PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Monday, October 03, 2011

Sekitar Sambutan 60 Tahun PAS

[Bergambar] Sekitar Sambutan 60 Tahun PAS : PAS Kini Memasuki Era Baru

border=0> PAS kini sudah memasuki era baru dalam perjalanan perjuangannya yang kini mencecah usia 60 tahun sejak penubuhannya 1951, kata Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Bercakap sewaktu menyampaikan ucaptama di Kongres Sambutan 60 Tahun PAS di Dewan Milenium, Kepala Batas di sini, Presiden PAS itu berkata parti Islam itu kini telah mendapat kepercayaan pelbagai pihak di negara ini.

Kepercayaan itu ujarnya hasil daripada pengamatan rakyat melihat ketabahan PAS yang tidak berganjak memperjuangkan keadilan Islam biarpun menghadapi tekanan dan penindasan sejak zaman penjajah dan penafian hak oleh pusat biarpun telah menguasai beberapa negeri.

"PAS adalah parti yang bertunjang dengan teguh dan kuat, tidak terpengaruh dibawa arus penjajah."

Ada yang terjebak dengan Komunis, British dan Jepun. Tapi PAS tidak hanyut dengan mana-mana fahaman penjajah," katanya.

Selepas merdeka pula, PAS yang mengambil sikap menyertai pilihan raya untuk menegakkan Islam terus mendapat tekanan daripada parti pemerintah biarpun kini telah berjaya menguasai beberapa negeri bersama Pakatan Rakyat."

Semangat faderalisme dicabul pemerintah. Sewaktu kita memerintah Terengganu hak royalti dirampas, dinafikan hak di Kelantan," katanya lagi.

Kepercayaan terhadap PAS yang perjuangannya dipandu Majlis Syura Ulama, terus menebal apabila mempamerkan pentadbiran yang baik dan adil di negeri-negeri yang dikuasai.Jika dahulu katanya, PAS hanya dilihat diskong oleh orang Islam, namun hari ini PAS sudah mempunyai Dewan Himpunan Penyokong PAS yang terdiri dari kaum Cina dan India.

Malah gabungan profesional dan ulama yang memimpin PAS juga telah menguatkan lagi parti itu sekaligus menafikan persepsi bahawa PAS hanya untuk golongan agama.

Sehubungan itu ujarnya, PAS kini menjadi harapan sebagai "bahtera penyelamat" kepada segala permasalahan yang sedang menimpa masyarakat pada hari ini.

"Di zaman Nabi Nuh, baterah Nabi Nuh menjadi penyelamat, di zaman ini PAS adalah bahtera penyelamat terhadap kehidupan manusia berlandaskan al-Quran, hadis, ijma' dan qias," tegasnya.

Sementara itu, lebih 7000 hadirin hadir ke Kongres 60 Tahun PAS hari ini.Selain ucaptama presiden, kongres kali ini juga turut memberikan anugerah "Pahlawan Umat" kepada Presiden PAS ke-3 Dr. Burhanudin Al-Helmi.

Sehubungan itu, gelaran tersebut akan digunakan setiap kali nama Dr Burhanudin disebut. Sebelum penyampaian anugerah itu yang diterima isteri beliau, jasa dan semangat perjuangan Dr. Burhanudin diceritakan melalui puisi khas yang didelamasikan Saterawan Negara, Datuk A.Samad Said. -HD

Forum Perdana Sempena Sambutan 60 Tahun Pas


border=0>
border=0>
border=0>

Sumber Gambar : Blog BGM Online

 

KONGRES SAMBUTAN 60 TAHUN PAS

 

>Timbalan Presiden sedang berucap di muqaddimah majlis

>Ucapan Presiden Pas Tuan Guru Presiden Dato Seri Hj Abd Hadi Awang

Dr. Rani, Pesuruhjaya Selangor, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man dan Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan

Naib-naib Presiden PAS, Salehuddin Ayub, Husam Musa & Mahfuz Omar

Isteri Al-Marhum Burhanuddin Al-Helmy, Hajjah Suri

Tuan Guru Presiden menyampaikan anugerah Darjah Pahlawan Ummat kepada Hajjah Suri, balu kepada Al-Marhum Burhanuddin Al-Helmy

Sajak dideklamasikan khas untuk Al-Marhum Burhanuddin Al-Helmy oleh A. Samad Said

Tak perlulah lagi diperkenalkan lagi

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Riduan Mohd Nor dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nik Abduh Nik Abd Aziz

ADUN Selat Klang, YB Dr Halimah Ali

Bekas Pesuruh PAS Selangor, Hj Subky latif & Sasterawan Negara Pakatan Rakyat, A. Samad Said

Ucapan perasmian penutup oleh Dato Seri Bentara Tuan Guru Mursyidul Am

Antara 5000 hadirin yang memenuhi dewan

Nisa',Gadis-gadis manis ini turut berkawad di luar halaman dewan

Pelapis Unit Amal dari Negeri Pulau Pinang yang diwakili oleh remaja

Sumber : Facebook Pas Ipoh Timur, caption: malaysiaberih

 

 

Menobatkan     Dr.              Burhanuddin         sebagai           'Pahlawan        Umat';         Sejarah      yang            dinantikan          golongan      muda

Monday, 03 October 2011 09:04 Wartawan Buletin

KUALA TERENGGANU - PAS Terengganu menyifatkan gelaran ' Pahlawn Umat'  yang dinobatkan kepada bekas Yang DiPertua PAS, Allahyarham Dr. Burhanuddin al-Helmy, mengembalikan roh kemerdekaan negara.

Menurut Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Haji Hanafiah Mat, cebisan sejarah yang dicetuskan oleh Timbalan Presiden PAS telah membuka pintu hati rakyat kepada ingatan lampau.

"Cebisan sejarah yang dicetuskan oleh Timbalan Presiden PAS telah membuka pintu hati sejarahwan untuk menukilkan semula ingatan masa lampau,

"yang telah digelapkan oleh penjajah dan dipanjangakn melalui lidah Umno dan Barisan Nasiona (BN),"katanya.

Katanya, penyelewengan sejarah terbukti apabila setiap kali sambutan kemerdekaan, ianya seolah-olah perayaan Umno.

Justeru, ledakan konflik sejarah pejuang melayu Islam kini menjadi diskusi samada diperingkat akademik, propesional, teknokrat, koperat, politikus, kelas menengah malah rakyat marhaen.

"akirnya (seluruh rakyat) mengambil kata sepakat bahawa Dr Burhanuddin alHelmy, Pahlawan Umat, (adalah) antara yang terkedepan mengepalai sebuah parti (PAS),

"yang berjuang bagi mencapai kemerdekaan hakiki,"jelasnya

[Gambar - Haji hanafiah bersama rombongan PAS Kemaman, mengambil peluang bertemu dengan Haji Subky Latiff pada program Sambutan 60 tahun PAS di Kepla Batas, Subky adalah bekas calon PAS yang bertanding di Parlimen Kemaman]

Oleh itu, katanya, wajarlah disaat rakyat sudah hilang roh merdeka kerana dilalaikan oleh Umno/BN, PAS bangun ditengah masyarakat menobatkan Dr Burhanuddin alHelmy dengan gelar 'Pahlawan Umat.

"Maka sewajarlah di saat rakyat sudah hilang roh merdeka akibat dilalaikan dengan kemajuan jasmani sambil diiringi alunan irama penuh kayalan (oleh Umno/BN), PAS bangun ditengah masyarakat menobatkan Dr Burhanuddin alHelmy dengan gelar 'Pahlawan Umat,"ujarnya.

Beliau menegaskan, anugerah kepada pejuang kemerdekaan itu menyerlahkan kehebatan pimpinan PAS dibawah pimpinan Dato' Seri Tuan Guru Abd Hadi Awang.

Presiden PAS, katanya, bukan sahaja menyanggah pemikiran melayu Umno tetapi sekaligus menabalkan pimpinan PAS sebagai seorang pahlawan yang menerajui kemerdekaan di alam Melayu Raya.

"Syabas buat pimpinan, kerana sejarah inilah yang sedang dinanti olih golongan muda,"tambah Haji Hanafiah.

Jangan tertipu bajet 'morfin melalaikan'

| Print |

 

Harakahdaily   

KUALA LUMPUR, 3 Okt: Menyifatkan bajet kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) menjelang pilihanraya sebagai ‘morfin yang melalaikan', Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini menyeru rakyat supaya sedar dan tidak ditipu oleh janji-janji pilihanraya dalam bajet yang tidak pernah kunjung datang.

Tahun ini, kata beliau ialah julung kalinya rakyat dapat melihat dua tawaran bajet – satu daripada BN dan satu daripada Pakatan Rakyat (PR).

“Ambillah peluang ini untuk menilai bajet mana yang lebih menjamin kesejahteraan semua, daripada bajet yang sekadar menyuntik morphine untuk me’lalai’kan rakyat daripada kesakitan hanya sehingga selepas pilihanraya umum.

Selepas kesan morphine hilang, segala kenaikan yang diberi akan diambil semula dalam bentuk kenaikan harga barangan dan GST yang sudah semestinya akan dilaksanakan jika Umno-BN memerintah lagi,” saran Tuan Ibrahim merujuk kepada pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang diwar-warkan bakal dilaksana Umno-BN selepas PRU-13 jika menang pilihanraya.

Tuan Ibrahim juga mengingatkan rakyat bahawa banyak janji BN semenjak Mac 8, 2008 ketika berlangsung pilihanraya kecil masih tidak ditunaikan dan menasihatkan mereka agar berwaspada dengan janji-janji baru yang bakal ditaburkan dalam bajet sempena musim pilihanraya.

“Sebahagian besar janji-janji tersebut masih belum ditunai lagi, bahkan sudahpun dilupakan…  sungguhpun begitu, kerajaan yang tidak segan-silu menipu ini akan menabur janji baru kerana sudah tiba musim pilihanraya.

Jika ditanya mana janji yang lama, rakyat bakal mendengar kerajaan akan berjanji ‘janji yang lama’ akan dilaksanakan bersama ‘janji yang baru jika ‘rakyat bantu BN sekali lagi’ terlebih dahulu untuk menang dalam pilihanraya. Menang dulu sudah tidak dikira walaupun janji belum ditunaikan, itulah jenis kerajaan yang rakyat undi untuk 54 tahun,” sindir beliau.

Menjelang pembentangan bajet 2012 yang ramai menyifatkan sebagai bajet pilihanraya, Putrajaya dijangka memperkenalkan sistem saraan baru sektor awam, menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) — antara lain menawarkan skim gaji satu lapis atau peringkat — yang bakal membawa kenaikan gaji sehingga 40 peratus.

Memberikan reaksi sinis kepada isi bajet tersebut, Tuan Ibrahim berkata “Alangkah baiknya kalau pilihanraya boleh diadakan tiap-tiap tahun, sudah tentunya kesengsaraan mereka, yang terutamanya yang daripada sektor awam akibat tekanan hidup boleh dikurangkan dengan mendapat bonus dan kenaikan gaji tiap-tiap tahun.

“Alangkah seronoknya juga jika seseorang itu ialah peneroka kerana pelbagai bonus bakal diterima apabila tibanya musim pilihanraya.

Jika dibandingkan dengan derita orang kampung yang terbiar tak dipeduli. terkenang alangkah peritnya mereka yang bekerja sendiri di kampung, yang hanya dapat mendengar kenaikan gaji orang lain, tapi dirinya dilupakan kerajaan dan terus menderita dengan kenaikan kos hidup,” tambah beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Mengenai pembentangan bajet BN yang dijadualkan 7 Oktober ini, Tuan Ibrahim berkata perkara yang menyayatkan hati ialah ke’lalai’an rakyat dalam mendengar perisytiharan angka jutaan dan billion ringgit walaupun kebanyakannya hanya janji kosong sahaja.

“Ke’lalai’an itu bagaikan keseronokan menonton filem Hindustan pelakon lawa, rumah besar, kereta hebat, taman bunga cantik… namun segalanya hilang apabila filem tamat.

Sesudah bangun daripada ke’lalai’an khusyuk beberapa jam mendengar angka berjuta, berbillion yang kononnya akan sampai kepada mereka sebelum pilihanraya umum seterusnya… rakyat kembali ke ruang kini… di mana yang ada hanyalah realiti kehidupan rumah rakyat yang menunggu rebah, anak-anak yang kurus kekurangan zat makanan dan suasana bebanan hidup yang semakin berat,” kata beliau, sambil berharap agar rakyat dapat sedar dan keluar daripada cycle yang kejam yang muncul setiap kali musim pilihanraya bertambah dekat.

“Jalan keluar hanya ada satu iaitu dengan mengundi “apa-apa sahaja selain daripada Umno BN” pada pilihanraya akan datang,” nasihat beliau.

 

 

RUU Kg Baru: Kata tarik balik, kenapa bentang baru

| Print |

 

Hazayani Zakaria   

KUALA LUMPUR, 3 Okt: PAS kesal dengan tindakan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin membentangkan Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kg. Baru (RUU PPKB) yang baru tanpa sebarang perbincangan dengan wakil penduduk kampung terlebih dahulu.

Raja Nong Chik di Dewan Rakyat pagi tadi mengumumkan penarikan balik RUU PPKB yang lama namun membentangkan RUU PPKB yang baru.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, meskipun pihaknya menyambut baik penarikan RUU PPKB yang lama itu, namun tetap kecewa dengan pembentangan RUU PPKB baru yang disifatkan sebagai membelakangkan pandangan penduduk Kg. Baru.

"Walaupun Rang Undang-Undang yang lama  ini dimansuhkan pagi tadi tapi tetap menggambarkan sikap kerajaan yang tak mengambil kira pandangan penduduk apabila membentangkan Rang Undang-Undang baru.

"Tak sewajarnya Rang Undang-Undang  ini dimasukkan tanpa menteri memanggil sekretariat bagi mendraf Rang Undang-Undang ini," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Justeru Salahuddin berkata, PAS akan mengambil masa paling singkat seminggu untuk meneliti RUU tersebut dan merujuk kepada panel peguam yang menguruskan Kg. Bharu sebelum menyatakan sebarang pandangan.

"Kami belum ada masa untuk meneliti Rang Undang-Undang ini kerana baru dibentangkan tadi.

"Kami melalui panel dan sekretariat akan meneliti Rang Undang-Undang baru ini dan akan kami ulas kemudian.

"Kami memerlukan masa mungkin seminggu untuk rujuk kepada panel peguam Kg Baru," katanya yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian.

Sementara itu, seorang lagi Naib Presiden yang juga ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mahu wakil penduduk Kg. Baru khususnya Lembaga Pentadbiran Kg Bharu dipanggil untuk membincangkan RUU yang baru itu.

"Kerajaan seharusnya sebelum membentangkan Rang Undang-Undang ini,seharusnya ia  dirujuk kepada penduduk Kg Baru sebab ia khusus kepada penduduk Kg Bharu

"Kalau terus bentang di Parlimen yang akan bahas bukan orang Kg Bharu, mesti tak dapat gambaran sebenar.

Buktikan 90 peratus setuju RUU PPKB

Salahuddin dalam pada itu sekali lagi mencabar Raja Nong Chik membuktikan dakwaannya bahawa 90 peratus penduduk Kg Bharu bersetuju dengan RUU PPKB.

"Kita cabar menteri dedahkan referendum yang diedar kepada penduduk itu dan betulkah 90 peratus setuju.

"Kalau betul 90 peratus setuju kenapa Rang Undang-Undang ditarik balik? Banyak perkara yang disembunyikan dalam Rang Undang-Undang ini," katanya.

Raja Nong Chik dalam kenyataannya minggu lalu berkata sebanyak 90 peratus penduduk Kg Bharu bersetuju dengan RUU PPKB dan akan meneruskan bacaan kali ke-2.

Namun pagi tadi beliau mengumumkan RUU tersebut ditarik balik kerana mengambil kira pandangan penduduk.

 

 

 

UMNO kalah besar jika PRU13 sekarang !

0 comments

Rutin pagi minum kopi sama puak Umno - nasi lemak kuning bro ! Sambil minum kopi, aku tayang artikel dari Malaysian Insider kat puak haramjadah ni..! Depa belek, aku kelek mata tengok muka depa ! Tak lama..! respon dilihat ketara ! Ptuihh..orang tua ni memang dah haramjadah. Nyanyukk..! BN tetap akan menang besar ! gitulah getus tok lebai yg memang hatinya sudah 60 tahun berkarat biru. 

 

Aku sengeh...! pasal aku pun rasa BN akan menang besar, besar mana..itu kena tanya PM, pasal rasa akan menang besarlah, PM tak mau turun ke Kerian, mat sembab pun lari hahaha...!! Harap si zamry belukang tu jer yg dok menjaja janji. RM150 juta bro ! Bodoh kapunden !!

 

3 Zulkaedah 1432H. [MOD] - Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Umno perlu balik kepada perjuangan asal parti demi agama, bangsa dan tanah air dengan mengetepikan kepentingan diri untuk memenangi pilihan raya umum ke-13 yang disebut-sebut akan diadakan tidak lama lagi.

 

Malah, bekas perdana menteri menegaskan Umno boleh kalah teruk jika pilihan raya umum diadakan pada masa sekarang kerana semangat telah pudar dan “perpecahan masih kritikal.”

 

Justeru katanya, hanya dengan cara itu penyakit yang menjadi ‘duri dalam daging’ iaitu mencantas atau menikam belakang dalam diri orang-orang Umno akan terhapus.

 

“Dulu orang Umno berkorban apa saja untuk parti, sanggup gadai barang kemas dan sebagainya untuk bantu parti tetapi sekarang mereka pegang jawatan sebab hendak dapat kontrak, jadi calon atau sebab tertentu.

 

“Jika diadakan PRU waktu ini, Umno boleh kalah besar kerana sokongan dan semangat mereka telah pudar,” kata Dr Mahathir (gambar) kepada pemberita selepas menyampaikan ‘Bicara Negarawan’ pada perhimpunan perdana Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) siri kedua peringkat negeri di sini, hari ini.

 

Dr Mahathir berkata Barisan Nasional (BN) bagaimanapun boleh menang besar pada pilihan raya umum ke-13 sekiranya penyakit dalam diri orang Umno ini terhapus.

 

Beliau yang ditanya adakah sesuai pilihan raya umum diadakan sekarang, menjawab: “Pada pendapat saya sekarang belum sesuai. Banyak lagi yang perlu dilakukan lagipun Umno belum cukup kuat.”

 

“Dalam Umno masih ada puak. Saya fikir perpecahan masih kritikal. Kalau ada kesedaran dan perasaan syukur dan terus bersatu, BN boleh menang. Orang Umno seharusnya buang sifat tidak puas hati. Walaupun tidak dapat apa yang dihajati mereka tetap menikmatinya dalam bentuk lain,” katanya dipetik Bernama Online.

 

Mengenai parti PAS yang mengulangi hendak melaksanakan hukum hudud, beliau berkata: “Mereka buat begitu kerana rasa nak kalah.”

 

“Negara ini mengandungi penduduk berbilang agama dan bangsa. Kalau 100 peratus Islam tiada masalah. Hudud yang hendak dilaksanakan terhadap orang Islam sahaja seperti kata (Datuk) Nik Aziz Nik Mat (Mursyidul Am Pas), itu betul... tidak adil. Islam menuntut keadilan dalam semua perkara.

 

“Dalam satu kes melibatkan seorang Islam dan seorang bukan Islam, orang Islam dihukum potong tangan dan bukan Islam dijel... adilkah itu. Bagi Nik Aziz adillah, bagi saya tidak adil.

 

“Kalau nak potong tangan, sama-sama kena potong tangan, kalau jel, sama-sama masuk jel. Jenayah sama hukuman pun patut sama,” kata beliau lagi.

 

“Kerajaan bukan tidak setuju dengan hukum hudud tetapi keadaan dalam negara kita tidak sesuai. Berapa banyak negara Islam yang benar-benar melaksanakan hukum hudud,” soal Dr Mahathir.

 

Beliau yang ditanya seorang wartawan akhbar Cina mengenai sama ada kerajaan akan membenarkan Chin Peng yang dilaporkan sakit untuk balik ke Malaysia, Dr Mahathir berkata, rakyat masih marah pada komunis.

 

“Dia pilih untuk mengkhianati negara... kita kena ambil kira perasaan orang kerana ramai jadi mangsa komunis, kehilangan keluarga, putus kaki. Ramai orang tidak maafkan dia. Kita kena fikir perasaan mereka bukan Chin Peng,” tambahnya.

 

Dr Mahathir menegaskan, Chin Peng berjuang kerana hendak mendirikan kerajaan komunis bukan menuntut kemerdekaan, berlainan dengan perjuangan Datuk Onn Jaafar, Tun Sambanthan dan beberapa lagi tokoh yang memperjuangkan kemerdekaan. (sumber:MalaysianInsider)

 

 

02/10/2011

37 ahli PAS sertai Umno kerana Pak Lah tak buat kerja!

Kongsi

SATU laporan berita pelik dari portal rasmi Umno (Umno Online), yang mendakwa 37 ahli PAS sertai UMNO di Kepala Batas.

 

Alasan yang diberikan untuk menyertai Umno ialah "Minta jalan baru, perbetul rumah rosak serta bantuan untuk keluarga, semua tidak dapat".

 

Lihat laporan berita ini baik-baik, perkara ini berlaku di Kepala Batas. Ahli Parlimennya ialah bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah manakala ketiga-tiga ADUN kawasan tersebut juga dari Umno.

 

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Penaga, Datuk Azhar Ibrahim, Adun Pinang Tunggal Datuk Roslan Saidin dan Adun Bertam Zabariah Abdul Wahab ketiga-tiga ADUN ini adalah dari Umno.




source: http://milosuam.blogspot.com/2011/10/37-ahli-pas-sertai-umno-kerana-pak-lah.html#ixzz1ZgbPDZ6T

 

37 belia keluar Pas sertai UMNO

ROSLAN Abdullah (duduk tiga dari kiri) bersama rakan-rakan pemuda mengisytiharkan keluar dari Pas dan menyertai UMNO sambil diperhatikan oleh Azhar Ibrahim, Reezal Merican Naina Merican dan Musa Sheikh Fadzir pada sidang akhbar di Penaga, Seberang Perai Utara, kelmarin.



KEPALA BATAS 2 Okt. - Kecewa dengan wakil rakyat yang gagal membela nasib penduduk setempat, seramai 37 anak muda dari Kampung Bakau Tua, Penaga di sini bertindak keluar dari Pas untuk menyertai UMNO.

Wakil kumpulan tersebut, Roslan Abdullah, 26, berkata, mereka juga sudah hilang kepercayaan kepada Pas kerana pemimpinnya sering menabur janji-janji manis tetapi apabila dituntut, tidak ditunaikan.

"Kami sudah tidak percaya kepada perjuangan Pas.

"Apabila kami meminta bina jalan, mereka (Pas) kata tiada duit. Bila minta baiki rumah, mereka beritahu tidak boleh buat. Apabila emak sakit dan perlukan bantuan, mereka juga tidak mampu tolong.

"Kami benar-benar kecewa kerana Pas tidak dapat membela nasib rakyat sebagaimana slogan yang mereka uar-uarkan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Ketua UMNO Cawangan Bakau Tua, Azhar Zainal Abidin di sini semalam.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir; Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Reezal Merican Naina Merican dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga, Datuk Azhar Ibrahim.

Roslan berkata, masih ramai lagi belia di kawasan berkenaan yang berhasrat untuk keluar daripada parti pembangkang dan menyertai UMNO.

 

No comments: