PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Monday, October 17, 2011

Akhirnya, Mahathir vs Najib

Akhirnya, Mahathir vs Najib
Posted on Sunday, October 09 @ 00:05:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori


Oleh Maclean Patrick

Mahathir Mohamad bukanlah seorang yang boleh berdiam diri apabila berlaku sesuatu yang menarik perhatiannya. Selepas persaraannya pada tahun 2003, Mahathir menyepi buat seketika, memberi perhatian kepada perpustakaan peribadinya, dan malah membuka kedai kek di Langkawi. Tetapi itu tidak lama sebelum dia kembali semula.

Lawannya yang kurang bernasib baik adalah tidak lain dan tidak bukan, Abdullah Badawi, pengganti yang dipilihnya sendiri. Tetapi walaupun hubungan mereka baik sebelum ini, apabila Badawi mula memansuhkan projek-projek besar Mahathir, orang tua itu tidak menyukainya dan menunjukkan rasa tidak puas hatinya. Tetapi itu tidak mencukupi bagi Abdullah, yang ketika itu sedang menunjukkan imej reformnya. Badawi telah melakukan sesuatu yang tidak disangka, dengan melepaskan musuh ketat Mahathir, Anwar Ibrahim, yang Mahathir telah bersusah payah untuk memasukkannya ke dalam penjara. Dan penambahnya pula, Badawi mendakwa kawan lama Mahathir, Eric Chia, atas tuduhan jenayah penyelewengan.

Semua perbuatan-perbuatan ini melukakan Mahathir, tetapi yang menambah garam pada luka ialah apabila langkah-langkah ini disambut dengan hebat dan meriah. Tidak biasa diketepikan, Mahathir tidak dapat berdiam diri dan mula mengeluarkan kenyataan demi kenyataan, bertujuan untuk memperlekehkan dan akhirnya menjatuhkan penggantinya itu. Ia mengambil masa beberapa tahun dan kegagalan dalam pilihanraya pada tahun 2008 untuk akhirnya menyingkirkan Badawi, tetapi itu kerana sebelumnya Badawi telah membawa kemenangan besar untuk BN pada pilihanraya tahun 2004.

Begitu juga, pada April 2009, Abdullah digantikan oleh Najib Razak, seorang lagi pengganti Mahathir yang dipilihnya sendiri. Sekali lagi, Mahathir menyepi, timbul sekali-sekala seperti seekor jerung yang mengamati mangsanya pada majlis-majlis seperti pelancaran Perkasa dan lain-lain lagi badan-badan pro-Melayu. tetapi secara kasarnya, dia masih berdiam diri, memberi ruang kepada Najib untuk menjadi Perdana Menteri walaupun terdapat desas-desus yang Najib takut untuk melakukan apa-apa yang boleh menyinggung perasaan orang tua itu.

Mahathir kembali di atas pelana?

Tetapi hari-hari itu sudah mula berakhir. Kini Mahathir berada dalam berita hampir setiap hari. Apaila ada isu yang keluar, seperti pelancaran Belanjawan 2012 Pakatan Rakyat Selasa lepas, pemberita berpusu-pusu untuk mendapatkan pandangannya. Beberapa bulan kebelakangan ini, Mahathir juga telah memberi amaran keras kepada Najib Razak untuk menangguhkan pilihanraya atau UMNO akan "kalah besar". Amaran yang kelihatannya seperti tidak diendahkan oleh Najib Razak, dan ini menimbulkan kemarahan bekas Perdana Menteri itu.

"Senang untuk kita belanjakan wang yang bukan di bawah kawalan kita. Kita boleh buat apa sahaja seperti berjanji memberi 20 peratus royalti minyak. Ya, kiat boleh membuat janji-janji itu kerana kita bukan kerajaan. Berjanji, asalkan kamu menang pilihanraya," kata Mahathir kepada pemberita pada hari Selasa.

Dan sewaktu hujung minggu, ini yang dikatakan oleh Mahathir. "Jika pilihanraya umum diadakan sekarang, UMNO mungkin akan kalah besar kerana sokongan terhadapnya sudah pudar," lapor Bernama seperti yang dikatakan oleh Mahathir pada hari Ahad.

Bekas Perdana Menteri itu sudah pastinya mempunyai alsan yang kukuh untuk memberi amaran kepada Najib kerana Perdana Menteri itu sekarang ini sarat dengan skandal yang memalukan Malaysia. Najib akan membentangkan Belanjawan 2012 BN pada hari Jumaat tetapi peluangnya untuk meneggelamkan Belanjawan Pakatan adalah sangat tipis, walaupun kita boleh menjangka media yang dikawal kerajaan akan menggembar-gemburkannya.

Kehilangan kepercayaan rakyat

Tetapi mungkin Mahathir benar. Tentunya ini bukan waktu yang sesuai untuk Najib mengadakan pilihanraya. Semangat rakyat tidak bersamanya. Rakyat Malaysia mahukan perubahan dan ini tidak diberikan oleh Najib. Sebaliknya, mereka terpaksa akur dengan apa yang Mahathir mahu atau apa yang difikirnya adalah yang terbaik kerana Najib terlalu lemah untuk melawannya.

Oleh itu, adalah agak terlambat untuk Najib mendapat kembali tumpuan dan melakukan sedaya-upayanya. Sentimen awam bertentangan dengannya, dan rakyat menyalahkan Najib. Yang sering terngiang-ngiang di minda mereka adalah skandal-skandalnya dan sememangnya, tidak pernah ada dalam sejarah Malaysia seorang Perdana Menteri yang dibebani dengan begitu banyak skandal seperti Najib Razak. Dan kerana ini, tiada orang lain yang patut dipersalahkan selain dirinya sendiri.

Saga kes Altantuya-Scorpene yang berterusan menyebabkan pemerhati-pemerhati internasional menggeleng kepala tidak percaya. Tetapi di Malaysia, UMNO dan kuncu-kuncunya berpura-pura tidak tahu menahu tentang perkara ini, walaupun mereka mengikuti perkembangannya. Skandal rasuah yang melibatkan wang imbuhan untuk pembelian dua kapal selam Scorpene ini sedang menunggu perlantikan hakim penyiasat Perancis.

Kes pembunuhan Altantuya ini menunggu penyudahannya, kerana hakim yang menjatuhkan hukuman gantung ke atas dua pengawal peribadi Najib masih belum menulis penghakimannya lagi; membuatkan ramai yang bertanya - adakah ini penututpan kes bunuh yang terbesar dalam sejarah Malaysia yang melibatkan sistem kehakiman dan kerajaan?

Kemudian ada pula isu cincin berlian bernilai RM24 juta, yang dikaitkan dengan isterinya Rosmah Mansor. Bersama dengan desas-desus mengenai pembelian barangan mewah, percutian ke luar negara bersama kuncu-kuncunya yang menggunakan wang rakyat, Rosmah Mansor merupakan tanggungan berat tabung negara dan juga untuk imej politik Najib.

Kemudian ada juga kes perbicaraan Sodomi II yang sedang berlangsung, dengan adegan 'beri kami sepina kalau mahu lihat kami di mahkamah' yang dimainkan oleh Najib dan Rosmah. Adalah mencabar logik akal sekiranya paasngan itu alah kepada mahkamah untuk membersihkan nama mereka daripada tuduhan memerangkap Anwar Ibrahim. Halim dijangka membuat keputusan mengenai alasan bertulis Najib yang beliau tidak tahu-menahu tentang kes perbicaraan Sodomi II itu pada hari Khamis, alasan yang sama yang diberikan oleh Rosmah.

Mahathir memberi amaran kepada Najib

Sudah pastinya Mahathir sedang marah. Ekonomi yang merudum, kos sara hidup yang meningkat dan pergolakan dalaman UMNO sudah pastinya membebankan fikirannya tetapi tidak pada Najib. Sebaliknya, Najib kelihatan seperti hanyut ke sana-sini.

Dan yang terbaru sekali, Najib yang berumur58 tahun itu sedang berusaha keras untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang paling 'cool'. Mudah sahaja untuknya, yang tidak merasa apa-apa dengan membazirkan berjuta-juta wang rakyat untuk publisiti palsu.

Patutlah berpendapat sekiranya pilihanraya diadakan pada tahun ini, BN dan UMNO akan hilang kuasa dalam kerajaan. Jadi sekarang, Mahathir Mohamad bertindak dengan serupa seperti apa yang beliau lakukan terhadap Abdullah Badawi - untuk memastikan Najib masuk balik ke dalam botol, seperti jin buruk, dan jika perlu, digantikan sebelum pilihanraya akan datang.

Najib lawan balik

Barangkali inilah puncanya Najib tidak mengambil peduli. Dia masih berusaha keras untuk meraih kembali sokongan untuk menang dalam PRU-13 dengan seberapa besar majoriti yang mungkin. Ya, Najib mempunyai alasan yang kukuh untuk mengadakan pilihanraya sebelum mesyuarat agung UMNO pada bulan Disember. Dia merupakan seorang Perdana Menteri tanpa mandat rakyat, mengambil kuasa daripada Abdullah Badawi di atas pengundurannya daripada kerusi Presiden UMNO pada tahun 2009. Jika Najib meraih mandat rakyat sebelum mesyuarat agung UMNO pada bulan Disember nanti, adalah lebih sukar untuk menyingkirnya daripada kerusi Presiden UMNO.

Terdapat juga spekulasi bahawa majlis tertinggi UMNO mahukan rancangan pemindahan kuasa yang terperinci daripadanya kepada Muhyiddin. Najib tidak dijangka untuk menghabiskan tahun 2012 sebagai PM walaupun BN berjaya mengalahkan Pakatan pada PRU-13. Oleh itu, adalah lebih penting lagi buat Najib untuk meraih mandat rakyat untuk mempunyai apa-apa kuasa dalam kepimpinan UMNO.

Untuk Mahathir pula, persembangan-persembangan di kedai-kedai kopi di seluruh negara adalah untuk membuang masa sehingga pilihanraya parti diadakan pada Oktober 2012, di mana Najib dijangkamendapat tentangan keras daripada timbalannya, Muhyiddin Yassin. Alternatifnya, Mahathir mahukan rancangan pemindahan kuasa bermula semasa pertemuan delegasi parti pada minggu pertama Disember tahun ini. Bagi Mahathir, kemenangan PRU-13 adalah segala-galanya. Lebih baik kehilangan seorang individu daripada mengalami kekalahan di tangan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh musuh yang paling dibencinya, Anwar Ibrahim.

Inilah pergolakan Mahathir vs Najib, dan ia semakin menjadi-jadi setiap hari. Najib mahu tetap berkuasa melaui persepsi rakyat, manakala Mahathir mahukan BN tetap berkuasa dengan mengorbankan seorang individu. Dan pada akhirnya, pihak yang kalah itu bukanlah pihak yang melawan tetapi pihak yang direbutkan. Dan pihak ini adalah rakyat yang sentiasa diketepikan untuk hanya menonton perlawanan politik UMNO.

- Malaysia Chronicle

 

Akhirnya, Mahathir vs Najib





 

 

 

Menteri kata tak payah bayar yuran PIBG
Posted on Sunday, October 16 @ 18:08:31 PDT
Dilulus untuk paparan oleh aya


Oleh: amkns

" Hancurlah pendidikan negara macam ni. Bajet 2012 bukan main lagi Najib berbangga yuran sekolah yang hanya RM24.50 dimansuhkan. Najib lupa yuran PIBG ada yang sampai RM300 apa cerita? Yuran PIBG lah selama ini diguna untuk membantu sekolah dan guru dalam pelbagai aktiviti akademik dan kokurikulum di sekolah sebab peruntukan kerajaan BN yang selalu tak ada, lambat, tak cukup.

 

 

Akhirnya Menteri dibawah pun kata pelajar miskin wajar dikecuali yuran PIBG. Pelajar miskin bermakna mereka dari keluarga pendapatan RM3,000.

Yang bekerja sendiri lepas ni ramailah yang termasuk dalam kategori miskin sebab tiada rekod LHDN. Hancur, hancur sekolah kita.

Cikgu cikgi dah mula garu kepala mana nak cari duit buat program di sekolah, hari sukan, hari anugerah, hari cemerlang, hari sambut menteri dan macam-macam hari lagi.

Bukan setakat sambut hari cikgu pening kepala, kertas nak cetak soalan peperiksaan pun nampaknya kena keluar dari poket cikgu lah lepas ni. Sepatutnya Najib tak payah mansuhkan yuran sekolah. Cuma hadkan yuran PIBG, kemudian pastikan semua aktiviti di sekolah ada bajet dari kementerian.

Untuk ibu bapa pelajar yang tidak mampu bayar yuran sekolah dan yuran PIBG, apa guna tabung KWAPM (Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin) yang setiap kakitangan kerajaan sekarang ini tolak RM1 secara otomatik setiap bulan ke tabung KWAPM.  

 

 

MANA PERGI DUIT TABUNG KWAPM? J

angan hancurkan sekolah kita. Biar UMNO BN yang hancur sepatutnya. 

PELAJAR MISKIN WAJAR DIKECUALI YURAN PIBG

Berita Harian 16 Okt 2011  

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata keputusan menetapkan sejumlah bayaran oleh PIBG kepada ibu bapa pelajar sekolah perlulah dilakukan secara muafakat dan mengikut keutamaan. “Bukan mudah untuk menetapkannya (bayaran PIBG di sekolah) kerana ada ibu bapa di Kuala Lumpur dan Damansara Utama sanggup membayar lebih, jadi susah nak hadkan.  

“Bagi saya, biarlah PIBG buat keputusan secara muafakat dengan ahlinya untuk menentukan sesuatu yuran tambahan, saya sudah sebut banyak kali supaya tumpukan kepada yang utama, jika ibu bapa tak mampu sepatutnya dikecualikan,” katanya selepas Majlis Perasmian Smart Remaja di Sekolah Kebangsaan (SK) Berangan 2 di sini, semalam. 

Sebelum ini, akhbar melaporkan PIBG diminta berunding dengan ibu bapa mengenai yuran yang mahu dikenakan kepada pelajar bagi mengelak timbul kekeliruan berikutan pemansuhan yuran sekolah seperti diumumkan dalam Bajet 2012. 

Berikutan itu, Kementerian Pelajaran mengeluarkan pekeliling kepada semua sekolah supaya setiap keputusan yang mahu dijalankan PIBG mesti mendapat persetujuan ibu bapa dan guru besar atau pengetua bagi mengelak berlaku sebarang masalah.  

Mengulas mengenai peruntukan tambahan RM1 bilion melalui Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah dalam Bajet 2012, Dr Mohd Puad berkata, pihaknya menjangkakan masalah membabitkan bangunan 2,209 sekolah di seluruh negara yang rosak teruk dapat diselesaikan tahun depan. 

“Apabila dapat peruntukan tambahan menerusi tabung yang diumum Perdana Menteri, kita yakin boleh selesaikan tahun depan. Kebanyakan sekolah yang mengalami masalah berkenaan ialah di Sabah dan Sarawak, oleh itu, kita berharap dapat selesaikan secepat mungkin,” katanya.  

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PelajarmiskinwajardikecualiyuranPIBG/Article  

"


Shahrizat Jalil dan anaknya "LEMBU KENYANG DAN OTAK LEMBU"
Posted on Sunday, October 16 @ 22:11:17 PDT
Dilulus untuk paparan oleh aya


Oleh: mohdnoorawang

"
ISU kerajaan Barisan Nasional (UMNO) membuktikan UMNO dan pemimpin suka "BAHANG PITIS BUTA BUTA" (suka ambil wang secara penipuan beralaskan projek).  Projek NASIONAL FEEDLOT DI GEMAS NEGERI SEMBILAN BERNILAI RM250 JUTA DIBERI KEPADA ANAK MENTERI PEMBANGUNAN WANITA KELUARGA DAN MASYARAKAT DATO SERI SHAHRIZAT JALIL TERBENGKALAI DAN HANCUR BERSAMA WANG SEBANYAK RM250 JUTA.

Projet lembu dan kambing sepatutnya dilaksanakan tahun 2006 hingga 2009. Syarikat anak Shahrizat Jalil tidak lagi mampu menguruskan lembu dan kambing walaupun diberi wang RM250 juta oleh kerajaan BN/UMNO melalui Tabung Makanan sebanyak RM250 juta.

Akhirnya Shahrizat Jalil dan anak serta suaminya menjadi lembu kenyang dan otak lembu yang pintar dengan hancurnya wang rakyat sebanyak RM250 juta. LEMBU DAN KAMBING MENJADI BARANG HILANG DIMATA TAPI WANG BERADA DIPOKET MENTERI YANG BERNAMA SHAHRIZAT JALIL.

Dalam sidang dewan yang lalu DS Anwar Ibrahim bangkitkan isu projet "NASIONAL FEEDLOT DI GEMAS NEGERI SEMBILAN DENGAN PERUNTUKAN RM250 JUTA TERBENGKALAI KERANA DANA/WANG DIBERI KEPADA ANAK SHAHRIZAT JALIL YANG BERUMUR 21 TAHUN.

Inilah salah satu *****uh ketirisan, penipuan, rasuah, kejahatan dan pengkhainat BARISAN NASIONAL DAN UMNO , BAGAIKAN LEMBU KENYANG BAUAT BUAT TAK TAHU DAN BUAT BUTA BUTA DAN TULI, BAGAIKAN OTAK LEMBU.

Selepas tiga tahun projek lembu dan kambing, projek dibawah Tabung Makanan ditinggalkan oleh anak menteri dan isteri menteri dan wang RM250 juta hilang bersama lembu dan kambing, Jadi cerdik lembu dari anak menteri dan isteri menteri berkenaan. RM250 juta lesap. Satu *****uh ketirisan setiap bajet dibaca setiap bulan oktober tiap tiap tahun.

Untuk rekod Malaysia daging lembu dan kambing masih diimport dari negara luar sebanyak 85 peratus hingga 90 peratus setiap tahun.

Wahai pemimpin BN/UMNO jangan jadi lembu kenyang dan otak lembu dan ditipu oleh lembu dan kambing. Rakyat sedang memerhati gelagat jahat menteri dan timbalan menteri UMNO/BN,  Dengan lemubu boleh tipu dalam msa yang sama lembupun benci dan meluat kepada kamu wahai menteri BN/UMNO.

Kepada Shahrizat Jalil tak payahlah tunjuk senyum macam kerang busk dan mulut kambing, Senyum kamu beracun malah lebih baik dari tahi lembu dan kambing dikampong kami. 

Kita meminta kerajaan BN/UMNO, menteri ternak dan tani dan menteri yang bernama Shahrizat Jalil  membuat kenyataan yang betul dan jelas mengapa GAGAL projek "NATIONAL FEEDLOT RM250 JUTA kepada kabinet dan rakyat.

"

Ada muslihat sorok Laporan Ketua Audit Negara- Anwar
Posted on Sunday, October 16 @ 22:48:57 PDT
Dilulus untuk paparan oleh aya


Oleh Sidiqin Omar

KUALA LUMPUR 17 Okt: Selepas masuk minggu kedua Belanjawan 2012 dibentangkan pada 7 Oktober lalu, Dewan Rakyat masih belum dibekalkan dengan Laporan Ketua Audit Negara.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya, terdapat usaha untuk menyorokkan  kandungan laporan berkenaan supaya ia tidak dibahaskan.

“Bila Dewan mahu menyerahkan? Apakah ini muslihat untuk menyorok dan menangguhkan supaya kandungannya tak dapat dibahaskan?,” soal Anwar di Dewan Rakyat hari ini.

Justeru itu beliau mahu Speaker Dewan Rakyat memberi jaminan bagi memastikan Laporan Ketua Audit Negara diserah dan dibentangkan secepat mungkin.

Ini kerana menurut Peraturan Mesyuarat 20 (1), Dewan Rakyat, Speaker dan ahli mesyuarat mesti dibekalkan dengan Laporan Ketua Audit Negara, sedangkan perbahasan Belanjawan 2012 telah memasuki minggu kedua.

“Speaker perlu memastikan perjalanan mesyuarat. Laporan Ketua Audit Negara mesti disediakan,” tegas beliau.

Sementara itu, Timbalan Speaker II Dewan Rakyat, Tan Sri Ronald Kiandee turut mengakui Dewan Rakyat masih tidak menerima Laporan Ketua Audit Negara untuk dibentangkan meski pun telah dua minggu perbahasan Belanjawan 2012 berlangung.

“Saya pun senasib dengan Yang Berhormat sekalian, masih belum terima Laporan Ketua Audit Negara,” katanya.

Hal ehwal Parlimen adalah dibawah seliaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz yang dimaklumkan kini sedang berada di luar negara.

Sementara itu, difahamkan Laporan Ketua Audit Negara tidak dibentangkan kerana dibimbangi memberi persepsi berbeza terhadap pentadbiran negeri-negeri Pakatan Rakyat yang mempunyai rekod cemerlang.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=21797

 

1.        

 

 

No comments: