Ribuan di Kedutaan AS, bantah filem hina nabi
KUALA LUMPUR: Ribuan umat Islam hari ini menyertai himpunan di Hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara bagi membantah penerbitan filem "Innocence of Muslims" yang menghina Nabi Muhammad SAW.
Antara yang berada di barisan hadapan perarakan ini termasuklah Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Nasruddin Hassan, Naib Presiden PKR Tian Chua dan Nurul Izzah Anwar.
Salahuddin dalam ucapannya mendesak Presiden Amerika Barack Obama memohon maaf kepada seluruh umat Islam di atas penghinaan yang dibuat penerbit filem Amerika itu.
"Kita orang Islam hormat agama lain. Kita hormat Yahudi, Budha, Sikh dan sebagainya. Oleh itu kita minta Amerika memohon maaf kepada umat Islam.
"Jangan hina nabi kami, kelak akan mengundang padah. Kami sayangkan nabi dan agama kami. Kita rela pertahankan dalam apa juga keadaan," katanya disambut laungan hidup Islam oleh para hadirin.
Beliau juga mendakwa isu ini bukan isu agama Islam semata-mata malah juga berkait dengan isu kemanusiaan sejagat.
"Kita perlu tunjukkan semangat setiakawan. Penghinaan ini harus dihentikan dan Amerika perlu ambil tindakan segera.
"Kita tidak mahu berlaku pertembungan antara agama," ujarnya.
Sementara menunggu pertemuan dengan wakil kedutaan selesai, pidato di luar pagar bangunan kedutaan diteruskan.
Antara yang berucap termasuklah Timbalan Ketua DPPM, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz, AJK PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad, dan Naib Presiden PKR N Surendran.
[Lanjut menyusul] Rosmah Pakai Jam Tangan Bernilai RM350 000 Posted on Thursday, September 20 @ 20:00:00 UTC Dilulus untuk paparan oleh lararatu |

"

Terkini koleksi yang jam tangan yang dipakai Rosmah dalam satu majlis yang dihadirinya di Vietnam berjaya dirakam lense kamera…Dikatakan harga jam tangan yang dipakai oleh Rosmah Mansor dikatakan bernilai antara £70,000 - £100,000. Dan harga tersebut tidak termasuk duit import lagi.
Jenama Franck Muller merupakan salah jenama yang telah menghasilkan antara jam tangan paling mahal di dunia yang bernilai USD2.4 juta.
Persoalannya bagaimana beliau boleh berbelanja mewah seperti ini?
P/S : Walaubagaimanapun, carian kami untuk rekabentuk seperti yang dipakai oleh Rosmah Mansor tiada dalam senaraian jenama Franck Muller, besar kemungkinan ia cukup ekslusif dan direka khas untuk Rosmah Mansor mungkin? - Fathul Bari Suruh Kadir Sheikh Fadzir Bertaubat"
- Bagaimana Rosmah Mansor masih mampu meneruskan tabiatnya sehingga mampu memililki satu lagi barangan mewah (jam tangan berjenama Franck Muller) selepas berjaya melakukannya ketika memiliki cincin bernilai RM24 juta sebelum ini.
- Banyak sangatkah pendapatan seorang yang bergelar Perdana Menteri Malaysia sehingga berjaya menampung perbelanjaan mewah isterinya selama ini? Adakah ada lagi "Pendapatan Sampingan"? Mungkin?
BN khianati dana awam beli saham FGVH
Bashir Ishak, | 21 Sep 2012 |

Menurut pengerusinya, Mohd Anuar Tahir(gambar) penyenaraiakan FGVH ke Bursa Malaysia bukan lagi dilihat melibatkan para peneroka Felda serta para pelabur malah kini melibatkan golongan pekerja.
"Baru-baru ini Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) turut terlibat membeli saham FGVH ketika sahamnya sedang jatuh. Justeru keprihatinan Lajnah Pekerja kini bukan sahaja membabitkan golongan peneroka Felda malah ianya turut membabitkan golongan pekerja di negara ini memandangkan tabungan hari tua mereka kini turut dilaburkan.
"Pihak kami memandang serius amalan kerajaan BN yang memaksa pengurusan tabung-tabung awam milik rakyat untuk membeli saham-saham tertentu yang belum tentu akan memberikan pulangan yang baik kepada pencarumnya," jelas beliau.
Menutu Mohd Anuar lagi, Lajnah Pekerja PAS Pusat bimbang dengan amalan kerjaan BN sedemikian kerana setiap tabung awam seperti KWSP, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) atau Tabung Haji adalah dana awam yang diamanahkan oleh pencarum untuk diuruskan dengan sebaiknya.
"Janganlah tabung awam in digunakan sewenang-wenangnya. Tabung Haji umpamanya adalah simpanan terbesar umat Islam untuk menyempurnakan rukun Islam yang diharap dapat membaiki atau memperkukuhkan ekonomi ummah telah digunakan sewenang-wenangnya.
"KWSP sebagai khazanah terbesar pekerja untuk hari tua mereka setelah sekian lama berkorban dan berkeringat untuk memajukan negara ini juga telah digunakan untuk projek-projek kerajaan BN," katanya.
Untuk itu, ujarnya Lajnah Pekerja PAS Pusat mendesak kerajaan supaya memberhentikan amalan menggunakan tabung awam untuk projek-projek yang berisiko atau sebagai "bail-out" projek yang dijangka akan gagal.
"Kejatuhan saham FGVH baru-baru ini bukan lagi isu peneroka Felda tetapi juga menjadi isu bersama rakyat di negara ini. Menggunakan tabung awam untuk pelaburan yang merugikan apatah lagi untuk menjadi 'pak sanggup' di bursa saham merupakan perlakuan yang malang dan tidak bertanggung jawab.
"Saya mengajak golongan pejuang nasib pekerja dan kesatuan pekerja di negara ini untuk mendesak kerajaan BN memberhentikan polisi khianat kepada para pekerja di negara ini seperti yang berlaku kepada KWSP dalam pembelian saham FGVH ini.
"Golongan pekerja jangan takut untuk turun ke jalan raya sekiranya polisi khianat seperti ini diteruskan kerajaan BN," ujarnya lagi
No comments:
Post a Comment