PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Monday, October 31, 2011

PAS kecam Soi Lek cetus polemik agama   | Print |      

Harakahdaily           



KUALA LUMPUR, 31 Okt: PAS mengecam tindakan melampau Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek (gambar kecil) yang cuba mencetuskan polemik dan sikap benci-membenci dan mencurigai antara agama dalam kenyataannya memburukkan undang-undang Islam, terutamanya hudud.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, Chua akhir-akhir ini telah banyak mencerobah dasar-dasar Islam dalam komentarnya yang melampaui batas susila bermasyarakat yang menjamin kebebasan beragama dan saling menghormati antara agama.

Lebih malang kini, kata Tuan Ibrahim ialah sikap Umno yang menjadi tulang belakang BN yang diam membisu terhadap beberapa kritikan melampau parti-parti dalam komponen BN terhadap ajaran Islam.

“Sikap lepas tangan Perdana Menteri dan para pemimpin Umno menggambarkan Umno hanya berminat menjaja isu agama sebagai modal politik daripada menjamin sikap hak beragama dilaksanakan,” kata beliau.

PAS, katanya menyangkal keras kenyataan Chua bahawa dengan pelaksanaan hukum hudud menyebabkan pelabur tidak akan datang dan menakutkan masyarakat bukan Islam.

Tambahnya, sedangkan Arab Saudi yang melaksanakan sistem perundangan Islam menjadi rakan pelabur utama China dan negara Barat.

“Para pelabur sangat mengharapkan satu jaminan keselamatan terhadap pelaburan mereka dan ini dibuktikan dengan kejayaan pelaburan mereka di negara yang melaksanakan syariat Islam.

“Sikap hormat terhadap agama lain untuk mempraktik ajaran masing-masing tidak pernah dibantah oleh umat Islam dan inilah intipati kepada teras perpaduan negara. Namun PAS kesal sikap campurtangan melampau beliau akan mencetuskan polemik dan sikap benci-membenci dan mencurigai antara agama,” terang Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Terdahulu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu juga menyelar kejahilan Chua dengan memberikan contoh kemajuan negara Iran yang turut melaksanakan undang-undang Islam dalam pentadbirannya.

"Kita ambil Iran sebagai contoh. Walaupun melaksanakan undang-undang Islam, negara itu menerima pelaburan langsung asing (FDI) sehingga US$3.6 bilion tahun lalu.

"Jika kuasa-kuasa besar tidak memaksakan sekatan atau sanction ke atas Iran, adalah diyakini jauh lebih banyak FDI melimpah masuk ke negara itu," katanya.

Menurut Tuan Ibrahim, apa yang mendukacitakan dalam kenyataan Chua ialah kebimbangan beliau kepada pelaksanaan hukum Islam yang hanya akan dikenakan kepada umat Islam sahaja; yang bertujuan menyelamatkan masyarakat dan negara dari kejahatan penjenayah samada terhadap harta atau nyawa dan keselamatan masyarakat.

“Kejahilan akibat berkawan dengan Umno menyebabkan beliau yang gagal menyelesaikan masalah dalaman MCA, beliau kini cuba menyembunyikan kelemahan pentadbirannya dan menarik sokongan masyarakat Cina dengan menyerang hukum Islam,” kata beliau.

Tuan Ibrahim juga menambah tindakan bacul Chua hanya menambah kebencian masyarakat pelbagai kaum di negara ini terhadap MCA.

“Sebab sebahagian rakyat sudah tidak terkejut kerana umum mengetahui ia datang daripada seseorang yang mempunyai latar belakang yang tidak melayakkan seseorang menjadi pemimpin berwibawa,” terang beliau.    

Hutang P Pinang RM630 juta tinggal RM30 juta    | Print |      

Mohd Sabri Said        

TASEK GELUGOR, 30 Okt: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, kerajaan negeri berjaya mengurangkan hutang negeri sebanyak 95 peratus iaitu penurunan kadar pinjaman dari RM630 juta kepada RM30 juta setakat ini.

Baginya, penurunan kadar hutang itu satu kejayaan bagi Kerajaan Pakatan Rakyat setelah tiga tahun mengambil alih pemerintahan dari Barisan Nasional (BN).

"Rakyat jangan risau lagi tentang hutang kerajaan negeri yang dulunya begitu banyak tetapi hasil daripada jimat cermat dalam urus tadbir, kita berjaya membayar balik pinjaman kepada Bank Negara.  Semua itu berpunca dari amalam yang bersih tidak mengamalkan rasuah," jelasnya semasa berucap pada program
ceramah perdana bersama Menteri Besar Kelantan di Dewan Besar Sungai Dua, Tasek Gelugor, malam tadi.

Menurut beliau lagi, selama tiga tahun kerajaan negeri terpaksa berhemah dalam belanjawan Pulau Pinang sehingga menyebabkan lebihan yang akhirnya dikembalikan kepada rakyat dan pembangunan tempatan.

Katanya, berbanding dulu bebanan hutang kerajaan negeri begitu tinggi sehingga menyebabkan belanjawan defisit.

Kesannya, kata beliau Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) sendiri hampir bankrap.

Sekarang ini, katanya Kerajaan Pusat berhutang sebanyak RM456 bilion untuk pembangunan termasuk kegunaan agensi kerajaan.

Hasilnya, kata beliau setelah dikira setiap individu rakyat negara ini terpaksa menanggung hutang sebanyak RM16,300 seorang.

"Rakyat jangan berbangga dengan BN yang memperuntukkan RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bawah RM3,000 dalam belajawan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Apalah sangat wang RM500 walhal kita menanggung RM16,300 selagi kerajaan tidak berjaya mengurangkan perbelanjaanya," terang beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Air Putih.

P Pinang perkenal program 'pelajar emas'

Mohd Sabri Said   

SEBERANG JAYA, 29 Okt: Setelah berjaya mewujudkan berbagai program anugerah kepada rakyat, mulai tahun depan sekali lagi Kerajaan Negeri Pulau Pinang memperkenalkan program 'pelajar emas', kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap sempena perasmian Hari Peladang, Penternak, Nelayan dan Karnival Koperasi Peringkat Negeri yang diadakan di Tapak Ekspo, Seberang Jaya semalam.

Menurutnya, pelajar emas iaitu pelajar tahun satu dan darjah empat untuk sekolah rendah manakala tingkatan satu dan tingkatan empat untuk sekolah menengah masing-masing akan memperolehi RM100 seorang daripada lebihan belanjawan kerajaan negeri. 

Tambah beliau, untuk merealisasikan lebih banyak program, rakyat mesti memilih kerajaan berjiwa rakyat kerana kerajaan sebegini akan memulangkan kembali perbelanjaan yang berlebihan demi manafaat pelajar iaitu mereka yang bakal mewarisi tampuk pemerintahan kelak.

Katanya, penganugerah itu bukan tujuan politik sebaliknya adalah sumbangan kerajaan terhadap pembelajaran pelajar yang mula memasuki alam persekolahan manakala darjah empat, tingkat satu serta empat memerlukan perbelanjaan yang agak tinggi.

Sebenarnya, kata Lim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Dun) Air Putih, kejayaan program terdahulu menyemarakkan semangat kerajaan negeri untuk terus memperkenalkan program baru untuk rakyat.

"Apa yang Kerajaan Negeri boleh berikan untuk rakyat kita akan salurkan. Apa pun ia mesti dibuat melalui saluran yang betul," ujar beliau.

Semenjak Pakatan Rakyat memerintah Pulau Pinang, berbagai progran dilaksanakan antaranya anugerah RM100 kepada warga emas, ibu tunggal dan orang kelainan upaya (OKU), RM1,000 untuk pengkebumian jenazah kepada waris warga emas, pelajar memasuki institut pengajian tinggi mendapat RM1,000 dan anak emas yang lahir tahun ini bakal memperolehi RM100 seorang.

Monday, October 31, 2011

Apakah reaksi perkasa isu ini...



Ramai pihak mengecam tindakan Chua Soi Lek hari ini kerana menghina Islam. Malah menghina cara Islam, dan hukum hakam Islam. Perkara ini merupakan perkara yang series dan boleh menyebabkan Orang Islam berpecah belah. Ini juga merupakan kes hasutan. Jaminan yang diberikan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak berkaitan Isu Hudud (tidak akan melaksanakan hudud) membuatkan Presiden MCA, Chua Soi Lek semakin berani menghina Hukum Islam.

Kenyataan Najib juga dikatakan membuka ruang seluas-luasnya kepada Chua Soi Lek untuk terus menghina Islam. Berikut merupakan ''statement'' Chua Soi Lek dalam akhbar miliknya -The Star (here)

Chua Soi Lek yang juga presiden MCA sebelum ini pernah menghina Islam yang melarang lelaki dan perempuan untuk bersentuhan Kulit. Chua Soi Lek juga pernah terkantoi mengadakan hubungan Seks. Bagaimana seorang lelaki yang bernama chua soi lek yang pernah melakukan Seks dan kantoi pula dipilih dan dijadikan Pemimpin. MCA merupakan komponen Parti Barisan Nasional. Bagaimana dalam UMNO yang kononya Parti yang membela nasib Agama Islam boleh mempunyai pemimpin seperti ini.

Kalau hendak dijadikan pengajaran, Tiger Woods, Pemain Golf Dunia yang kantoi melakukan hubungan seks telah dikutuk seluruh dunia, dan pelbagai agensi yang sponsor beliau telah menarik balik sponsor tersebut. Ini membuktikan bahawa masyarakat luar, masyarakat barat lebih mementingkan maruah berbanding dalam Barisan Nasional, yang sanggup menggadaikan maruah Parti apabila menjadikan pemimpin yang boleh digelar corrupt sebagai peneraju MCA. Beliau bukan sahaja corrupt, malah beliau merupakan seorang pemimpin yang layak digelar ''kurang ajar'' kerana menghina hukum Islam.

Di manakah Barisan Nasional yang dikatakan sebagai membela nasib rakyat dan Agama. Apakah mereka tidak mengambil tindakan akan perkara ini? Perkara ini akan menimbulkan kemarahan Masyarakat Islam. Menurut salah sebuah badan Bukan Kerajaan (NGO) - nama dirahsiakan - meraka akan membuat laporan Polis pada 31 Oktober 2011 Nanti. Mintak semua yang baca dan share untuk menyokong kita membuat laporan polis terhadap Chua Soi Lek.

Saturday, October 29, 2011

Jamuan makan malam bersama Mat Sabu, Tian Chua, Chegubard dan Chang Lih Kang

       
Rebutlah keistimewaan 10 hari pertama Zulhijjah         | Print |      

www.muzir.wordpress.com        
Pada bulan Zulhijjah, terdapat padanya satu ibadah yang sangat besar pahalanya di sisi ALLAH `Azza wa Jalla, iaitu ibadah mengerjakan haji bagi sesiapa yang mampu.  Ia melengkapkan rukun ISLAM pada diri seseorang Muslim.

Disebut di dalam hadith bahawa ganjaran yang menanti bagi jemaah haji yang memperolehi haji yang mabrur ialah Syurga. Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

“Satu umrah sampai umrah berikutnya adalah kafarat (penebus) dosa-dosa yang terjadi di antara kedua umrah itu.  Dan haji yang mabrur tiada balasannya kecuali Syurga” (HR al-Bukhari & Muslim)

Bagi ummat ISLAM yang tidak mempunyai kesempatan untuk mengerjakan ibadah haji, ALLAH `Azza wa Jalla tetap menyediakan keistimewaan yang besar untuk direbut pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah.

Apakah amalan-amalan itu?

1.  Memperbanyakkan amalan kebaikan dan ibadah sunnat sepanjang 10 hari pertama pada bulan Zulhijjah.

Dari Ibnu `Abbas radhiAllahu `anhu bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

“Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih di kasihi ALLAH selain dari hari-hari yang sepuluh ini (pada bulan Zulhijjah).”

Para sahabat bertanya: “Walaupun berjihad di jalan Allah?”

Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:  “Walaupun berjihad di jalan ALLAH, kecuali lelaki yang keluar berjihad membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu(syahid).” (HR al-Bukhari)

2.  Puasa pada hari `Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah

Dari Abu Qatadah radhiAllahu `anhu berkata, Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam pernah ditanya tentang puasa hari `Arafah, kemudian Baginda menjawab:

“Puasa itu dapat menebus dosa setahun yang telah berlalu dan setahun akan datang.” (HR Muslim)

3.  Solat `Eidul-Adha

Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

“Sesungguhnya ALLAH telah menggantikan dua hari istimewa kalian itu dengan dua hari yang lebih istimewa daripadanya, iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha” -  Hadith riwayat Abu Daud:  1134, al-Albani mensahihkannya di dalam as-Silsilah as-Sahihah: 2021.

“Sesungguhnya sebaik-baik hari di sisi ALLAH adalah Hari Raya Aidiladha.” -  Hadith riwayat Abu Daud:  1765, al-Albani mensahihkannya di dalam Sahih Abu Daud.

4.  Menyembelih haiwan korban selepas Solat `Eidul-Adha.

Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

“Amalan anak Adam pada Hari Raya Haji yang sangat disukai ALLAH ialah menyembelih korban.  Sesungguhnya ia akan datang pada Hari Kiamat dengan tanduk, kuku dan bulu-bulunya.  Sesungguhnya ALLAH akan menerima penyembelihan korban itu sebelum darahnya tumpah ke bumi.  Maka, kamu hendaklah ikhlaskan diri semasa melakukan korban itu.” -  Ibn Majah:  3117 dan at-Tirmizi:  1412

Begitulah di antara beberapa amalan yang wajar menjadi rebutan buat kita ummat ISLAM dalam menambah bekalan menuju Hari Akhirat.

Semoga dengan adanya peringatan ini menjadikan kita di kalangan insan yang beruntung dalam mengambil faedah 10 hari-hari terawal bulan Zulhijjah.

ALLAHU A`LAM.  

Saturday, October 29, 2011

Penang:Belanjawan Berjiwa Rakyat

 

 

 

 

 

HISHAMUDIN Dan NAJIB Perlu Dikalahkan PRU13.
Posted on Friday, October 28 @ 18:58:07 PDT
Dilulus untuk paparan oleh aya


Oleh: mohdnoorawang

"
HARAPKAN PAGAR PAGAR MAKAN PADI, HARAPKAN NAJIB DAN HISYAMMUDDIN PATI DIUTAMAKAN. MEMANG PENGKHIANAT BANGSA DAN TANAH AIRKU MALAYSIA.

Jika benar apa yang diperkatakan oleh media cetak alternatif, Satu hari nanti rakyat Malaysia khasnya bangsa Melayu bakal merepat dan tiada kuasa politik dek kenakalan kerajaan BN/UMNO dalam kes dan isu
pemberian IC/KAD PENGENALAN ATAU MYKAD KEPADA PENDATANG ASING ATAU PATI.

Di Selangor dikatakan kerajaan UMNO/BN mengadakan program perhimpunan pendatang asing atas alasan keselamatan kononnya, namun ada udang disebalik batu,
KERAJAAN BN/UMNO DIKHABARKAN MEMBERI IC/MYKAD KEPADA PENDATANG ASING DENGAN KERJASAMA JABATAN PENDAFTARAN NEGARA.

Datuk Hisyamuddin (menteri dalam negeri) dan PM Datuk Najib Razak perlu memberhentikan kerja kerja jahat demi untuk menang dalam PRU13 di negeri Selangor.

Di Sabah kerajaan BN/UMNO telah memberi IC/MYKAD kepada pendatang asing (puluhan ribu) untuk memang dalam pilihanraya. Malah kerajaan BN/UMNO gagal mengawal kemasukkan pendatang asing di Sabah. Hampir satu juta pendatang asing berada di Sabah

Di Semenanjung Malaysia pendatang asing PATI sekitar satu juta orang berada tinggal bebas.Belum lagi diambil kira warga asing yang sah ada ada kebenarn tinggal dan bekerja.

Terengganu menjadikan bukti dalam isu warga asing  atau warga bukan rakyat Terengganu menjadi pemilih berdaftar dalan SPR, tujuan untuk menumbangkan kerajaan PAS, akhirnya terbukti berjaya dalam era DS Idris Jusoh.

Hisyamuddin dan Najib Razak seharusnya menyekat kemasukkan warga asing secara tidak sah memasuki Malaysia. Hentikan kerja kotor dan jahat BN/UMNO dalam isu memberi taraf warga dan pemberian IC/MYKAD .

Kerajaan BN/UMNO selalu menafikan dalam isu warga asing dan isu IC/MYKAD DENGAN PENDATANG ASING, NAMUN HAKIKATNYA SATU PENIPUAN DAN PEMBOHONGAN YANG NYATA. KERJASAMA JABATAN PENDAFTRAN NEGARA DIJADIKAN PENGKALAN BN/UMNO.

Jangan jadikan bumi Malaysia dipenuhi pendatang asing yang ada IC/MYKAD dan PENDATANG ASING TANPA DOKUMEN YANG SAH.

Kerajaan BN/UMNO telah memberi taraf warga Malaysia hampir setiap tahun seramai 10,000 orang. Bayangkan betapa mudah dan ada niat jahat dan politik yang dirancang oleh kerajaan BN/UMNO.

Marilah rakyat Malaysia yang tulin JANGAN UNDI BN/UMNO PRU13, DAN HISYAMUDDIN BERSAMA NAJIB RAZAK WAJIB DITUMBANGKAN DEMI KEBAIKKAN RAKYAT MALAYSIA

Jangan biarkan anjing makan/menyalak  tuanya atau si anjing menyalak tuan walaupun diberi makan dalam masa menjelir lidah si anjing kepada tuannya.

Renunglah pepatah melayu "HARAPKAN PAGAR PAGAR MAKAN PADI" HARAPKAN HISYAMUDDIN DAN NAJIB MALAYSIA DIPENUHI WARGA ASING DAN PERLU BERUNDUR ATAU BERSEDIA UNTUK KALAH.  

 

23 Kuda, Binatang Pun Tipu UMNO/BN.
Posted on Friday, October 28 @ 14:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan


Oleh: mohdnoorawang

"
Laporan Ketua Audit Negara 2010  mendedahkan kepincangaan, penipuan, penyelewengan dan pemnboros kerajaan UMNO/BN.

Sehingga kuda pun tipu pegawai kerajaan UMNO/BN atau kerajaan UMNO/BN kaki  penyelewengan dan kaki temberang. Majlis Sukan Negara membeli 23 ekor kuda berharga
RM5.66 JUTA tanpa kelulusan Perbendaharaan dan tanpa tender. Hanya 5 ekor kuda layak bertanding.

ANDA LIHAT SEBAHGIAN PENYELEWENGAN KERAJAAN UMNO/BN.

MARA:_

Ketuhar RM1,200 , harga pasaran RM419/unit.

Katil lipat RM500, harga pasaran RM100/unit

Mesin gunting rambut RM250,harga pasaran RM79/unit

JABATAN LAUT

Teropong malam RM1,940 dan RM2,827 setiap satu. Dibeli dengan harga RM56,350/unit.

Komputer acer aspire 3935/pencetak, RM11,845  harga pasaran 3,428.

Dengan ini kami sarankan kepada rakyat sekalian bacalah AKHBAR HARAKAH DAN AKHBAR SUARA KEADILAN UNTUK DAPAT MAKLUMAT YANG TERPERINCI DAN  JELAS TENTANG PENYELEWENGAN YANG AMAT PARAH DILAKUKAN KERAJAAN UMNO/BN.

nota;- bacalah akhbar harakah keluaran Bil 1685 dan suara keadilan bil 38 yang telah berada dipasaran.

Perihal Bag tangan Rosmah Mansor.

Rosmah telah tayang dan membawa kemana mana seluruh pelusuk Malaysia dan dunia tentang BAG TANGAN MEWAH JENAMA BIRKIN.

Rosmah mempunyai 11 biji bag tangan bernilai antara RM28,000 HINGGA RM472,000 SETIAP SATU.

Semua menteri dan tinbalan menteri dan akhbar utusan malaysia, berita harian, tv3, dan rtm serta berita astro TIDAK BERANI MEMBUKA MULUT DAN BERTANYA KEPADA ROSMAH MANSOR DAN NAJIB RAZAK.

FIKIR FIKIRLAH SENDIRI, BETAPA JAHATNYA PEMIMPIN YANG BERNAMA UMNO/BN.

UMNO/BN TIPU RAKYAT MISKIN, RAKYAT KAYA DAN RAKYAT BIASA.

MEMANG DASAR UMNO DARI DULU KINI DAN SELAMANYA TIPU,RASUAH, ADALH MAKAN HARIANNYA.

Sedarlah dan insaflah rakyat Malaysia, Jangan biarkan perompak,penipu ,pengkhianat bangsa dan tanah air yang bernama UMNO/BN berkuasa semula PRU13 .

Ayuh kita edarkan laporan ketua audit negara tentang penyelewengan yang berlaku dalam kerajaan UMNO/BN. AKU CUKUP MELUAT DAN JIJIK WAJAH WAJAH PEMIMPIN UMNO MAHU PUN YANG ADA KELULIUSAN UGAMA SEMUANYA PENGKHIANAT DAN PENIPU."

TNB umum kerugian bersih RM453.9j suku keempat

 

 

Tenaga Nasional Bhd mencatat kerugian bersih RM453.9 juta pada suku keempat berakhir 31 Ogos 2011 berbanding kerugian bersih RM440.2 juta pada suku sebelumnya.
    
Bagi setahun penuh, syarikat tenaga nasional itu mencatat RM499.5 juta keuntungan bersih berbanding RM3.2 bilion pada tahun kewangan sebelumnya, sebahagian besarnya hasil daripada kos bahan api yang tinggi, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
    
Berdasarkan asas sukuan, perolehan meningkat 17.4 peratus kepada RM9.120 bilion, sebahagian besarnya hasil daripada impak pelarasan tarif berkuatkuasa  1 Jun.
    
TNB berkata suku keempat menyaksikan penyusutan margin EBITDA, berikutan kos penjanaan tenaga yang lebih tinggi tinggi dan  penggunaan minyak dan sulingan.
    
Impak pelarasan tarif tidak mencukupi untuk menampung kos bahan api yang tinggi, katanya.
    
Bagi setahun penuh, kumpulan itu mencatat peningkatan 6.2 peratus jumlah perolehan kepada RM32.206 bilion.

- Bernama

 

Dialog Ustaz Harun Din Dengan Mubaligh Hindu
Posted on Wednesday, May 25 @ 00:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan


Oleh: zharifjenn

"

Ustaz Harun Din

Lelaki India berbadan tegap itu menghempaskan dirinya ke atas sofa di ruang tamu rumahnya di Petaling Jaya. Hari ini, dia rasa terlalu letih. Pelanggan yang datang ke bank tempatnya bekerja hari ini, luar biasa ramainya. Dia cuma sempat berhenti rehat sewaktu makan tengah hari sahaja. Selepas itu, dia kembali sibuk melayan pelanggan sehinggalah habis waktu pejabat.

Lelaki itu menghidupkan TV dan kebetulan ketika itu, rancangan Forum Perdana Ehwal Islam sedang berlangsung. Salah seorang ahli panelnya ialah ulama terkenal, Dato' Dr. Haron Din.

Biarpun dia bukan seorang Muslim, rancangan Forum Perdana Ehwal Islam bukanlah asing baginya.
Selalu juga dia menonton rancangan tersebut. Malah, dia juga tahu sedikit sebanyak tentang ajaran Islam melalui rancangan tersebut. Lagipun, dia suka melihat kepetahan ahli panel itu memberi ceramah dalam bahasa Melayu, secara tidak langsung, dia boleh belajar bertutur dalam bahasa Melayu dengan lebih baik.

Sedang asyik mengikuti perbincang-an itu, tiba-tiba, lelaki tersebut tersentak apabila mendengar Haron Din mengatakan: "Bandingan segala kebaikan amal dan usaha orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhannya ialah seperti abu yang diterbangkan angin pada hari ribut yang kencang, mereka tidak memperoleh sesuatu faedah pun daripada apa yang mereka telah usahakan itu. Amalan itu menjadi sia-sia akibat mereka sebenarnya berada dalam kesesatan yang jauh daripada kebenaran."

Mendengar kata-kata Haron Din, darah lelaki India itu menyirap. Perasaan marah menyelinap masuk ke dalam hatinya. Mana boleh! Itu tidak adil! Takkan Tuhan hanya menerima kebaikan orang Islam sahaja? Bagaimana dengan kebaikan yang dilakukan oleh orang bukan Islam?

Bahkan, sepanjang hidupnya, dia melihat banyak kebaikan yang dilakukan oleh orang bukan Islam, dan ada kalanya, melebihi daripada Kebaikan yang pernah dilakukan oleh orang Islam itu sendiri. Apakah segala kebaikan itu tidak diterima? Dia mula menganggap, ajaran Islam mengamalkan sikap kasta. Jika begitu ajaran Islam, bermakna ia double standard.

Rasa tidak puas hati terus menyelubungi fikiran lelaki tersebut. Lelaki India itu tekad untuk berjumpa dengan Haron Din. Dia ingin berdebat dengan ulama tersebut. Pada fikirannya, mana boleh seorang ulama mengeluarkan kenyataan yang tidak adil seperti itu, dan boleh menyentuh perasaan orang bukan Islam di negara ini seperti dirinya. Apatah lagi ia dilakukan secara terbuka di kaca TV.

Lelaki itu tahu, Haron Din bukanlah calang-calang orang, tetapi dia tidak peduli. Dia tetap mahu berjumpa dengan ulama tersebut dan mesti mencari jalan bagaimana untuk bertemu dengannya. Setelah beberapa bulan memendam niat untuk bertemu Haron Din akhirnya hasrat itu tercapai. Melalui seorang pelanggan yang dikenali ketika berurusan di bank tempatnya bekerja, lelaki itu dibawa bertemu dengan Haron Din di sebuah rumah seorang ahli perniagaan di Petaling Jaya. Haron Din mengadakan usrah di rumah ahli perniagaan tersebut pada hari Khamis malam Jumaat, seminggu sekali.

Ketika sampai di rumah ahli perniagaan tersebut, kuliah baru saja bermula.
Di hadapan lebih 20 orang jemaah, kelihatan Haron Din duduk bersila sambil memegang sebuah kitab. Kebetulan pada malam itu, Haron Din mengajar tentang bab syirik. Bila ternampak muka Haron Din, hatinya menjadi panas.

Lelaki itu membulatkan tekad, selepas tamat kuliah, dia mahu berjumpa dengan Haron Din. Dia mahu mengajak Haron Din berdebat. Lelaki itu memang betul-betul tidak berpuas hati dengan kenyataan Haron Din di dalam Forum Perdana. Ia masih terngiang-ngiang di telinganya biarpun sudah beberapa bulan berlalu.

Namun, tidak disangka-sangka, segala yang dirancangnya tidak menjadi. Perasaan marah dan bengang yang bersarang dalam dirinya selama beberapa bulan itu mula surut apabila dia duduk mendengar kuliah yang disampaikan oleh ulama tersebut.

Setelah tamat kuliah yang diberikan Haron Din, lebih kurang dua jam selepas itu, semangatnya yang tadi berkobar-kobar mahu berdebat dengan ulama tersebut, kian kendur. Rupa-rupanya, dalam diam, dia mengakui, cara penyampaian, serta kupasan Haron Din yang begitu terperinci dalam bab-bab syirik, membuatkan dia rasa amat terpegun.

Sebelum ini, lelaki India itu tidak pernah mendengar penjelasan mengenai Islam dan ketuhanan seperti yang didengarnya pada malam itu. Biarpun hati lelaki berkenaan sudah mula mahu akur pada kebenaran Islam, namun egonya masih menebal. Lelaki ini memperingatkan dirinya, kedatangannya pada malam itu bukan untuk terpengaruh dengan kata-kata Haron Din, tetapi untuk mengajak ulama itu berdebat dengannya.

Akhirnya dia memutuskan untuk menangguhkan hasrat berdebat dengan Haron Din. Bukan tidak berani, tetapi sebenarnya pada malam itu segala persepsi buruknya terhadap Haron Din dan Islam telah mula berubah.

Pun demikian, lelaki itu tidak mahu mengalah dengan perasaannya. Ego yang ada dalam dirinya mengaburi kewarasan akalnya. Misinya berjumpa dengan Haron Din ialah untuk menyatakan apa yang dikatakan oleh ulama tersebut dalam Forum Perdana adalah tidak adil. Tidak lebih daripada itu.

Dan yang paling penting, tujuan dia bertemu ulama tersebut bukanlah untuk mengakui kebenaran Islam. Lelaki itu membuat perancangan sendiri. Dia akan terus mengikuti kuliah Haron Din di situ, agar dia lebih faham tentang Islam dan senang nanti untuk dia berhujah dengan ulama tersebut kelak.

Selepas itu, pada setiap malam Jumaat, lelaki berkenaan menghadiri kuliah Haron Din. Kali ini dia pergi seorang diri. Tetapi 'masalahnya' semakin lama mengikuti usrah Haron Din, semakin jelas dilihatnya kebenaran Islam. Lama-kelamaan, tujuan asal lelaki ini untuk berdebat dengan Haron Din dan mengatakan bahawa Islam agama yang double standard, bertukar menjadi sebaliknya. Setiap kali dia mengikuti usrah Haron Din, semakin hampir hatinya pada Islam. Islam itu dilihatnya tulus, lurus tanpa simpang-siur.

Niat asalnya untuk berdebat dengan Haron Din akhirnya terpadam begitu sahaja. Sebaliknya, hatinya menjadi semakin lembut dan lelaki India itu bertambah berminat untuk mengetahui tentang ajaran Islam dengan lebih mendalam.

Suatu hari ketika mengikuti usrah Haron Din di rumah ahli perniagaan tersebut, lelaki India itu mengambil peluang bertanyakan bermacam-macam soalan tentang Islam.
Dia bertanya, mengapa perlu meninggalkan agamanya dan memeluk Islam? Bukankah semua agama itu sama. Bukankah Islam itu juga sama seperti agama lain, menyuruh membuat kebalkan dan meninggalkan kejahatan?

Dan yang paling penting, dia mahu tahu, kenapa Haron Din mengatakan hanya amalan orang Islam sahaja yang diterima Allah, dan amalan orang bukan Islam tidak diterima-Nya seperti yang disebut di dalam Forum Perdana Ehwal Islam tidak berapa lama dulu.

Haron Din tersenyum dan secara berkias beliau menjawab; " Untuk memudahkan saudara memahaminya, biar saya berikan contoh begini: kita adalah seorang hamba dan tuan kita memberikan kita sebidang tanah, cangkul, benih, baja dan segala kelengkapan yang lain untuk kita mengusahakan tanah tersebut.

"Tuan kita suruh kita usahakan tanah itu tetapi kita tidak berbuat seperti mana yang disuruh, sebaliknya kita mengusahakan tanah orang lain. Kemudian bila tiba di hujung bulan, kita datang kepada tuan kita untuk meminta upah. Saudara rasa, adakah tuan kita akan bagi upah sedangkan kita tidak lakukan apa yang disuruh, sebaliknya kita melakukan kerja untuk orang lain?

"Begitu jugalah simboliknya di dalam Islam. Jika kita melakukan kebajikan dan kebaikan, bukan kerana Allah, tetapi kerana sesuatu yang lain, contohnya kerana manusia, pangkat atau harta, apakah di akhirat nanti, Allah akan memberi balasan di atas amal perbuatan kita sedangkan semua amalan yang kita lakukan bukan untuk Dia?"

Ternyata segala jawapan dan hujah yang diberikan oleh Haron Din atas pertanyaannya itu, membuatkan dia mati akal. Begitu juga dengan setiap hujah dan persoalan yang cuba ditimbulkan lelaki itu dengan mudah dipatahkan oleh Haron Din dengan cara yang lembut dan bijaksana, tanpa sedikit pun menyinggung perasaannya sebagai orang bukan Islam.


Setelah empat minggu berturut-turut mengikuti kuliah yang diberikan oleh Haron Din, ego yang ada di dalam dirinya hancur dengan kebenaran Islam. Akhirnya hati lelaki itu terbuka untuk memeluk Islam. Enam bulan selepas itu, secara rasmi lelaki India tersebut memeluk Islam.

Dalam satu pertemuan empat mata dengan Haron Din setelah lelaki itu memeluk Islam, dia sempat bertanya mengapakah ulama tersebut mengeluarkan kenyataan seperti itu di kaca TV, sedangkan kenyataan itu boleh mengundang rasa tidak puas hati di kalangan bukan Islam, seperti apa yang dirasakannya.

Haron Din menjelaskan kepada lelaki India tersebut: "Memang kenyataan itu saya tujukan khusus untuk orang bukan Islam.
Saya mahu orang bukan Islam berfikir tentang kehidupan, asal usul manusia dan kebenaran agama. Saya mendapat maklum balas, ramai di kalangan bukan Islam yang menonton rancangan itu. Jadi, sengaja saya bacakan ayat al-Quran itu agar mereka berfikir."

>
Mohammad Fitri Abdullah


"Dan saya adalah di antara mereka yang terkena provokasi Haron Din itu. Biarpun pada peringkat awalnya saya bertemu beliau atas sebab tidak puas hati dengan kenyataannya, namun akhirnya, saya bersyukur, kerana ia menjadi penyebab yang membuatkan saya akhirnya menerima cahaya kebenaran Islam," jelas Mohammad Fitri Abdullah, 43, lelaki India yang dimaksudkan dalam cerita di atas.

Ketika Mastika menemuinya di pejabat Perkim bahagian Shah Alam di Masjid Negeri Shah Alam, Fitri berulang kali menyatakan betapa syukurnya dia mendapat hidayah biarpun pada mulanya dia langsung tidak terfikir untuk memeluk Islam.

"Seperti yang saya katakan, pada awalnya niat saya adalah untuk berdebat dengan Haron Din akibat rasa tidak puas hati terhadap kenyataannya itu. Tetapi, apabila saya mendengar penjelasan beliau, ego saya jatuh dan dalam diam-diam saya mengakui, saya bukanlah orang yang layak untuk berdebat dengan beliau," jelasnya.

Sebenarnya sebelum memeluk Islam, Fitri memang seorang yang taat terhadap agamanya. Dia bukan sekadar seorang pengikut yang taat, tetapi juga bergerak aktif dalam beberapa persatuan yang berteraskan agama yang dianutinya.
Selain itu, dia turut mengajar di beberapa rumah ibadat di sekitar ibu kota. Biarpun kuat terhadap agamanya, namun jauh disudut hati, lelaki itu sering merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan agama yang dianutinya.

"Sebenarnya, agama tersebut juga mengajar pengikutnya untuk menyembah Tuhan yang satu. Di dalam kitab-kitab lama, itulah ajarannya. Tapi masalahnya, apa yang dilakukan oleh penganut agama tersebut berlainan daripada apa yang diajar di dalam kitab.

"Mereka tidak menyembah Tuhan yang satu, sebaliknya menyembah bermacam-macam Tuhan, selain dari Tuhan yang satu," tegas lelaki yang berasal dan Banting, Selangor ini. Lantaran itulah kata Fitri, hatinya sering berasa ragu dengan agama sendiri. Perasaan ini bukannya baru, malah timbul sejak dia berusia belasan tahun lagi. Dia melihat apa yang diajar di dalam kitab, dengan apa yang dipraktikkan oleh penganut agama lamanya, termasuk dirinya sendiri, ternyata bercanggah sama sekali.

"Tetapi apabila saya mendengar kuliah Haron Din, diam-diam saya mula sedar, saya memang berada dalam kesesatan yang nyata. Pertama kali mendengar ceramah beliau, sudah cukup untuk memberi kesedaran pada diri saya sekali gus berjaya mengubah pandangan saya terhadap Islam selama ini.
Mungkin itulah kelebihan yang Allah berikan pada Haron Din," kata Fitri lagi.

Kejadian itu sebenarnya telah pun berlalu hampir 15 tahun, namun cahaya iman yang menyerap ke dalam hatinya masih lagi sesegar dulu. Malah, dari hari ke hari semakin kukuh bertapak di dalam dirinya.

Jika dahulu Fitri seorang mubaligh yang aktif menyebarkan agama lamanya, kini Fitri masih tetap begitu.
"Cuma bezanya, hari ini saya bergerak di atas landasan agama yang benar iaitu Islam. Saya cukup sedih bila mendengar ada saudara seagama saya, terutamanya di kalangan orang Melayu yang sanggup keluar dari Islam. Murtad.

"Hari ini, menjadi tanggungjawab saya untuk membantu mereka, memulihkan iman mereka, dengan pelbagai usaha dan cara, termasuk berkongsi pengalaman yang saya lalui sebelum ini.

"Ini adalah tuntutan wajib buat diri saya. Dengan kelebihan yang Allah anugerahkan kepada saya, saya perlu laksanakan amanah ini biarpun berat, sebagai usaha saya membantu menyemarakkan agama Allah di muka bumi yang bertuah ini," ujarnya bersungguh-sungguh mengakhiri pertemuan kami pada petang itu.

Ustaz Harun Din adalah ulama yang amat disegani dan saya sungguh sedih melihat ulama seperti beliau seolah-olah tiada tempat dalam masyarakat kita. Sungguh sukar untuk kita lihat wajah beliau di kaca televisyen sedangkan ilmu yang beliau miliki amat penting untuk kita sama-sama kongsi, pelajari dan amalkan. Rancangan Forum Perdana kini gagal menarik minat penonton Islam termasuk bukan Islam kerana kita kehilanagan ulama-ulama seperti
Ishak Baharom, Badrul Amin, Harun Din, dan ramai lagi. Kenapa mereka ini di gam? Disekat terus menerus? Mengapa?

sumber:
Ustaz Harun Din Tumpaskan Mubaligh Hindu

Komen: Tajuk asal diedit kepada yang lebih sesuai dengan masyarakat majmuk Malaysia - Juragan"

Friday, October 28, 2011

Winn award

 Winn award
You have be award $2.000.000.00 US dollar in Delotto the Netherland with the attach number Ref Num: 2-6-15-24-37-45 To claim your winning call or contact paying department Mr.Tim Tomas Email: eurodept2@live.nl Tele: 0031-685-188-654  provide your winning Number, Name and Age,Country, Tel,For more details,Rg. Sana ben

Winn award

 Winn award
You have be award $2.000.000.00 US dollar in Delotto the Netherland with the attach number Ref Num: 2-6-15-24-37-45 To claim your winning call or contact paying department Mr.Tim Tomas Email: eurodept2@live.nl Tele: 0031-685-188-654  provide your winning Number, Name and Age,Country, Tel,For more details,Rg. Sana ben

11 beg tangan Rosmah antara RM638 ribu hingga RM5 juta

11 beg tangan Rosmah antara RM638 ribu hingga RM5 juta
Posted on Thursday, October 27 @ 00:05:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori


Oleh: Rusnizam Mahat

KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor diminta menjelaskan dari mana beliau memperoleh wang bagi membeli sekurang-kurangnya 11 beg tangan mewah jenama Birkin.
Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkata, sekiranya anggaran kasar, Rosmah membelanjakan minima RM638,000 hingga maksima RM5,192,000 untuk membeli beg tangan berkenaan.

Bagi beg edisi terhad itu, harga sebuah beg tangan dikatakan mencecah RM28,000 (US$ 9,000) hingga RM472,000 (US$150,000) bagi setiap satu.

“Dalam Belanjawan yang dibentangkan Datuk Seri Najib Razak, saya telah menyatakan Rosmah tidak memberikan contoh dan model yang baik sebagai suri rumah, akibat sikap borosnya berbelanja.

“Ini kerana kita tahu, suri rumah tangga lazimnya menggunakan pendekatan belanja yang berhemah dan berjimat cermat dalam perbelanjaan mereka.  Tapi Rosmah memberi contoh yang tidak baik kepada suri rumah dan golongan wanita,” katanya.

Minggu lalu, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mempersoalkan kegagalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menjawab soalan bertulis yang dikemukakan berhubung pemilikan beberapa beg tangan jenama Birkin oleh isteri perdana menteri.

Dalam soalannya, Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching bertanya sama ada benar atau tidak Datin Seri Rosmah Mansor memiliki cincin berlian RM24 juta dan beberapa beg mahal berjenama Birkin.

Bagaimanapun, Nazri langsung tidak menjelaskan tentang beg tangan berkenaan.

Katan Teo, berdasarkan gambar di internet, bilangan beg tangan Birkin yang dibawa Rosmah ke majlis rasmi serta bercuti, bukan satu atau dua, tetapi sekurang-kurangnya 11 warna berlainan.

“Jika Nazri memilih untuk tidak menjelaskan soalan berhubung beg tangan Birkin itu, adakah ini bermakna bahawa khabar angin berkenaan adalah benar?,” soal Teo.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=22229

HUDUD : Curi CINCIN 24 JUTA kena POTONG TANGAN
Posted on Thursday, October 27 @ 02:30:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh aya


Oleh Sofi Wahab

Ramai orang termasuk orang Islam jahil tentang hukum hudud. Sehingga ada yang memandang hudud sebagai satu hukum yang zalim dan ganas. Ada orang Islam yang jahil menyatakan bahawa kalau hudud dilaksanakan maka ramai orang Islam akan kudung tangan dan sesiapa yang ingin makan sup tangan boleh pergi ke Kelantan.

Ada juga yang berani menyatakan hukum hudud tidak sesuai dijalankan di negara kita. Tanpa mereka sedar pandangan dan kenyataan mereka itu adalah serius dan boleh menjejaskan akidah mereka sendiri. Semuanya dilakukan kerana memang jahil atau mereka mempunyai niat jahat terhadap hudud.

Kita tidak hairan kalau kenyataan itu dikeluarkan oleh pemimpin atau orang bukan Islam tetapi malangnya ia keluar dari mulut umat Islam malah pemimpin umat Islam sendiri.

Sebagaimana yang kita tahu bukan mudah untuk sesuatu hukum Islam itu dijatuhkan. Contoh bukan mudah untuk dijatuhkan hukuman potong tangan atas kesalahan mencuri. Seperti kata Ulama Islam tersohor, bahawa terdapat 20 syarat yang perlu dipenuhi jika hukuman potong tangan hendak dilaksanakan kepada si pesalah. Contohnya seperti kata Ustaz Nik Amar, kalau curi maggi (mee segera) sudah tentu ia tidak akan dipotong tangan. Tetapi jika curi cincin berharga RM24 juta maka ia layak dijatuhkan hukuman potong tangan.

"Kalau si pencuri itu mencuri tetapi beliau ada anak 12 orang dan gajinya RM150 sebulan, orang ini tidak akan dipotong tangan, tetapi kalau gaji RM5000. RM6000 maka ia layak dijatuhkan hukuman setelah sabit kesalahan" ujar Nik Amar dalam debat mengenai hudud anjuran Sinar Harian 2 hari lepas.

"Hudud ini sebenarnya tidak perlu ditakuti kerana hanya orang jahat sahaja yang takut kepada hudud, orang baik tidak takut" tambah Nik Amar.

Turut menjadi ahli panel pada program tersebut ialah Pensyarah Universiti Pertahanan Nasioanl, Dr Ridhuan Tee Abdullah dan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Mohd Isa Ralit. Program tersebut dipengerusikan oleh Dr Maszlee Malik.

Gambar di atas hanya sekadar hiasan.

 

Laporan Ketua Audit: Tahniah Kerajaan Kedah

| Print |

 

Harakahdaily   

KUALA LUMPUR, 27 Okt: Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) amat berbangga dengan Laporan Ketua Audit Negara bagi penyata kewangan Kerajaan Negeri Kedah untuk tahun 2010.

Ketua Penerangannya, Mohd Nasir Zakaria berkata, walaupun Ketua Audit Negara mengatakan prestasi kewangan Kerajaan Negeri Kedah memuaskan, namun bagi DPPNK, dengan usia 'setahun jagung' iaitu baru tiga tahun memerintah, pencapaian tersebut adalah sangat cemerlang.

Katanya, berdepan dengan pelbagai cabaran dan rintangan; pengalaman pentadbiran, kewangan, penyaluran peruntukan kerajaan pusat yang tidak melalui negeri, Kerajaan Negeri Kedah pimpinan Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak (gambar) terus melangkah gagah.

“DPPNK mempunyai alasan kukuh untuk terus mempertahankan Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau yang juga ahli Parlimen Padang Terap menggariskan tujuh sebab dan berbangga dengan kejayaan itu.

Pertama, katanya Kerajaan Negeri Kedah telah mengalami peningkatan hasil sejumlah 23.9 peratus atau RM87.94 juta pada tahun 2010 berbanding peningkatan perbelanjaan mengurus RM2.55 juta atau RM 0.6 peratus.

Hasil kerajaan negeri pada tahun 2010 berjumlah RM456.21 juta berbanding 2009 sebanyak RM368.27 juta.

“Pencapaian ini adalah yang terbaik di dalam masa 5 tahun,” katanya lagi.

Kedua, ujarnya Kerajaan Negeri Kedah telah mencatatkan surplus atau lebihan pada tahun 2010 berjumlah RM22.50 juta yang mana peningkatan itu sangat ketara dan sangat membanggakan.

Katanya, ia adalah defisit tertinggi dalam masa 5 tahun dan merupakan surplus kali kedua dalam tempoh tersebut, berbanding dengan defisit tahun 2009 yang berjumlah RM62.89 juta, ia menjadikan peningkatan sejumlah RM85.39 juta iaitu sebanyak 135.8 peratus.

Selain itu, kata Nasir (kiri) Ketua Audit Negara juga telah memperakui pengurusan kewangan di Jabatan/Agensi Negeri telah bertambah baik berbanding 2009.

Menurutnya, pihak Jabatan Audit Negara telah melaksanakan pengauditan pengurusan kewangan berdasarkan Indeks Akauntabiliti di 17 Jabatan/Agensi Negeri.

Justeru, beliau mengucapkan tahniah kepada para pegawai kerajaan negeri.

Beliau menambah, laporan itu telah memperakui peningkatan penerimaan hasil cukai tanah sebanyak RM18.69 juta iaitu peningkatan sebanyak 21.9 peratus yang mana kerajaan negeri telah berjaya mengutip RM104.06 juta berbanding 2009 hanya RM85.37 juta.

“Walaupun dasar kerajaan Pakatan Rakyat Kedah yang menurunkan cukai sebanyak 25 hingga 75 peratus di awal usia pemerintahan, namun bagi DPPNK telah berlaku kecekapan di dalam kutipan hasil tanah walaupun berlaku penurunan selama dua tahun berturut-turut. Kutipan ini adalah yang kedua tertinggi di dalam tempoh 5 tahun,” ujarnya lagi

Kelima, katanya peningkatan ketara iaitu 125.2 peratus atau RM19.71 juta juga berlaku dalam pungutan tunggakan cukai tanah.

Menurutnya, hasil kutipan berjumlah RM35.45 juta berbanding tahun sebelumnya iaitu hanya RM15.74 juta di mana kutipan itu adalah tertinggi dalam masa 5 tahun.

Sekali lagi, ujarnya premium hutan berjaya ditingkatkan oleh Kerajaan Negeri Kedah di mana peningkatan sejumlah 46.9 peratus atau RM15.49 juta, berbanding tahun 2009 sebanyak RM33.05 juta, kerajaan berjaya memungut RM48.54 juta.

Jelasnya, jumlah itu juga adalah yang tertinggi dalam masa 5 tahun.

“Sebagai catatan juga peningkatan jika dibandingkan dengan tahun 2007, hampir 400 peratus,” katanya lagi.

Tambahnya, yang ketujuh ialah kerajaan negeri juga berjaya membuat kutipan premium tanah tertinggi dalam masa 5 tahun terakhir, berbanding tahun 2009 iaitu sebanyak RM26.63 juta, sebanyak RM58.12 juta atau peningkatan sebanyak 118.3 peratus.

Katanya, DPPNK berpandangan bahawa dengan laporan itu, Ketua Audit Negara terus memperakui keupayaan pentadbiran Pakatan Rakyat.

“Ini membuktikan secara fakta bahawa segala tohmahan bahkan keraguan yang ditimbulkan oleh golongan yang berkepentingan adalah tidak berasas,” ujarnya.

Tegasnya, DPPNK akan terus bekerja keras bagi terus mempertahankan dan mengajak seluruh rakyat terus menyokong dan mendokong pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah pimpinan Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak.

“Di sebalik segala kepincangan Laporan Ketua Audit Negara terhadap Kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional, DPPNK menyeru seluruh rakyat Negeri Kedah untuk membuat perbandingan dan membuat pilihan yang tepat,” ujarnya lagi.

 

HUDUD : Curi CINCIN 24 JUTA kena POTONG TANGAN

 

 

 

11 beg tangan Rosmah antara RM638 ribu hingga RM5 juta

 

Hasnah Ibrahim Wanita Islam Malaysia Yang Sudah Murtad
Posted on Wednesday, October 26 @ 00:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori


Oleh: siasahkini

"
Astaghfirullaaahh…,


Walaupun kisah ini sudah lama berlalu.., namun kita harus menjadikan ianya sebagai satu iktibar khususnya kepada umat islam negara ini yang semakin tercabar mendepani gejala murtad..

Kisahnyaa… Hasnah Binti Ibrahim anak keluarga melayu islam yang susah dan hidup penuh kedaifan dalam keluarga miskin.



Hasnah mempunyai 12 orang adik beradik. Namun begitu beliau dikurniakan Allah kecerdikan dan berjaya dalam alam persekolahannya. Mengikut cerita Hasnah pada video klip dibawah ini, beliau ditawarkan BIASISWA kerajaan Malaysia untuk melanjutkan pelajarannya diluar negara.

Selepas itu, Hasnah berhasrat untuk menuntut di England tetapi telah ditawarkan meneruskan pengajiannya di Kansas State University USA. Maka disinilah Hasnah mengenali kehidupan penuh cabaran Manhattan yang sangat terkenal dengan underground Christian Missionaries…

beliau akui bahawa sewaktu di Kansas University, seorang pelajar bernama Robin sering “mendekati” beliau untuk menceritakan mengenai Jesus.. Malah Hasnah sebut Robin telah “di ajar” untuk How To Look For Those Who Need JESUS…!!Untuuk Melihat pengakuan murtad Hasna ni boleh klik Sini

Kalau ikut kan dah ramai orang melayu muslim dah murtad, dah keluar dari Islam. Tapi undang-undang malaysia tak boleh nak halang. Apa boleh buat??? Perlembagaan kita dari dulu lagi  dah ambil pakai undang-undang Lord Reid, undang-undang mat saleh jugak yang di agung-agungkan. Cuba gantikan Reid tu kepada Hudud.. Tak boleh ke??

Nauzubillah.

http://siasahkini.blogspot.com/2011/08/hasnah-ibrahim-wanita-islam-malaysia_14.html

 

Lawak besar: Siapa halang guna dakwat kekal?

| Print |

 

Aziz Muda   

KUALA LUMPUR, 27 Okt: Pengakuan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman bahawa dakwaan badan itu yang sedang mengkaji penggunaan dakwat kekal sebagai "lawak besar" menimbulkan penuh tanda tanya kepada pelbagai pihak.

Sehubungan itu, persoalan selanjutnya yang timbul dan ingin diketahui oleh orang ramai tentunya mengenai pihak sebenarnya yang menghalang penggunaan dakwat kekal dalam pilihanraya di negara kita sejak dulu hingga sekarang.  

Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat (gambar) berkata, pengakuan Rashid perlu disusuli pendedahan itu kerana jika tidak bekas pengerusi SPR itu sendirilah yang membuat lawak.

Menurut beliau, penggunaan dakwat kekal sememangnya sesuatu yang praktikal bagi pilihanraya dan ia turut diakui oleh SPR, tetapi gagal dilaksanakan kerana dihalang oleh pihak tertentu.

Katanya, realiti itu terserlah dengan pengakuan Rashid sendiri kepada pihak media hari itu sehingga jelas memperlihatkan cengkaman yang dialami oleh badan tersebut untuk melaksanakan peranannya dengan sempurna.

"Jika sudah begitu realitinya, siapakah sebenarnya yang bersalah? Siapakah sebenarnya yang menghalang penggunaan dakwat kekal dalam pilihanraya di negara kita?

"Inilah persoalannnya sekarang yang perlu dijawab oleh Tan Sri Abdul Rashid sendiri selaku pihak yang berpengalaman dan terbabit secara langsung dalam hal itu," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.    

Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman seperti pengakuannya kepada pihak media hari ini berkata, beliau sememangnya menyokong penggunaan dakwat kekal, tetapi beliau dibidas teruk kerana menarik balik keputusan untuk menggunakan dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 tahun 2008 lalu.

Katanya, tamparan akibat penarikan keputusan itu beberapa hari sebelum pilihan raya umum 2008 sebegitu hebat, sehingga beliau menganggapnya sebagai kegagalan terbesar dalam tempoh 26 tahun perkhidmatannya.

"Saya juga menimbangkan kemungkinan meletakkan jawatan, tetapi dinasihatkan oleh banyak kawan-kawan yang rapat supaya tidak berbuat demikian bagi mengelakkan krisis perlembagaan,” katanya.

Menurut Abdul Rashid, belia menyokong penggunaan dakwat bukan kerana terdapat bukti penipuan berlaku tetapi untuk meyakinkan orang ramai dengan integriti badan tersebut bagi pengendalian pilihan raya di negara ini.

Lebih jauh dari itu, beliau mengakui dakwaan SPR sekarang yang mengaku sedang mengkaji penggunaan dakwat kekal sebagai "lawak besar", namun enggan mencari musuh terutama setelah menjadi pesara sekarang.

Beliau juga berkata, sikap beberapa sektor kerajaan yang menyumbang kepada keputusan penggunaan dakwat kekal ditarik balik sebagai "tidak bertamadun dan bodoh" dan sedikit sebanyak menyumbang kepada bantahan yang merebak ke jalanan pada Julai lalu.

Menurut Suhaizan, penggunaan dakwat kekal sememangnya sesuatu yang praktikal bagi pilihanraya bagi mengelakkan pertindihan pengundian dan pembuangan undi dua kali.

"Kaedah tersebut ternyata jauh lebih berkesan berbanding penggunaan sistem biometrik yang memerlukan perbelanjaan jauh lebih besar.

"Sekiranya dakwah kekal tidak boleh digunakan, apakah kaedah yang boleh dipakai untuk pilihan raya yang telus dan adil di negara kita?" katanya yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Johor.