PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Monday, December 05, 2011

Umno dicucuk hidung, perlekeh hudud di pentas MCA

Umno dicucuk hidung, perlekeh hudud di pentas MCA

| Print |

 

Muhammad Faizal   

KUALA LUMPUR, 5 Dis: Umno dilihat berada dalam keadaan terdesak serta bertekad memperjudikan agama Islam apabila sanggup menghina hukum hudud di pentas kendalian MCA.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Dzulkely Ahmad yang dihubungi Harakahdaliy memberitahu kenyataan yang dikeluarkan oleh Penasihat Agama Menteri Besar Terengganu, Mohd Kamal Sadin amat mengejutkan dan mengecewakan.

Mohd Kamal Sadin semalam dilaporkan mendakwa hukum hudud yang digubal oleh kerajaan negeri Kelantan adalah bertentangan dengan hukum Allah.

Beliau yang bercakap pada forum berjudul ‘Hudud dan implikasinya terhadap bukan Islam di Malaysia’ di ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur, semalam berkata beberapa peruntukan dan Enakmen Hudud Kelantan 1993 adalah tidak mengikut al-Quran dan Hadis.

Bagi Dr Dzulkefly, sepatutnya seorang yang mempunyai latar belakang agama perlu menyemarakan nilai-nilai murni Islam terutamanya hukum hudud dengan menonjolkan perkara-perkara yang baik sebagai menghilangkan kesangsian orang bukan Islam.

"Perkara yang perlu dilakukan olehnya, sepatutnya menghilangkan kesangsian orang bukan Islam tentang sebenarnya hudud bukannya memperlekehkan kemuliaan hukum tersebut.

"Perkara yang ditimbulkan oleh beliau itu sudah dijelaskan sewaktu di parlimen dan juga oleh tokoh-tokoh ulama, tetapi apa yang dilakukan oleh beliau adalah sebaliknya sehinggakan sanggup memperjudikan hukum Allah dan juga agama Islam," jelasnya yang juga ahli Parlimen Kuala Selangor.

Baginya, tindakan yang dilakukan itu jelas menggambarkan politik murahan serta terdesak Umno.

"Islam diperlekehkan di pentas MCA demi mencari populariti politik bagi menghadapi pilihanraya umum nanti, yang mana kita sedia maklum MCA secara terang menentang hudud dari awal lagi serta mengeluarkan beberapa tohmahan sebelum ini.

"Jelas kita lihat dalam keadaan sekarang Umno sanggup melakukan apa sahaja walaupun memperjudikan Islam demi undi untuk mereka dan orang agama  di dalam Umno sekarang ini pun sanggup menggadaikan maruah mereka demi sokongan MCA.

"Umno mengambil sikap kerdilkan diri kerana terlalu takutkan MCA, sehingga sanggup berdiam diri walaupun secara terang kenyataan MCA itu menggugat kesucian hukum Allah," sambungnya lagi.

Dr Dzulkefly memberitahu politik murahan Umno itu sebenarnya menjerat Islam itu sendiri dan memberi peluang kepada MCA untuk menyerang perlaksanaan hudud.

Katanya, sikap tidak mempunyai pegangan agama yang kuat di kalangan pemimpin Umno semestinya disukai oleh MCA kerana mereka boleh melakukan apa sahaja tanpa ada tentangan dari Umno.

"Umno telah dicucuk hidung oleh MCA sebab itu apa yang dikatakan oleh MCA tentang Islam, Umno tidak pernah membantah.

"Kita di dalam Pakatan Rakyat wujud kesefahaman di mana DAP menghormati pendirian PAS terhadap hudud dan mengatakan DAP memperkudakan PAS itu tidak benar sama sekali," kata beliau lagi.

 

Jaga tepi kain, bukan suruh selak kain

| Print |

 

Mohd Sabri Said   

PENANTI, 5 Dis: Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya menegaskan, Islam melarang sama sekali umatnya menyelak kain saudaranya sendiri sehingga boleh menjatuhkan maruah dan meruntuhkan tali persaudaraan.

Sebaliknya, kata beliau Islam hanya mengajar umatnya menjaga ‘tepi kain’ saudaranya sendiri sebagai teguran sekiranya ada saudaranya yang terbabas terutama membabitkan akidah.

Katanya, kelakuan menyelak kain atau menabur fitnah yang berterusan kepada saudaranya bukan kerja Islam sebaliknya kerja syaitan yang inginkan perhubungan antara umat Islam lebur sekaligus memutuskan pertalian.

"Perbuatan menjagai tepi kain orang memang digalakkan dalam Islam kerana sikap tersebut boleh memperbetulkan semula sekira saudaranya terbabas,  tetapi bukan sampai menyelak kain sehingga terburai semua yang selama ini orang tidak tahu," jelasnya ketika berucap dalam forum Perdana sempena Maal Hijrah anjuran Pejabat Exco Agama Jabatan Hal Ehwal Islam Pulau Pinang (JHEIPP), Briged Keselamatan Permatang Pauh dengan kerjasama Pusat Khidmat Dun Penanti di Kampung Terus semalam.

Bagi beliau jika benar saudara seislam melakukan kesalahan, maka perlu menegur, menasihati dan mendekatinya agar tidak meneruskan tradisi fitnah sehingga boleh menjejaskan persaudaraan yang terjalin.

Hari ini soalnya, kenapa perasaan menjagai tepi kain orang tidak lagi popular tetapi perbuatan menyelak kain orang sampai terburai semua perbuatan yang selama ini tidak diketahui ramai menjadi pilihan.

Turut menjadi ahli panel pada forum bertajuk 'Demi Ummah... Ada Aku Kisah' ialah pendakwah bebas, Ustaz Mohd Hussain Yee dan peguam syariah, Rosidi Hussain yang dipengerusikan oleh Ustaz Abu Bakar Bakilani Abu Hasan.

 

Iklan Top inside

 

Mengapa kekurangan minyak masak berulang?

| Print |

 

Harakahdaily   

KUALA TERENGGANU, 5 Dis: Bekalan minyak masak di Terengganu dan beberapa negeri dilaporkan habis sejak seminggu lalu dengan ramai pengguna mengeluh.

Pengerusi Lujnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Terengganu, Dr Azman Ibrahim (gambar) berkata, ini kerana mereka terpaksa mencari di banyak premis semata-mata untuk mendapatkan barangan keperluan itu.

Menurutnya, selain itu beberapa negeri lain yang turut terlibat, antaranya tinjauan Lujnah Pengguna PAS Terengganu mendapati pasaraya-pasaraya di Kelantan juga mengalami kekurangan malah hampir ketiadaan bekalan.

“Seolah-olah menjadi fenomena rutin, tinjauan mendapati, ramai pengguna yang kecewa mendakwa, ada pihak bertindak  menyorokkan bekalan barangan itu selepas timbul spekulasi harga akan naik sebanyak 40 sen sekilogram,” katanya kepada Harakahdaily.

Menurutnya, minyak masak adalah barangan terkawal dengan harganya ditetapkan RM3.30 sekilogram bagi sawit tulen, sawit campuran (RM3.60) dan kampit plastik (RM2.50).

Katanya, jika spekulasi itu benar, ia sangat menyusahkan pengguna yang kebanyakan menggunakan minyak masak setiap hari.

Lantas, ujarnya Lujnah Pengguna PAS Terengganu mempersoalkan keberkesanan fungsi agensi penguatkuasaan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dalam mengawal selia perkara itu.

“Lantaran keadaan ini telah berulang beberapa kali dan kita meyakini bahawa ini bukanlah untuk kali yang terakhir,” ujarnya.

Menurutnya, memegang status sebagai negara pengeluar minyak sawit terbesar dunia, tentunya ketiadaan bekalan minyak masak itu menimbulkan pelbagai persoalan.

“Apakah pihak pengeluar, pengilang, pemborong atau pengedar boleh bertindak sewenangnya demi keuntungan mereka tanpa sebarang tindakan berkesan dari agensi penguatkuasaan berkenaan sehingga rakyat terpaksa menanggung kesukaran?” soalnya.

Beliau menambah, seorang penyelia di sebuah pasaraya di Besut yang enggan dikenali menyatakan kekurangan bekalan minyak masak di pasaran adalah disebabkan  pembekal menggunakan alasan pengurangan bekalan, disebabkan kuota baru yang ditetapkan kerajaan yang mana kuota yang digunakan pula telah berusia hampir empat tahun.

Kata beliau, sekiranya itulah antara sebabnya, maka lujnah pengguna menegaskan bahawa kuota tersebut adalah tidak relevan lagi, ia perlu ditambah.

Menurutnya lagi, mana mungkin kuota yang diberikan sejak empat tahun lepas boleh sama dengan sekarang dengan pertambahan bilangan pasar raya besar dan kedai runcit serta bilangan pengguna.

Katanya, kerajaan juga perlu mengetatkan penguatkuasaan terhadap pembelian bahan kawalan itu bagi mengelakkan penyelewengan selain memastikan hanya rakyat tempatan membeli dan menikmati subsidi yang diberi kerajaan.

“Kita juga sukar untuk mempercayai bahawa alasan penggunaan minyak masak keluaran Malaysia oleh rakyat Selatan Thai menjadi punca kekurangan bekalan di negara ini kerana sebenarnya masyarakat muslim Selatan Thai kebanyakkan mereka telah menggunakan minyak masak keluaran Malaysia sejak zaman berzaman lagi lantaran mereka sebenarnya meragui status kesucian minyak masak keluaran negara mereka sendiri.

“Apatah lagi bila kekurangan bekalan dilaporkan turut berlaku di Lembah Kelang, Kedah dan Pahang,” ujarnya lagi.

 

 

 

Benarkah UMNO Semakin Kuat?
Posted on Sunday, December 04 @ 21:00:00 PST
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur


Oleh SuaraPakatan

BAGI orang-orang UMNO, berakhirnya perhimpunan semalam bermakna tiada lagi hal lain yang perlu difikirkan melainkan persiapan untuk berpilihanraya. Tidak kurang juga yang memasang angan-angan mereka ada ciri-ciri ‘winnable candidate’ atau calon boleh menang seperti yang diinginkan Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.

 

Sepengetahuan penulis, proses pemilihan calon-calon pilihanraya biasanya bermula diperingkat bahagian, sejauh mana kepimpinan bahagian mereka benar-benar memahami konsep ‘winnable candidate’ ini sangatlah tidak dipastikan.

Apa sekalipun, satu perkara yang boleh penulis simpulkan ialah betapa yakinnya orang-orang UMNO dengan parti mereka dan kebarangkalian menang dalam pilihanraya akan datang. Beberapa kajian yang dijalankan oleh pihak-pihak luar UMNO termasuk dari PAS, PKR dan UIA digunakan untuk menggambarkan ketinggian populariti Najib dibanding dengan kepimpinan Pakatan Rakyat yang lain seperti Tuan Guru Nik Abd Aziz dan Datuk Seri Anwar dijadikan petunjuk kehebatan UMNO.

Memetik sedikit dari ucapan Naib Presiden UMNO merangkap Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi, dikatakan bahawa populariti Najib pada 2008 ialah 41% dikalangan seluruh rakyat Malaysia dan 38% dikalangan orang Melayu. Peratusan ini dikatakan meningkat pada 2011 dengan 55% dari kalangan seluruh penduduk dan 59% dari kalangan orang Melayu.

Menurut Zahid lagi, perbandingan ini lebih tinggi dari populariti DS Anwar (21% umum dan 22% Melayu) dan TG Nik Aziz (35% umum dan 45% melayu).

Dalam keadaan biasa penulis boleh sahaja mempertikaikan penemuan atau dapatan dari kaji selidik ini tapi itu kelihatannya terlalu mudah. Apa yang boleh penulis katakan ialah, sedikit atau tidak langsung orang-orang UMNO ini faham bahawa kaji selidik itu merujuk kepada populariti individu, bukan populariti parti.

Dalam pilihanraya, akan ada lebih banyak faktor yang boleh menyumbang kepada kekalahan dan kemenangan calon-calon parti bertanding, bukan sekadar betapa popular atau tidaknya kepimpinan tertinggi mereka. Dengan politik UMNO yang kita semua ketahui dimana cantas mencantas, hasad dengki dan busuk hati menjadi budaya, tidak mustahil ketinggian populariti Presiden mereka tidak memberi kesan kepada pola pengundian nanti.

Inilah kebimbangan sebenar Najib dalam ucapannya semalam apabila menyebut tentang hubungan Ketua Bahagian dan Timbalan Ketua Bahagian dan sebagainya. Walaupun dilontar dalam gaya santai dan bersahaja tetapi jelas kelihatan pada mata penulis kebimbangannya itu.

Bagaimanapun, mesej kepada kepimpinan Pakatan Rakyat itu begitu jelas, kita tidak boleh sesekali memandang rendah keupayaan UMNO walaupun kita rasa UMNO berada di tahap yang paling rendah sekarang ini terutama dengan pendedahan penyelewengan wang rakyat yang membabitkan syarikat milik keluarga Ketua Wanita mereka, Shahrizat Abd Jalil.

Yang lebih penting ialah gerak kerja mendekati dan memahami kehendak rakyat diperingkat akar umbi itu perlulah berterusan dalam menghadapi gelombang wang ringgit dan salah guna jentera kerajaan persekutuan yang biasa digunakan UMNO dalam menghadapi perjalanan pilihanraya.

Fokus kita perlu tidak beralih daripada menuntut proses pilihanraya yang telus dan bersih kerana hanya dengan itu sahajalah kita mampu untuk merampas kerajaan Persekutuan daripada UMNO, seterusnya mengubah landskap politik yang dpenuhi rasuah dan penyelewengan.

Artikel Berkaitan:

1.       PAU 2011: Najib ‘Meninggalkan’ Masyarakat Bandar

2.       DAP Agen Kristian: Ahmad Maslan Menempah Keranda Untuk UMNO

3.       Kaji Selidik PKR: Benarkah Reputasi Anwar Menurun?

4.       Ogos Di Perth, Julai Di Itali, Jun Di Kazakh: Masa Untuk Umno Mengikat Najib

5.       Mustafa Tolong Dedahkan Segera Penglibatan Umno Dalam Isu Jais-Gereja

.....
http://suarapakatanrakyat.com/2011/12/benarkah-umno-semakin-kuat/

Berita Semasa|November 15, 2011 10:12 am

Mufti: Kesian Najib, Bukan Dibantu Tapi Diampu

MUFTI Perlis Dr Juanda Jaya menyelar tindakan “penasihat agama” yang didakwanya tidak membantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam urusan haji, sebaliknya “lebih kepada budaya ampu”.

“Yang bagi komen di Malaysia ini kononnya hendak bantu, sebenarnya bukannya membantu akibat tidak mahu faham, tetapi lebih kepada budaya ampu.

“Jadi rakyat makin keliru. Perkara asas ilmu haji, saya yakin semua jemaah dan bekas jemaah haji semua boleh faham,” kata Juanda (kiri) yang juga bekas profesor pelawat di Universiti Oxford, London.

Beliau mengulas reaksi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan penasihat agama kepada perdana menteri Datuk Seri Abdullah Md Zin yang dilapor mempertahankan status haji Najib setelah ditegurnya sebelum ini.

Juanda pada 9 November lalu melahirkan rasa terkejut dengan laporan berita bahawa seorang pemimpin kanan negara bersama isterinya serta orang kenamaan lain telah selesai ibadat haji.

Sedangkan, katanya, paling awal jemaah haji menamatkan ibadat pada Zohor hari itu, itupun jika mereka melakukan nafar awal setelah selesai mabit di Mina pada malam 11 dan 12 Zulhijjah dan melontar di tiga jamrah pada hari berkenaan.

‘Tak dimanfaat, tak bermanfaat’

Susulan itu, Jamil Khir menjelaskan, kenyataan daripada Twitter Najib bahwa beliau selesai menunaikan haji, sedangkan masih ada rukun belum dilaksanakan, telah disalah tafsir dengan selesai wukuf.

Manakala Abdullah pula menyifatkan tuduhan bahawa Najib dan isteri gagal mengerjakan haji sebagai fitnah pihak yang terdesak, yang didakwa mengeksploitasi agama untuk mengelirukan orang ramai.

Katanya, dakwaan Najib dan isterinya Rosmah gagal mengerjakan haji merupakan fitnah oleh orang “jahil” dalam ilmu mengerjakan haji.

Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini semalam, Juanda berkata, beliau kasihan kepada Najib yang mempunyai pegawai yang banyak tetapi “tidak dimanfaat dan tidak bermanfaat”.

“Kenapa tak bawa penasihat-penasihat agama ini daripada awal dalam rombongan PM yang 20 orang itu, agar hal macam ini tak berlaku daripada awal?

“Berlambak mereka ini ikut buat haji. Jemaah haji biasa pun duduk dengan pembimbing haji siang malam agar dibantu dan diberi nasihat ibadat,” katanya.

Yakin haji lengkap, PM salah tweet

Juanda yang juga profesor pelawat di Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, komen pihak lain, yang tiada dalam rombongan itu akan merendahkan lagi imej Najib dan merumitkan lagi keadaan.

“Jadi, buat sesuatu biar betul daripada awal awal dalam semua perkara. Kalau tak tahu, eloklah bertanya. Ia tidak akan merendahkan kedudukan sesiapa pun,” katanya.

Mengulas status haji Najib, Juanda berkata, beliau yakin ia lengkap dan perdana menteri tersilap tweet.

“Beliau bermaksud selesai rukun haji. Saya juga tahu PM mabit di Mina dua malam dan melontar dua hari tasyriq. Beliau nafar awal ke Jeddah untuk menghadap Putera Nayef sebelum balik Malaysia. Beliau juga tawaf Wada’ sebelum balik ke Jeddah,” katanya.

Beliau juga menjelaskan, terdapat pihak hendak mengulas isu itu tidak cukup mendalami ilmu haji dan perkara cabang berkaitannya.

Juanda pernah menjadi penasihat haji Malaysia selama enam tahun sehingga 2008 dan mengeluarkan buku panduan ibadah yang diterbitkan oleh Tabung Haji.

Beliau juga pernah menjadi guru agama haji muassasah pakej untuk orang kenamaan Tabung Haji dari 1996 hingga 2008.

Artikel Berkaitan:

  1. Mufti Terkejut PM, Rosmah Selesai Tunai Ibadat Haji
  2. Ada Tunai Haji Di Mekah Tapi Amal Rasuah Di Malaysia
  3. Mufti Sambut Baik Penganjuran Program
  4. Bukan Tukar Bendera Tapi Tumbangkan Barisan Nasional
  5. Najib, Rosmah Muncul Di Mahkamah Secara Sembunyi, Tapi Enggan Jadi Saksi

Utama|October 13, 2011 3:27 pm

 

 

Berita Semasa|September 9, 2011 3:55 pm

Ogos Di Perth, Julai Di Itali, Jun Di Kazakh: Masa Untuk Umno Mengikat Najib

TIDAK salah jika seseorang ingin melarikan diri dari kesibukan tugs harian dan mengambil cuti pendek untuk berehat dan bersantai. Waktu rehat dan beriadah perlu malahan penting bagi membentuk cara hidup sihat. Kenapa pula kecoh bila perdana menteri Malaysia melawat Australia untuk berehat bersama keluarga dan kawan-kawan?

Pertamanya, harinya ialah 31 Ogos, hari penting dalam kalender Malaysia kerana pada hari tersebut Malaysia merdeka dari koloni British.Dalam kata lain,ianya ialah Hari Merdeka. Keduanya, terdapat tandatanya siapa yang menaja percutian tersebut, adakah ia atas sebab peribadi atau sebab umum?

Tanpa ragu, tahun ini kerajaan menyambutnya pada 16 spetember berbanding smbutan besar2an termasuk perarakan pada 31 Ogos, bagi memperingati kemasukan Sabah dan Sarawak bagi membentuk Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.,bagaimanapun adalah menyalahi protocol sebagai seorang perdana Menteri jika secara senyap2 tanpa memberitahu rakyat kemana tujuan kamu.

Separuh benar dan rahsia.

Kini terdapat kekecohan akibat hal tersebut yang menarik perhatian ramai pihak termasuk komuniti diplomatic luar. Cara pembantu-pembantu PM mengelak dan tidak memberitahu hal sebenar berbanding jawapan yang telus dan jujur apabila ditanya dimana PM sangat lah membimbangkan. Bukankah PM sesebuah Negara itu adalah seorang yang dikenali ramai?. Malah, ada seorang pembantunya memberitahu PM bercuti keluar Negara tetapi enggan memberitahu dimana dan kenapa. Seorang lagi, mugkin terlalu teruja,memberitahu PM berada di australi untuk rawatan fisioterapi atau pembedahan lutu,sebagaimana yang dilaporkan dalam beberapa blog?

Najib kelihatan boleh berjalan dengan baik ketika beliau akhirnya muncul di khalayak ramai pada hari Isnin. Jadi apakah sebab disebalik keputusan PM untuk menaiki jet peribadi kerajaan dan menuju ke Australia?

Alasan terbaru ialah beliau menyambut HariRaya yang jatuh pada 30 Ogos bersama pelajar-pelajar Malaysia di sana. Tapi adakah lapuran yang beliau bertemu pelajar-pelajar disana saja cukup untuk menjadi justifikasi terhadap penggunaan wang rakyat?

Bukan kita mengatakan bahwa anak-anak kita tidak pentin, tettepai ada sebab musabab yang lebih kukuh yang menunjukkan PM mengambil kesempatan dari wang rakyat untuk menghabiskan hanya 2 jam masanya untuk majlis umum,dan menghabiskan masa seminggu dengan bercuti.Bagi rakyat Malaysia, Najib menggunakan alasan urusan rasmi bagi kepentingan peribadinya.

UMNO perlu ambil tindakan disiplin

Hal ini bukan sesuatu yang mengejutkan kerana bekas perdana menteri terdahulu juga berkongsi kegemaran yang sama iaitu secara diam-diam ke luar Negara dengan duit rakyat. Sudah sampai masanya UMNO,partii politik terbsar membersihkan hal dalamannya, kerana ambil perhatian bahawa kesemua PM lepas adalah presiden UMNO. Jika UMNO gagal berbuat demikian, bagaimana nak mengharapkan rakyat mengundi calon nya dalam pilihanraya akan datang. Jika majlis tertinggi enggan bertindak maka rakyat dijangka terus mempunyai tangapan bahawa UMNo ialah parti paling korup di Negara ini, jika bukan dirantau ini.

Cuba renungkan.tahun 2006, bekas PM Abdullah Badawi menggunakan duit rakyag untuk percutian 6 hari ke carribean.ketika itu, dinyatakan 4 hari lawatan kerja ,tapi tiada yang kelihatan seperti lawatan rasmi kecuali beliau berucap di parmine St Vincent.seorang pemberita yang menyertai rombongan itu berkata ketika ke Jamaica,sebagai sebahagian dari lawatan tersebut, rombongan hanya berurusan dengan kemungkinan pelaburan Negara dalam explorasi tenaga dan projek pembinaan, manakala persinggahan PM di St Vncent ialah untuk berehat dari tekanan kerja.

Berita mengejut ini di siarkan dalam nota diplomatic US yang ditulis oleh misi di sini dan dihantr ke Washington. Satu lagi percutian secara rahsia yang bertopengkan lawatan kerja, dam rakyat menggelarkanPM ke 5 tersebut Mr Clean!

Era baru dimana ramai MP pemangkang yang memerhati

Sekarang, ramai pemerhati pembangkang yang memerhati dari segi kewangan, bukan hal mudah bagi pemimpin BN untuk melepaskan diri seperti masa lepas. Dan ini adalah perkembangan positif buat Malaysia.

Rakyat boleh harapkan sebarang lawatan PM ke laur Negara di teliti secara halus. Alasan seperti potensi kemasukan pelaburan tidak boleh diterima lagi tanpa butir2 terperinci.Lagipun, bagaimana lawatan-lawatan ini benar-benar membawa faedah kepada Negara?

Hal yang sama berlaku kepada kontrak2 besar komersil dan sector awam, dan lain-lain projek mega,terutama nya yang tiada tender terbuka.Kos sepatutnya dikaji secara terperinci.

Masa telah berubah,UMNO perlu bijak dan belajar menangani reality di Malaysia tahun 2010an.jika tidak, ini la sebabnya mereka selalu dituduh masih ditakuk lama,masih bermain denganpermainan perkauman dan keagamaan yang sensitif dan merbahaya.ini bukan hanya merbahaya kepada masyarakat, tetapi juga dikecam masyarakat civil dan dunia keseluruhannya.

Aussie in August, Europe in July, Kazakhstan in June

Satu kes yang ketara ialah rombongan mewah ke Vatican dalam bulan Julai. Lawatan Najib ke Eropah bermula di negland, dengan permaisuri seolah mengejinya kerana layanan buruknya terhadap rally Bersih yang menyeru kea rah pilihanraya yang bersih dan adil.kemudian beliau ke Vatican untuk memperkukuhkan hubungan dengan Holy See.Tapi sebaik saja beliau menjejakkan kaki pulang ke tanahair, beliau menghampakan harapan kearah hubungan baik Islam-Kritian dengan menghina Kristian.

Sehingga kini,persoalan masih berlegar adakah beliau dan isterinya Rosmah merancang ke Vatican supaya mereka boleh terus dengan rancangan percutian peribadi ke Itali dan Mediterranean?percutian ini berlangsung beberapa hari hingga beliau mendapat khabar timbalannya Muhyddin merancang mesyuarat peringkat tinggi dengan pemimpin2 UMNO bagi mmebincangkan bagaimana untuk mengurangkan salahlaku beliau dan menghalang dari kerosakan besar terhadap imej Negara.

Bila najib memendekkan cutinya, beliau mmeberi alas an rindu kepada tanahair dan berterima kasih kepada ROsmah kerana sangat memahami dan ikut serta pulang awal. Iya, satu lakonan hebat tapi tidak berakhir disitu saja.pada hari yang sama, seorang peguam Perancis, William Bourdon yang dijangka akan mendedahkan peranan pegawai atasan termasuk Najib dalam isu pembelian Scorpene telah diusir dari Kuala Lumpur sebelum dapat menghadiri jamuan makan malam dan siding media.

UMNO perlu bertanggungjawab terhadap pemimpin atau akan kehilangan sokongan.

Apa kebaikan lawatan tajaan wang rakyat ke Perth kepada rakyat Malaysia? UMNO perlu bertanggungjawab terhadap masalah yang dibawa oleh presiden parti mereka terhadap Negara. Beliau mungkin ketua pada masa ini tapi parti jenis apakah UMNO ini? Diktator? Bolehkan Najib berbuat sesuka hatinya,walaupun melibatkan nama UMNO dan Malaysia yang akan buruk?Bukankah ini masa untuk UMNO mengkaji semua; jika Najib masih berbelanja besar, kepimpinan lemah dan penuh skandal?

Bukan kah sudah sampai masa UMNO bertindak,mungkin tindakan disiplin dengan surat untuk minta penjelasan berkenaan salah laku tersebut? Jika UMNO fikir ini adalah strategi politik negatf dari pakatan rakyat, maka siasatan dalaman dan minta saksi tampil ke depan.

Jika UMNO sebuah parti yg bertanggungjawab, ia akan berbuat demikian.Jika tidak,janga harap rakyat Malaysia atau orang melayu akan mengundi calon nya jika meraka yang berada di pucuk pimpinan tertinggi juga tidak boleh menjadi telus dan jujur,apatah lagi memegang pimpinan dalam Negara ini.

Yang kelakarrnya, pelajar Malaysia di Perth sangat marah bila kenyataan2 mereka di putarbelitkan supaya menggambarkan presiden UMNo terkini ialah seorang pemimpin yang hebat dan memberi inspirasi , supaya beliau dapat mengelak dari berbagai tuduhan di dalam Negara.Jika benar UMNO tidak dapat mengikat presidentnya, satu hal memalukan buat parti dan negara.

Artikel Berkaitan:

  1. Populariti Najib Amaran Untuk Pakatan Rakyat
  2. ‘Asal Bukan UMNO’ Untuk Tuntut UMNO Berubah
  3. Jurukamera Terbunuh : Bukan Masa Menyalahkan Mana-Mana Pihak Kata Najib?
  4. Liwat II : Anwar Beri Keterangan 22 Ogos Ini
  5. Hanya Tinggal 10% Rakyat Yang Masih Menyokong Najib

 

No comments: