PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Monday, December 10, 2012

Baru 2 Bulan, RM77.069 Juta Nilai Terkumpul Saman AES.SAPA UNTUNG


Baru 2 Bulan, RM77.069 Juta Nilai Terkumpul Saman AES.
Posted on Monday, December 10 @ 15:00:00 MYT 
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

BeritaOleh: amkns

"Beta Tegap & ATES Sdn. Bhd. Dijangka Dapat RM4.11 Juta! - Kesilapan terbesar AES adalah penswastaan. Mengapa tidak JPJ sahaja uruskan sendiri? Apabila ramai yang sudah mengetahui setiap pembayaran saman AES, terdapat 2 syarikat akan mendapat habusan besar ini, ramai yang mula kurang berpuas hati dnegan cara pelaksanaan seperti ini. Walaubagaimanapun, hasil saman AES tidak mengecewakan apabila kedua-dua syarikat yang mengendalikan saman AES ini, iaitu Beta Tegap Sdn Bhd & ATES Sdn Bhd mula menuai hasil yang memberangsangkan.

Berdasarkan jawapan Timbalan Menteri Pengangkutan di Dewan Negara pada 03 Disember 2012 berkaitan AES bagi soalan Yang Berhormat Senator Puan Chew Lee Giok dan Yang Berhormat Senator Tuan Saiful Izham bin Ramli dan Yang Berhormat Senator Puan Hajah Khairiah binti Mohamed.

Bilangan saman yang telah dikeluarkan sehingga 26 November 2012 adalah sebanyak 256,899 saman dan perincian kesalahan lalu lintas dan negeri adalah seperti berikut:

(i) kesalahan pertama – memandu melebihi had laju, saman dikeluarkan 243,545 saman;

(ii) kesalahan kedua – melanggar peraturan lampu isyarat 13,354 saman dengan jumlah 256,899 saman; dan

(iii) kesalahan mengikut negeri, iaitu:

(a) Perak – saman dikeluarkan 81,001 saman;

(b) Selangor – 142,809 saman;

(c) Kuala Lumpur 10,213 saman;

dan(d) Putrajaya – 22,876 saman.

Jumlah 256,899 saman AEs yang telah dikeluarkan setakat ini.

Baru 14 lokasi beroperasi selama 2 bulan sejak 23 September 2012. Dijangka anggaran sekitar 256,899 X RM300 = RM77,069,700.00 mampu mereka perolehi.

Ini baru di 14 lokasi. Bayangkan jika keseluruhan 1,081 lokasi beroperasi kelak? Oleh itu, 1 saman RM300 : 256,899 X RM300 = RM77,069,700.00 dan daripada RM77,069,700.00 itu kedua-dua syarikat dijangka akan perolehi sekitar RM4,110,384.00.

Saman dikeluarkan oleh JPJ kepada pemilik kenderaan seperti anda supaya hadir ke Mahkamah di kawasan kesalahan dilakukan. Jika anda bukan pemandu ketika kesalahan dilakukan, pemilik hendaklah memberitahu JPJ maklumat pemandu dalam tempoh 30 hari dari tarikh Saman dikeluarkan.

Jikalau ramai yang tahu hak masing-masing pasti tidak akan membayar terus saman yang diterima. Ini kerana saman ertinya suatu notis memerintahkan seseorang hadir ke Mahkamah.

Dan saman tidak WAJIB dibayar kerana SAMAN adalah perintah hadir ke Mahkamah bukan perintah untuk membayar denda.

JPJ hanya menguatkuasakan undang-undang, tetapi bukan mereka yang menentukan samada anda bersalah atau tidak. Itu adalah kerja mahkamah yang menentukannya.

Ditambah pula baru-baru ini 1,400 pemandu yang menerima saman AES yang diperintahkan hadir di Mahkamah majistret Kuala Lumpur

Bagaimanapun, daripada bilangan itu, hanya 58 orang, yang hadir untuk kes mereka didengar mahkamah Yang menariknya di sini, 14 mengaku tidak bersalah dan 44 mengaku bersalah. Dua puluh empat orang yang mengaku bersalah itu didenda RM300 manakala 20 lagi diberi amaran.

P/S : Usaha Beta tegap Sdn. Bhd. & ATES Sdn. Bhd. tidak sia-sia. Nampaknya usaha mereka mula berhasil, mereka akan terus bekerja keras untuk melipatkan jumlah perolehan melalui "bisnes saman trafik ini" pada masa akan datang bagi membolehkan mereka menampung kos pelaburan yang dilakukan mereka berjumlah RM400 juta secepat mungkin sekaligus mula menuai hasil keuntungan selepas daripada itu.

Sumber: Beritasemasa.com"
 


Yang Keluaq UTUSAN - Kuliah Ustaz Azhar tidak dapat sambutan di Kedah


Utusan cakap hanya 30 orang saja hadir ceramah Ustaz Azhar Idrus di Kedah. Manakala TV3, mengatakan sambutan menghampakan untuk ustaz azhar idrus kerana Pakatan Rakyat.



 

Antara Kaum India mendengar Kuliah UAI






Hebat Ustaz Azhar Idrus..Masih Mampu Menarik Minat Anak Muda..walaupun ada PESTA
Posted on Sunday, December 09 @ 14:57:50 MYT 
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

InfoOleh: abuluqman

"

Poster Ustaz Azhar Idrus..Di Penang.

Hebat !!! Walaupun Pesta Pulau Pinang dan Program Hiburan Janji Di Tepati [TV3] Kehadiran Ustaz Azhar Idrus di Penang masih menarik minat anak muda.






Sebahagian Daripada..Jemaah, Rata rata orang Muda menghadiri kuliah.. Disamping itu ada dua Program Hiburan yang dianjurkan oleh ..Kerajaan Negeri [ Pesta Pulau Pinang ] dan, Janji Di Capati oleh TV 3...

Nukilan Abu Luqman"
 

| Print |

30,000 sertai Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang

Harakahdaily,09 Dis 2012

(Orang ramai yang memenuhi Dataran Kerdau untuk menyertai HKR Pahang)

 

TEMERLOH: Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengucapkan tahniah kepada rakyat Pahang yang menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang di Dataran Kerdau, malam ini.

 

Beliau menganggarkan kira-kira 30,000 hadir pada perhimpunan itu sekalipun pada masa yang sama berlangsung perlawanan bolasepak Piala AFF Suzuki peringkat separuh akhir antara Malaysia dengan Thailand.

 

(Pada perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini, Malaysia hanya seri 1-1 di mana gol pasukan negara dijaringkan Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-49 manakala Thailand oleh Teerasil pada minit ke-78.)

 

Ini, kata Tuan Ibrahim menunjukkan bahawa isu rakyat dilihat lebih penting oleh orang ramai walaupun mereka minat kepada sukan bola sepak.

 

(Ustaz Fadzil Noor Abdul Karim memimpin solat hajat dan munajat selepas solat Mghrib.)

 

"Saya pun minat bola, tetapi isu rakyat lebih penting daripada apa yang kita lihat (bola)," ujarnya yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat ketika menyampaikan ucapan pada majlis tersebut.

 

Beliau juga menjelaskan bahawa PAS Pahang mempunyai komitmen yang tinggi untuk menyelesaikan isu tanah tapak rumah rakyat yang tidak mempunyai tanah.

 

Katanya, Pakatan Rakyat mendapat mandat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti, masalah tersebut dapat diatasi.

 

Ini, katanya kerana Pahang mempunyai tanah  yang luas, justeru tidak ada masalah bagi Pakatan Rakyat untuk memberikan tanah tapak rumah kepada rakyat negeri ini yang masih tidak bertanah.

No comments: