Gangguan ini melibatkan berita bohong/fitnah/mengelirukan/niat jahat/provokasi yang dihebah oleh media perdana dengan agenda untuk mengelirukan ahli-ahli PAS di samping melaga-lagakan antara pimpinan parti.
Dalam suasana mencabar ini, semua ahli PAS diseru untuk memperkukuhkan perpaduan dan ukuhwah dalaman parti agar kita dapat menjauhi kerja yang tidak menguntungkan jamaah dan menumpukan seluruh masa, tenaga dan dana bagi menghadapi persiapan pilihanraya umum yang semakin hampir.
KEADILAN kemuka bukti salahguna zakat Jamil Khir
PETALING JAYA 11 Jan: KEADILAN tampil mengemukakan bukti dakwaan salahguna wang zakat oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), yang dinafikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharum.
Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, bukti pertama ialah set dokumen daripada MAIWP sendiri termasuk baucer bayaran bertarikh 29 April 2010 sebanyak RM32,150.00.
Manakala bukti kedua merupakan surat Ketua Audit Negara, Tan Sri Dato' Setia Ambrin Buang kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Negara, Datuk Seri Azmi Khalid yang mengesahkan RM63,650 wang zakat digunakan bagi membayar kos guaman MAIWP.
Jumlah itu, kata Nik Nazmi merangkumi bayaran pertama sebanyak RM31,500 pada 9 Februari 2010 dan RM32,150 yang tercatat di dalam baucer tersebut.
"Jamil Khir berkali-kali menegaskan bahawa MAIWP mempunyai peruntukan daripada kerajaan sebanyak RM700,000 bagi menampung pelbagai pembayaran termasuk kos guaman.
"Namun Laporan Ketua Audit menyebut bahawa MAIWP hanya memulangkan wang tersebut pada Disember 2010, kira-kira enam bulan selepas peruntukan tersebut disalurkan ke dalam MAIWP.
"Jamil langsung tidak menyebut tentang hal ini," kata beliau dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini.
Menurut Nik Nazmi, beliau juga ingin membetulkan laporan Utusan Malaysia, 4 Januari lalu yang memetik Bahagian Hal Ehwal Korporat Jabatan Audit Negara, bahawa isu salahguna zakat itu tidak dilaporkan di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010.
"KEADILAN tidak pernah mendakwa demikian, sebaliknya kami merujuk kepada surat Ketua Audit Negara kepada Jawatankuasa Kira-Kira Negara seperti tertera,"tegas beliau.
Katanya lagi, KEADILAN memandang serius isu penyalahgunaan institusi penting umat Islam itu dan beliau sendiri akan membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi, berkaitan isu itu, esok.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=25379
Menteri agama guna wang zakat bayar kos guaman
KUALA LUMPUR 23 Dis: Laporan Audit Negara mengesahkan RM63,650 telah dikeluarkan dari dana zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk mendahulukan bayaran khidmat guaman untuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Bahrom dan dua yang lain.
Kos guaman itu bersabit kes tuntutan qazaf ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menamakan Jamil; pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan ketua pendakwanya, Shamsuddin Hussain, sebagai responden.
Menurut laporan tersebut, Che Mat telah meluluskan bayaran interim berjumlah RM31,500 menggunakan peruntukan sumber am bagi perkhidmatan perundangan pada 28 Januari 2010, daripada peruntukan zakat terlebih dahulu kerana geran kerajaan belum diterima pada tarikh tersebut.
Menurutnya lagi, pada 29 April 2010, MAIWP membuat pembayaran baki kos guaman berjumlah RM32,150 juga menggunakan peruntukan sumber zakat terlebih dahulu,lapor Malaysiakini semalam.
Jumlah itu hanya dikembalikan selepas MAIWP menerima geran RM700,000 pada Jun 2010 daripada kerajaan untuk perbelanjaan lain selain daripada agihan zakat, seperti perkhidmatan perundangan, pentadbiran, elaun mesyuarat dan penyenggaraan kenderaan.
Laporan itu menyebut, MAIWP melantik firma guaman Zainul Rijal Talha dan Amir mewakili mereka atas pegangan jawatan mereka dalam MAIWP.
Laporan Audit Negara menjawab soalan yang dikemukakan kepada Jawatankuasa Kira-kira Negara (PAC) yang dipengerusikan Datuk Seri Azmi Khalid, oleh tiga ahli parlimen – Saifuddin Nasution Ismail (Machang), Datuk Kamaruddin Jaafar (Tumpat) dan Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai).
Jawapan Azmi yang melampirkan laporan Audit Negara itu bertarikh 14 Disember, dan disiarkan dalam blog Nurul Izzah.
Laporan itu menyebut bahawa peruntukan wang zakat yang didahulukan itu, telah dibayar balik sebelum penutupan akuan MAIWP tahun 2010 dan telah disahkan oleh pihak audit.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=24726
KEADILAN cabar Jamil Khir bersih nama guna wang zakat
KUALA LUMPUR 29 Dis : KEADILAN mencabar Menteri Agama, Jamil Khir untuk membersihkan nama kerana menggunakan duit zakat bagi membayar kos guaman peribadi.
"Jamil Khir sebagai Menteri bertanggungjawab ke atas hal ehwal agama Islam Malaysia segera tampil ke hadapan. Bukan menyorok di belakang pegawai kerajaan bagi menjawab isu ini," kata Pengarah Komunikasi, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Menurut Nik Nazmi, Jun 2011 lalu, Ketua Audit Negara mengesahkan Jamil menggunakan wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk membayar kos guaman pembatalan kes qazaf oleh Anwar.
Pada masa sama, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP Dr Muhammad Yamin Ismail bersekongkol apabila tidak menyebut 'pendahuluan RM63,650 daripada wang zakat yang digunakan Jamil.
Malah katanya Yamin Ismail menyalahkan Ketua Pembangkang dan pihak-pihak tertentu kononnya menyalahgunakan proses mahkamah terhadap penjawat awam.
Sementara itu, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Md Hashim Yahya menegaskan sebarang salahguna wang zakat selain daripada untuk asnaf yang lapan adalah salah dan dosa besar.
"Sekurang-kurangnya apabila isu ini mula-mula timbul, peguam Zainul Rijal Talha dan Amir terbuka dalam bertanya tentang pandangan Mufti Wilayah Persekutuan," kata ADUN Seri Setia itu.
Nik turut mempersoalkan mengapa wujud pilih kasih dalam kes amil zakat di Johor, Redzuan Mohd Said yang menyalahgunakan RM19,510 dan memulangkannya tetapi dipenjarakan empat tahun dan dihukum tiga kali sebatan tahun ini.
"Umat Islam yang menyumbang berbilion ringgit wang zakat setiap tahun di seluruh negara tidak mahu timbul sebarang keraguan terhadap pengurusan wang zakat,"ujarnya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=24865






0 saranan:
Post a Comment