TENTATIF PROGRAM KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT KETIGA
Tarikh: 14 Januari 2012
Tempat: Stadium Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Suka Menanti Alor Setar
Sabtu, 14 Januari 2012 - KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT KETIGA
8:00 pagi Pendaftaran Peserta dan ketibaan jemputan
9:30 pagi Upacara sambutan para Pimpinan Tertinggi
pemeriksaan perbarisan Pemuda Pakatan Rakyat 8 minit
Negaraku 2 minit
Perarakan masuk para pimpinan 2 minit
iringan paluan gendang, rebana, persembahan silat, kebudayaan 2 minit
Acara Dalam Dewan bermula: Pengerusi memulakan Majlis 2 minit
9:40 pagi Ucapan Pembukaan Pimpinan
YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak 15 minit
YB Anthony Loke 15 minit
Y Brs Dato Mustafa Ali 15 minit
YB Saifuddin Nasution 15 minit
10:40 pagi Ucapan Suara Hati Nurani Rakyat Malaysia
Pengerusi: Dato Johari Abdul 1 minit
wakil Negarawan Budayawan - Dato' A. Samad Said 10 minit Shab
wakil Felda - Razali 10 minit Siva
wakil Penjawat Awam - Dato' Mat Zin 10 minit Siva
wakil Sabah - Tan Sri Simon Sipaun 10 minit Chin Tong
wakil Sarawak - Mujah 10 minit Tian
wakil akademik - Prof Dr Abd Aziz Bari 10 minit Shab
wakil NGO - Dato' Ambiga / Dr Paraman / Mariah Chin 10 minit Dr Dzul
wakil pemuda @ pelajar - Safuan Anang 10 minit Shab
11:30 pagi Rehat
11:45 pagi Perbahasan Perwakilan
Pengerusi: Dr Dzulkefly Ahmad 1 minit
Ucapan pengerusi Jawatankuasa Usul 10 minit
12:00 petang Sambungan Perbahasan Perwakilan
Pembukaan Pengerusi 1 minit
Reformasi Institusi Pasca 901 - YB Sivarasa 15 minit
Felda - Tn Haji Suhaimi 15 minit
Anti Monopoli - YB Dato' Husam 15 minit
Federalisme - YB Liew Chin Tong 15 minit
Penjawat Awam - YB Nurul Izzah 15 minit
1:00 tengahari Rehat Sidang Media Pimpinan
Makan, solat Pakatan Rakyat
2:30 petang Pembacaan Ikrar Setia para Perwakilan 7 minit
Ketua:
Ucapan Penggulungan Pimpinan
Pengerusi:
YB Mohamed Azmin Ali 20 minit
YAB Tuan Lim Guan Eng 20 minit
YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang 20 minit
YB Tuan Karpal Singh 20 minit
YAB Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat 20 minit
YB Dato' Seri Anwar Ibrahim 30 minit
Gimmick 3 minit
5:00 petang Majlis tamat
Sabtu, 14 Januari 2012 - RAPAT RAKYAT PERDANA
kuliah maghrib oleh Tuan Guru Dato Harun Din
Solat Isyak, Solat Hajat
Penceramah:
YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak
YAB Tuan Lim Guan Eng
YAB Tan Sri Dato Abdul Khalid Ibrahim
YB Tuan Mohamed Azmin Ali
YB Dato Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang
YB Tuan Lim Kit Siang
YAB Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat
YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
100,000 dijangka hadir Konvensyen Pakatan kali ke-3
| Harakahdaily, |
ALOR SETAR, 10 Jan: Seramai 100,000 dijangka akan hadir pada Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-3 yang akan berlangsung di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar 14 Januari ini.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi merangkap Pengarah Sekretariat Konvensyen berkata, pemilihan Kedah sebagai tuan rumah untuk program itu kali ini sangat bermakna kepada seluruh rakyat negeri itu.
Pada konvensyen tersebut, semua tokoh-tokoh utama Pakatan Rakyat akan hadir antaranya Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP Lim kit Siang.
"Konvensyen kali ini bertemakan 'Bersihkan Malaysia' dan akan dihadiri oleh semua tokoh-tokoh utama Pakatan Rakyat.
"Ucapan pembukaan akan disampaikan oleh (Menteri Besar Kedah) Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak sebagai tuan rumah, kemudian diikuti (Ketua DAPSY) Anthony Loke, (Setiausaha Agung PAS) Datuk Mustafa Ali dan (Setiausaha Agung PKR) Saifuddin Nasution," katanya.
Selain mereka, hadirin juga akan mendengar rintihan suara rakyat dalam slot 'Suara Hati Nurani Rakyat Malaysia' yang bakal menampilkan Datuk A. Samad Said sebagai wakil Budayawan, Prof. Dr Aziz Bari sebagai wakil Akademik serta lain-lain termasuk wakil Felda, penjawat awam, NGO, Pemuda & Mahasiswa serta wakil dari Sabah dan Sarawak.
Ucapan penggulungan pula akan disempurnakan oleh pimpinan utama parti-parti dalam Pakatan Rakyat termasuklah Tuan Guru Nik Aziz, Datuk Seri Anwar, Tuan Guru Abdul Hadi, Karpal Singh, Lim Guan Eng dan Azmin Ali.
Pada sebalah malamnya pula akan diadakan program ceramah 'Rapat Rakyat Perdana' yang akan dihadiri pimpinan utama Pakatan Rakyat.
Ianya adalah program kemuncak yang akan bermula dengan solat maghrib berjamaah, solat hajat, kuliah Datuk Dr. Harun Din sebelum mendengar ceramah dari pimpinan utama Pakatan.
100,000 dijangka hadir Konvensyen Pakatan kali ke-3
| Harakahdaily, |
ALOR SETAR, 10 Jan: Seramai 100,000 dijangka akan hadir pada Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-3 yang akan berlangsung di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar 14 Januari ini.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi merangkap Pengarah Sekretariat Konvensyen berkata, pemilihan Kedah sebagai tuan rumah untuk program itu kali ini sangat bermakna kepada seluruh rakyat negeri itu.
Pada konvensyen tersebut, semua tokoh-tokoh utama Pakatan Rakyat akan hadir antaranya Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP Lim kit Siang.
"Konvensyen kali ini bertemakan 'Bersihkan Malaysia' dan akan dihadiri oleh semua tokoh-tokoh utama Pakatan Rakyat.
"Ucapan pembukaan akan disampaikan oleh (Menteri Besar Kedah) Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak sebagai tuan rumah, kemudian diikuti (Ketua DAPSY) Anthony Loke, (Setiausaha Agung PAS) Datuk Mustafa Ali dan (Setiausaha Agung PKR) Saifuddin Nasution," katanya.
Selain mereka, hadirin juga akan mendengar rintihan suara rakyat dalam slot 'Suara Hati Nurani Rakyat Malaysia' yang bakal menampilkan Datuk A. Samad Said sebagai wakil Budayawan, Prof. Dr Aziz Bari sebagai wakil Akademik serta lain-lain termasuk wakil Felda, penjawat awam, NGO, Pemuda & Mahasiswa serta wakil dari Sabah dan Sarawak.
Ucapan penggulungan pula akan disempurnakan oleh pimpinan utama parti-parti dalam Pakatan Rakyat termasuklah Tuan Guru Nik Aziz, Datuk Seri Anwar, Tuan Guru Abdul Hadi, Karpal Singh, Lim Guan Eng dan Azmin Ali.
Pada sebalah malamnya pula akan diadakan program ceramah 'Rapat Rakyat Perdana' yang akan dihadiri pimpinan utama Pakatan Rakyat.
Ianya adalah program kemuncak yang akan bermula dengan solat maghrib berjamaah, solat hajat, kuliah Datuk Dr. Harun Din sebelum mendengar ceramah dari pimpinan utama Pakatan.
Hutang negara dan GDP sama menjelang 2019 jika Putrajaya terus boros
Bekas pengarah ekskutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) Mohamad Ariff Abdul Kareem mengingatkan bahawa kadar perolehan pendapatan kerajaan pusat terlalu perlahan dan tidak mampu membayar pinjaman yang meningkat 53.1 peratus KDNK pada 2010.
Beliau berkata jumlah hutang ditanggung kerajaan tidak terlalu besar namun kadar pertumbuhan dalam beberapa tahun kebelakangan ini menimbulkan kebimbangan.
Nisbah hutang-KDNK meningkat dari 41.1 peratus pada 2008 kepada 53.1 peratus pada 2010 manakala hutang kerajaan bertambah 14.6 peratus pada 2008 dan 18.3 peratus pada 2010, jauh mengatasi pertumbuhan KDNK negara, tambah Mohamad Ariff.
"Jika tiada perancangan untuk mengubah trend ini dalam perbelanjaan dan hasil negara, hutang negara akan mencecah 100 peratus KDNK menjelang 2019.
"Sekiranya pertumbuhan hutang semakin laju, ini boleh berlaku tidak lama lagi," katanya melalui emel kepada The Malaysian Insider.
Mohamad Ariff menjelaskan ketika kerajaan mengambil langkah rangsangan fiskal untuk menghadapi krises ekonomi dunia yang mana ia digunakan untuk pembangunan infrastruktur terdapat keperluan untuk mengurangkan perkhidmatan awam, yang menjadi asas pengurusan perbelanjaan Putrajaya.
Katanya perkhidmatan awam Malaysia - terbesar setiap kapita di Asia Pasifik mengikut OECD - meningkat dari 23.3 peratus pada 2007 operasi bajet kepada 33.1 peratus pada 2010, meningkat kepada 41.6 peratus pada 2010 jika bayaran pencen dimasukkan.
Ini adalah beban kewangan utama kerajaan iaitu daripada kos berlebihan, pembaziran dan rasuah yang didedahkan setiap tahun oleh Ketua Audit Negara, kata seorang profesor dari Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (INCEIF).
"Ia satu keperluan untuk kerajaan mengawal perbelanjaan yang mana ia termasuk mengurangkan perkhidmatan awam, membawa kerajaan untuk meningkatkan ketelusan dan tanggungjawab serta melaksanakan reformasi kutipan cukai untuk mendapat pendapatan," kata Mohamad Ariff.
Ketua Pakar Ekonomi RAM Holdings Bhd Dr Yeah Kim Leng berkata Putrajaya perlu mempunyai "kemahuan politik" untuk melaksanakan Program Transformasi Kerajaan (GTP), yang bertujuan untuk menhentikan kenaikan defisit.
"Kita mesti melakukannya secara konsisten kerana (defisit fiskal) merupakan kelemahan utama ekonomi Malaysia," katanya.
Yeah berkata Malaysia akan berada dalam kedudukan terbaik untuk mengurangkan defisit fiskal untuk jangka masa panjang jika Putrajaya kekal melaksanakan rancangan itu tetapi mengingatkan ia berdasarkan pertumbuhan tahunan KDNK antara lima hingga enam peratus.
Ini kerana mana-mana kelembapan ekonomi yang berlaku akan mendorong berlakunya potongan gaji dan kadar pengangguran lebih tinggi, yang akan memberikan impak negatif kepada hasil cukai, katanya.
"Terdapat satu hubungan antara pertumbuhan dan hasil kerajaan," katanya menambah pengurangan setiap satu peratus dalam pertumbuhan KDNK, kutipan cukai akan menurun 0.8 petaus.
"Semasa perlahan kita boleh jangkakan defisit kewangan kerajaan sebenarnya besar."
Beliau menambah bahawa kerajaan tidak mempunyai masa untuk mengukuhkan kedudukan fiskal sebagai pendapatan daripada sektor minyak dan gas, yang membantu meningkatkan jumlah pendapatan kerajaan kira-kira 40 peratus, namun dijangka akan menurun dalam tempoh lima hingga 10 tahun kerana hasil minyak Malaysia berkurangan.
Isu Madrasah Salihiah - Lagi Hujah mematah otak selut kenyataan bodoh puak 'sana'

UMNO terus menegakkan benang basah dalam mempertahankan tindakan mereka melawan Majlis Fatwa Negeri Kedah. Bica Roslinda Hashim/Muhamad Sanusi SETPOL MB Kedah/Ketua Penerangan PAS Kedah - Sinar UTARA 9/1/12 dibahaskan. Sekarang biar SS pula nak patahkan hujah2 dangkal yang dikeluarkan oleh blogger pro Mukhriz iaitu Kedah Times (KT).
KT: Muhamad Sanusi kena faham dulu, yang dipersoalkan keputusan kedua Majlis Fatwa setelah Kerajaan Kedah menghantar Dato' Amirudin jumpa Mufti dan keputusan mengeluarkan fatwa yang kedua itu, adakah telah dipersembah maklum kapada KDYMM Tuanku Sutan?.
SS: Dipersembah atau tidak keputusan fatwa yang dibuat secara muzakarah oleh 10 ulamak Kedah yang tinggi profail itu tetap berwibawa lagi haq. Mereka membuat keputusan berdasarkan ilmu Islam dan kepentingan ummah, bukannya kepentingan politik.
KT: Ikut Mufti kata, setelah itu, beliau akan persembah maklum kapada KDYMM Sultan Kedah. Ini yang tak kena.
SS: Mufti dah beritahu, pemberitahuan lisan tidak rasmi sudah dibuat dan baginda bersetuju. Cuma secara rasmi saja belum dan Majlis Fatwa akan hantar 4 orang wakil mereka mengadap dan menjelaskan fatwa tersebut. Ingat hujah bahawa 'Tuanku belum dimaklum' sebagai 'tidak kena' tidak boleh bertahan lama kerana apabila baginda dimaklum dan bersetuju, KT nak putag pusin kot mana pulak?
KT: Dah keluar fatwa pertama, muslihahnya, bila disembah maklum, KDYMM Tuanku Sultan akan persoalkan "ORANG RAMAI ATAU WARIS WAQAF KHAS TANAH SURAU TUUU... TAK KATA APA KAAA...?".
SS: Orang cerdik tak akan berhujah berdasarkan 'mungkin, kalau, andai, agak-agak, barangkali, mungkin, kot-kot, entahka...' atau apa-apa maksud seumpamanya. Berhujahlah berdasarkan reality atau apa yang sebenarnya berlaku. Kalau nak buat jangkaan pun biarlah rasional atau masuk akal. Tuanku atau Yang DiPertuan Agong adalah seorang yang bijaksana, baginda tidak akan tanya soalan yang sebodoh itu. Baginda dan umat Islam yang faham Islam tahu bahawa waris pewakaf tiada hak lagi terhadap harta wakaf kerana harta wakaf tidak boleh dituntut oleh waris, ia terputus hubungan dengan si pewakaf sebaik sahaja diwakafkan (kecuali pahala wakaf). Kalau pewakaf pun terputus hak milikan apatah lagi waris yang ditinggalkan.
Satu lagi baginda pun tahu soal berkaitan hukum hakam serahkan kepada pihak yang berautoriti mengenainya iaitu majlis fatwa, bukan pandangan orang ramai. Kalau fatwa nak diserahkan kepada orang ramai untuk 'kata apa-apa' habislah bercempera hukum hakam.
KT: Jadiii... persoalan serupa itu, orang ramai nak tahuuuu... Kerajaan Negeri atau Mufti buatka. Peliknya kenapa kata UMNO ketepikan keputusan Majlis Fatwa. Sebenarnya, PAS sembunyikan keputusan itu daripada KDYMM Tuanku Sultan, kerana motifnya jika disembah maklum, Kerajaan Negeri akan menghadapi bahana teguran KDYMM Sultan Kedah.
SS: Dah berbuih mulut bagi tau 'itu keputusan Majlis Fatwa' tapi sengaja hangpa buat pekak badak, lepas tu pura2 tanya pulak 'peliknya kenapa kata UMNO ketepikan keputusan Majlis Fatwa'.. Bukan setakat 'ketepikan' tapi UMNO lawan hangit keputusan Majlis Fatwa satu dunia tahu..poodahh toksah dok berlakonlah. PAS dituduh sembunyikan keputusan fatwa dari Tuanku? Apa kena mengena dengan PAS pulak tak pasai2 nak pi persembah fatwa dekat Tuanku? Biar Majlis Fatwalah yang berurusan. Tuduh pulak Tuanku akan buat 'teguran' terhadap fatwa.. satu tuduhan yang amat jahat terhadap Tuanku sedangkan seumur hidup baginda tidak pernah membantah keputusan Majlis Fatwa. Memang UMNO jenih derhaka!!!
KT: Tetapiii.... yang orang ramai halang tu ialah, kenapa Kerajaan PAS nak roboh Surau Salihin? Sedangkan gereja disebelah sempadan tanah Aman Central tidak dirobohkan?. Ini persoalannyaaaa...
SS: Orangramai mana yang halang? Cuma segelintir golongan penentang fatwa (rasa lebih pandai dari ulamak, walhal SPM pun tak pass) yang melakukannya untuk kepentingan politik UMNO. Majoriti rakyat Kedah termasuk sebahagian besar ahli UMNO sendiri pun tak tentang pun.
KT: Sapa tak mahu pembangunan dan cantik, hinggakan Amirudin kata nak buat hotel disebelah/hadapan Sekolah Kebangsaan Kancut, antara hotel dengan Aman Central ada jambatan. Cantik tuuuu... Tapiiii... Surau Salihin tu jangan diruntuh lah dan buat satu plan bangunan surau yang cantik juga berasingan dengan komplek Aman Central. Tapak surau biar disitu. Ini, kenapa kerana nak bina komplek cantik, tanah waqaf khas surau dijual?. Itu persoalannyaaaaa.
SS: Boleh, sebab atas bekas tanah wakaf tu nanti bukan naik super mega mall atau hotel semua kat situ. Tak celuih. Ia akan jadi tapak parking dan jejantas (kalau tak silap berdasarkan plan tu sekali lalulah, tunggu Dato' Amiruddin pamerkan dalam masa terdekat). Soalnya kalau biarkan di situ ia akan tersisih, terperangkap & terperosok di celah tiga bangunan utama yang naik 5 tingkat. Lagi susah org nak masuk, kalau org tahu itu surau (setelah buang syarikat insuran) maka nampak koman sungguh surau berbanding bangunan lain yang gagah menggelamkan surau. Tapi mokalu buat di super mega mall Aman Central dengan reka bentuk Islamik kubah dari luar, boleh akses 24 jam, lebih besar, dua lapis, ia akan nampak lebih gagah. Kali pertama super mega mall di Msia ada surau sehebat itu.. Tempat lain semua surau sempit dalam bangunan.
Tapak biar kat situ? Maka kesianlah kat pewakaf sebab pahala tak mengalir. Org akan pi surau lebih besar, surau tu mati. Pejabat insuran dapat jugak pahala kot, tapi tak sebesar kalau org makmurkan sebagai sebuah surau. Dengan pampasan RM1.48 juta, wakaf dialih boleh bina lagi 7 buah surau..bayangkan besarnya pahala pewakaf.
KT: Tetapiii.... yang orang ramai halang tu ialah, kenapa Kerajaan PAS nak roboh Surau Salihin? Sedangkan gereja disebelah sempadan tanah Aman Central tidak dirobohkan?. Ini persoalannyaaaa...
SS: (Ulang balik jawapan sebelum ni) Shopping Complex dikunjungi oleh semua orang, yang nak ramai pun orang Melayulah sebab orang Melayulah pengguna terbesar di negara ini. Buat shopping complex yang ada sebuah surau besar, gah boleh nampaknya syiar Islam di situ sudah tentu membanggakan kita. Tapi kalau runtuh gereja, depa nak bina balik dalam shopping complex tu.. hangpa syok sangatka shopping complex pertama di Kedah ada gereja? Ok, katakanlah depa setuju pi buat gereja tu tang lain sebagai ganti, nak cari tang mana di Kedah ni buat gereja baru? Belakang rumah Chot? Tepi rumah Sobri Sudin? Biaq pi lah gereja tu dok tangtu, sesuai sangat bukan dalam perkampungan orang Islam pun daripada depa buat lain gereja di tempat baru, akan timbul lagi kontroversi baru.
(Lain2 tu hujah makimhamun, pelecey dan kutuk Sanusi.. Biasalah tu ajaran Yahudi APCO kalau tak mampu berhujah maka serang penghujah... tak payahlah SS jawab, buang masa jer..isu pembangunan pun sama, depa dok ulang ayat yang semaksud dengan tu sejak 50 tahun dah)
OK, SS tunggu hujah apa lagi depa nak guna.. Mai sini SS nak kepak. Sekian dulu..jumpa lagi, wassalam.






0 saranan:
Post a Comment