PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Tuesday, March 20, 2012

Skandal Najib meletup dekat PRU13?

 Skandal Najib meletup dekat PRU13?
Berita, Komentar, Ulasan & PendapatOleh Ahmad Lutfi Othman

Melihat gaya agresif Najib Razak menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13, nampak sangat Pengerusi BN itu dalam keadaan cukup tertekan. Gelagatnya dalam sidang Parlimen, terutama ketika menjawab isu skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam  (SBPA), menjelaskan kekalutannya.

Daripada corak pendekatan kempen itu, saya kira, strategis Umno meletakkan harapan tinggi kepada imej personal Najib, melebihi faktor-faktor lain, bagi mengutip kembali sokongan BN yang telah hilang. 

Tergambar seolah-olah Najib akan bertanding jawatan presiden, yang dipilih oleh seluruh rakyat, walhal beliau hanya mencuba nasib di Pekan, dan keupayaannya mengekalkan posisi perdana menteri ditentukan oleh kemenangan calon-calon BN yang lain.

Satu sisi, popularitinya semacam meningkat, dibantu pelbagai kempen penjenamaan program kerajaan (yang juga mengelirukan sebenarnya), namun imej BN langsung tidak dapat dipulihkan, terutama dari kacamata masyarakat Tionghua.

Bagaimanapun, hakikatnya, semakin Najib ditonjolkan -- sehingga menenggelamkan terus pemimpin BN yang lain -- sandaran parti itu bakal berdepan situasi lebih sulit. 

Jika personaliti beliau dicalarkan dengan teruk, kedudukan BN yang amat bergantung kepadanya itu akan turut merudum. Tanpa perlu mengada-adakan cerita atau menokok-tambah paparan negatif tentang Najib, persepsi rakyat terhadapnya mudah dibentuk. 


Perwatakan Najib, seperti diakui rakan baiknya, bekas Adun Pulau Manis, Pekan, Ariff Sabri Abdul Aziz, bukan sahaja ghairah memburu populariti murahan, tetapi begitu lemah daripada segi kepemimpinan. 

Beliau hanya bergantung kepada pelbagai bentuk "sogokan" bagi meraih undi dan merebut sokongan. Namun, pengundi tidak semudah itu untuk "dibeli" atau "diugut", terutama generasi muda yang buat pertama kali akan mengundi.


Pastinya Najib tidak mahu diingati sebagai perdana menteri terakhir daripada Umno. Beliau juga tentunya tidak bersedia berundur lebih awal dan berusaha mengelak daripada berdepan asakan anggota partinya sendiri. 

Mungkin pandangan veteran Umno, Daim Zainuddin turut menganggu fikirannya. 

Bekas Menteri Kewangan, yang pernah membuat ramalan mengejutkan tentang pencapaian BN empat tahun lalu itu, berkata, Umno akan menyingkirkan Najib jika  gagal memperbaiki pencapaian BN pada PRU13.

Sekiranya Najib tidak mampu menunjukkan prestasi lebih baik daripada Abdullah Ahmad Badawi, apatah lagi jika kehilangan lebih banyak kerusi, Daim berkata, "Umno akan menggulingkannya ... ini politik." 

Dalam wawancara dengan Sin Chew Daily, Daim menjelaskan bahawa amalan menyingkirkan pemimpin yang gagal menang pada pilihan raya adalah trend global, dan bukan hanya terhad kepada Umno.

Justeru, misi getir Najib adalah, sekurang-kurangnya, mengembalikan majoriti dua pertiga BN di Parlimen dan menawan kembali negeri termaju Selangor. Sedangkan, menurut sumber, Daim turut bimbang BN boleh kecundang di Negeri Sembilan dan Perlis, manakala Pakatan Rakyat akan mendapat lebih banyak kerusi Parlimen daripada Sabah dan Sarawak. 

Isu SBPA dan Pusat Fidlot Nasional (NFC) -- yang dianggap menjadi duri dalam daging buat BN dan mesti ditangani secara tuntas sebelum Parlimen dibubarkan -- tidak mungkin selesai hanya dengan penegasan Najib  untuk melakukan penambahbaikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) dan juga pengunduran "Makcik Bollywood", Shahrizat Jalil.

"Mungkin musuh-musuh Najib dalam Umno, tidak terkecuali timbalannya sendiri, mengimpikan prestasi BN tidak lebih baik berbanding PRU12 bagi memudahkan mereka mengasak beliau meletakkan jawatan, seperti dilakukan Najib kepada Pak Lah dahulu," pandangan seorang pemerhati politik dipetik. 

Secara peribadi saya tidak gemar dan memilih untuk mengelak daripada mengungkit kisah peribadi berkaitan kehidupan Najib, termasuk masa silamnya, apatah lagi membabitkan isterinya sekarang (tidak terkecuali kisah bekas isterinya!). 

Bagaimanapun, saya percaya, semasa kempen PRU13 nanti, cerita-cerita itu pasti terbongkar, mungkin dengan "bukti-bukti" yang lebih memeranjatkan.

Apabila membaca laporan mengenai perbelanjaan mewah hampir setengah juta ringgit majlis pertunangan anak perempuannya  (belum kenduri kahwin lagi) dan disusuli pendedahan mengenai sambutan hari jadinya melibatkan RM79,053 yang dibilkan kepada Pejabat Perdana Menteri, saya kira Najib dalam keadaan bahaya.

Agakan saya, Pengarah Strategi KeADILan, Rafizi Ramli, menyimpan banyak lagi cerita sensasi mengenai kes salahguna kuasa dan penyelewengan pemimpin BN. 

Sumber yang dekat dengan serambi kuasa, dan muak melihat kerakusan-ketamakan tanpa had elit penguasa dan para kroninya  tentu melihat Rafizi sebagai tokoh yang boleh disalurkan maklumat.

Ia mengingatkan saya semasa giat mendedahkan amalan korupsi bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo, sepuluh tahun lalu. Selepas membuat aduan ke Ibu Pejabat BPR (sekarang SPRM) di Putrajaya dan mendapat tumpuan media, secara bertali arus saya dibekalkan info, daripada sumber yang kebanyakannya tidak dikenali.

Rupanya, seteru (dan yang berpotensi untuk menjadi musuh) kepada orang no. 1 adalah mereka yang berada di sekelilingnya atau kadang-kadang tokoh no. 2 sendiri! Kalau tak percaya, tanyalah Khir .... 


Dalam masa sama, pentadbiran Najib cuba mengeksploitasi isu-isu agama, terutama bagi mengekalkan saki-baki sokongan masyarakat Melayu kepada Umno. Beberapa pertubuhan perkauman Melayu, seperti Perkasa dan Pekida, ditonjolkan ke hadapan.

Selain isu Israel yang gegak-gempita hebohnya mutakhir ini, Najib lebih awal lagi mempopularkan ungkapan wasatiyah atau kesederhanaan. Tanpa perlu menghuraikan lebih lanjut prinsip itu, saya yakin banyak pihak boleh menilai sama ada Najib, apatah lagi isterinya, Rosmah Mansor mengamalkan wasatiyah.

Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang, dalam perbahasan di Parlimen turut menyinggung hal ini. Malah, dalam khutbah Jumaatnya, pada 16 Mac lalu, beliau menyelar golongan yang memperalatkan istilah wasatiyah dan menyifatkannya sebagai penipu.

Katanya, kalimah itu disebut dalam al-Quran tetapi  golongan penipu mengambil kesempatan dari penggunaan istilah tersebut bagi mengelirukan umat Islam untuk kepentingan tertentu.

"Mereka yang menipu ini, mereka menafsirkan wasato (pertengahan), wasatiyyah (kesederhanaan), yang diucap seolah-olah tidak mengira halal dan haram," kandungan khutbahnya dipetik. 

Timbalan Presiden KeADILan, Azmin Ali pula, dalam ucapannya di Parlimen, 4 Mac lalu, mendedahkan bahawa Anwar Ibrahim mencetuskan gagasan wasatiyah, seawal 7 Disember 1975, ketika menyampaikan Ucapan Dasar Muktamar ABIM ke-4, bertemakan 'Jelas Wadah, Perbaru Tekad'.  

Anwar turut mengupas prinsip wasatiyah pada 1978 dalam kertas kerjanya, 'Islam dan Masyarakat Majmuk' di Universiti Kebangsaan Malaysia, yang turut dihadiri Lim Kit Siang.

"Wasatiyyah tidak boleh sekadar menjadi ungkapan dan retorika yang dicandukan kepada masyarakat untuk menjustifikasikan amalan boros, rasuah dan penyelewengan. Wasatiyyah menolak pendekatan yang keras dan zalim serta menawarkan pendekatan santun, ramah dan persuasif," kata Azmin. 

"Apakah ia menepati prinsip wasatiyyah apabila Umno membudayakan politik fitnah dan budaya samseng," tegas Ahli Parlimen Gombak itu lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, strategis Umno yakin isu agama, khususnya  kenyataan Anwar mengenai Israel, bukan saja dapat menarik sokongan pengundi Islam kepadanya, tetapi juga mampu meretakkan PAS daripada dalam.

"Malah tukang propaganda Umno percaya isu Israel ini boleh menyebabkan PAS berpisah daripada Anwar atau keluar Pakatan Rakyat," kata sumber, yang turut menambah bahawa Umno akan memperalatkan bekas pemimpin PAS, Dr Hasan Ali untuk tujuan itu.

Saya sekadar tersenyum mendengar "pendedahan" itu, tambahan pula selepas mengetahui Hasan mahu dijadikan senjata utama untuk menarik undi orang Melayu daripada PAS atau Pakatan Rakyat.

"Patutlah akhbar kerap sangat melaporkan ceramah Hasan dan mendakwa ia mendapat sambutan hangat," kata seorang rakan. "Tapi kita tahu isi ceramah Hasan ini, kali pertama mungkin agak ramai sebab orang nak dengar sendiri apa kisahnya, tetapi sekali dengar, mereka takkan datang lagi," tambahnya.

Jumaat lalu saya menghubungi sahabat di Baling selepas membaca laporan akhbar bahawa ceramah Hasan di sana mendapat sambutan lebih 5,000 orang. Beliau, yang turut hadir di pertengahan ceramah Hasan, berkata: "Tak sampai seribu pun, dan ramai juga yang balik sebelum ceramah habis. Bukan anta tak tahu ceramah Hasan Ali, dok pusing kot tu juga."
Posted on Tuesday, March 20 @ 15:45:51 MYT by aya 

Tinggal Umno: Selepas Kadir Tengku Razaleigh Pula?

Print
User Rating:  / 0 
PoorBest 
Category: Mohd Sayuti Omar

Duri yang mencocok punggung Umno sejak kebelakangan ini telah tercabut dengan sendirinya apabila Kadir Sheikh Fadzil telah mengumumkan keluar dari parti berkenaan hari ini. Surat keluar dari Umno dihantar kepada Setiausaha Agung Umno hari ini.

Tindakan bekas menteri penerangan itu dikatakan menjadi duri dalam daging kepada Umno dengan sikapnya mengkritik parti berkenaan. Kritikan yang tidak dapat diterima Umno ialah berhubung dakwaan Kadir yang Umno membeli pengundi dalam pilihan raya lalu.

Sehubungan itu Umno sedang mengumpul maklumat untuk mengambil tindakan ke atasnya. Mungkin Kadir yang juga timbalan presiden Amanah Merdeka sudah dapat menghidu yang Umno akan bertindak ke atasnya menyebabkan beliau mengambil tindakan mendahului Umno.

Persoalan kini ke manakah Kadir selepas ini? Apakah dia akan menyertai salah satu parti gabungan Pakatan Rakyat ataupun kekal sebagai ahli politik tidak berparti?

Sehubungan tindakan itu tanda tanya juga timbul mengenai nasib presiden Amanah, Tengku Razaleigh Hamzah. Apakah Tengku Razaleigh juga akan mengambil tindakan sama dengan Kadir meninggalkan Umno?

Ada kemungkinan. Khabarnya Umno Gua Musang akan menolak sekiranya BN masih mencalonkan Tengku Razaleigh bertanding dalam pilihan raya akan datang. Beberapa hari lalu beberapa ketua cawangan Umno dalam bahagian Gua Musang membuat kenyataan mendedak Tengku Razaleigh tidak lagi dicalonkan.

Sekiranya Tengku Razaleigh Hamzah juga mengambil tindakan sama ia menjadi pukulan hebat kepada Umno menjelang pilihan raya. Belum pernah berlaku dalam sejarah Umno pemimpinnya meninggalkan parti menjelang pilihan raya.

Tengku Razaleigh juga dianggap sebagai duri dalam daging bila mana lantang menyuarakan kritikan atau pandangan yang tidak menyeronokkan Umno seperti meminta royaliti petroleum yang digali di perairan Kelantan dikembalikan kepada Kelantan. [wm.kl.1:25 t/hari 19/03/12] 


Najib Bimbang Sharizat Dedah Rahsia Rosmah?

Print
User Rating:  / 1 
PoorBest 
Category: Mohd Sayuti Omar

Isteri taukeh lembu gemuk (NFC), Sharizat Jalil tidak mudah mengaku kalah. Walaupun berbagai pihak meminta dia berundur demi Umno, tetapi tidak semudah itu untuk menteri wanita bermata cerah bercelak itu berbuat demikian. Umrahnya sebanyak tiga kali telah memberi kekuatan kepadanya.

Dari ketua bahagian membawa kepada ahli parlimen, timbalan menteri dan bekas perdana menteri semua nasihat supaya Sharizat mengangkat kain taula putih, mengaku kalah melepas jawatan. Mereka mengira isu lembu gemuk telah memberi penyakit besar kepada Umno dan akan menyulitkan Umno untuk berhadapan dengan rakyat dalam pilihan raya nanti. Projek itu akan menjadi lambang atau simbol kerakusan kerajaan UBN dalam menyangak wang rakyat.

Kenapa tidak, isu NFC itu bukan saja berlegar di Bangsar atau Lembah Pantai tetapi sudah sampai ke kampung-kampung. Ibu saya di kampung juga tahu kisah NFC entah siapa yang bercerita kepadanya. "Ti sungguhkah lembu la ni duduk di kondo?" begitulah tanya ibu saya suatu hari penuh kelurusan.

"Lembu mana pula?" tanya saya. "Lembu Sharizat menteri waniat itu...lah," katanya. "Siapa cerita ni, jangan duk percaya benda yang karut marut, mana ada lembu duduk di kondo," balas saya menguji pengetahuannya. "Tak tahu orang duk cerita gitu, mek nak tanya sebab Ti dok Kuala Lumpur..," balasnya agak kecewa dengan bantahan saya. Ibu saya akan diam kalau saya bersikap begitu kerana dia kenal benar dengan perangai anak jantannya ini. Saya tidak suka kalau dia bercakap hal yang pelik dan ganjil berbau fitnah.

Moral of the story 
bahawa kisah laki Sharizat pelihara lembu dengan peruntukan kerajaan RM250 juta sudah sampai ke kampung-kampung. Kisah itu menyebabkan orang kampung merasakan bahawa mereka dianiaya dan diabaikan kerana untuk 'beli lembu' mereka hanya dibagi RM500 saja, (itu pun nak dapat kena tunggu dua tiga jam kena dengar tazkirah dari pemimpin Umno) sedanhgkan semurah-murah lembu kampung hari ini berharga di antara RM800 hingga RM1500.

Kerana meluasnya cerita itulah ia membimbangkan Umno. Umno mencari jalan menyelesaikan isu berkenan dan mencari formula agar rakyat melupainya. Sebab itu akhabr penjilat buntut gila-gila mencari isu dan mereka-reka apa saja isu untuk mengambuskan isu lembu gemuk. Kehadiran Hasan Akidah dalam jerumu Umno tidak juga dapat membetulkan 'akidah' rakyat tentang projek lembu gemuk itu malahan dia mengkelam kabutkan lagi keadaan.

Video seks membabitkan Anwar ditayang dimana saja ada majlis pemberian wang rakyat kepada rakyat sebanyak RM500. Guru-guru, tok imam, tukang kebun, makcik jual kantin dan hatta tok mudin pun dipaksa menontonnya. Terkulat-kulat dan tersengeh dan pandang memandang mereka yang menonton sesama sendiri. Cikgu muda yang tidak pernah menyaksikan gambar porno sepanjang hidupnya kemalu-maluan di tepi dinding... sambil diperhati oleh ketua cawangan Umno.

Umno buntu menghadapi Sharizat. Najib tidak berani berkokok... bila ada desas desus mengatakan Sharizat telah hantar surat meletakkan jawatan Najib cepat-cepat menafikan. Penafian Najib itu menunjukkan dia takut dengan Sharizat. 

Saya tidak fikir Najib akan mengarahkan Sharizat meletak jawatan untuk mengatasi masalah yang timbul dari isu lembu gemuk seperti mana diharapkan oleh orang ramai. Kenapa? Sharizat pernah dilaporkan berkata, kalau dia kena letak jawatan kerana isu yang tidak membabit dengan beliau secara langsung itu, orang lain juga perlu berbuat demikian.


Apa maksud dan mesejnya. Ertinya bukan Sharizat sahaja yang terbelenggu dengan projek-projek mega tidak mengikut prosuder, memiliki kekayaan di luar kemampuan tetapi menteri lain juga. Balasan membela diri oleh Sharizat itu bolehlah dianggap bahawa semua menteri kabinet termasuk ketua bahagian yang tidak menjadi wakil rakyat dan menteri ada memiliki harta diluar kemampuan masing-masing.

Selepas Sharizat mengeluarkan kata-kata dan cabaran demikian maka tidak ada yang berani mendesak Sharizat. Sesetengah menteri Umno dan BN yang memegang kayu untuk menyocok punggung lembu laki Sharizat diletakkan semula.

Nah.. begitu juga dengan Najib. Najib juga tidak berani untuk bertindak ke atas Sharizat. Apa yang membimbangkan ialah takut Shariat juga akan terlatah mulut mendedahkan apa-apa yang dia tahu yang dilakukan oleh isterinya Rosmah Mansor. Khabarnya Sharizat ada maklumat hebat mengenai Rosmah Mansor yang belum terungkap. Maklumat dan rahsia inilah yang digenggam oleh Sharizat.

Apakah kerana bimbang rahsia Rosmah didedah Sharizat maka Najib jadi terpaksa kompromi dengan Sharizat? Dari sini fahamlah kita kenapa Najib sebagai ketua tidak boleh bertindak ke atas anak buahnya kerana dia sendiri juga ada masalah lebih besar dari ditanggung anak buah itu.

Bagaimana pun saya yakin nama Shariat tidak akan dicalonkan pada pilihan raya akan datang. Namanya di Lembah Pantai sudah pasti akan diganti dengan nama kawan Najib, Raja Nong Chik. Apa yang kita hendak tenguk selepas ini, apakah Shariat akan bertindak balas dengan mendedahkan apa yang dia tahu mengenai Rosmah kalau tidak dicalonkan? Apakah Sharizat seorang pendendam? Tunggulah... tidak akan lari gunung dikejar hilang kabus nampaklah ia.

Perkara ini sudah tentu difikirkan oleh Najib. Najib mungkin tahu manusia kalau sudah hilang sabar bukan saja setakat sanggup singsing lengan baju, tunjuk labu lengan gebu selak kain pun sanggup dilakukan. Apa yang paling Najib takutkan ialah kalau-kalau Sharizat menyelak kain isterinya sekali hingga terdedah kesemua yang sulit mulit.

Justeru saya mengira isu NFC melibatkan laki Sharizat akan diselesaikan secara politik. Sharizat tidak perlu mengembalikan wang kerajaan RM250 juta seperti Nazri sarankan, tetapi cukup untuk Sharizat meletakkan jari dibibirnya sambnil buat sssshhhhh.... dan tunjuk kepada Najib. Najib pun akan faham dan kes NFC akan lepas dan rakyat semua akan tersengih-sengih macam kerang busuk. Selepas ini SPRM akan buat pengistyharan bahawa tiada kes membabitkan rasuah dalam projek NFC.Sebaik saja pengistyharan itu dibuat parlimen pun akan dibubarkan. Oooiiii... Mat Maslan kenapa tong sampahkan buku Jingga? [wm.kl.9:49 am 17/02/12]

No comments: