PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Monday, October 01, 2012

Susah ke nak faham bajet BN vs PR... baca ini

Susah ke nak faham bajet BN vs PR... baca ini

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, 01 Okt 2012

Alkisah seorang petani -- kehidupannya diringkaskan seperti di bawah.

Pendapatan --> Hasil tanaman bergantung pada harga pasaran

Apa yang diperlukan untuk mendapatkan pendapatan (kos)
Tanah --> disewa daripada tuan tanah
Air --> bil air dibayar ke tuan tanah
Cangkul tempatan --> harga pasaran berdasarkan harga import cangkul luar negara oleh tuan tanah
Baja --> harga pasaran berdasarkan tuan tan
ah
Makanan seharian --> harga pasaran bergantung pada nilai baja

Petani ini hidup di tanah Tuan Tanah Lama yang juga pengeluar baja - akan tetapi pemerintah tidak dapat mengurangkan harga baja, malah harga meningkat.

Disebabkan itu, kos makanan seharian juga meningkat kerana kos tanaman sayur-sayuran dan hasil buah meningkat kerana harga baja.

Kadar air pula tinggi dan tanah yang disewa tetap perlu dibayar sewa.

Lebih sedih, harga cangkul tempatan tinggi disebabkan tuan tanah mengenakan cukai lebihan pada cangkul yang diimport daripada luar negara kononnya untuk melindungi pasaran harga cangkul tempatan.

Apabila kos semakin meningkat, duit dalam tangan petani semakin berkurang.

Pada satu hari, datang seorang Tuan Tanah baru untuk mengurangkan beban petani.

Tuan Tanah Lama takut kehilangan petani ini mengisytiharkan:

Imbuhan duit sekaligus RM500 untuk membeli cangkul.
Imbuhan duit sekaligus RM250 untuk membeli baja.
Mengurangkan sewa tanah sebanyak 1 peratus untuk tahun depan.

Ingat, duit Tuan Tanah Lama datang daripada mana? Daripada petani juga - daripada harga cangkul, harga baja, bil air dan sewa tanah - jadi imbuhan tersebut hanyalah menggunakan duit petani untuk dipulangkan kepada petani sebagai imbuhan.

Tuan Tanah Baru pula memberitahu petani baru:

Mengurangkan cukai pada cangkul, dengan ini harga cangkul tempatan akan jatuh.
Free air - 20m3 pertama.
Kurangkan harga baja secara sistematik dan kurangkan monopoli.
Mereka tidak akan memberi imbuhan duit, tetapi mereka akan melaksanakan perubahan pada sistem...

Petani menjadi sangat keliru dengan dua-dua tawaran terbabit. Tuan Tanah Lama asyik menghasut bahawa tawaran Tuan Tanah Baru tidak boleh dilaksanakan, dan imbuhan yang mereka berikan cukup lumayan.

Tuan Tanah Baru pula mengingatkan petani, masalah mereka tidak dapat diselesaikan dengan menerima sejumlah duit - kerana duit yang diterima hanyalah sementara, pendapatan mereka tetap tidak cukup kerana kos akan sentiasa meningkat di bawah Tuan Tanah Lama. Tawaran mereka, ya, tidak diberi imbuhan wang, tetapi segalanya adalah berkisarkan untuk mengurangkan kos-kos yang menghimpit kehidupan mereka.

Petani harus berfikir sejenak:
1. Jika mereka menerima tawaran Tuan Tanah Lama, adakah masalah yang mereka hadapi sekarang tidak akan lagi berulang pada tahun kedua? Ya, tahun pertama mereka akan berasa lega sedikit, tapi tahun kedua dan ketiga bagaimana pula? Dapatkah mereka menyewa lebih banyak tanah untuk diusahakan pada tahun kedua, ketiga dan seterusnya? Sudah 50 tahun keadaan tidak berubah... apakah ini akan berubah?

2. Apa pula yang petani dapat daripada Tuan Tanah Baru? Kos baja yang semakin menurun maka kos makanan menurun, kos cangkul menurun, lebih banyak pendapatan dapat disimpan pada tahun pertama, kedua dan ketiga, maka lebih banyak tanah yang disewa maka lebih pendapatan yang dapat dijana pada tahun-tahun berikutnya... Apabila lebih banyak tanah disewa, maka Tuan Tanah Baru juga mendapat untung yang lebih untuk cover pengurangan kos... Ya, ia tidak pernah dicuba, tapi apakah ia tidak berbaloi untuk dicuba untuk sekali ini?

Jika anda adalah petani tersebut, siapa yang anda patut pilih? Ambillah analogi ringkas ini untuk bandingkan apa yang ditawar BN dan PR dalam belanjawan mereka - dan buatlah keputusan dengan bijak.

Sekadar celoteh pagi Isnin. Jika ok, kongsilah dengan rakan-rakan di luar sana. Senyum.


1 October 2012

0 Pendapat

Pendapat Anda?

KeadilanDaily

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, berlaku defisit sebanyak RM21.6 bilion dalam perbelanjaan Bajet 2013 disebabkan banyak ketirisan urus tadbir negara.

Katanya, peningkatan bayaran hutang paling ketara sebanyak 56 peratus atau meningkat ke RM8 bilion berlaku sejak Datuk Seri Najib Razak menjadi Menteri Kewangan,

"Jika diperhatikan, sejak Najib menjadi Menteri Kewangan (2009-2013), saya khuatir keghairahan berbelanja ini sudah menjadi penyakit dan ketagihan.

"Contoh peningkatan sejak 2009 hingga 2013…(ialah) RM8 bilion (yang diguna) untuk membayar khidmat hutang telah meningkat sebanyak 56 peratus. Subsidi pula dari 2009 hingga 2013 meningkat sebanyak (RM)17.2 bilion iaitu 85 peratus.

"Bunyinya lunak untuk kebajikan, tetapi sebahagian besar subsidi ini hanya dinikmati oleh kroni mereka, tidak sampai ke golongan sasaran," katanya pada perbahasan Bajet 2013 di Parlimen hari ini.

"Ini bermakna jumlah pinjaman baru mengikut data Bank Negara sejak 2009 hinga 2013 adalah (RM)184 bilion," jelas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Menurutnya, perbelanjaan perbekalan dan perolehan melonjak 28 peratus kepada RM15 bilion, berbanding hanya RM7 bilion jika ia dilakukan melalui tender terbuka.

Bekas Menteri Kewangan itu berkata, ketirisan tersebut boleh dimanfaatkan kepada rakyat terutama untuk memberi pendidikan percuma dan memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Beliau berkata, perancangan ekonomi perlu kepada unjuran yang munasabah, kemudian dinilai sama ada sasaran itu berjaya dicapai atau sebaliknya.

Malangnya, kata Anwar, sejak Najib menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, unjuran bukan sahaja tidak berjaya dicapai, malah tersasar jauh.

Beliau turut mengecam pendekatan ekonomi Umno BN yang lebih mengutamakan golongan maha kaya.

Katanya, pendekatan ekonomi harus adil dengan memberi tumpuan kepada peningkatan pendapatan isi rumah setiap keluarga.

"Harta tidak seharusnya berlegar kepada orang-orang kaya. Sebab itu, Pakatan Rakyat menekankan perancangan ekonomi perlu beralih daripada mengejar sasaran ekuiti dan pertumbuhan semata-mata kepada sasaran isi rumah minimum sebanyak RM4,000 sebulan setiap keluarga menjelang pentadbiran Pakatan Rakyat.

"Paras pendapatan isi rumah keluarga menjadi sasaran ekonomi utama untuk memastikan rakyat tidak ketinggalan dari arus pembangunan," jelas Anwar.

Pakatan unjur garis panduan tingkat ekonomi

Beliau turut menggariskan beberapa pendekatan ekonomi dalam jangka panjang yang menjamin peningkatan pendapatan melalui sasaran seperti berikut:

1. Pertumbuhan ekonomi perlu dijana oleh usahawan kecil dan sederhana yang membentuk kelas perniagaan terbesar dalam ekonomi bukan hanya satu dua tauke besar yang membolot sebahagian besar ekonomi.

2. Pertumbuhan ekonomi bergantung kepada nilai tambah yang dihasilkan melalui peningkatan kemahiran dan kepakaran kerana peluang pekerjaan mempunyai pengaruh besar kepada ekomomi.

3. Peranan kerajaan dalam menjana ekonomi perlu dibatas kepada usaha mencambahkan bidang baru yang memesatkan kegiatan ekonomi secara strategik, bukan terlibat sama dalam kegiatan ekonomi dan bersaing pula dengan usahawan kecil serta pengusaha lain seperti yang berlaku oleh Khazanah Nasional.

Manakala pendidikan dan kemahiran yang khusus untuk berdepan dengan persaingan global adalah fokus kerajaan sebagai tangungjawab asas kepada rakyat untuk memesatkan ekonomi.

Dasar khusus yang menjamin paras gaji yang saksama juga perlu digubal demi menjamin kesejahteraan rakyat dan mengambil kira rakyat berpendapatan miskin dan rendah.



2012/10/1 Azlisham Said <azlisham_said@jabil.com>

MONDAY, OCTOBER 1, 2012

Nak kata apa tak tau kat menteri yg cakap mcm nie?


FDI: Negeri Pakatan Rakyat antara 5 tertinggi

Harakahdaily, 01 Okt 2012

KUALA LUMPUR: Negeri Pulau Pinang, Selangor dan Kedah yang ditadbir Pakatan Rakyat termasuk dalam lima negeri yang mencatat jumlah pelaburan asing (FDI) paling tinggi bagi tempoh 2008 hingga Julai tahun ini.

Di kedudukan pertama adalah Sarawak dengan nilai pelaburan sebayak RM30.3 bilion dikuti Pulau Pinang (RM25b), Selangor (RM23.9b), Johor (RM20.1b) dan Kedah (RM11.1b).

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Menteri Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir pada sesi soal jawab lisan persidangan dewan rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Ahli Parlimen Gopeng Dr. Lee Boon Chye yang mahu kementerian itu menyatakan jumlah pelaburan asing mengikut negeri bagi tenpoh tersebut.

Jumlah keseluruhan pelaburan FDI negara sepanjang tempoh itu menurut Mukhriz adalah RM145.3 bilion.


Selain Sarawak, dua lagi negeri yang terkenal dengan sumber bumi iaitu Sabah dan Terengganu masing-masing berada di tangga ke-8 dan ke-10 dengan nilai pelaburan RM6.3 bilion dan RM4.2 bilion.

Negeri Pahang iaitu negeri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berada ditangga ke-11 dengan nilai pelaburan RM2.8 bilion diikuti Kelantan pada tangga ke-12 dengan nilai pelaburan RM297 juta.

Berikut adalah kedudukan negeri mengikut kadar jumlah pelaburan paling tinggi:

1- Sarawak (RM30.3b)
2- P.Pinang (RM25b)
3- Selangor (RM23.9b)
4- Johor (RM20.1b)
5- Kedah (RM11.1b)
6- Melaka (RM7.9b)
7- Negeri Sembilan (RM7.2b)
8- Sabah (RM6.3b)
9- Perak (RM5.8b)
10- Terengganu (RM4.2b)
11- Pahang (RM2.8b)
12- Kelantan (RM297 juta)
13- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (RM196 juta)
14- Perlis (RM109 juta)
15- Wilayah Persekutuan Labuan (RM22.9 juta)

Sunday, September 30, 2012

Cubaan menipu PRU 13, SPR daftar 5 juta pengundi tiada alamat

Anwar Ibrahim mendedahkan sebanyak 64,100 pengundi pos dimasukkan dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam tempoh sehari, tanpa melalui prosedur.

"Audit mendapati ada  penipuan besar-besaran dari daftar pemilih. Penemuan 64,100 pemilih pos dimasukkan dalam daftar pada 9 April 2010, berkemungkinan besar tidak melalui proses semakan dan bantahan rasmi.

"Sebanyak 77, 246 nama pengundi baru yang tidak ada dalam daftar pemilih PRU 12,imasukkan.
"Bezanya apa? Permohonan dibuat bertahun-tahun sebelum PRU 12. Ada lima, lapan tahun tetapi tidak semena-mena nama-nama itu terpancar semula," kata Ketua Pembangkang pada majlis Makan Malam Perdana Pakatan Rakyat di Stadium Tertutup Melawati itu yang dihadiri kira-kira 3,000 pemimpin

Menyifatkan ia didalangi Umno lantaran tidak yakin memenangi PRU 13, Anwar memberi amaran keras kepada SPR supaya membersihkan daftar pemilih itu.

Tambah memeranjatkan, kata Anwar, SPR mendaftar pengundi yang tiada alamat.
"Ini bukan perkara baru, sebanyak 5.75 juta pemilih tiada alamat dalam daftar pemilih SPR, 3.3 juta hanya ada nombor rumah.

"Ada 4.38 juta pemilih tanpa nombor rumah. Dia jawab, di kawasan Dayak, Kadazan, nombor rumah tiada tapi takkan sampai 4 juta. Manakala 1.99 juta boleh diperbaiki, ada alamat tapi tidak dibetulkan," katanya.

Selain taktik pertambahan pengundi meragukan, beliau berkata, kaedah SPR untuk menipu melibatkan isu lokaliti dan persempadanan.

"Kita tahu beberapa nama diumumkan oleh kawan-kawan kita yang terlibat tentang soal lokaliti. Lokaliti ini dulu banyak tetapi dikurangkan. Dulu jika ada enam, sekarang jadi tiga.

"Selangor sahaja jumlah lokaliti berkurang daripada 24,479 kepada 13,813. Masalahnya, kita mahu semak satu persatu jadi susah sebab kawasan jadi besar," katanya.

Selain itu, katanya masalah pemilih pos juga berlaku kecurigaan kerana nombor kad pengenalan tidak sepadan.

"Ada 304,136, ini bukan jumlah kecil. Kita tak kata semuanya penipuan tetapi ada kejanggalan tentang tarikh permohonannya.

"Malah, sebanyak 2,522 pemilih tentera dan polis tanpa nombor kad pengenalan baru yang berpadanan dengan nama-nama mereka," katanya.

Empat Bukti SPR Menipu?

 SUSUPAN PAGI

Beberapa penemuan menunjukkan ada usaha oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SP)R) memanipulasikan daftar pemilih untuk memastikan kemenangan UBN di dalam pilihan raya akan datang. Perkara ini didedahkan oleh ketua pembangkang Anwar Ibrahim seperti mana yang ditemui di dalam laporan Odit Persempadanan dan Pemetaan Daftar Pemilih yang mereka perolehi. 

Sekurang-kurang ada lima bentuk penipuan yang sedang berlaku sekarang atau sengaja dilakukan walaupun kesalahana dan kecatatan itu boleh diperbetulkan. Beliau mendedah perkara ini semasa berucap di majlis makan malam Pakatan Rakyat di Shah Alam malam tadi. 

Perkara itu jelasnya;

1. Terdapat 64,100 pengundi pos yang namanya dimasukan dalam daftar undi pos dalam tempoh satu hari di mana proses ini tidak menerusi proses semakan dan bantahan.

2. Sebanyak 77,246 nama pemilih yang tidak terdapat dalam PRU 12 tetapi tiba-tiba muncul dalam daftar pemilih baru untuk PRU 13. Nama-nama ini sudah lebih lima tahun memohon sebelum ini tetapi baru dimasukkan, keadaan ini memelikkan.

3. Sebanyak 304,136 pemilih yang tarikh permohonan mereka diragui atau tidak ada langsung tetapi terdapat dalam daftar pemilih yang disahkan untuk dipakai dalam pilihan raya akan datang.

4.Sebanyak 252,000 nama pengundi polis dan tentera yang tidak disertakan dengan lokaliti. Lokaliti pula sekarang ini dikurangkan menjadikan pengundi disesuatu lokaliti itu besar menyebabkan sukar untuk membuat semakan dan pemantauan.

5. Terdapat 4.3 juga pengundi yang tidak beralamat atau tiada nombor rumah. 1.99 juta boleh diperbaiki segera tetapi tidak dilaksanakan.

Dengan terdedahnya beberapa perkara itu jelas menunjukkan SPR bersubahat melakukan kebusukan untuk memastikan UBN menang. Menurut daftar pemilih hingga Mac tahun 2012 terdapat 13 juta pemilih.

Sehubungan itu Anwar meminta supaya pemimpin Pakatan Rakyat yang ditugaskan menyelesai dan mengambil tindakan berhubung perkara ini menyegerakan tindakan.[wm.kl.10:51 am 29/09/12





Laporan Audit sedarkan dari 'candu' bajet Najib

Harakahdaily,
01 Okt 2012
KUALA LUMPUR: Pembentangan belanjawan gula-gula oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menumpukan kepada pemberian one-off merupakan gambaran ketandusan idea seorang pemimpin bagi memakmurkan ekonomi rakyat, menjana pendapatan dan mencari jalan bagi menerajui masa depan ekonomi negara yang lebih berdaya saing.
 
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata,  tindakan mengurniakan pembayaran one-off hanya menggembirakan penerima untuk sementara waktu, sedangkan peningkatan kos hidup terus bertambah dan seluruh rakyat menerima bebanan berterusan.
 
Ini, katanya umpama candu yang melalikan dan melalaikan buat sementara waktu tapi perit kesakitannya pasti mengunjung tiba, bahkan barah itu bakal ditanggung generasi akan datang.
 
Menurutnya, asas kepada pembinaan ekonomi negara  bukan hanya dilihat kepada apa yang dicurah, tetapi juga sejauh mana asas kawalan perbelanjaan negara diurus.
 
"Dengan kedudukan ekonomi dunia yang tidak menentu, tindakan PM dilihat hanyalah untuk menghabiskan dana negara dalam bentuk pemberian one-off bagi menarik golongan sasar di kalangan pengundi baru untuk membeli jaminan kerajaan korup ini terus berkuasa," ujarnya kepada Harakahdaily.
 
Kini, ujar beliau rakyat menanti pembentangan laporan audit negara yang sepatutnya dibekalkan bersama kepada seluruh ahli parlimen sewaktu pembentangan belanjawan.
 
Beliau berkata, Laporan Ketua Audit Negara yang sengaja digagalkan untuk dikemukakan oleh kerajaan, menyebabkan analisa belanjawan hanya tertumpu apa yang diumum tanpa melihat sejauh mana ketirisan, penyalahgunaan kuasa, dana dan kemampuan urus tadbir oleh kerajaan BN.
 
"Laporan Audit ini bakal menjadi ubat penyedar kepada mereka yang terkena 'candu' yang ditanam dalam bajet Najib," katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.
 
Ini kerana, tambah beliau Laporan Audit dua tahun kebelakangan ini mendapati betapa kerajaan yang ada gagal melakukan pembaikan, walaupun ianya ditegur setiap tahun oleh Ketua Audit Negara.
 
BN, katanya sudah tentu ingat bagaimana mereka hampir tidak melakukan apa-apa dalam isu NFC, berdiam seribu bahasa dalam isu pembelian komputer RM40,000 dan juga binokular bernilai RM56,350.
 
Justeru, ujar beliau rakyat seharusnya berfikir secara serius berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara mengenai betapa perlunya sebuah kerajaan baru yang lebih amanah bagi menerajui masa depan negara dan bukannya berdasarkan candu racun yang ditanam dalam bajet untuk menang pilihanraya Barisan Nasional.




"Saya Tukar Daulat Tuanku Kepada Allahu Akbar Supaya Pelafaznya Dapat Pahala" - Sultan Kelantan

Sultan Yang Prihatin

SEJAK dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang ke-29 pada 13 September 2010, inilah buat pertama kalinya Sultan Muhammad V memberikan wawancara khas kepada para wartawan media cetak dan media elektronik.

Wawancara khas itu telah berlangsung di Istana Negeri, Kubang Kerian, Kota Baru pada Rabu, 4 Mei 2011 pada lebih kurang jam 5.30 petang dalam suasana penuh protokol tetapi tetap mesra.

Wawancara itu juga diadakan bersempena dengan pelancaran Yayasan Sultan Kelantan yang akan dilangsungkan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) minggu hadapan.

Sebanyak 12 wakil media termasuk dari Mingguan mStar dan The Star telah dijemput untuk menemuramah Sultan Muhammad V yang hadir segak menggenakan sut coklat muda ala Nehru.

Baginda Sultan juga sentiasa memulakan bicara dengan terlebih dahulu melafazkan Bismillahirrahmanirrahim dan Asalamualaikum kepada pertanyaan wartawan muslim dan salam sejahtera kepada wartawan bukan Islam.

Dan sebelum memulakan wawancara baginda terlebih dahulu bertanya sama ada perbualan yang akan berlangsung itu hendak menggunakan dialek Kelantan ataupun bahasa rasmi.

Sepanjang wawancara itu yang berlangsung selama lebih 45 minit, baginda hanya membahasanya dirinya sebagai 'saya' bukannya 'beta' sebagaimana lazim digunakan di dalam istana.

Berikut adalah petikan wawancara bersama Tuanku Sultan Muhammad V:

> Perkara pertama yang terlintas di dalam fikiran sebaik sahaja menaiki takhta Kesultanan Kelantan: Perkara pertama ialah untuk memilih nama rasmi yang akan dipakai selaku Sultan iaitu Sultan Muhammad V dan perkara kedua ialah untuk menukar seruan "Daulat Tuanku" yang lazim digunakan sebelum ini kepada seruan "Allahu Akhbar". Pada pandangan saya, inilah yang paling sesuai kerana secara tidak langsung siapa yang melafazkannya akan memperolehi pahala. Itulah yang terbaik untuk rakyat saya.

> Mengapa memilih menggunakan gelaran Sultan Muhammad V sebagai gelaran rasmi: Kerana kalau kita tengok dalam sejarah salasilah negeri Kelantan, Sultan yang terakhir, menggunakan gelaran Sultan Muhammad Ke-IV.Jadi kalau nama saya sendiri sudah Muhammad, secara semula jadinya itulah pilihan pertama saya. Dan setelah berfikir semasak-masaknya itulah pada fikiran saya yang terbaik... Insya-Allah.

> Bilakah akan ditabal secara rasmi selaku Sultan Kelantan: Saya fikir, bukan perkara ini tidak pernah berlaku (tidak melangsungkan upacara pertabalan). Misalnya untuk senang diterima, kita ambil dalam hal Almarhum Sultan Johor yang lepas, baginda tidak pernah ditabal walaupun menjadi Sultan Johor untuk lebih 23 tahun jika tidak silap saya. Jadi soal pertabalan ini adalah lebih kepada formaliti jika hendak dibandingkan dengan keperluan. Sebab saya fikir, ini bukan hendak glorify atau bermegah-megah atau hendak membesar-besarkan diri kita sendiri tetapi ini lebih soal tanggungjawab. (Nota: Untuk makluman pembaca, Sultan Muhammad telah dimasyurkan secara rasmi pada 13 September 2010 sebagaimana yang dituntut oleh perlembagaan negeri. Soal pertabalan hanyalah merupakan satu adat yang terpulang kepada Sultan sama ada ingin menyegerakannya atau mengadakannya pada satu tarikh yang difikirkan sesuai.)

> Tentang hubungan dengan ayahanda, bonda dan adinda-adinda pada masa ini: Jawapan yang terbaik kepada soalan ini pada saya ialah"Alhamdulillah..."

> Perasaan tentang perhatian seluruh negara yang tertumpu kepada isu-isu yang melingkari Istana Kelantan: Saya rasa jawapan yang paling sesuai ialah kita tidak boleh nak fikir sangat (hal ini) sebab jika kita terlalu memikirkan sangat, nanti otak kita akan sesak (jammed) jadi kita kena reda, kita tunggu dan kita lihat apa yang berlaku itu, jika kita fikir ia sudah takdir, maka kita lihatnya sebagai takdir. jika kita hendak fikir banyak sangat why? why? why?...akhirnya kita tidak akan terfikir kerana otak manusia atau data base otak manusia tak akan dapat memikirkan kenapa ini semua terjadi.

> Rahsia tidak kekok untuk berada bersama-sama rakyat, duduk dan makan bersama malah menyembelih lembu bersama-sama rakyat dalam majlis-majlis keramaian: Kalau kita buat sesuatu perkara yang kita suka seperti sesetengah orang suka menyanyi, sesetengah orang suka makan, tengok tv, akhirnya ia akan menjadi senang untuk kita. Misalnya jika kita suka makan nasi lemak, kita makan sepuluh bungkus pun tidak ada hal.

> Rahsia mudah didekati oleh rakyat dan tidak kekok memberi bantuan peribadi: Bagi saya senang sahaja sebab jika kita perhatikan sewaktu ayahanda saya menjadi Sultan, tidak ada satu yayasan dibuat atas namanya. Jadi saya fikir mengapa tidak ada (yayasan). Jadi itu yang mendorong saya untuk memberi sumbangan peribadi kepada rakyat jelata. Sebab tidak ada yayasan di atas nama ayahanda saya yang dapat saya gunakan untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat (Nota: sebaik sahaja diangkat menjadi Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V telah menubuhkan sebuah yayasan yang diberi nama Yayasan Sultan Kelantan yang tujuannya adalah untuk menjaga kebajikan, pendidikan dan keagamaan rakyat di bawah jajahannya.)

> Mengenai perancangan Yayasan Sultan Kelantan dalam membantu rakyat: Kita anggarkan kita akan dapat mengutip antara RM5 hingga RM6 juta (untuk dana awal). Selepas itu anggota lembaga pemegang amanah akan memutuskan cara untuk menyalurkan wang tersebut. Apa yang penting ialah untuk menentukan supaya program baru untuk mengumpul dana dapat dirancang dengan baik agar wang dana itu tidak habis. Jika wang dana tidak mencukupi atau kehabisan ini bermakna hanya segelintir pihak sahaja yang berpeluang mendapat faedah daripada dana ini. Matlamat yayasan ini ialah untuk membantu seseorang itu berdikari supaya dia sendiri dapat menguruskan dirinya selepas itu tanpa bantuan lagi.

> Pandangan tentang isu pembangunan yang dihadapi oleh rakyat dan negeri Kelantan: Masalah negeri Kelantan saya nampak adalah tentang soalkekurangan infrastruktur asas dan tidak semaju seperti mana negeri Selangor atau Johor. Jadi kalau negeri-negeri ini banyak lebuhraya dan jalan baru dibina akhirnya kampung-kampung kecil dan bandar-bandar kecil yang berada di sekitar kawasan yang memiliki kemudahan infra seperti jalan raya dan sebagainya akan menerima pembangunan secara tidak langsung. Ini kerana, saya selalu ke mana-mana menggunakan kereta, jadi saya dapat tengok bagaimana kawasan yang mempunyai jalan besar dan utama akan turut membangun dan kampung itu tidak mati. Tetapi jika tidak ada jalan dan pembangunan ekonomi susah hendak sampai ke situ, ia akan mati termasuklah masyarakat kerana mereka tidak ada kesempatan untuk turut membangun kerana tiadanya komunikasi dengan dunia luar. Di Kelantan itu yang paling ketara...

> Tentang prinsip-prinsip asas dan perubahan utama yang akan dilaksanakan: Prinsip saya ialah kita sebagai pemerintah haruslah aktif membuat tinjauan kerana hanya dengan meninjau kita akan mendapat gambaran sebenar (keadaan di bawah) dan dapat ambil tindakan sewajarnyaserta dapat memberi keutamaan kepada yang mana perlu mendapat perhatian terlebih dahulu.

> Tentang tahap kemajuan ekonomi dan pembangunan sosial negeri Kelantan: Seperti mana yang saya katakan di awal wawancara tadi, tidak ada bandar di dunia ini dapat bangun tanpa ada infrastruktur asas seperti jalan, hospital, lapangan terbang. Saya bukannya hendak campur politik tetapi apa yang saya maksudkan di sini ialah kalau hendak bangunkan sesuatu kita perlu buat kajian fisibiliti terlebih dahulu. Contohnya macam saya balik (dari sesuatu majlis) dengan kereta saya dapat lihat sendiri kesesakan lalu lintas yang teruk kearah pusat bandar (Kota Baru) bila ada cuti am. Mengapa sesak? Kerana jalan tidak luas atau tidak cukup tetapi kereta banyak. Mengapa kereta banyak? Sebab pada waktu cuti umum orang Kelantan di luar Kelantan balik bercuti ke Kelantan. Jadi kalau kita buat lebuh raya dan buat tol sudah pastinya kita akan dapat menjana pendapatan kerana ramai yang balik ke Kelantan menggunakan kereta. Akhirnya hasil (wang) akan berpusing dan ini akan merancakkan ekonomi termasuk hasil pendapatan rakyat. Bila ini berlaku ia akan menyenangkan hati rakyat – tidak kiralah sama ada ekonominya ke, kesejahteraan dia ke, atau kesihatan dia ke, asalkan rakyat senang. Dan apa sahaja yang akan menyenangkan rakyat kita sokong. Jadi kita tidak hendak menyalahkan mana-mana pihak. Cuma bila kita buat perbandingan contoh Kelantan dengan Terengganu, Kelantan dengan Pahang, Kelantan dengan Johor atau Selangor, Wilayah Persekutuan, kita akan tahu jawapannya kedudukan kita di mana.

> Mengenai impak aktiviti politik kepada perpaduan rakyat: Sistem politik ini, bagi saya selagi ia tidak bercanggah dengan agama dan kita tidak memburuk-burukkan orang lain dalam ceramah tidak mengapa. Bagaimanapun ia bergantung atas diri masing-masing. Misalnya atas pentas ceramah, kalau sesetengah orang itu mulutnya laser, akan keluar perkataan-perkataan yang tidak elok tetapi kalau orang itu jenis orang baik, tak akan keluar kata-kata buruk ke atas orang lain. Jadi kita sendiri kena tahu bila hendak tekan brek (had). Kalau saya sendiri nak cakap apa-apa pun siapa boleh halang saya cakap tapi kita sendiri kena tahu bila hendak brek. Sebagai manusia kita kena tahu had kita di mana. Jika tidak, kita akan menjadi seperti sebuah kereta api yang out of control yang akhirnya akan terbalik.

Ulasan GB

Mana nak cari lagi sultan macam ni, sanggup gugurkan "Daulat Tuanku" kepada "Allahu Akbar" semata-mata kerana mahu rakyatnya memperolehi pahala sewaktu melafaznya....

Sabda Baginda bermaksud: Barang siapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran maka dia akan mendapat satu kebaikan dan satu kebaikan digandakan sepuluh, aku tidak katakan bahawa 'alif lam mim' satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf. (Riwayat Tirmizi)

Sebut sahaja seruan الله اكبر dah berpahala berlipat-lipat kali ganda. Sungguh mulia hati Tuanku yang seorang nih.

No comments: