PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Tuesday, January 03, 2012

2012

Monday, January 02, 2012

Awas pengundi hantu melalui sistem database dummy SPR

Pilihanraya umum sudah pasti tahun ini cuma bulan berapa sahaja kita tidak tahu...kak ros sahajalah yang tahu bila pilihanraya...kak ros jumpa bomoh? che det sajalah yang tahu kak ros jumpa bomoh mana sebab hanya yang kaki bomoh saja tahu siapa kaki bomoh...

Namun begitu jentera Pakatan Rakyat wajib tumpukan isu pengundi hantu...kita imbas kembali catatan Awas pengundi hantu melalui sistem database dummy SPR
Oleh Songkok Putih

Sebelum ini, pihak TKO telah menyiarkan pandangan seorang pengunjung pakar IT bagaimana database dummy telah digunakan oleh pihak SPR untuk memangkan BN dengan cara yang kotor dan jijik semasa pilihanraya ke-11 2004 yang lalu.

Mereka mewujudkan 2 sistem database, iaitu satu database yang tulen yang disemak dan digunakan SPR sekarang sehingga hari mengundi. Yang kedua ialah database yang dikenali sebagai dummy bagi tujuan untuk menambah pengundi di sesuatu kawasan untuk memenangkan calon yang dikehendaki.

1. Wujud 2 database, satu tulen dan satu lagi dummy

2. Database tulen yang dikendalikan oleh pihak SPR

3. Data ini boleh diakses melalui internet
www.spr.org.my tanpa sebarang masalah melalinkan masalah teknikal kecil sahaja.

4. Data ini ini juga boleh diakses melalui SMS

5. Data ini juga dicetak dan diberikan kepada pihak yang bertanding dalam sola semakan daftar pemilih sebelum diwartakan pada 5 Februari 2008

6. Satu lagi database palsu dikenali sebagai dummy diwujudkan untuk tujuan menambah pengundi bagi sesuatu tujuan untuk memenangkan calon-calon BN. Pertugas khas BN boleh mengakses database ini, untuk tujuan penambahan dan pengurang melihat reaksi setempat bergantung kepada kawasalan kesungguhan pembangkang di kawasan berkenaan.

Mana-mana nama hantu yang terdedah akan dipadamkan dan diubahsuai supaya kerja jahat tidak dapat dikesan.

7. Database yang cetak disini akan diubah mengikut database dummy ini dan melihatkan pertanbahan pengundi yang begitu ketara di Kelantan dan Terengganu. Wujud mana-mana individu yang tidak mendaftar telah mendaftar dengan SPR.

Mana-mana bantahan yang dibuat sebelum ini sepatutnya nama mereka digugurkan telah diadakan semula pada lokasi yang berlainan untuk mengelirukan pembangkang.

Memindah dan mehilangkan nama-nama pengundi yang tidak membuat semakan akibatnya mereka tidak boleh mengundi pada hari pengundian.

Mengubahsuai maklumat pengundi untuk membenarkan hantu mengundi.

Untuk memudahkan anda melihat tatacara operasinya lihat carta alir di bawah:-


Klik pada gambar ini untuk besarkannya.


DATABASE INILAH SELAMA INI YANG MEMBERIKAN KEMENANGAN KEPADA BN DAN PEMINPIN MEREKA CAKAP BESAR SEBELUM PENGUNDIAN BAHAWA MEREKA AKAN MENANG!!


Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Sunday, January 01, 2012

Gambar-gambar pejuang anak muda Mahasiswa dibebaskan...




ADAM ADLI bersama rakan Mahasiswa serta Jingga 13 dibebaskan

Saifudin selaku setiausaha Jingga 13 terus berucap selepas dibebaskan...

Kesemua tahanan termasuk Adam Adli yang ditangkap awal pagi tadi dalam satu perhimpunan yang berlangsung di depan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah dibebaskan, pada kira-kira jam 4 petang tadi. Malah, Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS), Muhammad Safwan Anang yang dikejarkan ke hospital kerana kecederaan yang parah, kini semakin pulih, menurut sumber.


Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Syukri Razab mengesahkan kepada MerdekaReview, bahawa 17 orang tahanan termasuk Adam Adli dan rakan-rakannya telah dibebaskan dari IPD Slim River tadi. Menurutnya, kira-kira 300 orang berada di luar balai polis berhimpun menuntut pembebasan tahanan siswa/i. Malah, sesetengah warga Facebook telah menyeru agar rakyat menelefon ke Balai Polis untuk mendesak agar tahanan dibebaskan mereka, sejak pagi tadi.

Menurut Syukri, mereka tidak didakwa di bawah apa-apa akta, bagaimanapun, tahanan dikehendaki melaporkan diri di Mahkamah Majistret Tanjung Malim pada 20 Januari 2012. Beliau menambah, dirinya berasa gembira kerana solidariti siswa/i yang membebaskan mereka.

Menurut sumber dari laman
We Are All Safwan Anang, yang ditubuhkan pagi tadi, Muhammad Safwan Anang yang dikejar ke hospital lantaran kecederaan parah kini semakin pulih keadaannya.

MPMUM kutuk tindakan polis

Di samping itu, dalam satu kenyataan tadi, Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan polis dan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang menggunakan kekerasan terhadap para mahasiswa yang mengadakan perhimpunan secara aman di depan Universiti Pendidikan Sultan Idris malam tadi.

Sekumpulan mahasiswa mengadakan perhimpunan secara aman di depan UPSI malam tadi untuk menuntut pihak UPSI supaya menggugurkan kes Adam Adli yang menghadapi tindakan disiplin serta menyeru kerajaan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang mengekang kebebasan akademik pensyarah dan mahasiswa.

Awal pagi tadi, kira-kira 100 mahasiswa yang mengadakan perhimpunan secara aman di hadapan UPSI telah dibelasah dan dipukul sehingga menyebabkan beberapa mahasiswa cedera parah. Dalam insiden ini juga berlakunya satu kemalangan yang tidak diingini yakni Pengerusi BEBAS, Muhammad Safwan Anang Taib telah ditumbuk dan patah rusuknya dan keadaan beliau masih kurang stabil kini.

Sehingga kini, 17 mahasiswa telah ditangkap dalam pergelutan itu termasuk aktivis yang menurunkan bendera Najib, Adam Adli. Antara mahasiswa yang telah ditangkap polis ialah Timbalan Presiden PMIUM, Amir Nabil, Haziq Abdullah (Presiden KAMI), Syukri Razab (Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia), Shukri Kamaruddin, dan beberapa mahasiswa Universiti Malaya, UniSEL serta kampus sekitar Lembah Klang.

MPMUM menyatakan rasa kesal terhadap tragedi berdarah yang berlaku kerana sekumpulan mahasiswa yang berhimpun secara aman tidak mengakibatkan sebarang kesusahan dan kegugatan kepada orang awam ataupun polis dan MPMUM tidak bersetuju dengan tindakan polis dan FRU yang menggunakan kekasaran melampau terhadap para mahasiswa yang tidak memegang sebarang senjata.

MPMUM menuntut agar pihak polis tidak mengamalkan sikap "double standard" dalam menguruskan insiden sedemikian kerana pihak polis langsung tidak mengadakan sebarang sekatan terhadap tindakan Pro-Aspirasi yang mengadakan perhimpunan awam di Putrajaya baru-baru ini. MPMUM berharap agar pihak polis memainkan peranannya untuk melindungi keselamatan rakyat jelata dan tidak menjadi alat kerajaan untuk mengekang kebebasan mahasiswa dan menindas mahasiswa dengan zalim.

Sesungguhnya tindakan mahasiswa yang menuntut supaya AUKU dimansuhkan ataupun berhimpun secara aman merupakan hak-hak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Namun begitu, tindakan polis dan FRU yang menzalimi mahasiswa malam tadi telah menjadikan janji Perdana Menteri, Najib yang ingin memberikan ruang yang lebih besar kepada mahasiswa sebagai komestik politik.

MPMUM menyeru pihak kerajaan memansuhkanAUKU yang mengekang kebebasan mahasiswa supaya prinsip demokrasi kampus dapat dihidupkan semula.

Baca: Apabila pelajar menggenggam hak politiknya

Baca: Demo siswa berdarah membuka tirai tahun 2012



Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Warkah buat polis

WARKAH BUAT SAUDARAKU ANGGOTA POLIS
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai
facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZa)

Assalamualaikum warahmatuAllahi wabarakatuhu,

Terlebih dahulu, pohon kemaafan jika warkah ini terbuka. Saya harap ia dapat dibaca oleh semua. Jika ada kebaikan, ambillah darinya. Jika tidak, campaklah ia ke tepi dan lupakan sahaja. Ia hanya satu coretan dari seorang rakyat bawahan. Tanda cinta dan kasih kepada saudara yang saya lihat tercegat di segala penjuru negara atas tanggungjawab menjaga keamanan kita semua. Mata memandang, hati merintih dan berdoa agar tugasan saudara benar-benar diberikan pahala di sisi Tuhan dan diiktiraf di sisi rakyat.


Tugas Mulia

Saudaraku anggota polis,

Kerja polis adalah satu kerja yang mulia kerana menjaga keamanan dalam negara. Penat lelah anggota polis dalam memastikan negara kita aman dan adil adalah pahala yang amat besar di sisi Allah jika pengamalnya jujur dan ikhlas. Sepatutnya, tiada seorang pun rakyat yang cintakan keadilan dan keamanan akan membenci polis. Sebaliknya, perasaan fitrah; sayang dan menghargai akan tertanam dan mekar sebaik sahaja mendengar nama polis, melihat anggota atau apa sahaja perlambangan polis. Itulah perkara sewajarnya berlaku.

Saudaraku anggota polis,

Tugas seorang anggota polis -sebelum tugasan kenegaraan- sebenarnya adalah tugasan yang diperintahkan oleh Allah dan RasulNya iaitu 'Menyuruh Kebaikan, Mencegah Kemungkaran'. Itu moto asal pasukan polis. Sekalipun, tumpuan terbanyaknya kepada bahagian kedua iaitu 'Mencegah Kemungkaran'. Hakikatnya, polis berperanan menyelamatkan masyarakat dari kemurkaan Allah dengan dipastikan setiap penzalim akan dihalang, dicegah dan dihukum. Jika itu tidak berlaku, masyarakat akan porak peranda dan menerima hukuman dari Allah. Allah berfirman: (maksudnya):

"Telah dilaknat mereka yang kufur daripada Bani Israil melalui lidah Daud dan Isa bin Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang (sesama sendiri) perbuatan mungkar yang mereka kerjakan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan. (Surah al-Maidah, ayat 78-79).

Nabi s.a.w pula bersabda:

"Sesungguhnya manusia apabila melihat orang zalim, namun tidak menghalang tangannya, hampir Allah akan meliputi mereka dengan hukumanNya" (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan al-Nasai dengan sanad yang sahih).

Kami sebagai rakyat mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak polis yang telah menyelamatkan masyarakat dari kemurkaan Allah, kezaliman dan kerosakan.

Bahaya Kuasa

Saudaraku anggota polis,

Namun, dalam masa yang sama, bidang tugas dan kuasa saudara yang menghalang kezaliman itu jika disalahgunakan boleh memberikan kesan yang sebaliknya. Ia boleh bertukar dari melindungi yang tidak bersalah kepada menginayainya, menghalang yang zalim kepada memberi peluang kepadanya, memberi hak kepada yang berhak kepada merampas hak dari tuannya. Jika itu berlaku, rosaklah masyarakat, hilanglah neraca keadilan, bermegah si zalim, kesakitanlah yang ditindas. Lantas, kebencian akan merebak, kepercayaan akan hilang dan saudaraku polis yang sepatutnya disayangi menjadi pihak dimusuhi, dibenci dan diragui.

Saudaraku anggota polis,

Ingin saya sebut di sini suatu tazkirah yang harapnya boleh memberikan manfaat kepada semua, khususnya mereka yang berkuasa seperti saudara. Saudaraku, kezaliman itu adalah suatu racun. Ia bukan sahaja menyakitkan yang dizalimi, tetapi suatu hari akan membawa sengsara, bahkan mengorbankan si zalim itu sendiri. Pada hari kita memukul orang yang tidak bersalah, melukai atau menfitnahnya, kita mungkin rasa selamat di balik peruntukan kuasa yang ada. Mungkin juga rasa selamat di balik pakaian lengkap kita yang mungkin gagal mangsa mengenali pelakunya.

Namun Tuhan tidak lupa. Akan ada harinya yang menanti kita di hadapan. Tangan yang memukul orang lain dan kaki yang menendang mangsa itu tidak akan terpadam catatannya sehingga kemaafan diberikan. Ketika saudara pulang ke rumah berjumpa keluarga, si mangsa mendongak ke langit mengadu kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa. Dengarlah baik-baik apa yang yang disabdakan Nabi s.a.w:

"Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam riwayat Ahmad, baginda bersabda:

"Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang jahat. Kejahatannya itu bagi dirinya" (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).

Dalam riwayat Ahmad yang lain:

"Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang kafir kerana ia tidak ada hijab (penghalang untuk Allah menerimanya). (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).

Allah Tidak Lupa

Saudaraku anggota polis,

Tiada siapa antara kita yang dapat menyelamatkan dirinya dari hukuman Tuhan. Seseorang mungkin telah melupai orang yang dizaliminya, atau si mangsa juga mungkin terlupa, atau pergi menemui Ilahi terlebih dahulu. Namun doanya tetap hidup. Akan ada waktu, ia tetap datang bertandang dalam kehidupan si zalim; meragut kebahagiaannya, ketenteraman hidupnya dan mencampakkan derita dalam pelbagai warna dan rupa. Mungkin si zalim ketika itu terpinga dan bertanya 'apakah salah saya?'. Dia terlupa bahawa Tuhan tidak lupa atas kezalimannya, di dunia dan akhirat sana.

Dunia Sementara

Saudaraku anggota polis,

Dunia ini sementara. Setiap kita akan ada hari akhirnya. Akan berakhirlah sebuah kehidupan dan bermulalah mahkamah keadilan Tuhan. Tiada kuasa yang dapat membela, tiada pembesar yang dapat berkata. Semua tunduk menunggu balasan. Firman Allah (maksudnya):

"Dan janganlah kamu menyangka bahawa Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Dia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang ketika itu terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar), mereka terburu-buru (menyahut panggilan) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata yang tidak berkelip, dan hati mereka yang kosong (kerana bingung dan cemas)". (Surah Ibrahim 42-43).

Saudaraku anggota polis,

Sekali lagi pada hari itu si zalim akan bertemu dengan semua mereka yang telah dimangsakan, di hadapan mahkamah yang Maha Adil. Tiada bukti yang dapat disembunyikan, diputarbelit dan ditipu kepada masyarakat manusia yang berkumpul ketika itu. Tiada media yang boleh diperguna dan tiada kuasa kerajaan yang boleh melindunginya. Adil seadil-adilnya. Bak kata Nabi s.a.w:

"Segala hak akan dibayar kepada empunya pada Hari Kiamat, sehinggakan akan dibalas untuk biri-biri yang bertanduk atas perbuatannya ke atas biri-biri yang tidak bertanduk" (Riwayat Muslim).

Sabda baginda juga :

"Sesiapa yang ada padanya kezaliman terhadap saudaranya (muslim yang lain); seperti terhadap maruah dan selainnya, mintalah halal pada hari ini sebelum tiba waktu yang tiada dinar dan dirham (tiada harta iaitu pada Hari Kiamat). Sekiranya baginya kebaikan (amalan soleh) maka akan diambil darinya dengan kadar kezalimannya. Jika tiada baginya kebaikan, maka akan diambil dosa orang yang dizalimi lalu ditanggung ke atasnya" (Riwayat al-Bukhari).

Nasihati Hasan al-Basri

Saudaraku anggota polis,

Saya tahu, kadang-kala ada keadaan yang sukar sebagai anggota polis yang terpaksa melaksanakan arahan 'atasan'. Maka, mungkin ada yang berkata 'kami hanya menjalankan tugas'. Sudilah saudara mendengar nasihat tokoh Islam yang agung al-Imam Hasan al-Basri r.a. kepada Gabenor Iraq dan Khurasan iaitu 'Umar bin Hubairah. Ketika itu zaman pemerintahan Khalifah Yazid bin Abdul Malik. Kata 'Umar bin Hubairah:

"Sesungguhnya khalifah Yazid bin Abdul Malik kadang-kala menyuruhku melaksanakan perkara yang aku rasa tidak puas hati dari segi keadilan. Apakah jika aku melaksanakannya menjadi sutu kesalahan di sisi agama? Kata Hasan al-Basri: "Wahai Umar bin Hubairah! Takutlah Allah mengenai Yazid, jangan engkau takutkan Yazid mengenai Allah. Ketahuilah sesungguhnya Allah azza wajalla dapat menghalang Yazid daripada bertindak ke atasmu, tetapi Yazid tidak dapat menghalang Allah daripada bertindak ke atasmu.

Wahai 'Umar bin Hubairah! Sesungguhnya akan turun kepadamu malaikat yang bengis dan keras, dia tidak akan menderhakai apa yang Allah perintahkannya. Dia akan mengambil engkau dari tempat dudukmu ini, dan memindahkan engkau dari istanamu yang luas, ke kubur yang sempit. Di sana tiada Yazid, hanya yang ada amalanmu yang menyanggahi Tuhan Yazid.

Wahai 'Umar bin Hubairah! Sekiranya engkau bersama Allah dan ketaatan kepadaNya, ia boleh menghalangmu dari kejahatan Yazid di dunia dan akhirat. Jika engkau bersama Yazid dengan menderhakai Allah, sesungguhnya Allah akan menyerahkanmu kepada Yazid. Ketahuilah wahai 'Umar bin bin Hubairah! Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam menderhakai Pencipta". Maka menangislah Gabenor 'Umar bin Hubairah". (rujukan: Mir at al-Jinan wa 'Ibrah al-Yaqzan)

Saudaraku anggota polis,

Kita boleh bertugas kepada sesiapa pun, tetapi jangan lupa tanggungjawab kita di hadapan Allah. Tiada cacatnya menjadi anggota polis. Saudara bukan musuh rakyat. Sebaliknya, saudara diperlukan rakyat. Apa yang cacat dan menimbulkan kebencian awam adalah tindakan kita sendiri jika menyalahi prinsip-prinsip keadilan dan keamanan. Jika itu tidak berlaku, sayang dan cinta rakyat tertumpah kepada saudara.

Ingatlah kata-kata Abu Bakar al-Siddiq: "Benar adalah amanah, bohong adalah khianat". Jika saudara benar, rakyat sayang, Allah juga sayang. Kedamaian jiwa pun menjelang. Jika saudara bohong rakyat benci, Allah juga benci. Rezeki tidak halal, hidup tidak bahagia.

Saudaraku anggota polis,

Inilah pandangan seorang rakyat marhaen awam seperti saya. Tiada kebencian antara rakyat dan saudara jika keadilan itu tertegak. Rakyat awam bukan sahaja mahukan keadilan yang ditafsirkan oleh pihak saudara, tetapi keadilan yang dapat difahami oleh semua. Bukan sahaja adil dari segi bicaranya, tetapi hendaklah kelihatannya juga adil. Semoga Allah merahmati saudara dan tugas saudara. Diberikan rezeki yang halal. Bebas dari kezaliman dan rasuah. Kami akan bersama menyanjungi saudara! Selamat bertugas!

Mohd Asri Zainul Abidin



Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Mengapa jawapan Jamil bercanggah dengan Mashitah dan Ketua Audit Negara?

Akhirnya Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharum tampil memberikan jawapan bahawa pembayaran kos guaman beliau bersama Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain bagi menghadapi kes qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan peruntukan kerajaan, bukannya wang zakat.

Namun Jamil Khir tidak menjawab percanggahan jawapannya dan MAIWP pada hari ini dengan jawapan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim, Peguam Zainul Rijal Talha dan Amir dan Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang.

Pada 21 Jun 2011, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr. Mashitah Ibrahim (timbalan Jamil sendiri) mengakui bahawa kos guaman dibayar menggunakan peruntukan zakat ketika menjawab YB Saifuddin Nasution di dalam perbahasan Perbekalan Tambahan 2011 di Parlimen.

YB Saifuddin sendiri telah menunjukkan baucer bayaran yang secara terang menulis bahawa pembayaran dibuat menggunakan wang zakat.

Pada 23 Jun 2011 peguam Zainul Rijal Talha dan Amir meminta pandangan Mufti Wilayah Persekutuan tentang penggunaan wang zakat bagi membiayai kos guaman.

Pada 21 November 2011, Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang mengesahkan bahawa kos guaman dibayar menggunakan peruntukan zakat pada Februari dan April 2010 meskipun akhirnya digantikan pada hujung tahun 2010. Ini memandangkan geran kerajaan tidak dapat menampung pembayaran yuran guaman tersebut.

Namun sekalipun menerima geran kerajaan sebanyak RM700,000 pada 22 Jun 2010, pembayaran semula kepada wang zakat hanya dibuat pada Disember 2010 sebagai proses 'pelarasan semula'.

Jamil seharusnya tahu bahawa pemulangan semula wang tersebut tidak menjadikan tindakan awal menggunakan wang zakat itu tindakan yang betul sama ada daripada segi hukum syarak mahupun prosedur perbendaharaan kerajaan.

Lainlah sekiranya Jamil menganggap dirinya salah satu daripada lapan asnaf yang berhak menerima zakat. Sekiranya Jamil beranggapan demikian, tidak perlu lah dipulang semula wang tersebut menggunakan geran kerajaan!

Justeru jawapan Jamil setakat ini masih tidak menjawab persoalan yang dibangkitkan. Inikah wajah pemimpin umno yang mengaku memperjuangkan Islam? Jangan cuba menegakkan benang yang basah..

 
RSS Feeds
  • PROFIL
  • AKTIVITI
  • ISLAMIYYAT
      • MURABBI
          • AL QURAN
            • Tahun Baru 2012 Tercemar

              7:45:00 AM

              Ditulis oleh Nasrudin Hassan at Tantawi

              0 comments

              Tahun Baru 2012 Tercemar

              1. Tahun Baru 2012 dikotori oleh keganasan dan kezaliman melampau apabila sekumpulan mahasiswa yang dipercayai kena belasah oleh Polis.  Safwan Anang Talib Timbalan Presiden GAMIS merangkap Pengerusi BEBAS , Badan Mahasiswa Menuntut Kebebasan Akademi atau BEBAS AUKU cedera parah dan kini [ saat artikel ini ditulis ] masih mendapat rawatan kecemasan di wad kecemasan Hospital Slim River Perak.

              2. Sementara 17 orang mahasiswa yang lain masih ditahan dalam Lokap di IPD Tanjung Malim dan seorang yang lain  cedera dan pecah di bahagian kepala.

              3. Saya beri masa kepada pihak kerajaan dan juga  PDRM sehingga jam 12 tengahari ini [ 5 jam dari sekarang ] agar semua tahanan itu dibebaskan. Mereka juga mesti mengambil tanggungjawab jika sesuatu yang buruk berlaku kepada mahasiswa khasnya Timbalan Presiden GAMIS yang masih dirawat dalam wad kecemasan di Hospital Slim River.

              4. Sungguh zalim dan kejam tindakan mereka ke atas anak - anak muda yang hanya berhimpun untuk menyuarakan isi hati mereka di UPSI lewat malam tadi. Apakah mereka sedang menguji kebangkitan anak muda ? apakah mereka mahu menguji kesabaran anak muda ?

              5. Dewan Pemuda PAS Malaysia membantah dan mengutuk sekerasnya tindakan kejam ini. Saya harap seluruh pemuda dari seluruh negara bersedia. Mulakan detik ini untuk bermunajat kepada Allah swt agar saudara Safwan kembali pulih dan 17 mangsa tahanan di bebaskan menjelang jam 12 tengahari ini. [ 5 jam dari sekarang ] Jika  tidak satu himpunan besar anak muda akan diadakan bagi mendesak pembebasan mahasiswa dan pihak polis yang terlibat melakukan kekasaran ini mestilah disiasat dan diambil tindakan tegas.

              Nasrudin bin Hassan
              Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

              Melabuh Tirai 2011

              12:38:00 AM

              Ditulis oleh Nasrudin Hassan at Tantawi

              0 comments

              Melabuh Tirai Tahun 2011

              1.  Ini adalah bingkisan fikrah saya yang terakhir untuk tahun 2011. Album atau koleksi artikel dan hasil pena saya, telah saya abadikan buat semua pembaca di www.eperjuangan.com dan juga di dalam laman sosial saya ini.

              2. Saya aktif menulis sejak tahun 1989 dengan menghasilkan maqalah - maqalah kecil untuk teks usrah kami sewaktu saya menuntut di Maahad Fathul Islami Damascus Syria. Minat berkarya terus diasuh apabila saya memanjat menara gading di University Al Azhar Mesir pada tahun 1992.

              3. Sebelumnya, saya seperti penulis jalanan, hanya berkarya di atas kertas usang buat tatapan diri sendiri. Sesekali berkongsi dengan rakan terdekat mencari kepuasan hasil karya, bertemankan mesin taip Olivetti, memecah kesunyian malam di pondok kecil nun di perkampungan Madrasah Ad Diniah Al Bakriah Pasir Tumboh Kelantan.

              4. Tahun 2003, saya berkelana ke bumi Doreamon Hokkaido, melepaskan pandangan menyorot saujana luas bumi Allah swt. Kala itu, saya mengasah ilmu dibidang IT bergurukan adik - adik mahasiswa/i Hokkaido. Detik itulah jua lahirnya episode perjuangan.blogspot.com sebelum beralih alamat sekarang di www.eperjuangan.com

              5. Sejauh tempat lahirnya laman web saya, begitulah jauhnya cita - cita saya mahu melihat pencapaian [prestasi] saya dalam karya pena menyentuh pelbagai aspek dan cabang ilmu, termasuklah Feqh Muasirah [ isu semasa ], Feqh Haraki, Feqh Siasi [ politik ], Feqh Iktisad [ekonomi] dan tazkirah am serta khutbah [ jumaat dan hari raya ]

              6. Saya bukanlah profesional dalam bidang penulisan. Hanya minat yang mendalam menjadi dorongan kuat untuk saya nekad menghasilkan sekurang - kurangnya secara purata dalam keseluruhan hidup saya selepas 2003 dengan skala satu artikel dalam masa tiga hari.

              7. Bukan sahaja saya tidak profesional dalam bidang penulisan tetapi juga tidak tinggi pengajian akademi saya. Saya hanya menuntut setakat tingkat 3. Selepas tamat menduduki SRP, saya berhijrah ke Madrasah al Muhammadiah Sungai Durian Kuala Krai Sebelum saya berpindah Madrasah Ad Diniah Al Bakriah Pasir Tumboh.

              8. Saya mengambil SPM sebagai persendirian pada tahun 2008 ketika saya telah berusia 38 tahun dengan 8 subjek. Saya hanya mampu meraih keputusan 4A 2B dan 1C. Satu subjek saya gagal iaitu Matematik Tambahan. Waktu itu saya sedang memikul amanah sebagai Timbalan Ketua DPP Pusat.

              9. Saya terpaksa membaca sebanyak mungkin buku untuk mengasah minda dan apa yang paling penting ialah mempertingkatkan mutu bahasa yang saya akan praktiskannya dalam dua platform berbeza iaitu penulisan dan pidato [ceramah]. Menyedari tahap akademi saya yang rendah tentunya tahap penggunaan bahasa saya juga sangat lemah. Saya menggagah diri sehingga terpaksa menghafal glosary dan menjadikan kamus bahasa sebagai teman musafir.

              10. Sempena tahun baru 2012, seperti orang lain yang menanam azam dan tekad maka saya juga berjanji pada diri yang kerdil ini untuk terus berjaya dalam bidang penulisan dan pidato gaya bebas. Saya sangat cemburu melihat kejayaan sahabat saya Ust Riduan Mohd Noor yang mampu menghasil karya penanya lebih pantas dari keupayaan pembaca.

              11. Tahun baru 2012 juga akan menjadi tahun permulaan pengajian saya di peringkat MA sebelum saya mahu menunaikan cita - cita peribadi saya untuk melangkah ke gerbang pengajian peringkat Phd selewat - lewatnya pada tahun 2015 insyaallah. Semoga sahabat handai mendoakan kejayaan saya bertatih di medan ilmu setelah jauh ditinggalkan oleh sahabat sebaya dan seangkatan.

              12. Tahun baru 2012 ini juga saya berazam mahu menghasilkan sebuah novel Islami [ tajuk dirahsiakan hu hu .. ] dengan date linenya akan jatuh pada hari persaraan saya bersama Dewan Pemuda PAS Malaysia setelah saya menyertai Dewan Pemuda ini sejak saya berusia 15 tahun lagi [1985]. insyaallah.

              13. Tahun baru 2012 ini juga akan saya cuba sedaya upaya untuk Dewan Pemuda PAS Malaysia yang saya pimpin ini mampu melahirkan kader - kader yang memiliki kesedaran Islam yang tinggi berteraskan Amal Islami [ Amal Jamaei, Ijtimaei dan Fardi ] yang menepati piawaian sebagai pejuang Islam dengan jumlah sekurang - kurangnya 100 orang pemuda di setiap negeri. insyaallah.

              14. Tahun baru 2012 ini menjadi tahun pilihanraya umum. Saya menanam tekad untuk bekerja bersungguh - sungguh bagi memenangkan perjuangan ini berasaskan dasar dan prinsip perjuangan Islam yang diwarisi dari Baginda Rasul saw tanpa saya peduli lagi kata nista dan caci sinis dari pelbagai pihak luar dan dalam. Segalanya menjadi motivasi buat perjuangan yang saya dokong.

              15. Tahun baru 2012 ini, insyaallah akan menyaksikan DPP Malaysia menghasilkan produk dakwahnya menerusi Filem Box Office [ Filem Panjang tuuu ] setelah saya tutup 2011 dengan Filem pendek berjudul Oley. [ juga bertaraf Box Office dalam You Tube hi hi ... ]  Nantikan kehadhirannya dengan doa kalian yang tidak putus agar saya dan rakan - rakan pimpinan DPP Malaysia mampu melakukannya sebagai dimensi baru dalam dunia dakwah tanahair kita.

              Akhirnya, saya juga mengharapkan semua anak - anak muda yang terdiri dari kalangan mahasiswa, graduan universiti, profesional, pekerja muda dipelbagai sektor kerajaan mahupun swasta, sehinggalah kepada semua lapisan anak muda di mana jua mereka berada, di kampus atau di rumah, di bandar atau di kampung, di desa atau di felda agar pastikan :

              a] anda berbakti kepada agama dengan memastikan hidup anda berlandaskan syariat  dan bekerja membantu gerak dakwah di pelbagai lapangan termasuk politik dan sosial.

              b ]  anda selaku anak muda, bentuk gelombang kebangkitan dan mara bersama kami untuk selamatkan negara dan masyarakat dari korupsi, penyalahgunaan kuasa, penyelewengan harta negara dan keruntuhan nilai budaya yang kian parah.

              c] anda jangan mengalah dan patah semangat biarpun berdepan dengan 1001 tribulasi dalam usaha membawa idealisme perjuangan asal anda yakin dan berdiri di atas prinsip perjuangan yang benar.

              Salam perjuangan dari saya dan seluruh warga DPP Malaysia buat anda semua. Tahun 2012 adalah " Tahun Menuai Kemenangan" insyaallah setelah segala upaya dan segenap daya dikerah serta diperah buat membajak, menanam dan membaja usaha ke arah kemenangan Islam di tanahair tercinta.

              Nasrudin bin Hassan
              Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

              Sambut Tahun Baru Tanpa Maksiat

              12:37:00 AM

              Ditulis oleh Nasrudin Hassan at Tantawi

              0 comments

              Sambut Tahun Baru Tanpa Maksiat

              1. Alhamdulillah, Syukur saya kepada Allah swt. apabila sambutan tahun baru kali ini tidak lagi didominasi oleh aktiviti maksiat dan mungkar seperti pesta mandi buih, larian tanpa pakaian, malam tanpa seluar dalam, pesta sepanas api neraka dan macam - macam lagi nama program karut yang menggerunkan insan beriman mendengarnya.

              2. Wallahualam, jika saya terlepas pandang atau tidak mengetahui bahawa masih berleluasa pesta - pesta maksiat melampau sedemikian, namun sekurang - kurangnya tahun ini sambutan tahun baru telah dimeriahkan program alternatif yang tetap menawarkan keseronokan dan hiburan yang terbatas dan terkawal tanpa sebarang maksiat dan mungkar.

              3. Kini masyarakat mempunyai pilihan. Khasnya anak - anak muda yang tidak lagi dikepong oleh aktiviti hedonisme sebaliknya dihadapan mereka terbentang pilihan alternatif yang mampu membebaskan mereka dari pengaruh maksiat dan mungkar.

              4. Antara contoh program alternatif yang saya maksudkan, untuk sekitar Lembah Kelang sahaja ada 6 program yang cukup menarik dan meriah.

              a] Konsert Hibur Didik (di Dataran Greenwood, depan Shell, Gombak)
              Majlis ini bermula malam ini [31 Disember]
              Menariknya program ini turut disertai EXCO DPP Malaysia membuat persembahan bersama bekas kumpulan - kumpulan rock yang mula mendekati dakwah Islam.

              (https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150434675321123&set=a.139739791122.124204.670736122&type=1&ref=nf)

              b] XPDC Dakwah oleh GAMIS, (di Masjid Jamek Bandaraya KL)
              - Mula pagi 31 Disember hingga pagi 1 Jan 2012.
              - best sebab ada bedah buku dan boleh belajar tentang dakwah secara praktikal di Dataran Merdeka.

              (https://www.facebook.com/events/236589383076588/)

              b] Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati (Masjid Negara / Dewan Jawi)
              - Mula tengahari 31 Disember hingga tengahari 1 Jan 2012.
              - Best sebab ada Shoutul Harakah dan larian 1000 pemuda.

              (https://www.facebook.com/events/208410885904653/)

              c] Soal Jawab Agama USTAZ AZHAR IDRUS (Dataran Kemerdekaan Shah Alam)
              - Mula malam ini [31 Disember]
              - Best sebab ada Ust Azhar Idrus berganding dengan Zizan Raja Lawak.

              (https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150423649556612&set=a.466868491611.253845.247020686611&type=1&ref=nf)

              d] Malam Apresiasi Ikim.Fm, (di Masjid Wilayah Persekutuan KL)
              - Mula pagi 31 Disember hingga pagi 1 Jan 2012.
              - Best sebab ada Prof Muhaya dan ramai artis nasyid yg hadir.

              (http://www.ikimfm.my/ikimfm/index.php?option=com_content&view=article&id=171%3Amalam-apresiasi-ikimfm-2011&catid=61%3Aberita-terkini)

              e] Program Indahnya Islam, (di Masjid As-Syakirin KLCC)
              - Mula pagi 31 Disember hingga pagi 1 Jan 2012.
              - Best sebab ada byk bedah buku menarik terutama buku Abdul Latip dan forum oleh Fatimah Syarha.

              (https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2683729527154&set=a.1223249936077.2034960.1073841570&type=1&theater)

              5. Dewan Pemuda PAS Negeri - negeri bahkan DPP Kawasan juga turut menganjurkan pelbagai aktiviti menarik untuk sambutan tahun baru. Sebagai contoh DPP Kawasan Indera Mahkota akan menganjurkan XPDC ke Cherating atau ke kawasan yang dikenali "Kampung Yahudi". Begitu juga DPP Kawasan Pandan turut menganjurkan mini konsert. Pastinya Motto kita ialah " HIBURAN TANPA MAKSIAT"

              6. Akhirnya saya ucapkan tahniah kepada ngo - ngo Islam yang kian aktif dan berani menganjurkan program alternatif kepada masyarakat kita khasnya muda - mudi agar mereka tidak hanyut dan terjebak dalam kancah maksiat dan mungkar yang mengundang kemurkaan Allah swt. khasnya sempena sambutan tahun baru . Mudah - mudahan perkara ini akan terus berkembang dan menjadi fenomena di saban tahun.

              Nasrudin bin Hassan
              Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

              * Siapa2 ada info lain, mungkin boleh berkongsi. Tahun ini antara tahun baru yg sgt byk program berilmu buat kita semua. Kita halang program melalaikan, kita ganti dengan hiburan mendidik jiwa. Mereka yang ada berdekatan, jangan lepaskan peluang. Memang semua sangat - sangat best!

               

               

               

              Antara dua darjat 1 Malaysia

              khir toyo 4 Khir Toyo VS Baharuddin Ahmad. Kenapa Hukuman Jenayah Jadi Berbeza beza Di Malaysia?

              Semua orang dah tahu yang bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Khir Toyo telah dihukum atas kesalahan jenayahnya sepanjang menyandang jawatan sebagai Menteri Besar Selangor. Tetapi bukan itu persoalan yang cuba dibangkitkan di sini. Tetapi…

              Tetapi timbul persoalannya sekarang dalam kami menyemak hukuman yang dijatuhkan kepada Khir Toyo, kami menyemak juga hukuman yang dijatuhkan kepada Baharuddin Ahmad pada 7 tahun lalu yang merupakan bekas Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar (MPK). Masing-masing telah dijatuhkan hukuman atas kesalahan rasuah tidak kira baik Khir Toyo ataupun Baharudin Ahmad.

              khir toyo Khir Toyo VS Baharuddin Ahmad. Kenapa Hukuman Jenayah Jadi Berbeza beza Di Malaysia? Okey kita semak Khir Toyo dahulu, apa kesalahan yang Khir Toyo dah buat sebenarnya menurut kenyataan mahkamah?

              • Mahkamah Tinggi Shah Alam jatuhkan hukuman pada hari Jumaat, 23 Disember 2011
              • Hukuman dibuat mengikut Seksyen 11(A) Akta Pencegahan Rasuah dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan
              • Tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri suatu barangan berharga dengan balasan diketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah banglo di No 8 &10, Jalan Suasa 7/1L daripada Ditamas Sdn Bhd (Ditamas) melalui pengarahnya, Shamsuddin Hayroni pada empat tahun lepas. (29 Mei 2007)
              • Hartanah yang terletak di Seksyen 7 di sini itu diperoleh dengan harga RM3.5 juta, sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Dis 2004 pada harga RM6.5 juta
              • Dijatuhi hukuman penjara 12 bulan (1 tahun) & hak ke atas hartanah yang dimiliki itu dan ia akan diserahkan kepada kerajaan.

              Manakala Baharuddin Ahmad pula? Hukuman ini dah dijatuh sejak tahun 2006 lagi. Dah lama tetapi kami mahu buat perbandingan :

              • Mahkamah Tinggi Kangar jatuhkan hukuman pada hari Isnin , 9 Februari 2004
              • Hukuman dibuat mengikut Seksyen 11(A) Akta Pencegahan Rasuah dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan
              • empat pertuduhan rasuah membabitkan nilai kewangan RM385,000 dan set golf bernilai RM2,500 pada tahun1999
              • Dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan denda hampir RM1.925 juta

              Angka yang menarik untuk dibuat perbandingan ialah :

              1. Rasuah jutaan ringgit : hanya penjara 1 tahun (12 bulan)
              2. Rasuah ratusan ribu ringgit : 4 tahun penjara
              Manakala 2 kes curi seperti di paparan imej di bawah :
              • Curi RM20 beli susu : 36 bulan (3 tahun) penjara
              • Curi syampu RM107.40 : 2 tahun penjara

              khir toyo 3 Khir Toyo VS Baharuddin Ahmad. Kenapa Hukuman Jenayah Jadi Berbeza beza Di Malaysia?

              Sumber : Harian Metro

              khir toyo 2 Khir Toyo VS Baharuddin Ahmad. Kenapa Hukuman Jenayah Jadi Berbeza beza Di Malaysia? Sumber : Sinar Harian

              Antara kami tiada yang belajar undang-undang & tercapai dek akal kami untuk menafsirkannya. Kami tidak pasti atas kapasiti apa hukuman terus jadi berbeza-beza & canggung seperti ini. Jika ada di antara anda yang mempunyai ilmu undang-undang, harap dapat berkongsi pendapat anda di sini….mengapa jadi begini? Ayuh!!!!...humbankan umno bn pada PRU 13.



              Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
              Amizudin Ahmat (Din Binjai)
              http://sharpshooterblogger.blogspot.com
              /

              No comments: