PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Tuesday, December 06, 2011

UMPRONO:Daripada Modal Insan ke Modal LEMBU

Iklan Top inside

 

Lesapkan wang rakyat tetapi salahkan DAP

| Print |

 

Hazayani Zakaria   

KUALA LUMPUR, 6 Dis: Orang Melayu diingatkan agar tidak terpengaruh dengan politik kotor Umno yang menggunakan DAP sebagai modal untuk menakut-nakutkan mereka, sebaliknya perlu sedar dengan salah guna kuasa dan penyelewengan wang rakyat yang dilakukan parti itu.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, Umno dalam perhimpunan agungnya minggu lalu secara tidak langsung mengakui sudah tidak mampu menarik sokongan orang Melayu kerana urus tadbir negara yang semakin lemah di bawah pemerintahan mereka.

Justeru, Umno terpaksa menuduh DAP akan lebih berkuasa dan mengambil hak orang Melayu jika orang Melayu menyokong Pakatan Rakyat.

"Saya nak ingatkan orang Melayu, jangan sampai kita takut kepada DAP, RM250 juta hilang dalam NFC (Perbadanan Fidlot Negara), takut dengan DAP, RM52 bilion saham bumiputera tinggal RM2 bilion, takut dengan DAP akhirnya RM1.8 bilion diberi kepada Tajudin Ramli (bekas Pengerusi Syarikat Penerbangan Malaysia-Mas), takut dengan DAP, berlaku skandal dalam wang PPRT RM32 bilion oleh menteri Umno," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini, hari ini.

Tambah Mahfuz, Umno terpaksa menarik sokongan orang Melayu yang semakin menurun bagi membolehkan mereka terus memerintah dan mengumpul kekayaan untuk  kroni mereka.

"Umno gunakan DAP untuk takutkan Orang Melayu, tapi dalam masa yang sama terus memunggah khazanah negara untuk kroni mereka," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Menurut beliau juga, perhimpunan agung Umno juga membuktikan parti itu masih takut memberi ruang yang sepenuhnya kepada perwakilan untuk membincangkan soal integriti kepimpinannya.

"Awal-awal lagi Ketua Polis Negara keluarkan kenyataan tak berlaku pecah amanah dalam NFC yang dimiliki suami (Datuk Seri) Shahrizat (Jalil). Ini hanya untuk mengelakkan huru hara dalam perhimpunan agungnya.

"Bila ada kenyataan daripada Ketua Polis Negara, perwakilan tak bangun persoal soal NFC tapi saya yakin Orang Melayu mempunyai pendirian yang sama iaitu mempersoal dan mempertikai kepimpinan Umno," katanya.

 

Menjawab tulisan DUN BANDAR BAHARU- DUN PINGITAN REBUTAN UMNO DAN PAS

Menjawab tulisan DUN BANDAR BAHARU- DUN PINGITAN REBUTAN UMNO DAN PAS

Oleh Joe Penang

Sebelum menjawab tulisan ini biarlah saya ceritakan sedikit latar belakang saya.

  • mengundi di Bandar Baharu pada pilihanraya,PRU 2008
  • pernah memegang jawatan di cawangan selepas 2008
  • duduk di Bandar Baharu sejak 2006
  • banyak berbual dengan orang-orang tua sekitar Bandar Baharu

 

Jawapan saya. Tulisan saudara seperti kita semua sedia maklum. Melagukan cerita pembangunan fizikal semata. Tiada cerita pembangunan minda(dah tentu agama).Biarlah saya menjawab dari segi isu pembangunan sahaja.

 

Papan tanda projek pembangunan di tepi Exit Bandar Baharu pernah tersergam megah. Projek pembangunan rumah kedai dan kediaman di tepi lebuhraya. Malangnya papan tandanya pun dah roboh. Kelapa sawit terus membesar. Projek di bawah kerajaan mana sebelum 2008 lagi?

 

Projek Lebuh Raya Durian Burung ke Bandar Baharu kini sepi. Yang tinggal hanyalah dari Durian Burung ke Kupang. Itu pun tertangguh lama. Tak nak buat dah ke? Masa rancang tu kerajaan mana yang berkuasa?

 

Sekarang ini kedengaran cerita pula mengenai projek lebuh raya Bandar Baharu ke Sungai Petani. Orang Kedah nak balik ke Kedah tak perlu masuk lebuhraya ke Penang dulu. Moga ianya menjadi kenyataan. Amin

 

Ketika Kadir Sheikh Fadzir jadi MP Kulim Bandar Baharu, Politeknik Kulim mulanya dirancang dibuat di Dun Bandar Baharu. Namun beliau memindahkan lokasi tersebut ke Kulim HighTech. MP Pas kah dia?

 

Azimi Daim ketika menjadi AdunBandar Baharu juga Exco Pelajaran dan Modal Insan,apakah pembangunan yang dibawa beliau ke sini.? Ada MRSM, IKBN di sini ke? Yang ada hanyalah Kolej Komuniti Bandar Baharu. Itupun cuma satu kursus sahaja dan mengguna Pejabat Daerah dan Tanah

Bandar Baharu yang kosong sekian lama.

 

Bandar Baharu tetap akan membangun walaupun perlahan tidak seperti Dun Kulim(walaupun dalam satu parlimen) atau Parlimen Sungai Petani. Banyak taman-taman Epic Valley dan Damai Hikmat dibina di sini. Majoriti islam(melayu) kelas menengah makin bertambah kerana semua penghuni taman adalah orang melayu.

 

Tak kisah la jika tak banyak pembangunan di sini. Taman-taman di sini tak banyak kes kecurian, masih kelihatan sawah menghijau di sepanjang lebuhraya dari pekan Bandar Baharu ke Tol Bandar Baharu. Walaupun banyak rumah kedai di Pekan Bandar Baharu hanya menjadi sarang burung walit dan sepanjang pembahagi jalan lebuhraya Tol Bandar Baharu rumput tumbuh meliar jarang dipotong.

 

Tak kisah la takde pembangunan sangat di Bandar Baharu. Nak beli barang pergilah ke Parit Buntar. Ada EconSave, Bilion, Minat, Pasar RayaKu dan lain-lain. Kuih-kuih Gerai Kak Ramlah di sini masih dijual dengan harga 30 sen sekeping. Masih besar dan sedap lagi.

 

Pagi Jumaat dan Sabtu kami masih berpeluang mengaji agama berkitab dengan Paksi Kerian. Pagi Jumaat di Parit Nibong dan pagi Sabtu di Kolej Komuniti Bandar Baharu. Walaupun di sini tiada sekolah pondok seperti Pondok Pak Ya Padang Lumat di Yan atau Pomdok TG Salleh Musa di Sik. Kami bahagia seadanya.

 

Cukuplah dulu setakat ini. Salah fakta sila betulkan. Wallhua'lam

 

Umporno: Daripada modal insan ke modal lembu...

 Apa sudah jadi kepada UMNO? Mana parti yang diransang oleh fikiran besar dan idealism? Mana parti yang diransang oleh perjuangan emansipasi daripada belenggu penjajahan fizikal dan minda? Sayang seribu kali sayang, parti tersebut sudah jadi arwah dan sudah ditalqinkan. Sebaliknya, ucapan yang berapi-api dari pemimpin biasa sehinga pemimpin besar UMNO didengar sebagai jeritan nyaring dan kasar pemimpin-pemimpin daripada sebuah parti yang lebih mirip kepada kumpulan yang dipimpin oleh Benito Mussolini. Ini suara dari parti fasis! Ini pandangan saya mengenai PAU 2011. Ramai sudah pulang ke kampung halaman. Peniaga pun buat cheap sale saat akhir. Mungkin ada yang masih tinggal di Kuala Lumpur sebab pemimpin mereka sudah bayar bilik dan beri duit belanja. Ini kelaziman para perwakilan.Apa sebetulnya yang mahu dicerna selama PAU 2011? Fikiran besar dan pengucapan yang bertanggungjawab? Pengucapan yang mengutamakan kesejahteraan negara keseluruhan nya?Tidak ada benda-benda ini. Yang ada yang dicernakan ialah perkara perkara yang menyeramkan orang Melayu. Para perwakilan UMNO yang disifatkan sebagai askar barisan depan UMNO ditanam dengan rasa cemas dan ketakutan. Orang Melayu terancam, mereka tidak selamat, harta benda mereka akan dirampas, kuasa mereka akan hilang, lambang-lambang budaya Melayu seperti insitusi raja akan di basmikan dan seumpamanya.Apa objektif cara ini? Pengawalan dan pengekangan ke atas minda bangsa Melayu melalui cerita seram dan takut adalah cara sebuah parti yang fasis (fascist) mengekalkan sokongan dan kuasa. Ia bukan amalan parti yang demokratik. Inilah yang sekarang terjadi ke atas UMNO. The rise of UMNO fascism.Perkara yang paling difikirkan oleh pimpinan UMNO ialah sama ada para perwakilan yang bermukim selama 4-5 hari di KL akan membawa api semangat yang dinyalakan selama mereka berkampung di sini. Bolehkah rasa cemas yang dicipta selama 4-5 hari tersebut dan cerita-cerita yang menyeramkan mengenai ancaman terhadap bangsa Melayu, agama mereka dan rasa benci yang di ditanam, dapat mengekalkan momentum askar-askar barisan depan UMNO tersebut?Pengekalan rangsangan emosi tersebut amat penting kepada pimpinan UMNO. Jika api rasa cemas, terancam dan marah jadi pudar, UMNO akan berada dalam bahaya. Jika perasaan itu terus membuak-buak, maka UMNO ada peluang terus hidup.Apakah yang akan dilakukan supaya perasaan tersebut dikekalkan? UMNO ada Ahmad Maslan untuk menentukan program menanam rasa benci dan 'sieged mentality' Melayu berterusan. Maslan akan menjaja ke sana-sini bagaimana Islam terancam, orang Melayu berduyun-duyun dikristiankan.Kesemua alatan media pandang dengar dan penulisan akan digemblengkan untuk menanam rasa benci, cemas dan ketakutan di kalangan orang Melayu. Dalam bulan-bulan yang akan datang, kita akan lihat pimpinan UMNO akan menjadi lebih bingung, bernada bermusuhan dan rasis. Semua pemimpin UMNO akan mengatakan orang Melayu berada dalam bahaya dan terancam.Musuh orang Melayu, bangsa-bangsa lain diketuai oleh komrad Guang Eng and Kit Siang, disokong oleh Mulla Hadi dan Ayatullah Nik dengan kerjasama dari gayboy Anwar Ibrahim semua sedang berkonspirasi mengambil-alih kuasa orang Melayu, merampas segala hak, menghapuskan budaya Melayu dan memurtadkan orang Melayu. Semua wanita akan dipaksa membeli coli RM26 ribu, lembu-lembu dihantar mendiami One Menerung, atau the Troika di ibu kota.Untuk mengelak ini semua, UMNO mesti mengekalkan kuasa mutlak bagi pihak orang Melayu! Kita akan lancarkan projek-projek raksasa untuk meningkatkan kemajuan ekonomi. Kita akan agihkan projek-projek tersebut sesama sendiri supaya ianya kekal di kalangan baka UMNO yang tulen.Apa ini semua? Ini cara kuasa fasis mengekalkan kuasa dan bukan cara negara yang bercakap besar mengenai mewujudkan demokrasi yang terbaik di dunia.Tapi apa sebenarnya bermain di benak para perwakilan dan para penyokong UMNO yang datang berkelana dan bermukim di ibu kota seminggu yang lalu?Ada mereka fikirkan dan kisahkan apa yang dibahas dalam dewan? Rasanya mereka tak kisah pun. Beli-belah saat akhir lagi penting. Malam akhir di ibu kota, mesti dimanfaatkan semaksimum mungkin. Tahun depan, kalau ada rezeki, boleh jadi perwakilan lagi. Kalau UMNO tidak jadi kerajaan, PAU mesti diadakan. Masa itu perwakilan akan korbankan mereka yang dianggap telah menyebabkan kekalahan UMNO.Bagaimana kita melihat PAU 2011? Impresi pertama, ialah UMNO nampak dalam keadaan cemas. Apabila cemas, perbuatan dan pengucapan kita kurang sopan dan kemas. Almaklum sahajalah, emosi menguasai pemikiran perwakilan UMNO.Seperti biasa, isu berat tidak mahu dibahas oleh perwakilan. Isu ekonomi apatah lagi- ianya pun ilmu yang dismal. Tak menyerlah bercakap mengenai perkara yang berfakta. Tak boleh nak mempukimak, membangsat, melaknat. Tidak boleh juga hendak memondan dan membapuk walaupun ada menteri yang di atas pentas itu menteri ow ow.Lebih baik bercakap apa yang mahu didengar oleh para perwakilan. Perwakilan mahu dengar negara kita baik, kita pasti menang, kita bersih lagi maksum, Malaysia akan mati tanpa UMNO dan sebagainya. Perwakilan nak dengar kita memukimak Lim Kit Siang, mempukimak Nik Aziz dan seumpamanya.Dan oh ya, tidak lupa juga orang mahu dengar harga coli Shahrizat dan membuat spekulasi besar mana tetek pembahas yang mengatakan colinya pasti lebih mahal, kerana teteknya lebih besar dari tetek Shahrizat. Jadi perbahasan wanita UMNO 2011 ini ialah teknik dan cara mengukur saiz coli dan tetek.Kita jangan hairanlah dengan cakap besar dan bong (kata orang Pahang) para pembahas UMNO. Itu semua untuk konsumpsi dalam dewan. Dan apa hal pula tiba-tiba dengan baiah? Dengan bangga nya, pimpinan UMNO berkata ini bersejarah kerana kita buat baiah.Sebetulnya, apabila sudah sampai pada tahap kena berbaiah, itu adalah petanda tidak baik untuk UMNO. Sebab ianya bererti dalam UMNO sudah tidak ada lagi orang yang boleh dipercayai. Tidaklah salah jika orang mengatakan sifat umum UMNO ialah, ianya parti orang tidak boleh percaya lagi.Baiah apa yang digemburkan oleh UMNO? Baiah yang berkesan hanya baiah yang ada gambar Seri Paduka Agong itu. Itulah baiah ahli UMNO.Orang yang tidak faham psikologi orang UMNO akan mentafsirnya, sebagai semua sudah kembali normal. Ini jauh dari kebenaran. Yang sebenar terjadi ialah, perwakilan UMNO bersidang kali ini dengan rasa cemas. Panik ditunjukkan oleh Ketua Penerangan dan Timbalan Presiden UMNO. Mereka bercakap macam orang sudah miring otak.Tidak masuk akal DAP mahu mengkristiankan orang Melayu sedangkan DAP pun bukan kristian. Apakah orang Melayu ini aqidah mereka terlalu rapuh, sehingga jika ada bangsa lain menjalankan dakwah mereka, maka orang Melayu bersusun-susun murtad?Jika demikian, amat lemah sekali aqidah orang Muslim di negara ini dan jika aqidah mereka rapuh, yang mesti dipersalahkan ialah institusi yang menjaga Islam dan mereka yang menjadi kepala agama Islam. Mengapa hal ini tidak dibahas?Islam sudah sempurna. Yang tidak sempurna dan mundur ialah kaum Muslim di Malaysia dan majoriti kaum Muslim di Malaysia ini ialah orang Melayu.Siapakah yang bertanggungjawab kepada orang Melayu selama ini? jawabnya UMNO. Mereka mendakwa merekalah pelindung dan penjaga orang Melayu. Mengaku mesti datang dengan tanggungjawab. Maka jika orang Melayu ketinggalan dalam pelbagai bidang kehidupan, kesalahannya terletak kepada yang mengaku mereka penjaga harga diri dan kepentingan orang Melayu.Sejak bila peringkat tertinggi UMNO pandai berbaiah? Main sumpah-sumpah ini berlaku di peringkat UMNO bahagian. Boleh jadi wakil Ngganu kite, suke maing sumpoh-sumpoh dok eh? Guana mu jadi gini awang wei? Brayuk mok!Dan apabila UMNO sudah sampai kepada mesti berbaiah sesama sendiri- itu tanda UMNO sudah tenat dan sudah tidak mempercayai satu sama lain. Keadaan ini macam orang bertanding pada peringkat jawatan dalam UMNO bahagian. Untuk mengelak dari pembelotan, yang bertanding menyuruh pengikutnya, bersumpah pegang Quran dan junjung surah Yaasin.Dan saya sudah menyaksikan dengan mata sendiri, kesan dari orang-orang yang menjaja agama untuk kepentingan dunia. Ramai yang kecundang, dapat sakit dan ramai pula yang sudah meninggal dunia. Ucapan Timbalan Presden UMNO kali ini mengalahkan ucapan presiden PAS dengan selingan ayat-ayat Quran.Saya tanya ustaz yang menghadiri perasmian oleh Muhyidin, dia kata pembacaan Muhyidin tidaklah kemas. Adakah Muhyidin menjaja agama untuk mendapatkan dunia? Sebagaimana yang berlaku kepada tokoh UMNO yang menggunakan agama untuk membeli dunia, kesan yang serupa akan melanda UMNO.Sudahkah kita memikirkan kesan negatif akibat bersumpah dan berbaiah dan menjaja agama untuk mendapatkan dunia? Ini sebetulnya bukti, UMNO boleh dikalahkan. Pemimpin tidak percaya kepada penyokong. Penyokong sangsi kepada pemimpin. Orang UMNO tidak percaya mempercayai satu sama lain. Saat kehancuran sudah hampir.Di luar dewan, sebaik sahaja sampai ke bahagian masing-masing- mereka akan bersekongkol dengan tauke cina untuk melanun wang rakyat. Dalam dewan bukan main handal menghentam semua orang. Kita semua dah tahu modus operandi mereka. Mereka bercakap terkeluar biji mata, bertegang urat leher memekik agenda Melayu- agenda sebenar yang mereka kejar ialah mengisi kantong mereka sendiri dengan wang rakyat.Ahli UMNO dan orang Melayu bukanlah bodoh dan jahil lagi. Mereka tahu banyak perkara; Azeez Rahim yang turut merasa terhina sebab warna kulitnya sama hitam macam kulit Zambri Kadir akan tertawa ke bank dengan kontrak membekal ambulance ke kementerian kesihatan.Itu dia dapat secara runding terus. Reezal Merican akan terus menikmati imbuhan daripada menjadi pemudah cara mengujudkan NFC. Ya tuan-tuan, ramai mamat UMNO yang terlibat dalam scam membela lembu ini. Sebab itulah ramai yang bermati-matian mempertahankan isu lembu ini.Yang haramjadah, UMNO hari ini ramai mamak tongkang ini apa hal? Lama-kelamaan, kalau orang Melayu tidak waspada, UMNO akan jadi United Mamak dan Naina Organization. Jangan marah ya orang UMNO- sebab kalau kita mempukimak orang lain, sehinga celupar memaki hamun tokoh agama, maka orang pun akan memaki kita.

- Sakmongkol AK47

'Sakmongkol AK47' adalah nama pena Dato' Mohd. Ariff Sabri bin Hj. Abdul Aziz (gambar). Beliau adalah bekas ADUN Pulau Manis, Pekan. (2004-2008). Antara 2000-2004, beliau memegang jawatan Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pekan, di bawah Dato' Seri Najib.

 

Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...Amizudin Ahmat (Din Binjai)

 

Tuesday, December 6, 2011

Selepas Wan Azizah Siapa Pula Mangsa Shahrizat?

KOMENTAR : Setelah diserang dengan pelbagai pendedah dan pembongkaran skandal Projek Fitlot Kebangsaan (NFC) serta dihimpit dengan tekanan Perhimpunan Agung Umno yang baru lengsai akhirnya Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil 'melatah sumbang' menyerang Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Ismail.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu bagaikan tidak lagi mempunyai jalan keluar selain menebar 'peluru penabur' kepada sesiapa sahaja asalkan mengena.

Shahrizat mungkin telah menduga skandal penyelewengan peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta kepada NFC, yang mana suami beliau, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail menjadi pengerusi eksekutifnya akan menjadi perhatian utama perwakilan dalam perhimpunan Agung Umno kali ini.

Dalam ucapannya di Perhimpunan Agung Wanita Umno baru-baru ini, Shahrizat berkata beliau tidak ada kaitan dengan projek NFC itu. Shahrizat mungkin menarik nafas lega apabila tiada perwakilan wanita menimbulkan isu penyelewengan tersebut ketika perbahasan ucapan dasar beliau.

Setelah enggan melayan pertanyaan wartawan sebelum ini yang meminta respon berhubung cabaran Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin supaya beliau segera meletak jawatan sebagai anggota kabinet, Shahrizat bagaikan 'kerasukan' dan hilang kawalan.

"Saya cabar Ketua Wanita PKR yang mendesak saya letak jawatan hanya kerana suami saya Pengerusi NFC, sedangkan saya tidak ada kene mengena.

"Saya nak minta hari ini supaya Wan Azizah letak jawatan sebagi Presiden PKR kerana angkara suaminya yang tidak tergamak saya sebutkan." katanya ketika ucapan dasar perwakilan Wanita Umno.

Berdasarkan kenyataan Shahrizat, jelas beliau tidak memahami antara kepentingan peribadi dan kepentingan awam yang membabitkan dana rakyat dan wang pembayar cukai.

Atau mungkin inilah juga mentaliti pemimpin-pemimpin Umno yang beranggapan harta dan khazanah negara adalah milik peribadi.

Dana rakyat

Shahrizat mungkin lupa bahawa perlantikan Wan Azizah melalui sistem pemilihan yang sah dalam parti dan deretan fitnah yang di kenakan ke atas Anwar (Suami Wan Azizah) tidak melibatkan satu sen pun wang rakyat.

Sedangkan kes NFC yang membabitkan suami beliau bukan sahaja melibatkan wang rakyat malah berlaku penyelewengan yang dashat.

Shahrizat salah sekiranya menyatakan bahawa apa yang suami beliau lakukan tidak ada kena mengena dengan beliau. Projek tersebut diperoleh suami beliau di saat beliau menjawat jawatan sebagai menteri kabinet dan Ketua wanita Umno.

Sekiranya Shahrizat mempunyai nilai murni seorang pemimpin yang peka dengan rakyat setentunya apabila projek tersebut di peroleh oleh suami, Shahrizat akan mengelak dari melibatkan suami beliau dalam projek kerajaan.

Sebagai seorang menteri dan orang politik senior, Sharizat setentunya faham dengan delima kronisme dan konflik kepentingan yang selama ini dikaitkan dengan salah guna kuasa dalam kerajaan.

Atau mungkin inilah amalan turun temurun yang ada dalam Umno-BN sehingga semua pemimpinnya dan keluarga serta suku sakat mereka akan diberi projek-projek berjuta-juta ringgit.

Justeru istiadat turun temurun ini telah menutup mata hati Shahrizat untuk melihat kesan sekiranya penyelewengan sebegini dibongkar rakyat.

Harga diri wanita

Gesaan oleh Ketua wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin supaya Shahrizat berundur dari kabinet Najib bukan diasaskan oleh serangan peribadi.

Kenyataan Zuraidah ketika Kongres PKR ke-8 di Johor Bharu baru-baru ini mempunyai hubung kait dengan martabat kaum wanita yang perlu di terjemah bukan sahaja hebat sebagai ibu dan pengasuh yang baik tetapi sebagai pemimpin yang bermaruah.

Tuntutan Wanita PKR yang mahukan penyertaan 30 peratus wanita sebagai calon dalam PRU ke-13 adalah relevan memandangkan penyertaan wanita dalam politik bukan lagi sekadar mengisi koata tetapi suatu keperluan.

Pelbagai kes yang membabitkan pengabaian kadak-kanak dan remaja yang amat membimbangkan di lihat perlu ditangani dengan segera. Dan peranan dan suara wanita diperlukan untuk membawa iu-isu sebegini kehadapan.

Justeru skandal melibatkan keluarga Shahrizat serta kedudukan beliau sebagai seorang menteri wanita dalam kabinet kerajaan telah memalit 'aroma' yang memalukan kaum hawa tersebut.

Saranan Zuraidah supaya Shahrizat meletak jawatan sebagai anggota kabinet sangat bertepatan dengan usaha untuk memertabatkan kaum wanita yang bakal menjadi pemimpin di masa depan.

Dalam kata lainnya, dengan pendedahan oleh Laporan Ketua Audit negara itu telah meletakkan Shahrizat sebagai antara wanita pertama yang telah mencemarkan nama baik kaum wanita di negara ini.

Sentimen ini sekali gus akan menghilangkan keyakinan rakyat kepada kemampuan wanita dalam mengendalikan urusan politik negara.

Shahrizat seharusnya lebih 'rendah diri' untuk meletak jawatan dan bukannya menyerang Zuraidah, Wan Azizah atau sesiapa sahaja. Beliau harus melihat sejarah dan sedar bahawa lantikannya sebagai menteri bukan berdasarkan prestasi sokongan rakyat.

Shahrizat kalah di parlimen Lembah pantai kepada anak Wan Azizah, Nurul Izzah Anwar.

Lalu beliau 'dipungut' oleh Najib disebabkan ketiadaan calon wanita dalam kabinet. Justeru sebagai Ketua Wanita Umno, Shahrizat mendapat ihsan tersebut.

Keuntungan politik

Berdasarkan ritual politik, keengganan Shahrizat meletak jawatan sebagai menteri memberi kemenangan besar kepada Pakatan Rakyat. Ini membenarkan lagi betapa skandal kronisme dalam Umno dan kerajaan bukan sekadar polimik pembangkang tetapi sebuah kenyataan yang ada realitinya.

Lantaran itulah Zuraidah dan lain-lain pemimpin Pakatan Rakyat tidak mendesak Shahrizat meletak jawatan sebagai Ketua Wanita Umno. Ini disebabkan beliau telah menjadi 'ikon' kepada amalan kronisme dalam Umno yang berjaya didedahkan kepada umum walaupun banyak kes-kes sebegini masih tertutup rapat.

Dalam masa yang sama, kredibiliti Najib sebagai perdana menteri yang tidak mengambil sebarang tindakan juga dilihat sebagai kelemahan beliau sebagai pentadbir yang menerajui kepimpinan negara.

Ini membenarkan lagi tanggapan selama ini bagaimana pemimpin-pemimpin Umno cuba mempertahankan kroni-kroni mereka sehingga sanggup berpatang arang berkerat rotan.

Mungkin juga sekiranya tidak dipertahankan akan lebih terbongkar lebih banyak kes-kes kronisme yang gagal diselidik oleh Ketua Audit negara.

Sikap pasif sebegini sekali gus membuktikan retorik Dasar tranformasi yang cuba diketangahkan Najib sama nilainya dengan 'transfer-money' oleh NFC dari menternak lembu kepada membeli kondominium mewah, membeli tanah dan kereta mewah oleh syarikat yang diberikan kepada keluarga Shahrizat.

Desakan letak jawatan

Shahrizat tidak perlu 'kerasukan' apabila disaran untuk meletak jawatan. Bukan sahaja pembangkang menggesa beliau berbuat demikian malah dikalangan pemimpin Umno sendiri.

Persoalannya, mengapa beliau tidak meluahkan kerasukan tersebut kepada Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar yang juga menggesa beliau meletak jawatan.

Bung Mokhtar mendakwa kes Shahrizat bukan sahaja mencemar imej parti malah menggadai maruah beliau sebagai pemimpin.

Bung yang juga Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BNBBC) berkata beliau akan melepaskan jawatan sekiranya berada di posisi Shahrizat.

Sementara Ketua Umno Bahagian Cheras, Syed Ali Alhabsee juga mempunyai pendirian yang sama agar beliau melepas jawatan sebelum menunggu isyarat dari pimpinan tertinggi memberikan lampu hujau.

Sebelum itu juga, Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang, Rahman Ishak membuat kenyataan yang sama yang menyifatkan skandal tersebut sebagai sesuatu yang amat malang kepada negara sehingga menghilangkan keyakinan rakyat kepada pemimpin negara.

Apapun Shahrizat perlu melihat isu perletakan jawatan beliau sebagai menteri dan skandal NFC yang melibatkan suami beliau sebagai isu moral dan harga diri yang membabitkan kepentingan wang rakyat dan pembayar cukai.

Shahrizat juga harus sedar, sejarah negara tidak akan mencatatkan beliau sebagai 'wanita besi' yang sanggup mempertahankan jawatannya. Tetapi nama beliau akan dipahat sebagai 'replika' betapa'dahsyat' amalan kronisme dalam Umno yang tidak memilih sesiapa, hatta seorang wanita.

KedahLaNie

0 comments:

 

No comments: