PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Thursday, February 16, 2012

Mahasiswa Kuasa Ketiga Penjana Perubahan.

Mahasiswa Kuasa Ketiga Penjana Perubahan.
3:07:00 AM
Ditulis oleh Nasrudin Hassan at Tantawi 0 comments
sedutan ucaptama Ketua Pemuda PAS Malaysia
Muktamar DPPM kali ke 52
[ Memimpin Kebangkitan Anak Muda ]
MAHASISWA KUASA KETIGA PENJANA PERUBAHAN.

Saudara sidang muktamirin sekelian.

1.       Komposisi pengundi muda seperti ini menjadi isyarat awal bahawa kebangkitan anak muda untuk melakukan perubahan sosial, ekonomi dan politik bukan satu perkiraan yang kosong, sebaliknya ia benar – benar berpotensi untuk meletus.

2.      Sejarah negara menjadi saksi dan bukti berfakta, bahawa anak muda sebelum generasi Milenium telah pun menjana beberapa kebangkitan sepertimana kebangkitan Mahasiswa di era 70an, ledakan kesedaran Islam dari kalangan anak muda di era 80an dan gelombang reformasi diakhir dekad 90an.

3.      Kebangkitan anak muda pada babak – babak ini telah memberi dampak besar kepada perubahan sosial, ekonomi dan politik Malaysia. Saya yakin dan percaya, tsunami politik tahun 2008, merupakan episod kebangkitan baru anak muda yang mula disertai oleh Generasi Milenium.

Mahasiswa Kuasa Ketiga Penjana Perubahan.

4.      Kalangan anak muda di Malaysia, sekelompok daripada mereka ialah Mahasiswa yang sedang berada di kemuncak pendidikan formal negara.

5.      Pada kesempatan ini, DPP terlebih dahulu mengucapkan tahniah kepada mahasiswa di beberapa buah university tempatan, kerana berani membuat perubahan dan mencetus kebangkitan semula sehingga membawa kemenangan kepada pro mahasiswa.

6.      "Students power" dan peranan strategik mahasiswa selaku 'the third force' dalam mengembeleng perubahan sosial, ekonomi dan politik di negara ini, sememangnya telah dikesan sejak sekian lama. Lantaran itu, potensi yang ada pada gerakan mahasiswa telah dikekang dan dipasung melalui Akta Universiti dan Kolej university [AUKU] 1971.

7.      Mahasiswa dilayan seumpama 'rakyat kelas kedua' apabila aktivisme mereka ditentang dan mereka dihalang dari menyuarakan pandangan, khususnya perkara yang melibatkan soal politik dan masa depan negara. Hanya aktiviti membodek dan mengampu pemerintah sahaja yang dibenarkan oleh segelintir "Napoleon Kecil" yang berada di kerusi Hal Ehwal Pelajar [HEP] setiap universiti.

8.      Natijah dari undang - undang dan peraturan yang membelenggu mahasiswa dan ahli akademik di kampus, jelas tidak langsung membantu dalam mempertingkatkan kualiti sistem pendidikan tinggi di negara ini, bahkan ianya menjelaskan kenapa reputasi universiti kita selalu merudum dalam pelbagai ranking universiti dunia.

9.      DPP selamanya bertegas, bahawa soal pendirian politik para mahasiswa hendaklah diberikan kebebasan kepada mereka untuk menentukannya tanpa paksaan dan ugutan.

10.    Kami komited membuat tuntutan supaya diberikan ruang kebebasan yang lebih luas kepada para mahasiswa untuk menyatakan suara dan pandangan mereka terhadap apa jua perkara yang menyentuh kepentingan rakyat dan negara.


11.           Meskipun beberapa pindaan telah dilaksanakan ke atas AUKU dengan sedikit sebanyak penambahbaikan telah dilakukan, namun kami berpendirian bahawa pindaan tersebut masih belum mencukupi kerana para mahasiswa masih tidak dibenarkan untuk terlibat dengan parti politik.

12.    Kelonggaran untuk mahasiswa terlibat dengan persatuan atau NGO di luar kampus juga hanya sekadar kosmetik semata-mata, kerana Menteri Pengajian Tinggi masih berkuasa mutlak untuk melarang mahasiswa dari terlibat dengan persatuan atau NGO jika menurut pandangan Menteri sebagai "tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Universiti" sebagaimna yang disebut pada Seksyen 15 (1)(c) AUKU (pindaan 2009).

13.    Pindaan kononnya untuk memberi ruang yang lebih luas kepada mahasiswa bersuara dan menyatakan pandangan secara terbuka, nampaknya tidak lebih dari sekadar perlecehan terhadap daya intelektual mahasiswa semata-mata. Mahasiswa diizin untuk menyatakan pandangan secara terbuka, namun pandangan tersebut dihadkan hanya kepada topik yang berkaitan dengan bidang pengajian mahasiswa terbabit seperti yang termaktub dalam Seksyen 15(6)(a) AUKU (pindaan 2009).

14.    Bukankah ini bermakna, mahasiswa yang mengambil bidang matematik hanya boleh bercakap hal ehwal yang berkaitan dengan matematik semata-mata? 

15.    DPP mengulangi komitmen memperjuangkan agar universiti dilepaskan dari cengkaman politik sempit lalu memberikan autonomi yang lebih besar kepada pihak pengurusan universiti, di samping memberikan ruang kebebasan yang lebih lebar kepada mahasiswa selaku pewaris kepimpinan negara.

16.    Saya mengajak seluruh mahasiswa di negara ini turut berganding bahu supaya gelaran "pewaris kepimpinan negara" yang sering diungkap, benar-benar menjelma dan menjadi kenyataan dengan kebangkitan  memartabat gerakan mahasiswa sebagai kuasa ketiga penjana perubahan.

Links to this post
PAS dituduh Sesat
12:58:00 PM
Ditulis oleh Nasrudin Hassan at Tantawi 2 comments
PAS dituduh Sesat.

1. Dato' Ahmad Said Menteri Besar Terengganu telah membuat satu kesilapan besar apabila beliau bertindak menyambung lidah musuh - musuh Islam dan kuasa kuffar antarabangsa dengan melemparkan tuduhan kesat kepada PAS yang didakwa oleh beliau sebagai Parti Ajaran Sesat.

2. PAS sebagai sebuah Gerakan Islam di Malaysia kini mengalami nasib serupa dengan gerakan - gerakan Islam lain di seluruh dunia apabila dituduh dengan pelbagai tuduhan yang tidak masuk aqal seperti pengganas, komunis dan kini pembawa ajaran sesat.  Tidak hanya penjajah yang menuduh pejuang Islam dalam negara ini seperti Tuan Guru Hj Abdul Rahman Limbong sebagai pemberontak dan pengganas, kini Dato' Ahmad Said pula melangsungkan peranan penjajah untuk melabelkan pejuang dan jamaah yang memperjuangkan Islam dengan label yang jahat.

3. Umum mengetahui bahawa PAS adalah sebuah pergerakan Islam, didokong pula oleh  para alim ulama' yang menyambung warisan perjuangan untuk mendaulatkan Islam di bumi bertuah ini. Menuduh PAS sebagai Parti Ajaran Sesat adalah percubaan jahat yang dilakukan oleh Dato' Ahmad Said untuk menyamatarafkan PAS [ sebagai sebuah parti yang sah dan perlembagaannya meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan ] dengan pergerakan sesat yang dibawa oleh Ayah Pin.

4. Perkataan Dato' Ahmad Said sungguh buruk dan hasratnya kelihatan sungguh busuk. Bankrap modal politik serta tandus isu membuatkan Dato' Ahmad Said bertindak jahat dan tidak waras. Beliau diberi masa selama 3 hari [ bermula hari ini ] untuk menarik balik semua tuduhan liar dan tidak berasas yang dilemparkan kepada kami khasnya rakyat Terengganu.

5. Kegagalan Dato' Ahmad Said untuk menarik balik dan memohon maaf kepada PAS secara rasminya dalam masa 3 hari ini, maka saya akan berbincang dengan pihak tertinggi parti untuk mengambil tindakkan tegas.

Abu Bakar Chik
AJK PAS Pusat

Isu Palestin: Malaysia Berkiblat Amerika, Israel,
By Anwar Ibrahim 2 Comments
Categories: Analisis, Anwar, Demokrasi, Dunia Arab, Ekonomi, Islam, Isu Semasa, KeADILan, Malaysia, Media, Pakatan Rakyat, Parlimen, Penerbitan, Politik and Umno
Malaysiakini

Kerajaan BN tidak pernah memberi sokongan secara konsisten terhadap perjuangan Palestin tetapi sebaliknya dasar negara selama ini sebenarnya berkiblatkan dasar Amerika Syarikat dan Israel terhadap negara itu, kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Sehungan itu, beliau membidas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang sebelum ini mendakwa ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim "bersifat talam dua muka" kerana menyatakan sokongannya terhadap usaha-usaha melindungi keselamatan Israel.

"Apakah Najib perlu diingatkan bagaimana layanan kerajaan Malaysia terhadap pemimpin negara Palestin yang sah dipilih secara demokrasi pada pilihanraya 25 Jan 2006?" soalnya dalam satu kenyataan media, lewat malam tadi.

Sebagai dalilnya, Saifuddin Nasution berkata Malaysia pada Mei 2006 telah menjadi tuan rumah Persidangan Negara-negara Berkecuali (NAM) tetapi anehnya kehadiran Dr Mahmoud Al Zahar selaku Menteri Luar sah kerajaan Palestin yang dilantik oleh Perdana Menteri Ismail Haniyeh telah dibelakangkan.

Sebaliknya, menurut beliau Putrajaya mengiktiraf Farouk Qadummi iaitu bekas Menteri Luar Palestin (sewaktu kerajaan Fatah sebelum pilihan raya 25 Januari 2006). Malah, pada persidangan tersebut Qadummi dijemput berucap sebagai wakil rasmi kerajaan Palestin.

"Hal ini tidak sukar difahami kerana PM Ismail Haniyeh dan Dr Mahmoud ALZahar adalah pemimpin Palestin yang mewakili Hamas yang pada kacamata Amerika Syarikat dan Israel adalah satu kumpulan pengganas.

"Hakikat bahawa Hamas menang pilihanraya secara bebas dan demokratik tidak sama sekali mengubah pendirian Amerika Syarikat dan Israel terhadap Hamas yang telah berjaya membentuk kerajaan Palestin yang sah.

"Amerika Syarikat dan Israel tidak mengiktiraf kerajaan Palestin pimpinan Hamas. Adalah menjadi pengetahuan umum Amerika Syarikat dan Israel lebih bersikap lunak terhadap kumpulan Fatah yang tewas pilihanraya," katanya.

Pulaukan NAM

Menurut Saifuddin Nasution lagi, Dr Zahar yang kecewa dengan layanan Malaysia kemudiannya memulau persidangan NAM tersebut.

Beliau kemudiannya menemui pimpinan PAS termasuk timbalan presiden ketika itu Nasaruddin Mat Isa. Dr Zahar turut mengutuk tindakan kerajaan BN itu kerana menjemput Qaddoumi dan menganggap keputusan itu sebagai sesuatu yang tidak dapat diterima oleh kerajaan Palestin.

Malahan, kata beliau, Nasaruddin pula kemudian mengeluarkan kenyataan mengecam kerajaan Malaysia sebagai 'biadap'

"Insiden tersebut memberikan bukti jelas bagaimana tidak konsistennya dasar kerajaan Malaysia terhadap Palestin. Insiden ini menjadi bukti bahawa dasar luar Malaysia terhadap Palestin sebenarnya berkiblatkan dasar Amerika Syarikat dan Israel terhadap Palestin.

"Insiden ini mengesahkan Kerajaan Malaysia tidak dapat membezakan antara kerajaan sah yang dipilih oleh rakyat Palestin dengan pemimpin Palestin yang ditolak dan tewas dalam pilihan raya.

"Hanya kerana Amerika Syarikat dan Israel tidak mengiktiraf kerajaan Palestin pimpinan Hamas pada ketika itu maka Malaysia juga akur. Bukankah fakta ini dengan sendirinya menolak kenyataan Najib sebaliknya mengesahkan bahawa dasar kerajaan Malaysia terhadap Palestin sebenarnya tidak konsisten?" soalnya.

Najib semalam diminta mengulas kekecewaan dan kebimbangan Perdana Menteri Palestin Ismail Haniyeh yang disampaikan ketika pertemuannya dengan Nasharuddin, selaku Pengerusi Pentadbiran Yayasan al-Quds Malaysia di Kuwait, baru-baru ini berhubung kenyataan Anwar mengenai Israel itu.

Pendirian berbeza

Menurut beliau ketua umum PKR itu sering membuat pendirian berbeza terhadap pendengar yang berlainan dalam isu.

Anwar, sebelum ini pada wawancaranya dengan majalah Wall Street Journal (WSJ) dilaporkan berkata beliau menyokong usaha menjaga keselamatan Israel. Pada masa yang sama, pada wawancara itu, Anwar turut menegaskan bahawa kepentingan sah rakyat Palestin juga mesti dilindungi.

Kenyataannya itu mengundang rasa tidak senang pelbagai pihak termasuk Majlis Syura Ulama PAS yang juga selari dengan pendirian parti itu supaya tidak mengiktiraf negara Israel dan mahu Anwar menarik balik kenyataannya itu ataupun menyaman majalah itu jika laporan berkenaan adalah tidak benar.

No comments: