PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Monday, April 16, 2012

Sampai bila Najib nak bohong

Sampai bila Najib nak bohong


Pembohongan Najib Tun Razak Berkaitan PTPTN
Tulang Besi sedang perhati segala kenyataan Najib Tun Razak bersama-sama juak mereka terhadap cadangan Pakatan Rakyat menghapuskan PTPTN. Tampak begitu gusar dan risau mereka BN apabila cadangan Pakatan Rakyat itu mendapat sambutan hangat dari rakyat Malaysia.

Orang2 UMNO pun meleleh air liur mereka melihat tawaran Pakatan Rakyat ini menyebabkan kesayangan mereka kepada Najib Tun Razak semakin luntur. Tak heranlah populariti Najib semakin pudar sejak akhir2 ini.

Mari kita nilai kenyataan2 Najib dan kawan2 nya itu:

1.0 Belanja menghapuskan PTPTN adalah berjumlah RM43 billion

HAKIKAT: Jumlah sebenar hutang tertangguh PTPTN adalah hanya RM23 billion sahaja. 

Angka RM43 billion itu hanyalah angka unjuran bagi 5 tahun yang akan datang. Kalau Pakatan Rakyat menghapuskan PTPTN selepas bulan Jun ini, maka Pakatan Rakyat akan ambil langkah2 lain untuk memastikan jumlah tertangguh tersebut tidak akan sampai RM43b.

Najib Tun Razak jelas berbohong di sini.

2.0 Hanya 3 negara sahaja di dunia ini yang mengamalkan Pendidikan Percuma sehingga habis universiti.

HAKIKAT: Tak perlu pergi jauh, rujuk pada WIKIPEDIA di sini

Di situ disenaraikan lebih 25 negara yang menawarkan pendidikan universiti percuma. Senarai yang diberikan adalah:

Barbados, Brazil, Belgium, Croatia, Denmark, Finland, Greece, Hungary,Kenya, Malta, Mauritius, Morocco, Norway, Scotland, Slovakia, Sri Lanka, Sweden, Trinidad and Tobago, Brunei, Turkey, Oman, Saudi Arabia

Dato Najib cuma memberi nama 3 negara sahaja tapi hakikatnya jumlahnya jauh lebih banyak. Jelas Najib menipu di sini.

3.0 Untuk pendidikan percuma, rakyat negara terpaksa membayar cukai yang tinggi.

HAKIKAT:

a. Cukai yang tinggi di negara2 Eropah adalah kerana negara mereka tiada sumber muka bumi yang kaya. MAka, kerajaan Eropah terpaksa bergantung kepada cukai semata-mata untuk pentadbiran kerajaan.

Ia bukan kerana pendidikan percuma semata-mata.

b. Cukai yang tinggi di negara2 Eropah kepada program2 kerajaan yang lain seperti kebajikan, pembangunan, pengangkutan awam, simpanan masa tua, perumahan rakyat, kebersihan, keselamatan dan berbagai-bagai lagi.

Kiranya untuk pendidikan sahaja nescaya cukai tersebut tidak tinggi.

Najib jangan cuba berbohong dalam isu ini!!!

4.0 Negara akan bangkrap kalau PTPTN dihapuskan

HAKIKAT: Yang menghairankan apabila terdedah skandal2 melibatkan pimpinan UMNO seperti isu NFC tidak pula kedengaran suara dari Dato Najib berkaitan dengan bangkrap nya negara.

Projek KLIA2 yang berjumlah RM1 billion itu. Padahal, kalau dinaiktaraf Lapangan Terbang Subang sahaja pun sudah cukup dengan kos tidak sampai RM50 juta.

Dengan kata lain, setiap kali ada usaha mengurangkan kesengsaraan rakyat, Najib akan keluar memberi amaran yang sama, yakni, negara akan bangkrap.

MAsa isu menaikkan subsidi minyak pun amaran yang sama diberikan. Malahan Dato Najib telah meminta rakyat Malaysia mengubah cara hidup anda.

NAmun, tak pernah kita dengar dari mulut Najib mahupun pimpinan2 UMNO yang lain bahawa negara akan bangkrap kalau korupsi tidak dihentikan, kalau pembaziran tidak dihentikan oleh pentadbiran negara.

Sepatutnya diberhentikan korupsi dan pembaziran dahulu. Baru fikir nak susahkan rakyat.

5.0 Bayaran PTPTN tak membebangkan pelajar

HAKIKAT: Sekiranya tidak membebankan rakyat, kenapa cadangan PR ini popular.

Bayangkan, disebabkan bunga yang dikenakan ke atas pelajar, hutang yang mereka ambil hampir2 dua kali ganda bila dibayar.

Kesimpulannya, ada pepatah melayu "Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih".

Kalau benar2 mahu, maka ada jalannya di samping memastikan sumber negara tidak ketirisan kerananya.

Ataupun yang sebenarnya mendapat keuntungan besar dari PTPTN adalah pemilik2 kolej dan pusat pendidikan swasta. Mereka ini bukankah para kroni2 UMNO yang amat disayangi UMNO?

Pakatan Rakyat sanggup mengambil tugas ini dan pada waktu yang sama memastikan kewangan negara stabil.

Kalau Najib tak sanggup ambil tugas ini, maka dipersilakan letak jawatan.

Tulang Besi

at Thursday, April

24 Jamadil Awal 1433 H | 16 April 2012

Puluhan ribu sertai ceramah Kadir Sheikh Fadzil

Harakahdaily, 15 Apr 2012

BALING, 16 April: Puluhan ribu telah menyertai majlis ceramah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil malam tadi di Kupang, dekat sini.

Turut serta di majlis itu adalah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak.


(Tan Sri Kadir buat pertama kali berucap di atas pentas PAS selepas keluar Umno)

 

Ini adalah majlis ceramah pertama yang dibuat oleh Tan Sri Kadir di atas pentas PAS selepas mengisytiharkan keluar dari Umno.

Kadir ketika bertemu dengan Presiden dan pimpinan PAS yang lain di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut baru-baru ini telah bersetuju untuk berceramah di atas pentas PAS.

Sebelum ini, Kadir telah mengumumkan keluar dari Umno ekoran tindakan pimpinan Umno mempertikaikan beberapa kenyataannya sebelum ini. 

Namun sehingga kini beliau belum mengisytiharkan untuk menyertai mana-mana parti.

(Antara puluhan ribu yang menyertai ceramah Tan Sri Kadir malam tadi di Kupang)

 

Ceramah yang sertainya malam tadi adalah sempena dengan kunjungan pimpinan PAS yang diketuai Ustaz Abdul Hadi ke Kedah.

14 April lepas, Abdul Hadi berkunjung ke Perlis sebelum berlepas ke Kedah dalam dalam siri kunjungan pimpinan PAS ke negeri-negeri.

Sebelum ini, Abdul Hadi telah mengunjungi Johor, Terengganu dan Pahang.

Ia diatur oleh Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat.

Satu lagi pasukan diketuai oleh Timbalan Presiden PAS, Haji MOhamad Sabu.

Semalam, kumpulan yang diketuai Mohamad Sabu melawat Perak dalam siri mempersiapkan jentera PAS sepenuhnya untuk menghada


Alhamdulillah Harga Minyak Turun...!!!

Minyak turun dalam masa 24 jam Selepas Pakatan Rakyat perintah

TIDAK termasuk dalam 10 perkara yang Buku Jingga yang Pakatan Rakyat akan laksanakan dalam masa 100 ia berkuasa iaitu untuk menurunkan harga minyak petrol dalam masa 24 jam ia mengambil. 
 
Jika ditambah dengan menurunkan harga minyak ini, maka janji segera Buku Jingga itu menjadi 11 perkara.Maka menurunkan harga minyak itu yang pertama dan paling senang untuk dilaksanakan.

Anwar Ibrahim sebagai jurucakap  Pakatan Rakyat sekali lagi menegaskan baru-baru ini bahawa minyak akan diturunkan dalam masa 24 jam sebaik saja mengambil alih Putrajaya. Ia bukan penegasan Anwar yang pertama, malah telah ditegaskannya  sebelum Buku Jingga itu diterbitkan dua tahun lalu. Ketika harga runcit minyak melambung sebelum Pakatan Rakyat dibentuk banyak tahun dulu Anwar sudah mengumumkannya dia menguasai Putrajaya.
 
Bahkan ia telah didebatkannya dengan  Menteri Penerangan masa itu, Shabery Cheek melalui TV siaran langsung. Cara ia boleh diturunkan telah diterangkannya pada masa itu. Ia tidak dapat dicabar dan minyak turun selepas itu.

Buku Jingga hanya merakamkan tentang pemberian royalti minyak dari  5 peratus  saja kepada 20 peratas bagi negeri-negeri yang mengeluarkan minyak. Menaikkan royalti itu adalah nikmat untuk Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak  saja. Tetapi menurunkan harga minyak itu adalah nikmat kepada semua.
Tawaran Anwar itu tidak sekadar tawaran politik tetapi itulah tindakan politik yang betul sebagai negara yang menghasilkan minyak.
Negara tidak akan bankrap dengan penurun minyak itu kerana ia pun memang dapat percuma dari dalam laut. Ia selari dengan langkah memberi minyak murah kepada kebanyak negara mengeluarkan minyak di seluruh dunia. Rakyat Malaysia akan dapat menikmati apa yang rakyat Saudi, Iraq, Libya dan lain-lain dapat. Semua negara itu tidak meleset dengan minyak murahnya.
 
Negara sebenarnya bertuah dengan harga tinggi minyak di pasaran dunia. Dari  tahun 2007 hingga 2010 duit yang diamabil dari Patronas ialah 325 bilion ringgit atau 81.25 bilion setahun. Berkali ganda dari perbelanjaan kerajaan datang dari duit Patronas.
 
Menurunkan harga minyak dan memberi 20 peratus royalti minyak kepada  beberapa buah negeri yang bertuah itu tidak akan menghabiskan hasil  dan keuntungan Patronas.
 
Tetapi yang indahnya ialah tindakan menurunkan harganya adalah satu langkah memberi kebajikan kepada rakyat dan ia adalah ibu kepada pembendungan terhadap segala masalah dan kepincnngan  rakyat.
Ia menjadikan pendapatan rakyat terangkat disebabkan nilai ringgit bertambah baik. Mereka dapat berbelanja lebih hasil dari penjimatan belanja atas minyak.  Harga barang rata-rata dapaat dikawal.
 
Dengan gaji miniman RM1,500 sebulan yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat menjadikan mereka bertambah lega disebabkan minyak yanag mudah. Minyak dapat diberi banyak dari wang yang digunakan atas nilai yang  sama.
 
Tiada ada yang cerdik akan menolak  tawaran yang baik. Manusia memang diajar memilih mana yang baik dari dua atau lebih tawaran. Hanya orang bodoh dan orang mabuk saja memilih benda yang sama nilai yang berharga mahal.
 
Orang yang memilih yang mahal bukan saja bebal dan bodoh,  tetapi membazir. Membazir bukan perbuatan yang baik tapi ada amalan syaitan.
 
Biasanya pengguna yang memberi sesuatu dengan harga yang mahal sedang ia boleh dibeli mudah akan merasa dirinya tertipu dan menyesal. Maka dia akan berhati-hati tidak tertipu dan tidak memberi dengan harga yang mahal lagi.
 
Justeru rakyat yang cerdik dan menjagi kepentingannya dan keluarganya tidak menolak  tawaran Pakatan Rakyat hendak menurunkan harga minyak, kerana ia boleh dibuat dan patut dibuat.@KedahLanie
 
Posted by Kedah Lanie at 12:30 PM

22 Jamadil Awal 1433 H | 14 April 2012
Harakahdaily :  

Lynas: Kapitalis untung, rakyat kaut radioaktif

Anis Nazri, 13 Apr 2012

KUALA LUMPUR, 13 April: Setelah hampir sebulan kumpulan anti-Lynas berhimpun secara besar-besaran di Kuantan, sekali lagi himpunan serentak di seluruh negara diadakan, petang tadi. 

Di Shah Alam, kira-kira 200 peserta berbaju warna hijau, berhimpun di Dataran Bandaraya Shah Alam, sebagai bantahan terhadap sikap kerajaan dalam menangani isu loji nadir bumi, Lynas Advanced Materials Plant (LAMP), di Kuantan, Pahang.

Kumpulan tersebut yang bergerak dari Masjid Negeri Shah Alam, selepas solat Jumaat itu, diketuai Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Mohamad ketika berucap di hadapan peserta solidariti, berkata projek di Kuantan ini hanya memberi keuntungan kepada pihak kapitalis, manakala rakyat hanya mengaut sisa radioaktif dari projek berkenaan.

Katanya, sudah jelas kesan dari projek LAMP ini hanya membawa kemusnahan, bukan sahaja kepada kesihatan manusia, tetapi juga terhadap alam sekitar.

"Kita tidak mahu apa yang berlaku di Bukit Merah, Perak berulang di Kuantan.  Malaysia bukan 'dumping site' untuk sisa berbahaya. Ini bukan isu parti, bangsa apa yang perjuangkan. Ini tentang kemanusiaan," tegas beliau.

Sementara itu, jurucakap Badan Bertindak Anti Rare Earth (Badar), Zulkefly Mohamad Omar berkata, pihaknya akan memfailkan rayuan berhubung penolakan semakan kehakiman yang difailkan sepuluh penduduk Gebeng, Kuantan terhadap tindakan Atomic Energy Licensing Board (AELB) meluluskan lesen operasi sementara kepada Lynas.

"Kita akan failkan rayuan. Kita yakin ada kepentingan pihak tertentu dalam mempertahankan projek ini.  Hanya satu sahaja isyarat yang wajar rakyat tunjukkan kepada pemerintah sebagai penentangan terhadap projek ini. Tolak mereka yang menyokong pembinaan loji Lynas dalam pilihan raya umum akan datang," tegasnya.

Himpunan itu turut dihadiri Ahli Dewan Undangan (Adun) Hulu Kelang, Saari Sungib; Adun Meru, Dr. Rani Osman; peguam Harris Ibrahim, Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S. Arutchelvam dan aktivis mahasiswa, Safwan Anang.

Mereka melaungkan pelbagai slogan, antaranya 'Henti Lynas', 'Hidup Rakyat', Hidup Alam Sekitar', 'Jahanam Kapitalis' dan 'Go Back To Australia'.

Kira-kira 20 anggota polis beruniform dan berpakaian preman hanya memerhatikan himpunan, manakala anggota trafik mengawal keadaan lalu-lintas.

Di Melaka, Pakatan Rakyat Melaka turut berjaya menghimpunkan kira-kira 200 peserta bagi menyatakan solidariti berhubung isu sama.

Perhimpunan yang diadakan di hadapan kampus Universiti Terbuka Malaysia, Bukit Palah, itu turut disertai Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari.

Selain Adly, turut serta dalam perhimpunan tersebut ialah pemimpin Pakatan Rakyat negeri, antarana Pengerusi DAP,  Goh Leong San; Timbalan Pengerusi PKR, Rahim Ali serta wakil daripada Dewan Perhimpunan Cina Melaka dan Solidariti Anak Muda Malaysia.

Di Sungai Petani, Kedah, hampir 2000 kumpulan anti-Lynas berhimpun di Dataran Jam Besar, yang turut disertai Ahli Parlimen Jerai, Firdaus Jaffar; Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul; Adun Kota Darul Aman, Lee Guan Aik; wakil Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Selain di Shah Alam, Melaka dan Kedah, turut berlangsung himpunan sama di 10 lokasi lain seperti di Pahang (Masjid Al-Fatah, Batu 3, Kuantan), Perak (tapak kilang ARE Bukit Merah, Menglembu), Sarawak (Masjid At Takwa, Miri), Kelantan (Dataran Ilmu, Kota Bharu), Negeri Sembilan (Taman Tasik Seremban), , Johor (Masjid Daerah Batu Pahat), Terengganu (Masjid Pengadang Baru, Kuala Terengganu), Pulau Pinang (Masjid Permatang Janggus, Permatang Pauh).


Friday, April 13, 2012

Panas: Gara-Gara "Taksub Dek 1 Malaysia", Kubur Pun Mahu Di Satukan Di Kawasan Najib Di Pekan !

Gara-gara taksub dengan konsep "1Malaysia" yg diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Razak (foto), akhirnya agama Islam itu sendiri jadi carca merba di buatnya. Ini berita panas yang kami terpaksa bongkarkan untuk memberi kesedaran kepada seluruh rakyat Malaysia tentang kenapa perlu mereka menolak UMNO BN pada Pilihanraya Umum akan datang. Jika mereka terus membiarkan mereka berkuasa, maka akhirnya agama akan terus diperkotak katikkan sesuka hati oleh mereka yang berkuasa. Terbaru, kami berjaya membongkarkan sebuah kawasan tanah perkuburan"1Malaysia" di Parlimen Pekan iaitu kawasan Najib itu sendiri. Sungguh mengejutkan apabila tanah perkuburan di Tanjung Agas itu menempatkan kubur Islam, Budha dan Kristian dalam satu kawasan tanah perkuburan, tanpa ada perasaan bersalah oleh pihak terbabit. Selama ini, ramai dikalangan mereka yang lalu lalang di sekitar kawasan terbabit tidak perasan dengan lokasi berkenaan. Memang banyak kawasan seperti itu terdapat di sepanjang jalan dari Pekan ke Rompin, namun difahamkan ia melibatkan kubur orang Asli. Namun, apa yang berlaku di Tanjung Agas ini agak menakjubkan, kerana ia bukan tanah perkuburan orang Asli tetapi juga menempatkan kubur orang Islam biasa. Soalnya sekarang, apakah Najib sedar dengan apa yang berlaku ini?. Tidak timbul persoalan mereka (orang Islam) itu adalah orang Asli atau tidak. Apa yang penting mereka telah memeluk agama Islam, malah terdapat nama pada batu nisah tertera"Kechik Binti Muda" (foto bawah) yang letak bersebelahan dengan jirat Cina (bukan Islam). Malah terdapat juga kubur-kubur orang Kristian lain di kawasan terbabit. Umum mengetahui bahawa kawasan Tanjung Agas itu kini majoritinya didiami oleh warga Kemboja yang diimport sebagai"pengundi tetap" Najib di Parlimen Pekan. Makanya, kemungkinan besar kubur Islam yang terdapat di situ ialah adalah orang Melayu Islam Kemboja. Anehnya, kenapa perkara ini terjadi?. Mana perginya Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) yang sepatutnya memantau kegiatan seperti ini. Ternyata apa yang berlaku ini sungguh memalukan dan amatlah mengecewakan umat Islam sebenarnya. Tambahan pula ia terjadi dalam kawasan PM Najib Razak. Kami akan membuat siasatan dan laporan lanjut tentang isu ini. Nantikan pendedahannya selepas ini.

Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox 9.0.1 atau Chrome dengan Resolusi skrin 1280x800.
Copyright © 2012 Harakahdaily- Powered by IT Harakah

No comments: