PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Thursday, January 19, 2012

PERJANJIAN tol n Air,Rakyat diDahulukan

Harakahdaily,28 Nov 2011

KUALA LUMPUR, 28 Nov: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mencabar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop untuk berdebat secara terbuka berhubung lanjutan konsesi jambatan Pulau Pinang selama 17 tahun dan Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) selama 11 tahun sebagai balasan untuk pembekuan kenaikan kadar tol selama 5 tahun di lima lebuh raya termasuk lebuh raya utara-selatan (NSE) akan membawa manfaat kepada rakyat Pulau Pinang mahupun Malaysia.

Lim berkata, New Straits Times hari ini telah melaporkan bahawa Tan Sri Nor telah mengecam beliau kerana mengamalkan double standard dalam bantahannya terhadap semakan semula perjanjian tol.

"Saya tidak dapat melihat bagaimana semakan semula yang menangguhkan kenaikan tol selama 5 tahun sehingga 2016 ini dapat membawa manfaat kepada rakyat.

"Tambahan pula, saya tidak faham bagaimana saya boleh dikatakan sebagai mengamalkan double standard apabila saya mengambil pendirian yang berprinsip untuk membantah syarikat-syarikat pengendali tol yang selama ini meraut keuntungan yang besar daripada rakyat," ujarnya dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya, semakan semula terma konsesi seperti di atas bukanlah satu keadaan "menang-menang" bagi kerajaan, pengendali tol dan juga rakyat tetapi satu kemenangan yang besar bagi syarikat-syarikat pengendali tol sahaja.

Katanya, Rakyat Pulau Pinang akan menerima hukuman yang tidak adil sebagai balasan untuk pembekuan kenaikan kadar tol selama 5 tahun bagi Jambatan Pulau Pinang, NSE, BKE, Linkedua dan Elite.

Beliau yang juga ahli Parlimen Bagan menambah, rakyat Pulau Pinang sekarang dihukum dengan lanjutan tol selama 17 tahun untuk Jambatan Pulau Pinang, iaitu sampai 31 Disember 2038 dan bukan tarikh luput asal 31 Disember 2021.

Bagi BKE pula, katanya tempoh tol ditambah 11 tahun kepada 31 Disember 2038 daripada tarikh luput asal 27 Jun 2026.

Ini, ujarnya telah dilakukan supaya kadar tol untuk 5 lebuh raya di atas akan dibeku selama 5 tahun, tambahan pula, tidak ada lanjutan tempoh tol bagi NSE atau Linkedua.

"Yang paling tidak adil dan tidak berhati nurani, adalah hakikat bahawa syarikat-syarikat pengendali tol sudah pun meraut keuntungan yang besar di mana kos pelaburan asal pun sudah selesai dikutip," katanya.

Menurutnya, jawapan bertulis Parlimen mengenai hasil yang telah dikutip syarikat-syarikat pengendali tol sehingga 31 Disember 2010 telah menunjukkan bahawa syarikat pengendali tol NSE telah membelanjakan RM5,945 juta untuk pembinaan lebuhraya tersebut, manakala telah menerima sebanyak RM24,266 juta daripada kutipan tol dan pampasan kerajaan dalam jangka masa yang dinyatakan.

Dalam erti kata lain, katanya syarikat pengendali tol NSE telah mencatat lebihan sebanyak RM18,321 juta setakat 31 Disember 2010 daripada pelaburan asal.

"Adakah perlu lagi untuk syarikat tersebut untuk mengutip lagi banyak tol daripada rakyat apatah lagi untuk menaikkan kadar tol?" soalnya.

Katanya, sepatutnya dan jika diambil kira kepentingan rakyat, kutipan tol bagi NSE patut dihentikan serta merta sedangkan hasil kutipannya sudah pun 3 kali ganda pelaburan asal.

Beliau berkata, keadaannya serupa untuk Jambatan Pulau Pinang yang telah mengutip sebanyak RM1,859 juta dengan kos pembinaan RM944 juta, lebihan yang dicatat sebanyak RM924 juta.

Tambahnya, bagi BKE, tol yang dikutip berjumlah RM340 juta manakala kos pembinaannya RM256 juta, iaitu lebihan sebanyak RM84 juta.

Jelasnya, rakyat Pulau Pinang bukan sahaja tidak sepatutnya terus dibebani tol sehingga 31 Disember 2038, malah tol bagi Jambatan Pulau Pinang dan BKE harus dihentikan serta merta.

Namun demikian, kata Tan Sri Nor mendakwa bahawa semakan semula perjanjian tol itu membawa manfaat kepada rakyat melalui pembekuan kenaikan kadar tol, sedangkan kenaikan kadar tol itu sebenarnyamenyamar di sebalik lanjutan tempoh tol.

Kesannya, kata beliau mungkin tidak dirasai sekarang, tetapi kesakitannya akan berlanjutan selama 17 tahun bagi Jambatan Pulau Pinang dan 11 tahun bagi BKE.

"Jika Tan Sri Nor betul-betul yakin bahawa semakan semula perjanjian ini membawa manfaat kepada rakyat, beliau patut berdebat dengan saya supaya rakyat dapat memahami bagaimana semakan semula perjanjian ini akan membawa manfaat kepada mereka dan bukan kepada syarikat-syarikat pengendali tol," ujarnya.


Kesudahan Isu Perjanjian Air Malaysia Singapura?
Tarikh : Wednesday, December 30 @ 19:53:53 PST
Topik : Artikel


Perjanjian kedua isu air Malaysia Singapura bakal berakhir pada tahun 2060. Dan pada masa itu akan genaplah tempoh usia hampir 100 tahun perjanjian air Malaysia Singapura. Satu tempoh yang cukup lama ditambah lagi dengan nilai serendah 3 sen yang Malaysia berikan kepada Singapura bagi setiap 1000 gelen. Diharap Malaysia belajar daripada "kesilapan dan sejarah lalu" jika Singapura terus memilih untuk membeli air Malaysia.

Perjanjian air Malaysia Singapura ini dibuat pada tahun 1960 dan 1961 dan telah tercatat seperti dalam Perjanjian Pemisah tahun 1965. Pada masa itu, Malaya, Singapura masih lagi di bawah satu bumbung bersama-sama Sabah dan Sarawak yang dinamakan Malaysia semasa perjanjian ini dimeterai. Kurang dua tahun kemudian, Singapura bertindak memisahkan diri daripada persekutuan dan menjadi republik merdeka pada tarikh 9 Ogos 1965.


Terdapat 2 perjanjian air Malaysia Singapura :

    1. Perjanjian pertama : Malaysia membekalkan 350 juta gelen air mentah setiap hari kepada Singapura pada harga 3 sen bagi setiap 1,000 gelen  dan bakal berakhir pada tahun 2011.
    2. Perjanjian kedua : Malaysia membekalkan sebanyak 250 juta gelen air setiap hari pada kadar yang sama iaitu 3 sen untuk setiap 1,000 gelen.

Johor juga sepatutnya sudah mempunyai lojinya sendiri supaya dapat memberikan bekalan air bersih berbanding membeli pada kadar harga yang tinggi daripada Singapura sedangkan air mentah berasal daripada negara kita sendiri. Singapura dapat boleh memenuhkan reservoir mereka(boleh tahan 1 tahun agaknya jika berlakunya krisis air) dan dalam pada masa yang sama, dapat jual semula air bersih kepada Malaysia.

Dan sepatutnya juga, tiada halangan untuk Malaysia menyemak semula perjanjian air Malaysia Singapura untuk setiap 25 tahun dan kita sebenarnya mempunyai hak berbuat begitu iaitu pada tahun 1986 dan 1987 tetapi Malaysia memilih sebaliknya. Alasan pada masa itu, bagi mengelakkan Singapura menjual air pada harga yang lebih mahal.


Berdasarkan kira-kira secara kasar yang boleh diambil daripada penjualan air yang berlaku di antara Malaysia dan Singapura ini ialah :

1. Singapura membayar 3 sen untuk setiap 1000 gelen air mentah kepada Malaysia.
2. Diberitahu Singapura menanggung kos sehingga RM2.40 untuk merawat air ini termasuk daripada segi kos pembinaan reservoirs, empangan dan juga Pipeworks untuk membawa air ke Singapura. Singapura telah menghabiskan lebih daripada S$1 bilion pada projek-projek tersebut, dan terus membayar untuk mengupgrade dan memelihara kelengkapan kemudahan mereka.
3. Malaysia membayar kira 50 sen untuk membeli setiap 1000 gelen air yang telah dirawat oleh Singapura dan menjual air kembali penduduk Johor pada kadar RM3.95.

Situasi yang dialami Malaysia ini sama seperti kes Hong Kong membeli air dari China di RM8 per 1,000 gelen. Hong Kong membayar kepada China RM8, dan secara timbal baliknya China  "menyumbang" daripada segi pembangunan, peningkatan dan penyelenggaraan reservoirs dan paip air untuk membekalkan air bersih kepada Hong Kong.


Sekarang tahun 2011, bukanlah tempoh yang lama di mana perjanjian pertama untuk pembelian air bakal berakhir. Yang menjadi persoalan ketika ini, adakah Malaysia sudah bersedia untuk memikirkan perkara samada untuk menamatkan sahaja ataupun membuat perjanjian air Malaysia Singapura yang baru? Walaupun pada tahun 2002, Singapura membuat keputusan untuk tidak lagi menyambung perjanjian pertama itu kerana berpendapat Singapura sudah mempunyai  keupayaan untuk membekalkan 100 juta gelen air sehari kepada rakyatnya menggunakan teknik menerusi kaedah NEWater moden(penyulingan air laut).

P/S : Dengan bilangan rakyat Singapura semakin meningkat, segala kemungkinan tetap ada. Yang pentingnya, kita sudah bersedia atau tidak?

http://beritasemasa.com/berita-sensasi/kesudahan-isuperjanjian-air-malaysia-singapura.html


Majlis tamat Perjanjian Air Johor-Singapura

JOHOR BAHRU 28 Ogos - Majlis Penyerahan/Penerimaan sempena tamatnya Perjanjian Air Johor-Singapura 1961 akan diadakan di Loji Rawatan Air Gunung Pulai dekat sini, Rabu ini.

Upacara menandatangani penyerahan itu akan dilakukan Lembaga Perbekalan Awam (PUB) Singapura dengan kerajaan negeri Johor dalam satu majlis serba ringkas.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dijadual berkenan menyaksikan majlis tersebut setelah tamatnya perjanjian itu yang mengambil masa 50 tahun.

Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman; Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Loo Took Gee dan barisan ahli Exco kerajaan negeri.

Singapura pula akan diwakili Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Dr. Vivian Balakrishnan dan timbalannya, Grace Foo.

Berikutan tamatnya perjanjian itu, kerajaan negeri mengambil alih loji air yang dibina dan dimiliki oleh PUB iaitu di Gunung Pulai, Sungai Skudai dan Sungai Tebrau.

Terdapat dua Perjanjian Air Johor-Singapura iaitu Perjanjian Air 1961 yang tamat pada 31 Ogos 2011 dan Perjanjian Air 1962 yang akan tamat pada 2061.



Azizan tingkat hasil balak, mana pergi masa BN
Posted on Wednesday, January 18 @ 11:28:37 PST 
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

BeritaOleh: Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 18 Jan: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak ternyata seorang pemimpin yang berintegriti sehingga menjadikan pendapatan negeri itu meningkat berkali ganda berbanding semasa Kedah berada di bawah BN dulu. Disebabkan kebolehan dan kejujuran Azizan dalam mentadbir negeri, hasil balak di Kedah sahaja mencatatkan keuntungan berkali ganda, apabila ia ditangani dengan baik, sejajar dengan amanah yang diserahkan kepadanya.



Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun Azizan seorang ustaz yang diragui kebolehannya untuk menjadi pemimpin oleh sesetengah pihak khususnya Umno BN, tetapi beliau kini ternyata seorang yang berkebolehan dan berintegriti.

Menurutnya, setelah Azizan menjadi Menteri Besar Kedah, semua pihak telah tahu hasil balak di Kedah telah meningkat sehingga menyebabkan semua pihak tertanya-tanya ke mana perginya hasil balak semasa BN memerintah Kedah dulu.

"Semasa Umno BN perintah Kedah dulu, nampaknya balak dinilai dengan harga RM1,000 untuk satu ekar, tetapi setelah Datuk Seri Azizan menjadi menteri besar, satu ekar balak dinilai dengan harga RM19,000. 

"Keluasannya sama, jadi mana perginya RM18,000 lagi semasa Umno BN memerintah Kedah dulu?" tanya beliau sinis sebagai mengulas perkembangan memberangsangkan bagi ekonomi Kedah setelah berada di bawah pemerintahan PAS atau Pakatan Rakyat. 

Menurut beliau, dengan perkembangan yang memerangsangkan itu, kini semua pihak boleh menilai betapa berbezanya sesebuah kerajaan itu apabila ia dipimpin oleh seseorang yang berpegang kuat dengan ajaran Islam dan bersikap jujur, berbanding mereka yang dikatakan bijak dalam memimpin tetapi tidak jujur, penuh rasuah dan sering melakukan penyalahgunaan kuasa.    

Ketika berucap pada acara Ucapan Penggulungan Pimpinan pada Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3 di Stadium Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di Alor Setar, Kedah, Sabtu lalu, beliau turut menyebut perkara itu dan disambut tepukan gemuruh daripada lebih 2,000 perwakilan. 

Katanya, dengan peningkatan hasil negeri yang sedemikian tinggi, Azizan ternyata telah berkemampuan mematikan dakwaan tidak berasas pihak-pihak tertentu selama ini yang kononnya golongan agama, ustaz atau ulama tidak boleh menjadi pemimpin kerajaan. 

"Malah dengan peningkatan hasil negeri setelah Kedah berada di bawah kepimpinan Datuk Seri Azizan, rakyat Kedah ternyata turut berbangga kerana akan dapat dibela dengan lebih menyeluruh berbanding semasa Kedah berada di bawah BN dulu yang hanya memberikan bantuan kepada kroni-kroni pemimpin parti itu sahaja," tegasnya yang juga Ketua Umum PKR. 

Manakala dalam satu kenyataan, Datuk Seri Azizan berkata, Kerajaan Kedah di bawah Pakatan Rakyat telah berjaya meningkatkan hasil balak hampir 205 peratus berbanding hasil yang dikutip oleh BN semasa pemerintahan mereka sebelum ini.

Harakahdaily pada 3 Januari lalu melaporkan Azizan berkata, pencapaian memberansangkan itu berlaku hasil dari sistem tender terbuka yang dilaksanakan oleh kerajaan di bawah Pakatan Rakyat yang berjaya memberi pulangan menggalakkan kepada negeri.

"Sistem tender terbuka yang diperkenalkan memberi pulangan positif kepada kerajaan dan rakyat negeri ini. Pada tahun 2008 yang lalu semasa pengambilalihan kuasa pentadbiran, hasil pungutan balak hanyalah sebanyak RM35 juta. Ia meningkat kemudiannya kepada RM39 juta pada tahun 2009 yang lalu.

"Namun begitu pada tahun 2010 hasilnya premium balak berjaya mencecah sehingga RM50 juta," ujarnya yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah.

Beliau berkata, hasil ketelusan dan sistem tender terbuka yang menjadi polisi kepada Kerajaan Kedah turut membuktikan bahawa gejala rasuah dan kronisme dapat dielakkan.

Sebelum ini Ketua Audit Negara telah melaporkan Kedah berjaya meningkatkan pendapatan dari hasil balak sebanyak 205 peratus pada tahun 2010 jika dibandingkan dengan tahun sebelum 2008 semasa pemerintahan BN dengan mendapat pulangan dalam lingkungan RM8 juta sahaja.
 



No comments: