PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Friday, November 11, 2011

Tarikh PRU13 dan projek lembu 1 Malaysia

Tarikh PRU13 dan projek lembu 1 Malaysia
Posted on Friday, November 11 @ 00:21:27 PST
Dilulus untuk paparan oleh Budakjalanan


Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN

Teka-teka tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 memang tidak akan berakhir selagi Parlimen belum dibubarkan. Walaupun saya sendiri menjangkakan ia mungkin diadakan selepas Tahun Baru Cina 2012, tetapi masih ramai yang suka meneka tarikh lebih awal, dengan andaian Dato' Seri Najib Razak lebih selesa mengadakannya selepas balik daripada menunaikan fardu haji.



Mana-mana Perdana Menteri tentu tidak gemar jika telahannya mudah dibaca umum. Bagaimanapun, pastinya mereka tidak akan mengubah tarikh yang dipilih secara cermat itu hanya kerana ia sudah dijangka. Apatah lagi PRU13 adalah mengenai persoalan hidup dan mati Umno-BN. Mandat BN akan tamat pertengahan tahun 2013.

Saya tidak melihat episod Najib  dan isterinya, Datin Seri Rosman Mansur ke Makkah mampu meraih lebih sokongan mahupun simpati pengundi, malah ia  boleh bertukar menjadi sebaliknya jika publisiti media nampak "keterlaluan" dan kelihatan sarat dengan "motif politik".

Bukankah isu gambar pengawal-pengawal Najib yang ramai semasa di Masjidil Haram, pakaian Rosmah yang tidak sempurna menutup aurat, dan terbaru, kenyataan PM bahawa urusan hajinya selesai awal, turut mengundang kontroversi, terutama di laman-laman sosial internet, serta mendapat 'teguran' Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya?

Walaupun tarikh 11.11.11 nampak menarik untuk tarikh pembubaran Parlimen, namun bagi saya, tiada alasan untuk Najib tergesa-gesa memilihnya sebaik tiba dari Tanah Suci. Jika ia dicadangkan juga oleh para penasihatnya yang ramai itu, mungkin istilah lebih tepat buat mereka adalah "punahsihat" ...

Lagi pun, masakan PRU13 bakal berlangsung semasa masih ada jemaah haji yang belum pulang ke tanahair? Negara juga bakal menghadapi musim banjir tidak lama lagi. Lebih penting daripada itu, Bajet 2012 yang menjanjikan begitu banyak peruntukan 'one-off' berbentuk wang tunai belum dapat dilaksanakan lagi. Paling awal  dapat diagihkan pada Disember ini dan memakan masa sehingga melewati tahun baru.

Begitu juga dengan jaminan transformasi politik Najib seperti memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan pindaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, yang hanya dapat direalisasikan sekitar sekitar Mac tahun depan.

Pemansuhan ISA adalah peristiwa besar yang tidak akan disia-siakan Najib; mengadakan PRU13 sebelum janji itu dikota akan membawa padah lebih besar dan mengukuhkan lagi persepsi ramai bahawa BN-Najib tidak boleh dipercayai. Ya, lebih baik tiada jaminan pemansuhan dibuat pada malam Hari Malaysia yang lalu jika beliau mahu mengadakan pilihan raya cepat.


Saya kira imej Najib juga tercalar teruk jika PRU13 diadakan sebelum cadangan pembaharuan sistem pilihan raya oleh jawatankuasa terpilih khas Parlimen (PSC), yang dipengerusikan Dato' Seri Maximus Ongkili,  dilaksanakan. Pada 22 September lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata PSC itu diberikan tempoh enam bulan untuk menyiapkan cadangan mereka.

Meskipun tiada sekatan untuk Najib mencadangkan tarikh pembubaran Parlimen lebih awal, tetapi beliau sudah tentu tidak boleh meremehkan sensitiviti majoriti rakyat terhadap kepincangan proses demokrasi negara kita, sepertimana digambarkan melalui perhimpunan raksasa Bersih 2.0, 9 Julai lalu.

Menarik komentar Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man: "PM yang baru balik haji dengan semangat melontar jumrah, sehebat melontar sifat mazmumah dalam diri, sudah pasti akan membawa pelbagai perubahan sama ada dalaman dan luaran, kerana ia antara tanda-tanda haji mabrur.

"Lebih besar dari itu, rakyat yakin PM yang dapat haji mabrur akan hanya mengadakan pilihan raya setelah segala penyelewengan sistem pilihan raya dapat diperbaiki. Mana mungkin mereka yang dapat haji mabrur sanggup mengadakan pilihan raya dengan penipuan, ketidakadilan dan daftar pemilih yang tidak bersih?"


Selain itu, isu-isu sensasi terkini, seperti skandal penyelewengan lebih RM250 juta Projek Fidlot Kebangsaan (NFC) membabitkan suami dan anak-anak  Dato’ Seri Shahrizat Jalil, menteri kabinet yang juga Ketua Wanita Umno, dipercayai mampu memberikan tekanan besar kepada BN-Najib.

Persepsi masyarakat bukan Melayu terutama pengundi Tionghua memang lebih terkesan dengan isu-isu seperti rasuah, kronisme, salahguna kuasa, skandal kewangan dan Laporan Ketua Audit, tetapi saya yakin kesedaran berpolitik orang Melayu juga semakin matang dan mereka turut prihatin dengan persoalan integriti dan akauntabliti.

Sementara orang Cina kian menjauhi BN dan dan melihat gabungan parti itu langsung tidak boleh dipercayai untuk memegang amanah pemerintahan, pengundi Melayu pula bakal menjadi penentu siapa peneraju Putrajaya. Dan saya jangka, isu NFC bakal mengocak keyakinan Umno-BN terhadap orang Melayu.

Jawapan Najib dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Seri Noh Omar terhadap isu yang yang dibangkitkan Pengarah Strategik KeADILan, Rafizi Ramli jelas mahu memperbodohkan rakyat. Shahrizat pula sehingga kini gagal menjawab bagaimana suami dan anak-anaknya, yang tiada pengalaman dalam bidang ternakan boleh diberi kepercayaan dan modal (pinjaman RM250 juta, geran RM6.1 juta dan 5,000 ekar tanah) sebegitu besar.

Rafizi mengemukakan bukti bahawa keseluruhan RM250 juta telah disalurkan kepada akaun NFC menjelang  menjelang 31 Mac 2009. Pada 6 Mei 2009, NFC memindahkan wang pinjaman ini, RM116 juta, ke dalam akaun deposit tetap milik NFC di Public Bank Berhad.

Penyata kewangan NFC yang difailkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan badan-badan lain menunjukkan NFC mendapat keuntungan faedah dari simpanan deposit tetap berjumlah RM666,952.96 bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009.

"Keuntungan faedah RM666,952.66 bersamaan 23% daripada perolehan hasil penjualan lembu, seolah-olah NFC sebuah syarikat pelaburan kewangan dan bukannya operator ladang ternakan lembu," kata Rafizi.

Tidak terhenti setakat itu,  beliau turut mendedahkan:

* Analisis  rekod kewangan NFC bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009 menunjukkan operasi ternakan lembu rugi besar dan tidak mungkin berupaya membayar kembali pinjaman RM250 juta.

* Bagi tahun 2009, kos purata mengimport, menternak dan menyembelih seekor lembu di NFC berjumlah RM4,481 seekor.
* NFC memberi diskaun RM2,964,555 kepada Real Food Company Sdn Bhd (RFC) yang mengendalikan restoran mewah Meatworks milik keluarga Shahrizat, atas alasan mengurangkan harga jualan memandangkan kos terlalu tinggi.


* Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2008 dan 31 Disember 2009, NFC rugi RM7 juta (2008) dan RM11 juta (2009).

* Kos operasi tinggi bermakna besar kemungkinan NFC akan terus rugi bagi tahun-tahun mendatang, apatah lagi sasaran ternakan dan sembelihan tersasar jauh.

* Kerajaan Pusat tiada  pilihan kecuali melupuskan pinjaman RM250 juta seperti mana amalan sebelum ini yang membabitkan Perwaja.

* Rekod kewangan NFC bagi tahun berakhir 31 Disember 2009 menunjukkan RM827,579 digunakan untuk pelbagai lawatan luar negara dan keraian oleh pengarah NFC yang terdiri dari suami dan anak-anak Shahrizat.

* Kalau pun NFC perlu membuat lawatan ke luar negara untuk meninjau lembu dan mengikat perjanjian komersil, jumlah itu terlalu tinggi dan bersamaan RM511 setiap seekor lembu yang disembelih pada 2009 oleh NFC.

* Hanya 1,618 lembu  disembelih pada 2009. Daripada kos purata penternakan dan penyembelihan sebanyak RM4,481 seekor, 11% (RM511) adalah kos lawatan ke luar negara dan keraian yang dibelanjakan keluarga Shahrizat.

* Kos operasi di NFC 22 kali ganda lebih mahal berbanding anggaran kos Jabatan Perkhidmatan Veterinar semasa kertas konsep projek fidlot dibuat.

Sebelum ini, Rafizi mendedahkan walaupun sasaran permintaan yang ditetapkan adalah 40 peratus tetapi NFC hanya mencapai 0.6%. Jumlah lembu yang perlu disembelih untuk mencapai sasaran adalah 1,500 ekar sehari tetapi realitinya kini sekadar 20 ekor.

Beliau juga mempersoalkan: "Berapakah hasil dari kayu kayan yang ditebang untuk membuka ladang sedia ada di atas tanah seluas beribu ekar dan siapakah yang mendapat keuntungan dari urusniaga kayu kayan tersebut?"

Persoalannya, mampukah isu-isu yang real ini menangkap imiginasi pengundi, khususnya orang Melayu, berbanding isu-isu rekaan berkaitan kepentingan Melayu, yang dicipta Umno, melalui penonjolan Utusan Malaysia dengan jurucakapnya, Perkasa dan beberapa individu seperti Zulkifli Nordin dan Ezam Mohd Noor?

Saya bimbang jika isu jadi-jadian, atau seperti rakan saya, Zulkifli Yahaya, sifatkan sebagai "pelbagai cerita hantu atau kisah seram ciptaan BN untuk takutkan pengundi Melayu", dapat mempengaruhi khalayak ...

Projek lembu: Beli kondo untuk pelaburan, kata Khairy

 3:17PM Nov 11, 2011 

 

Ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengakui bahawa syarikat National Livestock and Meat Corporation yang dimiliki anggota keluarga menteri kabinet, Datuk Seri Shahrizat Jalil telah membeli unit apartmen mewah One Menerung di Bangsar, dilaporkan dengan bayaran sebanyak RM9.8 juta.

 

Pembelian kondominium itu dibuat supaya NLMC mendapat pulangan pelaburan memandangkan projek lembu fidlot oleh National Feedlot Corporation mengalami kelewatan operasi, kata ahli parlimen Rembau itu dalam tulisan di blognya, rembau.net.

 

"Apabila kelewatan ini berlaku, pihak pengurusan NFC berdepan dengan keputusan penting. Apakah mereka hanya biar duit yang diberi kepada NLMC itu dalam akaun semasa yang tidak memberi pulangan yang besar sambil menunggu ladang-ladang satelit dan pusat penyembelihan antarabangsa dibangunkan?

 

"Kalau dibiar sahaja duit itu dalam akaun semasa, bukan sekadar ia tidak membawa pulangan tetapi dengan iklim ekonomi dunia yang melihat fenomena inflasi atau kenaikan harga barang, nilai sebenar duit ini mungkin terhakis," kata Khairy lagi.

 

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan yang ditimbulkan ahli parlimen PKR Saifuddin Nasution dan juga pengarah strategik parti itu, Rafizi Ramli berhubung pembelian hartanah yang disifatkan sebagai penyelewengan dana awam.

 

Pembelian untuk kondominium eksklusif berkenaan telah direkodkan sebagai hutang NFC kepada NMLC, dakwa Saifuddin semalam.

 

Mengulas lanjut, Khairy pula berkata, NLMC telah membeli apartmen mewah itu daripada dana yang disalurkan daripada dana NFC.

 

"Menurut kajian saya, memang benar NLMC telah membeli apartmen One Menerung di Bangsar. Pelaburan ini dibuat dengan dana yang telah disalurkan kepada NFC daripada akaun pinjaman khas yang dikawal selia oleh kementerian kewangan dan juga kementerian pertanian dan industri asas tani.

 

"Daripada sumber ini, NFC telah memindah sebanyak RM81.2 juta kepada NLMC," katanya lagi yang menjelaskan bahawa peruntukan itu bertujuan untuk menampung kos operasi NLMC – menyembelih, mengasingkan daging dan tulang, serta pembungkusan dan penghantaran kelewatan projek fidlot.

 

Khairy juga berkata pengurusan NLMC membuat keputusan untuk melabur dalam aset hartanah yang "boleh dijual apabila duit diperlukan untuk operasi" akibat kelewatan operasi berkenaan.

 

"Sudah pasti mereka mencari projek perumahan yang berkualiti tinggi dan popular agar pulangan NLMC dalam bentuk sewa dan juga kenaikan harga apartmen itu lebih besar dari pelaburan lain seperti akaun simpanan tetap.

 

"Difahamkan, apartmen berkenaan telahpun disewa dan mula memberi pulangan kepada NLMC. Nilai apartmen tersebut juga telah naik sejak dibeli NLMC," kata Khairy lagi.

 

Mengulas mengenai kelewatan operasi projek lembu fidlot tersebut pula, Khairy berkata perkembangan itu bukan disebabkan pengurusan NFC tetapi memandangkan kerajaan tidak mempunyai peruntukan mencukupi untuk membangunkan ladang satelit.

 

"Apabila ladang ini tidak dibangunkan, sebahagian dari duit yang ada pada NLMC tidak dibelanjakan. Kerajaan juga masih tidak dapat membina pusat penyembelihan yang menepati piawai antarabangsa sepertimana perjanjiannya dengan NFC," katanya lagi.

 

Dengan panjang lebar, Khairy turut menjelaskan bahawa wang berkenaan tetap disalurkan kepada NFC walau berlaku kelewatan operasi kerana "kerajaan telah meluluskan penggunaan pinjaman dari akaun pinjaman khas kepada NFC mengikut perancangan awal tanpa apa-apa kelewatan kepada operasi NFC."

 

"Tetapi apabila keadaan ekonomi dunia dan negara menjadi lebih mencabar, adalah menjadi wajar untuk kerajaan menyusun semula keutamaan perbelanjaannya dan inilah yang menyebabkan kelewatan operasi NFC seperti dijelaskan di atas," katanya lagi.

 

 

 

Iklan Top inside

 

Allahyarham Kamarulzaman 'wira royalti' Kelantan

| Print |

 

Rizal Tahir   

KOTA BHARU, 11 Nov: Anggota Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa, menyifatkan, pegawai khasnya, Allahyarham Kamarulzaman Abdullah, yang meninggal dunia dalam kemalangan jalanraya di Paloh kira-kira 2.30 pagi tadi sebagai wira royalti.

Menurutnya, semua urusan tuntutan royalti telah diurus oleh Allahyarham dengan baik dan penuh amanah demi untuk kesejahteraan rakyat Kelantan.

“Allahyarham seorang pegawai saya yang amanah, jujur, rajin berusaha terutama dalam tuntutan royalti ini.

"Dia yang banyak menyelidik, mencari bahan bukti dan memang dia wira termasuk sahabatnya yang turut cedera dalam kemalangan itu,” ujarnya.

Husam berkata demikian ketika ditemui selepas solat jenazah di rumah keluarga allahyarham di Kampung Kota, di sini tengahari tadi.

Selepas itu, jenazah dibawa ke Masjid Kampung Kota untuk disolatkan kali ketiga sebelum di kebumikan di perkuburan Islam Tok Panjang, dekat sini.

Sebelum ini Husam sendiri mengimamkan solat jenazah di rumah keluarga allahyarham di sini.

Allahyarham berkhidmat sebagai pegawai khas kepada Husam sejak tiga tahun lalu.

Allahyarham merupakan Ketua Penerangan PAS Kawasan Kota Bharu, Anggota Exco Pemuda PAS Negeri serta beberapa lagi jawatan lain.

Allahyarham Kamarulzaman, 32, terlibat dalam kemalangan maut ketika kenderaan pacuan empat roda jenis Pajero yang dinaikinya, bertembung dengan sebuah kereta Produa Myvi di kilometer 40 jalan Kuala Krai-Gua Musang

Ketika itu mereka dalam perjalanan pulang dari Kula Lumpur selepas menghadiri majlis penyerahan 'Amanat Tun Razak' kepada perdana menteri di parlimen berhubung tuntutan bayaran royalti semalam.

Bagaimanapun, dua orang lagi rakannya Penolong Pengurus Sumber Manusia PKINK Mohd Roslan Mohd Zain cedera dikepala pegawai di Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan, Ridwan Elias hanya cedera ringan.

Roslan yang juga suami kepada kakitangan Harakah Cawangan Kelantan (Noraisiah Deraman), mulanya dirawat di Hospital Kuala Krai kini mendapat rawatan lanjut di Hospital Raja Perempuan Zainab ll, Kota Bharu manakala Ridwan kini dibenarkan pulang.

Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman yang turut hadir pada majlis pengebumian itu mengucapkan takziah pada anggota keluarga.

“Semoga Allah menempatkan allahyarham di tempat orang yang soleh,”ujarnya.

Turut menziarahnya Anggota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof, yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat.




Kewajipan menentang mungkar
Posted on Thursday, November 10 @ 18:29:15 PST
Dilulus untuk paparan oleh aya


Oleh: pasgongpauh

"Assalamualaikum,
Sabda junjungan yang bermakud :

"Sekiranya kamu melihat kemungkaran maka cegahlah dengan tangan, jika tidak mampu cegahlah dengan mulut dan jika tidak mampu cegahlah dengan hati, sesungguhnya itulah serendah rendah iman".

Hadis di atas sepatutnya menjadi dasar motivasi yang kuat kepada kita setiap orang Islam untuk turut sama terlibat dalam usaha mencegah kemungkaran.Kemungkaran yang ditaarifkan oleh para ulamak lebih luas daripada maksiat dan secara rengkasnya termasuk juga perkara perkara yang bathil dan zalim sekalipun perkara perkara tersebut tidak melibatkan dosa seperti perbuatan anak anak yang belum akhil baligh berzina atau perbuatan seorang gila yang minum arak.

Sementara cegah dengan hati merupakan perkara yang paling lemah untuk dilaksanakan oleh kita orang Islam tetapi sekiranya kemungkaran tidak dicegah apatah lagi disokong maka tunggulah amaran bala ALLAH di mana apabila datang bala, semua pihak ia itu yang baik dan yang jahat pasti tidak akan terlepas.Mahukan kita yang termasuk dalam katogeri orang baik baik melihat bala ALLAH menimpa kita, keluarga kita, masyarakat kita dan negara kita?

Kalau kita tidak mahu bala yang masih lagi  belum datang ini, maka kita tidak ada pilihan selain turut sama menyumbang kepada pencegahan kemungkaran.Kita tidak boleh hanya berbangga dengan rahmat ALLAH yang melimpa ruah di negara kita kerana kita juga boleh melihat bagaimana satu demi satu kemungkaran dikembangkan oleh setengah pihak yang beragama Islam termasuk oleh mereka yang mempunyai mandat pemerintahan negara.Justeru itu perintah Nabi menerusi hadis di atas mesti kita laksanakan mengikut kemampuan kita masing masing.

Yang berilmu, gembelingkan tenaga dan usaha untuk menyampaikan ilmu mereka, yang diberikan kelebihan menulis, tulislah kebenaran walau di mana jua ada peluang termasuk peluang di internet yang menyediakan banyak ruang menulis dengan begitu bebas sekali, tetapi kita perlu sentiasa ingat, setiap apa yang kita tulis itu mestilah keterangan yang benar dari risalah ALLAH dan RASULnya.

Jemaah Islam yang menyediakan ruang kepada usaha usaha mencegah kemungkaran ini perlu didekati kerana kita perlu akur bahawa sehingga kini kita umat Islam masih belum ada kemampuan mencegah dengan Tangan yang ditafsir oleh para ulamak sebagai kuasa atau mandat pemerintahan.Mendekati jemaah Islam yang berusaha mendapatkan kuasa pemerintah hari ini menjadi satu keperluan kepada kita yang menginsafi diri sebagai hamba ALLAH kerana dengan jemaah ini kita mampu membentuk kekuatan yang lebih padu dalam usaha mencegah kemungkaran.Menyertai jemaah Islam ini pula bermaksud memberi komitment yang ikhlas dan tidak berbelah bagi kepada keseluruhan gerakkerja jemaah dan sentiasa bersedia dipanggil untuk melaksanakan tugasan yang dirangcang jemaah.

Apa sekalipun yang kita lakukan, pastikan ianya menjurus kepada usaha mencegah kemungkaran dan usaha memperolehi kuasa pemerintahan.Pertolongan ALLAH pasti tiba seandainya kita sama sama perihatin menjaga amal dan muamalat kita seperti diperintahkan oleh Islam.Ingatlah Junjungan sudah memberi jaminan bahawa kita tidak akan sesat selagi kita berpegang dengan Alquran dan Alhadis.

 

DOUBLE STANDARD UMNO:seksualiti merdeka dan judi
Posted on Thursday, November 10 @ 17:27:02 PST
Dilulus untuk paparan oleh aya


Oleh: umnopenyangak

"Assalamualaikum,
Satu demi satu musibah melanda negara.Terbaru kecoh tuntutan kebebasan sex yang kebetulan diketuai oleh orang yang sama dengan tuntutan Bersih 2.0.Sebelum itu judi piala dunia menjadi hangat apabila kerajaan meluluskan lesen kepada Vincent Tan.Bezanya, pendekatan dalam menangani kedua dua isu ini berbeza dan dalam perbezaan itu terserlah sikap double standard UMNO yang menjadi tonggak utama kerajaan Malaysia.Kita lihat isu sexsualiti merdeka digemburkan oleh media massa perdana sebagai ditolak oleh semua kaum dan agama tetapi dalam isu judi diwar warkan pula sebagai tidak diharamkan oleh agama lain, hanya diharamkan kepada orang Islam sahaja, sedangkan kesan kerosakan yang dibawa oleh kedua dua perbuatan ini sama sahaja kepada semua manusia tak kira Islam atau tidak.

Inilah dasar double standard UMNO, mana mana yang disukai dan menguntungkan mereka pasti akan dihalalkan sedangkan yang dilihat boleh membawa kerosakan kepada sokongan mereka pasti diharamkan dan ketika perkara yang dilihat boleh membawa kerosakan itu dianjurkan pula oleh orang yang mempunyai reputasi menentang mereka, maka segeralah mereka melanyaknya.Itu yang berlaku kepada Ambiga dan lebih parah lagi hentaman kepada Ambiga turut digunakan untuk menghentam PR kerana Ambiga adalah dari PR.

Tetapi ketika Vincent Tan diberi lesen judi piala dunia, lain pula ceritanya.Judi dianggap tidak salah disisi agama  lain dan tidak perlu diharamkan walaupun sebenarnya fokus utama Vincent Tan dalam operasi judinya ialah orang Islam.Ada pula kalangan ahli ahli MCA dan Gerakan yang mempersoalkan kenapa Islam mengharamkan judi kerana pengharaman ini menyekat hak asasi manusia.Pandainya puak gerabak UMNO berbicara mengenai hak asasi sedangkan dalam kes sexsualiti merdeka mereka berkata semua pihak menentangnya.Di mana duduknya hak asasi dalam kes ini?Pemimpin MCA dan Gerakan hanya mengiakan sahaja apa yang dikatakan UMNO sedangkan semua pihak tahu bahawa presiden MCA adalah antara manusia kuat nafsu sexnya dan ada kemungkinan turut menyokong sexsualiti merdeka serta cerita cerita yang tersebar oleh angin yang menceritakan bagaimana ada pemimpin UMNO sendiri menjadi pengemar sex luar tabie.

PERKASA sudah menjadi budak suruhan UMNO apabila lantang seperti salakan anjing melaungkan penganjur sexsualiti merdeka mahu membawa budaya binatang ke dalam negara sedangkan budaya binatang ini mungkin sudah diamalkan dan mendapat sokongan UMNO dalam diam.

Tambah mengharukan lagi apabila seorang penganjur yang beragama ISLAM dan anak bekas PM langsung tidak diusik ketika serangan hebat kepada penganjur sexsualiti merdeka.Kenapa jadi begini, siapa lagi yang mahu ditipu UMNO?

UMNO penyangak dan terus menjadi penyangak dalam apa jua isu yang berlaku.Tiada perubahan langsung walaupun presidennya baru pulang dari kota Mekah dengan title haji tanpa melontar.

UMNO mahu Islam yang tanpa hudud dan perkara perkara yang tidak disukai mereka serta akan double standard dalam hal hal yang menguntungkan dan merugikan mereka.

Full stop.



 

Ribuan pekerja piket seluruh negara, bantah pindaan Akta

Mantan Timbalan Presiden, Dr Syed Husin Ali turut serta dalam piket.

KUALA LUMPUR 3 Nov: Piket besar-besaran anjuran Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), berjaya diadakan dengan ribuan pekerja berhimpun di semua 18 lokasi  seluruh negara.

Ia diadakan bagi membantah pindaan Akta Kerja 1955 yang diluluskan parlimen Oktober lalu.

Meskipun tidak mendapat permit polis, Piket berkenaan yang dijadual bermula dari pukul 5 petang hingga 6.30 petang tetap diteruskan dengan pekerja membanjiri lokasi-lokasi yang ditetapkan.

Di Jalan Barat, Petaling Jaya, piket berkenaan dihadiri kira-kira 500 hingga 600 pekerja.

Ia turut dihadiri pimpinan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) antaranya Naib Presiden KEADILAN, N. Surendran, Ahli Biro Politik KEADILAN, Syed Husin Ali, Latheefa Koya,  Ahli Parlimen Selayang, Wiliam Leong dan Exco Selangor, Elizabeth Wong.

Di Shah Alam Selangor pula, ia dihadiri oleh Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, Exco Selangor, Xavier Jeyakumar dan bekas Presiden MTUC, Syed Shahir Syed Mahmud.

Di Tasek,Ipoh, Perak kira-kira 500 orang menyertai piket berkenaan.

Turut hadir  ialah Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin, Adun Teja Chang Lih Kang, Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail dan juga pimpinan Pakatan Rakyat  yang lain.

Sementara di Jalan Raja Laut Kuala Lumpur pula dilaporkan sekurang-kurangnya 200 hingga 300 pekerja berhimpun sepanjang jalan.

Pekerja-pekerja yang berpiket di seluruh negara hari ini membawa kain rentang dan plakad yang bertulis tuntutan dan bantahan mereka.

Antaranya, ‘Jangan Perkosa Hak Pekerja’, ‘Menteri Tipu Pekerja’ dan ‘Jangan gadai Hak Pekerja’.

Mereka juga dilaporkan turut melaungkan slogan “Tarik balik”  “Henti Pindaan”, “Turun Menteri”,  dan “Hidup MTUC” beberapa kali.

Mantan Timbalan Presiden KEADILAN, Dr Syed Husin Ali turut serta dalam piket.

Tindakan itu turut mendapat perhatian kenderaan  lalu-lalang yang membunyikan hon kenderaan mereka sebagai tanda sokongan.

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) sebelum ini menyokong secara terbuka tuntutan MTUC membantah pindaan undang-undang tersebut yang dianggap menekan dan menindas golongan pekerja.

MTUC mempunyai 800,000 ahli berdaftar dengan 5.7 juta pekerja berdiri teguh di belakangnya.

Pada 6 Oktober lalu, Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2011 diluluskan Dewan Rakyat selepas dibacakan untuk kali kedua oleh Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam.

MTUC membantah pindaan akta itu kerana ia mengembalikan sistem kontrak yang telah dihapuskan oleh penjajah British apabila Akta Kerja digubal pada 1955.

Sistem pekerja kontrak ini wujud sejak 15 tahun lalu, dan berjalan di luar kerangka undang-undang. Disebabkan itu pindaan ini dilakukan kerajaan demi menghalalkan sistem tersebut.

Kontraktor tenaga kerja ini akan menjadi pihak ketiga yang mengambi alih fungsi majikan utama  dan menyebabkan pekerja tidak mempunyai jaminan pekerjaan.

Selain itu, pekerja akan mendapat kadar gaji yang sama sepanjang hayat bekerja tanpa kenaikan gaji dan bonus serta faedah lain.

Sistem itu juga menyebabkan majikan tidak mempunyai tanggungjawab secara terus kepada kebajikan pekerja terutamanya melibatkan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

MTUC: Piket untuk beri mesej kepada kerajaan

(Oleh: Sidiqin Omar)

 

KUALA LUMPUR 3 Nov: Piket anjuran Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang diadakan petang tadi bertujuan untuk menghantar mesej kepada kerajaan supaya menarik balik pindaan Akta Kerja 1955.

“Piket seumpama ini dapat menyampaikan satu mesej kepada kerajaan bahawa pindaan Akta Sekerja yang telah digubal adalah Undang-undang yang menjurus kepada impak negatif kepada kaum pekerja,” kata Presidennya Mohd Khalid Atan.

Menyifatkan piket di 18 lokasi seluruh negara itu sebagai satu kejayaan, Khalid berkata MTUC akan terus memberi tekanan meski pun sedia berbincang dengan Kementerian Sumber Manusia.

“Kami bersedia untuk bertemu, selagi masih ada ruang untuk berbincang. Kami akan bawa apa sahaja bantahan pindaan Akta Sekerja 1955.

“Yang paling dibantah ialah kontraktor buruh. Mengapa sistem itu dibawa sehingga ke hari ini yang hanya menjurus kepada eksploitasi melampau kepada pekerja?

“Selama ini sistem ini terbukti menindas dan seolah-olah perkara ini dihalalkan oleh kerajaan (melaui pindaan Rang Undang-Undang Akta Sekerja 2011),”  tegas beliau di hadapan kira-kira 500 pekerja yang mengadakan piket di bangunan KWSP, Kuala Lumpur hari ini.

Beliau dalam pada itu menganggap kehadiran pemimpin Pakatan Rakyat pada piket anjuran MTUC sebagai menyokong bantahan terhadap pindaan akta berkenaanyang dilulus di parlimen Oktober lalu.

“Mungkin rasanya mereka menjalankan sebahagian daripada tanggungjawab, sekurang-kurangnya memberi sokongan. Mereka datang atas kapasiti tanggungjawab,” kata nya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah yang turut hadir memberi sokongan berkata, pindaan ini membawa kembali konsep kontrak buruh yang diperkenalkan penjajah Britsh.

“British mula dengan sistem ‘Kangani’ melalui buruh-buruh yang dibawa dari India dan China sebagai bahan komoditi.

“Buruh ini kemudiannya dijual kepada satu majikan. Pindaan Akta Pekerja ini seolah-olah mengulangi sistem lama melalui keabsahan undang-undang,”  kata beliau.

Katanya, sistem itu  akan melemahkan rundingan antara kesatuan sekerja dengan majikan yang menyebabkan hak pekerja ditindas dan tidak lagi dilindungi.

“Sebelum ini konsep kontrak hanya tertakluk kepada sektor tertentu dalam industri pekerjaan. Tetapi sekarang sudah merebak. Bermula dari sektor pertanian, pembinaan dan sekarang kepada pekerja tempatan dalam sektor pembuatan,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=22632

Akta Kerja: Kerajaan terus bermusuh dengan MTUC?

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar (LPAS) Dewan Pemuda PAS Malaysia meminta kerajaan mendengar keluhan serta pandangan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang membantah pindaan Akta Kerja 1955. Pengerusinya, Mohd Firdaus Jaafar berkata, MTUC mempunyai asas yang kukuh membantah Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2011 yang telah dibentang dan diluluskan di Parlimen baru-baru ini.“LPAS berpendapat kerajaan sepatutnya berbincang dahulu dengan pelbagai peringkat terutama golongan pekerja serta kesatuan sekerja bagi mendapatkan pandangan sebelum membentangkan Rang Undang-Undang Akta Kerja. Ini kerana ia melibatkan hak dan kepentingan golongan ini,” katanya kepada Harakahdaily.Beliau yang juga ahli Parlimen Jerai berkata, jika benar kerajaan prihatin terhadap rakyat, golongan pekerja mestilah antara keutamaan yang perlu diberikan perhatian.MTUC dalam satu kenyataannya menegaskan pihak mereka menentang Rang Undang-Undang Akta Kerja 1955 kerana ia menghapuskan sistem perlindungan, yang secara langsung akan menjadikan sistem ‘hamba’.Mereka menentang sistem kontraktor tenaga buruh pihak ketiga kerana kesannya akan menjadikan soal kebajikan pekerja tidak dipedulikan.Katanya, kesan jangka panjang pula adalah menjadikan jurang pendapatan semakin meningkat dan tekanan ke atas hak-hak pekerja yang boleh menyebabkan kesan buruk ke atas sistem ekonomi, sosial dan politik di negara ini.Dalam hal ini, ujarnya LPAS mempersoalkan bagaimanakah khidmat nasihat yang diterima oleh kerajaan sehingga pindaan Rang Undang-Undang ini menimbulkan kemarahan banyak pihak, khususnya golongan kesatuan sekerja.“Mungkinkah kerajaan mendapat nasihat yang salah, atau maklumat yang tidak tepat sehingga sanggup menegepikan golongan pekerja?” soalnya.Tambahnya, LPAS mengingatkan kerajaan betapa banyak keputusan kerajaan yang dibuat dalam keadaan terburu-buru dan tidak tepat.Katanya lagi, orang Melayu baru kehilangan Kampung Baru ekoran Rang Undnag-Undang Perbadanan Kampung Baru 2011 yang dibentang dan diluluskan baru-baru ini dalam keadaan yang sangat tergesa-gesa.Kata beliau lagi, kerajaan pula sengaja mahu mencari permusuhan berpanjangan dengan MTUC dan kesatuan sekerja yang lain kerana sanggup membentangkan akta itu dan diluluskan pula beberapa jam kemudiannya.Justeru, katanya LPAS juga meminta kerajaan melayan tuntutan MTUC dengan baik dalam piket yang akan mereka anjurkan nanti.Tambahnya, negara demokrasi seperti Malaysia membenarkan hak berhimpun dan menyatakan suara hati mereka, justeru LPAS meminta jaminan kerajaan agar jangan mengambil tindakan terhadap mereka selama mana piket berlangsung dengan aman.

 

 

 

No comments: