PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Friday, December 16, 2011

Rapat Rakyat Pulau Pinang

 

 

Panas! Skandal Adun Negeri Perak Yang Memalukan – Bahagian 3
Posted on Thursday, December 15 @ 18:49:53 PST
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur


Oleh Seex Arc

Kesan dari pendedahan yang dilakukan sebelum ini, YB Dato Hamdi dikatakan telah panas punggung hinggakan baru-baru ini beliau telah membuat kenyataan untuk tidak lagi bertanding pada Pilihanraya Umum yang ke 13 nanti. Alasannya untuk memberi peluang kepada calon-calon lain untuk bertanding.

Namun dari maklumat yang telah kami terima, rupa-rupanya beliau hanyalah berlakon untuk meraih simpati, kononnya sekiranya rakyat merasakan beliau masih memerlukan khidmatnya, beliau sanggup untuk meneruskan menjadi wakil rakyat. Memang hebat lakonan beliau.

Rakyat dan pengundi dikawasan beliau telah menyiasat tentang kesahihan maklumat yang di dedahkan. Ada pula yang mendedahkan lebih banyak perangai buruk beliau yang berkaitan dengan ‘JUDI’. Ada saksi yang melihat Dato’ Hamdi sedang berjudi semasa orang tengah sibuk membuat persiapan semasa Pilihanraya Umum tahun 2008. Dato’ Hamdi juga sekarang ini sedang di siasat oleh Polis berkaitan kes penipuan balak berjumlah RM 1 juta dan juga sedang di siasat oleh SPRM. Memang Dato’ Hamdi ini seorang wakil rakyat yang sangat memalukan.

Di katakan sekarang ini dia sudah membuat pakatan dengan seorang bekas ketua pemuda bahagian dan berjanji membantu untuk mencadangkan bekas ketua pemuda itu menjadi calon. Di sekeliling Dato’ Hamdi ini terdapat beberapa karakter yang menarik :

Yang pertama : Dato’ Manaf (Ketua Bahagian UMNO Bruas) – beliau juga SANGAT berminat untuk menjadi calon wakil rakyat. Beliau telah banyak menggunakan duit peruntukan MAYANG untuk kepentingan peribadi dengan menyalurkan projek-projek kepada orang-orang kanan beliau. Di katakan janji-janji beliau untuk memberi sumbangan kepada cawangan dan penduduk, masih lagi belum ditunaikan. Malah janji beliau untuk membaiki rumah penduduk juga masih tidak kesampaian.

Yang Kedua : Azman Noh (Naib Ketua Bhagian Bruas) – beliau merupakan orang rapat dengan Dato’ Manaf. Ada beberapa projek MAYANG yang beliau telah terima.Beliau juga ada mendapat waran untuk projek pertanian namun projek pertanian kemana, duit peruntukan juga dah habis lesap.

Yang Ketiga : Dato’ Azhar Ahmad (Pegawai Khas MB Perak) – beliau orang yang sangat setia kepada Dato’ Hamdi, tetapi beliau memang telah di pergunakan cukup-cukup oleh Dato Hamdi.

Yang Keempat : Cikgu Azizi merupakan orang kuat Dato Hamdi dan Dato Manaf. Beliau adalah seorang guru tetapi yang menariknya beliau boleh berniaga khemah, mengubah wang haram dan macam-macam lagi. Masa kerja, beliau tiada di dalam kelas dan guru besar tak dapat nak ambil tindakan terhadapnya. Di hadapan rumahnya, banyak lori Petronas di letakkan di hadapan rumah beliau. Dia meniaga minyak kot…Harap-harap,
Pejabat Pelajaran Daerah dapat menyiasat perkara ini.
Inilah karakter-karakter menarik di sekeliling Dato Hamdi. Baguslah, semua berebut untuk menjadi calon. Harap-harap Pakatan Rakyat akan menggunakan semua maklumat ini. Yang pasti, rakyat sudah muak dengan puak-puak ini.

Sila klik di sini untuk pendedahan sebelum ini :
Bahagian 1 : http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=10475
Bahagian 2 : http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=10646

 

 

Anwar musnah ETP Najib, 8.3 juta rakyat miskin pada 2020

| Print |

 

Harakahdaily   

KUALA LUMPUR, 16 Dis: Datuk Seri Anwar Ibrahim 'memusnahkan' Program Transformasi Ekonomi (ETP) Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi dengan memberikan amaran, lebih daripada 8.3 juta rakyat Malaysia akan tergolong sebagai miskin menjelang 2020 jika ETP berterusan.

(Anwar menunjukkan 3 dari empat orang miskin di Malaysia adalah Melayu dan Bumiputra)

Anwar menyatakan bahawa tanggapan ETP bahawa pendapatan rakyat Malaysia akan berkembang pada 3.6 peratus dan inflasi akan berada pada tahap 2.8 peratus setahun untuk satu dekad akan datang (2010-2020) adalah tidak benar sama sekali.

Ini kerana berdasarkan statistik satu dekad yang lepas (2001-2010), pendapatan rakyat Malaysia hanyalah sekadar 2.6 peratus berdasarkan data Kementerian Sumber Manusia dan inflasi adalah jauh lebih tinggi, 4.4 peratus pada 2001-2005 dan 6.6 peratus pada 2005-2009.

“Jika pendapatan turut naik pada kadar 3.6 peratus setiap tahun seperti jangkaan ETP, menjelang 2020, masih terdapat 7.6 juta orang yang berpendapatan kurang daripada RM1,500 setahun,” kata Anwar dalam satu ucapan di Westin Hotel semalam bertajuk ‘Debunking ETP: Widening Income Gap’.

Analisa tersebut, kata Anwar diperkuatkan lagi dengan data daripada National Employment Return Study 2009 (Penyelidikan Guna Tenaga Kebangsaan 2009) yang melibatkan sampel 24,000 pekerja dan 1.3 juta pekerja di mana ia mendapati sebanyak 33.8 peratus pekerja mendapat gaji di bawah RM700 sebulan.

“Jika ini diekstrapolasikan di peringkat nasional, ia menjangkakan 34 peratus tenaga kerja negara kita berada di bawah paras kemiskinan (RM700),” kata beliau.

(Anwar menunjuk inflasi tinggi antra 4.8 - 6.6 peratus dari tahun 2001 tetapi 2009 tetapi disasarkan ETP 2.8 peratus dari 2009 - 2020 yang sudah pasti tidak munasabah)

ETP sebelum ini menjangkakan bahawa lebih daripada 2.8 juta rakyat Malaysia akan mempunyai pendapatan RM4,000 sebulan menjelang 2020. Namun, kata Anwar, semua angka di atas telah membongkar dakwaan Najib bahawa Malaysia bakal menikmati jumlah pendapatan kasar berkapita (GNI) RM48,000 setahun adalah palsu.

“Jika inflasi, sebagaimana yang kita lihat pada tahun-tahun kebelakangan yang lepas, bertambah lebih daripada 2.8 peratus untuk tahun-tahun akan datang, pendapatan akan berkurangan dan sasaran GNI RM48,000 setahun hanya sekadar angka penyeri di atas risalah ETP,” kata Anwar, yang juga bekas menteri kewangan.

Mengenai tahap kemiskinan negara yang masih berada di paras RM700, Anwar berkata angka tersebut adalah ketinggalan zaman kerana rakyat kini yang berpendapatan RM1,500 sebulan sudah menghadapi kesusahan hidup yang perit.

“Rakyat Malaysia inginkan pendapatan lebih tinggi. Tapi ETP memberikan mereka nilai ekonomi yang semakin kecil. Dalam analisis terakhir, ETP hanyalah satu unjuran kepada model ekonomi yang gagal dan dicemari rasuah dan budaya cepat kaya yang mengkayakan pemerintahan dengan mengorbankan majoriti,” kata Anwar.

Anwar turut menambah ETP hanya mengkayakan golongan yang sedia kaya dan keuntungan ekonomi hanya akan menguntungkan syarikat-syarikat di bawah ETP.

“Jadi, janji ETP membawa Malaysia ke negara berpendapatan tinggi adalah palsu,” tegas Anwar.

 

 

Melayu Undi PAS/PKR: Satu Justifikasi
Posted on Thursday, December 15 @ 08:24:26 PST
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever


Oleh: AntiKarat

"
Bangsaku Melayu UMNO,Kalau benar kalian sayangkan Melayu dan kalau benar kalian prihatin akan nasib bangsa kita, maka jawapannya ialah pilihlah PAS dalam PRU13 nanti. Kalian masih ingatkah bahawa BN hanya dapat perintah Negara apabila bangsa Cina, India, Iban dan Kadazan solid menyokong BN. Inilah fakta yang berlaku sejak 50 tahun yang lalu hinggalah PRU 2004. 

Apabila berlaku anjakan yang agak besar daripada pengundi Cina dan India sahaja, kalian sudah dapat lihat apa yang terjadi kepada UMNO  dan BN. Lima negeri jatuh kepada Barisan Alternatif. Kini, yang UMNO/BN perlu hadapi dalam PRU13 nanti ialah pakatan yang lebih tersusun mantap iaitu Pakatan Rakyat. 

 

Selepas PRU2008, sokongan bukan Melayu kepada Pakatan Rakyat semakin ketara. Pengundi Cina sendiri , mengikut analisis pakar, sokongan mereka terhadap PR sudah menjangkau hampir 85%. Ingat, semasa PRU2008, sokongan pengundi Cina hanya sekadar 65%. Apa akan berlaku dengan swing tambahan sebanyak 20% lagi? Sudah pasti, kerusi  Parlimen berkomposisi Melayu 85% ke bawah yang dimenangi oleh UMNO/MCA/BN kurang daripada 5 000 undi amat tergugat sekarang. Benar kemungkinan UMNO masih mendominasi kerusi-kerusi Parlimen di kawasan komposisi Melayu 90% ke atas kerana permainan isu perkauman. Soalnya, cukupkah simple majoriti diraih oleh BN?

 

Senario di ambang tahun 2012 ini, bertambah lagi tiga elemen yang menguatkan lagi ketumbangan BN   ( bermakna kemenangan PR)  iaitu keterbukaan minda masyarakat majmuk di Sabah dan Sarawak, peratusan pengundi muda yang kini menjangkau 65%  serta rekahan yang mula nampak membuka laluan yang lebih besar di kawasan-kawasan Felda dengan kebangkitan para peneroka dan generasi muda mereka. Tidakkah tiga elemen ini mampu memberi pukulan yang lebih teruk kepada BN dalam PRU13 nanti? (PR sewajarnya melipatgandakan  usaha dalam tempoh yang semakin singkat ini untuk merancakkan capaian tiga elemen baru ini).

 

Seandainya BN menang tipis dengan lebihan kurang daripada 20 kerusi, tidak mungkinkah akan ada lompatan 10 MP kepada PR? Mengapa tidak diandaikan 10 MP Pakatan Rakyat akan melompat kepada BN? Antara dua arah lompatan itu, kalian fikirlah sendiri yang mana lebih berpotensi besar untuk berlaku berdasarkan “16 September” yang pernah mencemaskan BN?

 

Penulis optimis BN akan tumbang dalam PRU13 nanti sama ada secara mutlak atau dalam bentuk “16 September ke-2”.  Sama ada kerusi Melayu UMNO banyak atau kerusi Melayu PAS/PKR kurang, yang pasti ialah BN tidak lagi akan memerintah selepas PRU13 nanti. Putrajaya akan dikuasai oleh Pakatan Rakyat. Bangsa Melayu UMNO bacalah realiti politik semasa. Jangan dok asyik dan syok dengan media perdana sahaja.

 

Pendek cerita, buktikanlah bahawa kalian benar sayangkan bangsa Melayu dan prihatin akan nasib bangsa dengan cara memberi undi dalam keadaan ringan mahupun berat  kepada calon Melayu PAS/PKR. Izinkanlah dengan redha pemimpin UMNO yang korup dan khianat terhumban dengan labu-labu mereka. Sedarilah, UMNO telah membusuk teruk dek kerana terlalu lama memerintah.  Status mereka  bertukar daripada bersifat sebagai wakil rakyat telah menjadi wakil kroni . UMNO baru bukan lagi UMNO sebelum era Mahathir. Sejak penswastaan Mahathir, para pemimpin UMNO telah cerdik untuk  mengambil daging manakala kuahnya dikendurikan kepada rakyat. Inilah konsep pemimpin berjiwa rakyat ala-UMNO. Masih belumkah tuan-puan sedar?

 

Akhir kata, saudara-saudaraku di dalam UMNO, marilah kita memberi kekuatan suara Melayu/Islam  dalam kerajaan baru Pakatan Rakyat agar Melayu/Islam terus  mendominasi pemerintahan Negara . Untuk itu ,berilah  undi dan bawalah  kaum keluarga, sanak saudara serta sahabat handai UMNO kita  agar sama-sama mengundi calon Melayu/Islam PAS dan PKR.

 

lagi di sini.

 

Rayuan untuk Dr.Hassan Ali:Jangan jumpa Najib atas nama perpaduan!
Posted on Thursday, December 15 @ 19:18:32 PST
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur


Oleh: umnopenyangak

"

Assalamualaikum, Buat Dr.Hassan Ali, jangan jumpa Najib atas nama perpaduan.Tiada apa yang nak dibincangkan Dr. kalau dengan Najib.Lihatlah Dr., apa yang berlaku di sekeliling sekarang ini.DSAI semakin hampir ke penjara sedangkan sepanjang perbicaraannya, Beliau dinafikan haknya sebagai warganegara yang dijamin sendiri oleh perlembagaan yang didokong Najib.

 

Lihatlah juga Dr,. bagaimana Transfomasi Najib yang membawa PERMATA milik bininya menjadi kaya raya serta bininya sendiri walaupun baru pulang dari Fardu Haji, masih tidak menutup aurat.Apakah perpaduan yang hendak dibincangkan sedangkan Dr, sendiri menegaskan bahawa perbincangan itu akan berteraskan Islam.Jadi di mana teras Islam yang dipegang Najib.Dr., seharusnya tidak mengecewakan ramai peminat peminat Dr. yang turut datang kepada PAS bersama Dr.dulu.

Tolonglah Dr., tidak ada apa yang boleh dibincangkan dengan Najib dalam keadaan dia sekarang  ini.Memang benar Dr. manusia boleh berubah dan hidayah itu milik ALLAh tetapi sebagai manusia yang sentiasa bertindak berdasarkan petunjuk, keadaan dan carahidup orang yang hendak berbincang itu perlu diteiliti dulu.Apakah sikap dia tentang hudud?Apakah masih sama atau sudah berubah?Bagaimana pula isu isu maksiat lain, apakah sudah ditangani secara Islam oleh Najib sedangkan Dr. sanggup berdepan dengan tentangan kerana isu yang sama?Di mana Najib ketika Dr. berdepan dengan gereja dan lain lain isu maksiat?

Tolonglah Dr., Kami masih yakin dengan Dr. dengan segala yang berlaku ini tetapi dalam masa yang sama kami juga bimbang dengan putar belit si Najib dan UMNO.Banyak pengalaman yang perlu dijadikan pengiktibaran seperti kes yang menimpa ust.Nakhaie umpamanya.Ingatlah Dr., Najib mewarisi sikap pesaka UMNO yang sentiasa licik dalam mencari helah.Kami yakin dengan Dr. tetapi adalah lebih baik kalau Dr. batalkan persetujuan itu sehingga ada tanda tanda perubahan Ikhlas di pihak Najib yang sehingga kini masih belum ada.

Firman ALLAh menyebut sekiranya kamu berbantah bantah maka kembalilah kepada Alquran maka sepatutnya itulah yang kita sama sama usahakan Dr., bukan berjumpa Najib tetapi rakan rakan dalam jemaah dan untuk itu sepatutnya juga kepimpinan jemaah mengusahakan satu perjumpaan muhibbah bagi meleraikan segala masalah walaupun kesan kepada kemelut ini tidak memberi kesan besar kepada jemaah! Kerana ianya memberi banyak ruang kepada si luncai UMNO meniupkan lagu perpecahan serta turut diikuti oleh ahli ahli jemaah termasuk juga yang bernama "PEMIMPIN"

Terserah kepada Dr., samaada mahu menerima rayuan ini atau tidak tetapi ingatlah UMNO masih lagi penyangak kepada rakyat MALAYSIA terutama kepada masyarakat melayu ISLAMdan jihad tidak akan terhenti kerana apa yang berlaku kepada Dr..

 

 

 

Janji Politik PM : Hanya Kakitangan Yang Memilih SKIM SBPA Dapat Kenaikan Gaji
Posted on Thursday, December 15 @ 18:44:08 PST
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur


Oleh Kamaruzaman Mohamad

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) bersetuju dengan saranan Cuepacs yang mendesak kakitangan awam agar tidak menandatangani borang opsyen sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diedarkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Cubaan penguatkuasaan SBPA kepada 1.2 juta kakitangan awam tanpa memberikan maklumat yang mencukupi adalah satu penganiayaan.

DPPWP dimaklumkan, hanya kakitangan yang menandatangani SBPA sahaja yang akan menerima kenaikan gaji sebanyak 7-13 peratus seperti yang di umumkan oleh Perdana Menteri dalam pembentangan bajet yang lalu. Manakala kakitangan yang mahu mengunakan skim perkhidmatan berdasarkan SSM dan SSB akan kekal menerima tangga gaji sedia ada.

 

Malah ramai kakitangan awam yang tidak berpuashati kerana dalam SBPA mereka wajib memilih untuk bersara pada usia 60 tahun. Penilaian anjakan atau kenaikan gaji tahunan pula bakal didasarkan kepada merit laporan prestasi tahunan yang mana kakitangan yang gagal mencapai markah 70 peratus bagi 3 tahun berturut-turut boleh dipecat. Apa yang tidak dijelaskan oleh JPA adalah, bagaimana bentuk penilaian ini berfungsi. Bagaimana mereka boleh menjamin tidak adanya elemen pilih kasih, atau sabotaj oleh kakitangan atasan kepada mereka yang menjadi subordinat mereka. Malah tidak dinyatakan juga jumlah kenaikan itu kerana carta perubahan gaji tidak diberikan.

 

Adakah kakitangan yang mencapai markah yang lebih tinggi akan menerima kenaikan gaji dua kali ganda atau sama sahaja seperti sebelum ini dimana mereka hanya menerima kadar kenaikan mengikut tahun perkhidmatan.

 

Kakitangan awam adalah aset yang penting kepada pentadbiran negara, tetapi layanan yang diberikan kepada mereka nampaknya semakin teruk. Perkara yang paling penting untuk hidup mereka iaitu dalam menentukan masa depan kerjaya mereka dibuat tergesa-gesa. JPA hanya memberikan masa dari 16-30 Disember ini untuk mereka membuat keputusan. Itu arahan dari JPA, tapi bila turun kepada Kementerian dan Jabatan, ramai yang mengadu bahawa mereka perlu buat keputusan kurang dari 48 jam kerana pihak Bahagian Sumber Manusia masing-masing mengambil masa yang banyak untuk mengedar dan merekodkan pilihan yang dibuat sebelum menghantarnya semula kepada JPA.

 

Apa yang penting, DPPWP berharap agar kakitangan awam bijak membuat pilihan dan tidak tergesa-gesa. DPPWP juga mahu Perdana Menteri menunaikan janjinya untuk menaikan gaji kakitangan awam bermulai 1 Januari tahun hadapan tanpa mengira skim mana yang mereka pilih dan tidak terikat kepada SBPA sahaja. Rakyat memang sedar bahawa Perdana Menteri cuba mengunakan pakej belanjawan Bajet 2012 untuk menarik undi dan sokongan, tapi biarlah dengan cara yang ikhlas dan jelas bukannya sekadar janji yang cacamarba.

 

Kamaruzaman Mohamad

Ketua

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

 

 

Beliau ke penjara Sungai Buluh semula untuk meneruskan 'pengajiannya Phdnya'

Kalau Obor Perjuangan Itu Jatuh!

SESUATU yang ramai tidak mahu saksikan ialah pada 9 Januari 2012 ini Anwar Ibrahim akan digiring ke penjara Sungai Buluh untuk meneruskan 'pengajiannya Phdnya' di sana. Rasanya ramai rakyat yang berdoa dan bermunajat serta bersolat hajat memohon agar Anwar tidak di bawa ke penjara. Sekurang-kurangnya biarlah Anwar melalui pilihan raya ke-13 yang akan tiba tidak lama lagi.

Mereka yang berhati mutmainah akan mengira memejarakan Anwar satu pengkhinatan kepada bangsa Melayu dan negara ini. Sebaliknya mereka yang memakai baju amarah akan melihat satu kejayaan buat mereka. Sesungguhnya mutmanianah dan amarah itu dua nafsu yang jauh beza dan nilai taranya.

Itu harapan dan impian banyak orang terutamanya rakyat yang mahukan perubahan. Tetapi tidak dengan Ha Najib Razak dan kuncu-kuncunya. Bagi Najib pula pengiringan Anwar ke penjara satu keperluan dan satu kebagusan. Hanya dengan memenjarakan Anwar sahaja memberi sedikit harapan untuk Najib terus mengangkat sumpah sebagai PM di hadapan Agong baru.

Kalau pilihan raya ke 13 berjalan dengan sempurna, dengan Anwar masih berada di luar dan tiada sekatan-sekatan baru yang lebih ganas, rasanya impian Najib untuk menjadi PM sudah berkecai. Silap hari bulan Najib akan menjadi perdana menteri dari rahim Umno yang terpendek. Kerana mungkin Najib menghidu itu maka tiada ada pilihan buatnya melainkan menggunakan teori Mahathir Mohamad, penjara Anwar kemudian bubar parlimen.

Katakan pada 9 Januari ini Anwar akan digiring ke penjara, apa jadi dengan Pakatan Rakyat? Ramai orang berkira semangat para pendokong Pakatan Rakyat akan mengendur. Ramai yang menjadi lemah dan gemulai. Keinginan yang membuat-buak kini untuk merampas Putrajaya akan mengendur dengan tiba-tiba kalau Anwar berada di dalam. Kenapa jadi begitu? Kenapa selemah itu jiwa para pejuang sedang jiwa mereka harus menjadi kayu dan batu yang harus menggeras.

Kenapa harus kendur untuk menyerang Putrajaya kalau Anwar berada di penjara. Kenapa harus menjadi lemah gemulai dan berputus asa. Mereka yang melihat hanya Anwar segala-galanya tentu akan meras begitu. Hidup jangan lekas berputus asas. Dalam perjuangan untuk menegakkan kebenaran, menghapuskan kemungkaran... tidak ada hentinya. Ia juga memerlukan nilai harga yang mahal untuk dibayar. Perjuangan itu akan diteruskan hatta Anwar dipenjara 10 kali lagi pun. Ingat tiap dari kita sudah dititik besi kursani perjuangan ke dalam kalbu sebelum kewujudan Anwar lagi.

Para mujahadah dan mujahidah perlu ingat bahawa Anwar bukan segala-galanya. Anwar hanyalah kebetulan saja. Anwar hanya pembawa obor perjuangan saja yang dipilih kerana keberanian dan ketulusannya. Bila tangannya sudah melecur dan terbakar, sebelum obor perjuangan terlerek ke bumi, sambar dan angkatlah setinggi keupayaan yang kita ada. Julanglah ramai-ramai. Di luar sana masih ramai pejuangan kebenaran yang sedia memelucurkan tangannya. Usah risau dan rungsing.

Kalau kita kecut, kalau kita lemah untuk mengangkat obor maka selama itu kezaliman akan bermahajalela dan mengganas sampai ke anak cucu cicit kita. Jangan biarkan lembu terus gemuk .... mari kita relakan jajari jemari kita terbakar dan melecur demi anak cucu masa depan.

Kita haerus mengenali diri kita, siapa diri kita. Yang tidak mengenal diri sendiri itulah yang menjadi masalahnya. Tiap daripada kita semua adalah pembawa obor. Kita adalah pemikul panji-panji perjuangan. Dengan tiadanya Anwar bukan alasan untuk kita berhenti mara dan mengendurkan langkah.
Sebaliknya apa yang ditanamkan Anwar jadikan azimat dan tangkai untuk terus mara dan marah. Penyeksaan dan ketidakadilan serta fitnah ke atas Anwar harus dibayar tunai dengan menumbangkan regim zalim.

Anwar sudah bilang dia akan berjuang dari penjara. Penjara baginya bukan tembok batu yang menghentikan segala gerak tindaknya.
"Saya akan menyatu padukan dan memperkemaskan ikatan Pakatan Rakyat dari penjara," begitulah kata-kata Anwar. Kalau dari ruang tertutup dan terbatas Anwar masih boleh berjuang, nah bagaimana dengan kita yang bebas menghirup udara di luar ini. Bachul sangatlah kita.... Sesungguhnya setiap dari pendokong keadilan dan pendesak perubahan harus malu dengan Anwar.

Bertolak dari aspirasi dan semangat itu saya melihat Pakatan Rakyat akan menjadi lebih kuat dan bersemangat lagi kalau tertakdir Anwar diringkukkan di penjara. Perasaan geram dan marah rakyat akan bercantum untuk memantulkan satu pukulan padu ke arah muka tebal dan bebal UBN. Dengan masuknya Anwar nanti (mudah-mudahan) ia akan menghuru harakan lagi ketumbokan UBN kini sudah siap mara. Marah yang kita simpan tatkala pertama kali beliau di penjara kita keluarkan semua untuk mengiringi langkah melakukan perubahan.

Tetapi saya yakin saat Anwar di giring ke penjara tidak ada lagi air mata yang akan mengalir. Tidak ada lagi suara histeria yang meraung di luar mahkamah kesal dan sebal atas apa yang berlaku. Tiada lagi perempun, gadis dan ibu merintih kehibaan melihat dengan penuh kesenduan saat Anwar di bawa ke Sungai Buluh. Tidak ada lagi. Semua orang kena keringkan air mata untuk tidak ditumpahkan pada 9 Januari.

Tidak ada demostrasi lagi membantah pembawaan Anwar ke Sungai Buluh. Semuanya akan berjalan dengan tenang. Sebab semua orang sudah faham dan sudah masak dengan apa yang berlaku. Semua orang sudah mangli dan semua sudah berazam akan menghadapi saat-saat itu dengan penuh ketabahan dan keberanian. Iya untuk menang dalam peperangan semua orang harus degil dan berani.

Pengalaman lebih 10 tahun lalu memberi kekuatan kepada mereka. Kali ini rakyat tidak lagi menzahirkan kemarahan dengan protes, jerit, laung dan apa juga bentuk fizikal lain. Tetapi rakyat akan protes dengan senyap, laksana kalau mengharungi air, air tidak pun beriak dan berkocak. Kalau merentasi semak, semak usahkan berbunyi patah pun tidak. Rakyat akan protes dalam senyap, rakyat akan membunuh UBN dalam senyum dan tawa.

Rakyat akan menjerut leher penzaliman dengan tali azam dan nekad yang kuat. UBN tidak memahami ini, dan inilah nanti yang akan menjadikan UBN akan mati dalam ketawa sehingga mereka tidak percaya bahawa jasadnya sudah tidak akan bergerak lagi selepas ini. Rakyat bukan mahu melihat dan menanti penghukuman ke Anawar untuk dikatakan zalim, tetapi proses perbicaraan itu menyebabkan rakyat sudah mual dengan UBN.

Kepada pendokong keadilan, kebenaran dan perindu sebuah perubahan - persalinan kerajaan, tenang-tenang sahaja tunggu 9 Januari ini seperti telah berlalu sejuta hari sebelum ini. Kita tidak mampu melawan takdir tetapi ingat kita boleh mengubah skrip yang sudah berada di tangan kita berdasarkan sebuah firman berbunyi; nasib sesuatu kaum itu tidak akan berubah kecuali dia sendiri akan mengubahkannya. Dan Tuhan Maha Pengubah. Nah mari kita ubah. [wm.kl.10:12 am 16/12/11]

Mohd Sayuti Omar,

 

 

SHARSHOOTER - RAKYAT TIDAK LUPA UCAPAN PEMIMPIN UMNO YANG MENGHINA ISLAM

 

 

1. Kenyataan Tun Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim : “Hukum rejam kepada penzina adalah primitive”.

 

 

2. Kenyataan Najib Razak pada 20hb April 1993 kepada para wartawan : “Negara akan huru-hara sekiranya undang2 Islam dilaksanakan”.

 

 

3. Ucapan Tun Mahathir pada 30 April 1992 di perjumpaan Ketua2 UMNO bahagian Johor : “Saya nak tahu siapakah di antara ahli-ahli Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti”.

 

 

4. Ucapan Tun Mahathir pada 14 Ogos 1994 di Pasir Mas Kelantan : “Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam”.

 

 

5. Ucapan Tun Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan : “Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum-hukum yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?”

 

 

6. Ucapan Tun Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan : “Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik”.

 

 

7. Tun Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994 : “Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam.”

 

 

8. Tun Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992 : “Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.”

 

 

9. Sulaiman Daud, temubualnya dengan media massa, 20 Ogos 1993 : “Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan”.

 

 

10. Tun Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994 : “Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini.”

 

 

11. Tun Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO, 1994 : “Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud.”

 

 

12. Tun Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994 : “Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama’) ialah mengajar, bukan mentadbir.”

 

 

13. Tun Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994 : “Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud.”

 

 

14. Tun Mahathir Mohamad, kenyataannya kepada wartawan, 30 April 1992 : “Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud,tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam.”

 

 

15. Tun Mahathir Mohamad, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991 : “Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan.”

 

 

16. Tun Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 24 April 1992 : “Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak.”

 

 

17. Najib Tun Razak, bercakap kepada wartawan, 20 April 1992 : “Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.”

 

 

18. Tun Mahathir Mohamad, ucapannya di Papar, Sabah, 2 Mei 1992 : “Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.”

 

 

19. Dr. Yusuf Nor, temubualnya dengan Radio 3 Ibu Kota, 6 Mac 1994 : “Sebarang undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia sekarang yang selaras dengan undang-undang Islam boleh dianggap sebagai undang-undang Islam.”

 

 

20. Tun Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam.”

 

 

23. Tun Abdullah Ahmad Badawi 13/11/99 : “Apa erti negara Islam jika mundur”.

 

 

UCAPAN MENGHINA HUKUM MENUTUP AURAT DAN MENGALAKAN RATU CANTIK

 

 

1. Tun Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997 : “Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam”.

 

 

2. Tun Mahathir Mohamad 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO : “Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat”.

 

 

3. Tun Mahathir Mohamad, Utusan Malaysia, 19 Julai 1997 apabila tiga orang gadis Melayu Islam ditangkap oleh lima pegawai JAIS : “Cara ini meninggalkan kesan buruk sampai ke bila-bila kepada pihak yang terlibat termasuk keluarga mereka. Orang-orang ini tidak faham apa yang dikehendaki oleh agama. Inilah masalahnya apabila kita memberi kuasa kepada orang-orang yang tidak tahu menggunakan kuasa”.

 

 

UCAPAN MENGHINA DAN MEMECAT ULAMA’

 

 

1. Tun Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997 : “Saya bukan lawan semua dengan mufti, tetapi mufti (Dato’ Ishak Baharom) yang semacam ini bukan mufti. Ulama’, macam-macam ulama’ ada. Takkan satu orang boleh mendakwa diri dia ulama dan kita mesti sembah dia inilah waris nabi, bukan main senang. Masuk persatuan ulama’ jadi waris nabi. Syed-syed pun tak pernah berkata macam itu,yang kata dia keturunan nabi, keturunan sahabat-sahabat nabi pun dia tak kata macam itu. Ini mana-mana tempat membuat dakwaan bahawa ‘ulama’ adalah waris nabi’. Mudah nak jadi waris nabi. Tak payah sapa pilih.”

 

 

2. Tun Mahathir Mohamad, 8 Nov.1991, Perhimpuan Agung UMNO, PWTC : “Ajaran ulama’ inilah yangmenyebabkan umat Islam menghabiskan hayat mereka semata-mata mebuat persedian untuk akhirat. Dan untuk ini, berbagai-bagai ibadat dicipta dan ditokok-tambah untuk memenuhi masa hidup mereka”.

 

 

Lanjutan dari gesaan itu Dato’ Ishak Baharom telah ditamatkan perkhidmatan beliau sebagai Mufti Selangor hanya kerana bertegas agar pelaksanaan hukuman Hudud dilaksanakan dan juga kerana menyebabkan tiga orang ratu cantik Melayu-Islam didakwa di Mahkamah Syariah.

 

 

MENGIZINKAN MAKSIAT & MEMBELA ORANG BUAT MAKSIAT

 

 

1. Tun Abdullah Ahamd Badawi Jun 2001 : “Tiada sebarang peruntukan dalam Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang memberi kuasa kepada penguatkuasa agama negeri untuk menangkap umat Islam yang berada di premis yang menghidangkan arak sekiranya mereka tidak meminumnya”.

 

 

2. Menteri Besar Selangor Datuk Seri Abu Hassan Omar Jun 2001 : “Tindakan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam (JAIS) menangkap 31 orang mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 pada 10 Jun merupakan satu kekhilafan dalam mentafsir undang-undang”.

 

 

3. Dato’ Rais Yatim Jun 2001 mengkritik tindakan JAIS berikutan langkah pegawai dan kakitangan Jabatan tersebut melakukan serbuan dan tangkapan terhadap 25 orang Islam dalam sebuah pub “The Ship” di Damansara Utama, Selangor pada 11 Jun 2001 atas kesalahan orang Islam tidak dibenarkan membuat persembahan atau bekerja di dalam premis yang menjual minuman keras : “Apabila undang-undang ini dikuatkuasakan, saya percaya masalah seperti ini akan berkurangan dan dapat diketepikan. Walaupun undang-undang ini akan dikuatkuasakan, kita mesti terus berhati-hati juga tentang sistem penangkapan dan penguatkuasaan supaya persepsi orang ramai terhadap kuasa yang ada tidak bercanggah, konon sewenang-wenang dilakukan tangkapan dan sebagainya,”

 

 

UCAPAN-UCAPAN LAIN

 

 

1. Dato’ Rais Yatim di Hotel Equatorial, Bangi semasa merasmikan seminar Inter Faith Commission (IFC) dan diterbitkan di dalam infoline Majlis Peguam : “(Dalam masyarakat majmuk) tiada orang yang boleh mendakwa bahawa agamanya adalah agama terbaik dengan mengenepikan agama-agama lain kerana dengan mengatakan demikian akan memusnahkan prinsip persamaan (agama) dan prinsip kemanusiaan.”

2. Dato’ Nazri Aziz pernah secara terang-terang di satu forum anjuran Majlis Peguam : “Umno terpaksa menggunakan Islam kerana jika parti itu tidak berbuat demikian ia akan hilang undi kepada PAS”.

 

KITA TAK HAIRAN JIKA BUKAN ISLAM SEPERTI KARPAL SINGH ATAU CHUA SOI LEK MENOLAK HUKUM HUDUD SEBAB MEREKA BUKAN ISLAM...

 

 

No comments: