PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Friday, October 28, 2011

11 beg tangan Rosmah antara RM638 ribu hingga RM5 juta

11 beg tangan Rosmah antara RM638 ribu hingga RM5 juta
Posted on Thursday, October 27 @ 00:05:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori


Oleh: Rusnizam Mahat

KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor diminta menjelaskan dari mana beliau memperoleh wang bagi membeli sekurang-kurangnya 11 beg tangan mewah jenama Birkin.
Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkata, sekiranya anggaran kasar, Rosmah membelanjakan minima RM638,000 hingga maksima RM5,192,000 untuk membeli beg tangan berkenaan.

Bagi beg edisi terhad itu, harga sebuah beg tangan dikatakan mencecah RM28,000 (US$ 9,000) hingga RM472,000 (US$150,000) bagi setiap satu.

“Dalam Belanjawan yang dibentangkan Datuk Seri Najib Razak, saya telah menyatakan Rosmah tidak memberikan contoh dan model yang baik sebagai suri rumah, akibat sikap borosnya berbelanja.

“Ini kerana kita tahu, suri rumah tangga lazimnya menggunakan pendekatan belanja yang berhemah dan berjimat cermat dalam perbelanjaan mereka.  Tapi Rosmah memberi contoh yang tidak baik kepada suri rumah dan golongan wanita,” katanya.

Minggu lalu, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mempersoalkan kegagalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menjawab soalan bertulis yang dikemukakan berhubung pemilikan beberapa beg tangan jenama Birkin oleh isteri perdana menteri.

Dalam soalannya, Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching bertanya sama ada benar atau tidak Datin Seri Rosmah Mansor memiliki cincin berlian RM24 juta dan beberapa beg mahal berjenama Birkin.

Bagaimanapun, Nazri langsung tidak menjelaskan tentang beg tangan berkenaan.

Katan Teo, berdasarkan gambar di internet, bilangan beg tangan Birkin yang dibawa Rosmah ke majlis rasmi serta bercuti, bukan satu atau dua, tetapi sekurang-kurangnya 11 warna berlainan.

“Jika Nazri memilih untuk tidak menjelaskan soalan berhubung beg tangan Birkin itu, adakah ini bermakna bahawa khabar angin berkenaan adalah benar?,” soal Teo.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=22229

HUDUD : Curi CINCIN 24 JUTA kena POTONG TANGAN
Posted on Thursday, October 27 @ 02:30:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh aya


Oleh Sofi Wahab

Ramai orang termasuk orang Islam jahil tentang hukum hudud. Sehingga ada yang memandang hudud sebagai satu hukum yang zalim dan ganas. Ada orang Islam yang jahil menyatakan bahawa kalau hudud dilaksanakan maka ramai orang Islam akan kudung tangan dan sesiapa yang ingin makan sup tangan boleh pergi ke Kelantan.

Ada juga yang berani menyatakan hukum hudud tidak sesuai dijalankan di negara kita. Tanpa mereka sedar pandangan dan kenyataan mereka itu adalah serius dan boleh menjejaskan akidah mereka sendiri. Semuanya dilakukan kerana memang jahil atau mereka mempunyai niat jahat terhadap hudud.

Kita tidak hairan kalau kenyataan itu dikeluarkan oleh pemimpin atau orang bukan Islam tetapi malangnya ia keluar dari mulut umat Islam malah pemimpin umat Islam sendiri.

Sebagaimana yang kita tahu bukan mudah untuk sesuatu hukum Islam itu dijatuhkan. Contoh bukan mudah untuk dijatuhkan hukuman potong tangan atas kesalahan mencuri. Seperti kata Ulama Islam tersohor, bahawa terdapat 20 syarat yang perlu dipenuhi jika hukuman potong tangan hendak dilaksanakan kepada si pesalah. Contohnya seperti kata Ustaz Nik Amar, kalau curi maggi (mee segera) sudah tentu ia tidak akan dipotong tangan. Tetapi jika curi cincin berharga RM24 juta maka ia layak dijatuhkan hukuman potong tangan.

"Kalau si pencuri itu mencuri tetapi beliau ada anak 12 orang dan gajinya RM150 sebulan, orang ini tidak akan dipotong tangan, tetapi kalau gaji RM5000. RM6000 maka ia layak dijatuhkan hukuman setelah sabit kesalahan" ujar Nik Amar dalam debat mengenai hudud anjuran Sinar Harian 2 hari lepas.

"Hudud ini sebenarnya tidak perlu ditakuti kerana hanya orang jahat sahaja yang takut kepada hudud, orang baik tidak takut" tambah Nik Amar.

Turut menjadi ahli panel pada program tersebut ialah Pensyarah Universiti Pertahanan Nasioanl, Dr Ridhuan Tee Abdullah dan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Mohd Isa Ralit. Program tersebut dipengerusikan oleh Dr Maszlee Malik.

Gambar di atas hanya sekadar hiasan.

 

Laporan Ketua Audit: Tahniah Kerajaan Kedah

| Print |

 

Harakahdaily   

KUALA LUMPUR, 27 Okt: Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) amat berbangga dengan Laporan Ketua Audit Negara bagi penyata kewangan Kerajaan Negeri Kedah untuk tahun 2010.

Ketua Penerangannya, Mohd Nasir Zakaria berkata, walaupun Ketua Audit Negara mengatakan prestasi kewangan Kerajaan Negeri Kedah memuaskan, namun bagi DPPNK, dengan usia 'setahun jagung' iaitu baru tiga tahun memerintah, pencapaian tersebut adalah sangat cemerlang.

Katanya, berdepan dengan pelbagai cabaran dan rintangan; pengalaman pentadbiran, kewangan, penyaluran peruntukan kerajaan pusat yang tidak melalui negeri, Kerajaan Negeri Kedah pimpinan Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak (gambar) terus melangkah gagah.

“DPPNK mempunyai alasan kukuh untuk terus mempertahankan Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau yang juga ahli Parlimen Padang Terap menggariskan tujuh sebab dan berbangga dengan kejayaan itu.

Pertama, katanya Kerajaan Negeri Kedah telah mengalami peningkatan hasil sejumlah 23.9 peratus atau RM87.94 juta pada tahun 2010 berbanding peningkatan perbelanjaan mengurus RM2.55 juta atau RM 0.6 peratus.

Hasil kerajaan negeri pada tahun 2010 berjumlah RM456.21 juta berbanding 2009 sebanyak RM368.27 juta.

“Pencapaian ini adalah yang terbaik di dalam masa 5 tahun,” katanya lagi.

Kedua, ujarnya Kerajaan Negeri Kedah telah mencatatkan surplus atau lebihan pada tahun 2010 berjumlah RM22.50 juta yang mana peningkatan itu sangat ketara dan sangat membanggakan.

Katanya, ia adalah defisit tertinggi dalam masa 5 tahun dan merupakan surplus kali kedua dalam tempoh tersebut, berbanding dengan defisit tahun 2009 yang berjumlah RM62.89 juta, ia menjadikan peningkatan sejumlah RM85.39 juta iaitu sebanyak 135.8 peratus.

Selain itu, kata Nasir (kiri) Ketua Audit Negara juga telah memperakui pengurusan kewangan di Jabatan/Agensi Negeri telah bertambah baik berbanding 2009.

Menurutnya, pihak Jabatan Audit Negara telah melaksanakan pengauditan pengurusan kewangan berdasarkan Indeks Akauntabiliti di 17 Jabatan/Agensi Negeri.

Justeru, beliau mengucapkan tahniah kepada para pegawai kerajaan negeri.

Beliau menambah, laporan itu telah memperakui peningkatan penerimaan hasil cukai tanah sebanyak RM18.69 juta iaitu peningkatan sebanyak 21.9 peratus yang mana kerajaan negeri telah berjaya mengutip RM104.06 juta berbanding 2009 hanya RM85.37 juta.

“Walaupun dasar kerajaan Pakatan Rakyat Kedah yang menurunkan cukai sebanyak 25 hingga 75 peratus di awal usia pemerintahan, namun bagi DPPNK telah berlaku kecekapan di dalam kutipan hasil tanah walaupun berlaku penurunan selama dua tahun berturut-turut. Kutipan ini adalah yang kedua tertinggi di dalam tempoh 5 tahun,” ujarnya lagi

Kelima, katanya peningkatan ketara iaitu 125.2 peratus atau RM19.71 juta juga berlaku dalam pungutan tunggakan cukai tanah.

Menurutnya, hasil kutipan berjumlah RM35.45 juta berbanding tahun sebelumnya iaitu hanya RM15.74 juta di mana kutipan itu adalah tertinggi dalam masa 5 tahun.

Sekali lagi, ujarnya premium hutan berjaya ditingkatkan oleh Kerajaan Negeri Kedah di mana peningkatan sejumlah 46.9 peratus atau RM15.49 juta, berbanding tahun 2009 sebanyak RM33.05 juta, kerajaan berjaya memungut RM48.54 juta.

Jelasnya, jumlah itu juga adalah yang tertinggi dalam masa 5 tahun.

“Sebagai catatan juga peningkatan jika dibandingkan dengan tahun 2007, hampir 400 peratus,” katanya lagi.

Tambahnya, yang ketujuh ialah kerajaan negeri juga berjaya membuat kutipan premium tanah tertinggi dalam masa 5 tahun terakhir, berbanding tahun 2009 iaitu sebanyak RM26.63 juta, sebanyak RM58.12 juta atau peningkatan sebanyak 118.3 peratus.

Katanya, DPPNK berpandangan bahawa dengan laporan itu, Ketua Audit Negara terus memperakui keupayaan pentadbiran Pakatan Rakyat.

“Ini membuktikan secara fakta bahawa segala tohmahan bahkan keraguan yang ditimbulkan oleh golongan yang berkepentingan adalah tidak berasas,” ujarnya.

Tegasnya, DPPNK akan terus bekerja keras bagi terus mempertahankan dan mengajak seluruh rakyat terus menyokong dan mendokong pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah pimpinan Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak.

“Di sebalik segala kepincangan Laporan Ketua Audit Negara terhadap Kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional, DPPNK menyeru seluruh rakyat Negeri Kedah untuk membuat perbandingan dan membuat pilihan yang tepat,” ujarnya lagi.

 

HUDUD : Curi CINCIN 24 JUTA kena POTONG TANGAN

 

 

 

11 beg tangan Rosmah antara RM638 ribu hingga RM5 juta

 

Hasnah Ibrahim Wanita Islam Malaysia Yang Sudah Murtad
Posted on Wednesday, October 26 @ 00:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori


Oleh: siasahkini

"
Astaghfirullaaahh…,


Walaupun kisah ini sudah lama berlalu.., namun kita harus menjadikan ianya sebagai satu iktibar khususnya kepada umat islam negara ini yang semakin tercabar mendepani gejala murtad..

Kisahnyaa… Hasnah Binti Ibrahim anak keluarga melayu islam yang susah dan hidup penuh kedaifan dalam keluarga miskin.



Hasnah mempunyai 12 orang adik beradik. Namun begitu beliau dikurniakan Allah kecerdikan dan berjaya dalam alam persekolahannya. Mengikut cerita Hasnah pada video klip dibawah ini, beliau ditawarkan BIASISWA kerajaan Malaysia untuk melanjutkan pelajarannya diluar negara.

Selepas itu, Hasnah berhasrat untuk menuntut di England tetapi telah ditawarkan meneruskan pengajiannya di Kansas State University USA. Maka disinilah Hasnah mengenali kehidupan penuh cabaran Manhattan yang sangat terkenal dengan underground Christian Missionaries…

beliau akui bahawa sewaktu di Kansas University, seorang pelajar bernama Robin sering “mendekati” beliau untuk menceritakan mengenai Jesus.. Malah Hasnah sebut Robin telah “di ajar” untuk How To Look For Those Who Need JESUS…!!Untuuk Melihat pengakuan murtad Hasna ni boleh klik Sini

Kalau ikut kan dah ramai orang melayu muslim dah murtad, dah keluar dari Islam. Tapi undang-undang malaysia tak boleh nak halang. Apa boleh buat??? Perlembagaan kita dari dulu lagi  dah ambil pakai undang-undang Lord Reid, undang-undang mat saleh jugak yang di agung-agungkan. Cuba gantikan Reid tu kepada Hudud.. Tak boleh ke??

Nauzubillah.

http://siasahkini.blogspot.com/2011/08/hasnah-ibrahim-wanita-islam-malaysia_14.html

 

Lawak besar: Siapa halang guna dakwat kekal?

| Print |

 

Aziz Muda   

KUALA LUMPUR, 27 Okt: Pengakuan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman bahawa dakwaan badan itu yang sedang mengkaji penggunaan dakwat kekal sebagai "lawak besar" menimbulkan penuh tanda tanya kepada pelbagai pihak.

Sehubungan itu, persoalan selanjutnya yang timbul dan ingin diketahui oleh orang ramai tentunya mengenai pihak sebenarnya yang menghalang penggunaan dakwat kekal dalam pilihanraya di negara kita sejak dulu hingga sekarang.  

Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat (gambar) berkata, pengakuan Rashid perlu disusuli pendedahan itu kerana jika tidak bekas pengerusi SPR itu sendirilah yang membuat lawak.

Menurut beliau, penggunaan dakwat kekal sememangnya sesuatu yang praktikal bagi pilihanraya dan ia turut diakui oleh SPR, tetapi gagal dilaksanakan kerana dihalang oleh pihak tertentu.

Katanya, realiti itu terserlah dengan pengakuan Rashid sendiri kepada pihak media hari itu sehingga jelas memperlihatkan cengkaman yang dialami oleh badan tersebut untuk melaksanakan peranannya dengan sempurna.

"Jika sudah begitu realitinya, siapakah sebenarnya yang bersalah? Siapakah sebenarnya yang menghalang penggunaan dakwat kekal dalam pilihanraya di negara kita?

"Inilah persoalannnya sekarang yang perlu dijawab oleh Tan Sri Abdul Rashid sendiri selaku pihak yang berpengalaman dan terbabit secara langsung dalam hal itu," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.    

Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman seperti pengakuannya kepada pihak media hari ini berkata, beliau sememangnya menyokong penggunaan dakwat kekal, tetapi beliau dibidas teruk kerana menarik balik keputusan untuk menggunakan dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 tahun 2008 lalu.

Katanya, tamparan akibat penarikan keputusan itu beberapa hari sebelum pilihan raya umum 2008 sebegitu hebat, sehingga beliau menganggapnya sebagai kegagalan terbesar dalam tempoh 26 tahun perkhidmatannya.

"Saya juga menimbangkan kemungkinan meletakkan jawatan, tetapi dinasihatkan oleh banyak kawan-kawan yang rapat supaya tidak berbuat demikian bagi mengelakkan krisis perlembagaan,” katanya.

Menurut Abdul Rashid, belia menyokong penggunaan dakwat bukan kerana terdapat bukti penipuan berlaku tetapi untuk meyakinkan orang ramai dengan integriti badan tersebut bagi pengendalian pilihan raya di negara ini.

Lebih jauh dari itu, beliau mengakui dakwaan SPR sekarang yang mengaku sedang mengkaji penggunaan dakwat kekal sebagai "lawak besar", namun enggan mencari musuh terutama setelah menjadi pesara sekarang.

Beliau juga berkata, sikap beberapa sektor kerajaan yang menyumbang kepada keputusan penggunaan dakwat kekal ditarik balik sebagai "tidak bertamadun dan bodoh" dan sedikit sebanyak menyumbang kepada bantahan yang merebak ke jalanan pada Julai lalu.

Menurut Suhaizan, penggunaan dakwat kekal sememangnya sesuatu yang praktikal bagi pilihanraya bagi mengelakkan pertindihan pengundian dan pembuangan undi dua kali.

"Kaedah tersebut ternyata jauh lebih berkesan berbanding penggunaan sistem biometrik yang memerlukan perbelanjaan jauh lebih besar.

"Sekiranya dakwah kekal tidak boleh digunakan, apakah kaedah yang boleh dipakai untuk pilihan raya yang telus dan adil di negara kita?" katanya yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Johor.

 

 

No comments: