PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Wednesday, October 12, 2011

Benarkah yuran sekolah 2012 percuma?

Benarkah yuran sekolah 2012 percuma?

| Print |

 

Harakahdaily   

KUALA LUMPUR, 12 Okt: Pengalaman ibu bapa apabila hari persekolahan bermula mereka terpaksa membayar wang tambahan mencecah hampir RM100 dengan dinamakan pakej tambahan.

“Apakah maksud yuran percuma?” tanya AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berhubung Bajet 2012 yang dibentangkan Perdana Menteri, Jumaat lalu.

Katanya, yang memeningkan kepala nanti ialah guru-guru yang bertugas kerana dimarah oleh ibu bapa kerana Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah tidak tahu apa yang akan berlaku di sekolah nanti.

“Sebab itu Najib mesti mengeluarkan kenyataan hitam putih perkara ini supaya guru-guru di sekolah senang menjawab kepada ibu bapa,” katanya.

Beliau menambah, jangan dimangsakan guru-guru kerana hendak meraih undi, sehingga guru-guru bermasam muka dengan ibu bapa.

Contohnya, kata beliau ketika Tun Abdullah Badawi mengumumkan belanjawan 2008 pada 7 September 2007, mengatakan yuran percuma.

Namun begitu, katanya ketika sesi persekolahan baru bermula kerajaan telah mengumumkan tiga pakej bayaran tambahan (PBT) bagi menggantikan yuran sekolah.

Ini, katanya belum lagi yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang tidak kurang RM20 malahan ada yang mencecah RM100.

“Yuran PIBG terpaksa dipungut ,kerana hendak menampung beberapa kegiatan sekolah, ini semuanya gara-gara sekolah tidak cukup wang,” ujarnya lagi.

Katanya, kalau benar kerajaan prihatin, PIBG tidak perlu memungut wang daripada pelajar lagi kerana ia menambahkan bebanan ibu bapa.

Najib juga, ujarnya tidak bercakap benar kerana memaklumkan bahawa inilah pertama kali dalam sejarah Malaysia diberikan pendidikan percuma.

Pada hal, katanya Tun Abdullah Badawi sewaktu membentang perbelanjaan untuk tahun 2008 pengumumkan yuran percuma.

Malahan mengumumkan pemansuhan yuran peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), susulan selepas yuran peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (SPM), dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang dimansuhkan pada tahun sebelumnya. Tambahnya, tentu Abdullah tersenyum apabila Najib mengatakan inilah pertama kali dalam sejarah pendidikan Malaysia.

Sebab itu, katanya ibu bapa yang cerdik sudah mengatakan ini semua hanya coklat getah untuk modal pilihan raya sahaja.

“Ibu bapa mesti hentikan pembohongan ini, jika kerajaan BN masih menipu ibu bapa dengan menolak BN di dalam PRU akan datang,” ujarnya.

 

 

7 bas dikesan bawa warga asing dapatkan IC

| Print |

 

Aziz Muda   

KUALA LUMPUR, 12 Okt: Dewan Pemuda PAS Johor telah berjaya mengesan 7 buah bas yang dipercayai membawa warga asing menuju ke Putrajaya untuk mendapatkan kad pengenalan.

Kesemua mereka diyakini dibawa masuk ke negara ini oleh pemimpin Umno BN bagi membolehkan mereka didaftarkan sebagai pengundi dalam daftar pemilih untuk mengundi bagi pihak Umno BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan datang.

Ketua Dewan Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat menjelaskan, kesemua bas tersebut telah dikesan dari Johor dan telah sampai ke Masjid Putrajaya pada jam 8 pagi tadi untuk mengambil IC mereka di Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Menurut beliau, tidak lama selepas itu, 3 dari 7 buah bas tersebut telah masuk ke JPM bersama sebuah kereta Perdana yang di dalamnya terdapat individu berpangkat datuk.

Sebahagian bas lagi, tegasnya, telah diarahkan keluar dari Putrajaya menuju ke arah yang tidak diketahui disebabkan mereka menyedari Pemuda PAS mengekori mereka dan ini jelas merupakan helah penghianat negara.

Katanya, setelah cerita mengenai 7 buah bas yang membawa warga asing untuk mengambil IC di JPM itu dimasukkan oleh beliau ke dalam Facebook, mereka telah lari masuk ke dalam hutan di Kajang.

"Takut juga rupanya mereka. Saya ingat mereka berani sangat. Tindakan para pemimpin Umno BN itu ternyata satu pengkhianatan kepada negara," katanya ketika menghubungi Harakahdaily, hari ini.

Maklumat mengenai warga asing mahu mendapat kerakyatan mudah itu, menurut beliau, telah diterima oleh beliau sejak petang semalam lagi dan sejak itu Pemuda PAS Johor telah berusaha mengesaninya.

"Malam tadi jam 1.00 malam, mereka singah di R & R Pagoh. Bermula di situ skuad pemuda PAS ekori mereka. Jam 6 pagi, mereka sampai di Masjid Putrajaya," katanya.

Hasil pengesanan yang dilakukan oleh Pemuda PAS, jelasnya, didapati bas-bas yang membawa warga asing untuk mendapatkan IC itu telah diturunkan di Kajang, Selangor.

"Ini jelas manipulator terancam yang dibuat ekoran pendedahan Pemuda PAS. Mereka ternyata pengkhianat yang pengecut," tegas beliau yang juga Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Sejak 3 jam lalu, katanya, kesemua warga asing yang mahu mendapatkan IC mereka itu telah ditempatkan di dalam hutan di Jalan Kajang - Istana Dugang Contry Resout.

Sehubungan itu, beliau berharap agar orang ramai yang mempunyai kelapangan masa berkejar ke tempat itu sekarang untuk beramai-ramai bertanya kepada mereka tujuan kedatangan mereka beramai-ramai ke Putrajaya itu.

"Sekitar 30 minit lalu, penduduk di kawasan itu sedang mengepong kawasan warga asing yang mahu diberikan IC oleh JPN itu," katanya.

Kini, menurutnya, bas-bas yang membawa warga asing itu pula telah keluar dari kawasan resort tersebut dan bas-bas tersebut didapati kosong tanpa penumpang.

"Maksudnya, warga-warga asing tersebut telah ditinggalkan di dalam resort itu. Apa yang mereka buat?" tanya beliau.

 

 

 

Najib bazir RM84 juta untuk tutup skandal Altantuya

(Oleh: Nabihah Hamid)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dikecam apabila menghabiskan RM83.88 juta wang rakyat, hanya semata-mata untuk menaikkan imej kerajaan di luar negara.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Abdul Rahman Yusof berkata, Najib terpaksa berbuat demikian akibat imejnya yang buruk di peringkat antarabangsa, termasuk kaitannya dalam skandal Scorpene dan pembunuhan kejam warga Mongolia, Altantuya Shaariibu.

 “Imej Najib terjejas, jadi terpaksa melonjakkan imejnya semula dan ia bukan saja dalam negara, malah di luar negara.

“Kita tahu Najib dikatakan terlibat dengan banyak skandal seperti Scorpene, dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya serta kehakiman yang tidak bebas,” katanya kepada Keadilandaily.com.

Skandal Scorpene melibatkan komisen 114 juta Euro yang dibayar kepada Syarikat Perimekar Sdn Bhd yang dikaitkan dengan Abdul Razak Baginda, seorang kenalan rapat kepada Najib Razak.

Kes pembunuhan Altantuya- orang tengah dalam transaksi berkenaan- mendapat liputan meluas media antarabangsa apabila mayatnya diletupkan dengan bom C4 di Puncak Alam, Shah Alam oleh dua pegawai pengiring Najib pada 2006.

Pembelian Scorpene dari syarikat Perancis, DCNS, membabitkan pemberian  komisen itu kini failkan di mahkamah tinggi Perancis.

Mengulas lanjut, Abdul Rahman berkata, tindakan kerajaan membayar FBC Media untuk menaikkan imej, juga dilihat  tidak bertanggungjawab ketika rakyat menderita dengan kenaikan kos sara hidup dan harga barang keperluan.

“Najib tidak bertanggungjawab kerana menggunakan duit rakyat bagi menutup kesilapan, ketidakcekapan dan kepincangan yang berlaku dalam pentadbiran beliau,”

 “Rakyat membanting tulang mengisi perut mereka dengan kos hidup yang tinggi tapi terpaksa menanggung beban kerana wang rakyat digunakan hanya untuk  menanggung kos membaikpulih imej Najib,” katanya.

Semalam, dalam jawapan bertulis yang dikemukakan perdana menteri di parlimen memberitahu, kontrak selama setahun kepada FBC Media telah disambung sebanyak dua kali dan ditamatkan pada 2010.

Nilai kontrak sejak 2008 itu pula didedahkan sebanyak Euro 19.6 juta atau bersamaan RM83.88 juta yang boleh digunakan untuk tujuan lebih berfaedah kepada rakyat.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkata, perkara paling penting yang perlu ditimbulkan ialah tindakan kerajaan membayar perunding tersebut tanpa pengetahuan rakyat.

“Banyak lagi (perunding) yang terlibat dengan GTP, ETP dan sebagainya.

“Kita ingin tahu apa tujuannya kita bayar untuk perunding ini?,” soalnya lagi yang juga Naib Presiden KEADILAN.

Kerajaan sebelum ini dilapor melantik FBC- Firma penerbitan TV dan Komunikasi Strategik Britain- untuk menerbitkan program TV berkaitan kerajaan Malaysia yang ditayangkan syarikat penyiaran antarabangsa seperti CNBC, CNN dan BBC.

BBC telah menggantung semua program FBC, syarikat produksi berpusat di London itu, kerana pembayaran yang dibuat kerajaan Malaysia menyalahi undang-undang Britain dan etika media.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=21650

Kembalikan Peruntukan Kepada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat
Posted on Tuesday, October 11 @ 20:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur


Oleh MOHD SANY BIN HAMZAN

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia merakamkan ucapan setinggi-tinggi TAHNIAH kepada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang bertindak menolak cadangan untuk kenaikan elaun Ahli Parlimen seperti yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri di dalam pembentangan Bajet 2012 baru-baru ini.

Tindakan ini diambil kerana Ahli Parlimen Pakatan Rakyat lebih mendahulukan kesusahan dan keperitan yang masih ditanggung oleh rakyat berbanding keutamaan diri mereka sendiri. Menteri di Jabatan Perdana Menteri sendiri yang telah mengumumkan bahawa kenaikan elaun tersebut terpaksa ditarik balik kerana TIDAK mendapat persetujuan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia percaya kenyataan Nazri adalah semata-mata untuk memberikan gambaran yang cukup buruk dan melabel Ahli Parlimen Pakatan Rakyat akan sentiasa tidak bersetuju dengan apa-apa jua keputusan yang di buat oleh pihak kerajaan walaupun untuk keuntungan mereka sendiri TETAPI Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia cukup yakin bahawa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat adalah terdiri daripada orang-orang yang teguh berprinsip dan tidak akan berkompromi dengan sebarang usaha untuk membelakangkan rakyat serta mengambil keuntungan untuk diri sendiri.

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia cukup bersetuju dengan kenyataan Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, yang menegaskan supaya Kerajaan Pusat memberikan hak yang sewajarnya kepada seluruh Ahli Parlimen dengan menyalurkan peruntukan kewangan yang sepatutnya diperolehi oleh seluruh Ahli Parlimen Pakatan Rakyat sepertimana yang dinikmati oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional. Sekiranya keadilan adalah perkara yang dititikberatkan oleh YAB Perdana Menteri untuk menaikkan elaun Ahli Parlimen, maka Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia berpendapat kerajaan sepatutnya mengembalikan semula hak peruntukan parlimen untuk pembangunan dan sosial kepada seluruh Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

 

MOHD SANY BIN HAMZAN
PENGARAH JABATAN PILIHANRAYA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

Senarai Elaun Ahli Parlimen Malaysia!
Posted on Tuesday, October 11 @ 23:40:09 MYT by ismet_ulamraja


Yang Aku pelik nya..
ada elaun KEHADIRAN pun nk ponteng,
AHLI PARLIMEN PONTENG SIDANG
xdtg ke Parlimen.. PM xperlu naikkan elaun mereka,
Aku tahu PM saje je nk pancing tu.. kahkahkah..

sumber

 

No comments: