melayu sekiranya Umno tewas hanya ilusi dan kegerunan dari mereka yang berdosa sahaja. Janganlah mudah mempercayai kepada psywar yang ditaboo oleh Umno. Iya akan dapat diterima benar sekiranya Najib sedia melangkah ke mari dan menghulurkan salam perdamaian dengan Melayu sesama Melayu. Selagi Najib enggan psywar itu hanyalah umpan semata-mata.

Mengenai lawatan Nik Aziz ke Pulai Pinang akan diulas selepas ini. [wm.kl.2:33 pm 28/01/13]
Posted by mso.im
 


Ghafar Baba pun mungkin masuk PAS - Tamrin

Khairil Abdul Rahim,29 Jan 2013

TEMERLOH: "Kalau bapa saya (Allahyarham Tun Ghafar Baba) masih hidup, tentu dia akan masuk PAS lebih awal dari saya," kata Datuk Tamrin Ghafar ketika berceramah di Taman Temerloh Jaya, dekat sini.

Katanya, semuanya disebabkan keadaan dalam Umno sendiri yang semakin hari semakin parah akibat merebaknya penyakit rasuah politik, mengaut kekayaan untuk kroni dan perebutan jawatan secara negatif.

"Jangan ingat mustahil tokoh Umno keluar Umno, bapa kemerdekaan (Almarhum Tunku Abdul Rahman) pun keluar Umno dan mati di luar Umno. Begitu juga dengan (Tun) Hussein Onn," kata bekas Ahli Parlimen Batu Berendam itu.

Tamrin yang kini ahli seumur hidup PAS menjelaskan, beliau pernah aktif dalam Umno selama 40 tahun tetapi mengambil keputusan meninggalkan Umno setelah mendapati parti itu lari daripada perjuangan asal sejak tahun 1995.

Beliau berkata, tabiat meraih undi dalam Umno kini cuba dibawa kepada rakyat iaitu dengan mengumpan mereka dengan wang ringgit dan janji.

"Dulu kerajaan tak pernah bagi wang secara beramai-ramai, tapi kita dah ada BRIM 1.0, 2.0, 3.0. Tapi tafsiran saya BRIM itu ialah 'beri rasuah satu Malaysia', duit itu duit rakyat iaitu daripada cukai.

"Sebuah kerajaan yang bertanggungjawab sepatutnya menyalurkan kembali duit rakyat terus kepada manfaat golongan itu yang sedang menderita akibat kos hidup yang melambung, bukannya berbelanja mengikut kepentingan politik," ujarnya.

Turut berceramah Ketua Penerangan PAS Pahang Suhaimi Saad, Adun Kuala Semantan Syed Hamid Syed Mohamad dan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Temerloh Hassanuddin Salim.

Tamrin juga meminta orang ramai bertanya dan berfikir secara waras, kenapa sekarang ini berduyun-duyun orang masuk PAS dan Pakatan Rakyat (PR) termasuk bekas orang besar kerajaan, artis dan golongan muda.

Katanya, antara lain rakyat yang bermaklumat sudah sedar bahawa slogan 'rakyat didahulukan' hanya sekadar retorik bagi menyedapkan telinga.

"Saya ambil satu contoh, keluarga (Datuk Seri) Shahrizat buat pinjaman lembu NFC (RM250 juta) dikenakan kadar faedah dua peratus sahaja, sedangkan 1.2 juta kakitangan kerajaan yang membuat pinjaman dikenakan kadar faedah empat peratus.

"Rakyat yang bermaklumat mereka tahu ini," katanya.

No comments: