PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Monday, October 10, 2011

Bajet 2012

Bajet 2012 - Pakatan Jangan Terperangkap Dengan Tarian UBN
Posted on Sunday, October 09 @ 19:41:03 PDT
Dilulus untuk paparan oleh aya


Oleh: AHO

"
Perdana Menteri M'sia, Dato' Seri Najib  telah mengumumkan bajet 2012 pada hari Jumaat yang lepas. Pelbagai pihak telah memberikan respon ke atas pembentangan peruntukan bajet 2012 samada kritikan, sindiran, pujian maupun ampuan melangit kepada PM. Secara umumnya bajet 2012 ini nampak memberi manfaat segera kepada rakyat melalui pelbagai insentif langsung terutama kepada kakitangan awam, pesara dan juga sektor korporat.

Persoalannya sekarang mengapa sebahagian pimpinan Pakatan Rakyat seolah-olah terperangkap dengan tawaran UBN dalam memberikan respon kepada bajet 2012.
Ada yang mengatakan tidak realitistik, bajet piliharaya, bajet untuk mengula-gulakan rakyat dan sebagainya. Kita mungkin boleh tidak bersetuju dengan UBN dalam banyak perkara kerana selama ini menzalimi rakyat Malaysia selama 54 tahun akan tetapi melalui pembentangan bajet 2012 ini nampak seolah-olah kerajaan cuba menjadi membela rakyat dan mendabik dada seolah-olah mereka adalah penyelemat rakyat dan telah melaksanakan konsep negara berkebajikan.

Pimpinan Pakatan Rakyat tidak perlu "defensive" dengan tawaran bajet 2012 oleh kerajaan kerana tawaran ini merupakan baik untuk rakyat untuk satu tempoh walaupun berkemungkinan kerajaan UBN tidak mampu untuk menunaikannya. Kita kena faham bajet 2012 adalah bajet Kerajaan Malaysia dan bukannya dari duit poket BN ataupun UMNO. Walaupun pada hakikatnya jika diteliti tawaran buku jingga lebih menyeluruh merangkumi aspek pembangunan material, sosial dan spiritual. Pimpinan Pakatan Rakyat jangan mengikut tarian UBN dengan memberikan kritikan "menyinggung rakyat"kepada bajet 2012 kerana ia memberi kesan langsung berkaitan persepsi rakyat secara umumnya terutama kepada kakitangan kerajaan dan pesara di mana kelompok mereka adalah agak besar dan dominan

Hakikatnya bajet 2012 merupakan bajet kerajaan M'sia yang ditawarkan oleh pemeritah semasa untuk rakyat. PR tidak perlu gusar dengan gula-gula yang ditawarkan ini kerana menjadi tanggungjawab pemerintah yang adil untuk melaksanakan semua janji. Kerajaan semasa telah berjanji untuk menawarkan sesuatu yang menarik kepada rakyat, maka tidak perlu pimpinan PR melatah dalam situasi ini. Cukup dengan mengatakan sekiranya PR berjaya menawan Putrajaya, kerajaan PR tetap komited untuk menawarkan janji kerajaan terdahulu kerana ia baik untuk rakyat ditambah dengan tawaran dalam buku jingga.

Rakyat akan lega dan tidak gusar kerana mereka tetap mendapat manfaat yang sama walaupun parti yang menguruskan kerajaan berubah. Mudah dan ringkas untuk difahami oleh semua lapisan rakyat. Ini adalah kerana bajet merupakan komitmen Kerajaan Malaysia dan segala perbelanjaan adalah melalui dana kerajaan dan bukannya dana UBN. dan yang berubah hanya pemerintah jadi mengapa rakyat perlu khuatir dengan perubahan kerana mereka tetap mendapat laba yang sama malah lebih lagi dengan tawaran buku jingga.

Dalam masa yang sama, saya mencadangkan sekiranya andaian pimpinan PR mengatakan ini merupakan bajet piliharaya maka biarlah ianya menjadi bajet piliharaya Parlimen M'sia sahaja. Kerajaan PR masih punya kuasa untuk mengangguhkan pilihanraya di semua negeri yang diperintahnya dan kita boleh tunggu sehingga 2013. Kita lihat apa UBN boleh buat untuk menunggu dan bermimpi untuk merampas kembali semua negeri yang berada di bawah PR. UBN akan rebah dan kantung mereka akan kering sekiranya semua tawaran ini ditunaikan dan mereka tidak akan sanggup menunggu sehinngga 2013 kerana masa dan pertumbuhan ekonomi tidak menyebelahi mereka.

 

Wallahu'alam

 

Warga Emas, Pekerja Swasta Rasa Nasib Tidak Dibela Dalam Belanjawan 2012
Posted on Sunday, October 09 @ 02:30:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori


Oleh Naeem Raffi

SHAH ALAM 9 OKT: Golongan warga emas dan dan kakitangan swasta, merupakan antara golongan terpenting di dalam masyarakat, menzahirkan rasa kecewa dengan belanjawan 2012 kerajaan persekutuan yang dilihat tidak holistik dan releven.
Tinjauan TVSelangor mendapati seorang pesara, yang hanya mahu dikenali sebagai Nagesvary berkata belanjawan kerajaan kali ini tidak menjamin kehidupan golongan pesara yang selama ini berkhidmat untuk negara.

Menurut Nagesvary yang juga seorang warga emas, peningkatan kos perubatan, saban hari menekan kehidupan golongan seperti beliau untuk menyara kehidupan mereka.

"Menyentuh soal warga emas, golongan kami ini telah lama berkhidmat dalam negara dalam apa jua sektor untuk memajukan negara, yang akhirnya mengimpikan suatu kehidupan yang lebih sempurna apabila bergelar pesara, ini penting kerana kos perubatan semakin meningkat"

"Yang penting kebajikan kami orang yang bersara, lihatlah sekarang pendatang asing lagi gembira duduk didalam negara berbanding rakyat yang turun mengundi."

Semalam, kerajaan membentangkan akan memberi caj percuma untuk pendaftaran pesakit luar di semua hospital, klinik kesihatan serta klinik pergigian kerajaan sebagai langkah menghargai jasa warga emas.

Selain itu, warga emas juga diberikan diskaun 50 peratus tambang LRT dan Monorel.

Namun, tawaran itu tidak membantu golongan pesara dan warga emas yang terpaksa berdepan dengan kos perubatan yang semakin meningkat dan apa yang diberikan tidak relevan dengan pengorbanan warga emas yang sekian lama berkhidmat di dalam negara, katanya.

Melihat kepada belanjawan ini, Nagesvary percaya rakyat mampu menilai dan membuat keputusan terbaik dalam pilihanraya.

"Pada saya, rakyat akan memilih pemerintah yang dirasakan mampu memberi pelbagai kebajikan kepada mereka, kuasa memilih ditangan rakyat, jadi kalau rakyat telah memilih parti itu, dia harus menjalankan tanggungjawabnya dengan pastikan rakyat berpuas hati dengan kerja mereka."

Sementara itu, bagi seorang kerja sektor swasta, Saravanan Tamilveran mempersoalkan sikap terlepas pandang kerajaan keatas kebajikan pekerja sektor swasta.

Saravanan mengalu-alukan usaha kerajaan memperkasa kehidupan kakitangan kerajaan, namun ianya tidak menyeluruh kerana kakitangan swasta juga merupakan rakyat yang sepatutnya menerima manfaat dalam peruntukan belanjawan negara.

Sambil menyifatkan ia suatu yang tidak menyeluruh, belanjawan kali ini juga dilihat sebagai gula-gula politik untuk memastikan pekerja kerajaan terus menyokong kerajaan dalam pilihanraya akan datang.

"Tiga Puluh Lima peratus daripda jumlah pengundi di Malaysia datangnya dari pekerja kerajaan, sebab itu kerajaan janjikan macam-macam dalam belanjawannya untuk mereka, mahu tarik hati pekerja kerajaan untuk terus menyokong barisan nasional, ini jelas dengan pengenalan terbaru pemberian bonus setengah bulan gaji atau RM500."

Kerajaan dalam belanjawannya semalam, memberikan pelbagai kelebihan kepada kakitangan kerajaan termasuklah menambah baik sturktur gaji penjawat awam dengan kenaikan antara 7 peratus hingga 13 peratus.

Sementara, tambahan bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 juga bakal diterima kakitangan kerajaan.

Selain itu kakitangan kerajaan juga diberi kenaikan gaji tahunan antara RM80 hingga RM320 mengikut tangga gred.
 
Warga Emas, Pekerja Swasta Rasa Nasib Tidak Dibela Dalam Belanjawan 2012

 

 

 

 

Bajet `Stok Penghabisan' Oleh Najib, Unit Amal, Amk, Pemuda Dan Samm Berkum
Posted on Sunday, October 09 @ 19:26:36 PDT
Dilulus untuk paparan oleh aya


Oleh Wfauzdin_ns

PERKASA semakin mengganas. Sasaran mereka adalah DS Anwar dan Mat Sabu kerana kedua-dua tokoh ini akan menjadi `tukang gali kubur' buat Umporno selepas Pilihanraya Umum akan datang. Bajet Najib tidak dapat membayar `beribu' kemusnahan dan pembaziran yang telah dibuat oleh beliau dan isteri tercintanya selama beliau memimpin negara ini.

Ramai yang kata, Najib mengumumkan Bajet seperti tokeh supermarket yang mahu bankrap atau gulung tikar.
Tokeh ini mesti akan membuat `Jualan Stok Penghabisan' dengan harga yang amat rendah. Ini bukan menandakan Tokeh ini untung besar, tetapi sebagai tanda mahu bankrap maka tidak perlu fikir lagi untung rugi dengan jualan stok penghabisan itu. Begitulah Najib, dia tahu Kerajaan tidak mampu sebenarnya untuk melaksanakan apa yang terkandung di dalam Bajet tersebut apatah lagi unsur-unsur rasuah masih berleluasa di dalam kabinetnya. Namun, Najib nekad kali ini mudah-mudahan rakyat akan terpedaya dengan janji-janji di dalam bajet beliau kali ini sebelum beliau umumkan pembubaran Parlimen.

Di dalam situasi sedemikian, musuh yang terpaksa dihadapi oleh Umporno adalah DS Anwar dan Mat Sabu.
Kekuatan PR banyak terletak di tangan kedua-dua tokoh ini. Maka, satu tindakan mesti dilakukan agar kedua-dua tokoh ini tidak dapat menghampiri rakyat. DS Anwar mesti dicegah dari menerangkan banyak isu kemungkaran dan penyelewengan serta salah guna kuasa pimpinan Umporno. Mat Sabu pula mesti disekat dari `mengajar' sejarah kepada rakyat tentang siapa sebenarnya pejuang tanahair dan siapa pula pengkhianat atau tali barut penjajah.

Justeru itu, setiap program kedua-dua tokoh ini akan cuba disekat atau diganggu. Alatnya adalah PERKASA kerana Umporno tahu PERKASA boleh berbuat demikian. Itulah standard PERKASA yang ada pun. Maka, terdapat beberapa ceramah DS Anwar dan Mat sabu sebelum ini diganggu.

Malam nanti (10 Okt 2011), bertempat di Kg Tahang Rimau, Segamat (Rumah Cikgu Natrah) akan diadakan program ceramah oleh Mat Sabu dan Chegu Bard. Program ceramah kedua-dua tokoh ini di Rembau berjaya membuatkan geng PERKASA `putih tapak kaki' di perhambat oleh Unit amal dan SAMM serta para penyokong PR. Di Labis, mereka menggila lagi umpama penyakit anjing gila. Dengar khabarnya di Segamat malam nanti `virus' anjing gila akan sampai ke sana.

Pesanan buat Penganjur di Segamat, tentukan Unit Amal mencukupi dan bersedia untuk bertindak pada bila-bila masa yang perlu. Difahamkan kehadiran SAMM malam nanti akan membantu Unit Amal untuk mengawal keselamatan penceramah dan orang ramai yang hadir.
Taklimat perlu diberi agar semua mereka akan faham tugas dan tanggungjawab masing-masing. Jangan terlalu mengharap pada pihak Polis kerana PERKASA tidak takut kepada Polis kerana mereka ada sebab untuk tidak takut.

Bagi Unit-Unit Amal sekitar Segamat dan seluruh kawasan Johor mesti diturunkan di Segamat malam ini. Anggota-anggota SAMM samada di Johor, K.L, Pahang dan Terengganu juga ditagih khidmat mereka. Begitu juga dengan AMK atau Pemuda dari Pakatan Rakyat. Kita perlu bersama di barisan hadapan untuk menunjukkan kepada PERKASA, mereka tiada tempat untuk menunjukkan samseng mereka. Ayuh, kita ke Segamat malam ini. Sebarang pertanyaan sila hubungi 013-7149720./wfauzdin.blogspot.com

 


 

BAJET `STOK PENGHABISAN' OLEH NAJIB, UNIT AMAL, AMK, PEMUDA DAN SAMM BERKUMPUL DI SEGAMAT MALAM INI 

 

 

Bajet cedok, dasar bela kroni diteruskan

 

 

Posted on Sunday, October 09 @ 21:00:00 PDT by paktam

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat menyifatkan Belanjawan 2012 yang diumumkan Perdana Menteri 7 Oktober lalu dicedok daripada Belanjawan Pakatan Rakyat yang diumumkan Ketua Pembangkang, Dato’ Sri Anwar Ibrahim 4 Oktober lalu.

Lebih tepat ia ‘belanjawan gelabah’ menuju Pilihan Raya Umum ke-13, tegas Anwar ketika ditemui selepas pembentangan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat 7 Oktober lalu.



“BN angkat belanjawan yang sebahagian besarnya dicedok daripada belanjawan Pakatan Rakyat, namun kita bimbang kerana langkah mengetepikan rasuah atau penyelewengan tidak disebutkan langsung,” tegasnya lagi.

Anwar berkata, walaupun didendangkan dengan pelbagai ‘tawaran’, hakikatnya tidak ada apa yang berlaku selain hanya meneruskan dasar ekonomi membela kroni sahaja.

“Kita dengar belanjawan unjuran pendapatan agak bertambah, pelaburan a sing bertambah kerana sumbangan dua kerajaan Pakatan Rakyat iaitu Selangor dan Pulau Pinang yang mendapat pelaburan yang tinggi,” katanya.

Namun Najib tidak pun menyebut sumbangan dua negeri Pakatan Rakyat ini, selain hanya berbangga dengan angka-angka yang kononnya pencapaian BN, tegas Anwar yang turut diiringi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Anwar menegaskan, isu penyelarasan elaun dan gaji ahli Parlimen yang diumumkan Najib sebenarnya tidak harus berlaku ketika ini.

“Saya secara peribadi tidak menyokong. Kelemahan paling besar ialah soal pengurusan dan tatacara kerajaan, soal rasuah dan penyelewengan tidak dibe tulkan, reformasi tak ada apa yang disebutkan dalam belanjawan kali ini,” katanya.

Sementara itu, Salahuddin bersetuju dengan kenyataan Anwar berkenaan isu kenaikan elaun untuk ahli Parlimen tidak harus diutamakan buat masa ini.

Ujarnya, kerajaan seharusnya memfokuskan kepada golongan terbanyak iaitu golongan berpendapatan rendah yang akan berdepan dengan kenaikan harga barang dari semasa ke semasa.

“Elaun untuk MP bukanlah suatu keutamaan yang harus disegerakan, yang penting integriti perangi rasuah dan kelengkapan menyiapkan prasarana kepada rakyat,” katanya.

Mengulas soal pemberian ‘one off’ kepada bekas tentera dan polis zaman British yang diumumkan Najib, Salahuddin menyifatkan golongan yang mendapat habuan itu harus berterima kasih kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang mengutarakan isu tersebut.

Sementara itu, Guan Eng juga turut bersetuju agar soal kenaikan elaun ahli Parlimen tidak diutamakan dahulu dalam belanjawan kali ini.

“Tentang tambahan elaun untuk ahli Parlimen, saya rasa ini bukan masanya. Memberikan elaun untuk pembantu ahli Parlimen itu penting, MP ada pembantu dan pegawai yang harus diberikan elaun,” katanya.

 

 

 

No comments: