PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Thursday, November 10, 2011

Polling Agent & Counting Agent 13/11/11

Kepala Batas:Persediaan awal merupakan salah satu faktor yang dapat menjamin kejayaan dalam pilihanraya.Bagi PAS Kepala Batas untuk mencapai matlamat itu ahli harus dibekalkan dengan ilmu pengetahuan yang cukup khususnya bagi menghadapi pilihanraya.Apa sahaja kemungkinan boleh berlaku,tambah pula kekerapan pilihanraya kecil sejak kebelakangan ini sememangnya bertepatan sekali bagi kawasan mengadakan kursus PACA.Dengan bantuan Jabatan Pilihanraya Negeri ahli telah diberi maklumat terkini dan berkongsi pengalaman semasa menghadapi beberapa pilihanraya kecil yang lepas.Dalam ucapan penutup antara lain TYDP Kepala Batas sdr. mengharapkan lebih ramai lagi ahli dapat mengambil bahagian dalam program seperti ini.

 

 

Berikut adalah prosedur yang telah diamalkan oleh SPR mengenai PACA (Polling Agent & Counting Agent),

Polling Agent (Ejen Tempat Undi) ialah orang yang mewakili setiap parti yang bertanding samada pembangkang atau pihak kerajaan untuk bertugas mengawasi tempat pembuangan undi bagi pihak calonnya.

 

Counting Agent (Ejen Kira Undi) ialah orang yang mewakili setiap parti yang bertanding untuk bertugas mengawasi semasa pengiraan undi dibuat.

 

Polling Agent dan Counting Agent (PACA) dikehendakki mengisi Borang A yang disediakan SPR dan dikembalikan kepada Ketua PACA 3 hari sebelum hari pengundian. Salinan Borang A hendaklah disimpan oleh setiap petugas PACA.

 

Ketua PACA dikehendaki membawa semua Borang A yang telah lengkap semasa hari pengundian.

 

Petugas PACA dikehendaki berpakaian kemas tanpa logo parti serta membawa MyKad, pensil/pen, pembaris, pemadam untuk tujuan mengawasi senarai nama-nama pengundi bukan tidur dalam tempat mengundi.

 

Apakah Tugas Polling Agent

 

• Petugas Polling Agent mengikut shif yang ditentukan bermula jam 7 pagi

Mereka akan pastikan semua tong undi kosong kemudian ditutup dengan lilin cair warna merah.

 

Semua kertas undi mempunyai nombor siri yang betul dan berturutan, tiada berulang, tidak licin, terutama dibahagian pangkah calon.

 

Mereka akan catatkan no. siri dan jumlah kertas undi.

 

Tandatangan Borang 13 setelah semua kertas undi telah diperiksa dan simpan 1 Salinan Borang 13 untuk simpanan.

 

Senarai nama mereka yang periksa dan gariskan

 

• Polling Agent akan dibekalkan salinan Buku Daftar Pemilih SPR yang terkini.

Apabila nama pengundi disebut berserta No. KP oleh Pegawai SPR, cari pada buku Daftar dan gariskan.

 

• Polling Agent akan pastikan umur dan bangsa pengundi adalah munasabah.

Contoh jika No KP 370110-05-2020 sepatutnya berumur 70 tahun tapi yang datang berumur 30 an, angkat tangan dan buat aduan pada Pegawai SPR supaya pengundi tadi disiasat. Atau jika namanya disebut Melayu tapi yang datang berketurunan bukan Melayu minta pegawai SPR sahkan.

 

• Tidak sesiapa pun di benarkan masuk dalam tempat mengundi kecuali Petugas SPR, polis bertugas, calon dan wakil calon yang bertanding sahaja.

 

• Yang berada di tempat mengundi adalah Petugas SPR, petugas parti lawan, pengundi tidak memakai baju atau lambang parti.

 

• Polling Agent tidak dibenarkan sekali-kali meninggalkan tempat mengundi terutamanya waktu akhir 4 ptg – 5 ptg walaupun keluar merokok sebentar.

 

• Jika mereka nak hendak keluar juga perlu hubungi Ketua PACA untuk diganti sementara.

 

• Apabila tamat tempoh mengundi petugas PACA akhir catatkan no siri yang telah digunakan dan no siri kertas undi yang tinggal. Kertas undi lebih akan dimasuk dalam sampul surat 1 dan ditutup. Kertas undi telah dikoyak akan dimasukkan dalam sampul surat 2 dan ditutup. Kedua-dua sampul 1 & 2 akan dimasuk dalam tong undi dan ditutup.

 

• PACA akan pastikan Borang 14 diisi, iaitu Jumlah kertas undi dikoyak dan jumlah kertas undi baki. Pastikan maklumat dalam Borang 14 dan Borang 13 sama.

 

• Jam 5 ptg – 6 ptg ialah waktu rehat. Polling Agent tidak dibenarkan meninggalkan tempat peti undi.

 

SPR akan beri cara menganggar Umur dari MyKad contoh Tahun semasa 2007

• Nombor MyKad bermula 0 umur antara 98 – 107 tahun

• Nombor MyKad bermula 1 umur antara 88 – 97 tahun

• Nombor MyKad bermula 2 umur antara 78 – 87 tahun

• Nombor MyKad bermula 3 umur antara 68 – 77 tahun

• Nombor MyKad bermula 4 umur antara 58 – 67 tahun

• Nombor MyKad bermula 5 umur antara 48 – 57 tahun

• Nombor MyKad bermula 6 umur antara 38 – 47 tahun

• Nombor MyKad bermula 7 umur antara 28 – 37 tahun

• Nombor MyKad bermula 8 umur antara 18 – 27 tahun

 

Memandangkan syarat-syarat diatas tidak pun menyatakan bahawa puak-puak Bershit seperti Ambiga, Marina Chin ataupun Marina Mahathir sekali pun LAYAK untuk dilantik menjadi Polling Agent atau Counting Agent, maka aku syorkan pada parti-parti pembangkang supaya wakilkan mereka-mereka ini sebagai PACA mereka pada PRU13 ini.

 

Amacam? Ada berani? Tak sabar aku nak tengok Ambiga dan Marina Mahathir kira undi!

No comments: