PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Monday, January 21, 2013

Bersihkan daftar pemilih sebelum PRU!


Bersihkan daftar pemilih sebelum PRU!

che'GuBard,
21 Jan 2013
Dijumpai dalam YouTube satu rakaman yang merakamkan proses orang ramai beratur untuk mengundi ketika PRU 1995 di Sabah. 

Tahun 1995 inilah dikatakan begitu teruknya penyalahgunaan kuasa iaitu kegiatan memberikan status warganegara kepada orang asing berluasa hanya untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional.


Rakaman ini cukup memperlihatkan bagaimana susuk, wajah – wajah bukan Sabah berpusu beratur sebagai pengundi. Ini berlaku di hampir semua tempat mengundi ketika itu. 
Keadaan ini muncul semula apabila dalam proses RCI mengenai warga asing yang diberi warganegara di Sabah menyatakan bahawa bahawa sememangnya wujud kemasukan dalam jumlah yang luar biasa warga asing yang didaftarkan sebagai warga negara ketika pilihanraya hampir menjelang untuk didaftarkan sebagai pemilih. 

Di Sabah lebih setengah pengundi berdaftarnya kini merupakan warga asing yang dibawa masuk.

Dr. Mahathir yang dikaitkan dengan kegiatan penjualan kedaulatan negara ini dengan selamba membela diri tidak menafikan sebaliknya dengan mengaitkan Arwah Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama telah memberikan lebih banyak warga negara. 

Mahathir bertindak bacul dengan mengaitkan orang yang telah mati, Tunku memberikan warga negara semasa hendak membentuk negara, sebaliknya Mahathir memberikan warga negara hanya untuk nyawa politik semata. 

Jika ia proses betul kenapa dua orang warga India Aziz dan Hussien yang menjadi saksi dalam RCI menyatakan mereka dilahirkan di Tamil Nadhu tetapi untuk melicinkan proses mendapat kad pengenalan dan daftar pemilih tempat kelahiran mereka ditukar kepada Kunak dan Tawau.

Memetik semula kata – kata Bobby, Penyelaras SAMM Sabah ketika mempengerusikan sidang meja bulat anak muda Sabah di Kota Kinabalu dua bulan lepas, dia  menyatakan Sabah kini sudah tergadai, bukan sahaja masalah tetapi hasil pemberian keistimewaan warga negara kepada Pakistan dan India dalam projek Dr. Mahathir akhirnya politik Sabah juga dikawal kini oleh keturunan India Pakistan. 
Contohnya Musa nama sebenarnya ialah Musa Aman Khan bersama saudaranya Anifah Aman Khan. Bukan sahaja politik malah ekonomi juga dikawal oleh keturunan India Pakistan ini.

Ini bukan isu perkauman tetapi isu kedaulatan. Bahana dari kemasukan pendatang ini juga kecelaruan sosial muncul seperti lambakan penganggur, jenayah tidak terkawal dan seumpamanya.

Kini strategi yang sama disalin pakai oleh Najib Razak, ratusan ribu sudah dibawa masuk diberi kad pengenalan dan didaftar sebagai pengundi. Kali ini bukan sahaja Sabah tetapi di semenanjung juga khususnya negeri dibawah PR seperti Selangor. 

Lihatlah kerana mendiamkan Sabah terjerumus selama ini tergadai kedaulatan kini Bn mula rakus demi kekal berkuasa mula menjual kedaulatan seluruh negara.

Bayangkan berapa banyak hasil negara tergadai, subsidi yang berbilion seharusnya dikongsi mewah bersama anak tanah air ini tetapi malangnya turut disedut oleh pendatang yang diberi laluan karpet kuing oleh regim untuk kekal kuasa.

Regim sering melaungkan politik ras dan perkauman. Orang Melayu disuruh bangkit memusuhi cina dan india contohnya. Tetapi kita jangan lupa Wong atau Ravi itu neneknya lahir dan mati di sini. 

Mereka lahir di sini maka sinilah tanah air mereka. Sebaliknya kini Umno dan regim Bnlah yang mengkianati negara dengan menjual warga negara pada orang asing yang belum tentu setia.

Kepada pendatang asing, kami ucap terima kasih kerana memilih untuk bekerja dalam negara ini, kami hargai anda mencari rezeki di tanah air ini tetapi ingat bila kamu mula campur urusan politik negara kami, anak muda Malaysia pasti akan bertindak balas.

Gerakan gabungan ABU dan SAMM akan mencetak sebanyak 200,000 keping risalah peringatan kepada pendatang asing agar menjauhi politik negara khususnya menjelang PRU nanti. Cetakan ini dalam 7 bahasa antaranya ialah bahasa benggali, myanmar, inggeris, indonesia dan tagaloq sebagai peringatan dan usaha menggagalkan usaha regim menggunakan khidmat pendatang untuk terus berkuasa.

SAMM juga menyeru secara serius, dalam angin PRU makin kuat ini. Jika regim ini mahu terus dihormati maka sewajarnya tampil membersihkan senarai pemilih dari kekotoran penjualan kedaulatan negara dengan kemasukan pendatang sebagai warga dan pengundi sebelum PRU. Jika tidak kamu akan dikenang sebagai pengkhianat dalam kebangkitan rakyat yang sudah tidak boleh dielakkan lagi. Jangan berdolak dalih lagi. Bukti sudah terbentang didepan mata, negara ini sedang digadai.

Bangkit, Bangkit, Bangkit! Selamatkan negara.


Solidariti Anak Muda Malaysia

Kajiselidik yang menambahkan pening kepala Najib.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin terpaksa melepaskan jawatannya jika gabungan Barisan Nasional (BN) yang dipimpinnya gagal memenangi semula majoriti tradisi dua pertiga di Parlimen, kata badan tinjauan bebas Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (Umcedel).

"Tradisi yang berlaku dalam Umno, kalau perdana menteri gagal dapat dua pertiga kena letak jawatan, itu yang berlaku pada Tunku (Abdul Rahman), pada Tun Abdullah (Ahmad Badawi) dan perkara sama juga akan berlaku kepada Najib jika gagal mendapat dua pertiga," kata pengarah Umcedel Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman dipetik dari Sinar Harian Online.

Hasil kajian Umcedel baru-baru ini menunjukkan mustahil bagi BN memenangi semula majoriti tradisi dua pertiga pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 berdasarkan rekod pilihan raya sebelum ini dan perkembangan semasa.

Menurut badan bebas itu lagi, Najib hanya mampu membawa BN untuk mengekalkan status quo.

"Dalam pilihan raya lalu di Semenanjung BN hanya dapat 47 peratus undi, Pakatan Rakyat (PR) 49 peratus. Di seluruh Malaysia, BN hanya dapat 50.2 peratus. (Tun) Abdullah Ahmad Badawi ketika memasuki pilihan raya, popularitinya 70 peratus lebih. Najib sekarang ini popular sekitar 58 peratus

"Maknanya mustahil Najib akan dapat lebih daripada Pak Lah. Maksudnya pilihan raya akan datang status quo.

"Kecuali ada perkara luar biasa yang kita tak nampak berlaku seperti pengundi hantu yang kami pengkaji ini pun tak boleh nak kira," katanya.

Menurut Mohammad Redzuan lagi, Najib adalah satu-satunya perdana menteri yang masuk ke gelanggang pilihan raya tanpa dapat melakukan persempadanan semula kerusi pilihan raya dan ini adalah satu kekurangan kepada ahli parlimen Pekan itu.

"Disebabkan persempadanan semula itu Umno mendapat majoriti kerusi. Bukan undi. Buktinya Abdullah Badawi popular 64 peratus tetapi kerusi 90 peratus (pada 2004).

Tetapi Najib adalah perdana menteri pertama yang memasuki pilihan raya tanpa persempadanan (semula bahagian pilihan raya)," katanya.

Beliau yang juga Dekan Fakulti Sastera Universiti Malaya itu mengatakan PR sudah merapatkan jurangnya menghampiri BN.

"Kali ini kalau yang keluar mengundi lebih 82 peratus, maknanya semua ramalan akan salah. Katakanlah keluar mengundi 90 peratus, ada yang tidak kena. Itulah yang menyebabkan orang turun beramai-ramai pada 12 Januari lalu. Bagi parti pembangkang, pilihan raya ini buat penat sahaja," katanya lagi.

PRU 13 perlu diadakan selepas mandat BN tamat pada 28 April akan datang.

Akan tetapi ramai pihak yang menjangkakan ianya akan diadakan lebih awal disebabkan ada beberapa negeri yang akan habis mandat pada akhir Mac seperti dewan undangan negeri Johor yang akan terbubar secara automatik pada 21 Mac dan Negeri Sembilan pada 26 Mac.

Parti-parti pembangkang mendapat keuntungan yang signifikan pada pilihan raya umum ke-12, mengawal 82 daripada 222 kerusi Parlimen, selain memegang tiga negeri utama di sepanjang pantai barat semenanjung — Selangor, Pulau Pinang dan Kedah — di samping mengekalkan Kelantan semenjak 22 tahun lalu.




The Malaysian Insider


Listen! Listen! Gambar menarik TGNA dangan Bawani

http://batuvskayu.blogspot.com, 21 Jan 2013

YAB. Tuan Guru membuka tafsir dan terjemahan Al-Quran dalam versi English, Surah Al-Baqarah ayat 251 untuk ditunjukkan kepada saudari Bawani.

Sampaikanlah ilmu walau sebaris ayat~Ini baru betul nk berdakwah..
Mudah mudah ia mendapat hidayah... takbir...batuvskayu




Dapat royalti minyak melalui pilihan raya lagi cepat

Aspan Alias, 20 Jan 2013

Siang tadi PM Najib berada di Kota Baru untuk menabur janji lagi. Ada tujuh yang dijanjikan beliau kepada orang Kelantan. Di antaranya ialah membina lebuhraya Kota Baru Ke Kuala Kerai dan membina 3,000 unit rumah mampu milik untuk rakyat Kelantan jika BN berjaya merampas negeri itu dari PAS (PR) dalam pilihanraya kali ini. Selain dari itu ialah untuk membekalkan air bersih, membina UiTM dengan kapasiti pelajar seramai 5,000 dan memperbaiki keadaan sistem pengangkutan awam dan berbagai-bagai lagi janji yang telah kita dengar setiap kali pilihanraya tiba.

 

 

Janji yang paling seronok kita mendengarnya ialah masalah royalti minyak dan Najib telah berjanji penubuhan jawatankuasa tentang isu ini. Isu tuntutan royalti minyak sememangnya menjadi isu yang terhangat kerana kegagalan serta keengganan Petronas membayar royalti minyak seperti yang termaktub dalam perjanjian pada bulan Mei 1975 yang lalu. Berbillion ringgit wang royalti yang sepatutnya di terima oleh rakyat Kelantan melalui kerajaan pilihan mereka masih belum dibayar dan wang royalti ini dijadikan sebagai alat menekan rakyat Kelantan untuk memilih BN dalam pilihanraya ini.

 

Bagi saya rakyat Kelantan mesti jangan percaya dengan jawatankuasa yang ditubuhkan oleh kerajaan persekutuan itu kerana ia belum boleh memastikan rakyat Kelantan akan berjaya mendapatkannya dan ia akan memakan masa yang lama untuk mengetahui kejayaannya. Jawatankuasa itu mungkin untuk menarik perhatian rakyat Kelantan untuk menyokong BN dan juga menggunakan jawatankuasa itu untuk tidak membayarnya setelah mereka (BN) mendapat kuasa nanti.

 

Rakyat Kelantan ada jalan untuk mendapatkan wang royalti itu dengan mudah dan lebih pasti. Jalannya ialah untuk memperkuatkan usaha menaikkan Pakatan Rakyat dan mempastikan Pakatan Rakyat dapat menguasai Putrajaya. Jika Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya untuk mendapatkan wang royalti itu akan bertambah mudah dengan melaksanakan perjanjian tahun 1975 itu dengan serta merta dan tidak payah bermula dengan perbincangan awal seolah-olah rakyat Kelantan belum pernah membuat perjanjian dengan Petronas.

 

Rakyat Kelantan wajar bersama-sama dengan rakyat di negeri-negeri lain untuk memenangi pilihanraya ini kerana kejayaan untuk mendapatkan kuasa itu sudah terlalu hampir jika diizinkan Tuhan. Tidak payah membuang masa untuk bermesyuarat bertahun-tahun lamanya untuk mendapatkan wang royalti itu yang belum pun tentu berjaya diperolehi melalui jawatankuasa itu.

 

Rakyat Kelantan perlu mendapatkannya secepat mungkin melalui kuasa yang di perolehi dalam pilihanraya nanti. Kalau sudah ada jalan yang singkat, kenapa perlu kita melalui jalan yang berliku-liku. Lagi pun sememangnya rakyat Kelantan sudah pun selesai menanda tangani perjanjian tiga puluh lapan tahun yang lalu dengan Petronas.

 

Setelah mendapat kuasa nanti laksanakan sahaja perjanjian itu. Habis cerita. Bagi mendapatkan jalan mudah dan pendek ialah dengan mengenepikan BN dalam pilihanraya nanti, kerana BN lah yang menjadi penghalang kepada wang royalti itu untuk dibayar kepada rakyat dan kerajaan negeri Kelantan.

 

Masanya hanya tinggal kurang dari tiga bulan sahaja lagi. Tidak perlu menunggu jawatankuasa yang di bentuk oleh Putrajaya itu untuk memutuskannya.Melalui usaha jawatankuasa tuntutan royalti itu lambat hasilnya.Jika kita dapatkan melalui pilihanraya ia akan memakan masa hanya lebih kurang tiga atau empat bulan sahaja lagi.


Tetapi saya seperti menyuluh di tempat yang terang. Rakyat Kelantan lebih faham dari saya. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/


No comments: