PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Monday, October 31, 2011

PAS kecam Soi Lek cetus polemik agama   | Print |      

Harakahdaily           



KUALA LUMPUR, 31 Okt: PAS mengecam tindakan melampau Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek (gambar kecil) yang cuba mencetuskan polemik dan sikap benci-membenci dan mencurigai antara agama dalam kenyataannya memburukkan undang-undang Islam, terutamanya hudud.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, Chua akhir-akhir ini telah banyak mencerobah dasar-dasar Islam dalam komentarnya yang melampaui batas susila bermasyarakat yang menjamin kebebasan beragama dan saling menghormati antara agama.

Lebih malang kini, kata Tuan Ibrahim ialah sikap Umno yang menjadi tulang belakang BN yang diam membisu terhadap beberapa kritikan melampau parti-parti dalam komponen BN terhadap ajaran Islam.

“Sikap lepas tangan Perdana Menteri dan para pemimpin Umno menggambarkan Umno hanya berminat menjaja isu agama sebagai modal politik daripada menjamin sikap hak beragama dilaksanakan,” kata beliau.

PAS, katanya menyangkal keras kenyataan Chua bahawa dengan pelaksanaan hukum hudud menyebabkan pelabur tidak akan datang dan menakutkan masyarakat bukan Islam.

Tambahnya, sedangkan Arab Saudi yang melaksanakan sistem perundangan Islam menjadi rakan pelabur utama China dan negara Barat.

“Para pelabur sangat mengharapkan satu jaminan keselamatan terhadap pelaburan mereka dan ini dibuktikan dengan kejayaan pelaburan mereka di negara yang melaksanakan syariat Islam.

“Sikap hormat terhadap agama lain untuk mempraktik ajaran masing-masing tidak pernah dibantah oleh umat Islam dan inilah intipati kepada teras perpaduan negara. Namun PAS kesal sikap campurtangan melampau beliau akan mencetuskan polemik dan sikap benci-membenci dan mencurigai antara agama,” terang Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Terdahulu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu juga menyelar kejahilan Chua dengan memberikan contoh kemajuan negara Iran yang turut melaksanakan undang-undang Islam dalam pentadbirannya.

"Kita ambil Iran sebagai contoh. Walaupun melaksanakan undang-undang Islam, negara itu menerima pelaburan langsung asing (FDI) sehingga US$3.6 bilion tahun lalu.

"Jika kuasa-kuasa besar tidak memaksakan sekatan atau sanction ke atas Iran, adalah diyakini jauh lebih banyak FDI melimpah masuk ke negara itu," katanya.

Menurut Tuan Ibrahim, apa yang mendukacitakan dalam kenyataan Chua ialah kebimbangan beliau kepada pelaksanaan hukum Islam yang hanya akan dikenakan kepada umat Islam sahaja; yang bertujuan menyelamatkan masyarakat dan negara dari kejahatan penjenayah samada terhadap harta atau nyawa dan keselamatan masyarakat.

“Kejahilan akibat berkawan dengan Umno menyebabkan beliau yang gagal menyelesaikan masalah dalaman MCA, beliau kini cuba menyembunyikan kelemahan pentadbirannya dan menarik sokongan masyarakat Cina dengan menyerang hukum Islam,” kata beliau.

Tuan Ibrahim juga menambah tindakan bacul Chua hanya menambah kebencian masyarakat pelbagai kaum di negara ini terhadap MCA.

“Sebab sebahagian rakyat sudah tidak terkejut kerana umum mengetahui ia datang daripada seseorang yang mempunyai latar belakang yang tidak melayakkan seseorang menjadi pemimpin berwibawa,” terang beliau.    

Hutang P Pinang RM630 juta tinggal RM30 juta    | Print |      

Mohd Sabri Said        

TASEK GELUGOR, 30 Okt: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, kerajaan negeri berjaya mengurangkan hutang negeri sebanyak 95 peratus iaitu penurunan kadar pinjaman dari RM630 juta kepada RM30 juta setakat ini.

Baginya, penurunan kadar hutang itu satu kejayaan bagi Kerajaan Pakatan Rakyat setelah tiga tahun mengambil alih pemerintahan dari Barisan Nasional (BN).

"Rakyat jangan risau lagi tentang hutang kerajaan negeri yang dulunya begitu banyak tetapi hasil daripada jimat cermat dalam urus tadbir, kita berjaya membayar balik pinjaman kepada Bank Negara.  Semua itu berpunca dari amalam yang bersih tidak mengamalkan rasuah," jelasnya semasa berucap pada program
ceramah perdana bersama Menteri Besar Kelantan di Dewan Besar Sungai Dua, Tasek Gelugor, malam tadi.

Menurut beliau lagi, selama tiga tahun kerajaan negeri terpaksa berhemah dalam belanjawan Pulau Pinang sehingga menyebabkan lebihan yang akhirnya dikembalikan kepada rakyat dan pembangunan tempatan.

Katanya, berbanding dulu bebanan hutang kerajaan negeri begitu tinggi sehingga menyebabkan belanjawan defisit.

Kesannya, kata beliau Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) sendiri hampir bankrap.

Sekarang ini, katanya Kerajaan Pusat berhutang sebanyak RM456 bilion untuk pembangunan termasuk kegunaan agensi kerajaan.

Hasilnya, kata beliau setelah dikira setiap individu rakyat negara ini terpaksa menanggung hutang sebanyak RM16,300 seorang.

"Rakyat jangan berbangga dengan BN yang memperuntukkan RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bawah RM3,000 dalam belajawan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Apalah sangat wang RM500 walhal kita menanggung RM16,300 selagi kerajaan tidak berjaya mengurangkan perbelanjaanya," terang beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Air Putih.

P Pinang perkenal program 'pelajar emas'

Mohd Sabri Said   

SEBERANG JAYA, 29 Okt: Setelah berjaya mewujudkan berbagai program anugerah kepada rakyat, mulai tahun depan sekali lagi Kerajaan Negeri Pulau Pinang memperkenalkan program 'pelajar emas', kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap sempena perasmian Hari Peladang, Penternak, Nelayan dan Karnival Koperasi Peringkat Negeri yang diadakan di Tapak Ekspo, Seberang Jaya semalam.

Menurutnya, pelajar emas iaitu pelajar tahun satu dan darjah empat untuk sekolah rendah manakala tingkatan satu dan tingkatan empat untuk sekolah menengah masing-masing akan memperolehi RM100 seorang daripada lebihan belanjawan kerajaan negeri. 

Tambah beliau, untuk merealisasikan lebih banyak program, rakyat mesti memilih kerajaan berjiwa rakyat kerana kerajaan sebegini akan memulangkan kembali perbelanjaan yang berlebihan demi manafaat pelajar iaitu mereka yang bakal mewarisi tampuk pemerintahan kelak.

Katanya, penganugerah itu bukan tujuan politik sebaliknya adalah sumbangan kerajaan terhadap pembelajaran pelajar yang mula memasuki alam persekolahan manakala darjah empat, tingkat satu serta empat memerlukan perbelanjaan yang agak tinggi.

Sebenarnya, kata Lim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Dun) Air Putih, kejayaan program terdahulu menyemarakkan semangat kerajaan negeri untuk terus memperkenalkan program baru untuk rakyat.

"Apa yang Kerajaan Negeri boleh berikan untuk rakyat kita akan salurkan. Apa pun ia mesti dibuat melalui saluran yang betul," ujar beliau.

Semenjak Pakatan Rakyat memerintah Pulau Pinang, berbagai progran dilaksanakan antaranya anugerah RM100 kepada warga emas, ibu tunggal dan orang kelainan upaya (OKU), RM1,000 untuk pengkebumian jenazah kepada waris warga emas, pelajar memasuki institut pengajian tinggi mendapat RM1,000 dan anak emas yang lahir tahun ini bakal memperolehi RM100 seorang.

Monday, October 31, 2011

Apakah reaksi perkasa isu ini...



Ramai pihak mengecam tindakan Chua Soi Lek hari ini kerana menghina Islam. Malah menghina cara Islam, dan hukum hakam Islam. Perkara ini merupakan perkara yang series dan boleh menyebabkan Orang Islam berpecah belah. Ini juga merupakan kes hasutan. Jaminan yang diberikan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak berkaitan Isu Hudud (tidak akan melaksanakan hudud) membuatkan Presiden MCA, Chua Soi Lek semakin berani menghina Hukum Islam.

Kenyataan Najib juga dikatakan membuka ruang seluas-luasnya kepada Chua Soi Lek untuk terus menghina Islam. Berikut merupakan ''statement'' Chua Soi Lek dalam akhbar miliknya -The Star (here)

Chua Soi Lek yang juga presiden MCA sebelum ini pernah menghina Islam yang melarang lelaki dan perempuan untuk bersentuhan Kulit. Chua Soi Lek juga pernah terkantoi mengadakan hubungan Seks. Bagaimana seorang lelaki yang bernama chua soi lek yang pernah melakukan Seks dan kantoi pula dipilih dan dijadikan Pemimpin. MCA merupakan komponen Parti Barisan Nasional. Bagaimana dalam UMNO yang kononya Parti yang membela nasib Agama Islam boleh mempunyai pemimpin seperti ini.

Kalau hendak dijadikan pengajaran, Tiger Woods, Pemain Golf Dunia yang kantoi melakukan hubungan seks telah dikutuk seluruh dunia, dan pelbagai agensi yang sponsor beliau telah menarik balik sponsor tersebut. Ini membuktikan bahawa masyarakat luar, masyarakat barat lebih mementingkan maruah berbanding dalam Barisan Nasional, yang sanggup menggadaikan maruah Parti apabila menjadikan pemimpin yang boleh digelar corrupt sebagai peneraju MCA. Beliau bukan sahaja corrupt, malah beliau merupakan seorang pemimpin yang layak digelar ''kurang ajar'' kerana menghina hukum Islam.

Di manakah Barisan Nasional yang dikatakan sebagai membela nasib rakyat dan Agama. Apakah mereka tidak mengambil tindakan akan perkara ini? Perkara ini akan menimbulkan kemarahan Masyarakat Islam. Menurut salah sebuah badan Bukan Kerajaan (NGO) - nama dirahsiakan - meraka akan membuat laporan Polis pada 31 Oktober 2011 Nanti. Mintak semua yang baca dan share untuk menyokong kita membuat laporan polis terhadap Chua Soi Lek.

Saturday, October 29, 2011

Jamuan makan malam bersama Mat Sabu, Tian Chua, Chegubard dan Chang Lih Kang

       
Rebutlah keistimewaan 10 hari pertama Zulhijjah         | Print |      

www.muzir.wordpress.com        
Pada bulan Zulhijjah, terdapat padanya satu ibadah yang sangat besar pahalanya di sisi ALLAH `Azza wa Jalla, iaitu ibadah mengerjakan haji bagi sesiapa yang mampu.  Ia melengkapkan rukun ISLAM pada diri seseorang Muslim.

Disebut di dalam hadith bahawa ganjaran yang menanti bagi jemaah haji yang memperolehi haji yang mabrur ialah Syurga. Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

“Satu umrah sampai umrah berikutnya adalah kafarat (penebus) dosa-dosa yang terjadi di antara kedua umrah itu.  Dan haji yang mabrur tiada balasannya kecuali Syurga” (HR al-Bukhari & Muslim)

Bagi ummat ISLAM yang tidak mempunyai kesempatan untuk mengerjakan ibadah haji, ALLAH `Azza wa Jalla tetap menyediakan keistimewaan yang besar untuk direbut pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah.

Apakah amalan-amalan itu?

1.  Memperbanyakkan amalan kebaikan dan ibadah sunnat sepanjang 10 hari pertama pada bulan Zulhijjah.

Dari Ibnu `Abbas radhiAllahu `anhu bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

“Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih di kasihi ALLAH selain dari hari-hari yang sepuluh ini (pada bulan Zulhijjah).”

Para sahabat bertanya: “Walaupun berjihad di jalan Allah?”

Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:  “Walaupun berjihad di jalan ALLAH, kecuali lelaki yang keluar berjihad membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu(syahid).” (HR al-Bukhari)

2.  Puasa pada hari `Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah

Dari Abu Qatadah radhiAllahu `anhu berkata, Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam pernah ditanya tentang puasa hari `Arafah, kemudian Baginda menjawab:

“Puasa itu dapat menebus dosa setahun yang telah berlalu dan setahun akan datang.” (HR Muslim)

3.  Solat `Eidul-Adha

Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

“Sesungguhnya ALLAH telah menggantikan dua hari istimewa kalian itu dengan dua hari yang lebih istimewa daripadanya, iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha” -  Hadith riwayat Abu Daud:  1134, al-Albani mensahihkannya di dalam as-Silsilah as-Sahihah: 2021.

“Sesungguhnya sebaik-baik hari di sisi ALLAH adalah Hari Raya Aidiladha.” -  Hadith riwayat Abu Daud:  1765, al-Albani mensahihkannya di dalam Sahih Abu Daud.

4.  Menyembelih haiwan korban selepas Solat `Eidul-Adha.

Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

“Amalan anak Adam pada Hari Raya Haji yang sangat disukai ALLAH ialah menyembelih korban.  Sesungguhnya ia akan datang pada Hari Kiamat dengan tanduk, kuku dan bulu-bulunya.  Sesungguhnya ALLAH akan menerima penyembelihan korban itu sebelum darahnya tumpah ke bumi.  Maka, kamu hendaklah ikhlaskan diri semasa melakukan korban itu.” -  Ibn Majah:  3117 dan at-Tirmizi:  1412

Begitulah di antara beberapa amalan yang wajar menjadi rebutan buat kita ummat ISLAM dalam menambah bekalan menuju Hari Akhirat.

Semoga dengan adanya peringatan ini menjadikan kita di kalangan insan yang beruntung dalam mengambil faedah 10 hari-hari terawal bulan Zulhijjah.

ALLAHU A`LAM.  

No comments: