PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Thursday, March 29, 2012

Peminjam PTPTN disenarai hitam banyak sekatan

Peminjam PTPTN disenarai hitam banyak sekatan

Salmiyah Harun,
28 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 28 Mac: Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang disenaraihitamkan bukan sahaja tidak dibenarkan keluar negara bahkan mereka tidak boleh membuat sebarang pinjaman dengan mana-mana bank.

Seorang peguam, Abdul Malik Abdul Hakim berkata, peminjam tidak boleh membuat pinjaman peribadi, kad kredit, rumah atau kenderaan sekiranya disenaraihitamkan.

"Tiga bulan tidak bayar hutang PTPTN, tiga bulan hutang tertunggak yang dianggarkan sekitar RM2,000 hingga RM3,000 sudah di'blacklist' terus," katanya ketika mengunjungi Harakahdaily.

Malah beliau menyifatkan PTPTN lebih 'teruk' berbanding bank-bank yang ada di negara ini.

Malik berkata, PTPTN tidak dilesenkan sebagai sebuah institusi kewangan di bawah peruntukan Akta Perbankan dan Institusi Kewangan, apatah lagi tidak dikawal selia atau di bawah pengawasan Bank Negara Malaysia.

"Kalau kita disenaraihitamkan oleh bank kerana tidak membayar hutang baik rumah, atau kereta paling tidak mereka dakwa kita di mahkamah mengikut prosedur, dan kita masih boleh ke mana-mana hatta ke luar negara sekali pun," katanya.

Beliau yang mewakili Mandeep Singh, pelajar Unisel yang pertama menyaman PTPTN berkata, anak guamnya ditahan di LCCT pada 6 Julai tahun lalu meskipun telah menjelaskan jumlah hutang sebagaimana yang ditetapkan PTPTN sebelum itu.
 
Ekoran kejadian tersebut, perjalanan Mandeep ke China terpaksa ditangguhkan.

8 Jun 2011, Mandeep telah menjelaskan tunggakan sebanyak RM2,330.82 dan PTPTN telah mengesahkan pembayaran tunggakan itu, tetapi 6 Julai 2011 pelajar terbabit ditahan di LCCT oleh pegawai Imigresen kerana disenaraihitamkan dalam sistem komputer Jabatan Imigresen Malaysia. 

"Di sini pihak PTPTN tidak mengeluarkan nama anak guam saya di dalam senarai hitam walaupun hutang tunggakan sudah dilangsaikan.

"Dan bagi anak guam saya, yang paling penting adalah soal keadilan kepada peminjam sepertinya yang baru merasai kehidupan selepas tamat pengajian," katanya. 

Tambahnya, kira-kira 1.8 juta peminjam PTPTN dan mereka ini antara golongan muda yang berumur 20 hingga 35 tahun, akan merasai keperitan membayar balik hutang mereka.

Beliau juga mendapat maklumat sekurang-kurangnya purata sehari seramai 60 peminjam PTPTN ditahan Imigresen di lapangan terbang antarabangsa ketika mahu keluar negara.

Beliau mengingatkan mahasiswa supaya meneliti kandungan perjanjian dengan PTPTN atau serius mendapatkan nasihat peguam, sebelum perjanjian itu ditandatangani.

Sebelum wujudnya PTPTN, katanya, seseorang anak muda hanya mempunyai tiga sumber kewangan untuk membiayai pengajian ijazahnya, iaitu biasiswa sama ada dari kerajaan atau badan bebas yang lain, pinjaman daripada institusi kewangan seperti bank atau lazimnya ditanggung ibu bapa.

"Anak muda pada usia sebaik sahaja berjaya memasuki pusat pengajian tinggi mereka tidak mempunyai banyak pilihan pada ketika itu, kecuali untuk menerima pinjaman PTPTN, ditambah hanya tabung itu sahaja memberikan tawaran," katanya.



Kalau Tajudin boleh kenapa PTPTN tak boleh?

Abdul Aziz Mustafa,
28 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 28 Mac: Rancangan mengadakan himpunan peminjam-peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di hadapan pejabat Perdana Menteri mendapat sambutan luar biasa, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

"Anak-anak muda yang meminjam dari PTPTN tidak berpuas hati terhadap layanan keras terhadap mereka sedangkan hutang (Tan Sri) Tajudin (Ramli) berjumlah RM589 juta dihapuskan begitu sahaja oleh kerajaan (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) begitu sahaja.

"Mereka bersungguh-sungguh mahu berhimpun menuntut pinjaman mereka juga dihapuskira," katanya.

Peminjam-peminjam PTPTN itu mempersoalkan mengapa mereka diburu dengan begitu keras dan kasar jika gagal membayar pinjaman sedangkan Tajudin mendapat layanan yang begitu istimewa, kata beliau.

"Mereka juga mahu hutang mereka dilupuskan seperti hutang Tajudin yang mempunyai kekayaan luar biasa itu.

"Peminjam-peminjam PTPTN itu bukannya bertaraf pengarah bukan bebas dan Pengerusi Bukan Eksekutif Edaran Berhad seperti Tajudin, mereka tidak ada Tanjung Rhu Resorts atau bot Azimut yang berharga sehingga hampir setengah juta dollar Amerika seperti Tajudin," kata Mohamad.

Beliau hairan mengapa Perdana Menteri boleh melupuskan hutang Tajudin itu sedangkan tiga tahun lalu, Mahkamah Tinggi mengarahkan Tajudin membayar jumlah berkenaan kepada Danaharta.

"Mahkamah dah kata Tajudin kena bayar balik, tetapi kerajaan Najib lupuskan hutang itu," kata Mohamad.

Menurut beliau, kalaulah institusi-institusi kewangan mendapat perintah seperti itu terhadap rakyat tertindas, mereka tidak akan berkompromi.

"Mereka akan mengambil pelbagai tindakan untuk mendapatkan kembali hutang mereka termasuk mensita harta-harta peminjam atau meminta mahkamah mengisytihar si peminjam itu muflis.

"Tetapi Najib senang-senang write off hutang Tajudin sebesar RM589 bilion. Kepentingan Tajudin dalam Edaran Berhad dan Tanjung Rhu Resort sedikit pun tidak diusik.

"Lepas ini bolehlah Tajudin mengajak Najib berseronok-seronok naik bot Azimut mengelilingi Langkawi," katanya.

Mohamad (gambar) meminta rakyat Malaysia sedar bahawa ini bukan kali pertama Tajudin mendapat layanan istimewa dari kerajaan Umno Barisan Nasional (BN).

"Dulu, selepas mengakibatkan pelbagai masalah kepada MAS akibat pengurusannya, Tajudin mendapat untung besar apabila menjual balik sahamnya dalam MAS kepada kerajaan dengan harga yang berkali ganda lebih tinggi dari harga pasaran.

"Zaman (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) dapat jual saham dengan harga berkali ganda lebih tinggi kepada kerajaan, zaman Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) Tajudin tidak diambil tindakan walaupun laporan bertulis telah dikemukakan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil dan zaman Najib pula hutangnya sehingga RM589 juta dilupuskan.

"Adakah kerajaan Najib fikir para peminjam PTPTN mahu menonton begitu sahaja layanan istimewa kerajaan Umno kepada Tajudin?" beliau mempersoalkan,

Sebelum ini, Mohamad menyatakan bahawa pihaknya akan menyokong tindakan kumpulan pelajar yang akan mengadakan satu perhimpunan untuk menuntut supaya PTPTN dihapuskan.

"Golongan korporat yang diberi pinjaman mudah boleh dihapuskira.

"Tapi pelajar yang akan berkhidmat kepada negara dipaksa untuk membayar hutang dengan begitu rakus dan kasar," katanya.


Kalau Adun Biasa Dapat Satu Hektar Berapa Pula Untuk MB?
Posted on Wednesday, March 28 @ 11:12:54 CDT by paktam

Oleh Mohd Sayuti Omar

Pendedahan dibuat Pesuruhjaya Pas Terengganu Abdul Wahid Endut mengenai wakil rakyat Umno mendapat tanah sesuatu yang mengejutkan. Barang kali perkara itu sudah tidak menjadi isu lagi bagi rakyat Terengganu. Tetapi bagi saya sungguh diluar jangka.

Apa lagi kerajaan UBN selalu mengakui mereka mendahului rakyat daripada kepentingan mereka sendiri.



Dengan pendedahan itu mendedahkan apa jenis sebenarnya kerajaan UBN ini. Jenis jin makan tanahkah?

Rasanya semasa Pas memerintah Terengganu dulu kerajaan Pas Terengganu tidak membahagi-bahagikan faraid kepada sesama sendiri (pemimpin) tetapi membahagikan geran tanah kepada rakyat miskin.

Apa yang berlaku di Terengganu itu tampaknya tidak menunjukkan hakikat itu. Rakyat tidak didahulukan tetapi wakil rakyat yang diutamakan. Untuk permulaan beliau mendedahkan lima orang wakil rakyat yang menerima tanah setiap seorang seluas satu hektar. Menurutnya bukan saja setakat lima wakil rakyat diberi tanah tetapi ramai lagi.

Antara wakil rakyat yang didedahkan mendapat habuah tanah, Ahli Parlimen Besut, Dr Abdullah Muhammad Zin. Dia dikurniakan tanah seluas satu hektar di kawasan Dendong, Mukim Tembila, Besut tanah nombor No. Lot PT6964.

Adun Jertih, Idris Jusoh bekas MB Terengganu beliau juga mendapat habuan tanah di kawasan sama tanah lot nombor PT6902.

Adun Hulu Besut, Nawi Mohamad, juga mendapat tanah dilokasi sama di atas lot nombor PT6904 yang keluasannya 1 hektar.

Dua lagi ialah Muhammad Pehimi Yusoh iaitu Adun Kota Putera juga di kawasan sama, keluasan satu hektar dengan No. Lot PT6903.

Seorang lagi Adun Batu Rakit, Karzan Che Mat. Tanah itu di kawasan Mengabang Bakong, Mukim Batu Rakit, Setiu. Keluasan tanah 0.9965 hektar, lot bernombor PT30794.

Pendedahan itu menimbul persepsi buruk terhadap kerajaan oleh rakyat. Mungkin ada yang berangggapan kalau wakil rakyat biasa mendapat satu hektar, bagaimana pula dengan para Ecxo? Mungkin jumlahnya dan nilai tanah lebih baik lagi. Memalukan kalau Idris Jusoh yang dikenali sudah bangasawan juga diberi tanah.

Tentu rakyat akan bertanya dan beranggapan kalau wakil rakyat biasa tentulah Exco diberi habuan tanah 10 hektar. Kalau begitu berapa hektar pula untuk menteri besar? Mustahil MB tidak mendapat apa-apa habuan dan setaraf dengan kedudukannya tentu tanah yang diberikan kepada MB lebih banyak dan tanah yang lebih bernilai dari itu.

Menurut Wahid beliau akan membawa kes itu ke sidang Dewan Undangan Terengganu akan datang. Sama-sama kita tunggu apakah penjelasan Mat Said nanti? Jangan belia mengelak atau mencari helah untuk tidak menjawabnya. Beliau juga kena jujur berapa hektar untuk beliau sendiri?

Adalah baik setelah pemberian tanah itu yang tentu menyakitkan hati rakyat didedahkan, semua wakil rakyat yang mendapat habuan itu memulangkan semula tanah itu kepada kerajaan untuk diberikan kepada ribuan rakyat Terengganu yang masih tidak bertanah dan membangun rumah atas tanah-tanah rezab kerajaan di simpang-simpangan jalan.

Kalau pun tidak mahu dikembalikan kerana tanah itu mungkin sudah diusakan atau dibangunkan istana dan banglo kerajaan hendaklah menilai tanah itu mengikut nilaian semasa dan wakil rakyat itu perlu membayarnya.

Apa difahamkan dalam jawaban MB Terengganu pemberian habuan itu ialah kepada mereka - (wakil rakyat) yang tidak akan dicalonkan pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Apakah ini menjadi amalan kerajaan Terengganu memberi tanah kepada wakil rakyat-wakil rakyat yang tidak lagi dicalonkan? Kalau benar begitu apakah kerajaan Terengganu (BN) sudah dapat memastikan bahawa Idris Jusoh tidak akan dicalonkan manakala beliau sendiri sudah mengesahkan akan dicalonkan?


Saturday, March 24, 2012

Kroni dapat RM589 juta, rakyat dapat RM500 je





















Abdul Aziz Mustafa,23 Mac 2012

 


(Kepada kroni itu bagi RM250 juta, kepada kroni ini pula RM589 juta - Mohamad Sabu)

KUALA LUMPUR, 23 Mac: Kroni Umno, Tan Sri Tajudin Ramli dapat RM589 juta sedangkan rakyat berpendapatan rendah sekadar mendapat RM500 sahaja, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Beliau mengulas laporan Malaysiakini hari ini yang melaporkan, pengurusuan Danaharta Nasional Bhd melupuskan hutang Tajudin sebanyak RM589 juta sebagai sebahagian daripada penyelesaian luar mahkamah yang dicapai dengan beberapa syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bulan lalu.

"Dengan segala riuh rendah yang tidak terkawal, rakyat berpendapatan rendah digula-gulakan dengan hanya RM500 sekali bagi sahaja.

"Pada masa yang sama, Tajudin boleh ketawa berdekah-dekah kerana sebesar RM589 juta diberikan percuma kepadanya," kata Mohamad.

Beliau menyifatkan kerajaan yang membelanjakan wang rakyat sesuka hati tanpa rasa bersalah adalah kerajaan yang sama sekali tidak bertanggung jawab.

"Kepada kroni itu bagi RM250 juta, kepada kroni ini pula RM589 juta.

"Itu kepada keluarga (Ketua Wanita Umno, Datuk Seri) Shahrizat (Abdul Jalil) dan kepada Tajudin, bolehkah dipercayai isteri dan anak Perdana Menteri tidak dapat apa-apa?

"Bagaimana pula dengan pembesar Umno yang lain serta keluarga mereka? Adakah anak serta menantu perdana-perdana menteri sebelum ini tidak dapat apa-apa?" Mohamad mempersoalkan.

Beliau meminta rakyat berfikir, adakah selepas menang di dalam pilihan raya akan datang, para pemimpin Umno dan kroni-kroni mereka tidak akan berbelanja sesama sendiri dengan lebih ganas lagi selepas menang pilihan raya akan datang.

"Dalam pada hendak menghadapi pilihan raya pun tidak takut langsung dan tidak rasa bersalah sedikit pun kerajaan Umno menggasak RM589 juta untuk kroninya, bayangkan apabila menang pilihan raya nanti," Mohamad mengingatkan.

Pembantaian wang rakyat itu, katanya, belum lagi termasuk pelbagai penyiksaan ke atas rakyat yang dijangka akan "dihempuk" oleh Umno ke tas rakyat seperti cukai barangan dan perkhidmatan (GST), pemotongan pelbagai subsidi seperti subsidi minyak yang pasti diikuti kenaikan harga barang yang mendadak dan meruncing, kenaikan tarif dan palbagai penyiksaan lain.

"Satu-satu pilihan yang ada untuk mengelakkan pembantaian wang rakyat dan penyiksaan itu ialah memastikan Umno dikalahkan dalam pilihan raya akan datang," katanya.

Penyelesaian luar mahkamah yang dicapai oleh Tajudin dengan beberapa GLC itu adalah berikutan persetujuannya untuk menarik balik rayuannya pada 7 Disember, 2009 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap beberapa litigan dan GLC termasuk Telekom Malaysia Bhd, Naluri Corporation, Celcom (M) Bhd, Atlan Holding Bhd dan Kumpulan CIMB Group.

Tiga tahun lalu, Mahkamah Tinggi mengarahkan Tajudin membayar jumlah berkenaan kepada Danaharta, jumlah wang yang beliau berhutang ketika pembelian kontroversi saham MAS pada tahun 1994, yang membuka jalan bagi hartawan untuk memiliki syarikat penerbangan nasional itu.

Pada masa yang sama, mahkamah juga membatalkan tuntutan balas RM13 bilion yang difailkan oleh Tajudin terhadap GLC berkenaan.



















8 Mac 2012 (Khamis)

4)    9.00 – 12.00 mlm – Penjelasan Isu Palestin Bersama Wakil Hamas

            Lokasi: Markas PAS, Pongsu Seribu, Kepala Batas

5)    Penceramah:

i.                    YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii.                  Bro. Muhammad As-Sabah (Tahanan Israel 8 Tahun)

iii.                Bro. Mustafa Toib dari Gaza

iv.               Ustaz Soib Mohd Amin


2012/3/8 Azlisham Said <azlisham_said@jabil.com>

THURSDAY, MARCH 8, 2012

Bakal Meletup: Penipuan Najib tentang projek Lynas

Bakal Meletup: Penipuan Najib tentang projek Lynas

Projek sisa pepejal Lynas ialah satu musibah. Najib bukan hanya meninggalkan musibah malah cara perlaksanaan projek rawatan sisa tersebut dibawa masuk ke Malay sia juga musibah.Entah siapa yang dapat idea bahawa Malaysia mampu mmeproses sisa pepejal selepas tragedi Bukit Merah?..dan perbahasan bahawa patut kah sisa tersebut dibenarkan diproses disini terus mendedahkan kepincangan pihak berkuasa melaksanakan rancangan mereka dari awal lagi.

Bila kerajaan meluluskan lesen TOL kepada Lynas Corp, pasti kita tertanya-tanya yang pertingan harus diberikan kepada faktor risiko-risiko yang mmebolehkan Lynas memulakan operasi. Sekarang kita tahu bahawa isu lokasi dimana sisa tersebut akan dilupuskan masih belum selesai.

Bergantung pada penipuan hubungan seranta

Najib cuba menenangkan kemarahn rakyat tapi sekali lagi beliau bergantung kepada helah imaginasi hubungan seranta yang menjadi lambang pemerintahannya,dengan menyatakan bahawa sisa tersbeut akan dilupuskan jauh dari kilang di Pahang,tetapi masih di Malaysia.Jadi bahagian negeri Pahng yang mana akan menerima sisa tersebut atau negeri mana dalam Malaysia yang bertuah yang bakal dilonggokkan dengan sisa berbahaya itu?

"Walaupun pakar mempunyai bukti, termasuk deklarasi badan antarabangsa , yang sisa tersebut selamat,rakyat masih ragu-ragu tentang itu.Maka kami buat keputusan sisa tersebut akan dipindahkan ke tempat lain.Kita mahu rakyat rasa selamat," Najib mmeberitahu pemberita minggu lepas, menafikan bahawa perubahan tersebut akibat dari tekanan hebat yang di ketuai oleh MP PKR Kuantan Fuziah Salleh.

Bersama penduudk Gebeng dan aktivis, Fuziah dan PKR menganjurkan rali anti Lynas yang dihadiri oleh lebih 20,000 orang seluruh negara 2 minggu lepas. Jumlah yang hadir membuka mata pihak berkuasa dan Najib tidak dapat tidak mmeberi perhatian dengan pilihanraya semakin hampir.

Pembohongan berterusan kepada rakyat

Komen Najib membuatkan sekurang kurang nya dua dari orang kanannya kelihatan sebagai penipu. Jika hal yang penting seperti ini pemerintahan beliau boleh menipu, bagaimana rakyat akan meletakkan kepercayaan kepada pemerintah untuk menjaga kepentingan rakyat.

Menteri di Jabtan Pedana Menteri Koh Tsu Koon memberitahu orang ramai pencarian lokasi penyimpanan akan melibatkan empat kementerian.. perbincangan beliau melibatkan kementerian sains ,teknologi dan innovasi; kementerian perdagangan antarabangsa dan industri dan kementerian sumber asli dan alam sekitar."Saya telah berbincang tentang isu ini diperingkat kabinet dan rakan saya dalam kabinet telah mmebuat kenyataan meminta pihak Lynas memindahkan sisa tersebut ke tempat lain," kata Koh

Kenyataan paling lucu ialah dari Menteri Kesihatan.Liow Tiong Lai yang berkata Lynas mesti mencari jalan menghantar balik sisa tersbeut ke Australia.. jika gagal makan lesen TOL tidak akan dikeluarkan untuk kilang kontroversi di Gebeng.

Liow membuat kenyataan berdasarkan kenyataan Raja Abd Azizi Raja Adnan, ketua pengarah AELB yang menyatakan sisa tersebutakan dihantar semula ke Australia.

"Australia Barat tidak akan menerima sisa radioaktif dari negara ketiga.Mereka ttidak pernah kata tidak akan terima sisa dari Lynas.Jadi, jika ada item komersil yang boleh dipulangkan ke Australia, kerajaan Australia perlu buat keputusan untuk menerima.," kataRaja Abdul Aziz.

Ini hanya mainan kata-kata dari ketua pengarah AELB. Helah bijak untuk sembunyikan fakta bahawa resolusi pulangkan kepada penghantar ialah resolusi dan anggapan silap dan tidak mungkin akan diterima oleh pihak berkuasa Australia yang terkenal dengan ketegasan mereka dalam isu ini.

Pihak Australia mempunya pandangan berbeza

Norman Moore,menteri perlombongan dan petroleum Australia Barat telah menegaskan TIDAK akan menerima sisa dari Lynas.Ini respon kepada soalan dalam satu sidang parlimen dalam bulan April tahun lepas.

Dalam bulan Febuari 2012, Norman Moore mengeluarkan satu kenyataan lagi sebagai respon kepada isu TOL Lynas. " Undang2 negara ini menyatakan Australia tidak akan menerima tanggungjawab terhdapa sisa bahan yang terjadi dari proses luar pantai yang dibeli dari Australia samaada bijih besi,pasir mineral dan sisa tanah yang dihasilkan oleh Lynas corporation.Australia tidak menyokong sebarang import dan simpanan sisa radioaktif negara lain."

Kemudian Robin Chapple,MP Greens menyokong idea yang sisa bahan radioaktif harus di proses di Lynas dan dilupuskan serta merta di tanah dimana ianya datang- sebab utama kenapa China membatalkan kuota export sisa tanah kerana ingin pastikan keselamatan dan kesihatan rakyat dan persekitaran..

"Salah satu sebab utama China mengurangkan hasil sisa bumi dan export sejak 2009 ialah keprihatinan kerajaan dan rakyat bahawa perlombongan dan proses ini menyebabkan pencemaran meluas kepada persekitaran," Kata Chapple dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas TOL tersebut diluluskan.

Another grandiose but false gesture

Apa yang sebenar nya yang dikatakan oleh Liow dan Raja Aziz? Untuk membodek Najib,kerana ini projek kesayangan nya? Berbaloi kah untuk mereka berbohong? Adakah tindakan mereka berdasarkan kesedaran terhadap akibatnya kepada rakyat Malaysia? Atau hanya sebagai hiasan untuk memastikan politik UMNO tidak kacau bilau?Layakkah merek ini bergelar profesional?Patutkah merek bersara awal kerana tidak beretika dan berpotensi merbahayakan kesihatan rakyat Malaysia dengan helah mereka?

Bagaimana projek ini diluluskan dari peringkat awal bila sekarang telah jelas tidak ada penyelesaian sebenar untuk isu paling utama- pelupusan sisa buangan?

Bagaimana kerajaan Malaysia dibawah pemerintahan Najib begitu pasti yang projek ini akan berjalan bila ianya jelas ada sesuatu yang tersembunyi dari awal-bukan hanya tentang bahan sisa buangan tetapi juga bagaimana tercetusnya perniagaan ini boleh beroperasi.

Pada hujung minggu lepas,Najib membuat satu lagi tipu helah.Beliau meminta maaf atas kesilapan BN yang lepas.Bagaimanapun bukti telah nyata. Jika beliau jujur, beliau harus menolak Lynas.Jika beliau tidak korup, tubuhkan suruhanjaya diraja untuk menangani bagaimana projek ini boleh diluluskan,bagaimana perjalanan operasi nya dan siapa yang dapat keberuntungan dari nya.

Selepas menaiki tampuk pemerintaha selama 3 tahun,Malaysia tidak ada melihat pembaharuan tapi keadaan makin buruk dalam negara. Malaysia semakin jatuh dalam kedudukan Transparency International's Corruption Perception Index (CPI) dari tangga ke 56 ke tangga 60.Kerajaan BN masih kurang kuasa politik untuk menghapuskan korupsi besar-besaran dan salahguna kuasa," MP Tony Pua berkata dalam satu kenyataan Isnin lepas.

Malaysia Chronicle







Thursday, March 22, 2012

SPR oooh SPR

WEDNESDAY, MARCH 21, 2012

50 tahun perintah..Asyik dok hutang sahaja untuk bagi kepada rakyat makan... hasil minyak, sawit, getah pie mana habih..??

Hutang negara mencecah RM437.2 bilion

Hutang kerajaan persekutuan mencecah RM437.2 bilion atau 52.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sehingga 30 Jun tahun ini.

Angka yang mengerunkan itu diperoleh daripada jawapan bertulis Kementerian Kewangan kepada soalan ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok yang meminta menteri kewangan menyenaraikan negara luar yang memberi hutang kepada Malaysia.

azlanDaripada jumlah berkenaan, sebahagian besar hutang kerajaan adalah daripada hutang dalam negara yang berjumlah RM421 bilion atau 96.3 peratus daripada keseluruhan hutang.

Manakala bakinya RM16.2 bilion atau 3.7 peratus merupakan hutang luar negara.

Dewan Rakyat juga diberitahu bahawa sumber hutang, pinjaman dalam negara itu diperolehi melalui terbitan Bil Perbendaharaan, Terbitan Pelaburan Kerajaan Kerajaan (TPK), Sekuriti Kerajaan Malaysia (SKM), pinjaman Kumpulan Pinjaman Perumahan dan terbitan Sukuk Simpanan Rakyat serta Sukuk 1Malaysia.

Dalam pada itu hutang luar negara kerajaan persekutuan pula diperoleh daripada sumber pasaran modal antarabangsa melalui terbitan sukuk global dan pengeluaran pinjaman projek melalui institusi multilateral seperti Bank Dunia, Bank Pembangunan Asia dan Bank Pembangunan Islam serta bilateral dalam mata wang asing iaitu Dolar Amerika Syarikat, Yen, Dolar Euro, Dolar Kanada serta Dinar.

Pemegang instrumen berkenaan terdiri daripada institusi kewangan, syarikat insurans dan pertubuhan keselamatan sosial seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Musuh Utama PR ialah SPR bukan UMNO/BN.. Jadi SPR lah yang wajib ditumbangkan dulu..!!!

PRU 13: Mission Possible (2)

Oleh: MSK

Dalam PRU 1999, orang Melayu lari meninggalkan Umno dan BN kerana kes Anwar. Terengganu terlepas ketangan PAS manakala Kelantan terus kukuh. Di Kedah, majoriti 2/3 dapat dihapuskan…tapi UBN masih dapat mengekalkan Putrajaya kerana undi orang Cina dan India. Cina, India dan SPR menjadi talian hayat kepada Umno.

Selepas 1999, Umno tak percaya kat Melayu. Melayu tak boleh diharap…dan untuk mengekalkan kuasa, maka UBN menggunakan SPR untuk mengubah sempadan pilihanraya. Sempadan pilihanraya dimanipulasi dengan memastikan dalam setiap kawasan Parlimen atau DUN, mesti ada peratus-peratus tertentu undi Cina dan India.

PRU 2004..Umno dan BN menang besar. Tapi masa tu mungkin kerana faktor Pak Lah. Lagi pun Mahathir yang dibenci oleh orang Melayu dah berundur.

Nasib Pak Lah tak baik sebab isteri tersayang meninggal dunia..dan bila dapat bini baru..selalu la kerja overtime. Akibatnya, Pak Lah selalu tertidur dalam waktu kerja.

Bila tiba PRU 2008, keadaan menjadi terbalik. Orang Cina dan India yang dianggap fixed-deposit bagi BN sudah berubah angin. Akibatnya, BN kehilangan lima negeri. Satu negeri berjaya dirampas balik dengan tipu helah.

Tapi sekarang tak sama macam 1999. Lepas tahun 1999, Bn masih boleh mengubah sempadan pilihanraya dan menambah kerusi kerana depa masih lagi menguasai 2/3 Parlimen. Sekarang tak boleh! Undi Cina dan India pun sudah tidak boleh diharap.

Hanya satu talian hayat yang tinggal yang boleh digunakan oleh Umno dan BN iaitu SPR.

Selepas PRU 2008, SPr duduk termenung memikirkan apa nak buat untuk memastikan UBN terus berkuasa. Sapa yang fikir SPR adalah badan bebas untuk mengendalikan pilihanraya…mereka tergolong dalam kalangan orang-orang yang bangang. SPR diwujudkan untuk memastikan BN terus berkuasa.

Nak tambah kerusi tak boleh. Nak ubah sempadan tak boleh. Tapi ada satu perkara yang boleh dibuat oleh SPR iaitu "Belah bahagi kawasan".

Benda ini dibuat sejak Jun 2009. Kalau dulu pengundi dipindahkan..sekarang lokaliti dipindahkan. Contohnya, kalau dulu lokaliti Taman Anggerik termasuk dalam Parlimen Kuala Kangsar, sekarang Taman Anggerik sudah berada dalam Parlimen Padang Rengas.

SPR tak pindah pengundi..tapi bila lokaliti dipindahkan, maka secara otomatik pengundi-pengundi "terpindah". oleh kerana lokaliti yang dipindahkan, maka pertambahan dan pengurangan pengundi tidak dimaklumkan dalam Daftar Pemilih Tambahan. Akibatnya, ramai la orang parti yang tak tau. Tup-tup..bila ada Pilihanraya Kecil..baru terpinga-pinga, "macam mana 14,000 pengundi sudah dipindahkan?". Masa tu tak payah cakap dah..sebab bila tiba pilihanraya, apa yang SPR cakap adalah wahyu. Tak boleh dipertikaikan. Nak bising…bawa ke mahkamah. Tapi nak buat apa? pilihanraya dah habih.

Sapa yang nak pantau apa yang SPR buat? Nak harap parti-parti politik..aku tak harap. Dulu Khalid Ibrahim pernah mengumumkan peruntukan sejuta ringgit untuk memantau SPR. apa yang dibuat dengan duit tu aku tak tau la…tapi bila nama Khalid Ibrahim sendiri kena pindah..baru ada akai!!

SPR kata, apa yang depa buat ialah untuk menyelaraskan peta SPR dengan peta rasmi negara. Hei..SPR boleh bagi macam-macam jawapan. SPR juga kata "…menteri besar Selangor telah didaftarkan sebagai pengundi di Jalan 16/2 di Seksyen 16, Petaling Jaya, yang telah tersilap dimasukkan sebagai sebahagian daripada kawasan Petaling Jaya Selatan sebelum pembetulan sempadan itu dibuat."

Nak terima atau tidak jawapan SPR tu? Kalau tak mau terima..nak buat apa?

Aku boleh terima la jawapan SPR tu sebab masa SPR buat belah bahagi kawasan dulu pun hangpa buat tak tau. Aku cakap pun bukan hangpa nak dengaq.

Macam mana dengan kes yang ini pulak? Ini cuma satu contoh.

Dalam PRU 2008, seramai 308 pengundi pos yang terdiri dari anggota polis dari IPD Teluk Intan mengundi dalam DUN Pasir Bedamar…manakala hanya 4 anggota polis yang mengundi secara pos dalam DUN Changkat Jong.

Dalam PRU tersebut, DUN Pasir Bedamar dimenangi oleh DAP dengan majoriti 7914 undi..manakala DUN Changkat Jong dimenangi oleh PAS dengan majoriti 899 undi.

Kalau hangpa jadi orang Umno..apa yang hangpa nak suruh SPR buat?

DUN Pasir Bedamar tu mampuih pi la. Susah nak dapat balik. Tapi..daripada membazirkan undi di Pasir Bedamar..mengapa tidak dipindahkan pengundi yang dah gerenti mengundi BN ke Changkat Jong? BN hanya perlukan 450 undi baru untuk mengalahkan PAS!!

Tapi kalau dipindahkan terus macam tu saja..nanti orang Pas tau pulak!! Jadi kena buat diam-diam. Dan yang paling selamat dipindahkan ilah undi Pos.

Langkah pertama ialah dengan menukarkan nombor kad pengenalan polis. Pasai apa ditukar..yang tu toksah risau..jawapan boleh dicipta.

Pada akhir 2009, nombor-nombor anggota polis sudah siap ditukar didalam daftar pemilih. Masa tu orang tak perasan..sebab sapa yang nak check satu persatu?

Masuk tahun 2010, pengundi pos yang terdiri dari anggota polis IPD Teluk intan ini ditukar ke DUN Changkat Jong. Tiba-tiba saja DUN Changkat jong mendapat 107 pengundi pos yang baru. Mai dari mana? Bukan ada balai polis baru!

Check punya check..tengok-tengok anggota polis kat IPD Teluk Intan ditukarkan dari DUN Pasir Bedamar ke DUN Changkat Jong. Yang ni SPR nak cakap apa?

Apakah sebahagian daripada IPD Teluk Intan sudah dipindahkan ke Sungai Kerawai dalam DUN Changkat Jong? Tak pelik ka…satu balai..tapi anggotanya mengundi di dua DUN yang berbeza?

Kat bawah ni cuma sebahagian saja. Kalau nak senarai penuh..aku boleh bagi.

Ini sikit saja..banyak lagi yang kita tak tau. Berapa ramai pengundi Pasir Bedamar yang telah dipindahkan ke Changkat Jong? Tu pasai aku masukkan DUN Changkat Jong sebagai salah satu DUN yang dimenangi oleh PR akan tumbang. Bukan pasai PAs tak bagus..tapi SPR punya kerja.

Tu baru pindah pengundi pos. Macam mana pulak dengan pengundi baru? Berapa ramai pengundi baru di Perak?

Jangan terkejut nanti kalau pertambahan pengundi baru di Perak ini lain macam. Kalau tengok gerakkerja, setiap majlis DAP depa akan buka kaunter pendaftaran pengundi baru. Tapi bila tengok statistik..kawasan DAP la yang paling kurang pertambahan pengundi baru di Perak.

Macam mana boleh jadi macam ni?

Tapi tengok pulak yang dibawah ni.

SPr dah buat tak tau kat kawasan DAP sebab depa dah tak harap BN boleh menang. Apa yang depa boleh harap, ialah dengan memenangi kawasan-kawasan PKR dan PAS. Kawasan sedia ada diperkuatkan, manakala kawasan Pas dan PKR dikucarkacirkan.

Apa yang kita nampak dalam statistik diatas hanyalah pertambahan pengundi secara keseluruhan. (jumlah sekarang tolak jumlah dulu). Tapi kalau dikaji dengan teliti lagi, baru kita boleh tau berapa jumlah yang pindah masu dan pengundi baru…dan berapa pula yang pindah keluar atau mati. Ambik contoh..di Simpang Pulai, jumlah pertambahan ialah 12.2% ataupun 4620 pengundi. Tapi berapa yang dipindah keluar dan berapa yang dipindah masuk?

Lagi detail kita kaji..lagi banyak manipulasi SPR yang kita boleh bongkar. Kita akan tau macam mana kampung ini dipindah masuk DUN sana. Taman ini boleh dipindah masuk Parlimen sana.

Kita mungkin ingat pengundi-pengundi kita masih sama sebab tengok jumlah pengundi masih 500 dalam satu UPU itu…tapi kita tak tau ada kemungkinan 500 yang dulu dikeluarkan dan 500 pengundi yang baru dimasukkan.

Hangpa pi tanya depa yang teringin sangat nak jadi calon tu. Ada Daftar Pemilih terbaru tak?

Aku yakin..ada tempat yang masih pakai Daftar Pemilih 2008. Kalau ada yang terbaru pun..ada dalam laci Ketua Cabang..

Kalau nak tumbangkan Umno..kena tumbangkan SPR dulu. Tapi sapa nak buat kerja ni?

Kalau takat AJK Cabang..aku tak harap. Pegang mouse pun ngetor.

http://www.malaysiatimes.my/

Tuesday, March 20, 2012

Notification of Your Winning Payment (USD$950,000.00)!!!!

2012 Toyota Asian/ London International
Promotion Program Customer Service Department
Toyota Tsusho (Malaysia) Sdn. Bhd.
Promotion Program Customer Service Department
Toyota Car Promotion Department 2Lansdowne
Row Berkeley Square London W16H United Kingdom
Tel:+447014218185/Fax:+447031889951

Dear Beneficiary,

We are happy to inform you of this year's release of the 2012 ASIA TOYOTA
INTERNATIONAL PROMOTION, held on the 9th March 2011 Due to the mix up of
numbers and E-mails, the results were later released on the 4rd March
2012.Your E-mail address was entered as an alternative number attached to
Reference Number: CC/0999/371MPL with, Batch number: EGS/1983-0272 NJA drew
the lucky numbers 9-13-21-30-31-47, which consequently won in the 3rd
category You have therefore been approved a lump sum payment of (USD
$950,000.00)in cash credited to file REF.NO: CC/0999/171MPL. This is from a
total cash prize of $M16,745000.000. (SIXTEEN MILLION, SEVEN HUNDRED AND
FORTY FIVE THOUSAND,UNITED STATES DOLLARS) shared among the (seventeen
international winners in this category). CONGRATULATIONS!!!.

Now you need to contact the management department in (CIMB) Bank Group for
the claim: Mr.Davies Lee Abraham on Exchange Transfer Service to receive your
fund,Dont be deceived because the Instruction has been made to Transfer the
money to you through by Western Union Money Transfer Service as regards to
pay the Lucky winner's after random check up for the week.

Although,the first payment has been send $7,000usd MTCN:03-191-08-178 but you
have to forward your name to the agent Mr.Davies Lee Abraham via email:
(western_28_union@hotmail.my) call him on phone Tel:+60166517640 To give you
Sender Name / Question and Answer to pick up your first winning payment as
maybe the rest of the fund will transferred to your account.

Hurry up and also re-confirm your information below;
Receiver Full Name:........................
Receiver Current address:.....................
Country................
Tel:...........................
Occupation:....................
Age:........................
Your Photograph Copy:.......................

Scanned Copy of your international passport or driver's license.WARNING For
security reasons, we advice all winners to keep this information confidential
from the public until your claim is processed and your prize released to
you. This is part of our security protocol to avoid double claiming and
unwarranted taking advantage of this program by non-selected winner or
unofficial personnel Congratulations once again!!!

Your sincerely,
Mr.Kelly Xiong Pan
(Asia - Coordinator Claim Department)

Skandal Najib meletup dekat PRU13?

 Skandal Najib meletup dekat PRU13?
Berita, Komentar, Ulasan & PendapatOleh Ahmad Lutfi Othman

Melihat gaya agresif Najib Razak menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13, nampak sangat Pengerusi BN itu dalam keadaan cukup tertekan. Gelagatnya dalam sidang Parlimen, terutama ketika menjawab isu skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam  (SBPA), menjelaskan kekalutannya.

Daripada corak pendekatan kempen itu, saya kira, strategis Umno meletakkan harapan tinggi kepada imej personal Najib, melebihi faktor-faktor lain, bagi mengutip kembali sokongan BN yang telah hilang. 

Tergambar seolah-olah Najib akan bertanding jawatan presiden, yang dipilih oleh seluruh rakyat, walhal beliau hanya mencuba nasib di Pekan, dan keupayaannya mengekalkan posisi perdana menteri ditentukan oleh kemenangan calon-calon BN yang lain.

Satu sisi, popularitinya semacam meningkat, dibantu pelbagai kempen penjenamaan program kerajaan (yang juga mengelirukan sebenarnya), namun imej BN langsung tidak dapat dipulihkan, terutama dari kacamata masyarakat Tionghua.

Bagaimanapun, hakikatnya, semakin Najib ditonjolkan -- sehingga menenggelamkan terus pemimpin BN yang lain -- sandaran parti itu bakal berdepan situasi lebih sulit. 

Jika personaliti beliau dicalarkan dengan teruk, kedudukan BN yang amat bergantung kepadanya itu akan turut merudum. Tanpa perlu mengada-adakan cerita atau menokok-tambah paparan negatif tentang Najib, persepsi rakyat terhadapnya mudah dibentuk. 


Perwatakan Najib, seperti diakui rakan baiknya, bekas Adun Pulau Manis, Pekan, Ariff Sabri Abdul Aziz, bukan sahaja ghairah memburu populariti murahan, tetapi begitu lemah daripada segi kepemimpinan. 

Beliau hanya bergantung kepada pelbagai bentuk "sogokan" bagi meraih undi dan merebut sokongan. Namun, pengundi tidak semudah itu untuk "dibeli" atau "diugut", terutama generasi muda yang buat pertama kali akan mengundi.


Pastinya Najib tidak mahu diingati sebagai perdana menteri terakhir daripada Umno. Beliau juga tentunya tidak bersedia berundur lebih awal dan berusaha mengelak daripada berdepan asakan anggota partinya sendiri. 

Mungkin pandangan veteran Umno, Daim Zainuddin turut menganggu fikirannya. 

Bekas Menteri Kewangan, yang pernah membuat ramalan mengejutkan tentang pencapaian BN empat tahun lalu itu, berkata, Umno akan menyingkirkan Najib jika  gagal memperbaiki pencapaian BN pada PRU13.

Sekiranya Najib tidak mampu menunjukkan prestasi lebih baik daripada Abdullah Ahmad Badawi, apatah lagi jika kehilangan lebih banyak kerusi, Daim berkata, "Umno akan menggulingkannya ... ini politik." 

Dalam wawancara dengan Sin Chew Daily, Daim menjelaskan bahawa amalan menyingkirkan pemimpin yang gagal menang pada pilihan raya adalah trend global, dan bukan hanya terhad kepada Umno.

Justeru, misi getir Najib adalah, sekurang-kurangnya, mengembalikan majoriti dua pertiga BN di Parlimen dan menawan kembali negeri termaju Selangor. Sedangkan, menurut sumber, Daim turut bimbang BN boleh kecundang di Negeri Sembilan dan Perlis, manakala Pakatan Rakyat akan mendapat lebih banyak kerusi Parlimen daripada Sabah dan Sarawak. 

Isu SBPA dan Pusat Fidlot Nasional (NFC) -- yang dianggap menjadi duri dalam daging buat BN dan mesti ditangani secara tuntas sebelum Parlimen dibubarkan -- tidak mungkin selesai hanya dengan penegasan Najib  untuk melakukan penambahbaikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) dan juga pengunduran "Makcik Bollywood", Shahrizat Jalil.

"Mungkin musuh-musuh Najib dalam Umno, tidak terkecuali timbalannya sendiri, mengimpikan prestasi BN tidak lebih baik berbanding PRU12 bagi memudahkan mereka mengasak beliau meletakkan jawatan, seperti dilakukan Najib kepada Pak Lah dahulu," pandangan seorang pemerhati politik dipetik. 

Secara peribadi saya tidak gemar dan memilih untuk mengelak daripada mengungkit kisah peribadi berkaitan kehidupan Najib, termasuk masa silamnya, apatah lagi membabitkan isterinya sekarang (tidak terkecuali kisah bekas isterinya!). 

Bagaimanapun, saya percaya, semasa kempen PRU13 nanti, cerita-cerita itu pasti terbongkar, mungkin dengan "bukti-bukti" yang lebih memeranjatkan.

Apabila membaca laporan mengenai perbelanjaan mewah hampir setengah juta ringgit majlis pertunangan anak perempuannya  (belum kenduri kahwin lagi) dan disusuli pendedahan mengenai sambutan hari jadinya melibatkan RM79,053 yang dibilkan kepada Pejabat Perdana Menteri, saya kira Najib dalam keadaan bahaya.

Agakan saya, Pengarah Strategi KeADILan, Rafizi Ramli, menyimpan banyak lagi cerita sensasi mengenai kes salahguna kuasa dan penyelewengan pemimpin BN. 

Sumber yang dekat dengan serambi kuasa, dan muak melihat kerakusan-ketamakan tanpa had elit penguasa dan para kroninya  tentu melihat Rafizi sebagai tokoh yang boleh disalurkan maklumat.

Ia mengingatkan saya semasa giat mendedahkan amalan korupsi bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo, sepuluh tahun lalu. Selepas membuat aduan ke Ibu Pejabat BPR (sekarang SPRM) di Putrajaya dan mendapat tumpuan media, secara bertali arus saya dibekalkan info, daripada sumber yang kebanyakannya tidak dikenali.

Rupanya, seteru (dan yang berpotensi untuk menjadi musuh) kepada orang no. 1 adalah mereka yang berada di sekelilingnya atau kadang-kadang tokoh no. 2 sendiri! Kalau tak percaya, tanyalah Khir .... 


Dalam masa sama, pentadbiran Najib cuba mengeksploitasi isu-isu agama, terutama bagi mengekalkan saki-baki sokongan masyarakat Melayu kepada Umno. Beberapa pertubuhan perkauman Melayu, seperti Perkasa dan Pekida, ditonjolkan ke hadapan.

Selain isu Israel yang gegak-gempita hebohnya mutakhir ini, Najib lebih awal lagi mempopularkan ungkapan wasatiyah atau kesederhanaan. Tanpa perlu menghuraikan lebih lanjut prinsip itu, saya yakin banyak pihak boleh menilai sama ada Najib, apatah lagi isterinya, Rosmah Mansor mengamalkan wasatiyah.

Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang, dalam perbahasan di Parlimen turut menyinggung hal ini. Malah, dalam khutbah Jumaatnya, pada 16 Mac lalu, beliau menyelar golongan yang memperalatkan istilah wasatiyah dan menyifatkannya sebagai penipu.

Katanya, kalimah itu disebut dalam al-Quran tetapi  golongan penipu mengambil kesempatan dari penggunaan istilah tersebut bagi mengelirukan umat Islam untuk kepentingan tertentu.

"Mereka yang menipu ini, mereka menafsirkan wasato (pertengahan), wasatiyyah (kesederhanaan), yang diucap seolah-olah tidak mengira halal dan haram," kandungan khutbahnya dipetik. 

Timbalan Presiden KeADILan, Azmin Ali pula, dalam ucapannya di Parlimen, 4 Mac lalu, mendedahkan bahawa Anwar Ibrahim mencetuskan gagasan wasatiyah, seawal 7 Disember 1975, ketika menyampaikan Ucapan Dasar Muktamar ABIM ke-4, bertemakan 'Jelas Wadah, Perbaru Tekad'.  

Anwar turut mengupas prinsip wasatiyah pada 1978 dalam kertas kerjanya, 'Islam dan Masyarakat Majmuk' di Universiti Kebangsaan Malaysia, yang turut dihadiri Lim Kit Siang.

"Wasatiyyah tidak boleh sekadar menjadi ungkapan dan retorika yang dicandukan kepada masyarakat untuk menjustifikasikan amalan boros, rasuah dan penyelewengan. Wasatiyyah menolak pendekatan yang keras dan zalim serta menawarkan pendekatan santun, ramah dan persuasif," kata Azmin. 

"Apakah ia menepati prinsip wasatiyyah apabila Umno membudayakan politik fitnah dan budaya samseng," tegas Ahli Parlimen Gombak itu lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, strategis Umno yakin isu agama, khususnya  kenyataan Anwar mengenai Israel, bukan saja dapat menarik sokongan pengundi Islam kepadanya, tetapi juga mampu meretakkan PAS daripada dalam.

"Malah tukang propaganda Umno percaya isu Israel ini boleh menyebabkan PAS berpisah daripada Anwar atau keluar Pakatan Rakyat," kata sumber, yang turut menambah bahawa Umno akan memperalatkan bekas pemimpin PAS, Dr Hasan Ali untuk tujuan itu.

Saya sekadar tersenyum mendengar "pendedahan" itu, tambahan pula selepas mengetahui Hasan mahu dijadikan senjata utama untuk menarik undi orang Melayu daripada PAS atau Pakatan Rakyat.

"Patutlah akhbar kerap sangat melaporkan ceramah Hasan dan mendakwa ia mendapat sambutan hangat," kata seorang rakan. "Tapi kita tahu isi ceramah Hasan ini, kali pertama mungkin agak ramai sebab orang nak dengar sendiri apa kisahnya, tetapi sekali dengar, mereka takkan datang lagi," tambahnya.

Jumaat lalu saya menghubungi sahabat di Baling selepas membaca laporan akhbar bahawa ceramah Hasan di sana mendapat sambutan lebih 5,000 orang. Beliau, yang turut hadir di pertengahan ceramah Hasan, berkata: "Tak sampai seribu pun, dan ramai juga yang balik sebelum ceramah habis. Bukan anta tak tahu ceramah Hasan Ali, dok pusing kot tu juga."
Posted on Tuesday, March 20 @ 15:45:51 MYT by aya 

Tinggal Umno: Selepas Kadir Tengku Razaleigh Pula?

Print
User Rating:  / 0 
PoorBest 
Category: Mohd Sayuti Omar

Duri yang mencocok punggung Umno sejak kebelakangan ini telah tercabut dengan sendirinya apabila Kadir Sheikh Fadzil telah mengumumkan keluar dari parti berkenaan hari ini. Surat keluar dari Umno dihantar kepada Setiausaha Agung Umno hari ini.

Tindakan bekas menteri penerangan itu dikatakan menjadi duri dalam daging kepada Umno dengan sikapnya mengkritik parti berkenaan. Kritikan yang tidak dapat diterima Umno ialah berhubung dakwaan Kadir yang Umno membeli pengundi dalam pilihan raya lalu.

Sehubungan itu Umno sedang mengumpul maklumat untuk mengambil tindakan ke atasnya. Mungkin Kadir yang juga timbalan presiden Amanah Merdeka sudah dapat menghidu yang Umno akan bertindak ke atasnya menyebabkan beliau mengambil tindakan mendahului Umno.

Persoalan kini ke manakah Kadir selepas ini? Apakah dia akan menyertai salah satu parti gabungan Pakatan Rakyat ataupun kekal sebagai ahli politik tidak berparti?

Sehubungan tindakan itu tanda tanya juga timbul mengenai nasib presiden Amanah, Tengku Razaleigh Hamzah. Apakah Tengku Razaleigh juga akan mengambil tindakan sama dengan Kadir meninggalkan Umno?

Ada kemungkinan. Khabarnya Umno Gua Musang akan menolak sekiranya BN masih mencalonkan Tengku Razaleigh bertanding dalam pilihan raya akan datang. Beberapa hari lalu beberapa ketua cawangan Umno dalam bahagian Gua Musang membuat kenyataan mendedak Tengku Razaleigh tidak lagi dicalonkan.

Sekiranya Tengku Razaleigh Hamzah juga mengambil tindakan sama ia menjadi pukulan hebat kepada Umno menjelang pilihan raya. Belum pernah berlaku dalam sejarah Umno pemimpinnya meninggalkan parti menjelang pilihan raya.

Tengku Razaleigh juga dianggap sebagai duri dalam daging bila mana lantang menyuarakan kritikan atau pandangan yang tidak menyeronokkan Umno seperti meminta royaliti petroleum yang digali di perairan Kelantan dikembalikan kepada Kelantan. [wm.kl.1:25 t/hari 19/03/12] 


Najib Bimbang Sharizat Dedah Rahsia Rosmah?

Print
User Rating:  / 1 
PoorBest 
Category: Mohd Sayuti Omar

Isteri taukeh lembu gemuk (NFC), Sharizat Jalil tidak mudah mengaku kalah. Walaupun berbagai pihak meminta dia berundur demi Umno, tetapi tidak semudah itu untuk menteri wanita bermata cerah bercelak itu berbuat demikian. Umrahnya sebanyak tiga kali telah memberi kekuatan kepadanya.

Dari ketua bahagian membawa kepada ahli parlimen, timbalan menteri dan bekas perdana menteri semua nasihat supaya Sharizat mengangkat kain taula putih, mengaku kalah melepas jawatan. Mereka mengira isu lembu gemuk telah memberi penyakit besar kepada Umno dan akan menyulitkan Umno untuk berhadapan dengan rakyat dalam pilihan raya nanti. Projek itu akan menjadi lambang atau simbol kerakusan kerajaan UBN dalam menyangak wang rakyat.

Kenapa tidak, isu NFC itu bukan saja berlegar di Bangsar atau Lembah Pantai tetapi sudah sampai ke kampung-kampung. Ibu saya di kampung juga tahu kisah NFC entah siapa yang bercerita kepadanya. "Ti sungguhkah lembu la ni duduk di kondo?" begitulah tanya ibu saya suatu hari penuh kelurusan.

"Lembu mana pula?" tanya saya. "Lembu Sharizat menteri waniat itu...lah," katanya. "Siapa cerita ni, jangan duk percaya benda yang karut marut, mana ada lembu duduk di kondo," balas saya menguji pengetahuannya. "Tak tahu orang duk cerita gitu, mek nak tanya sebab Ti dok Kuala Lumpur..," balasnya agak kecewa dengan bantahan saya. Ibu saya akan diam kalau saya bersikap begitu kerana dia kenal benar dengan perangai anak jantannya ini. Saya tidak suka kalau dia bercakap hal yang pelik dan ganjil berbau fitnah.

Moral of the story 
bahawa kisah laki Sharizat pelihara lembu dengan peruntukan kerajaan RM250 juta sudah sampai ke kampung-kampung. Kisah itu menyebabkan orang kampung merasakan bahawa mereka dianiaya dan diabaikan kerana untuk 'beli lembu' mereka hanya dibagi RM500 saja, (itu pun nak dapat kena tunggu dua tiga jam kena dengar tazkirah dari pemimpin Umno) sedanhgkan semurah-murah lembu kampung hari ini berharga di antara RM800 hingga RM1500.

Kerana meluasnya cerita itulah ia membimbangkan Umno. Umno mencari jalan menyelesaikan isu berkenan dan mencari formula agar rakyat melupainya. Sebab itu akhabr penjilat buntut gila-gila mencari isu dan mereka-reka apa saja isu untuk mengambuskan isu lembu gemuk. Kehadiran Hasan Akidah dalam jerumu Umno tidak juga dapat membetulkan 'akidah' rakyat tentang projek lembu gemuk itu malahan dia mengkelam kabutkan lagi keadaan.

Video seks membabitkan Anwar ditayang dimana saja ada majlis pemberian wang rakyat kepada rakyat sebanyak RM500. Guru-guru, tok imam, tukang kebun, makcik jual kantin dan hatta tok mudin pun dipaksa menontonnya. Terkulat-kulat dan tersengeh dan pandang memandang mereka yang menonton sesama sendiri. Cikgu muda yang tidak pernah menyaksikan gambar porno sepanjang hidupnya kemalu-maluan di tepi dinding... sambil diperhati oleh ketua cawangan Umno.

Umno buntu menghadapi Sharizat. Najib tidak berani berkokok... bila ada desas desus mengatakan Sharizat telah hantar surat meletakkan jawatan Najib cepat-cepat menafikan. Penafian Najib itu menunjukkan dia takut dengan Sharizat. 

Saya tidak fikir Najib akan mengarahkan Sharizat meletak jawatan untuk mengatasi masalah yang timbul dari isu lembu gemuk seperti mana diharapkan oleh orang ramai. Kenapa? Sharizat pernah dilaporkan berkata, kalau dia kena letak jawatan kerana isu yang tidak membabit dengan beliau secara langsung itu, orang lain juga perlu berbuat demikian.


Apa maksud dan mesejnya. Ertinya bukan Sharizat sahaja yang terbelenggu dengan projek-projek mega tidak mengikut prosuder, memiliki kekayaan di luar kemampuan tetapi menteri lain juga. Balasan membela diri oleh Sharizat itu bolehlah dianggap bahawa semua menteri kabinet termasuk ketua bahagian yang tidak menjadi wakil rakyat dan menteri ada memiliki harta diluar kemampuan masing-masing.

Selepas Sharizat mengeluarkan kata-kata dan cabaran demikian maka tidak ada yang berani mendesak Sharizat. Sesetengah menteri Umno dan BN yang memegang kayu untuk menyocok punggung lembu laki Sharizat diletakkan semula.

Nah.. begitu juga dengan Najib. Najib juga tidak berani untuk bertindak ke atas Sharizat. Apa yang membimbangkan ialah takut Shariat juga akan terlatah mulut mendedahkan apa-apa yang dia tahu yang dilakukan oleh isterinya Rosmah Mansor. Khabarnya Sharizat ada maklumat hebat mengenai Rosmah Mansor yang belum terungkap. Maklumat dan rahsia inilah yang digenggam oleh Sharizat.

Apakah kerana bimbang rahsia Rosmah didedah Sharizat maka Najib jadi terpaksa kompromi dengan Sharizat? Dari sini fahamlah kita kenapa Najib sebagai ketua tidak boleh bertindak ke atas anak buahnya kerana dia sendiri juga ada masalah lebih besar dari ditanggung anak buah itu.

Bagaimana pun saya yakin nama Shariat tidak akan dicalonkan pada pilihan raya akan datang. Namanya di Lembah Pantai sudah pasti akan diganti dengan nama kawan Najib, Raja Nong Chik. Apa yang kita hendak tenguk selepas ini, apakah Shariat akan bertindak balas dengan mendedahkan apa yang dia tahu mengenai Rosmah kalau tidak dicalonkan? Apakah Sharizat seorang pendendam? Tunggulah... tidak akan lari gunung dikejar hilang kabus nampaklah ia.

Perkara ini sudah tentu difikirkan oleh Najib. Najib mungkin tahu manusia kalau sudah hilang sabar bukan saja setakat sanggup singsing lengan baju, tunjuk labu lengan gebu selak kain pun sanggup dilakukan. Apa yang paling Najib takutkan ialah kalau-kalau Sharizat menyelak kain isterinya sekali hingga terdedah kesemua yang sulit mulit.

Justeru saya mengira isu NFC melibatkan laki Sharizat akan diselesaikan secara politik. Sharizat tidak perlu mengembalikan wang kerajaan RM250 juta seperti Nazri sarankan, tetapi cukup untuk Sharizat meletakkan jari dibibirnya sambnil buat sssshhhhh.... dan tunjuk kepada Najib. Najib pun akan faham dan kes NFC akan lepas dan rakyat semua akan tersengih-sengih macam kerang busuk. Selepas ini SPRM akan buat pengistyharan bahawa tiada kes membabitkan rasuah dalam projek NFC.Sebaik saja pengistyharan itu dibuat parlimen pun akan dibubarkan. Oooiiii... Mat Maslan kenapa tong sampahkan buku Jingga? [wm.kl.9:49 am 17/02/12]