PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Tuesday, January 10, 2012

Adam Adli digantung 3 semester, dibicarakan tanpa peguam

Adam Adli Digantung Tiga Semester, Keputusan Sudah Dijangka
Posted on Monday, January 09 @ 02:21:08 PST
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Berita GZDaily

Tanjong Malim, 9 Jan : Penantian seluruh mahasiswa dan rakyat Malaysia untuk mengetahui nasib seorang siswa UPSI, Adam Adli yang dibicarakan di UPSI petang ini akhirnya terjawab kira-kira 5 petang tadi. Setelah hampir 1 jam dibicarakan di hadapan sepuluh barisan tindakan tatatertib UPSI, penantian hampir 200 mahasiswa yang setia menunggu di luar pintu masuk UPSI terpaksa menelan pahit apabila mendengar keputusan kes berkenaan.



 

Barisan tindakan tatatertib UPSI yang diketuai Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPSI, Datuk Dr Junaidi Abu Bakar, termasuk Prof. Datuk Dr. Zainal Kling dan beberapa lagi wakil pengawal keselamatan serta pensyarah telah membuat keputusan untuk menggantung pengajian Adam selama tiga semester berkuat kuasa semester hadapan.

UPSI bertukar menjadi 'Ibu Pejabat Polis'

Sementara itu, tinjauan mendapati kira-kira tujuh buah trak dan 'Black Maria' telah ditempatkan sekitar UPSI dan hampir 200 anggota polis telah dikerahkan untuk mengawal keselamatan universiti.

Diberitakan juga, sejak tengah hari hari ini, berlaku kesesakan teruk di beberapa jalan utama UPSI dan pemeriksaan ketat juga dilakukan bagi mengelakkan insiden 1 Januari 2012 berulang pada tarikh 9 Januari 2012.

Situasi itu menyebabkan segelintir mahasiswa USPI yang sedang menghadapi musim peperiksaan terpaksa tiba lewat di dewan peperiksaan kerana menempuh perjalanan 'yang perit' sebelum tiba ke destinasi.

Antara yang hadir memberi sokongan termasuk Pengerusi BEBAS, Muhammad Safwan Anang dan wakil SMM.

Keputusan sudah dijangka

Dalam kenyataan berasingan, Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional, Mohd Taufiq Abdul dalam kenyataannya menjelaskan keputusan pergantungan yang terpaksa dihadapi Adam, 22, sudah dijangkakan.

"Setelah hari ini negara dan dunia dikejutkan dengan berita pembebasan Datuk Seri Anwar daripada pertuduhan liwat, saya sendiri sudah jangka pihak tertentu tidak akan memberi kemenangan 2-0 kepada rakyat.

"Jadi, mereka boleh bergembira kerana kedudukan hari ini 9 Januari 2012 adalah seri iaitu 1-1. Namun, kita tidak akan duduk diam dalam kes ini.

"Sudah jelas UPSI masih tidak bersedia untuk meminda atau mansuhkan AUKU dan walaupun pihak mereka menyatakan tiada campur tangan luar, saya ingin persoalkan tentang kelibat ratusan anggota polis di UPSI hari ini.

Wakil Solidariti Mahasiswa Malaysia, Shukri Kamaruddin pula menegaskan mahasiswa akan bertindak memfailkan kes pergantungan berkenaan di mahkamah tinggi kerana tidak berpuas hati dengan dua pertuduhan yang dikenakan.

Adam Adli ketika ini sedang menduduki peperiksaan akhir semester kelima dan masih berbaki satu semester untuk dihabiskan.

Manakala dua pertuduhan yang dikenakan adalah mencemarkan nama baik universiti dan mengancam keselamatan awam. – GZDaily

Adam Adli digantung 3 semester, dibicarakan tanpa peguam
Posted on Monday, January 09 @ 08:55:20 PST
Dilulus untuk paparan oleh saddiqsigaraga

Berita Oleh Syed Mu'az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 9 Jan — Aktivis mahasiswa Adam Adli Abd Halim telah digantung selama tiga semester atas tuduhan mencemarkan reputasi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) tanpa dibela peguam semasa dibicarakan.

Penuntut sarjana muda pendidikan berusia 22 tahun itu ditahan dan dihadapkan ke jawatankuasa tatatertib universiti berkenaan hari ini atas dakwaan terbabit dengan perhimpunan menuntut kebebasan akademik pada 17 Disember lalu.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider sebentar tadi, Adam Adli berkata beliau mula dibicarakan pada pukul 3.30 petang tadi.

"Ketika dibicarakan saya seorang diri berdepan dengan lapan orang panel...saya seorang diri tanpa pembelaan peguam.

"Saya tidak dibenarkan membawa peguam kerana ia adalah peruntukan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), satu pembelaan yang saya tidak layak dapat," katanya.

Adam Adli dibawa oleh rakan-rakannya ke mahkamah di Jalan Duta petang tadi.

Adam Adli mencetuskan kontroversi apabila bertindak kain rentang yang gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di ibu pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan menggantikannya bendera kebebasan mahasiswa.

Anak kelahiran Kepala Batas, Pulau Pinang ini berkata akan menghabiskan tempoh penggantungan dengan berkempen menuntut kebebasan akademik sehingga AUKU dimansuhkan.

"Saya akan pastikan tiada penindasan lagi," katanya menambah akan mengambil tindakan undang-undang untuk mencabar keputusan itu yang disifatkan berat sebelah.

themalaysianinsider

Kalah di medan pentempuran dengan golongan muda: Adam Adli 2 Umno 0
Posted on Monday, January 09 @ 08:49:46 PST
Dilulus untuk paparan oleh
saddiqsigaraga
Artikel Oleh Nawawi Mohamad, Wong Choon Mei

Kebanyakkan kerajaan di dunia ini akan memulakan tahun baru dengan percikan bunga api dan pertunjukan yang menarik untuk rakyat. Adalah sesuatu yang baik untuk membuatkan rakyat merasa bersatu, terhibur dan menyokong pemimpin mereka. Tetapi bagi Umno di Malaysia, lain pula kisahnya.

Dalam satu demonstrasi lewat malam melibatkan 100 orang pelajar di Tanjong Malim, polis telah mempamirkan sikpa sebenar mereka dengan memukul anak-anak muda ini untuk menyelamatkan PM Najib Razak daripada dimalukan. Walaubagaimanapun, kekerasan ini telah memberikan efek buruk kepada Najib dan UMNO. Rakyat Malaysia, terutamanya golongan muda mahu penjelasan mengapa salah seorang daripada pelajar demonstrasi tersebut telah dipukul oleh 8 orang polis termasuk pegawai cawangan khas sebelum dibawa ke Hospital Slim River oleh rakan-rakannya. Safwan telah menjadi koma dan patah tulang pipi sebelum beliau kembali sedar.

Kekerasan yang tidak bersebab oleh pihak polis terhadap pelajar-pelajar ini telah mencipta suatu keresahan dikalangan golongan elit UMNO dan juga Najib memandangkan mereka semakin jelas kehilangan kuasa ke atas kerajaan persekutuan. Semakin buruk keadaan, semakin teruk Umno-BN.

Serangan koma dan insiden bendera minggu lepas

Pelajar-pelajar ini telah berkumpul dihadapan Universiti Perguruan Sultan Idris dan memprotes terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti AUKU 1971 dan menggesa agar UPSI menggugurkan tindakan tatatertib terhadap pemimpin pelajar Adam Adli yang telah mendapat status ikon berikutan insiden menurunkan bendera wajah Najib.

Pada Sabtu lepas, 17 Disember selepas menyerahkan memorandum kepada SUHAKAM menuntut kebebasan akademik dan pemansuhan AUKU, sekumpulan pelajar yang memanggil diri merekaa Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) telah berkumpul di PWTC, ibu pejabat UMNO.

Mereka mahu menyerahkan memorandum kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Saifuddin Abdullah dan dalam semangat itulah Adam Adli telah menimbulkan kemarahan pihak berkuasa. Pelajar berusia 22 tahun dari UPSI Tanjung Malin ini telah menurunkan bendera yang mempamerkan wajah Najib dan menggantikannya dengan bendera yang tertulis SMM Kebebasan Akademik.

Bolehlah dikatakan tindakan Adam Adli itu telah membuatkan pentadbiran Najib mendapat serangan jantung atau sesuatu yang lebih kurang sama dengan itu.

Tiada sandiwara, tiada penipuan

SMM membantah keputusan kerajaan untuk meminda AUKU kerana menurut mereka ia Cuma satu sandiwara politik, sama dengan Pelan Transformasi Politik, Program Transformasi Ekonomi dan Program Transformasi Kerajaan yang telah diutarakan Najib tetapi tiada kesan dan kemajuan. Akhirnya, hasil konkrit pentadbiran beliau yang berusia 2 tahun setengah itu telah hanya membuahkan undang-undang yang menekan dan menghalang seperti Akta Perhimpunan Aman.

Tindakan protes Adam tidak mengambil masa lebih 5 minit dan bendera Najib itu kemudiaanya dinaikkan semula setelah pelajar tamat menunjukkan batahan sivil mereka.

SMM juga menegaskan bahawa bukan Adam Adli seorang yang telah menurunkan bendera dan menukar bendera tetapi kesemua 400 mereka. Adam Adli cuma bertegas bahawa beliau memegang bendera wajah Najib itu di tangan beliau selama bendera mereka dinaikkan kerana rasa hormat- jika bukan kepada lelaki itu, rasa hormat pada institusi tersebut.

Sungguhpun begitu, tindakan Adam Adli yang berani telah menegaskan suatu kenyataan yang sudah lama sepatutnya disuarakan betapa lemahnya Najib sebagai seorang pemimpin. Walau dengan cara yang ironik, ia telah menunjukkan betapa menyedihkan status pelajar universiti kita yang selama ini dihalang daripada menyertai pentas politik negara dan penciptaan polisi. Tidak langsung sesuai untuk status pelajar yang berada di institusi pengajian tertinggi negara.

Tindak balas, kritikan dan ugutan

Walaupun telah acap kali di kritik dan menjadi tumpuan media, Adam Adli tetap teguh dengan pendirian beliau. Antara yang pertama memberi reaksi terhadap Adam adalah Persatuan Pemimpin Alumni Mahasiswa Aspirasi Malaysia –Aspirasi yang mengecam tindakan SMM dan juga telah menghantar sebuah memorandum kepada Saifuddin melalui setiausaha sulit beliau Mohd Nazri Noh.

Aspirasi meminta agar Saifuddin bertanggungjawab sepenuhnya atas insiden 17 Disember yang menyaksikan pertukaran bendera yang dianggap memalukan PM Najib Razak dan Aspirasi juga mendesak agar Saifuddin meletak jawatan sekiranya tuntutan mereka tidak dipenuhi.

Bagaimanapun, timbalan menteri itu telah sangat bertolak ansur dengan permintaan SMM dan sangat liberal dalam pandangan peribadi beliau mengenai isu tersebut walaupun bukan dari sudut pendirian kerajaan. Walaubagaimanapun, beliau hanyalah seorang timbalan menteri dan apa jua pandangan beliau sebenarnya tidak berapa penting. Kuasa masih ditangan Menteri Pengajian Tinggi, kabinet dan paling penting, Najib yang sememangnya diketahui umum dan SMM mengenai sikap beliau yang pembohong itu. Walaupun dalam saat-saat genting seperti ini, Najib kehilatan berminta untuk menyelamatkan imej beliau sahaja. Sememangnya sikap Najib ini sudah diketahui umum dan begitu juga integriti beliau yang semakin berkurang itu.

Demonstrasi balas yang dibuat oleh pihak Aspirasi dilakukan di luar bangunan Kementerian Pengajian Tinggi di Putrajaya juga di sokong oleh penyokong UMNO dari Tanjong Malim, yang juga berdemonstrasi di luar kampus UPSI beberapa hari selepas itu. Akan tetapi, demonstrasi itu hanyalah menjadi kekecohan kecil beberapa orang yang menyertainya tanpa penyertaan pelajar UPSI. Terdapat juga beberapa demonstrasi yang dilakukan secara spontan menyokong Adam Adli yang telah mendapat status wira kerana pendirian teguh beliau. Walaupun banyak pihak termasuk polis yang cuba menakut-nakutkan beliau, semakin banyak sokongan yang beliau perolehi dari masyarakat.

Revenge by 'spitting'

Balas dendam dengan meludah


In the UMNO corner of the ring, a group of men produced an infamous video defending Najib. To show their earnestness, they shouted vulgarities, threatening to spit on Adam Adli and to slap him for being "kurang ajar" or bad-mannered. This group of 'actors' who must have been paid were more likely to be members of Perkasa, the notorious racist Malay group which supports and encourages UMNO even including the UMNO leaders' corruption and wrong doings.

Di sebelah pihak UMNO pula, sekumpulan lelaki telah membuat video mempertahankan Najib. Bagi menunjukkan sokongan mereka, mereka telah menjerit kata-kata kesat, mengugut untuk meludah Adam Adli dan menamparnya kerana sikap kurang ajar. Sekumpulan pelakon ini semestinya dibayaw oleh ahli Perkasa, sebuah gerakan Melayu yang bersikap perkauman yang sentiasa menyokong dan menggalakkan UMNO dan juga pemimpin UMNO melakukan rasuah dan salahguna kuasa.

Silly-billy Perkasa. If they were after money, they would do better by asking Najib to offer to be slapped on his face by anyone who is willing to pay RM1. Without exaggerating, both Najib and the Perkasa group would be millionaires by now! This was the rebuttal floating around the student community in the aftermath of both the Najib flag incident and the Perkasa 'meludah' or spitting campaign. It actually showcases the huge contempt the Malaysian student body feel for Najib after he disgraced himself with some of the worst lies ever made a top leader of the country to the people.

Sekiranya benar Perkasa yang bodoh itu hauskan wang, adalah lebih baik mereka meminta Najib ditampar oleh sesiapa sahaja yang sanggup membayar RM 1 untuk setiap tamparan. Dengan cara ini, mungkin Najib dan Perkasa akan menjadi jutawan sekarang! Inilah reaksi yang didapati oleh golongan pelajar terhadap insiden bendera itu. Mereka mendapat ugutan tampar dan ludah daripada Parkasa. Ini juga menunjukkan betapa pelajar sudah hilang kepercayaan terhadap Najib selepas acap kali berbohong kepada rakyat.

Meanwhile, misguided as ever, the UMNO news media continued the spin that Adam Adli had stepped on Najib's image despite video evidence that he did not. Instead of shocking or angering, many of Adam Adli's supporters regretted that he had not stamped all over Najib's face after all.

Media UMNO terus menerus menyebarkan bahawa Adam Adli telah memijak bendera wajah Najib itu walaupun ia tidak berlaku sebebenarnya jika dilihat pada rakaman video. Ini telah menjadikan penyokong Adam lebih marah dan sekarang mereka menyesal kerana tidak memijak sahaja pada bendera wajah Najib itu.

Tindak balas

Adam Adli mempunyai jumlah penyokong beliau sendiri dan ia semakin bertambah dan ada juga yang telah menyatakan sokongan kepada beliau seperti PKR dan PAS. Mungkin sokongan yang paling kuat yang beliau terima setakat ini adalah daripada ayah beliau, yang sakit dan telah membeli kereta terpakai untuk digunakan Adam dalam perjuangan beliau. Abdul Halim, seorang bekas pekerja KTMB yang telah diberi pencen awal disebabkan sakit dan juga menyara keluarganya dengan kurang RM1000 sebulan sangat berbangga dengan anaknya dan sanggup mengeluarkan wang simpanan untuk membeli kereta tersebut.

Sudah ada laman facebook "We are all Adam Adli" yang telah mendapat 25, 900 likes berbanding "Anti –Bersih" pada 8101 likes dan laman rasmi Najib 1Malaysia yang masih lagi pada 3000 like.

SMM dan Adam Adli enggan memohon maaf atas tindakan mereka dan sememangnya tindakan mereka itu betul. UPSI pula tanpa membuat siasatan dan memberi peluang Adam Adli memberi penjelasan atas tindakan beliau dan juga pandangan beliau, telah pun mnegenakan tindakan tatatertib ke atasnya. Notis yang dikeluarkan oleh Lembaga UPSI pada 23 Disember 2011 telah mendakwa beliau atas dua perkara, iaitu pertama, Adam Adli telah memburukkan nama UPSI dan kedua, beliau telah membahayakan moral dan juga ketenteraman awam. Kedua-dua tuduhan ini sebenarnya tidak berasas, tidak berpelembagaan, salah dan tidak masuk akal. Dengan menurunkan bendera Najib, Adam Adli menggunakan hak beliau dalm kebebasan mengekspresi pendapat beliau yang dijamin dibawah Perkara 10, Perlembagaan Negara.

Adam Adli berkata bahawa beliau tidak risau sekiranya universiti ingin membuang beliau kerana belajar boleh di mana-mana. Tidak semestinya perlu berada di kampus untuk belajar. Walaubagaimanapun, beliau yakin bahawa beliau tidak melakukan apa-apa jenayah dan mengatakan bahawa keluarga beliau telah pun diugut oleh penyokong UMNO. Beliau sendiri juga telah beberapa kali diugut termasuk ugutan daripada seorang polis berbaju biasa bernama Mokhtar. Satu laporan polis telah dibuat tetapi akan kah tindakan diambil? Polis ini mungkin mempunyai satu alasan bodoh untuk melakukannya atau mungkin juga dia telah diminta berbuat demikian. Sikap tinggi diri Najib tidak bersempadan. Polis ini mungkin telah melakukan satu tindakan bodoh tanpa balasan tetapi diminda nya dia hanya memuaskan hati boss UMNO nya.

Motif lain

Kerajaan UMNO BN sudah tidak dapat mengekang kemarahan rakyat lagi. Adam Adli merupakan salah satu daripada saluran yang sudah tidak dapat menahan tekanan kemarahan rakyat. Kali ini adalah giliran pelajar untuk menunjukkan kemarahan mereka. Banyak lagi saluran yang akan meletup tidak lama lagi. SMM telah berjanji akan membuat bantahan terhadap kerajaan UMNO-BN sekiranya mereka menyekat pelajar dengan meminda AUKU dengan menjadikan ia lebih menekan.

Pemimpin UMNO harus ingat bahawa pengorbanan diri seorang peniaga jalanan yang telah mencetuskan revolusi di Tahrir Square!

Bagi Najib, insiden ini adalah lebih daripada serangan peribadi. Ia telah menunjukkan kebodohan beliau dan betapa tidak bijaknya dia berhadapan dengan masalah. Kini disebabkan oleh insiden Adam Adli, rakyat mula melupakan bantuan kecil yang diumumkan beliau dibawah budget 2012. Ia merupakan mimpi ngeri buat beliau walaupun setelah membelanjakan berjuta-juta wang rakyat untuk media antarabangsa yang mahal seperti APCO dan FBC Media.

Tiada yang lain yang harus dipersalahkan dalam hal ini kecuali dirinya sendiri. Najib memang bodoh kerana memikirkan bahawa segala salah silap beliau dapat ditutup oleh 'mekap' dan 'ubah imej'. Di manakah 'Mr Awsome' dan 'Mr Cool' sekarang? Akankah 'Mr Awsome' dan 'Mr Cool' mengarahkan polis untuk memukul pelajar dan penunjuk perasaan hingg koma?

Pengkritik mudah mengatakan bahawa Najib tiada integriti dan sepatutnya bendera yang membawa wajah beliau itu harus dibiarkan sahaja di tanah bersama lumpur tetapi dengan membawa bendera itu di tangan beliau, Adam Adli sebenarnya telah menunjukkan bahawa dia adalah wira sebenar dan mengelakkan Najib daripada mendapat malu yang sepatutnya. Seperti seorang Gladiator yang telah mengalahkan lawannya tetapi akhirnya tidak membunuh lawannya itu. Syabas Adam Adli, wira negara!

Jentera UMNO-BN yang mengeluarkan propaganda sebenarnya juga sudah gagal dalam membasuh minda rakyat terutamanya golongan muda yang celik IT. Tidak hairanlah najib sekarang menggunakan saluran Astro yang percuma untuk mendapatkan perhatian rakyat (tetapi sebenarnya masih lagi menggunakan wang rakyat untuk kepentingan diri). Duit rakyat bernilai RM 10 juta juga digunakan untuk membiayai perang cyber terhadap pembangkang demi membasuh minda golongan muda.

Semua senario ini menunjukkan betapa terdesaknya UMNO dan Najib dalam berjuang untuk pilihnraya terpenting mereka tetapi Adam Adli telah menunjukkan bahawa beliau telah gagal sedari mula! Berkemungkinan cara komunikasi baru ini, seperti yang berlaku dalam revolusi Arab, akan menjadi senjata utama dalam mejatuhkan UMNO-BN.

Adam Adli telah mengingatkan kita yang Najib juga telah gagal dalam program transformasi beliau. Setakat ini, pengkritik telah bersetuju bahawa segala sandiwara ini sebenarnya tiada asas. UMNO telah mengecewakan rakyat kerana menjadikan Najib Perdana Menteri tanpa membiarkan ia dilakukan dengan cara pilihanraya. Najib sememangnya tidak popular dan kurang sokongan majoriti. Jawatan beliau itu sering diperkotak-katikkan orang dan TPM sendiri sering tidak sefahaman dengan beliau.

Resentment amongst the masses near to boiling point

Kebencian semakin memuncak


With this incident Adam Adli also shows that the resentment amongst the masses is near boiling point and whatever that Najib has tried to do like continuing to subside essential items like petrol, gas, flour, rice and sugar is not enough. The distribution of the RM500 is of no use. The KR1M is a failure and the Kedai Ikan 1Malaysia is a waste. The rakyat is getting more fed up everyday since nobody has been taken to task on the overspending as reported by the Auditor-General. It is the same for the NFC debacle as whatever seemingly tough action by the MACC is seen by the rakyat is another boring UMNO sandiwara.

Insiden ini juga menunjukkan bahawa kebencian dikalangan rakyat semakin memuncak dan apa jua yang cuba dilakukan Najib, sama ada menyambung subsidi seperti petrol, gas, tepung, beras dan gula tidak mencukupi. Pemberian wang RM 500 tidak mencukupi juga. KR1M juga gagal dan Kedai Ikan 1M adalah pembaziran semata. Rakyat semakin jemu dan tiada apa dilakukan untuk mengurangkan perbelanjaan seperti yang disarankan Audit Negara. Sama juga dengan skandal NFC dimana tindakan SPRM diihat sebagai sandiwara UMNO yang membosankan.

Another failure Adam Adli has pointed out is Najib's inability to solve core problems such as unemployment amongst graduates, poverty both in the rural and urban areas, wastages in government spending, unnecessary and corrupt spending on military hardware like the useless Scorpene submarines and the new navy patrol vessels at RM3 billion each, a mediocre education system, high cost but low standards of living, racial and religious tensions.

Satu lagi masalah yang ditunjukkan Adam Adli adalah Najib tidak dapat menyelesaikan masalah asas seperti pengangguran dikalangan graduan, kemiskinan di kawasan luar bandar dan bandar, pembaziran dalam perbelanjaan kerajaan, perbelanjaan tidak munasabah dalam peralatan perang seperti kapal selam Scorpenes yang tidak berguna itu, kapal peronda laut yang bernilai RM 3 billion seunit dan sistem pelajaran yang sederhana, kos hidup tinggi tetapi kualiti rendah dan juga ketegangan agama dan bangsa.

The rakyat also must know by this wake up call from Adam Adli that the UMNO leaders are only servicing their own personal interests and political agenda but not the welfare of the rakyat or the country. RM1 trillion has been stolen to date and the country is RM445 billion in debt.

Rakyat harus sedar bahawa pemimpin UMNO hanyalah menjaga kepentingan diri merek sendiri dan bukan kepentingan rakyat atau negara. RM1 trillion telah dicuri dari negara dan negara kini mempunyai hutang RM445 billion.

Coincidently the Adam Adli incident was followed by the jailing of Khir Toyo for 12 month for corruption over the purchase of his RM3.5million palatial home, while a jobless man who stole a bottle of shampoo was jailed for 24 months! What sort of justice reigns in UMNO-BN courts? It is the same in the case of the RM250 million Shahrizat NFC scandal, where her husband and children are benefitting from their financial manipulation of public money and yet the MACC is putting the blame on another "Datuk" and others in the Ministry of Finance!

Insiden Adam Adli telah diiringi hukuman penjara Khir Toyo selama 12 bulan kerana rasuah dalam pembelian rumahnya bernilai RM3.5 juta manakala seorang lelaki menganggur yang mencuri sebotol shampoo telah dipenjara 24 bulan! Keadilan apakah yang dipraktik di mahkamah-mahkamah UMNO-BN? Sama juga dengan skandal NFC di mana RM 250 juta telah disalahguna oleh Shahrizat dan keluarganya tetapi SPRM menyiasat dan mendakwa seorang "Datuk" dalam Kementerian Kewangan!

Wira baru negara

Adam Adli, dengan kebijaksanaan beliau, keberanian, tenaga, semangat dan sikap rendah diri beliau telah menjadi ikon Malaysia. Beliau adalah contoh terbaik yang harus diikuti oleh generasi muda. Beliau sudahpun menjadi hero mereka dan akan terus popular dengan peredaran masa.

Mari kita lihat bagaimana drastiknya Najib akan bertindak balas dan bagaimana pihak berkuasa akan menghukum Adam Adli dan para pemprotes UPSI. Adalah tidak bijak jika Najib bertindak drastik terhadap anak muda ini dan beliau akan mempertaruhkan masa depan beliau sekiranya berbuat demikian. Apa jua tindakan yang cuba di ambil untuk menenangkan keadaan tidak akan berjaya pada masa itu, kerana sekiranya berlaku tidak adil terhadap Adam Adli, rakyat akan menjadi lebih marah terutamanya golongan muda. Mereka memerlukan seorang wira dan Najib hanyalah akan menghasilkan lebih banyak mereka ini.

Adam Adli dan semua pelajar yang memprotes tidak bersendirian dalam hal ini. Beliau dan mereka mendapat sokongan kami dan kami akan menyokong hingga ke akhirnya. Sebelum terlambat, undilah UMNO-BN keluar!

Malaysia Chronicle

Turun bendera Najib: Adam digantung tiga semester
Aktivis pelajar Adam Adli Abdul Halim digantung pengajian selama tiga semester atas tuduhan mencemarkan reputasi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Penggantungan pelajar tahun ketiga jurusan Mengajar Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) peringkat sarjana muda itu berkuatkuasa serta merta.

Pelajar 22 tahun itu ditahan dan dihadapkan ke jawatankuasa tatatertib universiti berkenaan hari ini atas dakwaan terbabit dengan perhimpunan menuntut kebebasan akademik pada 17 Disember lalu.

NONEAdam mencetuskan kegemparan apabila beliau menurunkan bendera yang tertera gambar Datuk Seri Najib Razak di ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur dan menggantikannya dengan kain rentang propelajar.

Beliau kemudiannya memberitahu pemberita bahawa beliau akan mengambil tindakan undang-undang untuk mencabar keputusan universiti itu.

"Saya tak kisah gantung, gantunglah saya. Kita akan terus lawan di mahkamah luar… Kita akan umumkan bila kita fail (permohonan)," katanya.

Katanya, beliau tidak akan merayu terhadap keputusan itu walaupun diberi peluang.

"Saya diberi peluang untuk merayu, tapi buat apa saya nak merayu pada orang sebegini," katanya lagi.

Dalam prosiding itu, anak kelahiran Pulau Pinang itu berkata, beliau dimaklumkan dalam sesi itu bahawa akibat perbuatannya menurunkan bendera Najib, "satu Malaysia berbalah".

Beliau juga  menyifatkan keputusan terhadapnya tidak menghormati kebebasan akademik dan sangat bias kerana melibatkan juri yang terdiri daripada "orang Umno".

Panel lapan juri untuk prosiding itu antaranya Prof Datuk Dr Zainal Kling.

"Saya tak faham macam mana orang ini boleh bergelar professor.Jadi selepas berbalah, saya pun malas cakap banyak, saya tahu inilah mahkamah AUKU yang saya tidak pernah mengiktirafnya, (dan) saya digantung selama 3 semester," katanya.

09/01/2012

Jahil! Perkasa anjur solat hajat selepas Asar!

Kongsi242
BILA orang yang tidak berkelayakan diberikan tanggung jawab memimpin, kononnya atas nama Islam, inilah jadinya. Terbaru, pertubuhan super rasis, Perkasa, menganjurkan solat hajat selepas asar.

Pelik bin hairan, pertubuhan yang kononnya mengaku memperjuangkan Melayu, memperjuangkan Islam, tak tahu waktu-waktu yang diharamkan untuk melakukan solat sunat.

Kononnya mengejarkan pahala sebaliknya dosa haram yang mereka dapat.




Inilah contoh bagaimana Islam dipolitikkan untuk menunjukkan kononnya mereka sebagai pejuang Islam, namun kebodohan mereka terserlah menjadi gelak ketawa rakyat yang melihat.

Begitu juga dengan gambar di bawah ini, lihat bagaimana mereka berjuang dengan cara mencarut demi mempertahankan Islam.




Orang begini nak diberi kepercayaan membela Islam, membela Melayu? Alamatnya jahanam Islam, jahanam Melayu.

ReJaM© "Kali pertama solat hajat barangkali, waktu haram pun tak tahu..."
[Ads] Samsung Galaxy model terbaru memang terbaik!
Share

Comments (68)

Rosaknya agama bila di uruskan oleh bukan ahlinya. Lagi rosak agama, bila yg ahlinya, ttp tidak menghayatinya demi kepentingan sesuap nasi.
http://www.youtube.com/watch?v=_tKS5MZZfzU
7 replies · active 2 hours ago
+20
lang's avatar - Go to profile

lang 62p · 22 hours ago

dah lama tak ngaji bab agama kat surau kot... tu yg terlupa hukum hakam... atau mmg spesis bebal... tak ambil kisah hukum hakam.
1 reply · active 4 hours ago
0
anak SB's avatar

anak SB · 21 hours ago

hadoi...bab waktu solat ni bukan da blaja kat skola ke? hahaha!
2 replies · active 4 hours ago
+6
man's avatar

man · 19 hours ago

hahahahahahaha.. gila babi punya Ibrahim Ali... Dengan Allah pun dia nak main isu perkauman....
9 replies · active 1 hour ago
0
Belajar Agama's avatar

Belajar Agama · 18 hours ago

Pening tengok dia orang nih....alahai...
3 replies · active 1 hour ago
+1
Akulanonama's avatar

Akulanonama · 17 hours ago

Nih baru ******* punya katak...... HIdup dah le menyusahkan semua orang mampos pun tak mahu..... FRU tak pecahkan kepalanya ker ?
2 replies · active 2 hours ago
+1
bknpakturut's avatar

bknpakturut · 17 hours ago

Katak pandai sembahayang hajat ke......?
1 reply · active 2 hours ago
+8
tokpin's avatar

tokpin · 16 hours ago

Mana pejuang melayu tak dak komen pun
1 reply · active 4 hours ago
+3
JULIA's avatar

JULIA · 14 hours ago

Pejuang Melayu tumpang maluuuuu......hahahahahaha.
1 reply · active 4 hours ago
0
Ibn Abd Halim's avatar

Ibn Abd Halim · 14 hours ago

Al-jahlun wa-murakabun!
1 reply · active 4 hours ago
0
pari masak perkasam's avatar

pari masak perkasam · 14 hours ago

nk tnggu komen dr geng songkok...
1 reply · active 8 hours ago
0
kunta kinte's avatar

kunta kinte · 14 hours ago

ni yg buleh jadi rosak agama bila bukan dipimpin oleh Ahlinya....
1 reply · active 4 hours ago
0
juan mata's avatar

juan mata · 13 hours ago

nama pun Umngok..tk leh nk kata apa2..lebih bodo dari lembu dalam pertandingan lembu bodo sedunia..(kata ustaz Azhar Idrus)
+2
Kerusi Jamban's avatar

Kerusi Jamban · 12 hours ago

Diorang nak solat jenazah tu tapi tersilap sebut solat hajat.
3 replies · active 2 hours ago
+1
farid's avatar

farid · 11 hours ago

Pejuang Melayu tumpang malu apa!!! Dia lah imamnya .... Hahaha
1 reply · active 4 hours ago
+1
akak's avatar

akak · 10 hours ago

memang pandai tk leh ikut..bodoh tk leh d ajar....ade sape2 nk ikut....
1 reply · active 4 hours ago
-1
umno babi's avatar

umno babi · 9 hours ago

puak2 babok xtahu hukum
4 replies · active 1 hour ago
+5
pakli's avatar

pakli · 9 hours ago

hahaha... banner tu terbaik...
ada carutan, ada perkataan ISLAM...
memang UMNO punya perangai...
2 replies · active 4 hours ago
+2
gomo man's avatar

gomo man · 8 hours ago

ajaran sesat betol la tok berehim ali ni...tak kan majlis agama tak nak tangkap kot...
amaran...
Jauhkan diri anda dari ibrahim katak puru..dia pengamal ajaran songsang..
0
adoyyaii's avatar

adoyyaii · 6 hours ago

jom solat tahajjud sebelum zohor!
1 reply · active 2 hours ago
-1
pkr's avatar

pkr · 3 hours ago

dok pandai komen orang hampa alim sangat ka......
1 reply · active 1 hour ago
+1
speed's avatar

speed · 2 hours ago

ni yg payah ni... lebih islam dari islam

Post a new comment

 


No comments: