PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Thursday, January 05, 2012

Madrasah Salihiah adalah isu emas bagi PAS, gunakan sebaiknya...

Madrasah Salihiah adalah isu emas bagi PAS, gunakan sebaiknya...
Posted on Wednesday, January 04 @ 08:17:32 PST by tokdalang

Oleh Tok Non, Changloon

Sejak PAS bersama rakan sekutu KeADILan dan DAP memerintah Kedah 9 Mac 2008, Madrasah Salihiah Kanchut adalah isu politik terbaik di Kedah yang mesti dimanfaat sepenuhnya. Orang yang tidak faham manipulasi isu politik akan melihat PAS diserang tetapi hakikatnya pihak lawan yang akan menerima padah yang teruk... dengan syarat, PAS mesti menghangatkan isu ini dan jangan biarkan ia terpadam.

PAS berada di posisi selesa kerana UMNO, melalui kenyataan para pemimpin mereka serta sikap yang diambil oleh media utama pro BN; bersikap menentang bangunan tersebut dirobohkan (melalui kaedah istibdal) bagi dibangunkan Kompleks Aman Central. Jadi lakukan serangan bersepadu terhadap BN sehingga akhirnya mereka pula yang kelihatan defensif dan kalah terus.


Selepas membuat pengamatan dan analisis, isu Madrasah Salihiah Kanchut dapat mendedahkan 6 perkara. Jangan lupa dedahkan semua perkara tersebut.

1.UMNO kuat bohong

Antara pembohongan dalam isu madrasah ialah:
a)Madrasah ada nilai sejarah berusia 100 tahun, sebenarnya baru berusia 4 tahun
b)Tanah wakaf digadai pada pemaju Cina kapiaq, sebenarnya tanah itu dipindah wakaf (istibdal)
c)Di situ ada 200 ahli khariah, sebenarnya cuma ada 5 keluarga Melayu kat situ, tak mampu buat jemaah terutama waktu Maghrib, Isya dan Subuh
d)Semua bangunan itu adalah surau, sebenarnya hanya ruang atas untuk solat, sebahagian besarnya ialah pejabat syarikat insuran.

2.UMNO tolak ulamak

Majlis Fatwa Negeri Kedah yangi ketuai Mufti dan 9 ulamak besar Kedah selepas bermuzakarah, bersetuju madrasah itu diroboh ikut kaedah istibdal. UMNO menolak pendirian yang dibuat oleh para ulamak Kedah. Depa berlagak lebih pandai dari ulamak majlis fatwa.

3.UMNO sanggah Tuanku Sultan

Majlis Fatwa di bawah Tuanku Sultan. Tuanku sudah dimaklum mengenai isu tersebut oleh Majlis Fatwa. Membantah keputusan majlis fatwa mermakna menderhaka kepada Tuanku Sultan.

4.UMNO bersikap hipokrit

Kerajaan BN Kedah pernah roboh masjid Alor Malai untuk program penyusunan semula pembangunan Kompleks Al- Bukhary yang di situ juga terdapat pasaraya Giant. Depa buat halal, pihak lain buat haram. Itulah sikap hipokrit UMNO.

5. UMNO anti Cina?

Antara sebab penentangan projek Aman Central ialah kerana ia dimajukan oleh Sunny Ho, seorang Cina (usahasama dengan PKNK). Ia memberi impak 'positif' kepada masyarakat bukan Melayu, khususnya orang Cina di negeri ini bahawa UMNO dilihat anti Cina.

6.UMNO gagal bangunkan ekonomi Melayu

Pembantah mengatakan projek itu hanya menuntungkan orang Cina kerana Melayu tidak mampu beli lot kedai di situ. Sapa kata? Bukanlah orang Melayu sudah kaya raya hasil pembelaan dan penjanaan ekonomi yang dibuat oleh UMNO selama 60 tahun. UMNOlah satu-satunya parti yang memperjuangkan Melayu... habis tu kalau lot kedai pun Melayu tak boleh beli, apa kejayaan UMNO dalam mengangkat martabat orang Melayu???

KedahLa.

 
Mempolitikkan mahkamah dan undang-undang
Posted on Wednesday, January 04 @ 08:34:32 PST by tokdalang

Penulis Tamu

Oleh Haji Subky Abdul Latif

Telahhttp://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/e/e3/Anwar_Ibrahim-edited.jpg/220px-Anwar_Ibrahim-edited.jpg berkembangan sekarang usaha penyokong Anwar Ibrahim untuk berdemonstrasi pada 9 Januari 2012 di persekitaran mahkamah yang akan menentukan hukuman untuknya dan tuntutan supaya dia dibebaskan.

Ia sudah dijadikan isu oleh penentang Anwar kononnya Anwar mempolitikkan mahkamah dan undang-undang. Maka banyaklah susulan demonstrasi sekitar 100 orang pra 9 Januari itu oleh pihak anti Anwar

 



Isunya sekarang ialah Anwar mempolitikkan mahkamah dan undang-undang. Hujahnya, tidak wajar dan tidak bijak bagi golongan Anwar mempolitikkan mahkamah dan undang-undang.

Umno dan kerajaan adalah berpihak kepada anti Anwar ini.

Majlis Peguam dalam kenyataannya tidak mengira gerakan membebaskan Anwar itu satu penghinaan mahkamah dan tiada gambaran dalam perlembagaan negara mengira ia satu perlanggaran undang-undang.

Memanglah undang-undang dan mahkamah tidak patut dipolitikkan. Tetapi adalah terhadap yang tidak berangkut politik.

Tetapi dunia pula tidaklah bebas dari kes politik. Banyak berlaku dakwaan politik. Adalah sukar memisahkan reaksi politik dari kes politik. Oleh itu politik adalah terbuka dalam kes-kes yang didakwa kerana politik.

Umno sendiri tidak bebas dari mempolitikkan undang-undang dan mahkamah. Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein Onn, bahkan Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri dalam polemik politik atas isu kes dakwaan Datuk Harun Idris, Ketua Pemuda Umno dan Menteri Besar Selangor.

Berpecah Umno dan negara hampir terjerumus kepada ancaman kekacauan oleh isu itu.

Harun dituduh rasuah. Tun Razak bersetuju mendakwanya kerana dia enggan menerima tawaran menjadi Duta ke PBB. Kalau dia menerima tawaran itu dia dipercayai tidak didakwa.

Pendakwaannya itu dikira oleh setengah pemimpin tertinggi Umno sebagai kes politik. Mereka tidak menolak 100 peratus Harun bebas dari rasuah, tetapi pada mereka mana pemimpin dan ahli Umno yang tidak rasuah. Maka mengapa Harun saja yang didakwa?

Tan Sri Jaafar Albar, satu-satu ahli Umno bergelar Singa Umno, ahli Majlis Tertinggi Umno sejak sebelum merdeka adalah tokoh paling lantang menentang Harun didakwa. Dia disokong oleh seluruh Pemuda Umno.

Tunku, Khir Johari, Senu Abdul Rahman, Sulaiman Palestin adalah mengira ia kes politik dan kes politik tidak wajar dibawa ke mahkamah. Bertahun-tahun kes ini menjadi nanah krisis Umno.

Tun Razak tidak dapat menyelesaikannya hinggalah dia mati. Umno menggesa pula, Tun Hussein Onn yang menggantikan Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan pemimpin Umno supaya menarik kes itu dari mahkamah dan selesaikan ia secara politik.

Hussein Onn berkeras untuk meneruskan kes itu. Penyokong Harun berkempen ke seluruh negara minta Umno menggugurkan kes itu. Hingga Harun digugur dari MB Selangor dan dijatuhkan hukuman penjara, krisis Umno mengenai Harun tidak selesai.

Pemuda Umno dan Umno Selangor lebih dari sehari mengepung kediaman Harun di Jalan Duta menghalang Harun jangan dibawa ke penjara. Harun dinasihatkan termasuk oleh Tunku supaya menyerah diri kepada penjara.

Kemudian penyokong Harun termasuk Tan Sri Onn Ismail, kemudiannya jadi Speaker DUN Selangor dan Pengerusi Tetap Umno Malaysia bergerak untuk pengampunan Harun. Albar menjadi Ketua Pemuda Umno yang baru berjumpa PM Hussein minta bertindak terhadap pemimpin Umno yang dikatakan terbabit dengan komunis dan minta isu Harun diselelesaikan.

PM Hussein setuju tindakan atas orang dikatakan agen komunis diISAkan tetapi tidak setuju pengampunan Harun.

Apabila Dr Mahathir memangku Perdana Menteri, dia menanda tangani pengampunan Harun. Ia dikatakan punca PM Hussein meletak jawatan.

Maka atas tindakan politik Dr Mahathir, Harun bebas jadi ahli Umno semula hingga dipilih menjadi Naib Presiden Umno.

Adakah Tun Razak yang setuju Harun didakwa bebas dari mempolitikkan undang-undang dan mahkamah? Adakah Hussein Onn meneruskan tindakan itu bebas dari mempolitikkan mahkamah? Adakah Dr Mahathir yang membebaskan Harun tidak berpolitik?

Yang mendakwa pun mempolitikkan mahkamah dan undang-undang, yang menentangnya berpolitik begitu juga.

Isu Harun benar-benar selesai apabila semuanya mati. Tun Razak mati, Tun Hussein mati, Harun mati. Albar, Senu dan Tunku mati.

Isu politik yang dimahkamahkan, tidak dapat lari dari mahkamah itu dipolitikkan.

 

Kedah lebih baik di bawah Pakatan

Dikirim pada Friday, December 16 @ 23:33:18 MYT oleh ayahmat

KEDAH dilihat sebagai model pemerintahan PAS selepas Kelantan. Di sebalik pelbagai halangan dan kekurangan, agenda 'Sejahtera' tetap konsisten diketengahkan. Walaupun PAS telah membuktikan keupayaannya, kerakusan BN untuk merampas kembali tidak pernah pudar.

 Apatah lagi usia sepenggal tidak memadai merungkai segala persepsi yang telah tertanam di benak rakyat selama ini.
Wartawan Harakah Kedah, IZWAN ABDUL HALIM mendapatkan Pengarah Pilihan Raya PAS Kedah, Senator Muhamad Yusof Husin dalam membicarakan persediaan PAS Kedah mengekalkan pemerintahannya pada PRU13.
 
WARTAWAN: Sejauh mana PAS Kedah bersiap untuk memastikan pemerintahan kerajaan negeri terus dapat dikekalkan pada penggal seterusnya?

MUHAMAD YUSOF: Kita selepas PRU12 lalu telah menyusun kembali jentera kita walaupun pada peringkat tahun pertama 2008 itu banyak urusan lain. Setelah selesai pembentukkan kerajaan dan menyusunan semula lajnahlajnah peringkat Badan Perhubungan PAS Negeri.

Sehingga sekarang ini persiapan kita untuk menghadapi pilihan raya sudah bersedia sepenuhnya meski pun terdapat teknikal lain yang belum beres. Tetapi secara keseluruhannya boleh dikatakan telah sempurna.

Cuma sekarang ini kita dalam proses rayuan kepada pengundi-pengundi PAS dan Pakatan Rakyat di luar kawasan pengundian iaitu di luar parlimen dan di luar negeri Kedah supaya mereka ini pulang mengundi apabila berlaku PRU13 kelak.

Perkara ini bukanlah perkara kecil kerana pada PRU12 lalu, terlalu ramai pengundi kawasan di negeri Kedah tidak pulang mengundi menyebabkan kita menang tipis di beberapa Dun seperti Bukit Lada, Ayer Hitam, Tanjong Dawai, Jeneri dan Pantai Merdeka.

Paling mengecewakan sebahagian besar pengundipengundi luar kawasan yang tidak pulang mengundi ini menyebabkan kita terpaksa menerima kekalahan di Belantik dan Kota Siputeh.

Jadi sekarang tumpuan kita untuk memastikan dalam pilihan raya akan datang pengundi-pengundi luar kawasan ini, walau di mana mereka ada, supaya mereka kembali menunaikan tanggung jawab.

Jika sekiranya ada sebarang masalah yang mereka hadapi untuk pulang mengundi atau mendapatkan maklumat tempat mereka sepatutnya turun mengundi, mereka boleh hubungi Pejabat Pilihan Raya Negeri atau Pejabat Pilihan Raya PAS Kawasan atau Pejabat Pilihan Raya Majlis Tindakan Dun yang berkenaan. Jadi itu persiapan kita.

Bagaimana situasi letak duduk PAS pada tahap ini? Masih memerlukan lonjakan atau bertahan?

Dalam pilihan raya lalu PAS memenangi 16 daripada 24 kerusi yang ditandingi, KeADILan menang lima kerusi dan DAP menang satu kerusi.

PRU akan datang, PAS tetap bertanding di 24 Dun. Sudah tentulah kita perlukan lonjakan supaya kerajaan Pakatan Rakyat akan datang ini menjadi kerajaan yang mantap, di mana sasaran kita adalah untuk melepasi 2/3 majoriti.

Di mana sasaran itu bukan sahaja kita PAS akan memenangi lebih dari 16 kerusi, tetapi KeADILan dan DAP pun sangat berharap kerusi yang ditandingi akan kita dapat menangi. Jadi, kita bukan sahaja hendak kekalkan kemenangan, tetapi perlu mengadakan lonjakan agar Kerajaan Pakatan Rakyat lebih kuat di negeri Kedah.

Adakah Senator selaku Pengarah telah memastikan tahap siap siaga jentera telah dilaksanakan hingga ke akar umbi?

Ini perkara lumrah di Kedah mahupun negeri lain, akar umbi akan agresif apabila diketahui parlimen dibubarkan. Pun begitu Alhamdulillah, peringkat di Kedah ketika ini kita telah berjaya memberikan kesedaran dan peringkat akar umbi telah pun menggerakkan kerja-kerja. Kita telah memberi peringatan kepada mereka bahawa biarpun kita adalah pemerintah, tetapi yang bertanding itu bukan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah sebaliknya adalah parti iaitu PAS, KeADILan dan DAP.

Maka, untuk menyertai pilihan raya, untuk melaksana tugas pilihan raya, untuk melakukan gerak kerja pilihan raya, untuk memenuhi tuntutan pilihan raya, adalah jentera parti. Jentera kerajaan yang ada sekarang tidak terlibat langsung. Ini telah dapat kita sedarkan dan alhamdulillah kita di Kedah ini misalnya peralatan pilihan raya kita kenakan bayaran kepada semua peringkat peti undi kita.

Mereka perlu membayar dan setakat ini kita telah terima lebih dari separuh jumlah yang kita perlukan. Ini menunjukkan komitmen mereka dan kita diperingkat akhir menyediakan semua peralatan ini. Insya- Allah, ketika ini petugaspetugas pilihan raya kita telah memahami mereka perlu menyediakan segala keperluan untuk menghadapi pilihan raya sejak dari pada masa sekarang.

Pun begitu, lumrahnya biar macam mana pun persiapan kita, akan ada perkara-perkara yang perlu dilakukan saat akhir. Ini sama macam kita hendak kendurilah, siap macam mana pun, akan ada perkara yang hanya dapat dipenuhi di saat akhir. Ini pun kita sudah ada plan tindakan menyelesaikannya.

Mengapa rakyat perlu terus memberi mandat kepada Pakatan Rakyat untuk mengekalkan pemerintahan akan datang?

Panjang jika nak hurai perkara ini. Macam dilaporkan dalam Warta Darul Aman serta bahan-bahan penerangan lain menunjukkan bahawa program, agenda dan usaha kerajaan ini masih memerlukan penggal seterusnya untuk rakyat dapat menilai prestasi Kerajaan Pakatan Rakyat yang didokongi oleh PAS sama ada projek pertanian, pendidikan, perusahaan dan sebagainya.

Ambil contoh Kolej Universiti Insaniah di mana pembinaannya telah lebih 50 peratus siap dan dijangka siap sepenuhnya pada akhir tahun 2012. Sesi pengajian dengan 44 kursus pula akan dimulakan pada pertengahan tahun 2013.

Jika Pakatan Rakyat gagal mempertahankan kerajaan, maka kita tidak tahu bagaimana nasib sistem pendidikan yang kita sedang atur ini.

Begitu juga perkara-perkara lain. Jadi kita perlu memenangi pilihan raya nanti untuk menjadi faktor yang rakyat boleh lihat akan wawasan kepimpinan Pakatan Rakyat mengenai mustahaknya perkaraperkara ini terus dilangsungkan dengan memberi mandat seterusnya kepada Pakatan Rakyat. Termasuk juga projek Sungai Limau Hydro Carbon Hub (SULIHH), projekprojek perladangan dan sebagainya, semuanya akan memberi pendapatan besar untuk agihan kepada kepentingan rakyat, tetapi hasilnya hanya akan diperolehi selepas tempoh penggal pemerintahan ini.

Apakah faktor-faktor yang membolehkan PAS terus kekal pada penggal seterusnya?

Kita yakin rakyat sudah melihat, walaupun masa yang singkat, belum pun sampai empat tahun, rakyat sudah melihat Pakatan Rakyat yang diterajui oleh PAS ini mempunyai perbezaan yang amat jauh berbanding kerajaan terdahulu. Contoh paling ketara Bajet Negeri selama dua tahun berturut-turut yang pada awalnya defisit tetapi pada akhirnya menjadi surplus (lebihan) maknanya pendapatan melebihi dari jangkaan dan pendapatan ini dapat menghilangkan defisit.

Ini sepertimana dalam Laporan Ketua Audit Negara betapa cekapnya pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat ini dibantu kuat para Pegawai Tadbir Negeri Kedah hinggakan membawa kepada kejayaan ini. Sedangkan Kerajaan Pusat, sudah 14 tahun membentangkan bajet defisit dan tidak pernah berlaku surplus.

Begitu juga peningkatan hasil bumi terutamanya balak yang begitu jauh perbandingannya dengan pendapatan kerajaan terdahulu. Ini menunjukkan ketelusan dan sifar rasuah berbanding dahulu, ini rakyat sedar. Kerana itu di awal pemerintahan dahulu, Menteri Besar berani mengumumkan penurunan cukai tanah, rakyat sedar dan faham kerajaan kekurangan pendapatan RM50 juta setahun.

Tetapi dengan penjimatan tadi, ketelusan, dapat menambah pendapatan dan mengurang perbelanjaan, akhirnya pendapatan itu kembali menampung kekurangan akibat penurunan tersebut. Begitu juga Skim Kafalah yang kita perkenalkan telah ditambah lagi jumlahnya.

Ini semua hasil pertambahan pendapatan kerajaan negeri kerana ketelusan pentadbirannya dan kekurangan perbelanjaan kerana penjimatannya.

Faktor-faktor ini akan menyedarkan rakyat bahawa pemimpin yang ada ini tidak meletakkan kepentingan peribadi untuk mendapat keuntungan kepada diri mahupun keluarga. Sebaliknya, semua keuntungan ini menjadi hasil yang dikembalikan kepada rakyat sama ada berbentuk penurunan cukai tanah, berbentuk kafalah, berbentuk bantuan pendidikan dan pelbagai lagi.

Sejauh mana perkembangan politik semasa dalam negara dan dunia membantu sasaran kepada kemenangan?

Perkembangan ini terlalu banyak, terbaru kalau tidak silap saya ada buku ditulis Pak Habib Syed Hussein Al- Attas yang mendedahkan terlalu banyak penyelewengan Kerajaan Pusat dari kepimpinan tertinggi dan kepimpinan lain. Saya belum membaca buku ini tetapi telah diberikan maklumat mengenainya.

Sekarang ini rakyat mendapat maklumat bukan sahaja dari TV1, TV2, TV3 atau TV9 atau Astro, tetapi rakyat dapat maklumat dari pelbagai bentuk yang rakyat dapat menilai.

Jadi perkembangan politik ini terutama golongan muda mereka tidak menyokong BN. Ini akan membantu lagi lonjakan buat PAS dan Pakatan Rakyat di negeri Kedah dan mengekalkan kemenangan untuk penggal seterusnya.

Laporan Ketua Audit Negara 2010: TAHNIAH KERAJAAN NEGERI KEDAH
Dikirim pada Sunday, October 30 @ 21:55:52 MYT oleh al_madd
2

Padang Terap - Ahli Parlimen Padang terap, YB Nasir Zakaria memuji kerajaan negeri Kedah berhubung Laporan Ketua Audit Negara bagi penyata kewangan Kerajaan Negeri Kedah untuk tahun 2010.

"Berdepan dengan pelbagai cabaran dan rintangan; pengalaman pentadbiran, kewangan, penyaluran peruntukan kerajaan pusat yang tidak melalui negeri, Kerajaan Negeri Kedah pimpinan YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak terus melangkah gagah," ujar Nasir.

Berikut adalah catatan cemerlang negeri Kedah hasil penelitian yang dibuat oleh Ahli Parlimen Padang Terap itu seperti yang terkandung dalam laporan Ketua Audit Negara:

PERTAMA: Kerajaan Negeri Kedah telah mengalami peningkatan hasil sejumlah 23.9 peratus atau RM87.94 juta pada tahun 2010 berbanding peningkatan perbelanjaan mengurus RM2.55 juta atau RM 0.6 peratus. Hasil kerajaan negeri pada tahun 2010 berjumlah RM456.21 juta berbanding 2009 sebanyak RM368.27 juta. Pencapaian ini adalah yang terbaik di dalam masa 5 tahun!!

KEDUA: Kerajaan Negeri Kedah telah mencatatkan surplus atau lebihan pada tahun 2010 berjumlah RM22.50 juta!! Peningkatan ini sangat ketara dan sangat membanggakan. Ia adalah defisit tertinggi dalam masa 5 tahun dan merupakan surplus kali kedua dalam tempoh tersebut. Berbanding dengan defisit tahun 2009 yang berjumlah RM62.89 juta, ia menjadikan peningkatan sejumlah RM85.39 juta iaitu sebanyak 135.8 peratus!! 

KETIGA: Ketua Audit Negara juga telah memperakui pengurusan kewangan di Jabatan/Agensi Negeri telah bertambah baik berbanding 2009. Pihak Jabatan Audit Negara telah melaksanakan pengauditan pengurusan kewangan berdasarkan Indeks Akauntabiliti di 17 Jabatan/Agensi Negeri. Tahniah kepada para pegawai.

KEEMPAT: Laporan ini telah memperakui peningkatan penerimaan hasil Cukai Tanah sebanyak RM18.69 juta iaitu peningkatan sebanyak 21.9 peratus. Kerajaan negeri telah berjaya mengutip RM104.06 juta berbanding 2009 hanya RM85.37 juta. Walaupun dasar kerajaan Pakatan Rakyat Kedah yang menurunkan cukai sebanyak 25 hingga 75 peratus di awal usia pemerintahan, namun bagi DPPNK telah berlaku kecekapan di dalam kutipan hasil tanah walaupun berlaku penurunan selama dua tahun berturut-turut. Kutipan ini adalah yang kedua tertinggi di dalam tempoh 5 tahun!!

KELIMA: Peningkatan ketara iaitu 125.2 peratus atau RM19.71 juta juga berlaku dalam pungutan tunggakan cukai tanah. Hasil kutipan berjumlah RM35.45 juta berbanding tahun sebelumnya iaitu hanya RM15.74 juta. Kutipan ini adalah tertinggi dalam masa 5 tahun!!

KEENAM: Sekali lagi premium hutan berjaya ditingkatkan oleh Kerajaan Negeri Kedah. Peningkatan sejumlah 46.9 peratus atau RM15.49 juta. Berbanding tahun 2009 sebanyak RM33.05 juta, kerajaan berjaya memungut RM48.54 juta!! Jumlah ini adalah yang tertinggi dalam masa 5 tahun!! Sebagai catatan juga peningkatan jika dibandingkan dengan tahun 2007, hampir 400 peratus !!!

KETUJUH: Kerajaan juga berjaya membuat kutipan premium tanah tertinggi dalam masa 5 tahun terakhir!! Berbanding tahun 2009 iaitu sebanyak RM 26.63 juta, sebanyak RM58.12 juta atau peningkatan sebanyak 118.3 peratus!!




No comments: