Oleh kedahlanie SIMPANG EMPAT - Pas Perlis mencabar Pengerusi Sekretariat Ulama Muda Umno Malaysia, Fathul Bahri Mat Jahaya membantah perobohan bangunan Madrasah Al-Islahiyah, Behor Mali di sini oleh Kerajaan Negeri sekiranya ulama muda itu benar-benar ikhlas dalam menegakkan agama. Timbalan Pesuruhjaya II Pas Perlis, Rus'sele Eizan berkata, Fathul Bahri tidak seharusnya memilih bulu dalam memperjuangkan hak Islam sebagaimana dilakukannya terhadap Madrasah Salihiah Kanchut, Alor Setar memandangkan kawasan bangunan Madrasah Al-Islahiyah yang dirobohkan minggu lalu oleh Kerajaan Negeri merupakan tapak tanah wakaf.
Menurutnya, tindakan Fathul Bahri menyertai program Munajat Perdana Selamatkan Madrasah Salihiah tempoh hari atas alasan mahu membantu menegakkan jihad Islam, menyerlahkan sikap hipokritnya yang dilihat sekadar mahu mempertahankan politik Umno dan BN.
Kes Anwar 901: 2 Hakim Dlm Neraka, 1 Dlm Syurga Posted on Sunday, January 08 @ 08:17:01 PST Dilulus untuk paparan oleh saddiqsigaraga |
Oleh: ustaznik"
Nabi SAW mengingatkan: 'Hakim itu ada 3 kategori, 2 dalam neraka, 1 dalam syurga. Hakim yang masuk syurga tahu perkara dan hukum yang benar dan menjatuhkan hukum berdasarkan kebenaran tersebut. Hakim yang tahu hukuman sebenar, tetapi tidak menjatuhkan hukuman berdasarkan kebenaran tersebut, bahkan bertindak zalim ketika menjatuhkan hukuman, maka ia masuk neraka. Satu golongan lagi adalah hakim yang bodoh, tidak tahu perkara yang sebenar dan menjatuhkan hukuman berdasarkan kebodohannya itu. Maka ia juga masuk neraka'.
Saya mengingatkan hakim yang akan menjatuhkan hukuman ke atas DSAI pada 9 Jan 2012 dan lain-lain hakim/pendakwa/peguam dalam lain-lain kes dengan hadis di atas supaya tidak menjual prinsip keadilan dan ketelusan dengan habuan duniawi yang sedikit.
Tidak padan azab neraka yang membakar disebabkan dosa besar dengan habuan dunia yang diperolehi hasil dari hukuman yang dijatuhkan secara zalim (yang telah disiapkan skripnya terlebih dahulu-jika benar demikian dalam kes DSAI).
Nabi SAW bersabda, maksudnya: 'Sesiapa yang dilantik sebagai hakim dalam masyarakat, ia (ibarat) disembelih tanpa pisau' (riwayat Tirmizi).
Nabi SAW sangat berhati-hati dalam melantik seseorang (kepimpinan/hakim atau lain-lain jawatan penting). Sabdanya yang bermaksud: 'Demi Allah, sesungguhnya kami tidak akan memberikan jawatan ini kepada orang yang memintanya, atau kepada orang yang berkepentingan'.
Di zaman pemerintahan Bani Abbasiyyah, ketika itu rajanya Abu Ja'far Al Mansur. Ia memerlukan seorang hakim, lalu ia memanggil tiga orang ulama besar ketika itu ke istananya. Ketiga-tiga ulama tersebut adalah Imam Malik, Imam Ibnu Abi Zib, dan Imam Abu Hanifah. Kesemuanya ditawarkan menjadi hakim. Mereka menolak dan memberikan alasan masing-masing.
Imam Malik menyebut: 'Saya tidak sanggup memikul tugas itu kerana saya pernah dihukum dengan didera oleh wakil raja di Madinah'. Imam Ibnu Abi Zib mengatakan: 'Saya keturunan Quraisy, orang yang sama pangkat dan kedudukannya dengan raja yang sedang berkuasa. Justru, saya tidak patut dilantik menjadi hakim, sebab dibimbangi akan menjadi sekutu kepada raja'.
Demikian juga Imam Abu Hanifah: 'Saya tidak patut menjadi hakim, kerana saya orang bawah, bukan keturunan bangsawan. Orang yang menjadi hakim itu sebaiknya orang yang kuat, mungkin dari keturunan bangsawan kerana ia dipandang elok oleh kaumnya'.
Hakim-hakim Melayu muslim dan lainnya boleh juga membaca tentang Syuraih yang menjatuhkan hukuman dalam kes Saidina Ali dengan Yahudi.
Belajarlah untuk berlaku adil dan telus. Takutlah kepada ALLAH mengatasi takut kepada makhluk yang membinasakan diri kemudiannya.
Satu Cawangan Satu Usrah
Nizam tarbiah Parti Islam Semalaysia Pas banyak. Antaranya ialah usrah, tamrin, daurah tadribiah, jaulah, rehlah, mukhayyam, qiamullail, majlis ilmu, ziarah, riadhah. Usrah pula menjadi tonggak kepada program tarbiah. Pengabaian kepada usrah bermakna ia akan membawa kecacatan kepada Pas di masa akan datang. Kerana tanpa usrah maka gerakan akan menjadi jumud dan tidak dapat melahirkan pekerja dan tenaga pelapis. Tanpa usrah yang betul maka tidak akan dapat mencapai matlamat yang perlu ada pada mana-mana gerakan. Segala keputusan akan dapat dilaksanakan dengan baik apabila konsep usrah dipraktikkan dalam gerak kerja jamaah.
Perlu difahami bahawa usrah juga bukan majlis ilmu semata-mata tetapi ia satu majlis untuk meningkatkan komitmen kepada Islam dan memperjuangkan Islam di atas muka bumi ini. Usrah juga merupakan majlis untuk membincang masalah organisasi dalam jamaah. Kesilapan memahami fungsi usrah menyebabkan perjalanan usrah menjadi lesu dan tidak bermaya dan tidak memberi apa-apa kesan pada peribadi dan juga pergerakan jamaah.
Usrah bermakna keluarga. Rapatnya hubungan antara anggota usrah menyebabkan kadang-kadang lebih akrab daripada hubungan saudara sekeluarga.
Manakala istilah yang disebut oleh ulamak gerakan ialah kumpulan individu Muslim yang beriman kepada Allah yang berusaha untuk membina fikrah Islam dalam diri dan membina peribadi Muslim, berusaha untuk tolong menolong sesama mereka untuk memahami ajaran Islam dan melaksanakan amanah yang dipikulkan kepada mereka di atas muka bumi ini untuk mengajak manusia mengabdikan diri kepada Allah dan menjauhkan pengabdian kepada manusia dan taghut.
Kesimpulannaya usrah adalah proses untuk mengikat hubungan yang lebih mantap di kalangan ahli jamaah untuk melakukan kerja Islam yang mencabar. Tegur menegur antara sesama ahli dan nasihat menasihat adalah asas kekuatan jamaah. Kemanisan berjamaah akan terasa apabila pelaksanaannya menepati dengan kehendak usrah.
Ketika Pas memulakan kepimpinan ulamak 1982 maka gerakan usrah tumbuh seperti cendawan. Boleh dikatakan setiap ahli Pas mengenali usrah, sehingga melahirkan individu yang berkualiti walaupun bilangan mereka sedikit. Boleh dikatakan setiap cawangan ada markaz, hasil daripada suntikan usrah sehingga melahirkan pengorbanan yang tinggi. Malahan antara sebab yang menjadi penyebab kepada desakan supaya Pas membawa gagasan kepimpinan ulamak ialah apabila order lama yang tidak berapa selesa dengan istilah usrah. Mereka hanya hendak menjadikan Pas sebagai sebuah parti politik semata-mata, sedangkan mereka lupa Pas sebagai gerakan Islam dan gerakan politik. Ketika itu muncul tokoh-tokoh tarbiah di dalam Pas seperti Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, Almarhum Ustaz Fadhil Mohd Nor, Ustaz Yahya Osman, Almarhum Ustaz Hasan Shukri. Tokoh-tokoh ini cuba meletakkan Pas sebagai landasan yang betul supaya ada perbezaan dengan lawannya Umno pada ketika itu. Sebelumnya tidak banyak beza dari segi shakhsiah dan pakaian ahli Pas dengan ahli Umno, Cuma yang berbeza ialah ideologi poitik ketika menjelang pilihanraya umum. Waktu itu muslimat yang berjubah dan bertudung labuh di merata tempat. Lelaki pula yang berjubah dan berserban.
Pengalaman saya turun mengadakan muzakarah tarbiah di peringkat negeri-negeri yang melibatkan peserta daripada semua Lajnah Tarbiah kawasan-kawasan amat menduka citakan. Umumnya apabila ditanya kepada kawasan-kawasan, hanya 30 peratus sahaja usrah di cawangan-cawangan berjalan.
Jika trend ini berlaku ia tidak baik kepada masa depan Pas, terutama dari sudut perkaderan, pembinaan syaksiah ahli dan gerak kerja jamaah terutama persiapan menghadapi pilihanraya.
Usrah di peringkat cawangan amat perlu dilaksanakan, kerana kekuatan Pas terletak di cawangan-cawangan. Jika usrah berjalan dengan baik, tidak timbul soal penculaan di setiap lokaliti tidak berjalan. Malahan daftar pemilih juga tidak menjadi kalut, kerana setiap minggu perkara ini akan diperingatkan oleh naqib di dalam setiap kali pertemuan kepada semua ahli keluarga yang belum lagi mendaftar. Ertinya banyak perkara di dalam organisasi dapat diselesaikan.
Selalu persoalan yang ditimbulkan oleh cawangan-cawangan, mereka tidak ada naqib. Maka dengan sebab itu usrah tidak berjalan. Jawapan saya kepada mereka jangan menjadi alasan untuk tidak membuat usrah. Perkara yang penting ialah pertemuan mingguan. Mereka boleh melaksanakan sendiri, dengan membaca Yasin, solat hajat dan isi dengan tazkirah tulisan pimpinan Pas seperti tulisan Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Ustaz Harun Taib dan buku keluaran Lajnah Tarbiah Pas Pusat. Cukup sekadar membaca di dalam dua muka surat tanpa huraian (kalau mampu lebih baik) kemudian boleh berbincang dengan ahli mengenai organisasi, kebajikan ahli dan sebagainya. Apa yang penting ialah pertemuan supaya ukhwah terjalin dengan kukuh.
Jamil Khir Kena Jawab Persoalan Pokok
Jamil Khir Kena Jawab Persoalan Pokok
Idris Ahmad
1/1/12
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom perlu menjawab persoalan yang dibangkit oleh Ketua Audit Negara, bahawa
beliau, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain kerana menggunakan wang zakat sebanyak RM63,650 kes saman qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim
Rakyat sedang menunggu penjelasan, asnaf mana yang membolehkan beliau meminjam wang zakat? Apakah kedudukan beliau sebagai Gharimin (orang yang berhutang)? Faqir miskinkah? Fisabilillahkah?,Muallafkah? Penjelasan yang beliau berikan semalam tidak menjawab persoalan yang berbangkit.
Beliau kena menjelaskan kepada rakyat supaya institusi agama yang memungut wang ini tidak di pandang serong oleh masyarakat. Kita tidak mahu kerana nila setitik , rosak susu sebelanga.
Beliau tidak perlu mengalih isu kepada tuduhan beliau ubah suai rumah. Tidak mengapa kalau beliau rasa perlu dan itu wangnya. Maklumlah seorang Menteri, mesti tunjuk rumah yang hebat setaraf dengan seorang bergelar Menteri.
BN Menyesal Rakyat Selangor Masih Bersama PR
BN Menyesal Rakyat Selangor Masih Bersama PR
Idris hj Ahmad
30/12/11
Kenyataan Datuk Seri Zahid Hamidi yang mengatakan rakyat Selangor menyesal kerana menolak BN di dalam pilihanraya yang lalu merupakan kenyataan yang tidak berasas sama sekali. Ia bertentangan dengan kegembiraan oleh rakyat Selangor menikmati berbagai kemudahan. Kenapa pula rakyat Selangor hendak menyesal kerana menolak BN ? Mereka tidak pernah mimpi memperolehi air percuma, skim kifalah RM2500′, guru Kafa mendapat elaun RM1500, Tabung Wawasan Anak Selangor (TAWAS) RM100.00, skim mikro kredit miskin bandar sebanyak RM5000 bagi mereka yang berpendapatan RM1500 sebulan, berjaya melunaskan hutang RM 173 juta daripada RM800 juta.
Sebenarnya yang paling menyesal apabila rakyat Selangor menolak BN di Selangor ialah pemimpin Umno. Impian mereka hendak membolot khazanah di Selangor tidak kesampaian. Hajat untuk membina rumah mewah yang berhaga berpuluh juta terpendam, hajat mereka untuk menutup kelas pengajian di masjid dan surau tidak berjaya.
Perkara yang paling menyakitkan hati pemimpin BN ialah "khurafat"yang mengatakan selain daripada Umno memerintah maka sebuah negeri tidak maju telah tertolak dengan kejayaan PR menunjukkan prestasi cemerlang walaupun dalam masa yang singkat.
Rakyat Selangor tidaklah sebodoh itu untuk menukar kerajaan yang sudah memberi keselesaan kepada kerajaan BN yang kembali menindas rakyat demi kepentingan perut kroni dan anak pinak jika mereka berkuasa.
ruu perhimpunan aman – demokrasi melayu terpinggir
November 26, 2011 in Uncategorized | 3 comments
Salam Palestin,
Kerajaan BN yang hari ini boleh dikira sebagai kerajaan UMNO sahaja, sedang berusaha meluluskan rang undang-undang Perhimpunan Aman yang dianggap oleh pihak pemerintah sebagai satu perubahan dan pembaikan dalam sistem demokrasi negara sebagaimana yang dijanjikan oleh mereka sebelum ini menjelang pilihan raya umum akan datang.
Ia bertujuan membenarkan komitmen kerajaan UMNO yang semakin lemah di hadapan kemaraan rakyat yang semakin menghayati hak mereka untuk lebih bebas sebelum ini, untuk melakukan pemulihan terhadap sistem demokrasi negara yang dianggap paling lemah di rantau ini. Ia juga tanpa sembunyi lagi diharap menjadi umpan yang lumayan untuk memperolehi semula sokongan rakyat terhadap mereka dalam pilihan raya umum akan datang yang tarikhnya masih kekal terkurung dalam jeriji demokrasi purba ala UMNO itu.
Malangnya, sebaik dibacakan di parlimen dan dibentangkan, rang undang-undang tersebut terus dikecam hebat oleh pihak pembangkang yang menjadi penuntut utama demokrasi negara yang lebih bebas dan telus. Malah, lebih menarik untuk diperhatikan, terbaru pihak pembangkang telah menempelak pihak kerajaan memerintah dengan menganggap RUU Perhimpunan Aman itu jauh di belakang undang-undang yang sama yang diluluskan oleh kerajaan tentera Myanmar yang masih mencari-cari rentak baru memulihkan demokrasi negara mereka yang telah lama hilang.
Walaupun Perdana Menteri cuba menafikan kecaman pembangkang dan bertegas bahawa ia adalah satu penambahbaikan dengan mempromosikan hak berhimpun secara aman tanpa permit polis dan hanya mengenakan hukuman denda tanpa penjara jika disabit kesalahan, ia tetap ditolak kerana syarat-syarat lain yang ketat dan sememangnya bermaksud menghalang perhimpunan rakyat daripada menjadi satu kebebasan yang diimpikan.
Antara yang jelas ialah keperluan notis 30 hari yang langsung dilihat tidak perlu selain cuba memayahkan dan seperti memberi masa kepada pemerintah untuk bertindak mengurangkan impak dan tekanan perhimpunan tersebut ke atas mereka. Dalam dunia moden yang begitu cepat dan sempurna maklumatnya, tempoh 3 hari sebenarnya sudah cukup kerana kedua-dua pihak -pemprotes dan pihak yang diprotes- boleh melakukan persiapan sewajarnya menghadapi perhimpunan tersebut. Ia hanyalah perhimpunan aman, bukan cerita rusuhan dan revolusi rakyat.
Antaranya juga adalah denda yang mencecah puluhan ribu ringgit dan larangan untuk penyertaan kanak-kanak dalam perhimpunan. Ia seperti mencabut hak mereka sebagai rakyat yang berhak untuk turut bersuara jika hak mereka dicabuli. Adakah hak manusia bermula daripada usia dewasa dan akil baligh? Dengan erti, jika sekolah mereka diroboh tanpa alasan yang benar, mereka tiada hak membantah dan mesti menerima hakikat bahawa mereka hanyalah hamba yang belum diberi kunci kebebasan?
Paling menarik untuk diketengahkan, RUU Perhimpunan Aman tersebut menutup terus pintu untuk perarakan aman di jalan-jalan raya. Ertinya dalam konteks semasa, tiada lagi perhimpunan BERSIH 3 dan seterusnya. Pihak pembangkang selepas ini jika mahu berhimpun secara besar-besaran, tiada lagi peluang untuk memasuki Kuala Lumpur kerana ia dipenuhi 'buffer zone' 50 meter di serata tempat. Dua perhimpunan BERSIH sebelum ini, telah dianggap begitu bersejarah di dalam mempromosikan hak rakyat untuk bebas, hak parti pembangkang untuk melalui pilihanraya yang adil dan telus, selain mendedahkan kerajaan BN sebagai kerajaan yang pincang, bebal, lemah dan ketinggalan di dalam menghidupkan demokrasi dan kebebasan untuk rakyat.
PAS sebagai sebuah parti Islam dan komponen penting di dalam Pakatan Rakyat seawalnya membantah RUU baru ini yang dilihat tidak lebih sekadar menukar pakaian lama yang buruk dengan pakaian baru yang lebih cantik dan mampu menutup kerosakan sebenar yang menimpakan sistem demokrasi purba negara yang cuba dipertahankan oleh kerajaan BN demi menyelamatkan mereka daripada kalah dan dijatuhkan oleh rakyat yang mara dengan impian baru bagi mewujudkan kerajaan baru yang lebih adil dan saksama.
PAS mempertegaskan hak rakyat untuk bebas menentukan masa depan mereka tanpa dipaksa oleh pemerintah dengan ugutan dan ketakutan. Islam dan negara Islam mempertegaskan bahawa kekuasaan adalah milik rakyat dan mereka mesti diberi segala hak dan kebebasan untuk menentukan hala tuju negara. Tanpa kebebasan, segala hak kemanusian anugerah Allah yang mencipta manusia akan terbantut dan hilang. Justeru seruan kepada kebebasan hakikatnya adalah seruan kepada keadilan Islam dan inti penting sebuah negara Islam.
Penentangan PAS terhadap RUU baru ini dan segala undang-undang yang tidak adil dan mengongkong rakyat adalah satu komitmen yang jelas untuk membawa negara kepada cara hidup baru yang lebih adil dan terbuka untuk seluruh rakyat. Ia juga menolak dakwaan PAS sebagai parti yang bersifat asabiah dan perkauman Melayu yang sempit, bahkan PAS semakin berjaya menghapuskan mitos kelayakan UMNO untuk terus memimpin bangsa Melayu.
Hari ini dan akan datang sedang menyaksikan orang-orang Melayu semakin bersatu untuk menolak UMNO ke tepi. Kerajaan UMNO hari ini hakikatnya adalah sebuah kerajaan Melayu terpinggir dan keseorangan. UMNO telah tua dan ajalnya tidak perlu dihitung lagi. Jika anda masih ada rasa belas, bercakaplah dengan mereka pasal taubat dan kubur. Untuk urusan dunia yang lebih gemilang, mari bersama rakyat yang berjiwa merdeka, muslim dan bukan muslim.
Anwar didakwa meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008 dan menghadapi hukuman penjara sehingga 20 tahun jika didapati bersalah.
Lebih ramai juga dijangka akan tiba sebelum keputusan perbicaraan liwat II yang membabitkan ketua pembangkang itu diumumkan hari ini.
9.01am: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan naib presidennya Datuk Mahfuz Omar aantara pemimpin PAS yang hadir.
8.30am: Anwar dan keluarganya tiba sambil diberi sambutan gemuruh dengan laungan "reformasi' bergema sekitar kawasan ini. Jumlah yang hadir semakin ramai dan sukar dianggarkan dengan tepat kerana mereka tidak berkumpul setempat.
Pemerhati antarabangsa dari Kesatuan Parlimen Antarabangsa atau Inter Parliamentary Union Mark Trowell juga hadir.
8.15am: Menteri Besar Perak yang disingkirkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin memberitahu hadirin bahawa mereka berkumpul dengan harapan hakim kes perbicaraan ini tidak dipengaruhi oleh kehendak pemimpin Umno.
Kawasan masjid bagaimanapun masih tenang dengan kumpulan penyokong Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat persediaan demo dengan memakai kemeja-t khas "anti seks bebas 901", sambil menunggu ketibaan para pembesar mereka.
Kumpulan ini dipercayai sedang menunggu pemimpin mereka.
7.40am: Belum ada tanda-tanda kumpulan Pekida atau PERKASA berada di Masjid Wilayah Persekutuan, tempat sepatutnya mereka berkumpul.
Katanya, Anwar dan beberapa pemimpin Pakatan yang lain akan menyampaikan ucapan ringkas sebelum masuk ke mahkamah pada jam 8.30 pagi.
7.19am: Dua buah kenderaan van polis mengambil tempat di ruang parkir Masjid Wilayah Persekutuan yang mulai dipenuhi kenderaan.
Orang ramai ketika ini kelihatan berpusu-pusu masuk ke kawasan berhimpun sambil mengucapkan salam kepada pegawai polis yang mengawal di hadapan pintu masuk.
Oleh 






0 saranan:
Post a Comment