PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Wednesday, October 19, 2011

Ubat-ubatan Alami yang Disyari’atkan Allah dan Rasul-Nya & diamalkan oleh Rasulullah SAW

Ubat-ubatan Alami yang Disyari'atkan Allah dan Rasul-Nya & diamalkan oleh Rasulullah SAW

Posted by Jkk

Berikut ini sebahagian daripada rawatan melalui penawar yang ditunjukkan oleh al-Quran dan al-Sunnah  seperti Madu, habbatus sauda (Jintan Hitam), Air Zam-Zam dan Minyak Zaitun yang  Insya Allah dapat menyembuhkan berbagai macam penyakit dengan izin Allah Ta'ala:

1. MADU:

Allah Ta'ala berfirman,"Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat penawar yang menyembuhkan bagi manusia.  Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang  memikirkan" (QS. An Nahl : 69)

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Kesembuhan itu ada pada tiga hal, iaitu dalam pisau pembekam, meminumkan madu, perawatan dengan besi panas (kayy).  Dan aku melarang umatku melakukan rawatan dengan besi panas" (HR. al Bukhari no. 5681)

Dalam sebuah riwayat lain disebutkan,"Alaykum bisy syifaa-ayna al 'asali wal qur-aani" yang artinya "Hendaknya kamu menggunakan dua macam penawar; madu dan al Qur'an" (HR. Ibnu Majah dan al Hakim dalam Sahih-nya, beliau berkata, Hadis ini sahih sesuai dengan sistem periwayatan al Bukhari dan Muslim, dan disetujui oleh al-Zahabi.  Dari Abdullah bin Mas'ud radhiyallahu 'anhu secara marfu')

Imam Ibnu Qayyim al Jauziyah mengatakan, "Madu memiliki banyak khasiat.  Madu dapat membersihkan kotoran yang terdapat pada usus, pembuluh darah, dapat menetralisir kelembaban tubuh, baik dengan cara dikonsumsi atau dioleskan, sangat bermanfaat untuk lanjut usia dan mereka memiliki keluhan pada dahak atau yang metabolismenya cenderung lembab dan dingin" (Metode Pengobatan Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam, hal. 42-43)

2. HABBATUSSAUDA (JINTAN HITAM):

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,"Sesungguhnya di dalam habbatus sauda (jinten hitam) terdapat penyembuh bagi segala macam penyakit kecuali kematian" (HR. al Bukhari no. 5688 dan Muslim no. 2215, ini lafazhnya Muslim, dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu)

Imam Ibnu Qayyim al Jauziyah berkata: 'Jintan hitam memiliki banyak sekali khasiat.  Erti dari sabda Nabi, "Penawar segala jenis penyakit", seperti firman Allah, "Menghancurkan segala sesuatu dengan perintah Rabb-nya", yakni segala sesuatu yang boleh hancur.  Banyak lagi ungkapan-ungkapan sejenis.  Jinten hitam memang berkkhasiat mengobati segala jenis penyakit dingin, bisa juga membantu kesembuhan berbagai penyakit panas  karena faktor temporal' (Metode Pengobatan Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam, hal. 365)

3. AIR ZAM-ZAM:

Dari Abu Dzar radhiyallahu 'anhu, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,"Air zam-zam itu penuh berkah.  Ia makanan yang mengeyangkan (dan obat bagi penyakit)" (HR. Muslim IV/1922, yang terdapat di dalam kurung adalah menurut riwayat al Bazzar, al Baihaqi dan ath Thabari dan sanadnya shahih, lihat Majma'uz Zawaa-id III/286).

Imam Ibnu Qayyim rahimahullah menceritakan pengalamannya berkaitan dengan cara menyembuhkan penyakitnya dengan air zam-zam yang dikombinasikan dengan metode ruqyah dari al-Quran ini,' Pada suatu ketika aku pernah jatuh sakit, tetapi aku tidak menemukan seorang dokter atau ubat penyembuh.  Lalu aku berusaha merawat dan menyembuhkan diriku dengan surah al-Fatihah, maka aku melihat pengaruh yang sangat menakjubkan. Aku ambil segelas air Zamzam dan membacakan padanya surat al Faatihah berkali-kali, lalu aku meminumnya hingga aku mendapatkan kesembuhan.  Selanjutnya aku bersandar dengan cara tersebut dalam merawat berbagai penyakit dan aku merasakan manfaat yang sangat besar. Kemudian aku beritahu kepada orang banyak yang mengeluhkan suatu penyakit dan banyak dari mereka yang sembuh dengan cepat' (Zaadul Ma'aad IV/178 dan al Jawaabul Kaafi hal. 23)

4. MINYAK ZAITUN:

Allah Ta'ala berfirman,".. yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang banyak berkahnya, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah Timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah Barat" (QS. An Nur : 35).

Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,"Makanlah oleh kalian minyak (zaitun) dan poleskan dengannya, kerena sesungguhnya minyak (zaitun) itu dari pohon yang diberkahi" (HR. Ahmad III/497, at Tirmidzi no. 1851 dan Ibnu Majah no. 3319, dishahihkan oleh Syaikh al Albani dalam Shahiih at Tirmidzi II/166)

Sumber Bacaan: Kaedah Pengubatan Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam, Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyah.

  0 Comments

  Filed under: Artikel

Buah Zaitun : Khasiat dan Keistimewaannya

Posted by Jkk

"Demi buah tiin dan zaitun. Dan Gunung Tursina". (Surah at Tiin ayat 1 dan 2). Allah telah menyebut di dalam Al Quran berkenaan dengan buah zaitun. Ini menunjukkan buah zaitun juga memiliki banyak keistimewaan tersendiri yang jarang diketahui dan diselidiki. Di dalam Al Quran, buah zaitun disebut sebanyak 7 kali di mana sebanyak 2 kali, ia di sebut bersendirian dan 5 kali lagi ia digambarkan dalam Al Quran bersama dengan buah- buahan lain seperti tamar, delima, anggur dan buah tiin. Gambaran ini menunjukkan betapa banyaknya khasiat buah zaitun sepertimana buah- buahan lain yang mendatangkan kebaikan kepada kehidupan manusia sejagat.

Buah zaitun atau nama botaninya dikenali sebagai olea europea ditanam di kawasan Meditranean tetapi tempat penanaman yang paling utama ialah Sepanyol, Turki, Itali, Tunisia dan Morocco. Di dalam surah an Nur ayat 35 juga Allah menyebut tentang buah zaitun yang mana ulama seperti Maulana Majid, Maulana Maudoodi, Maulana Usmani, Maulana Haqqani dan Abdullah Yusuf Ali memberi pentafsiran dan pandangan yang sama merujuk kepada tempat dan taburan penanaman buah zaitun.

Dunia moden pada hari ini, melalui kajian- kajian sains semasa mengiktiraf khasiat buah zaitun. Minyak zaitun mempunyai nilai yang tinggi dalam bidang perubatan. Seandainya minyak zaitun diambil sebagai bahan makanan, ia bertindak sebagai penambah zat makanan, mencuci dan membaik pulih perut dan menjadi penawar racun. Ia akan membantu pesakit gastrik dan juga yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang. Jika minyak zaitun diambil sebagai sapuan luaran, ia bertindak sebagai pelicin dan pelembut kepada kulit yang mengalami ekzema dan psoriasis seterusnya dapat meremajakan kulit. Menurut Tarmizi dan Ibn Majah, Nabi Muhamad SAW bersabda, " Makanlah minyak zaitun, dan sapulah kulitmu dengannya kerana ia datang dari pohon yang diberkati".

Dari sudut pandangan sains pemakanan, minyak zaitun mengandungi asid lemak tidak tepu yang dikelaskan sebagai "monounansaturated" yang mampu merendahkan kolesterol berbahaya di dalam darah. Satu kajian yang telah dijalankan oleh pakar- pakar kesihatan di Institut Sains Kesihatan, Universiti Oxford melihat perkaitan antara kanser dan pemakanan seseorang. Didapati bahawa negara yang mengamalkan pengambilan daging yang kerap dan rendah dalam pengambilan sayur- sayuran mempunyai risiko dan kes penyakit kanser yang tinggi tetapi pengambilan minyak zaitun akan mengurangkan kadar kes tersebut. Dalam Annals of Oncology (10 Januari 2005) menyatakan pakar- pakar sains mendapati diet Meditranean yang kaya dengan minyak zaitun akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser payudara kerana kandungan 'oleic acid' yang terdapat didalamnya. Menurut Imam Ibn Qayyim Al Jauziyyah, mutu minyak zaitun adalah bergantung kepada pokok yang mengeluarkannya. Sebagai contoh, jenis yang terbaik adalah minyak zaitun yang dikeluarkan daripada buah yang masak, manakala minyak daripada buah zaitun yang belum masak adalah bersifat sejuk dan kering. Buah zaitun yang telah masak ranum, lebih cenderung menjadi panas dan mengurai. Oleh itu, jika ia diproses menggunakan air akan menjadikannya kurang panas, bertindak dengan lembut dan lebih berkhasiat. Walaubagaimanapun, semua jenis minyak zaitun akan melembutkan kulit serta melambatkan proses penuaan. Di samping itu, minyak zaitun dapat melawan racun di dalam badan dengan bertindak sebagai 'laxative' dan menyingkirkan cacing di dalam badan.

Melihat kepada keadaan dan tahap kesihatan masyarakat kita sekarang, penyakit jantung yang dikenali sebagai pembunuh secara senyap semakin meningkat. Namun begitu, pengambilan minyak zaitun mungkin dapat mencegahnya kerana ia kaya dengan bahan 'phenol'. Bahan ini mempunyai bahan antioksidan yang tinggi di samping mampu mencegah proses radang dan pembekuan darah. Oleh itu, pengambilan minyak zaitun amat bermanfaat untuk mencegah seseorang daripada menghidapi penyakit jantung. Di samping itu, mutakhir ini, manfaat minyak zaitun untuk kecantikan seringkali dihebahkan di dada akhbar mahupun media elektronik. Ini kerana, banyak syarikat kosmetik yang menggunakan minyak zaitun sebagai bahan asas ramuan dalam pembuatan barangan kecantikan. Oleh itu, sememangnya kelebihan minyak zaitun tidak dapat dinafikan lagi.

Kelebihan minyak zaitun boleh dilihat dalam situasi yang paling dekat dengan kehidupan kita di mana penggunaannya sebagai minyak masak. Walaupun banyak pendapat mengatakan bahawa makanan yang dimasak atau digoreng menggunakan minyak zaitun tidaklah sesedap makanan yang digoreng dengan menggunakan minyak kelapa sawit, namun ia ada kelebihan tersendiri dari sudut kesihatan. Minyak masak selain yang berasaskan buah zaitun apabila digunakan berulang kali menyebabkan jumlah kolesterol teroksida dan menjadi tepu serta tidak elok untuk kesihatan. Kesannya dapat dilihat apabila minyak tersebut memerangkap sisa makanan dan berubah warna dan bau. Namun berbeza dengan minyak zaitun kerana ia boleh digunakan berulangkali, tidak akan mengalami proses pengoksidaan dan menjadi tepu serta tidak akan berubah dari segi warna dan bau. Setelah makan makanan yang digoreng menggunakan minyak zaitun, perut akan terasa ringan dan puas sehingga seseorang akan berhenti makan sebelum kenyang. Ini adalah kerana kesan daripada penguraian tenaga di hati oleh minyak zaitun yang mempunyai banyak kandungan zat yang bermanfaat.

Oleh itu, tidak dapat disangkal lagi akan keistimewaan buah zaitun yang daripadanya boleh menghasilkan pelbagai jenis barangan dengan teknologi yang ada pada masa kini untuk kegunaan ramai. Sehubungan dengan itu, daripada Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda " Ambillah minyak zaitun dan sapulah ke kulitmu. Ia membantu mengubat tujuh puluh (beberapa) penyakit dan juga Juzam (kusta). Dengan ini, tidak hairanlah, ramai yang mengetahui akan kelebihan buah zaitun, memanfaatkannya sebagai bahan untuk kegunaan asas seperti minyak masak, minyak rambut, barangan kecantikan, sabun dan juga dijadikan sebagai makanan tambahan. Justeru, khasiat yang terdapat pada buah zaitun merupakan anugerah Allah ke atas hamba- hambaNya yang amat bernilai untuk dimanfaatkan kerana bukan sahaja buah zaitun disebut di dalam Al Quran, malah pakar- pakar sains dunia juga mengiktiraf akan keistimewaannya.

  0 Comments

  Filed under: Artikel

Buku Ustaz Azhar paling laris, 30,000 naskah terjual

Posted by Jkk

Sebagaimana sudah dijangka, buku Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa kini muncul sebagai buku paling laris di pasaran.

Menurut universitipts.com, hanya dalam tempoh lima minggu buku itu diterbitkan. hampir 30,000 naskah sudah terjual. Ini satu rekod bagi industri buku negara ini.

Laporan itu memetik Pengurus PTS Islamika Sdn Bhd (PTS), Imran Azmi.

Berikutan ia laku keras, tidak semua permintaan kedai buku untuk mendapatkan buku itu, mampu dipenuhi jabatan jualan syarikat itu .

"Banyak penjual buku bergerak datang membeli secara pukal dan tunai di PTS. Mereka menjual buku ini kepada orang ramai yang datang mendengar Uztas Azhar memberi kuliah," catat web berkenaan.

Universitipts.com menyifatkan faktor utama yang menyebabkan buku itu amat laku ialah populariti Ustaz Azhar sendiri.

Pada masa ini beliau adalah penceramah agama paling diminati ramai di negara ini.

Menerusi buku Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa, beliau merungkai pelbagai persoalan agama dan hukum hakam berkaitan.

Buku ini adalah kompilasi persoalan daripada orang awam kepada Ustaz Azhar. Jawapan dipaparkan secara jelas dan padat supaya pembaca lebih memahami persoalan yang selama ini bermain di minda mereka.

Ustaz Azhar memang tokoh agama yang tidak asing di negara ini. Keunikannya ialah kemampuan menyampaikan ilmu agama secara berkesan menerusi penjelasan mantap yang diselitlkan unsur humor sehingga mampu menarik khalayak pendengar yang ramai.

Buku ini  dijual pada harga RM15 dan boleh didapati di kedai buku, rangkaian pasaraya Tesco, Carrefour dan Mydin. Anda juga boleh melayari bookcafe.com.my bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai buku terkini PTS.

Menurut universitipts.com, buku beliau yang kedua dengan PTS sedang dalam proses suntingan dan dijangka dapat diterbitkan sebelum hujung tahun ini. - Dipetik dari inimajalah.com

p/s: Juga boleh dibeli di Humaira Bookstore cawangan Kuala Terengganu (dalam Giant KT)



Read more: http://ustazazhar.net/v01/#ixzz1bCjXF9SE

 

 

 

HIMPUN : Hari Solidariti Ummat Islam

Muqaddimah.

 

1. Amanah terbesar ummat Islam ialah memelihara, mempertahan dan memperjuangkan agama Allah swt sehingga ianya tegak secara praktikal di dalam diri setiap individu yang mengaku beriman kepada Allah swt dan juga tegak berdaulat di atas tanahair mereka. Pantang mengalah sungguhpun terpaksa mendepani cabaran getir dan rintangan sengit terhadap perjalanan dan perkembangan Islam di negara ini.

 

2. Cabaran dan halangan yang dihadapi oleh Islam dan ummatnya di sepanjang sejarah dan tamaddunnya pula adalah merupakan sunnatullah. Justeru itu, ummat Islam digesa agar senantiasa berwaspada, bersedia, peka, sensitif dan responsif terhadap apa jua keadaan dan dimana jua berada agar pemikiran mereka tidak terpesong, keperibadian mereka tidak cela dan aqidah mereka tidak rosak.

 

3. Musuh pula tidak pernah lalai dan leka menunggu saat dan ketikanya ummat Islam alpa dan asyik dari amanah dan tanggungjawab mereka terhadap perintah Allah swt dan tuntutan agamaNya untuk merosakkan pemikiran, akhlak dan aqidah ummat Islam. Pelbagai ruang dan peluang akan digunakan oleh musuh - musuh Allah untuk melunas tujuan dan hasrat mereka tersebut tanpa jemu, bosan dan berputus asa.

 

4. Lima perkara yang sering menjadi perantara berkesan untuk membinasakan ummat Islam tanpa disedari, pula berurutan dengan kelemahan dan ketidakpedulian ummat Islam sendiri. Lima perkara yang saya maksudkan ialah "Jerat 5F":

 

a] Food : Makanan yang tidak halal dan memudaratkan

b] Fun : Hiburan dan keseronokan yang meleka dan melalaikan

c] Family : Keluarga yang runtuh dan berantakkan

d] Film : Filem yang membinasakan budaya, merosakkan minda

e] Fashion : Fesyen yang menjolok mata dan merangsang syahwat.

 

Ummat Islam Mesti Bangkit.


5. Perkembangan mutaakhir ummat Islam sangat tenat dan menyedihkan. Sukar saya mahu menyebutkan figure dan angka, lantaran perkembangannya terlalu pesat saban hari dan grafnya meningkat mendadak. Tiada siapa yang boleh menafikannya seperti kes rogol, zina, buang bayi, pelacuran, hiburan tanpa batas, pergaulan bebas, penceraian, penderaan, ragut, samun, rompak, bunuh, khurafat, riddah dan 1001 mala petaka sedang menimpa ummat Islam termasuklah fenomena menghina dan mempersenda agama Islam serta mempertikai dan menentang hukum Allah swt secara terbuka.

 

6. Ummat Islam selayaknya sedar dan segera bangkit untuk melakukan perubahan total dan mengembalikan semula izzah [ kemuliaan dan kehebatan ] mereka bersama Islam sebagai petunjuk dan agama yang benar. Mereka perlu lepas dari ikatan idealogi yang bertentangan dengan Islam dan budaya mungkar yang dimurkai oleh Allah swt. Ummat Islam jua mesti bebas dari pengaruh maksiat yang menjerumuskan dan perangkap riddah yang memalingkan mereka dari ajaran Islam yang suci lagi mulia.

 

7. Ummat Islam kini perlu dibimbing, dipimpin dan diberi motivasi agar mereka menyedari bahawa mereka adalah ummat terbaik dan mempunyai kekuatan serta kehebatan diri yang telah dikurniakan oleh Allah swt bersama agamaNya sebagai manhaj atau cara hidup yang mulia dan sempurna. Malah Ummat Islam juga mestilah menginsafi bahawa lemah dan hinanya mereka pada hari ini adalah kerana mereka meninggalkan Islam sebagai petunjuk, cara dan gaya untuk hidup. Mereka bukan lemah dan hina kerana melaksanakan ajaran dan hukum hakam Islam.

 

HIMPUN untuk kebangkitan dan solidariti ummah.

 

8. Tanggungjawab menyedarkan ummat Islam dari tidur mereka yang panjang sehingga mamai dan hilang daya sensitiviti adalah tanggungjawab semua, justeru Islam bukanlah milik ekslusif mana - mana pihak. Sebaliknya Islam adalah milik semua mereka yang melafazkan syahadatain iaitu penyaksian bersumpah bahawa tiada tuhan yang layak disembah selain Allah dan Muhammad itu adalah Rasulullah. Ertinya ummat Islam mesti bersatu dengan ikatan aqidah, menjulang panji syahadah dan komited dengan amal Islami.

 

9. Telah tiba masanya ummat Islam menghentikan polemik sesama sendiri, konflik yang merugikan masa depan mereka. Saling curiga mencurigai, fitnah memfitnah, tuduh menuduh, jatuh menjatuh dan khianat mengkhianati diantara satu sama lain adalah punca segala musibah yang menimpa ummah, sedang mereka mempunyai sebab yang sangat kuat untuk teguh bersatu iaitu Aqidah Islamiyyah.

 

10. Kalaupun ummat Islam sukar mencari titik pertemuan kerana perbedaan ideologi politik, latar belakang sosial, ekonomi, pendidikan dan sejarah silam, saya yakin ummat Islam masih berpeluang untuk bertemu dan bersatu demi kerana aqidah dan masa depan ummat Islam yang perlu kepada kebangkitan semula. Namun setiap ummat Islam mestilah ikhlas dan jujur demi untuk Islam, aqidah dan syariatnya. Bukan saling mengintai peluang untuk memerangkap dan mengenakan pihak lain.

 

11. Saya dan rakan - rakan dari Dewan Pemuda PAS Malaysia merakamkan setinggi - tinggi tahniah kepada Sekretariat HIMPUN yang dipengerusikan bersama oleh Tuan Hj Azmi Abd Hamid [ Teras Pengupayaan Melayu - TERAS ] dan Dr Yusri bin Mohamad [ Pertubuhan Pembela Islam - PEMBELA ] di atas penganjuran Himpunan Sejuta Ummah [ HIMPUN ] yang bakal berlangsung detik jam 2.00 - 6.00 pm pada 22 Oktober 2011 di Stadium Shah Alam Selangor Darul Ehsan.

 

12. Saya mengharapkan usaha murni tersebut disokong oleh seluruh ummat Islam dan saya menyeru agar ummat Islam turut hadir beramai - ramai khasnya anak - anak muda setelah saya mendapat komitmen daripada Sekretariat HIMPUN bahawa objektif Himpunan Sejuta Ummah boleh dirumus di atas 3 nokhtah :

 

a] Memotivasi ummah agar bangkit mempertahan & memperjuangkan aqidah .

b] Menghimpun dan menyatukan ummat Islam khasnya diatas isu aqidah

c] Sebagai satu penyataan sikap dan deklarasi ummah yang sedia berjuang

 

13. Himpunan hasil gabungan besar yang mencecah 1000 ngo muslim ini adalah julung kali dianjurkan dalam negara kita. Ia adalah himpunan awam yang bakal menyatukan pelbagai lapisan ummat Islam. Bermula dari tokoh - tokoh agama, pemimpin dan aktivis masyarakat, seleberiti dan mahasiswa dijangka akan membanjiri Stadium Shah Alam untuk menyatu suara dan tindakan ke arah memperjuangkan Islam serta mempertahankan aqidah ummah.

 

14. Dewan Pemuda PAS Malaysia mengambil pendekatan serupa sewaktu menyokong gabungan lebih 6buah ngo BERSIH 2.0 yang berjuang menuntut pemulihan sistem demokrasi dan pengurusan pilihanraya negara kita. Pemuda PAS bersama dengan himpunan dan denyut nadi puluhan ribu rakyat pada 9 Julai yang lalu.

 

15. Insyaallah, Saya dan rakan - rakan Dewan Pemuda PAS Malaysia mengambil sikap yang sama terhadap Himpunan Sejuta Ummah pada 22 Oktober kelak . Semoga himpunan tersebut berjaya mencapai matlamat dan menepati objektif yang digariskan bersama berkat dan rahmat Allah swt. Sekali lagi saya ucapkan tahniah kepada semua ngo - ngo Islam yang terlibat. Kami pemuda PAS senantiasa bersama anda semua dalam meneruskan cita - cita perjuangan Islam dan mempertahankan aqidahnya di bumi bertuah ini. Selamat berHIMPUN daripada Dewan Pemuda PAS Malaysia buat semua dan hadirlah dengan niat yang ikhlas kerana Allah swt.

 

Nasrudin bin Hassan

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Nasrudin Hassan at Tantawi0 comments

Ahad, 16 Oktober 2011

Dakwah Fardiyah : Kesantunan Berbicara Menggamit Jiwa

 

Dakwah Fardiyah :
Komunikasi Berkualiti dan Kesantunan Berbicara yang Menggamit Jiwa

 

 

1. Muqaddimah

 

Apa matlamat kita?

 

Perkara yang paling asas yang perlu difahami dan diinsafi oleh kita semua selaku seorang anggota PAS adalah matlamat perjuangan kita. Menurut Fasal 5 (1) Perlembagaan PAS, tujuan ataupun matlamat PAS adalah:

 

Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.

 

Langkah berkesan untuk mencapai matlamat tersebut digariskan juga dalam Perlembagaan PAS usaha-usaha ataupun inisiatif yang perlu dan boleh dilakukan oleh penggerak-penggerak PAS iaitu antaranya dalam Fasal 6 (1):

 

Menyeru umat manusia kepada Syariat Allah dan Sunnah Rasul Nya melalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan.

 

Oleh itu fahamlah kita bahawa bagi merealisasikan cita-cita Islam yang kita perjuangkan berdasarkan kerangka Perlembagaan PAS itu maka kita tidak ada pilihan lain selain berusaha secara gigih bagi meyakinkan orang-ramai agar menerima dan menyokong PAS sehingga memungkinkan PAS menang dalam pilihanraya dengan bilangan kerusi yang secukupnya untuk membentuk kerajaan samada secara bersendirian ataupun melalui kerjasama politik dengan  pihak lain.

 

Kerana itu tugas besar PAS dalam kontek ini adalah bagi melatih dan melahirkan seberapa ramai pendakwah yang berkaliber, yang mampu terjun dan berhadapan dengan masyarakat Malaysia samada muslim atau non - muslim,  bagi meyakinkan mereka agar memberikan sokongan kepada kita.

 

Lantaran itu para pendakwah PAS perlulah memiliki kemahiran berkomunikasi yang berkualiti dan kesantunan bicara yang menggamit jiwa, sehingga ia mampu menguntungkan parti dan perjuangan ketika menjalankan tugas masing-masing dan bukan sebaliknya.

 

2. Apakah yang dimaksudkan dengan komunikasi?

 

Komunikasi adalah asas dalam kehidupan seseorang manusia, Dalam sesebuah organisasi, komunikasi ibarat nadi yang menggerakkan fungsi pengurusannya. Komunikasi adalah medium penyebaran maklumat daripada seorang manusia ke manusia yang lain. Justeru sistem pengurusan organisasi atau masyarakat akan tergendala tanpa komunikasi. Semakin berkesan sistem komunikasi, maka semakin cekaplah pengurusan dan pentadbiran dalam sesebuah organisasi itu tadi.

 

Komunikasi pada dasarnya melahirkan dua "result" ataupun keputusan iaitu komunikasi yang berjaya dan komunikasi yang gagal.

 

Prinsip umumnya, seseorang atau sesuatu kumpulan dikatakan berjaya dalam kaedah komunikasinya apabila:

 

• Sasaran ataupun mad'uu nya yakin dan percaya kepadanya serta apa yang diperjuangkan

• Sasaran bersedia memberikan sokongan dan simpati mereka kepadanya (termasuklah menghulurkan bantuan fizikal dan kewangan)

• Sasaran akan mempertahankannya dan apa yang ia perjuangkan apabila berlaku krisis ataupun persengketaan

 

Manakala seseorang atau sesuatu kumpulan itu dikatakan gagal dalam kaedah komunikasinya apabila:

 

• Sasaran ataupun mad'uu nya tidak yakin malah benci dan meluat padanya dan apa yang diperjuangkannya

• Sasaran memberikan sokongan kepada pihak lawan

• Sasaran berpaling muka dan meyalahkannya dan apa yang diperjuangkannya apabila berlaku krisis

 

Untuk itu bagi memastikan gerak-kerja kita efektif dan tidak berlaku kerja yang sia-sia sehingga menempah kegagalan maka ciri-ciri komunikasi yang berkesan perlu kita kenal pasti, kaji dan laksanakan.

 

Dalam erti kata lain:

 

Seruan dakwah perlu dilakukan secara komunikasi yang berkesan, yakni meliputi segala aspek yang berupaya menarik orang terhadap apa yang disampaikan. Ingat firman Allah swt  di dalam surah Aali Imran ayat 159 :

 

فَبِمَا رَحْمَةٍ مِّنَ اللَّهِ لِنتَ لَهُمْ وَلَوْ كُنتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لَانفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ

 

"Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya."

 

 

3. Kriteria komunikasi yang berkesan.

 

Sudah pastilah sebagai seorang pendakwah PAS, kita akan berhadapan dengan masyarakat Malaysia khasnya orang-orang Melayu yang terdiri dari pelbagai latarbelakang, fahaman dan status hidup (termasuklah yang bukan Melayu/Islam). Kita akan dikira berjaya apabila kita mampu membawa mesej dan risalah PAS melalui pendekatan yang menarik dan mengkagumkan sehingga akhirnya diterima masyarakat yang pelbagai jenis dan latarbelakang tadi.

 

Antara kriteria yang mesti dimiliki ialah :

 

a) Pendakwah yang bermaklumat

 

Sebagai pendakwah PAS kita perlu mahir dan menguasai asas-asas perjuangan parti dan isu-isu semasa untuk diolah dan dikaitkan menurut skop dan kacamata perjuangan Islam yang diperjuangkan. Kata kunci di sini adalah kita perlu menonjol sebagai pendakwah PAS yang kaya dengan maklumat dan fakta.

 

Bagaimana maklumat dan fakta ini diperolehi?

 

Tidak ada formula lain selain menimbanya melalui pembacaan dan penelitian (reading & observation). R&O ini perlu dilakukan dengan menelaah akhbar-akhbar, majalah, buku-buku, siaran TV dan melayari internet [media baru]

 

Setelah diperolehi ianya perlu pula melalui proses penyaringan dan pengesahan ataupun verification. Segala maklumat dan fakta yang kita cungkil atau yang terdedah kepada kita (termasuklah melalui TV, radio dan internet) perlulah melalui proses penyaringan. Dalam erti kata lain ianya hendaklah ditapis, disaring dan disahkan sebelum disampaikan. Bermakna segala yang kita perolehi itu tidak boleh diterima bulat-bulat kecuali yang telah melalui proses penyaringan. 

 

Ambil peringatan wahyu dari surah al Hujuraat ayat 6 :

 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ

 

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan."

 

Perkara yang perlu diberi perhatian dan penting juga ialah apa yang disampaikan kelak perlulah selaras dengan pandangan dan pendirian parti.

 

Selanjutnya maklumat dan fakta yang telah disaring itu perlu pula dipilih dan disampaikan menurut kesesuaian suasana dan mad'u (selection). Ini kerana tahap pemahaman dan keupayaan mad'u berbeza-beza menurut profesion, kawasan dan taraf hidupnya.

 

Contohnya maklumat berkenaan angka-angka ekonomi mungkin tidak berapa diminati golongan masyarakat kampung kecuali mengenai harga minyak, gula dan keperluan asas, di sinilah proses "selection" tadi penting

 

Malah dalam hal ini Rasulullah saw sendiri mengamalkan "selection" ini berdasarkan kemampuan mad'u nya ketika itu. Apabila Rasulullah saw pernah bersabda : 

 

                              خاطب الناس على قدر عقولهم.  

 

Firman Allah swt di dalam surah al Furqan ayat 6 :

 

وَعِبَادُ الرَّحْمَٰنِ الَّذِينَ يَمْشُونَ عَلَى الْأَرْضِ هَوْنًا وَإِذَا خَاطَبَهُمُ الْجَاهِلُونَ قَالُوا سَلَامًا

 

"Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini;"

Contoh praktis oleh Rasulullah saw, ialah Baginda saw pernah menyatakan bahawa sebaik-baik amalan ialah beriman kepada Allah, namun dalam situasi yang lain pula Rasulullah saw menyatakan sebaik-baik amalan ialah mengerjakan solat dalam waktunya dan berbuat baik kepada kedua ibu-bapa. Perbezaan kenyataan tersebut adalah kerana meraikan situasi dan realiti semasa yang dihadapi Baginda saw. Begitulah pendakwah selayaknya peka dengan realiti semasa yang dihadapi demi keberkesanan dakwah yang dibawa.

 

b) Keterampilan dan rupa diri yang kemas

 

Golongan sasar bukan sekadar menilai apa yang kita sampaikan akan tetapi mereka turut menilai keterampilan dan rupa diri kita, iaitu apa yang mereka lihat. Seringkali apa yang mahu dikomunikasikan itu berjaya apabila pendakwah dilihat kemas dan tertib, sentiasa yakin dan meyakinkan.

 

Komunikasi yang berkesan bermula dengan "first impression" ataupun penampilan pertama dengan tenaga pendakwah tadi. Nokhtah ini memerlukan pendakwah mempunyai keupayaan imej yang baik.

 

c) Memiliki kekuatan bahasa dan kepetahan berbicara

 

Pendakwah yang baik perlulah memiliki kekuatan bahasa dan petah serta lancar ketika berbicara. Seseorang itu perlu bijak memilih bahasa dan menyusunnya agar kelihatan indah dan menarik.

 

Keupayaan membakar semangat mad'u adalah satu aset namun memaksa diri untuk berbuat demikian belum pasti akan meghasilkan sesuatu yang positif. Keupayaan mengenalpasti saat dan ketika untuk menaikkan semangat dan saat dan ketika untuk berjenaka penting agar mad'u selesa dan senang hati dengan kita.

 

Elakkan perkataan yang kasar dan keras apatah lagi maki hamun, caci maki dan fitnah yang tidak sepatutnya diucapkan oleh pendakwah Islam.

 

Penting bagi pendakwah menepati masa yang diberikan ataupun jika tidak ada had, ia tahu bila waktu dan ketikanya untuk berhenti. Hujah dan syarahan yang panjang lebar akan hanya membosankan pendengar dan akhirnya membawa natijah yang merugikan.

 

d) Kemampuan membaca suasana

 

Pendakwah yang bijak adalah yang tahu membaca suasana. Sentiasa peka akan pantang-larang masyarakat setempat. Adab dan akhlak selaku pendakwah perlu sentiasa dipelihara. Bermula dari bahasa lidah sehinggalah kepada bahasa badan malah bahasa badan lebih berkesan. Kaedah dakwah yang masyhur ialah :

 

لسان الحال أفصح من لسان المقال

 

maksudnya : bahasa badan [tindakan] terlebih fasih berbanding bahasa lidah [ucapan]

 

4. Penutup

 

Dalam skop perjuangan PAS, komunikasi yang berkesan oleh para penggeraknya akan mampu meningkatkan sokongan terhadap perjuangannya dan akhirnya diterjemahkan kepada sokongan semasa pilihanraya.

 

Secara keseluruhannya,  komunikasi samada melalui lisan ataupun tulisan akan berkesan sekiranya ia padat dengan ilmu dan fakta, ianya tidak datang secara semulajadi, malah lahir dari ketekunan, insiatif dan kreativiti.

 

Hari ini kita ditaqdir berjuang dalam  Masyarakat yang rata-ratanya celik ilmu dan bermaklumat, justeru itu pendakwah PAS yang berjaya adalah pendakwah yang menguasai ilmu dan mampu berhujjah dengan baik samada melalui lisan ataupun tulisan dengan penuh hikmah dan menghasilkan keuntungan kepada parti dan perjuangan.

 

Sabda Rasulullah saw :

 

مَن دلَّ على خيرٍ فله مِثْلُ أجرِ فاعِلهِ

 

Barangsiapa yang menunjuk jalan ke arah kebaikan maka baginya pahala seperti pahala orang yang melakukan kebaikan tersebut.

 

Riwayat Imam Muslim

 

Sabda Rasulullah saw : 

 

مَنْ سَنَّ فِي اْلإِسْلاَمِ سُنَّةً حَسَنَةً فَلَهُ أَجْرُهَا وَ أَجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا بَعْدَهُ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أُجُوْرِهِمْ شَيءٌ وَ مَنْ سَنَّ فِي اْلإِسْلاَمِ سُنَّةً سَيِّئَةً كَانَ عَلَيْهِ وِزْرُهَا وَ وِزْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا مِنْ بَعْدِهِ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أَوْزَارِهِمْ شَيءٌ

 

 Barangsiapa yang mengasaskan sesuatu tindakan di dalam Islam sebagai suatu tindakan yang baik maka baginya pahala kebaikan itu dan pahala mereka  yang melaksanakan tindakan tersebut selepasnya tanpa mengurangkan sedikitpun dari pahala mereka dan  Barangsiapa yang mengasaskan sesuatu tindakan di dalam Islam sebagai suatu tindakan yang jahat maka baginya dosa kejahatan itu dan dosa mereka  yang melaksanakan tindakan tersebut selepasnya tanpa mengurangkan sedikitpun dari dosa mereka.

 

Riwayat Imam Muslim

 

disediakan oleh :

 

Nasrudin bin Hassan at Tantawi

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

14 Oktober 2011

 

 

 

 

Menifesto PAS Terengganu, BN Resah.

Oktober 18, 2011 ustazidrisahmad Tinggalkan komen Go to comments

 

 

 Sabtu, 15 Oktober 2011

Warga Asing Bakal Usahawan Negara !

[ Kursus usahawan jenis apa ni ? penuh dengan kawalan ketat pihak polis ?  kursus usahawan atom ke ? atau kursus usahawan untuk melahirkan pengusaha - pengusaha baru bagi memenangkan UMNO dalam pilihanraya umum akan datang ? ]

1. Apabila Dewan Pemuda PAS Malaysia membuat sesuatu kenyataan ataupun pendedahan, semaksimum mungkin kenyataan dan pendedahan tersebut akan dinilai agar tidak terjebak dalam fitnah ataupun penyebaran berita palsu, malah ia terlebih dahulu dianjur berlandaskan fakta, bukti dan nas. Begitulah disiplin yang terpaksa dilalui oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia justeru setiap kenyataan dan pendedahannya akan senantiasa dipantau musuh politiknya dan pantas diseret musuh ke mahkamah andai ia adalah fitnah dan palsu.

2.  Mutaakhir ini Dewan Pemuda PAS Malaysia melalui Lajnah Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Rakyat yang dipengerusikan oleh Sdr Suhaizan Kaiat bersama Timbalannya Sdr Mohd Adram Musa, banyak membuat pendedahan berkait penyelewengan dan kepincangan sistem urus demokrasi serta sistem pengendalian pilihanraya. Pendedahan tersebut diurut dengan penyerahan memorundum kepada pihak berwajib seperti SPR dan JPN malah laporan polis turut dilakukan.

3. Sehingga kini Dewan Pemuda PAS belum disaman atau diheret ke mahkamah berkait semua pendedahan yang dibuat. Sebaliknya pihak SPR dan JPN hanya memberi jawapan melalui media dengan menafikan dakwaan Dewan Pemuda PAS Malaysia. Lebih malang apabila penafian yang dilakukan itu sangat rapuh dan terkadang melucukan.

4. Sebelum ini SPR berulang kali menafikan dakwaan DPPM bahawa wujudnya nama pemilih yang bertindih, pemilih yang tidak dikenal pasti dan pelbagai lagi kekeliruan seperti mempunyai identity card yang hampir sama dalam keadaan yang sangat meragukan, tetapi
beberapa hari selepas penafian dilakukan, 50 ribu senarai nama dikeluarkan dari senarai pemilih sedang Sebelum daripada ini nama pemilih hanya dikeluarkan apabila ianya dibantah dengan bayaran dan bantahan itu diterima.

5. Terbaru pihak Polis Diraja Malaysia pula dijangkiti sindrom penafian apabila  OCPD Sepang Superitenden Imran Abdul Rahman menafikan sindiket penganugerahan ic kepada
240 warga asing dari Johor kononnya mereka dibawa ke Selangor untuk mengikuti Kursus Keusahawanan, sedang mereka telah berjaya dikesan dan dikepung oleh Pemuda PAS  dan akhirnya mereka terpaksa bersidai di Istana Dugang Country Resort.

6. Setelah rakyat menyaksikan rendahnya tahap integriti Pengarah SPR dan Timbalannya, kini pihak PDRM pula merosakkan reputasi pihak keselamatan yang sepatut dan selayaknya menjaga kedaulatan dan keamanan negara bukan bersubahat dengan sindiket yang mengancam kedaulatan. Alasan yang dikemukakan oleh OCPD Serdang sungguh tidak masuk aqal.
Warga asing diberi kursus keusahawanan ? inilah kali pertama saya mendengar dan melihatnya. Tapi dengan semangat Malaysia boleh, barangkali semua boleh berlaku. Asal mereka boleh buat penafian, mereka nafi walaupun dengan alasan yang mempersenda nilai intelek rakyat Malaysia.

7.
Kursus usahawan jenis apa ni ? penuh dengan kawalan ketat pihak polis ?  kursus usahawan atom ke ? atau kursus usahawan untuk melahirkan pengusaha - pengusaha baru bagi memenangkan UMNO dalam pilihanraya umum akan datang ?

8. Sebelum ini di Hotel Vistana Kuantan pada 28 September, satu Kursus Pemantapan Warga Pendidik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia diadakan bagi mengelabui pandangan umum sedang pengisiannya adalah untuk doktrin pemikiran para pendidik atau guru agar menyokong UMNO dengan pelbagai maklumat salah, fitnah dan palsu yang disogok.

9. Kini warga asing pula diberi kursus keusahawanan kononnya. Kementerian mana pula yang menganjurkannya ? untuk apa kursus itu ?
sedang rakyat sendiri masih terkial - kial mencari modal untuk memajukan diri, tetiba warga asing mendapat peruntukan kursus keusahawanan, lawak jenaka atau drama komedi  genre apa yang sedang dilakukan oleh PDRM ini ?

10. Sektor mana warga asing akan jadi usahawan negara ? atau GLC mana yang warga asing ini akan kendalikan ?  atau syarikat korporat mana warga asing ini akan jadi pengusahanya ? a
tau untuk apa kursus keusahawanan itu ? atau untuk menipu ? menipu rakyat ! memperbodohkan rakyat ! atau mereka nak jual negara ini ? cagar kedaulatan negara semata - mata terdesak untuk menang pilihanraya ?

Rakyat perlu penjelasan yang meyakinkan, bukan alasan yang melucukan. Sudahlah sebelum ini negara telah gempar dengan kenyataan Parlimen Malaysia bahawa terdapat 27,293 warga asing telah dilulus menjadi warganegara, hanya dalam tempoh tidak sampai 4 tahun [iaitu 2008 - 2011]

 

 

 

 

i

 

1 Votes

Menifesto PAS Terengganu, BN Resah.
Idris Ahmad
17/10/11
Apabila Pas Terengganu melancarkan menifesto PRU-13 dengan tema "Terengganu Maju, Islam Berdaulat, Negeri Berkebajikan" telah menimbulkan keresahan di kalangan pemimpin BN termasuk dua ahli akademik.

Lima perkara dari kandungan manifesto adalah seperti berikut;

1. Melaksanakan pengecualian cukai kediaman

2. Menyelesaikan isu tanah rakyat yang dirampas oleh BN

3. Cuti 30 hari bergaji bagi kakitangan kerajaan kematian suami

4. Menyediakan 17,000 peluang kerja dalam tempoh 3 tahun, dan

5. Merakyatkan ekonomi dan menyediakan skim khas rakyat miskin
Manifesto ini amat menyentuh kepentingan rakyat Terengganu yang berada di dalam keadaan yang dhaif kerana pengagihan kekayaan yang tidak adil selama ini.
Tiba-tiba Pensyarah Kanan Kolej Undang-Undang Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr. Mohd. Azizuddin Mohd. Sani dan Pensyarah Kanan Bahagian Politik Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) Dr. Azeem Fazwan berkata, ini manifesto hanya bersifat populis, yang tidak mengambil kira kesan selepas pelaksanaannya dengan janji untuk menghapuskan cukai.

Bagaimana dua pensyarah yang berada di Pusat Pengajian Tinggi memberi kenyataan yang tidak mempunyai fakta yang kukuh. Sedangkan Pas pernah memerintah Terengganu pada tahun 1999-2004 ianya terbukti dan teruji. Kenapa mereka berdua mengeluarkan kenyataan seolah-olah rakyat akan menderita jika Pas kembali berkuasa di Terengganu.

Jika hendak mengampu janganlah memalukan dunia akademik kerana hendak mencari keuntungan dunia yang tidak seberapa. Sebagai ahli akademik sepatutnya boleh melihat kembali pencapaian Pas mengurus kerajaan Trengganu ketika memerintah suatu ketika dahulu.
Bukankah Terengganu di bawah Pas telah menunjukkan pencapaian yang baik walaupun sebahagian besar pendapatan kerajaan negeri hilang apabila royalti ditarik. Namun Pas berjaya menurunkan kadar kemiskinan daripada nombor dua kepada nombor empat, selapas Pas tewas, Terengganu kembali miskin di tempat kedua. Kenapa Pas mampu mentadbir walaupun royalti minyak dirompak? Jawapannya pemimpin Pas menjalankan tugas dengan amanah, adil tanpa mengira ideologi politik.
Apakah kedua mereka ini anggap pencapaian BN yang memerintah Terengganu adalah pemerintahan yang terbaik. Sehingga Terengganu hari ini digelar sebagai "Negeri Runtuh". Kenapa mereka tidak komen mengenai Stadium Negeri yang berharga RM292 juta runtuh dan kos hendak baiki RM25 juta, Masjid Batu Putih Kemaman RM2.1 juta runtuh, Perhentian Bas Kuala Berang yang berharga RM4.2 juta runtuh setelah 80% siap, Kolam Renang di Batu Buruk RM18 juta, setelah setahun digunakan ia rosak. Kenapa mereka tidak pertikai kenapa Terengganu masih lagi miskin walaupun ada hasil minyak.
Mungkin mereka berdua tidak nampak kerana mata mereka terlalu biru sehingga tidak mampu untuk melihat data dan fakta.

 

No comments: