PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Wednesday, February 08, 2012

Skim 1Care For Malaysia : Potong 10% Gaji Perkerja (Anda) Untuk Bayar Insuran? Setuju?


Skim 1Care For Malaysia : Potong 10% Gaji Perkerja (Anda) Untuk Bayar Insuran? Setuju?

by STAFF BERITA SEMASA on FEBRUARY 1, 2012

in CADANGAN & DASAR KERAJAAN

Click Here

1care potong gaji Skim 1Care For Malaysia :  Potong 10% Gaji Perkerja (Anda) Untuk Bayar Insuran?  Setuju?

Banyak produk 1Malaysia atau jenama 1 itu sendiri seperti Kedai 1Malaysia, Kedai Ikan 1Malaysia, Klinik 1Malaysia dan macam-macam lagi termasuklah juga skim "1Care for Malaysia". Dan cadangan kerajaan yang terbaru ……

Berdasarkan laporan TheMalaysiaInsider  mengenai pelaksanaan 1Care ini, kerajaan Malaysia mahu memperkenalkan sistem penjagaan kesihatan di mana:

  • Perbincangan dengan doktor dan farmasi seluruh negara sudah memasuki fasa ketiga dan inisiatif penuh dan skim 1Care akan dibentangkan kepada Kabinet pada Mac 2012 ini
  • Gaji kakitangan kerajaan dan pesara, perniagaan dan menyumbang 10 peratus pendapatan mereka kepada agensi kerajaan akan dipotong 10% setiap bulan untuk membayar sistem penjagaan kesihatan yang asas
  • Walaubagaimanapun, orang miskin dan sebagainya dikatakan akan tetap mendapat faedah perubatan asas percuma

Cadangan Skim 1 Care For Malaysia : Apa Faedah & Kelebihan Selepas Anda Perlu Membayar 10% Daripada Pendapatan Setiap Bulan?

  1. Anda tidak boleh memilih doktor anda sendiri kerana kerajaan akan memilih seorang doktor untuk anda
  2. Anda hanya boleh berjumpa dengan doktor sebanyak 6 kali setahun yang mana anda akan dicaj RM60 untuk sekali perjumpaan (RM360 setahun)
  3. Doktor akan diberi KPI. Kalau doktor tersebut kerap menghantar pesakit ke hospital, maka KPI mereka akan menurun. Ini bermakna, doktor tidak akan sewenang-wenangnya merujuk pesakit (anda) ke hospital. Tetapi, jikalau pesakit yang hendak ke hospital terus, maka pesakit itu perlu bayar sendiri
  4. Anda hanya boleh berjumpa doktor untuk satu masalah pada satu-satu masa sahaja
  5. Tuntutan hanya untuk kos rawatan dan perubatan asas
  6. Bayaran kepada pesakit tetap dikenakan untuk penyakit kritikal.

Dan jika anda tidak selesa atau tidak suka, anda perlu membayar lebih untuk berjumpa doktor lain, untuk mendapatkan ubat yang lebih baik. Walaubagaimanapun, jika anda sedang menggunakan insurans syarikat, dikecualikan.

1care di malaysia Skim 1Care For Malaysia :  Potong 10% Gaji Perkerja (Anda) Untuk Bayar Insuran?  Setuju?

Pro VS Kontra : Cadangan Kepada Pengenalan Produk "1Care For Malaysia :

Kami melihat cadangan ini ada pro dan kontranya seperti :

Pro 1Care :

  1. Ianya membuatkan servis dan perkhidmatan kesihatan yang diberikan kepada pesakit akan menjadi lebih baik dan mampan dengan syarat ia dilaksanakan dengan betul
  2. Selama ini penjagaan kesihatan dihambat dengan subsidi. Ya…bagi kami kalau setakat demam panas, batuk-batuk ataupun penyakit berjangkit/endemik/pandemik, bagi kami memang patut kerajaan yang memerintah menyalurkan subsidi tersebut.
  3. Tetapi…..ya ada tetapinya, jikalau penyakit disebabkan kesilapan sendiri seperti kemalangan diatas kelalaian dan kecuaian sendiri, darah tinggi, diabetik (sekadar memberikan beberapa contoh) yang mana semuanya melibatkan kos yang besar untuk menyediakan ubat-ubatannya, ada eloknya "some kind of protection" kepada kerajaan juga memandangkan kerajaan  sekarang mempunyai sumber kewangan yang terhad merujuk kepada hutang negara Malaysia ketika ini. Jadi insurans ini adalah salah satu caranya.

Kontra 1Care :

  1. Dengan adanya insuran 1Care ini, ia sebenarnya menambah apa yang dipanggil sebagai "red tapes" melibatkan penjagaan kesihatan. Ada penyakit kena subsidi, ada tak diberikan subsidi
  2. Jikalau disubsidi nanti perlu memohon, mintak kelulusan itu ini, kena laporkan kepada doktor lagi. Sedangkan rawatan kesihatan perlu disegerakan. Contohnya, pesakit yang kena stroke tidak boleh tangguh-tangguh untuk mendapat rawatan
  3. Ini ditambah lagi apabila doktor dihadkan pula jumlah perjumpaan, khidmat nasihat, rawatan dan sebagainya
  4. Jadi akhirnya kesihatan orang ramai terutamanya yang berpendapatan rendah akan terjejas. Bagi mereka yang berpendapatan tinggi pula, ini tidak adil kepada mereka kerana pendapatan mereka dipotong 10% untuk mensubsidi rawatan kesihatan bagi mereka yang berpendapatan rendah.
  5. Jikalau subsidi yang diberikan kepada "golongan yang benar-benar berhak" tiada masalahnya, tetapi yang menjadi persoalannya kelak, jikalau subsidi tersebut disalurkan kepada golongan berhak mendapat subsidi tetapi dalam pada masa yang sama malas & tak pedulikan untuk menjaga kesihatan seperti tidak kawal pemakanan, merokok dan lain-lain lagi adakah layak orang sebegitu diberi subsidi untuk rawatan kesihatan?
  6. Dan akhir sekali apa yang kami nampak dengan ada skim 1care ini rawatan tidak lagi "tailor made" mengikut kategori keperluan pesakit dan kemampuan pesakit. Sebaliknya hanya mengikut ubat khusus yang telah ditetap oleh 1care di mana jenis ubat kena ikut sistem 1care.
  7. Doktor lebih kenal dan memahami pesakitnya, doktor yang rawat pesakit, makanya biar doktor yang tentukan ubat dan rawatan mana yang sesuai, bukan sistem 1Care itu sendiri yang menentukannya
1care malaysia1 Skim 1Care For Malaysia :  Potong 10% Gaji Perkerja (Anda) Untuk Bayar Insuran?  Setuju?

Cuma persoalannya sekarang ini, apabila sudah dipotong gaji untuk skim 1Care ini nanti, apakah jaminan kerajaan apabila pesakit yang mendapatkan rawatan tiada hanky panky (tipu muslihat) disebalik caj-caj tersembunyi yang mungkin akan dikenakan nanti, kena tambah bayar itu ini lagi? Selain itu, apa jaminan kualiti kesihatan yang bakal diberikan kepada pengguna produk/skim 1Care ini? 

Dan satu lagi bagi kami dengan potong 10% bagi kami agak membebankan rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah dan kelompok pertengahan. 10% bagi kami agak tinggi berbanding kelebihan & faedah yang ditawarkan oleh 1Care sendiri.

Kami juga nak tahu, siapa disebalik penyedia insuran ini yang mana setakat ini kerana kami dimaklumkan skim 1Care ini dibekalkan kepada hanya satu syarikat insurans sahaja. Siapa mereka itu?

Dan cadangan kami untuk kurangkan beban perubatan kerajaan, adalah dengan mengutip bayaran cukai insuran yang tinggi dari PEKERJA ASING yang masuk Malaysia. Mereka-mereka ini menghabiskan dana kerajaan dengan kos penjagaan perubatannya, kos penahanan di pusat tahanan.

P/S : Apa pandangan dengan pengenalan skim 1Care for Malaysia ini? Sementara masih lagi diperingkat cadangan mungkin anda ada idea dan cadangan ke arah penambaikan kepada skim 1Care ini?

Setuju Dengan Pelaksanaan Sistem 1Care Seperti Ini?

  •  
  •  
  •  

View Results

Lagi Berita Yang Menarik Untuk Disemak [KLIK]:


{ 119 Komen Bernas… Telah Dikongsikan Setakat ini. Pandangan Anda Pula? }

1Peros February 1, 2012 at 2:17 pm

Saya bekerja di Kementerian Kesihatan Malaysia tapi saya pun tidak berapa jelas dengan pelaksanaan 1Care ni…
Kita tunggu dan lihat selepas di bincangkan di kabinet nanti.

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

2fuhh February 1, 2012 at 4:29 pm

ak mmng xpham ngn pelaksanaannya… ap yg ak pham adlah gomen amik duit rkyat yntk dgnakn pda rkyat… Pretty much sound like zakat… mna institusi zkat ngara?? brapa rmai yg byar zkat harta scara brkala?? ap tndakan krajaan untk mmperkemaskan ktipan zkat ni??

Faedah 1care ni ak nengok ngarut molep… buleh nk wat gak, wat akta yg ak rsa lbih pnting, yg mnjdi nadi hutang rkyat mesia, akta kwal hrga rmah, hrga keta mcam cibai, n institusi perbankan yg mengaut keuntungan atas kesengsaraan org len… Pkirla mcam mna nk atsi… Mmng ssah, tpi spa sruh nk jdi gomen…

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

3El-Musa February 2, 2012 at 4:16 am

TAK PERLU 1 CARE.
TAK PAYAH.
NO NEED.
TIADA DALAM AKTA.

Tak habis-habis dengan program yang mengada-ngada.

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

4tomz February 2, 2012 at 8:52 am

Saya berpendapat

Cukuplah dengan jenama bermula dengan huruf 1 yang kebanyakan akhirnya bila kita dapat kenalpasti ianya tidak menguntungkan kebanyakan rakyat.

Kini rakyat makin tertekan dengan kehidupan di negara sendiri. Bebanan melampau tanpa kenaikan gaji setimpal untuk rakyat.

Saya sama sekali tidak setuju dengan cadangan yang menguntungkan hanya sesetengah pihak dan terus bebani rakyat kebanyakan dan juga dibawah

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

5OSA February 2, 2012 at 8:33 pm

x setuju…da la sume bantuan cme bg kt org gaji bwh 3000, kalo gaji 3200, kene byr rm320 sebulan? jmpe dr caj br rm360 setaun.

stendet gaji 3200 bersih slps epf / socso / pcb + – 2788
dengan mengandaikan aku dok uma mak bapak, kete bini yg bayar, makan menu rakyat 1malaysia (tiap2 ari lauk telo)

baki gaji bersih (slps potongan wajib)= 2400 ++
kalo ptptn da tuka jd subsidi, minyak free 100 liter sebulan utk rakyat, bil letrik / air / pembentungan percuma.

aku rasa gaji tu cukup kot..yela, pendidikan percuma, duit belanja skola jatuh dr langit, baju beli kt bundle je.

SSPN? xpe, cme rm20 sebulan, internet? ade skim jalurlebar 1 malaysia.

diorg ni x abes2 dgn pelan sedut duit marhaen

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

6rakyat biasa February 1, 2012 at 2:42 pm

insurans gak yang untung simpan duit kita semua

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

7velvet February 1, 2012 at 4:29 pm

sampai bila nak bergantung pada orang
kesihatan kita, tak salah kita kuar duit bantu sesama sendiri…
lagipun dengan duit sekarang, mutu perkhidmatan tak memuaskan hati sangat
macam insurans yang ada sekarang, orang tertentu dan hospital tertentu je boleh…
tak adil la kan
dengan ada sistem camni, kita tolong satu sama lain…
even kita tak guna pun, tak salah kita cuba untuk meringankan beban jiran2, sedara2, ataupun strangers yang ada kat negara kita ni

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

8cicakTokek February 1, 2012 at 10:11 pm

Bedtul tu. tapi tak adil lah jika potong 10% seorang. Pekerja di malaysia ada 10 Juta dengan pendapatan purata RM 1900, maknanya ada 19 billion gaji sebulan. 10% maknanya 1.9 billion hanya untuk insuran kesihatan je. Setahun jumlahnya 22.8 billion. Ada yang jadi billionaire beb. Tak logik kalau kerajaan nak buat begitu, cekik darah namanya. Yang sesuai ialah mungkin seperti berikut:
Gaji kurang RM 1000 tiada potongan. Yang lebih RM1000, potong 0.5% dari gaji. Yang masuk hospital kerana sakit buatan sendiri, potongan dinaikkan berdasarkan jenis sakit, baru adil. Kita saling membantu tetapi biarlah berpadan dan kena pada orangnya. Apa ke jadahnya bantu orang kaki merokok (canser paru2/mulut/gusi dsb), kaki seks bebas (aids/sifilis dll), kaki dadah, mat rempit, penyamun yang kena belasah atau tembak mahupun orang malas kerja yang asyi ambil mc. Sekadar pandangan.

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

9Atas Pagar February 1, 2012 at 2:45 pm

argh…..aku nak ia dilaksanakan sekarang
Kalau dilaksanakan aku yang sekarang pengundi atas pagar Sanggup undi DAP
Bodoh malantun asyik nak tindas rakyat. Dah la barang semua naik, Lepas itu nak buat skim 1Care bodoh macam ni

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

10who r u February 1, 2012 at 4:30 pm

ya…aku stuju….laksanakan le skg…nri rmai pngundi yg akn lari memilih pmbngkang….useless punya skim 1 israel care….fcuk.

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

11cicakTokek February 1, 2012 at 10:14 pm

Aku pun. Kalau Hassan Ali buat parti baru, jom kita sokong ramai-ramai.

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

12kos hidup naik February 2, 2012 at 12:59 pm

ah, hasan ali pun tengah gila meroyan. tolong jangan himpit kami dengan bayar, cukai, harga naik……. tolonglah kami kerajaan

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

13aku penggila wanita February 5, 2012 at 8:18 am

pergi mampus la dgn hasan ali, tu citer lain la

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

14semangkin meLAYU February 6, 2012 at 10:21 pm

Kalau betul kerajaan mmg hampeh….!!!! Rsanya aku pindah duk kat tgh2 utan kalimantan lg bagos….

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

15pimai-pimai tangtu February 1, 2012 at 2:52 pm

udah2 ler gomen nak perah duit rakyat wehh…dahler makan pon stakat cukup2 jer..pastu nk pulak potong 10% pulak ? betulkan dulu sistem kite sebelum kene kan cas yg macam2 kat rakyat..kasik 250juta kat laki menteri lembu boleh..kasik billion2 subsidi myk kat IP swasta boleh..kasik ratus2 juta kat mamat yg beli kapal selam dulu boleh..kasik tol/letrik/air/rege barang naik tiap2 tahun boleh…nak kasik sikit utk rakyat tak boleh kaaa ??

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

16intan February 1, 2012 at 3:04 pm

kenapa gomen nak forcing to deduct 10% dari gaji
ituh akan membebankan pekerja
lagipun rata2 sekarang ni ramai dah ada insurans personal kan?

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

17lela manja February 1, 2012 at 4:09 pm

betul tu intan
kalau kena deduct another 10% from their salary mesti ramai yang akan terasa..
potongan bersih every month would be at least 21%…
untuk org yg gaji rm3000 macam saya RM300 cukup banyak
malah klu ambil personal insurance dengan prudential contohnya
macam2 benefit saya bleh dapat
tak setuju

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

18Aku February 5, 2012 at 8:43 pm

Yang dah ada insuran dikecualikan

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

19baulu February 1, 2012 at 3:05 pm

Nak buat bulih,tapi jangan lah diwajibkan..biar je rakyat/pgguna buat pilihan.dgn potongan 10% tu bkan semua mampu.sbb gaji yg ada dah guna untuk potong mcm2..pinjman kereta,rumah,pnjaman peribadi,ptptn,mnyara keluarga,ptgan kwsp n mcm2 lah..

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

20Selipar Jepun February 1, 2012 at 3:16 pm

Yaaaaa..aku setuju dengan pendapat saudara :)
Selipar Jepun Berita Terkini….Cikgu Shida VS Che'Gu ManMy Profile

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

21cikgu zainal February 1, 2012 at 3:08 pm

On paper, it is a wise move, ke arah menuju negara maju.
Implementation wise, dengan faktor Malaysia penuh dengan cronyism, hmmm..rakyat yang rugi

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

22Yaakub February 1, 2012 at 3:40 pm

cikgu, kronism memang susah nak dibendung
kat mana2 ada mslah ini even kalau pakatan perintah pun ada
silap2 lagi teruk
tapi selagi ianya tak memberikan keburukan pada rakyat, sampai semua tak cukup makan ke aper,
tak perlulah nak pikir sangat…
lagipun hidup ni sementara saje…kalau terlalu agung2 kan hidup di dunia tak guna juga

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

23Pemerhati February 2, 2012 at 10:59 am

Fuck You Yaakub.Ko nie ckp mcm lembu NFC.Mmgla ko x agung2kan dunia, tp Menteri2 Be End ko tu yg agungkan dunia.xingat nak mampos.Asyik nak pedajal rakyat ja..

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

24Salam February 3, 2012 at 10:03 am

Ya benar En. Yaakub, hidup ini sementara… tetapi kita masih ada pilihan untuk hidup dengan selesa bagi menyediakan diri ke arah kehidupan yang satu lagi, atau menjadi hamba kepada hidup di dunia tanpa keselesaan untuk menghambakan diri kepada yang satu, kerana kesempitan.

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

25kudin February 1, 2012 at 3:11 pm

tolak kwsp tolak perkeso tolak 1 care. tinggal brape je duit nk belanja?

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

26mat kacau February 2, 2012 at 12:39 am

saya tak setuju dengan 1care ini, 10% deduct from salary terlalu tinggi, apa kita nak makan jika gaji pun ciput2 je. bukan kesihatan kita bertambah baik, mungkin nanti masalah kebuluran, tekanan mental yang boleh menjuruskan kita mengalami tekanan tinggi darah, penyakit jantung, masalah sosial lain pula yang timbul memikirkan tiap bulan duit gaji kita di tolak secara paksa. yang untung pihak insuran je, apalah punya badigol punya idea 1care ni, apa pembuat dasar ni pikir gaji rakyat msia ni besar sangat kah, gaji sebenarnya makin susut disebabkan harga semua barang semakin naik. kesian pada yang berpendapatan kecil. langkah kerajaan ni dilihat sungguh menyedihkan!!

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

27wani February 1, 2012 at 3:23 pm

emm 10% dari gaji tu, tinggal berapa ringgit sahaja yang tinggal gaji saya nanti…
ingatkan 10% tu simpan tabung haji

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

28rain February 1, 2012 at 4:03 pm

giler babun……klau gaji RM1000 tak pasal2 RM100 dah senang2 jer bagi kat insuran……apa yang tinggal?

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

29Peminat Man Utd February 1, 2012 at 4:08 pm

galakkan jela org amik insuran yang ade saving skali.. mungkin lebih baik..
Peminat Man Utd Berita Terkini….Terima Kasih Gibson Dan Swansea..My Profile

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

30valuation February 1, 2012 at 4:10 pm

Adoi mak, ada plak sistem macam nie. Bila buat satu sistem, mesti banyak syarat-syarat. Ada pihak untung, ada pihak rugi, ada pihak sama rata ajer. Macam pak cik, tahun lepas tak pernah jumpa doktor pun. kalo demam, beli panadol sendiri. Beli ubat sendiri. Kalo namanya insuran, Duit pak cik tu 10% mana perginya. Bila tak guna, lebur aja la. Bila pak cik tengok-tengok. Sistem perubatan nak diswastakan la pulak. konsepnyer macam kat Amerika pulak. Mesti orang yang mencadangkan nie ambil konsep kat luar negara tu. Cuma caranya diubah agar sesuai dengan keadaan disini. orang dah tak bole pergi hospital or klinik senang-senang. Kena ada surat doktor dulu. Pastu claim insuran. kalo insuran tak bole claim. Apa macam. Dah potong 10%, dah kena bayar lagi. Dah la gaji zaman 80an. Nilai duit tak macam zaman 80an. Pak-pak semua yang berwajib, potong 10% tu banyak sangat. Cuba buat satu sistem macam insuran lain. Tiap bulan potong 30ringgit ker, 50ringgit ker. Kan lebih berpatutan. Adoi mak. Sekarang macam macam bil pak cik dapat, gaji pak cik nak dipotong-potong lagi. Pak cik nak makan aper. Anak pak cik nak belajar macam mana. Itu perkeso, tiap tiap bulan potong. Bila ada kes, ada ajer syaratnyer. Duit pak cik potong tiap tiap bulan pergi maner. Ayah pak cik pernah sebut, dia kerja tiap tiap bulan potong perkeso. tak pernah claim perkeso. Dia punya duit pergi maner. Pak pak Semua, Pak cik secara peribadi tidak bersetuju dengan potongan 10% tersebut tetapi potongan yang tidak membebankan pak cik, pak cik okey. Baik pak cik potong 10% simpan dalam tabung haji. Pak cik boleh pergi Haji, Ada duit dalam bank, bila susah boleh guna, ada interest sikit. Lagi baik.

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

31ncj February 1, 2012 at 4:20 pm

harap bkn diwajibkan la…(xp'lu la nak pksa2 rkyat wat potongan cukup la ngan KWSP/PERKESO/CUKAI PENDAPATAN) gaji suami sekarang pun istri kena tlg topup tiap bulan sbb banyak sgt kn bayar…. nak smpan bulan2 pun belum tntu cukup… (klau xdiwajihkan jgn lak ada syarat lain untk perubatan)

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

32Pejuang February 1, 2012 at 4:30 pm

skim 1care aku tengok berat sebelah dan mengguntungkan satu pihak sahaj. Fikirkan, andai gaji RM1,000 sebulan potong 10% = rm100 setahun 1,200.
Limit 6x visit @ RM60 pervisit. maknanya RM360. Jadi Bayaran tahunan RM1,200 tapi dapat kemudahan kesihatan bernilai RM360.. bakinya ke mana. Takkah ia merugikan rakyat.

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

33Zuzu February 1, 2012 at 5:35 pm

pandai2 lah cari duit untuk hidup
anak bini tu siapa nak kasi makan, awak kan lelaki berusahalah jangan berungut

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

34zaza February 2, 2012 at 1:04 am

zuzu ni xhbis2 mrapu… dh ko skong sngat bnda ni, cba snaraikan kebaikan2 yg dsdiakan jkalau 1care ni dlaksanakan… xpyah nk ckap sal sma rta sume tu… Dh trang2 dlam Islam, mngatakan, dlam hrta kta adnya mlik org len yg brmakna ZAKAT… Klu kta byar zakat scukupnya, xpyah dhla nk bntu org len ngn byar 10% ni… Kta kna pkir gak bla nk bntu, msalah yg dhadapi skang ni, kbnyakan rkyat Mesia ni, duit xckup… Sumenya mngarah pda hutang rmah n keta yg tlahpn mnjdi kperluan… Tu xkra lgi ngn makan, minyak, anak2… Nk tlong pn knala ikut kmampuan… Klu dh xmampu, mcam mna kta nk tlong??

Mmng prsamaan traf prubatan tu stu bnda yg bgus, tpi kta kna consider sume phak yg trlbat… Ni, xhbis2 ngn idea bodo prsamaan traf tu… Cba pkirla, ank muda yg bru nk bertpak, keta kna byar, rmah xkan slama2ny nk kna sewa… pastu gaji dorg ni start2 dh 10k ke?? start2 maunya 2-4k… keta lgi, mnyak, sewa rmah dh brapa… cukai lgi, kwsp… brapa tnggal?? ni bkannya mrungut, tpi cba pkirla, klu kta krja trsenggup2 pn lma mna, part time cam giler, bape bnyak yg bos bleh byar?? dua kali gaji ke?? kalu gitu xpyah tdorla, keja 24 jam… xgtu?? so, for once, stop considering what best for one side, but we need to consider what best for everyone… Xkra lgi ngn halal haram… mcam mna klu sorg dri brjuta2 rkyat xhalalkn ap yg dorg bgi tu?? tu hak dorg kn… mkan bnda hramla kta??

Mmng xdnafikan untk glongan miskin, bnda ni bgus, tpi dri POV glongan prtngahan, alamatnya bankrapla… glongan kaya tu, sah2 xmrasa mna kn… Jgn nk ckap sjala zuzu, ktorang krja dri siang smpai mlam, ank2 kna pkir lgi, ni plak nk pkirkan org len… Please, don't be so selfish… Bnyak cra lgi yg bleh krajaan usahakn untk atsi msalah sperti ni, tpi bkan cra ni… Ngara kta bkannya ngara komunis, ktorang dh byar hak2 org2 len ngn zakat2, so kmi rsa ckupla tu… klu gaji ko bnyak sngat, puluh2 ribu, or ko blum brkrja, xpyahla nk komen kt sni… Wat skit hati ak bca jer… bkakla pndangan tu ckit, try picture yrself in one of those unfortunate, I mean someone from glongan prtngahan yg keja kt bndar2 tu… Kesian dorg nk tnggung ank bini, ni plak tnggung org len plak…

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

35rain February 2, 2012 at 8:33 am

halo……………… kalau awak tak makan gaji jangan citer banyak la!!!

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

36Pemerhati February 2, 2012 at 11:02 am
37no name February 2, 2012 at 10:21 am

tu la aku pn pk bnda yg sma jgk…agak membebankn bg gaji yg bwah 1k…kalau x digunakn dlm stahun duit yg kita potong tu lari kmana?x kn nk hangus mcmtu je..aku x setuju la ngn cara diaorg nie..aku bukan anti kerajaan tp yg mna x patut aku rasa kita berhak mnyatakan rasa x setuju.

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

38Chin Peng February 1, 2012 at 4:32 pm

is this the same mcm universal healthcare?
10% agak banyak untuk bayar for setiap seorang
if we unhealthy, we get the benefit
if we healthy, we pay for someone else punya treatment?
kalau insurance biasa kita pay to the company for kita punya own purposes sahaja
tapi insurance aku xdelah sampai 10% gaji aku. only 3,4% sahaja
cekik darah punya gomen
kau nak meniaga dengan rakyat ker?
but i think this proposal plan gonna tear this country even apart politically macam US tu
Universal healthcare or nay!

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

39Zuzu February 1, 2012 at 5:40 pm

bukan niagalah, duit tu guna untuk support kos kesihatan dan untuk naiktaraf mutu perkhidmatan yang bakal diterima oleh semua orang di mana2 hospital pun. kita sakit ni bukan boleh tahu di mana or bila, insurans yang ada sekarang hanya support certain people dan untuk certain hospital saje, tak adil la kan…

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

40peros February 1, 2012 at 8:51 pm

Zuzu, dlm KMM kos yang terbesar adalah kos ubat-ubatan. Memang tidak dapat di nafikan hal itu. Jadi beberapa langkah telah dilaksanakan supaya pesakit yang menerima ubat menghargai ubat tersebut seperti meletakkan harga di label. Sebab berlaku yang mana pesakit tidak menghabiskan ubat yang dikejapkan dan ada pula yang membuang ubat tersebut.
Pada saya, syarat-syarat yang terkandung dalam 1care perlu di semak semula. Jika di lihat 1cari seperti menyekat pesakit mendapatkan rawatan.

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

41ncj February 2, 2012 at 9:49 am

ada org sggup xg hospital krn xmmpu untk bayar bil rawatan..duit yg ada, dismpan untk wk2 betul2 kecemasan..tp smpanan bulan2 pun blm tn2 kita dpt smpan nilai 10% drpd gj. w/p mcm 2 bknlah smpnan i2 kita khaskan untk rawatan je kan??? setidak2nya apabila b'laku kecemasan cthnya kereta rosak, saudara t'dekat meninggal & kita t'pksa blk kg yg jauh, kita t'desak nak gn wit sbb bln2 belum tn2 gj ckup nak tmpung hidup (dll xlarat nak senaraikan sbb zmn sekarang wit suami pun isteri tlg topup demi keluarga )kita bole gn smpanan kita yg xseberapa 2 kan?? klau wat potongan 1care nie bole ke kita amk smpanan 2 untk bnd2 mcm nie?? tp xhalang klau yg setuju amk 1 care & putong gj 10% tiap bulan bg yg mmpu la…

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

42Pemerhati February 2, 2012 at 11:05 am

Apa yang x adilnya, dah bayar mahal p la sepital mahal.Yang x mampu kerajaan la tanggung.Kutip cukai berbilion2 pi mna duit tu.Enjoy ke????

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

43Kingkong February 1, 2012 at 4:45 pm

Mcm2 ja "1″ ni. Org gila ja yg sokong ni barang

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

44Rostam February 1, 2012 at 10:21 pm

ni namanya satu lagi projek bangang kerajaan barisan nasional
saya dah ambik insurance untu satu famili..untuk insurance saya cuma bayar 3% dari gaji, termasuk sekali dengan pelaburan utk long term duit saya x lari mana
malah dapat pembiayaan kesihatan dengan nilai rm500,000..

Jadi kalau nk buat juga
pastikan ianya lebih baik dari insurance saya sekarang
tapi apa yg saya dok nampak
memg kepala otak puak2 terencat ni
nampak peluang nk sapu kita semua duit cukup2 untuk pru dan lepas pru 13 nanti

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

45Kurangkan Gula February 1, 2012 at 5:01 pm

Inilah peluang untuk Pakatan Rakyat tunjukkan kebijaksanaan semasa pembentangan di Kabinet Mac nanti

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

46Zuzu February 1, 2012 at 5:16 pm

saya suka sistem ni supaya bila semua orang ada hak yang sama untuk dapat mutu perkhidmtan yang sama di mana2 hospital pun
bukannya terbatas untuk orang kaya dan berkemampuan sahaja serta tempat2 tertentu sahaja, oleh itu saya setuju & I want it to happen…

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

47fuhh February 1, 2012 at 8:55 pm

nape ko xprgi je ngara komunis??

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

48Pemerhati February 2, 2012 at 11:09 am

Zuzu, ko jgn prgi negara komunis,Ko prgi MATI la….Bodoh nak mampus!!!

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

49wani February 4, 2012 at 11:51 am

zuzu..kalo ko nak sama rata..baik tak payah berusaha..miskin kaya sama jer..baik jd miskin..

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

50ataih pagaq February 1, 2012 at 5:34 pm

Aku dah rasa macam merempat di negeri orang dah ni….

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

51Hamba Allah February 1, 2012 at 5:59 pm

Saya sangat berharap janganlah dilaksanakan, 10% tu banyak juga. Kalau nak buat juga open jeh jualan saham sara 1 malaysia tu untuk semua orang. jadi keuntungan bulanannya dapatlah saya bayar utk potongan 10% 1care tu. kan besat.

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

52Lingkup February 1, 2012 at 6:36 pm

Kwsp,socso,1 care, thun dpan 2 care,thun dpan lgi 3 care..sampai brape care la agaknya.?klu gaji1000 tolak 12 CARE hutang 200 ringit.take care la….

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

53Nana February 1, 2012 at 6:54 pm

10% …rm300 SEBULAN… Baik beli ubat sendiri… doktor muda muda bukan tahu apa.. ada ke pergi hospital Sultan Ismail johor Bharu. doktor baru keluar u. tanya pesakit…doktor haritu kata apa…kita kata bacalah laporan saya . Doktor nak tulis pun tanya kawan dan misi betul tak. macam mana nak yakin dgn hospital kerajaan. masa operation bersalin…doktor pelatih kena marah dengan doktoir senior masa tu perut kita terbelah. Telkinga sakit dengar orang gaduh. Nak bangun pun tak boleh…apa ni…sakit hati betul …

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

54Dr February 2, 2012 at 9:03 am

Kebanyakan doctor kat malysia ni doctor panadol..hari tu ak ad g hospital sbb adik ak kene kutu babi, gtau la doc tu pasal kutu ni..ap jawab doc tu, 'ap tu kutu?'..kutupon xtahu..nenek akpon tahu…

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

55nekad February 1, 2012 at 7:20 pm

Persoalan yang tak jelas tentang skim 1 CARE ni adalah seperti berikut.!! 1..10% pendapatan dari berapa banyak gaji bulanan…..2…perlindungannya meliputi kemalangan serta kesihatankah.. .3…skim ini dapat menyediakan faedah sepertimana skim insuran sedia adakah….4….sewaktu mendapatkan rawatan di hospital kerajaan, pesakit dirawat di kelas berapa….5…adakah hospital swasta juga terlibat didalam memberikan rawatan… 6…adakah pesakit berhak menyaman pengendali 1 CARE sekiranya mereka tidak berpuashati dengan layanan dari hospital serta mereka yang terlibat didalam memberikan rawatan….7….berapa banyakkah nilai perlindungan yang diberikan….8….kalau seseorang pekerja diberhentikan kerja kemudian mendapat gaji lebih kecil di tempat yang baru adakah mereka perlu membayar didalam jumlah yang sama seperti sebelumnya….9….adakah seseorang itu boleh menuntut kembali potongan yang dibuat sekiranya dia tidak pernah menggunakan kemudahan yang diberi kerana begitu sihat dan sentiasa dilindungi ALLAH….10….Kalau didalam satu keluarga ada ..4..5.. orang bekerja adakah mereka semua perlu membayar didalam jumlah peratusan yang sama…banyak sangat persoalan yang tidak terjawab bagaimana hendak dilaksanakan…..takkan nak minta persetujuan kabinet (.2..3..puluh orang menteri….)saja kot ,sedangkan orang yang akan terlibat dengan skim ini berpuluh juta orang !!! Jangan buat tindakan bodohlah, semua ini harus diterangkan secara terperinci sebelum dilaksanakan kepada semua mereka yang terlibat..bukan setakat kabinet saja…!!!

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

56adi February 1, 2012 at 10:54 pm

setuju sangat ….,pasti yg bincangkan tentang perkara nie terbayangkan duit yg banyak $$$$$ ….dan kontrak yg ditawarkan pasti golongan yg membincangkan ini xlena tido ditimpa kekayaan beratus billion kan?

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

57cukup2 makan February 1, 2012 at 7:28 pm

taraf kesihatan di pendalaman pun belum meningkat suda minta potongan 10%..pendapat sy kebanyakkan duit kerajaan hbs utk menanggung kos ubat-ubatan yg dibekalkan ke klinik kesihatan tetapi yg rajin meminta rawatan adlh PATI..ini adlh berdasarkan pengalaman sy sndiri bertugas d klinik kesihatan

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

58singgit February 1, 2012 at 8:01 pm

aku rasa kalo product 1care tu dicas RM1 sahaja pada gaji pekerja.. aku sokong sangat.. RM 1 utk 1 Malaysia. kalo 10% dari gaji pekerja tu cekik darah namanya.

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

59Patut pun February 1, 2012 at 8:03 pm

Itulah aku dah cakap orang melayu ni patut buat produk sendiri. Buat mesin x-ray sendiri, buat ubat sendiri, buat optical sendiri, laser sendiri. Baru la boleh kurangkan kos perubatan. Ni asyik nak beli produk dari luar negara je. Takkan la 10 taun dulu hangpa tak boleh agak kos perubatan akan naik. Lagi-lagi zaman globalisasi ni.

Orang Melayu tau nak berpolitik je kijernya. Yang lain hisap dadah. Merempit. Membohsia. Angry Bird. Komplain tak abis2 tapi belajornya taknak. Dah belajor tinggi cakap gaji malaysia murah plak.

Melayu sembang memang kencang, kalah si Usain Bolt yang kristian tu.

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

60PAK PANDIR February 1, 2012 at 10:35 pm

haha.. benar dan lucu.. angry bird.. haha

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

61aladin February 1, 2012 at 8:40 pm

Macam ni rupanya kapitalis. Komunis lagi baik. Cuba bagi perubatan percuma pada rakyatnya. Masuk U pun free kat cuba. Pekerja bomba 9/11 usa pun diorang bantu free of charge. Kat malaysia kerajaan dn kapitalis nk nyedut duit rakyat je

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

62jawabandar February 1, 2012 at 8:51 pm

Hmm..baiklah aku amik insurans.kalau tolak 200 gaji,lebih kurang amik insurans je.pastu pi hospital swasta,as usual service better than gomen hospital.10% banyak tu.Kalau epf dah tolak,tolak lagi 10%,bape kerat je dapat utk spend duit.duk di bandar,mahal segala-galanya.kalau duk estet,lainla cite.

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

63Gus Dur February 1, 2012 at 10:17 pm

yurp, jawabandar
tak habis-habis dengan dasar flip-flop kerajaan ni
sekarang ni pun prudential punya MC pun bagus
dari seratus lebih, saya sampai boleh simpan bulan2
umur sekian2 dah ada simpanan boleh buat macam2…

10% ni, akan burn….. 10% dari 3k adalah 300
dan apa pun tak dak, yang dok sokong korang fikirlah sendiri

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

64asyik potong2 February 1, 2012 at 9:15 pm

realistik: golongan pertengahan bergaji 1200-2500

gaji = 2000
potongan kwsp = +- 220
potongan kereta= 700
potong skim 1 care = 200
sewa rumah =????
bil-bil = ????
makan=?????
loan peribadi=??
loan ASB =????
minyak kereta =??????

bekerja untung membayar hutang je kja kite sbgai rakyat ni…aiyoooo..ada gaji dipotong itu ini…..hmmmmmm..

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

65PAK PANDIR February 1, 2012 at 10:34 pm

yalah… blm lg beli rumah.. tu baru sewa rumah

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

66rain February 2, 2012 at 8:37 am

belom masok belanja sekolah anak????

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

67Dr February 2, 2012 at 9:16 am

it olang mana ada oatak maaa…it olang mana ad pk pasal anak, kereta, rumah, dsb sbb diolang dpt free suma tu maa…dah manyak duit, mahu kikis duit rakyat lagi..aiyooo….

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

68Pulau Kundur February 2, 2012 at 9:33 am

NI LAH NIKMAT DUDUK DI BAWAH JAJAHAN TOKEY SARKAS SELAMA BERPULUH TAHUN.HARAP RAMAI LAGI ORANG MELAYU MALAYLAND SEDAR FAEDAH DUDUK DIBAWAH JAJAHAN TOKEY SARKAS.

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

69karipap pusing February 1, 2012 at 10:10 pm

hahaha..aku sgt setuju dengan pandangan ATAS PAGAR…hahaha..mewujudkan sebab utk org pangkah parti lain.. keselesaan utk rakyat malaysia boleh dicapai kalau setiap pemimpin tahu nilai kepimpinan..tak kira la pemimpin negara ke atau pemimpin kampung ker..

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

70cikgu Noriah February 1, 2012 at 10:11 pm

saya dapat rasakan bayaran perkhidmatan & prescription hospital/klinik akan jadi mahal..
saya nak share pengalaman masa berada di US
saya pernah kena gigitan labah-labah
masuk klinik universiti
check in dengan nurse guna medical card
without a medical card, you cannot see a doctor…
kemudian saya buat appointment dengan doctor

once dah wat appointment, kena isi borang declare segala benda berkaitan kesihatan diri..
nurse bawa masuk bilik, check tanya apa masalah, check darah tinggi, tanye berapa degree kesakitan yg dialami…kemudian baru boleh jumpa doctor..

kemudian doctor check sekejap, berikan nama prescriptions kepada farmacist yang bertugas…
tick "nama ubat" di skrin komputer…
then, dibenarkan keluar

tunggu kejap..kemudian farmascist baru kasi ubat…
suruh bayar depan kaunter..
last2 kena 86 usd something, ni pun diskaun sebab pelajar, rasanya 100 usd ke atas kot kalau charge bukan pelajar
so bayarlah guna medical card ..

balik rumah, check ubat Satu botol rupanya, isinya 5 bijik sahaja
fikir balik …nasib baik ada medical card
banyak sebenarnya procedurenya…
saya tak tau konsep ni akan implement kt Malaysia?

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

71PAK PANDIR February 1, 2012 at 10:32 pm

bagi pendapat saya, naikkan saja wang pendaftaran rm1 yang sedia ada ni kepada rm10-rm50 untuk rakyat local. untuk warga asing rm50 dan ke atas.. ini kerana ubat yang diberi biasanya melebihi duit pendaftraran tu. ambil contoh panadol, kalau beli di kedai sepapan dah berapa. tp kita cuma bayar rm1? tu lah KKM makin miskin dibuat … huhu… and then tambahkan lagi company medical supplier.. saya tengok company yg sedia ada ni mengambil kesempatan terutama dalam bab-bab implant.. mereka suka ati kasi harga mahal..sbb persaingan kurang…

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

72adi February 1, 2012 at 10:42 pm

kau mampu org susah kat bwh bejuta2 org lg kais pg mkn pagi kais ptg mkn petang cakap je pandai komen guna kepala lutut cakap melalut lalut

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

73PAK PANDIR February 2, 2012 at 12:08 am

apa lalut? kekeke….

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

74PAK PANDIR February 2, 2012 at 12:09 am

tu pendapat sja (dah tulis terang2 kat atas)… mana ada sya cakap bro? saya type saja ni.. kuang kuang kuang..

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

75Lantoi February 1, 2012 at 10:37 pm

The simple word to describe those thing was damn stupid….. 10% quantum from deduction of salary was to much. why this gov always thinking to avoid their social responsibilities. yes they are giving BR1M, SARA1M but at the same time wanna play around by such proposal……

I agree with some readers opinion suggesting that it was 100% better to buy medical card form Insurance co plus the coverage & benefit were much much better.. hahahha damn stupid idea……….

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

76pangkah February 1, 2012 at 11:08 pm

10%?..kalau takat service kt gomen hospital lembab,baik xpyh buat produk 1 care ni..hape la..layan pesakit pn moody, lagi nk mintk cas lbh ka??

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

77Kirana kirani February 1, 2012 at 11:28 pm

Dah gila akal ke ni. Sapa punya otak geliga projek nak mapus ni…cekik darah namanye….Sbpa nak bagi pun tak sampai 7% ni pulak nak sapu 10%…dari nak nyokong kerajaan nampaknya ramai pulak berpaling tadah le nampaknya…kalau jadi lingkup le BN pd PRU 13 ni…

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

78black caiman February 2, 2012 at 8:19 am

Kerajaan selalu kluarkan idea2 bodoh.. Terdesak sangat ke nak pancing undi rakyat? Bodoh tak boleh diajar, cerdik tak boleh ditumpang

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

79aku serius February 2, 2012 at 8:37 am

salam,

i care for malaysia potong 10% jeee….
gaji sbpa naik 7%hingga 13% tau….

kesimpulannya….. macam tak naik gaji…..

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

80AG February 2, 2012 at 2:01 pm

yang naik gaji pekerja kerajaan. abis yang keja swasta??

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

81matkojan February 2, 2012 at 8:53 am

indeed there's simple word 2 say…gomen just thinking how 2 support their kroni hu2…ade duit nk suap mulut2 kroni al maklumlah pru 13 dah xlame.yang jadi mangse rakyat ler..surely xmasuk akal langsung nk deduct 10% from salary.ingt gaji kite ni macam gaji diorang yg berpuluh2 ribu tu.org kayer leasy 2 say lah coz tak effect apepun alahai kesian sunggguh rakyat malaysia jadimangse penindasan di negara sendiri huhu

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

82Bigboy February 2, 2012 at 9:19 am

aku dah ada total protection sndiri dgn kompeni insurance
..apsal pulak nak paksa utk potong 10% gaji utk 1Care pulak… nonsense!!!

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

83Pulau Kundur February 2, 2012 at 9:24 am

APALAH NI SEMUA SISTEM UNTUK ORANG SENANG BOLEH LAH.KEJADAHNYA GAJI DAPAT PUN MAKAN SANGKUT SANGKUT NI NAK 10% PULAK NAK BAYAR UNTUK KESIHATAN,KESIHATAN BAB MAKAN LAGI PENTING.LU ORANG VVVVVIP BOLEH LAH.NAIK KAN TARAF GAJI ORANG MELAYU DULULAH,GAJI ORANG CINA NO1,GAJI ORANG INDIA NO2, GAJI ORANG MELAYU BAWAH JAJAHAN UMNO BN BN BN BN BNBN,PALING RENDAH DALAM MALAYSIA.WOI PAK PAK MENTERI NAIKKAN DULU TARAF GAJI ORANG MELAYU TERUTAMA SEKALI DI JABATAN SWASTA(KILANG TEMPATAN).MACAM MANA BERPULUH TAHUN UMNO BN BN BN MEMERINTAH,TARAF GAJI ORANG MELAYU PALING RENDAH DI TANAH SENDIRI, DI HAMBA DI TANAH SENDIRI.SIAPA YANG BODOH, BANGANG, SENGAL, MENJADI LEMBU CUCUK HIDUNG,KERAJAAN ATAU WAKIL KERAJAAN.
BANGKIT ORANG MELAYU,JANGAN TERPEDAYA DENGAN AGENDA TOKEY SARKAS.

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

84macaiGOmen February 2, 2012 at 10:55 am

aku yang keje gomen pun tak setuju (paling tenTANG) dengan skim ni.dasar HISAP DARAH betoi! ikut skim SBPA, gaji aku hanya naik 4% saja, ni pulak gomen nak deduct balik 10%. kesimpulannya bukan naik gaji,tapi dah kurangkan gaji aku – AYUH LAWAN TETAP LAWAN!

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

85po-g February 2, 2012 at 10:57 am

mcm2 cara nk perabih duit rakyat,gaji duk mcm tu jugak.SBPA kata naik 7% – 13% tp blum tentu lagi,tangguh plak 2-3 bulan.nape tak ambik duit subsidi IPP je utk buat program yg blum tentu berkesan ni?nape la gomen srkg ni suka lg tolong org kaya raya dr rakyat yg memerlukan?

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

86RAMAI2 MASUK BERSAMAMUFebruary 2, 2012 at 11:05 am

Kat Malaysia ni lebih selesa jadi orang miskin….nak rumah masuk bersamamu….aku yg golongan pertengahan ni berhempas pulas nak sara keluarga.skrg anak nak masuk U plk…Dah 3 loan bank…tak termasuk potongan loan rumah rm 500 sebulan… claim ITP tak dpt….pencen nanti ada lagi 6 tahun bayar rumah.Rugi belajar tinggi2…Gaji dh tinggal ciput.Harga brg jgn cite lagi…banyak sangat nak jaga rakyat miskin….jadi yg miskin terus jadi pemalas…tadah tangan aje tiap2 bulan….

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

87macaiGOmen February 2, 2012 at 11:16 am

aku sokong! AYUH RAMAI2 KITA LAWAN

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

88po-g February 2, 2012 at 11:13 am

aku rasa makin lama golongan miskin akan bertambah ahli sbb ramai dr golongan pertengahan dh layak turun `pangkat`.

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

89kambenk_itam February 2, 2012 at 11:57 am

aku suka point akhir tu .. tang pekerja asing tu .. tp human rights act dh ckp mcm tu .. kene la jage mereke2 yg dtg sini huhuhuuuu

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

90jawa February 2, 2012 at 1:16 pm

bagi aku…. pekerja asing yang mendapat rawatan di hospital yang perlu kita charge tinggi…..

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

91scid February 2, 2012 at 2:07 pm

tak salah tp biarlah berpatutan mcm skim insurans yg kite amek skang nih..tp kalo 10% tuh hanya utk 6 kali setahun ajer..camner tuh????better amek insurans sendiri ajer..even doktor pon takbleh pilih sedangkan kalo kat swasta doktor pon kite bleh pilih..so aper beza skim nih berbanding insurans yg kite amek..even insurans yg kite amek tuh pon sbnrnyer simpanan dan siap ader faedah dan bonus dan mcm2 lg..aper bezanya dgn skim yg baru nih kalo 10% dr gaji 2K same dgn RM200 tp insurans yg kite amek skang basic pon baru RM150 tp mcm2 faedah berbanding skim ini?

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

92AG February 2, 2012 at 2:11 pm

500% tak setuju. bagi yang berpendapatan RM5k ke atas… dah potong RM500 sebulan. income tax tak payah cakap lah. RM500 tu sangat banyak compare to bayar personal insurans which is roughly RM200/month (including saving lagi!!!) dapat coverage besar, quality patient handling di mana2 hospital swasta.
kes kawan aku accident pegi hkl (sebab ambulans bawak ke sana dulu tu pun 45mins lambat sampai ke tempat kejadian – i was there during the accident). endah tak endah layan di hospital. xray dan treatment pun tak detail. kawan aku keluar hospital mengadu sakit2 lagi. guna medical card pegi Prince Court sebab covered. layanan first class. sekali rupanya retak tulang and operation masukkan besi.
APA JADAHHHH!!! HKL tak buat keja betul??? For the sake of taknak membesarkan keadaan, kawan aku ni tak menyaman hkl walaupun dia sepatutnya berhak berbuat demikian lebih2 lagi dia sendiri adalah seorang lawyer.
Fikir2 kan lah….

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

93kos hidup naik February 2, 2012 at 2:18 pm

Aku dah dengar ni dari tahun lepas dari kawan aku kerja hospital klang sana. Satu sebab kos perubatan semakin naik. lagi satu duit ni untuk cover duit-duit yang kerajaan buat tah apa-apa tu jugak. Lahir je seorang bayi dah menanggung kos insuran 10%

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

94Tanapa nama February 2, 2012 at 5:08 pm

Bayaran Insuran lebeh lebeh 1% sahaja. Kena apa pula nak 10%. Kalau bagitu pekerja patu di lepaskan dari cukai pendapatan. Kini kita bayar cukai jalan raya dan juga kena bayar toll. Adakan 'Ah Long' jaga kerajaaan.

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

95Azlan February 2, 2012 at 8:18 pm

saya TAK SETUJU cadangan tersebut kerana ianya menjadi satu bebanan kepada rakyat. Dalam soal kesihatan ini ianya seharusnya menjadi tangungjawab sosial tanpa kompromi yang perlu ditanggung oleh kerajaan. Banyak tindakan lain yang buleh kerajaan ambil dalam mengimbangi defisit negara.. Walaupun saya bukanlah ahli eknomi tapi saya percaya ada jalan lain untuk mengatasinya bukanlah dibebankan kepada RAKYAT terutama ketika rakyat sedang sakit yang memerlukan bantuan.

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

96Dr M Rizal February 3, 2012 at 4:44 pm

saya setuju pandangan Azlan.
Kerajaaan pemerintah mesti bertanggungjawab dengan memberi subsidi kesihatan ini…tanggungjawab sosial…..

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

97kasumangatan February 2, 2012 at 9:52 pm

kuyak bha nie punya cara…….mengasi baki org adalah…….myushkan rakyat punya cadangan,…bkn mau tambah mutu kesihatan,nie mau tambah mutu kesakitan rakyat nie……………adooiiiiiiiiiiyaaiiiiiiiii………

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

98IlamHopi February 2, 2012 at 10:20 pm

kome kene le paham.. gov dah xde duit. bile buat ghope ini, dapat le deme duit. katenye nak tolong rakyat, tapi sebenornye sape yang untung? kome mengamuk kat celah ni takde gunenye. bukannye abg jib bace komen kome. hahahaha. buat le isu mcm mane pun, die menang juge. tgk le. senang cerita, doa le banyak2. doa orang teraniaye ni makbul weh..

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

99Aku Umat Islam February 3, 2012 at 9:48 am

1. Kalo skim ni nak dilaksanakan, adakah ianya secara Islamik??

2. Kalo dilaksanakan juga, bukankah ia membebankan rakyat yang sentiasa ditindas?

3. Aku cadangkan menteri2 jer yang keluarkan duit diorang utk 1 Care ni, baru la bagus, pemimpin tolong rakyat.

4. BR1M mcm mane? sampai skrg x dpt2 lg.. x adil la mcm ni, sesetengah dh dapat melalui ADUN masing2.. nak tanye lg BR1M ni bajet dari Kerajaan ker dari BN? Kalu kerajaan, bg la btul2, xyah la ADUN BN yang tolong sampaikan, cukup stakat pegi ambil sendiri kat agensi yang dilantik dh la..

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

100Dr M Rizal February 3, 2012 at 4:42 pm

saya setuju pandangan anta..

1. adakah skim ini islamic?
3. wajar pak menteri dan mak menteri sahaja dikenakan potongan 50% gaji asa atas dasar keprihatinan kepda rakyat…

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

101koyprubsntakaful February 3, 2012 at 12:35 pm

miliki lah personal insurans dr sekarang,sebelum diwajibkan ambilyang 1care ni

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

102Dr M Rizal February 3, 2012 at 4:40 pm

belum tentu pelanggan yg ada perlindungan mana2 insurans boleh skip bayaran 10% 1Care ni….membebankan pengguna.
Jika dilaksanakan, pengguna/pelanggan syarikat insurans sedia ada akan berhenti dari menanggung kos perlindungan insurans yg ternyata tinggi dan terpaksa membayar 10% gaji kasar untuk skim 1Care ni….

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

103Dr M Rizal February 3, 2012 at 4:36 pm

"Kami juga nak tahu, siapa disebalik penyedia insuran ini yang mana setakat ini kerana kami dimaklumkan skim 1Care ini dibekalkan kepada hanya satu syarikat insurans sahaja. Siapa mereka itu?.."

Aku rasa Etiqa insurans dpt projek billion ni…
Aku x setuju 1Care ni…menyusahkan rakyat…kerajaan mesti beri subsidi perubatan, kenapa perlu menyusahkan rakyat…
potongan 10% banyak tu…. menyusahkan rakyat…
Apa akan jadi kepada rakyat/client yg sudah ada perlindungan Insurans Perubatan lain…terpaksa tanggung kos kedua-dua perlindungan insurans.

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

104mannn February 3, 2012 at 8:51 pm

abis semua benda nak kena bayar…dah macam warga asing la pulak .dok kt negara sendiri…jawapannya senang je 'RAKYAT KENA BELAJAR BERDIRI DI ATAS KAKI SENDIRI.JGN NAK HARAPKAN SUBSIDI DARI KERAJAAN JE'….kepala otak dia!!!!!!klu mcm tu,cuba pulak kerajaan berdiri atas kaki sendiri,jgn ambil cukai dari rakyat..blh ke survive???????????????aku rasa pm pun letak jawatan..menteri2 abis cabut lari

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

105haiq February 4, 2012 at 11:24 am

Saya TIDAK SETUJU SAMA SEKALI! Kalau gaji seorang tu rm5000 sebulan, potongan adalah rm500 sebulan, setahun rm6000! Drp potongan begini, bagus lagi ambil insurans drp syarikat insurans yang boleh memberi perlindungan yang lebih baik, kerana kita boleh pilih dr kita sendiri dan pada masa yang sama, selepas beberapa tahun bila orang tu nak duitnya balik, boleh dapat pulangan lagi….. dan bagaimana dengan kakitangan yang sudah lama berkhidmat …kan dah dijanji medical free….

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

106MANJA ASMARA February 4, 2012 at 11:50 am

EMM….BANYAK TOL KERAJAAN MINTAK DUIT TU LA…DUIT NIE LAH….BUKAN LAH ANTI KERAJAAN…..GAJI SAYA NIE BERAPALAH SANGAT…SETAKAT RM750 ++ JER……TAK PENAH PUN JEJAK RM800.NAK BAYAR TU..NAK BAYAR NIE…DUIT SUSU ANAK,ORANG JAGA ANAK….BERAPA SEN JE YANG TINGGAL….???TELAN AIR LIUR JE LAH…..

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

107MANJA ASMARA February 4, 2012 at 11:53 am

EMM….BANYAK TOL KERAJAAN MINTAK DUIT TU LA…DUIT NIE LAH….BUKAN LAH ANTI KERAJAAN…..GAJI SAYA NIE BERAPALAH SANGAT…SETAKAT RM750 ++ JER……TAK PENAH PUN JEJAK RM800.NAK BAYAR TU..NAK BAYAR NIE…DUIT SUSU ANAK,ORANG JAGA ANAK….BERAPA SEN JE YANG TINGGAL….???TELAN AIR LIUR JE LAH…..

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

108KaZ February 4, 2012 at 6:09 pm

xperlu nak tambahkn lg apa y XPERLU dibayar oleh rakyat MALAYSIA

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

109Be End February 4, 2012 at 7:41 pm

Siapa yang undi poll tu kata "Setuju. Saya tak bangkang (1%, 10 Votes)" mmg mangkuk, ko orang kaya boleh la dollllll…aku ni cukup2 mkn je pastu nk kena tolak lagi…ada akal pikir la…

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

110ranjan February 5, 2012 at 5:12 pm

Apa nak susah fikirkan pasal 1 care ni…kita tukar pemerintah jer lah…kan lebih senang…..semoga tak der lah orang yang memerintah akan jadi millioner nanti…!!!

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

111pencuri February 5, 2012 at 7:05 pm

10 percent. ini gila. Tuntutan hanya untuk kos rawatan dan perubatan asas.Bayaran kepada pesakit tetap dikenakan untuk penyakit kritikal. wow caring betul. did u know in this century a thief will wearing a coat, not a mask

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

112aku February 5, 2012 at 11:57 pm

ingatkn lanun ni kt laut je…rupanya lagi byk kt darat ni…Aku lgsg tk setuju…baik kumpul duit g haji je…kalu btul skim yg kabur ni berjalan, aku lgsg tk halalkn walau 1sen pn!

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

113cucu atok February 6, 2012 at 1:34 pm

kesimpulannya…tunggulah bulan mac nanti apa keputusan dewan. mari sama-sama berdoa agar Cadangan ini 'dibantutkan'. Mg mendapat tentangan semua ahli dewan dan dibatalkan 1care. Allah Maha Mendengar doa hamba yg teraniaya. Nasihat saya tak perlulah kita kutuk mengutuk,kata mengata (faham…kerana terlampau geram dan kecewa) buat tambah dosa saja, bimbang tak berpeluang nak mohon maaf drp mereka yg kita caci maki itu.

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

114jim February 6, 2012 at 4:36 pm

potongan 10% setiap bulan dr jumlah pendapatan agak besar…! ini agak membebankan rakyat..

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

115BUNGKUS February 6, 2012 at 5:11 pm

giler punya proposal……menteri mana pulak lah yang empunya projek ni……

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

116as February 7, 2012 at 4:19 am

Ya Allah, idea siapa la ni? memang pemikiran dunia ke tiga kalau senang wenang potong 10% duit gaji tanpa sebarang pilihan. Kalau diberi pilihan then terpulang la kepada rakyat. Tapi lagi bagus kalau buat NHS mcm kat UK tu. Sapa nak perkhidmatan bayar setahun one off fees dan setiap kali beli ubat ada ceiling price.

Kalau betul2 rate 10% dipotong mcm potong cukai pendapatan tu, hangus lah. Duit insurance bulanan aku yang boleh pegi private hospitals seluruh dunia pun baru RM150 sebulan.

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

117Karizma February 8, 2012 at 12:40 am

INSURANS KESIHATAN CHARTIS SAYA CUMA RM15 sebulan ja, tapi boleh cover sampai RM 100,000.00 …lagi murah!

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

118asamgaram February 8, 2012 at 10:34 am

Dana socso berbilion2..knp x upgradekan saje perkeso mnjadi sbuah syarikat insuran keshtan utk rkyt malaysia..cuba byngkan..dalam 100 org yg carum perkeso, brp org yg sakit? so mane pegi lebihan duit..asyik nak buat bangunan baru jer setiap negeri..kan membazir tu..sepatutnya duit tu gunakan utk kesihtn rakyat..tak perlu lg generate dana baru..cuma doublekan caruman perkeso bulanan dan bagi jaminan kesihatan pd semua rakyat…it so simple..jgnlh jdikan perkeso tu lubok emas..

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

119ISMAIL February 8, 2012 at 11:21 am

NEGARA BERKEBAJIKAN AKAN MEMBELANJAKAN KEMUDAHAN YANG ASAS UNTUK RAKYAT SECARA PERCUMA IAITU KESIHATAN, PELAJARAN, itu la yang asas perlu dilaksanakan oleh pihak kerajaan yang sudah di rangka oleh para penggubal ekonomi PR rakyat perlu berfikir dari sekarang pilih yang mana baik……..

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?




Hassan Ali dan Saya

Posted on Tuesday, February 07 @ 18:20:45 PST 
Dilulus untuk paparan oleh saddiqsigaraga

Aduan @ LuahanOleh Khalid Samad

Ada yang berpandangan saya tidak perlu melayan segala dakwaan Hassan Ali terhadap diri saya. Mereka kata biarlah dia meroyan seorang diri, semakin dia meroyan, semakin terserlah keperibadiannya yang sebenar. Saya akui, ada kebenaran nasihat dari kalangan sahabat saya itu. Pada masa yang sama, saya dapati kali ini dakwaan beliau terlalu melampau, jauh melepasi batas 'adaabul ikhtilaf' yang perlu dihayati oleh mereka yang takut kepada azab Allah. Walaubagaimanapun, bagi yang mempunyai maklumat, walaupun sedikit, dakwaannya pasti akan ditertawakan sahaja. 

Namun, bagi yang tiada maklumat langsung dan mungkin ramai juga yang begini, mereka mungkin termakan dengan tuduhan liar yang dibuat olehnya. Oleh itu, pada pendapat saya, jawapan terhadap tuduhan liar tersebut, khususnya tuduhan beliau terhadap diri saya, perlu dikemukakan. Oleh yang demikian, bagi memahami dengan jelas persoalan ini, maka perlu disingkap sedikit sejarah saya bersama Hassan Ali.

 Sebelum itu, ingin saya sebut bahawa saya pernah fikirkan kesesuaian perkataan dalam beberapa istilah bahasa Melayu, termasuk istilah 'gila talaq'. Saya hairan mengapa nenek moyang kita memilih perkataan 'gila' dalam istilah berkenaan sedangkan beberapa perceraian pasangan suami isteri yang saya lihat sebelum ini tiada yang menzahirkan kelakuan yang boleh disifatkan sebagai 'gila'. Namun dalam kes Hassan Ali ianya menjadi jelas dan adalah terbukti bahawa perkataan gila amat tepat untuk diguna-pakai. Memang ada yang apabila 'ditalaq' menjadi gila. Pendekata, Hassan Ali sudah 'gila talaq' dan dalam kegilaannya, meroyan dan meracau tidak ketentuan.

SEJARAH RINGKAS
 Saya dan Hassan Ali bukan baru berkenalan. Sebenarnya saya diantara yang paling gembira dengan kemasukan beliau dalam PAS pada tahun 1998. Sebagai orang yang menyertai PAS lebih awal dari beliau, iaitu pada tahun 1983, saya telah sambut kemasukan beliau dan membantu beliau setakat mana yang saya mampu. Sebagai seorang 'baru' dalam PAS, penerimaan beliau oleh orang 'lama' seperti saya pasti memudahkan pergerakan beliau di kalangan ahli lama yang lain.

 Saya sering berceramah bersama beliau dan pada tahun 2003, apabila beliau dilantik Pesuruh Jaya PAS Selangor buat kali pertamanya, saya dilantik beliau sebagai Ketua Penerangan PAS Negeri Selangor. Hubungan dan kerjasama kita menjadi semakin rapat dan pada tahun 2005, apabila beliau dilantik kembali sebagai Pesuruh Jaya untuk sesi kedua, saya diminta untuk mengambil alih jawatan Bendahari yang dikosongkan oleh Tuan Haji Nasir. Pada tahun 2007, beliau dilantik sebagai Pesuruh Jaya untuk sesi ketiga, saya dilantiknya sebagai Timbalan Pesuruh Jaya 2.

 Jelas sekali bahawa pada ketika itu saya tidak dianggap beliau sebagai parasit tetapi sebaliknya sebagai orang kanan beliau.

DUGAAN JAWATAN MB SELANGOR
 Pada tahun 2008 hubungan kita mula berubah. Perubahan bermula apabila setelah menang saya menolak usaha kerjasama dengan UMNO yang dikemukakan. Sekiranya kerjasama itu menjadi, Hassan Ali akan dilantik sebagai Menteri Besar dan itu adalah apa yang ditawarkan oleh UMNO.

 Ketika usaha kerjasama dengan UMNO dijalankan, Hassan Ali pernah bertanya pada saya, "siapa patut menjadi MB Selangor?" Saya jawab sambil memandang terus ke muka beliau, "Tan Sri Abdul Khalid". Beliau terdiam, perasaan kecewa jelas kelihatan terbayang di mukanya. Mungkin beliau merasakan saya mengkhianati dirinya. Mungkin beliau inginkan saya, sebagai orang kanannya memperjuangkan 'haknya' untuk menjadi MB. Mungkin bagi dirinya, itulah peranan seorang kanan. Saya tidak tahu, mungkin itulah yang difikirkannya. Beliau diam dan terus berpaling.

 Pasti ada yang masih ingat bagaimana saya telah menggantinya dalam pertemuan dengan Pak Lah dan Khir Toyo. Kami berjaya menggagalkan usaha kerjasama bersama UMNO dan dengan itu cita-cita Hassan Ali untuk menjadi MB hancur berkecai.

 Bermula dari saat itu saya merasakan hubungan kami sudah mula berubah dan Hassan Ali mula membawa agenda tersendiri.

MELAGA PAS DENGAN DAP & PKR
 Selepas Menteri Besar dilantik dan isu itu saya anggap telah selesai, saya melihat Hassan Ali berusaha untuk menimbulkan ketidak-stabilan dalam pentadbiran kerajaan PR Selangor. Beliau berusaha untuk mencari peluang untuk menunjukkan perbezaan di antara PAS dan DAP khususnya dan menimbulkan pergeseran di antara parti komponen PR. Saya beranggapan niatnya adalah untuk membuktikan kerjasama dengan DAP adalah sesuatu yang mustahil.

 Saya sering menegurnya dan meminta supaya ditumpukan pada persamaan yang banyak di dalam PR. Saya ingatkan beliau akan keputusan muktamar PAS yang diadakan di Ipoh supaya PR dikukuhkan. Malangnya beliau terus dengan usahanya dengan mengatakan beliau mempunyai agenda tertentu tanpa menjelaskan apa agendanya itu.

SAYA DIPECAT SEBAGAI TPJ 2
 Akhirnya, oleh kerana saya sering menegurnya, saya dipecat dari jawatan Timbalan Pesuruh Jaya 2 PAS Selangor pada pertengahan tahun 2008. YB Iskandar dinaikkan pangkat menjadi TPJ 2 dari TPJ 3 dan YB Dr Che Rosli dilantik menjadi TPJ 3. Itu semua saya tidak hairan, itu hak Hassan Ali sebagai PJ. Oleh itu saya tidak menjadikan pemecatan saya sebagai satu isu sepertinya sekarang. Tetapi saya telah sempat berpesan sambil saya keluar mesyuarat setelah dipecat, "ingat keputusan muktamar adalah untuk kukuhkan PR, bukan merosakkannya".

 Walaupun saya bukan lagi TPJ 2, saya tetap YDP PAS Kawasan Shah Alam. Saya tetap merupakan ahli mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor. Oleh itu saya hadir di mesyuarat Negeri dan setiap kali Hassan Ali menimbulkan isu melalui media untuk melaga-lagakan PAS dengan parti komponen PR yang lain, saya membantah dalam mesyuarat tersebut dan juga melalui media. Ini saya lakukan kerana saya sudah dapat membaca agenda dirinya. Pada masa yang sama, hubungan beliau dengan OKU UMNO semakin kukuh, termasuklah dengan Tan Sri Rozali Puncak Niaga (SYABAS).

TUDUHAN GOLONGAN ERDOGAN
 Kumpulan yang menyokong beliau mula mempopularkan istilah 'golongan Erdogan'. Istilah ini digunakan terhadap diri saya dan beberapa pimpinan Negeri dan Pusat yang lain dan kami dituduh tidak wala' pada pimpinan dan terlalu kuat menyokong DSAI. Oleh itu, penggunaan istilah yang bertujuan untuk menghina dan menjadikan orang prejudis terhadap saya bukan perkara baru. Dulu Erdogan dan sekarang parasit. Penggunaan nama untuk tujuan menghina merupakan senjata kegemaran golongan seperti ini rupanya.

 Kaedah ini membuktikan kerapuhan hujjah pihak yang cuba memburuk saya. Oleh kerana mereka tidak ada hujjah dan tidak mampu berhujjah, maka mereka menggunakan kaedah melabelkan orang atau 'name calling'.

SAYA DAN HASSAN ALI DIKENAKAN TINDAKAN DISIPLIN
 Akhirnya perbalahan kami dirujuk kepada PAS Pusat pada tahun 2009. Saya digantung semua jawatan parti selama 6 bulan. Hassan Ali didapati bersalah dan diberi amaran keras supaya tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan dasar kerajaan PR melalui media massa. Kalau ada yang tidak dipersetujui, maka hendaklah dibawa berbincang bukan diheboh melalui media.

 Berbeza dengan saya, hukumannya tiada tempoh masa. Ianya berkuat-kuasa selagimana PAS bersama PR.

SOKONGAN HASSAN MERUDUM
 Walaupun saya yang dikenakan tindakan yang lebih keras oleh jawatan kuasa disiplin, ahli PAS melihat dan menilai apa yang sedang berlaku. Ramai beranggapan bahawa tindakan Hassan Ali menjejas kestabilan PR dan menguntungkan pihak lawan. Maka pada tahun 2011, semasa pemilihan AJK PAS Pusat dijalankan, sokongan Hassan Ali di kalangan ahli PAS terbukti merudum.

 Pada 2009 Hassan Ali mendapat undi yang ke-empat tertinggi semasa pemilihan AJK PAS Pusat. Pada 2011, beliau mendapat undi yang ke 16 tertinggi.

 Dalam kes saya pula adalah sebaliknya. Pada 2009 saya tidak terpilih apabila menduduki tempat ke 23 tertinggi sedangkan hanya 18 yang tertinggi akan dipilih. Pada tahun 2011, saya mendapat undi ke 8 tertinggi.

 Peribahasa menyatakan sudah jatuh ditimpa tangga. Inilah apa yang berlaku ke atas diri Hassan Ali pada tahun 2011. Setelah melihat popularitinya jatuh sedemikian rupa, beliau tidak pula dilantik untuk menjawat jawatan PJ Selangor oleh DS Presiden. Pemilihan PJ dilakukan semasa mesyuarat pertama selepas muktamar diadakan. Dalam mesyuarat itu Hassan Ali hadir dan selepas pemilihan dimuktamadkan, beliau terus keluar. 

 Sokongan beliau terjejas bukan sekadar di kalangan ahli, tetapi jelas, ianya juga terjejas di kalangan pimpinan.

 Untuk melengkapkan kekecewaan beliau, pada penghujung tahun 2011, semasa senarai nama dikemukakan oleh cawangan untuk diturunkan sebagai calon dalam PRU ke 13, nama beliau tidak dinaikkan untuk DUN Gombak Setia. Walaupun telah dinyatakan bahawa keputusan belum muktamad dan sekiranya Gombak Setia tidak mahu, maka tempat lain bersedia, Hassan Ali tidak peduli.

 Pada ketika itu, mungkin Hassan Ali melihat bahawa masa depannya bersama PAS tidak secerah dahulu. Oleh itu beliau terpaksa menyusun 'exit strategy' atau 'strategi untuk keluar PAS'. Inilah apa yang dapat saya rumuskan berhubung tindakan beliau semenjak peristiwa mutakhir tahun 2011 yang saya ceritakan di atas.

PEMECATAN HASSAN ALI
 Bacaan saya berhubung Hassan Ali, persoalan yang paling utama baginya adalah untuk menjadi MB Selangor. Persoalan ini sering beliau sebutkan walaupun sudah bertahun-tahun selepas perlantikan Tan Sri Abdul Khalid sebagai MB Selangor.

 Apabila beliau tidak lagi menjadi Pesuruh Jaya, beliau menganggap bahawa peluang beliau untuk menjadi MB melalui PAS sudah lenyap dengan begitu sahaja. Lebih-lebih lagi apabila tidak menjadi calon di kerusi yang sekuat Gombak Setia. Mungkin beliau menganggap beliau akan diletakkan di kerusi yang sukar untuk dimenangi kerana beliau bukan lagi pimpinan di Negeri Selangor.

 Dengan dibekal sangkaan buruk sebegini, Hassan Ali memikirkan cara terbaik untuk beliau melepaskan diri dari berada bersama PAS tetapi dengan cara 'terhormat'. Tiada cara lain melainkan dengan menyatakan bahawa PAS sudah tersasar dari matlamat asalnya. Ini bermakna bukan beliau yang terpesong tetapi sebaliknya PAS. Bukan beliau yang salah tetapi PAS.

 Beliau terus melemparkan tuduhan bahawa PAS telah tersasar dari landasannya berkali-kali melalui media perdana dan walaupun dinasihati untuk berhenti oleh pimpinan tertinggi, beliau terus melakukannya. Oleh itu, tidaklah hairanlah apabila beliau dipecat. Beliau bukan sekadar melanggar amaran keras yang pernah diberi kepada beliau sebelum ini, beliau melampauinya.

 Apabila dipecat, pada mulanya Hassan Ali mengatakan beliau tidak kisah. Selepas itu beliau kata mungkin beliau akan merayu. Selepas itu dikatakan tidak akan merayu. Begitu juga dengan pemecatan beliau sebagai exco. Pada mulanya dikatakan tidak mengapa. Kemudian ditulis surat kepada MB menyatakan tempoh rayuan belum habis. Selepas itu dikatakan tiada yang mampu melainkan dirinya. Akhirnya berkata tidak mengapa juga.

KENAPA SAYA YANG DISASARKAN?
 Dalam kemelut yang terhasil, Hassan Ali melihat saya sebagai punca kejatuhannya. Oleh itu saya disasarkan beliau. Dalam serangan beliau terhadap diri saya, Hassan Ali tidak kisah samada apa yang dikatakan adalah benar atau sebaliknya. Namanya roadshow untuk mempertahankan aqeedah tetapi saya dan pimpinan PAS menjadi sasaran. Mungkin beliau tidak tahu maksud perkataan 'aqeedah' itu dan dianggap apa sahaja yang keluar dari mulutnya adalah aqeedah. Itu saya tidak pasti.

 Yang pasti beliau telah menunjukkan akhlak yang paling tercela dengan membuat tuduhan dan fitnah terhadap diri saya bahawa saya di antara yang merosakkan aqeedah ummat Islam. Dituduhnya juga saya sebagai orang yang menghalang pengharaman jualan arak, penutupan kedai judi dan rumah urut (pelacur) di Shah Alam. Amat jelas bagi saya Hassan Ali sudah gila talaq.

 Bagaimanakah boleh saya menghalangnya? Kuasa apa yang ada pada saya? Saya PJ atau dia? Saya exco atau dia? Kalau benar saya ada kuasa untuk menghalang, kenapa tidak saya menghalang diri saya dari didakwa JAIS atas tuduhan mengajar tanpa tauliah?

 Dalam soal pengharaman penjualan arak di kawasan ummat Islam dominan seperti di kawsan Shah Alam asal, ianya telahpun dilaksanakan tanpa kekecohan, dengan persetujuan pihak peniaga. Sebenarnya yang merampasnya dulu pun adalah pihak penguat-kuasa MBSA, bukan JAIS. MBSA bukan dibawah Hassan Ali tetapi beliau tumpang sekaki untuk dijadikannya isu.

 Pada masa itu semua Ahli Majlis, termasuk yang dari DAP, telah bersetuju supaya penjualan minuman keras akan diharamkan di kawasan tersebut. Mereka hanya menunggu untuk menguatkuasakannya apabila lessen diperbaharui. Rancangannya ialah supaya disebut secara khusus larangan berkenaan dalam lessen baru. Tidak sempat lessen mati, pihak penguat-kuasa bertindak tanpa arahan dari pihak MBSA. Hanya atas arahan seorang ahli Majlis lama.

 Hakikatnya kita berbeza dari segi pendekatan. Hassan Ali suka gunakan kuasanya dan suka memaksa sedangkan saya lebih cenderung kepada kaedah dakwah dan mendidik. Terhadap yang Islam dan yang bukan Islam.

KESIMPULAN
 Melalui tulisan ringkas ini saya ingin memberitahu semua bahawa Hassan Ali sudah gila talaq. Maka jangan percaya apa yang dinyatakan beliau. Beliau sanggup berbohong dan memutar-belit semua perkara. Lagi beliau cakap lagi jelas kegilaannya.

Hadis Rasulullah (SAW); 
 Dari Abi Umaamah yang berkata, telah bersabda Rasulullah (SAW),
 <"Terdapat pada orang beriman semua jenis kekurangan, kecuali khianat dan berdusta"
(Dari Ahmad, Baihaqi dari Saad Bin Abi Waqas)

 Hadis ini diketengahkan bukan untuk menafikan keimanan mana-mana pihak. Tetapi ianya adalah untuk menjelaskan betapa kejinya sifat khianat dan berdusta.

WaLlahu 'Alam

KHALID SAMAD

No comments: