PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Monday, January 30, 2012

Fwd: Fw: Karpenter (Karnival Penerangan Terkini)


Karpenter - Karnival Penerangan Terkini

Tarikh :  4hb ~ 7hb Feb'12
Masa  :   9.00malam
Venue :  Dewan JKKK Simpang Empat Permatang Buloh, Kepala Batas, Pulau Pinang

------------------------------------------------------------------------------------------------
Jangan Lupa!! CERAMAH KHAS sempena Dana Pilihanraya PAS Pulau Pinang

Tarikh :  3hb Feb'12 (JUMAAT)
Masa  :   9.00malam
Venue :  Dewan Besar Sungai Dua, Butterworth, Pulau Pinang

Anjuran: Penerangan PAS Pulau Pinang

SILA HEBAHKAN.......SILA HEBAHKAN........SILA HEBAHKAN..........SILA HEBAHKAN




Friday, January 27, 2012

Rosmah jejas persiapan PRU-13 Najib?




Rosmah jejas persiapan PRU-13 Najib?

Wan Nordin Wan Yaacob,27 Jan 2012

Analisis

Isu kemewahan hidup isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hangat kembali dan terkini isu perbelanjaan mewah Rosmah semasa di Sydney, Australia didedah akhbar negara itu.

Meskipun sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang giat dalam program turun padangnya ke negeri-negeri bagi mempersiapkan jentera pilihan raya, namun pendedahan Sydney Morning Herald menjejaskan imej Najib.

Satu artikel dalam akhbar Australia  Sydney Morning Herald tulis kolumnis Andrew Hornery yang menggelar Rosmah sebagai "First Lady of Shopping' kerana dikatakan telah membelanjakan RM300,000 membeli-belah di butik mewah pereka fesyen di Sydney, Carl Kapp.

Kolumnis itu dalam satu kenyataanya  mempertahankan dakwaannya bahawa Rosmah membelanjakan lebih RM300,000 semasa lawatannya ke Australia.

"FLOM (wanita pertama Malaysia) dakwa saya membesar-besarkan secara liar lawatan sambil membeli-belahnya di Sydney?

"Saya tetap pertahankan setiap kata-kata saya. Sumber saya amat kukuh," kata Hornery dalam Twitternya.

Selain perbelanjaan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik, Hornery juga mendakwa Rosmah dan suami menginap di emper (penthouse) bernilai A$20,000 (RM65,100) semalam, meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan pereka fesyen ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya.

Sebelum ini, Rosmah ada menyatakan penafiannya tentang dakwaan itu dan menggelarkan dakwaan itu sebagai satu tuduhan liar.

Rosmah mendapat perhatian masyarakat sejak Najib menjadi Perdana Menteri.Kehidupan mewahnya diperkatakan khalayak selain didakwa banyak mempengaruhi keputusan yang dibuat Najib dalam isu-isu dasar kerajaan.

Ramai yang tidak senang dengan kelibat Rosmah selaku wanita pertama yang dilihat terlalu menonjol bukan dengan imej positif, sebaliknya dengan imej yang menggoyahkan imej Najib.

(Rosmah dengan pelbagai gaya beg mewahnya)

Isu perbelanjaan mewahnya semasa menginap disebuah hotel di Dubai seperti yang didedahkan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Azmin Ali turut menjadi bulana umum.

Azmin mendakwa, kos penginapan Najib dan Rosmah  di hotel mewah Atlantis di Dubai lebih RM100,000 hanya untuk semalaman.

Rakyat turut dimaklumkan, jumlah perbelanjaan lawatan rasmi Perdana Menteri dan isterinya dari tahun 2008 hingga 2011 iaitu dimana mereka membelanjakan RM 1,739,332.85 (2008), RM 4,811,837.48 (2009) RM 5,140,307.99 (2010) dan RM 5,427,172.26 sehingga Jun 2011.

Memetik keratan sebuah akhbar Australia pula, seorang wanita Pertama yang tidak dinamakan turut membelanjakan A$150,000 (RM487,000) bagi membeli mutiara di gedung mewah di sana.

Kesempatan membeli belah itu diambil ketika Najib dan isterinya, yang juga menggelarkan dirinya 'Wanita Pertama Malaysia' berlepas ke Perth untuk mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM).

Antara yang turut serta dalam delegasi berkenaan ialah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D'Cruz, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ibrahim dan Presiden PPP, Datuk M Kayveas.

Ekoran daripada itu, Najib dan isterinya, Rosmah Mansor yang sebelum ini dikatakan membeli cincin berlian berharga RM24 juta, terus menerima kritikan.

Dalam pada itu, pada 31 Ogos lalu, Najib dilaporkan sebuah akhbar telah bercuti ke Perth (Australia) dengan menaiki pesawat rasmi Kerajaan Malaysia nombor pendaftaran 9M-NAA.

Menurut laporan tersebut, pesawat tersebut yang berlogokan 1Malaysia dimiliki oleh Jet Premier One (M) Sdn Bhd, anak Syarikat Penerbangan Malaysia Bhd (MAS) iaitu sebuah entiti milik Kerajaan Malaysia melalui pegangan saham oleh Khazanah Nasional Bhd.

Jumlah kos penyewaan sebuah pesawat Airbus A319 yang digunakan oleh Najib sewaktu percutiannya di Perth, Australia pada Hari Kemerdekaan, tahun ini berjumlah RM9.1 juta.

Dalam jawapan bertulis kepada soalan yang dikemukakan oleh ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata kekerapan penggunaan pesawat itu adalah meliputi 155 sektor di dalam dan luar negara.

Katanya, kos penggunaan berjumlah RM9.1 juta itu meliputi kos bahan api pesawat, caj tempat dan kendali, sajian serta logistik krew pesawat."

Rosmah juga sebelum ini pernah dikaitkan dengan kemasukan cincin buatan Jacob & Co pada harga RM24 juta.

Kemasukan barangan diatasa nama Rosmah Mansor itu didedahkan oleh Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharim yang katanya mendapat maklumat daripada sumber Kastam.

Rosmah menafikan pembelian cincin itu dan menyatakan ianya sekadar untuk pameran sulit di suatu lokasi yang dirahsiakan dan telahpun dihantar ke Singapura.

Walaupun Rosmah menafikannya, namun hingga kini perisytiharan keluarnya barangan itu kononnya ke Singapura masih menjadi tandatanya. 

Selain itu, Ketua Wanita KeADILan, Zuraida Kamaruddin pula ada mendedahkan dakwaan kononnya Rosmah memperoleh wang bagi membeli sekurang-kurangnya 11 beg tangan mewah jenama Birkin.

Zuraida berkata, sekiranya anggaran kasar, Rosmah membelanjakan minima RM638,000 hingga maksima RM5,192,000 untuk membeli beg tangan berkenaan.

Kini nama Rosmah meniti semula dibibir masyarakat selepas Shahrizat 'remuk' dibelasah kerana skandal kelemahan projek NFC yang dikendalikan oleh suaminya, Dato' Seri Mohammad Salleh.

Rosmah dilihat sukar berperang dengan akhbar luar negara apabila setiap dakwaan yang dihadapinya hanya mampu dinafikan tanpa mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar berpengkalan di Sydney itu.

Apakah sebenarnya yang berlaku, pastinya tindakan 'penafian' tidak cukup untuk menggambarkan Rosmah benar-benar tidak melakukan apa yang didakwa akhbar Sydney itu.

Sebaliknya seperti kata Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar, Rosmah harus mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar berkenaan, dan sekiranya tidak, ia mendatangkan interpretasi bahawa dakwaan akhbar itu benar.

Lebih penting lagi, apakah serangan ke atas Rosmah ini sebenarnya menggugat 'nama baik' yang sedang dirintis Najib bagi menghadapi pilihan raya umum, ramai veteran Umno-BN melihatnya sebagai suatu 'beban' kepada Presiden Umno itu.

Rakyat sedang menantikan tindakan Rosmah mahupun Najib, dan ramai yang mahu agar isu itu bukan sekadar dibiarkan berlalu begitu sahaja tanpa siasatan pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Jika gagal diatasi, ianya pasti boleh merencatkan keghairahan Najib dalam menentukan tarikh pilihan raya umum ke-13.





Yang mustahil masa BN tidak mustahil masa Pakatan

Harakahdaily,27 Jan 2012

KUANTAN, 27 Jan: Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, apa yang mustahil di zaman Barisan Nasional, tidak semestinya mustahil di zaman Pakatan Rakyat terutama masalah tanah.

"PR yakin dengan tindakan bersepadu antara semua agensi berkaitan, kita mampu mengatasi masalah tapak rumah dan isu tanah yang menjadi isu utama rakyat.

"Segalanya bermula dengan niat dan kesungguhan, dengan niat dan kesungguhan, barulah jalan baru akan ditempohi dan dicari sehingga mencapai hasrat yang diinginkan. Jika tanpa niat dan kesungguhan, mustahil kini manusia dapat menikmati kemudahan kapal terbang dan juga menjelajah ke bulan," kata beliau, yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakub yang mendakwa janji PAS Pahang  bahawa setiap rakyat di negeri ini akan mendapat tanah untuk lot rumah sekiranya pakatan pembangkang mengambil alih pentadbiran negeri pada PRU-13 nanti adalah mustahil dilaksanakan.

Ini adalah kerana Pahang kini hanya mempunyai kira-kira 100,000 hektar atau tiga peratus tanah sahaja yang boleh digunakan daripada 3.6 juta hektar tanah di seluruh negeri.

Membalas kenyataan Adnan, Tuan Ibrahim berkata janji Azam, niat ikhlas dan keyakinan PAS dan Pakatan Rakyat untuk menyediakan lot-lot rumah kepada rakyat yang belum mempunyai rumah dan menyelesaikan masalah tanah yang telah diusahakan puluhan tahun belum mendapat hak milik di Pahang bukan lahir dari angan-angan atau dibuat tanpa asas, tetapi setelah hasil kajian mendalam oleh pelbagai pihak. 

Disebabkan adanya niat dan kesungguhan tersebut, Tuan Ibrahim berkata PR telah membuat keputusan untuk membuka Felda plantation seluas 143,000 hektar di Pahang untuk membolehkan pemberian tanah dan tapak rumah kepada lebih 40,000 orang peneroka.

Disebabkan adanya niat dan kesungguhan tersebut juga, tambah beliau  PR juga telah memikirkan cara untuk membuka kawasan penempatan baru, dan pemberian hak milik kepada penduduk yang mendiami tanah tol sebagai tapak rumah. 

"Namun, harus diingatkan, apa yang mustahil di zaman BN, tidak semestinya mustahil di zaman PR. Sudah semestinya, bagi pihak berkuasa yang tiada mempunyai niat dan kesungguhan sedemikian, mereka pasti melihat perkara ini sebagai mustahil dilaksanakan dan ancaman kepada kekuasaan mereka," tegasnya lagi.  

Sebagai contoh perkara mustahil yang didakwa BN yang telah berjaya dilaksanakan PR, kata beliau ialah pemberian tanah kepada rakyat ketika PAS memerintah Terengganu dan juga pemberian air percuma di Selangor, yang didakwa BN bakal membangkrapkan negeri terkaya tersebut.

"Semua dapat dilaksanakan atas niat dan kesungguhan PR," tegas beliau.

Walaubagaimanapun, Tuan Ibrahim mengakui bukan mudah untuk memberi tanah kepada semua penduduk 1.5 juta dan buat masa ini, mungkin ia dilihat sebagai di luar kemampuan.

Akan tetapi, katanya, dengan niat, azam dan kemampuan mentadbir PR, PAS yakin mampu menyelesaikan sebahagian masalah tapak rumah untuk rakyat Pahang yang tidak mempunyai tanah tapak rumah.

Sebagai perbandingan mudah, Tuan Ibrahim mengambil isu Felda seperti yang tertera di dalam buku Jingga di mana PR berjanji untuk memasukkan peneroka di semua ladang Felda berbanding kerajaan BN yang secara sewenang-wenangnya bersetuju memajak ladang kepada FGV selama 99 tahun tanpa memikirkan nasib peneroka.

"Kalau kerajaan Pahang Barisan Nasional yang diketuai Adnan sanggup memberikan ribuan hektar tanah kepada pelbagai pihak samada perladangan, perkilangan atau pelancongan, malah tanah kepada tapak kepada sebuah kilang Lynas yang menghasilkan sisa radioaktif yang bakal membawa bala besar kepada rakyat Kuantan dan Gebeng – mampukah PR memberikan tapak rumah kepada rakyat?

"Sudah tentu ya! Walaupun ada niat dan kesungguhan daripada pihak PR, semuanya tidak akan terjadi tanpa niat dan kesungguhan rakyat Pahang untuk berubah. Ayuh rakyat Pahang, berubahlah ke zaman PR untuk 'Selamatkan Pahang!'" tegas beliau.


Mai Tang Rakyat Bagi RM500 pun sampai cerita dalam khutbah suruh berjimat.. mai tang pemimpin boros...??

http://2.bp.blogspot.com/-rd0UdDJvEMo/TyJIUBpAAYI/AAAAAAAAF3c/tc8yqwhidLI/s1600/403958_2334777903416_1668876674_1642893_1980755892_n.jpg

Tajuk khutbah di Melaka hari ini ialah Wasatiah dlm kehidupan. Mungkin juga di negeri lain pun tajuk yang sama.

Arakian, seraya khatib berkata, "bersederhanalah manfaatkan bantuan RM500 yang kerajaan beri..". Ya, rakyat yang menerima bantuan tu dah memang dah hidup sederhana, pemimpin yang atas tu hidup mewah, belanja sakan, mereka yang patut menjadi contoh hidup bersederhana..!

Rakyat yang sememangnya terhimpit dan susah untuk menjalani kehidupan sudah lama berjimat dan besederhana. Manakan duit belanja bulanan pun tak cukup lantaran harga barangan yang semakin meningkat. Caj perkhidmatan semakin melonjak. Harga minyak tak turun-turun.

Pemimpin yang berada di atas membazir, anak isteri shopping ratusan juta, beg tangan berharga ratusan ribu, barang kemas jangan cakap. Bil air dan bil api pun cecah juta ringgit. Rakyat diminta berjimat.

Inilah bahananya bila kita tersilap pilih pemimpin Umno/BN menjadi kerajaan pusat. Diharapkan pada PRU 13 seluruh rakyat Malaysia akan buat perubahan secara total.

UBAH SEBELUM PARAH.



FRIDAY, JANUARY 27, 2012

Sapa kata TOK LEBAI PAS bila perintah tak reti buat PEMBANGUNAN... nie apa kejadahnya..???

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/402516_10150509699382157_319981142156_8904656_478840371_n.jpg

Tuuuuu dia aihhhh biaq kat umno perintah 30thn dok jd terbiaq mcm tuuu jaaa....sampai naik menara asyik dok tengok belah stadium dan city point jaa jika tgk belah kuala kedah nampak laaa bangunan terbiaq tuuuu....sampai 3 mb tak dapat seattle....last mai ustaz jaaa yg seattle nya...... Maluuuu nya oi.... Gua cadang mat bashah p beli sebiji buat pusat khidmat....

30 tahun dok buat semak bandar Alor Setar
http://www.utaraonline.net/v4/images/uploaded/plaza.jpg
Proses Meruntuhkan bangunan sedang giat dijalankan..


Thursday, January 26, 2012

Jln-Jln Masuk Kg: Walaupun semiskin mana rakyat Malaysia..Yakinlah...Tuhan Itu Ada

THURSDAY, JANUARY 26, 2012

Jln-Jln Masuk Kg: Walaupun semiskin mana rakyat Malaysia..Yakinlah...Tuhan Itu Ada

Alhamdulillah, expedisi amal JJMK (Jln-Jln Masuk Kg) NGO Wargakilang di Pantai Timur selamat berjalan lancar pada hari sebelum cuti Raya Cina 22 Jan 2012. Kesemua sekali ada 25 keluarga yg kami kunjungi.

Terima kasih diucapkan kepada mereka ini yang rata-ratanya tidak kami kenali, yg turut serta setelah membaca artikel mengenai kemiskinan di Kemaman yg tersiar di berbagai website, mailing list, blog dan juga facebook. Terima kasih diucapkan kpd para admin/webmaster yg berkenaan, insyaallah tempias pahala daripada kerja amal ini sampai jua kepada kalian semua.

Terima kasih juga kpd kawan-kawan dari Utara dan juga KL yg turun membawa brg2 sumbangan masing-masing, dan jutaan terima kasih kpd rakan-rakan dari Pantai Timur khususnya bekas pelajar lama SMC (Sek Men Chukai) dan juga SIS (Sek Men Sultan Ismail) di atas kerjasama yg diberikan.

(STORM sarat dgn brg2 makanan sumbangan seorang individu dari Utara)

(TRITON mampat tayar dengan beras 10kg disusun rapat-rapat)

(Longgokan brg2 sumbangan org ramai yg hadir di Masjid Geliga, Chukai diagihkan kpd 25 bahagian)

(Antara rumah Nelayan yg kami singgah – 11 orang mendiami rumah sesempit ini)


Bro ini bersama isteri dan anak2nya tinggal di rumah atas air. Ikut katanya, beliau adalah NELAYAN TULEN, dibesar dan dilahirkan di sini, Nelayan sedari kecil. Tanpa tanah dan tanpa rumah sendiri, hanya menumpang rumah pelantar ini dengan ehsan Tauke Cina.

Apabila melihat sahabat ini, saya teringatkan Prof Ungku Aziz – waktu Pak Ungku datang buat survey mengenai kemiskinan di Kemaman tahun 1960an dulu, saya rasa brother ini tak ada lagi. Makna kata, beliau adalah generasi terkemudian kpd generasi yg pernah dibuat kajian oleh Pak Ungku dulu; sama sahaja seperti hasil kajian Pak Ungku itu, sehingga ke hari ini makan minum mereka sehari2 terus bergantung kpd laut. Kadang-kadang ada kadang-kadang tiada. Bila saya tanya apa jadi bila tiada, dia cakap terpaksalah pinjam kat SAING-SAING (bahasa Tganu: kwn2), bila ada hasil nanti bayar semula.

Begitulah kehidupan mereka, terus-terusan hidup dalam orbit kemiskinan yang terus berputar segar di bumi Kemaman yg bertuah ini. Teringat saya kpd kata-kata Nik Mardihah (pelajar terbaik SPM 2008) dlm radio IKIM malam tadi, satu-satu cara untuk keluar dari orbit ini ialah melalui PENDIDIKAN. Kami merasakan kata-kata adik Nik Mardihah itu ada benarnya juga; jika tidak dilemma kemiskinan ini akan terus menghantui generasi yg akan datang seperti dalam gambar di bawah ini.

Pakcik Tua ini sudah rabun matanya, tidak mampu lagi turun ke laut. Anaknya pula, kerana kemiskinan hanya mampu belajar setakat darjah-6, kalau bersekolah sepatutnya sekarang sudah di form 4 atau pun form 5. Tanpa pendidikan yg sempurna, anaknya ini akan terus hanyut berada di orbit kemiskinan yg sama untuk sekurang-kurangnya satu lagi generasi yg mendatang.


Ini pula adalah wajah keluarga Nelayan yang dalam tulisan saya sebelum ini (Kemiskinan di Kemaman) ada saya ceritakan kisah sahabat kami disergah bila datang buat survey, Abang dlm gambar inilah yang cakap kat dia kata kalau setakat nak datang survey tak payahlah, sebelum ini pun sudah berpuluh orang datang survey minta maklumat macam-macam tapi apa pun tak ada. Alhamdulillah, kami memang betul datang dan tidak memberikan harapan kosong buat mereka. Moga sedikit sumbangan barang-barang keperluan harian ini mampu membantu mereka menempuh saki baki hari yg ada sementara musim tengkujuh akan reda.

Ini pula lain kisahnya.

Kakak ini rumahnya betul2 mengadap laut, singgah sebentar di pelantar rumahnya ini bagaikan tak ingin nak pulang. Belaian angin laut memang tangkap syahdu habis. Kalau buat resort, harga untuk bermalam di lokasi yg sebegini mau mencecah RM250 semalam, tapi untuk keluarga ini, hidup mereka derita sekali.

Dengan suami yg tak mampu kerja kerana prolong illness (sakit lelah berpanjangan) dan anak2 yg bersekolah yg perlu disara, apalah sangat yg mampu dilakukan oleh kakak ini, yang pendapatan hariannya cuma mengambil upah membakar kuih bahulu – RM13 sehari. Itu pun kalau ada bahulu yg perlu dibakar, kalau stok masih banyak (bahulu kurang laku) maka tak adalah kerja dan tak ada upahlah untuk hari itu. Kalau putus bekalan terpaksalah pinjam dari kawan-kawan. Peritnya hidup mereka.

Sebetulnya, saya tak tau nak tulih apa dah mengenai expedisi amal kali ini, sebab jari jemari saya seolah-olah sudah jadi kaku; saya sungguh terkedu bila melihat suasana kemiskinan yg agak parah di sini. Bila ada sahabat sms/call, saya tak tau nak kata apa, saya jawab:

"Aku dah masuk merata kampung dah, merata negeri dah pi bantu org miskin ini, hari itu muka aku pun ada keluar BERSAMAmu bawa krew TV3 pi rumah org miskin kat Kedah, tapi di Kemaman ini kemiskinannya lain sikit, aku rasa miskin depa ni memang betul-betul melayakkan depa untuk dapat beras FIDYAH"

Seperti yg saya tulis sebelum ini, bagi kebanyakan keluarga ini, BERAS adalah bernilai EMAS buat mereka.

Apa tidaknya, ada sorang kakak itu (Ibu Tunggal) bila dapat sumbangan beberapa kampit beras 10kg yg kami bawa itu, terus dia cakap:

"ALHAMDULILLAH, HARI INI DAPAT LAH MAKAN NASI!!"

Bila kami longgokkan brg2 lain sampai bertimbun-timbun kat pelantar rumah dia, kakak ini tak habis-habis mengucapkan TIMA KASIH TIMA KASIH berulang-ulang kali; dia tak tau nak kata apa sampai merah mata dia bergenang dgn air mata, menangis tanda berterima kasih bersyukur tak terkira.
Tanpa ditanya, kakak ini terus mengadu kat kami, dia kata dia ada 5 orang anak-anak yg masih bersekolah yg perlu disara. Tiap-tiap pagi bila bangun tidur, dia kena fikir macam mana nak dapatkan RM15 untuk hari itu supaya anak-anaknya ada makanan untuk dimakan. Kadang2 dia amik upah siang ikan keropok (60 sen sekilo isi ikan), kdg2 ambik upah kemas rumah orang dan apa saja pekerjaan halal untuk dapat RM15 itu.

Dia juga cerita, tahun ini rasa lega sikit sebab anak bongsu dia dah mencecah usia 4 tahun, sudah boleh dihantar ke TADIKA – bukan dgn tujuan nak belajar sangat, tapi beberapa jam tatkala anaknya di TADIKA itu mampu memberi sedikit ruang untuk beliau keluar jauh sikit untuk mencari seringgit dua untuk makan minum anak-anaknya, kerana sebelum ini agak terhad disebabkan beliau terpaksa menjaga anak bongsunya ini. Begitulah peritnya beliau mencari rezeki.

Expedisi amal kami ini secara rasminya berakhir lebih kurang jam 2 petang.

Lebih kurang jam 4, sorang sahabat rasa tak puas hati dan ajak saya kembali ke rumah kakak ini; dia rasa tersentuh sangat dgn nasib keluarga ini dan bagi sumbangan tambahan.

Petang itu kami ke rumah ini lagi; waktu tu jiran-jiran sekeliling penuh mengerumuni rumah beliau, depa pun terkejut tak pernah tengok gamaknya org pi bagi sumbangan barangan makanan berlonggok banyak macam tu sekali – jadi macam kedai runcitlah pulak.

Bila saya habag kat kakak ini kata kami nak bagi sumbangan tambahan, dia lagi terkejut, dia kata tak payahlah tak payahlah – yang dok ada ini pun dah banyak sangat dah.

Terus saya tanya dia, saya kata dah banyak kali dah kami masuk bagi bantuan ke kampung-kampung tapi belum pernah terjadi ada orang minta saya pi bagi bantuan ke rumah yg sama untuk kali ke-2 pada hari yg sama, saya kata ini mesti ada benda yg kakak minta dan berdoa kat Tuhan, dan di atas berkat DOA dan SABAR kakak tu, hari ini Tuhan makbulkan.

Dengan nada merendah diri kakak ini cakap:

"Hmm,nok ghoyyat pun malu (nak cakap pun segan), memang betul pun, dalam seminggu ini, 3 empat hari kebelakangan ini boleh dikatakan tiap-tiap malam saya menangis mengadu nasib kat Tuhan"

Kerana itu barangkali beliau terus jadi tergamam, terkedu dan rasa sebak terharu; mungkin dia sendiri tak sangka di atas tangisan ikhlas beliau itu, hari ini entah dari mana-mana tanpa angin tanpa ribut tiba-tiba berbungkus-bungkus brg-brg makanan dan bertimbun-timbun beras "jatuh mai dari langit" berlonggok kat pelantar rumah dia tu.

Bila beliau dok ulang sebut terima kasih terima kasih yg tak terhingga itu, saya kata kat dia:

"Kak, ini menunjukkan satu benda ja – ini membuktikan bahawa TUHAN itu ADA!!"

Sekian, moga sedikit catatan kisah-kisah JJMK (Jln-Jln Masuk Kg) kami ini ada faedah dan mampu menjadi iktibar untuk kita semua.

Ada masa, jomlah join kami di expedisi JJMK yang akan datang.

moniermatdin@yahoo.com
http://www.moniermatdin.blogspot.com

RE: Tukartiub: #901 Antara Tahu & jangan buat tak tahu

Emmmmm… Bolehkah kita mempercayai tulisan Hishamudin Rais????Saja saya bertanya….

 

 

From: Azlisham Said [mailto:azlisham_said@jabil.com]
Sent: Friday, January 06, 2012 10:31 AM
Cc: hairi_nizam@jabil.com; Fadzil Ahmad; Amran Hamzah; Asma Ahmad; Mohd Asyraf Azmi; Aminoor Rashidin Hashim; Anilah CheBakar; Hapizi AbdHalim; Izaruzana Ahmad; Mohd Anif; Mohd Fitri Othman; Mohd Haffiz; Mohd Helmizam; Mohd Razaidi; Mohd Rethudden; MohdZaini Ayub; Muhamad Fadhli; Muhamad Ridzuan; Nur Marisa Isnaini; Nur Syafawati; Nurul Khairina Abdul Rahim; Nurzaima Ismail; SofiRizal AbdulRahim; Zulkifli AbuTalib; Mohamad Salhadi; Mohd fairul izuan Saad; fitri_idris@jabil.com; Noraida Daud; Norzamlan KamaralZaman; Suhaimi Nor; Nasrun Ghani; Norhuffairos Hussin; Norjis Abdullah; Nur Faizal; Nazril Hamzah; NoormaAhmad; bccAhmad Farizan; Faisal Kadir; Mohd Fazli; Fazli Husain; Mohammad Fitri; Mohammad Imran; Amirul Ridzauan; Khusairi Abdullah; Mizan Othman; Muhamad Rizal; Siti Melor; Shazali Athanan; Azlan AbdulRahman; Saiful Adli Ghazali; Helmy Zainal Abidin; Naqsyabandi Jamaludin; Sabri Hamid; Mohd Zakey; Borhan Rahman; Mohd Fadzlan; Sharulnizam Bakar; Khairizul Kamis; Khairil Anuar; Mohd ismail MohdAdnan; Sanan SumChai; Fazlullah Othman; Azlisham Said; Mohd Azril; Mohd Shahir; ccRidwan Osman; Sobri Shafie; Kamarunizam Hashim; Mohd Yusof; Johanis Johar; JamilZainol; Mr. Atan; Azizan Shariff; Muhamad Amru; bccazlisham.said@gmail.com.my; Fadzil_Kedai; Shamsudin Zainol; Mohd Soffian; sabri harakah; SaadPmtgKeriang; Abdul Sattar; Azmi Kasim; K Arasamy; Kannan Kutti; Zamrol Ambar; ZahirJkkkBtua; ZahirKualaMuda; Zahani Perda; ZahareenCyberguard; Zahari; Fadzli Zulkiflee; Abdul Halim Saidin; Ishak.Saad; Mohd Rizal; Mohd Rozaidi; Mohd Razaidi; Mohd Khudri; Hafiz Kasim; Anuar OmarPemuda; MohdFaisal_AbdulKadir@jabil.com; Muhammad Nordin; Mohd Shaufi; Abd Suhadee; Mohd razif Desa; Azmi Rahman; Inthiran Kanesan; ccab; mak; pak ndak; topui; Kalsom Sawai; Norzaitul Akmawati Bt Abd Rahman; Roslizawati Abd Wahab; Suhaida Bt Mat Saad; Ahmad.Azizi; Azma Wardah; bolox; ezanni; fakrul; madlisyah; muzakir; pali keeper; pantas; pon; ro-g; salmi; setan hitam; shaikh rizal; suhaimi; Syahril Faiz; syed-atif; talib; tarmizi raai; usop; wan salha; zam; Anas Ali; Azman Omar; Mohamad azhari Umar; Mohamad Azidin; Mohd Fadzil; Mohd Faizul; Mohd Fakhirie; Nur Anizam Ramli; Saiful Anuar; Alina Bt Abd Rahman; ana; As; Asmaliza Bakar; faezah jabil; fisha; Hasfina Hassan; Haty Nohaza; maria; nadia sazwanie; Nor Azizah; Norieni Mokhsalkhadin; norlia embong; norliza.mn@etiqa.com.my; nurmiza-binti_ismail@agilent.com; Rohasliza Bt Zarawi; SitiNoor Ibrahim; sue; zt; Mohd Naser; Azmir Adnan; Husni Sham; Hussirun Hussain; Mohamad Basri; Mohd Hanif; Mohd Syahreza; MohdShahrul Izuwan; NoorHafiz Abdullah; Rosaimi Mohammed; Yaziz Abdullah; Zaidi Saat; Zairulizmi Yusoff; Johari MdYusop; Khairil Shafiq; Mohd Ridhwan; Mustafa Ibrahim; Norhayati Arsad; Saidatul Maziah MatSaad; Azli Hassan; Mohd Anwar; Mohd Fairuz; Mohd Hakimi; Mohd Naim; Ridzwan AbdulWahab; Sanusi Daud; Tarmizi Bakar; Ahmad Ghazali; Darul Hisham; M Shukri; Mior Firdaus; Najib Hamdi; Zulhelmi Ismail; Ismail Mohd; Kamarul Saufi; Zainal Hanafi; Abdul Kadir; Ahmad Arsalan; Ahmad Safari; Azmi Zainul; Firdaus Halim; Khairul Bakar; Marzuki Nasiruddin; MohdRizal CheHat; Shahrul Nizam; Zul Radzi; Zurnizam Noh; FairulIdham Yazi; Mohamad Nazri; Mohd Fariz; abg aziz; Abu Zarim; adam ibrahim; anip; azhan fadzly; hanafi; Mohamad Shariwan; Munir; napi; pak pin; roseman; sapuan; ShahFaizal; shiedy; syamsul azmi; AziziAngilent; Azhar Baharum; Ustz Rosidi Blog; Ustz RosidiBlog; Mr. RomeoPTG; Manai; Abdul Hisham; Ustz JohariJKKK; azlisham.said@gmail.com.my; KhianHoe Lim; kudinIKBN; afnan dppnpp; UstzRoshidi; Mohd Ammar; Suhaimi Sulaiman; OmarSidek Husin; Sukri Othman; Subri Noh; Azhanfadzli Wahab; Osman Ayub; Bin Jamaludin, Muhammad Fadzly; Ibrahim, Khairil Aswan; Saiful Haszrul; Mohd Latif; Muhammed Faizal
Subject: Tukartiub: #901 Antara Tahu & jangan buat tak tahu

 

 

Tukartiub: #901 Antara Tahu & jangan buat tak tahu
Posted on Thursday, January 05 @ 02:38:58 PST
Dilulus untuk paparan oleh danialrazali


Open ArtikelOleh: Truckster

"

 Oleh: Hishamuddin Rais

Sepuluh tahun dahulu Setiausaha Pertahanan  Amerika Donald H.Rumsfeld telah   ditanya oleh  wartawan tentang niat Amerika untuk menyerang Iraq. Rumsfeld telah memberi satu jawapan klasik   '  There are known knowns ... there are known unknowns... there are also unknown unknowns' — atau ada pekara yang  diketahui dan kita tahu... ada pekara diketahui tetapi kita tidak tahu...ada pekara yang tidak diketahui dan kita tidak tahu.

 

Dua belas tahun dahulu Anwar Ibrahim telah dituduh meliwat pemandu peribadinya Azizan Abu Bakar. Pada tahun 2004 kes liwat ini telah dibuktikan tidak berasas dan Anwar dibebaskan. Fakta pembebasan Anwar ini diketahui dan kita  semua tahu. Anwar Ibrahim dipenjara selama 6 tahun bukan kerana meliwat tetapi kerana salah guna kuasa. Tentang fakta salah guna kuasa ini ramai yang tidak tahu dan ramai yang buat-buat tidak tahu.

Pilihanraya ke 12 -  Pakatan  Rakyat telah mendapat sokongan ramai dan  berjaya menafikan Barisan Nasional majoriti  dua par tiga di Parlimen.  Anwar Ibrahim dilantik menjadi Ketua Pembangkang. Pakatan Rakyat telah menyediakan diri untuk mengambil alih pertabiran kerajaan Malaysia.  Pakatan Rakyat juga mencadangkan Anwar  Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia dalam kerajaan Pakatan Rakyat.  Semua ini  diketahui dan kita semua tahu.

Pada 28 Jun Saiful Bukhari telah membuat laporan  polis bahawa dia telah diliwat  oleh majikannya yang bernama Anwar Ibrahim. Ini pekara diketahui dan semua orang tahu.

Pada 1  Julai 2008  Balasubramaniam anak lelaki Perumal  telah mengeluarkan  Surat Akuan Bersumpah dimana  secara terang dan jelas  dia mengumumkan kepada dunia bahawa Altantuya Shaariibuu ialah bekas kekasih Najib Razak.  Balasubramaniam juga memberitahu kepada dunia bahawa Najib juga telah meliwat Altantuya.  Fakta  ini ada yang tahu dan ada yang buat-buat tidak tahu. Untuk yang ingin tahu fakta ini ada tercatit -  fasal 25 pecahan 2  - dalam Surat Akuan Bersumpah Balasubramaniam.  Kalau tidak baca pasti tidak tahu. Susudah membaca jangan  buat-buat tidak tahu.

Pada Isnin 9 Januari minggu hadapan  Mahkamah di Jalan Duta akan mengumumkan keputusan  tuduhan Saiful terhadap Anwar.  Ini pekara diketahui   oleh semua warga. Tetapi ada pekara-pekara yang  ramai warga  buat-buat tidak tahu. Banyak  juga pekara diketahui umum  tetapi  ada warga   sengaja tidak hendak tahu. Ramai juga  warga yang tahu duduk perkara  tetapi sengaja buat tidak tahu.

Ramai yang  tahu bahawa Saiful telah tidak terberak selama dua hari kerena dalam juburnya ada bahan bukti — air mani Anwar Ibrahim. Ramai tahu  bahawa Saiful telah memasukan plastik ke dalam jubur untuk menahan dari terberak. Tetapi ramai juga tidak tahu bahawa umur air mani tersimpan dalam jubur tidak mungkin melintasi 48 jam walau pun air mani itu milik arwah  Superman Christopher  Reeve.

Ada warga yang tahu bahawa Saifol Bukhari ini telah menemui Najib Razak sebelum membuat laporan kepada polis.  Ada yang tahu bahawa Najib mengumumkan Saiful datang ke rumahnya  untuk meminta biasiswa sesudah dibuang dari universiti. Tetapi ramai yang tidak tahu  bahawa jika ada sesiapa yang gagal dalam peperiksaan mereka boleh melamar biasiswa untuk menjadi pemandu kapal terbang dari Najib Razak sendiri.

Ramai yang tahu Datuk Dr. Mumtaz Jaafar Begum ialah pelari terpantas negara satu ketika dahulu. Tapi ramai yang tidak tahu bahawa Datuk Dr. Mumtaz Jaafar Begum tidak pernah lulus pepereksaan LCE.  Ramai yang  hairan dan tidak tahu bagaimana Mumtaz Jaafar ini berjaya  mendapat ijazah doktor. Masih ramai  pula yang tidak tahu bahawa Datuk Dr.Mumtaz Jaafar ialah pembantu kepada  Rosmah Mansor — isteri Najib Razak. Paling ramai yang tidak tahu bahawa Dr. Mumtaz Jaafar itu ialah ibu angkat kepada Saiful  Bukhari.

Ramai  warga tidak tahu apakah yang dibuat oleh Anwar Ibrahim pada 26hb Jun 2008 di Unit 1151 Kodominium Desa Damansara di Jalan Setia Kasih Kuala Lumpur. Warga tidak diberi tahu bahawa pada hari yang berkenaan Anwar Ibrahim sedang mengadakan perbincangan sulit  tentang kedudukan ekonomi negara dengan  5 orang ahli ekonomi negara. Perbincangan ini  menjadi sulit kerana 5 orang pakar ekonomi ini masih bekerja untuk kerajaan. Fakta ini tidak diketahui umum malah mahkamah pula tidak mahu tahu.

Ramai yang tidak  mahu tahu bahawa  kes liwat Anwar Ibrahim ini bukan kes lubang jubur Saiful terkoyak. Atau kes Anwar Ibrahim merogol pembantunya dengan ganas. Kes  liwat Anwar Ibrahim ini  ialah kes politik.  Kes politik - pertempuran dua pandangan dunia politik Melayu. Tentang ini ramai yang  tidak tahu dan ada yang buat-buat tidak tahu.

Najib Razak mewakili garis politik Ketuanan Melayu.  Garis politik ini  telah mengajukan Dasar Ekonomi Baru dalam usaha untuk menyelesaikan kemiskinan manusia Melayu  dalam negara ini.  Selama lebih dari 40 tahun dasar yang dibawa oleh politik Ketuanan Melayu telah berjaya mengkaya-rayakan sekumpulan kecil Melayu manakala majoriti Melayu masih dalam tahap kemiskinan. Fakta sedemikian ini ramai yang tahu dan mustahil ada yang tidak tahu.

Manakala Anwar Ibrahim cuba membuka wacana baru dengan politik Ketuanan Rakyat.  Ajenda Ketuanan Rakyat ini amat menarik  terutama dikalangan jenerasi muda.   Ketuanan Rakyat ini menarik kerana ianya menolak garis perkauman, menolak parti-parti yang berasakan kaum dan membuka wadah politik yang berkemungkinan membawa kesaksamaan derajat  untuk anak semua bangsa. Tentang politik baru ini  wajib ambil tahu dan jangan buat-buat tidak tahu.

Ketuanan Melayu Najib Razak disokong oleh kaum  pemodal dan kapitalis yang besar. Najib  juga dibantu juga oleh para  cukong China yang luas jaring ekonominya. Dalam masa yang sama Najib Razak mendapat sokongan  peniaga-peniaga  dan kontraktor Melayu yang besar ekonominya. Para peniaga ini berjaya  kerana Dasar Ekonomi Baru tetapi masih bergantung nyawa dan menunggu  sokongan kerajaan.  Ini semua orang tahu.

Manakala  Anwar Ibrahim disokong oleh kaum pemodal pertengahan yang nafas mereka turun naik kerana mereka tidak tersenarai  atau  dinobatkan sebagai kroni United Malay National Organisation. Kaum pemodal dan para kontraktor kecil ini berharap jika Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri maka perniagaan mereka dapat sokongan untuk membesar.  Anwar juga disokong para peniaga kecil, tuan empunya warong dan orang-orang yang tidak dipedulikan oleh United Malay National Organisation. Fakta ini masih ada yang buat buat tidak tahu.

Justeru - Najib dan Anwar ini memiliki sokongan  yang luas dan tegar. Penyokong Anwar dan penyokong Najib datang  dari latar belakang kelas yang berasingan.  Punca-punca ekonomi membezakan penyokong Anwar dan penyokong Najib. Bila  membaca  ekonomi dijadikan asas menganalisa politik maka ramai penganalisa politik jadi bebal kerana mereka tidak tahu.  Selama ini mereka hanya menganalisa  watak Najib dan watak Anwar. Ramai yang tidak diberi tahu dibelakang pertempuran dua politikus Melayu ini ialah kaum pemodal yang sentiasa ingin  tahu siapa yang wajib disokong.

Kalau bumi retak dan langit runtuh ianya tidak akan mengubah apa-apa keputusan pada  hari Isnin depan.  Malaysia tahu Anwar Ibrahim akan didapati bersalah.  Anwar akan dinafikan hak untuk bertanding sebagai ahli parlimen. Anwar akan merayu. Lima tahun kemudian di mahkamah rayuan  Anwar Ibrahim akan  didapati tidak bersalah. Ketika ini Anwar  Ibrahim telah botak dan berumur 71 tahun.

Ada sesiapa lagi  yang tidak tahu apa yang sebenarnya sedang dilakukan oleh Najib?  Ini namanya perang  bioloji.  Kalau Najib tidak memenjarakan  Anwar dan mematikan gerak langkah politik Anwar , Najib sendiri akan masuk ke penjara dan United Malay National Organisation akan tutup kedai. Jika ini berlaku barulah seluruh Malaysia tahu bahawa  bekas pembantu Anwar Ibrahim yang bernama Saiful Bukhari hanyalah cacing kerawit dalam usus  politik perang bioloji Najib Razak.

Berhenti sebentar! Sebelum hari Isnin ini sampai ada satu pekara lagi yang tidak diketahui tetapi masanya telah sampai untuk di ketahui. Pekara tahu yang wajib diketahui oleh seluruh warga Malaysia ini ialah peranan Amerika, United Kingdom, Turkey dan Indonesia. Atau  lebih senang lagi apakah peranan Barak Obama, David Cameron, Recep Tayyip Erdogan dan Susilo Bambang Yudhoyono dalam menentukan keputusan kes  Anwar liwat Saiful ini.

Apakah pembaca terperanjat apabila  tahu ada kuasa luar yang  masuk campur  dalam kes Anwar liwat Saiful ini? Jangan terperanjat kerana seperti kata Donald H. Rumsfeld "...there are also uknown unknowns..." atau ada pekara  tidak tahu dan kita sendiri tidak tahu yang kita tidak tahu.

dimbil dari: malaysia yahoo news

 

ANWAR DIBEBASKAN DGN IKAT JAMIN
Posted on Thursday, January 05 @ 02:38:00 PST
Dilulus untuk paparan oleh danialrazali


Analisis IsuOleh: MERONG

"

SECARA TEORINYA 

SEKIRANYA ANWAR DITAHAN :

KRONOLOGINYA

1.        POPULARITI BN/NAJIB JATUH TAHAP MAXIMUM

2.       PRU13 SAKSIKAN PR MENAWAN PUTRAJAYA

3.       KES ANWAR DIBUKA SEMULA DAN ANWAR DIBEBASKAN

4.       ANWAR DILANTIK MENJADI PERDANA MENTERI. 

SEKIRANYA ANWAR DIBEBASKAN 

1.       POPULARITI BN/NAJIB MENINGKAT KRN KETELUSAN DAN BUKTI TIADA CAMPURTANGAN POLITIK

2.       PRU13 SAKSIKAN JATUHNYA BEBERAPA NEGERI LAGI KETANGAN PR TETAPI BN PERTAHANKAN PUTRAJAYA.

3.       KES ANWAR DIBUKA SEMULA DAN ANWAR DI BICARAKAN ATAS LIWAT 2 ATAU 3.

4.       ANWAR DIPENJARAKAN. 

KENAPA ISU LIWAT PENTING DAN TEMPOH TAYANGNYA PERLUKAN SAMBUNGAN ?

1.       MEMBERIKAN “INTANGIBLE EFFECT” BAGAIMANA TATACARA KEHIDUPAN KAUM GAYS.  

BUKTI KEJAYAAN ISU LIWAT SEJAK DIWUJUDKAN PADA 1997/98: 

1.1   PERCAMBAHAN KELAB GAY DI MALAYSIA

1.2   RAKYAT MALAYSIA TERLIBAT DGN PERKAHWINAN SEJENIS (2 KES YG DI KETAHUI). 

MENGAPA PENTINGNYA MASYARAKAT MENGENALI KEHIDUPAN  KAUM GAY? ANDA CARI JAWAPANNYA.

" 

Monday, January 23, 2012

MasterCard Prize Alert.

MasterCard / Microsoft INTERNATIONAL MEGA JACKPOT
Bradford City Centre Branch
7 Stamford New Road, London
MICROSOFT OFFICE, UNITED KINGDOM
Attn:Prize Winner
Winning No: Mscard/956//Uk
Email Ticket No: Mscard/677/2012
Notification Date: 22/01/2012
AMOUNT WON: 500,000.00GBP (Five Hundred Thousand Great Britain Pounds).
 
We are happy to inform you about the results of the just concluded MasterCard Int. /Microsoft New year Awards, This email has brought you an unexpected luck, Your e-mail address attached to the Ticket number *Mscard/677/2012* was selected and confirmed by our co-sponsor Microsoft International, through their latest internet software, You are therefore been approved by MasterCard Int. /Microsoft UK the sum of 500,000.00 (Five Hundred Thousand Great Britain Pounds).
Please note that in this year's awards, no tickets were sold out to individuals, email addresses of Microsoft Users were collected and balloted, so you are lucky to be one of the selected 2012 winners of the MasterCard / Microsoft INTERNATIONAL MEGA JACKPOT
CONTACT CLAIMS ADMINISTRATOR
NAME:Mrs Cindy Jones
Email: mprizecllaimz@y7mail.com
Phone #: +44 7024070126
Fax #: +44 701 989 5999
MasterCard / Microsoft Promotion Department
Do email the above Claims Administrator, at once with all the claims requirements below. To avoid unnecessary delay. They are needed to proceed.
 
Claims Requirements:
1. Full Name:_____________________
2. Address:____________________
3. Nationality:___________Gender: ________
4. Age:_________________
5. Occupation:___________________ __
6. Phone:__________Fax:_________ __
7. Country:___________________
8. Coments about MasterCard:_ _____________
 
PROCEEDURES / RIGHTS AND PRECAUTIONS.
PAYMENT MODE:
Delivery of Certified MasterCard of 500,000.00GBP by a registered Courier Company.
 
This email may show as spam in your mailbox, please but do not delete as you are a legitimate winner of the MasterCard / Microsoft 2012 Awards, Kindly keep your winnings confidential until, it is successfully delivered to you by our affiliated Delivery Company.
Congratulations once more.
Secretary,
Mrs.Jane White
MasterCard / Microsoft Mega Jackpot

Friday, January 20, 2012

Apa makna jawatan kalau wang zakat disalahguna?

Apa makna jawatan kalau wang zakat disalahguna?

Harakahdaily,20 Jan 2012

KUALA LUMPUR, 20 Jan: "Apa makna jawatan tertentu kalau diserahkan kepada golongan agama sekalipun, jika wang zakat pun boleh disalahgunakan seperti yang diledakkan Ketua Audit Negara?"

Itulah jawapan ringkas berbentuk soalan daripada Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man untuk membalas serangan bertubi-tubi media Umno terhadap PAS dalam isu exco agama kerajaan negeri Selangor.

Bagi beliau, serangan Umno menandakan pemikiran Umno masih berada di kotak lama kerana menganggap exco agama mesti diberikan kepada PAS, seolah-olah orang lain tidak layak; atau PAS hanya layak pegang exco agama; sedangkan portfolio lain tak layak.

Dalam memegang jawatan dalam apa bidang sekalipun, Tuan Ibrahim menegaskan yang penting ialah amanah seperti yang dinyatakan dalam satu nasihat Nabi Muhammad kepada Abu Zar Radiallahu'anhu.

"Dalam satu peringatan Rasulullah kepada Abu Zar Radiallahu'anhu, baginda menyatakan:

"Wahai Abu Zar, sesungguhnya kamu lemah, sedangkan jawatan ini adalah amanah, dan ianya adalah penyesalan di hari akhirat, melainkan kamu menerimanya di atas kelayakan kamu dan kamu menunaikan hak kepada yang berhak menerimanya (tunaikan amanahnya).

"Jelas apa yang penting penyandang adalah mesti seorang yang amanah. Apa makna jawatan tertentu kalau diserahkan kepada golongan agama sekalipun, jika wang zakat pun boleh disalahgunakan seperti yang diledakkan Ketua Audit Negara?" kata beliau.

Kenyataan beliau ini dipercayai merujuk kepada kontroversi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menggunakan dana zakat sebanyak RM63,650.00 untuk sebagai pendahuluan membiayai kos guaman Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir dalam menangai kes permohanan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang turut berpendapat bahawa kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan perakuan untuk mengadakan perbincangan dengan PAS dalam isu-isu agama dan merujuk kepada pakar dalam isu-isu hukum telah menggambarkan kepada rakyat, sikap berhati-hati yang diambil kerajaan Selangor dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawab kepadanya.

Dalam perlantikan Dr Yunus dengan sokongan padu Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman, Tuan Ibrahim berkata ia memperlihatkan kepada umum betapa kepimpinan PAS bukanlah golongan yang mengejar jawatan.

"Bahkan rela diberi kepada orang lain yang difikirkan sesuai dan layak demi memperkasakan jentera parti," tambah beliau.

KUIN dan AUKU

8:55:00 AM

Ditulis oleh Nasrudin Hassan at Tantawi

0 comments

KUIN dan AUKU

1. Saya menulis saat ramai orang sedang enak tidur di buai mimpi. Sejurus tiba dari Kuala Lumpur sebentar tadi, jam menunjukkan 2.30 am. Bukan sahaja saya tidak mampu melelapkan mata tetapi juga resah mengenang masa depan yang tentunya menjanjikan 1001 cabaran buat diri saya dan perjuangan Islam yang saya dokong ini.

2. Antara yang benar - benar mengganggu keselesaan dan mengusik jiwa muda saya buat masa ini ialah isu KUIN dan AUKU. Sekian lama saya berlunak dengan semua pihak bagi menjernihkan suasana dan meredakan keadaan. Sebelah kanan saya ialah bapa yang banyak membekal ilmu, hikmah dan pengalaman berjuang sementara sebelah kiri saya ialah adik - adik yang meronta mohon diadili selayaknya. Sementara saya masih berdiri digaris tengah dengan tetap mempertahankan prinsip perjuangan suci yang saya galas sejak sekian lama.

3. Sebahagian prinsip yang saya maksudkan itu ialah pendirian saya dan pendirian Dewan Pemuda PAS Malaysia terhadap AUKU. Jelas pendirian kami sehingga kini tidak berubah iaitu mansuhkan AUKU. Sebagaimana saya pernah ke lokap, bermandi air asid dan bersimbah gas pemedih mata memperjuangkan pendirian Mansuhkan ISA, maka demikianlah saya dan rakan - rakan pemuda konsisten berjuang untuk mansuhkan AUKU bukan memindanya seperti yang dianjurkan oleh pihak kerajaan UMNO dan BN. Terbaru saya telah meminta agar JUHAM DPPM menghantar memorandum bantahan AUKU dan RUU Himpunan Aman kepada kementerian yang terbabit, tetapi tertangguh atas faktor kesesuaian masa dan pertembungan program. Insyaallah ia akan di"proceed" dalam tempoh terdekat.

4. Pendirian ini bukan kepada kes - kes tertentu atau universiti dan kolej tertentu tetapi meliputi semua termasuk KUIN yang berada di bawah Kerajaan Negeri Kedah dan ianya ditadbir oleh Pakatan Rakyat sementara Menteri Besarnya dari PAS. Pendirian kami tidak berubah dan tegas. Malah beberapa kali telah saya kemukakan samaada dihadapan YAB Menteri Besar sendiri, mahupun melewati kenyataan media yang menggesa agar KUIN bertindak wajar dan tidak menggantung 5 orang mahasiswanya.

5. Namun, cara dan pendekatan saya mungkin berbeza dengan pihak lain termasuk sebahagian mahasiswa sendiri. Ianya berasaskan khibrah atau pengalaman, sedang saya pernah melalui alam kemahasiswaan. Saya telah merayu dan meminta jasa baik KUIN agar mengkaji semula tindakan yang diambil dan saya telah merancang untuk pergi mengadap pihak tertinggi dalam pentadbiran KUIN. Namun hasrat itu tergendala apabila saya dimaklumkan bahawa kes ini akan dibawa ke mahkamah oleh pihak mahasiswa. Maka biarlah mahkamah yang membuat keputusan kerana kes ini telah dihadapkan kepada mahkamah.

6. Saya mengambil sikap, jika itu adalah keputusan yang dianggap wajar oleh adik - adik mahasiswa KUIN yang digantung pengajian mereka oleh pihak pentadbir KUIN tersebut, maka saya akur dan mendoakan agar mereka beroleh kejayaan. Buat pengetahuan umum, saya sendiri telah bertemu dengan adik - adik mahasiswa yang telah diambil tindakan ini dan mendengar suara serta penegasan mereka, malah saya masih ingat lagi kata - kata saya kepada mereka dengan disaksikan oleh Sdr Sabki Yusuf Naib Ketua DPPM pada waktu itu, Yb Ust Nasir Zakaria selaku Exco DPPM dan Ust Ahmad Yahya selaku Ketua DPP Negeri Kedah. Apa yang saya tegaskan ialah, jika antum rasa ini adalah satu kebenaran maka antum mesti mempertahankan pendirian antum dan hadapinya sehingga berjaya. Inilah idealisme mahasiswa dan perjuangkannya.

[ Itu penegasan saya dan itu prinsip saya dan tidak perlu saya ulang sebut acap kali seperti ia bukan suatu yang penting dan muktamad sedang ia prinsip dan muktamad sifatnya. Saya pun tidak suka bercakap perkara yang sama berulang kali. ]

7. Sepanjang tempoh itu pula, saya tidak meninggalkan kes ini berlalu begitu sahaja. Saya minta jasa baik JUHAM pula untuk meneruskan apa jua usaha yang boleh DPPM hulurkan kepada mahasiswa tersebut. Bermula di zaman Dr. Zulqarnain menjadi pengarah JUHAM dan dibantu sdr Abdullah Karim selaku Exco DPPM pada waktu itu yang juga merupakan seorang lawyer sehinggalah sekarang, JUHAM bersama pengarah barunya sdr Zamri terus mewakili DPPM menghulurkan apa jua bantuan yang dirasakan perlu.

8. Ertinya saya tegaskan disini bahawa DPP Malaysia terus komited dengan gerakan Mansuhkan AUKU dan tentunya kita harapkan mahasiswa sendiri yang "lead" atau terajui gerakan mansuhkan AUKU justeru itulah perjuangan agar mereka bebas dari cengkaman AUKU yang membelenggu mereka sejak lebih 40 tahun lalu. DPPM bersama dengan gerakan mahasiswa sebagai pelapis kepimpinan negara akan datang.

9. Saya tidak mengambil sikap menghukum siapa benar dan siapa pula salah dalam hal mahasiswa vs KUIN ini. Kerana pastinya kedua - dua belah pihak mempunyai hujjah masing - masing dalam mempertahankan sikap dan tindakan yang diambil, tetapi saya mempersoalkan bentuk hukuman dan cara ianya diambil. Menggunakan AUKU bukanlah langkah bijak sebagaimana menafikan hak mahasiswa bersuara juga bukan langkah yang baik.

10. Akhirnya saya berharap adik - adik mahasiswa bersabar mendepani dugaan ini. Andai kalian dipihak yang benar, pasti sahaja kebenaran itu akan terserlah jua. Kerana Allah bersama hambanya yang benar dan sabar. Saya jua senantiasa mendoakan kejayaan kalian. Teruskan perjuangan membebaskan mahasiswa dari kepungan AUKU, biar siapa yang terpaksa didepani. Namun nasihat saya selaku ketua DPPM, berjuanglah dalam kawalan adab dan akhlak yang diajar oleh Islam, agar tidak emosi menguasai diri tetapi kebijaksanaan, kewibawaan dan kematangan mahasiswa kelak akan membuka mata semua pihak.

Selamat berjuang dari saya

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Hukum Guna Wang Zakat. Lampiran Khas 2

1:01:00 PM

Ditulis oleh Nasrudin Hassan at Tantawi

0 comments

Hukum Penggunaan Wang Zakat. Lampiran Khas 2

Amil Zakat

Amil zakat bermaksud orang yang dilantik oleh pemerintah untuk menguruskan harta zakat. Mereka merangkumi;

- al-Hasyir: yang mengumpul data pemilik harta yang bakal dikenakan zakat.
- al-'Arif; yang meninjau orang-orang yang layak menerima zakat.
- al-Hasib; yang menguruskan pengiraan harta zakat.
- al-Katib; juru tulis/pencatat bagi hal berkait pengurusan zakat.
- al-Jabi; yang menjalankan pungutan zakat.
- al-Qassam; yang menjalankan pengagihan harta zakat.
- Hafizul-Mal; yang menyimpan atau mengawasi simpanan harta zakat.

Imam an-Nawawi menjelaskan dalam kitabnya al-Majmu'; diberikan kepada semua mereka di atas dari saham amil kerana semua mereka termasuk dalam pengertian amil-amil zakat, yakni mereka diberikan dari saham yang dinamakan saham amil iaitu 1/8 zakat. 

(al-Majmu', Kitab az-Zakah, bab Qism as-Sadaqaat, 6/175).

Jawatan yang berhak mendapat saham amil tersebut hanyalah yang ada kaitan secara langsung dengan tugas-tugas pentadbiran zakat. Kerana itu, Imam an-Nawawi menjelaskan lagi; Di sisi ashabuna (yakni fuqahak mazhab Syafiie); "Tiada hak dalam harta zakat untuk sultan/pemerintah, gabenor wilayah dan qadhi (hakim), akan tetapi gaji mereka -jika mereka tidak bertugas secara sukarela- hendaklah diambil dari Baitul-Mal (dari harta khumus yang diperuntukkan bagi maslahah-maslahah negara) kerana tugas/pekerjaan mereka umum bagi maslahah sekelian kaum muslimin, berbeza dengan amil zakat (yang bertugas khusus untuk harta zakat, maka layak diberikan upah dari harta zakat)" 

(al-Majmu', 6/175).

Menurut fuqahak; kadar zakat yang diberikan kepada amil-amil ialah yang bersesuaian dengan upah kerja/tugas mereka. Jika saham 1/8 yang diperuntukan untuk amil menyamai kos upah amil, diberikan semua saham itu kepada mereka. Jika saham itu melebihi kos upah tersebut, diberikan kepada mereka kos upah mereka dan yang selebihnya hendaklah dipulangkan kepada asnaf-asnaf yang lain. 

Jika saham 1/8 itu tidak cukup untuk menampung kos upah mereka, para ulamak berbeza pandangan;

1. Sebahagian berpandangan; diambil dari bahagian asnaf-asnaf yang lain.
2. Sebahagaian berpandangan; ditampung dengan wang dari Baitul-Mal.

Menurut mazhab Syafiie; jika imam (pemerintah) ingin menetapkan upah bagi pegawai-pegawai pengurusan zakat semuanya diambil dari Baitul-Mal (tanpa melibatkan harta/wang zakat), hukumnya harus. Jika ini dilakukan, semua harta zakat diagihkan kepada asnaf-asnaf yang lain. 

(al-Majmu', 6/175).

Merujuk kepada kes Dato Jamil Khir;

1. Menggunakan harta zakat untuk bayaran guaman bagi kes berkait dengan JAWI dan mengambilnya dari saham Amil adalah tidak tepat kerana kes itu tidak ada kaitan dengan tugas/peranan pengurusan zakat.

2. Kadar yang diberikan kepada amil bukanlah sewenang-wenangnya, tetapi bersesuaian dengan kadar upahnya sahaja iaitu dengan melihat kepada peranannya dalam pengurusan zakat. Dalam kes Jamil Khir, jumlah yang terbabit (bagi bayaran guaman itu) di luar logik jika hendak dianggap sebagai upah amil di samping ia tiada kaitan dengan pengurusan zakat sebagaimana disentuh tadi.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS

Hukum Guna Wang Zakat. Lampiran Khas 1

1:58:00 AM

Ditulis oleh Nasrudin Hassan at Tantawi

1 comments

Hukum Penggunaan  Wang Zakat : Lampiran Khas

1. Golongan yang berhak menerima harta zakat telah ditentukan Allah, ianya tidak diserahkan kepada pilihan manusia atau pemerintah semata-mata. Setiap yang telah ditentukan Syarak perlulah dilaksanakan sebagaimana dikehendaki Syarak. Ini menjadi amanah penting yang dipikul oleh individu atau institusi yang bertanggungjawab menguruskan harta zakat; memungut dan mengagihkannya.

Menjadi satu kaedah yang disepakati oleh para Fuqahak bahawa;

تَصَرُّفُ الإِمَامِ عَلَى الرَّعِيَّةِ مَنُوْطٌ بِالْمَصْلَحَةِ

"Tidak tanduk pemimpin dalam perkara yang berkait dengan rakyat terikat dengan maslahah (untuk rakyat)"

(al-Asybah wa an-Nazair, Imam as-Suyuti).

Mengulas kaedah ini, Imam Ibnu Nujaim berkata;

إذا كان فعل الإمام مبنيا على المصلحة فيما يتعلق بالأمور العامة لم ينفذ أمره شرعا إلا إذا وافقه،
فإن خالفه لم ينفذ


"Oleh kerana perlakuan/tindakan pemimpin bagi urusan-urusan awam mesti terbina di atas maslahah, tidak dilaksanakan arahannya –dari segi Syarak- melainkan jika arahan itu menepati maslahah. Maka jika ia menyalahai maslahah, tidak harus dilaksanakan"

(al-Asybah wa an-Nazair, Imam Ibnu Nujaim, halaman 138).
 
2. Khusus bagi pengurusan kewangan, Saidina 'Umar pernah menegaskan;

إني أنزلت نفسي من مال الله تعالى بمنزلة ولي اليتيم.  

"Sesungguhnya aku meletakkan diriku dalam pengurusan harta Allah sama seperti kedudukan penjaga harta anak yatim".

Penjaga harta anak yatim adalah adalah pemegang amanah. Tidak harus ia membelanjakan harta itu sewenang-wenang seolah-olah harta itu miliknya, sebaliknya ia hendaklah menguruskan harta itu bagi pihak orang lain dengan penuh kejujuran agar ancaman Allah dalam ayat berikut tidak berlaku ke atasnya;

إِنَّ الَّذِينَ يَأْكُلُونَ أَمْوَالَ الْيَتَامَى ظُلْماً إِنَّمَا يَأْكُلُونَ فِي
بُطُونِهِمْ نَاراً وَسَيَصْلَوْنَ سَعِيراً

(Surah an-Nisa', ayat 10)

Menyentuh tentang pengurusan harta zakat, Imam an-Nawawi menegaskan; "Adalah dituntut ke atas pemerintah dan individu yang ditugaskan memungut zakat apabila diserahkan kepadanya urusan pengagihan harta zakat untuk memberi perhatian kepada memastikan dengan tepat orang-orang yang berhak terhadap harta tersebut, mengetahui bilangan mereka, kadar keperluan mereka dan kadar hak mereka"

 (al-Majmu', kitab az-Zakah, bab Qism as-Sadaqaat, 6/188).

3. Golongan yang berhak menerima zakat

Allah telah menghadkan orang-orang yang berhak menerima harta zakat kepada lapan golongan;

1. Untuk golongan fakir
2. Untuk golongan miskin
3. Untuk golongan muallaf yang hendak dijinakkan hatinya dengan agama
4. Untuk 'amil-amil yang dilantik menguruskan zakat
5. Untuk hamba-hamba yang ingin memerdekakan dirinya
6. Untuk orang-orang yang dibelenggu oleh hutang
7. Untuk dibelanjakan bagi kemaslahan agama Allah (Fi Sabilillah)
8. Untuk orang-orang musafir yang terputus bekalan.

إِنَّمَا الصَّدَقَاتُ لِلْفُقَرَاءِ وَالْمَسَاكِينِ وَالْعَامِلِينَ عَلَيْهَا وَالْمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُهُمْ وَفِي الرِّقَابِ وَالْغَارِمِينَ وَفِي سَبِيلِ اللَّهِ وَاِبْنِ السَّبِيلِ فَرِيضَةً مِنَ اللَّهِ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ

"Sesungguhnya sedekah-sedekah (yakni zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang menguruskannya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hokum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".

(at-Taubah: 60)

4. Oleh kerana orang-orang yang berhak menerima zakat telah ditetapkan oleh Allah, tidak boleh sewenang-wenangnya kita harta zakat digunakan kecuali kepada kepada aspek-aspek yang ditentukan Syarak. Para ulamak menegaskan; Jika seorang telah tersalah memberikan zakatnya di mana ia membayar zakatnya kepada orang yang tidak layak menerima harta zakat, maka zakatnya tidak sah dan wajib diulangi. 

(al-Fiqhul Wadhih, jil. 1, hlm. 514).

Kerana itu, amat penting diperhatikan kepada siapa kita salurkan zakat kita?

5. Pengertian Sabilillah

Jumhur ulamak terdahulu (termasuk ulamak-ulamak mazhab Syafi'ie) mengkhususkan Fi Sabilillah hanya kepada tentera-tentera Islam yang berperang di jalan Allah. Ini sebagaimana ditegaskan oleh Imam as-Syirazi dalam al-Muhazzab;

"Bahagian Fi Sabilillah diberikan kepada tentera-tentera yang berperang secara bersunguh-sungguh jika mereka tidak diberi gaji. Adapun tentera-tentera yang dibayar gaji oleh pemerintah, maka mereka tidak diberikan zakat kerana rezki dan keperluan mereka ditanggung oleh harta Negara (al-Fai')"

(al-Muhazzab, Kitab az-Zakah).

6. Berkata Imam Nawawi ketika mensyarahkannya;

"Mengikut mazhab kami (yakni mazhab Syafi'ie), habuan fi Sabilillah yang disebut dalam ayat ialah dibelanjakan kepada tentera-tentera yang tidak diperuntukkan bagi mereka harta dari jabatan kerajaan di mana mereka berperang secara sukarela. Perdapat yang sama diutarakan oleh Abu Hanifah dan Malik"

(al-Majmu', Imam an-Nawawi).

7. Namun terdapat para ulamak yang memperluaskan pengertian Fi Sabilillah ini kepada semua aktiviti dan usaha untuk kemaslahan Islam dan umat Islam. Di antara mereka, Imam al-Kasani yang menyebutkan dalam kitabnya yang terkenal (بدائع الصنائع):

Adapun firman Allah (وَفِي سَبِيلِ اللَّه): ia adalah ungkapan bagi semua usaha yang mendekatkan diri kepada Allah. Maka termasuk di dalamnya semua orang yang berusaha melaksanakan ketaatan kepada Allah dan berusaha di jalan kebaikan jika ia seorang yang memerlukan (harta zakat)".

8. Menurut Imam Fakhruddin ar-Razi; Imam al-Qaffal telah menaqalkan dalam tafsirnya dari beberapa Fuqaha' yang mengharuskan dibelanjakan zakat untuk semua bentuk kebaikan/kebajikan seperti membina benteng-benteng pertahanan, membangunkan masjid dan sebagainya kerana ungkapan Allah (وَفِي سَبِيلِ اللَّه) itu adalah umum".

(Tafsir ar-Razi: 16/113, Lihat Fiqh az-Zakat, Dr. Yusuf al-Qaradhawi, jil. 2, hlm. 689).

9. Apa yang jelas dari kalimah yang digunakan Allah "Fi Sabilillah", penggunaan harta zakat bagi tujuan ini hendaklah yang ada kaitan dengan agama dan ummah, bukan semata-mata kepentingan bersifat individu. Ini sebagaimana disentuh oleh Syeikh Rasyid Ridha dalam tafsirnya al-Manar; "Setelah dibuat kajian jelaslah bahawa yang dimaksudkan dengan Fi Sabilillah di sini ialah segala urusan kepentingan umum kaum muslimin yang dengannya tertegak urusan agama dan Negara. Ia bukan urusan kepentingan individu….". 

(Fiqhu az-Zakah, jil. 2, hlm. 692).

10. Ditegaskan juga oleh Syeikh Abdurraziq Nasir Muhammad (salah seorang ulamak al-Azhar, Mesir) dalam buku Fiqh Zakatnya; "Maksud kalimah Sabilillah ialah maslahah-maslahah umum yang melata manfaatnya kepada sekelian kaum muslimin, bukan yang khusus kepada individu tertentu sahaja"

(Fiqh az-Zakah Fi al-Mal wa al-Badan, halaman 139)


Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia