PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Tuesday, January 29, 2013

5 program berimpak tinggi (S.M.A.R.T) DPPM

5 program berimpak tinggi (S.M.A.R.T) DPPM

Nasrudin Hassan,29 Jan 2013

1.      Tempoh penantian countdown 100 hari menjelang PRU13 kian berakhir.

2.      Semua pihak semakin rancak mengatur strategi dan langkah untuk menawan hati pengundi yang kini telah melepasi paras 13 juta yang berdaftar dengan anggaran lebih 50% merupakan pengundi muda dan pengundi baru, samada dengan agenda menerang mahupun menyerang.

3.      Hasil dapatan beberapa kajian lapangan memberikan isyarat positif terhadap potensi Pakatan Rakyat dalam PRU13 di samping menuntut komitmen dan iltizam semua peringkat untuk mengekalkan momentum yang ada, khususnya dengan mengemukakan pakej pemulihan terbaik terhadap permasalahan ekonomi dan sosial rakyat, serta memperjuangkan tuntutan rakyat seperti Bersih, Royalti, Anak, Rapid dan seumpamanya.

4. Kajian yang dijalankan oleh pihak UMCEDEL merumuskan 42% rakyat menjangkakan BN akan menang, 37% pula yakin kemenangan berpihak kepada Pakatan Rakyat manakala 21% masih tidak berpihak, dan majoriti golongan pengundi atas pagar ini adalah golongan berumur di antara 21-30 tahun.

5. Merdeka Center pula melaporkan, hasil tinjauan yang dibuat mendapati isu ekonomi dan jenayah merupakan kebimbangan utama pengundi dan menyatakan permasalah rasuah adalah masalah utama yang perlu diselesaikan oleh kerajaan.

6.      Saya tegaskan di sini, kita menyertai PRU13 dengan tujuan untuk mencapai kemenangan, insyaAllah. Hasrat ini bukanlah mustahil walaupun tembok penguasaan BN di Putrajaya masih tebal untuk ditembusi, namun kita berkeyakinan berkat usaha yang penuh iltizam, PAS dan PR mampu mendapat mandat dan kepercayaan rakyat untuk memenangi sekurang-kurangnya 100 kerusi parlimen daripada 165 kerusi Semenanjung dan meningkatkan penerimaan kita di Sabah dan Sarawak. 

7.      Justeru, jentera Pemuda PAS di semua peringkat WAJIB menumpukan semua aktiviti lajnah dan jabatan dalam tempoh kritikal ini untuk memenangi PRU13 dengan melaksanakan Program Berimpak Tinggi yang dapat melonjakkan undi gologan muda dan pengundi baru kepada PAS & Pakatan Rakyat.

8.      Program berimpak tinggi yang saya maksudkan adalah program-program yang memenuhi kehendak kumpulan sasar dan menepati objektif parti, dengan apa yang disimpulkan sebagai S.M.A.R.T, iaitu:

a)      SENTUH

Saya mengajak semua jentera Pemuda PAS merancakkan program "Sentuh Pengundi" melalui aktiviti citra anak muda seumpama kegiatan [ contoh ] :

~ sukan dan rekreasi

(futsal, badminton, permotoran, kayuhan basikal, fotografi, kembara),

~ makanan

(BBQ santai, sembang teh tarik)

~ kebajikan

(ziarah kemanusiaan, bantuan bencana).

Secara psikologi, sentuhan merupakan kaedah terbaik untuk menambah keyakinan pihak lain terhadap kita, dan ia merupakan medan terbaik menyantuni kumpulan sasar kita, merentas segmentasi agama, bangsa, dan fahaman politik. Tiada jentera Pemuda PAS yang terkecuali dalam program sentuhan ini, dan pastikan setiap sentuhan disusuli dengan bisikan keramat, "Jom Ubah, Undi Pakatan Rakyat, Selamatkan Malaysia" dan sebagainya yang telah diputuskan oleh parti.

b)      MAKLUMAT

Saya mengarahkan semua jentera Pemuda PAS melipatgandakan peranan Penerangan & Maklumat Segar kepada kumpulan sasar, samada secara media tradisi (kuliah agama, wayang pacak, ceramah kelompok, ceramah umum dan sebagainya) mahupun dengan memaksimakan saluran media baru (Facebook, Whatsapp, Twitter, Youtube, blog dan lain - lain).

Fokus utama aktiviti kempen dan penerangan dalam tempoh kritikal ini adalah untuk memberikan kefahaman terhadap agenda Negara Berkebajikan, Buku Jingga dan Agenda Anak Muda Berkebajikan.

i. Sasaran kita ialah:  Satu Kawasan = Satu Akaun Twitter, Facebook dan Laman Web yang aktif dan dikemaskini;

ii.  Perbanyakkan kumpulan Whatsapp anak muda sebagai saluran maklumat pantas dan bual santai (chatting). Ia bagaikan 'ceramah kelompok kontemporari' yang dilunaskan pada laluan siber maya.  Sasaran kita bagi setiap pemimpin Pemuda PAS di semua peringkat hendaklah menyertai 5 hingga 10 kumpulan Whatsapp, samaada bertindak sebagai pengendali (admin) atau ahli dalam kumpulan tersebut.

c)  AGENDA

Agenda Anak Muda Berkebajikan adalah manifestasi  dari dasar dan prinsip Islam yang didokong selama ini.  7 agenda anak muda berkebajikan adalah agenda Islam untuk memelihara agama, nyawa, aqal,  keturunan dan harta.

7 Agenda  Anak Muda Berkebajikan.

i - Pendapatan boleh guna
ii - Keupayaan sara hidup
iii - Keusahawanan belia
iv - Pendidikan berkebajikan
v - Rumah mampu milik
vi - Capaian pengangkutan
vii - Kesejahteraan hidup

Penjelasan setiap satu dari agenda Anak Muda Berkebajikan ini akan di edarkan kepada jentera pemuda dan juga masyarakat awam selepas tarikh pelancarannya  pada awal febuari kelak.

d)      RIBAT

Saya mengarahkan semua jentera pilihanraya Pemuda di Unit Pengundi Muda (JPRU, JPRD, JPRK, JPRN, JPRP) perlu mantap, bersatu, erat dan tangkas bergerak mengikut perancangan serta strategi yang telah disusun, khususnya aktiviti daftar & semak, jejak & khidmat, serta atur & jemput. Di samping kelancaran gerakkerja, dana yang diperlukan untuk mempersiapan kekuatan bagi menggerunkan pihak lawan amat menuntut kepada budaya Infaq dan Sedeqah yang tinggi.

Jentera Pemuda PAS perlu banyak bersabar dan kekal bersiap sedia walaupun terganggu oleh strategi BN melambat-lambatkan PRU, di samping memerangkap kita dengan serangan isu yang menggugat konsentrasi. Teguhlah Bersama Jamaah, nescaya kita akan terus selamat dan mampu menghadapi cabaran ini. Pihak yang paling sedikit melalukan kesilapan akan memenangi pilihanraya umum kali ini, dan pastikan kita adalah golongan tersebut.

d)      TAWAKKAL

Saya menyeru semua jentera Pemuda PAS, marilah sama-sama kita mengeratkan Ukhuwwah sesama kita, sentiasa bertemu dalam sesi usrah dan ziarah, terus memperkukuhkan Hablun Minallah (hubungan dengan Allah) sebagai senjata yang akan menguatkan semangat berjuang, tidak mundur, dan memohon pertolongan dari Allah SWT serta bertawakkal kepada-Nya. Suasana menghadapi pilihanraya janganlah menjadi penghalang daripada memperbanyakkan amal ibadat, solat berjemaah di masjid, mathurat setiap pagi dan petang, puasa sunat dan iftar jama'ie setiap minggu, berqiyamullail, bermunajat dan berdoa dengan penuh pengharapan dan penyerahan. Ini adalah senjata dan benteng paling ampuh dalam perjuangan kita dan yakinlah wahai saudara, Kemenangan Islam adalah kurniaan Allah SWT kepada golongan yang layak menerimanya.

9.    Tahun 2013 bakal menjadi medan penentu kepada golongan muda untuk mencorak peta masa hadapan Malaysia. Justeru, ia bukan lagi suatu pilihan tetapi merupakan satu kewajipan yang sangat mendesak bagi setiap individu Pemuda PAS untuk meyakinkan kepada rakan sebaya betapa 'malaikat tidak dikenali' (the unknown angel) ini benar-benar mampu untuk diberikan amanah mencorak masa depan negara.

10.  Selamat berjuang saya ucapkan pada semua. Jangan tangguh kerja, dan bekerjalah dengan S.M.A.R.T. [Sentuh, Maklum, Agenda, Ribat, Tawakkal]

Mencorak Masa Depan

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia 

No comments: