PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Monday, September 12, 2011

Namewee akan jumpa PM minggu ini

Namewee akan jumpa PM minggu ini

Sep 12, 11 1:01pm

Kongsi 34

Selepas setahun menunggu, akhirnya, penyanyi lagu rap dan juga pembikin filem Wee Meng Chee - atau lebih dikenali sebagai Namewee - akan bertemu Perdana Menteri minggu ini bagi meluahkan halangan yang dihadapi dalam menghasilkan filem pertamanya 'Nasi Lemak 2.0'.

NONEMenurut laporan akhbar China Press hari ini, Namewee mendapat panggilan dari Jabatan Perdana Menteri pada Sabtu lalu bagi mengesahkan pertemuan berkenaan, bagaimanapun tarikhnya masih belum ditetapkan.

Namewee dipetik berkata beliau akan bercakap mengenai cabaran, masalah dan pengalaman yang diharunginya bagi memohon geran kerajaan bagi menghasilkan filem.

"Saya mahu beritahu beliau bahawa saya telah melalui banyak kesilapan yang tidak sepatutnya... saya harap beliau akan menyokong filem ini dan juga filem terbitan tempatan yang lain," katanya.

Teruja dengan pertemuan yang bakal diadakan itu, Namewee berkata dia berharap perdana menteri akan menyediakan lebih banyak peluang dan bantuan bagi pembuat filem tempatan supaya dapat memperkenalkan budaya Malaysia kepada khalayak lebih luas.

Akhbar harian Cina,
Sin Chew pula melaporkan, Namewee akan berkongsi pandangan beliau mengenai 1Malaysia dengan Najib.

"Kami akan jelaskan mesej 1Malaysia yang cuba disampaikan dalam filem ini dan berharap kerajaan dapat melihat konsep 1Malaysia secara serius dengan memberi layanan yang adil kepada setiap rakyat Malaysia dan menyokong pembuat filem daripada pelbagai bangsa yang berbeza."

NONENamewee sejak bertahun lalu telah memohon bantuan daripada agensi-agensi kerajaan seperti Perbadanan Pembangunan Filem Negara dan Dana Kumpulan Wang Industri Kreatif.

Meskipun, Menteri di Perdana Menteri Jabatan Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz telah bersetuju membantu permohonannya, namun ia akhirnya ditolak oleh Menteri Penerangan Kebudayaan dan Komunikasi Datuk Seri Rais Yatim.

Alasan beliau adalah bahawa Namewee terbabit dengan aktiviti-aktiviti yang bertentangan dengan norma dan nilai-nilai Malaysia.

namewee meeting nazri at parliament 091210Dia kemudiannya mengeluarkan dua klip video pendek bertajuk 'Saya mahu bertemu PM', yang dimuat naik ke Youtube dan ditonton oleh ratusan ribu penonton. Dalam video berkenaan, Namewee menceritakan prosesnya mendapatkan bantuan kerajaan.

Ini kemudiannya disusuli dengan sepucuk surat kepada Najib, meminta satu pertemuan diadakan.

 

 

 

 

 

 

PM. Najib Sudah Pelupa Hanya Suka ikut kata Bininya
Posted on Saturday, September 10 @ 20:10:49 PDT
Dilulus untuk paparan oleh aya


Open ArtikelOleh: mohdnoorawang

"
Hakikatnya rakyat Malaysia harus sedar dari tipuhelah Pm Najib Razak. BN/UMNO yang menaikkan CUKAI PERKHIDMATAN KEPADA 6 PERATUS BERKUATKUASA JANUARI 2011.

Pm Najib razak merangkap menteri Kewangan membentang BAJET NEGARA 2011 DI DEWAN RAKYAT DAN MELULUSKAN 6 % CUKAI PERKHIDMATAN DALAM SEMUA BIDANG TERMASUK RERTORAN DAN TELEKOMINIKASI.

Cukup anih dan amat malang Najib Razak terlupa dan menuding jari kepada operator telekominikasi, cukai perkhidmatan  yang dibuat oleh Najib dan BN/UMNO.

Najib  Razak selalu suka menunding jari jika ada pehak atau isu yang berbangkit diatas perkara yang diluluskan dan dibentang oleh Najib sendiri. Mungkin Najib sudah pelupa dan buat lupa lupa. Malah Najib juga dikatakan tersangat ikut cakap bininya yang bernama Rosmah.

Tidak hairan Najib dan Rosmah bercuti semasa hari merdeka yang lalu dengan menggunakan jet milik kerajaan. Sungguh kejam dan penipu besar.

Amat malang Malaysia mempunyai PM Najib yang bersifat pelupa. Sepatutnya kerajaan tidak membenarkan pehak operator telekominikasi dan lain lain cukai perkhidmatan yang cukup membebankan rakyat,

Kerajaan BN/UMNO memperolehi hasil dari operator telekominikasi setahun RM750 juta setahun. Jadi kerajaan BN/UMNO tidak wajar  cukai perkhidmatan 6 % kepada penguna

Gosip Terhangat : Kedudukan Najib sebagai PM 1Malaysia dalam bahaya. Mengapa??

 

Berita, Komentar, Ulasan & PendapatMahathir pun dok dalam diam nak sapu bersih Najib. Najib dilihat sudah tak boleh diharapkan lagi kerana terpalit dengan pelbagai isu peribadi yang amat kontroversi. Najib sudah menjadi liabiliti kepada negara dan negara akan rugi jika terus berpiemkan Najib@Rosmah

  • Ada gerakan senyap dalam UMNO yang nak jatuhkan Najib. Sebab orang UMNO getikkan Rosmah yang cuba nak jadi lebih piem daripada piem sendiri, hinggakan piem nampak macam robot, yang remote controlnya di tangan Rosmah.
  • Tekanan agar Najib berundur juga belaku dari luar UMNO. Ini kerana dasar-dasar Najib yang banyak membelakangkan kepentingan rakyat. Dasar yang 'indah khabar dari rupa' dan 'cakap tak serupa bikin' membuat rakyat jelak dan tak konfiden serta hilang kepercayaan dengannya. Dia juga kurang cekap dan tidak bijak mengurus kewangan negara. Masalah ekonomi negara pun gagal ditangani hingga mengakibatkan negara terus ketinggalan dalam arus kemajuan ekonomi. Kesannya.... rakyat terbeban negara terpinggir kebelakang.
  • Orang UMNO serta rakyat yang pro-pembangkang amat benci dengan penampilan serta penglibatan Rosmah Mansor dalam urusan pentadbiran negara. Rosmah kini sudah menjadi evil icon yang amat tidak disenangi oleh rakyat. Malangnya, yang menjadi mangsa ialah Najib. Kalau Najib tak ada... Rosmah akan mati kutu. No Najib, Rosmah is 'dead'!!

Lantaran itu... Najib must GO!! Kalau Najib go... yang disebut-sebut bakal menggantikannya ialah Mat Sembab, si Muhyiddin Yassin. Ya Allah.... Tak der orang lain ke??

Weh.... no rupa langsung untuk menjadi Piem Malaysia. Kesian dia... masih menaruh harapan tinggi untuk menggantikan Najib. Kita tengoklah nanti... siapa PM selepas Najib.

Itulah masalah kritikal yang dihadapi oleh UMNO. Masalah ketandusan pemimpin yang berkaliber dan berkarisme. Yang dok ada la ni, langsung tak der aura untuk menerajui kepimpinan negara. Species yang ada kualiti.... sudah pupus. Yang ada.... semunyer species HAPRAK!!

Sebab tu, ramai berandaian yang Najib ialah Piem terakhir dari kalangan UMNO.
Sebab ,lepas PRU13 nanti, Peim Malaysia ialah........ Ehem-ehem... malulah nak cakap. Ok... kalau masa PRU13 nanti, Najib masih PM, tetapi.... selepas PRU13 pulak, jawatan PM akan berada dalam tangan salah seorang pemimpin Pakatan Rakyat yg beragama ISLAM, insyaAllah. Begitu juga dengan TPM-nya. Inilah jaminan yang diberikan oleh S/U PAS, Mustafa Ali.. malah pada dasarnya telah dipersetujui oleh pucuk kepimpinan Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS-PKR-DAP.[sini]

Weh.... selepas PRU13 nanti UMNO akan masuk muzium. Maka, akan terperuk ler UMNO dalam lipatan sejarah Malaysia. Malaysia dan rakyatnya akan merdeka daripada penjajahan UMNO@BN. Hahahahaha.... Dan, insyaAllah.... fakta sejarah ini tidak akan kita selewengkan.

Apa-apa pun, semua orang sedia maklum, yang sekarang ini, Najib tidak dapat tidor nyenyak lagi kerana terpaksa menjaga 'bontot'-nya sendiri dan Muhyiddin Yassin pulak, ke sana ke sini.... tersenyum lebar sampai ke telinga kerana perasan yang dia akan menggantikan Najib.

Selain itu.... Mahathir pulak sedang mengatur langkah dan strategi untuk merealisasikan mimpinya untuk melihat anaknya Mukhriz menjadi PM Malaysia in the near future. Itu pun jika dia masih hidup tetapi jika dia ter'padam'.... alamatnya, anak manja daddy ini, bakal gigit jari!!

As I've said earlier.... UMNO sudah pupus pemimpin yang berintegriti dan berkarisma.. So... Mukhriz Mahathir jangan perasan ler nak jadi PM... You got no class lah!! Morever... lepas PRU 13 nanti... Putrajaya akan menjadi milik Pakatan Rakyat. Hoyeayyyy!!

Itulah persepsi yang timbul daripada gossip-gossip politik yang sedang hot di pasaran. Apa-apa pun.... wallahua'lam. Kita tunggu dan lihat....

 

 

 

Hina Islam: NGO mohon mengadap Agong

Sep 12, 11 2:47pm

Kongsi 43

Sehubungan itu, Sebuah NGO yang dekat dengan Pakatan Rakyat menghantar surat memohon mengadap kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin berhubung siaran sebuah blog yang menghina Islam.

pkr congress 271110 fariz musaKoordinator JINGGA 13 Fariz Musa yang diiringi 20 penyokong hadir ke Istana Negara pagi tadi bagi menyembahkan permohonan berhubung blog makcikhajjahsittalwuzara.wordpress itu.

Dalam surat itu, Fariz (
kiri) menyifatkan penyiaran artikel dalam blog itu biadap dan kurang ajar kerana "menghina, mencerca, memaki Allah, Rasullah SAW dan memesongkan fakta terhadap Islam"

Fariz yang juga anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR berkata, tindakan blog itu benar-benar keterlaluan, melampau dan mencabar sensitiviti umat Islam".

Beliau juga mendakwa tiada tindakan tegas menteri bertanggungjawab dan agensi kerajaan seperti Suruhajaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan polis walaupun banyak aduan dibuat.

Katanya, JINGGA 13 memohon mengadap Seri Paduka untuk memberi penjelasan dan memohon campurtangan baginda berhubung isu ini memandangkan "ia sudah semakin parah dan keterlaluan tanpa sebarang tindakan".

NONE"Patik, hamba rakyat memohon agar DYMM Yang di-Pertuan Agong mengambil tindakan yang sewajarnya demi menyelamatkan akidah umat Islam, mengangkat maruah dan kesucian Islam yang merupakan agama rasmi negara," kata Fariz dalam surat itu.

Sementara itu, dalam kenyataan medianya, Fariz mempertikai tindakan ketua pengarah Jajim yang didakwa enggan menerima memorandum mereka berhubung perkara itu yang dihantar pada 8 September lalu dengan alasan tidak mempunyai kuasa berkaitan.

"Sedangkan menjadi objektif utama penubuhan Jakim oleh Raja-raja Melayu ialah untukmenjaga kesucian agama Islam," katanya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Telco setuju tangguh kutipan cukai prabayar

Sep 12, 11 2:48pm

Kongsi 219

Semua syarikat telekomunikasi (telco) bersetuju menangguhkan kutipan cukai perkhidmatan enam peratus ke atas pengguna talian telefon prabayar sehingga perbincangan semula dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

rais yatimKhamis lalu, syarikat berkenaan mengumumkan mereka akan mula mengutip cukai perkhidmatan enam peratus untuk perkhidmatan prabayar mulai Jumaat ini

Keputusan menangguhkan kutipan cukai itu dibuat selepas mesyuarat dengan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim.

Katanya, antara cadangan yang dibincangkan bersama telco adalah caj enam peratus itu hanya dikenakan kepada pengguna yang membeli pek permulaan prabayar.

“Setakat ini, itu saja yang kita boleh beritahu.

"Kerajaan akan mengambil kira sumbangan RM6 bilion oleh TELCO kepada sumber pendapatan negara dari 1998 hingga kini sebelum membuat sebarang keputusan," katanya pada sidang media, di Angkasapuri, di Kuala Lumpur.

Hadir sama, wakil dari Celcom Axiata Berhad (Celcom), DiGi Telecommunications Sdn Bhd (DiGiTel), Maxis Berhad, dan UMOBILE Sdn Bhd (U Mobile).

Cukai perkhidmatan 6 peratus yang dikenakan ke atas pelanggan diperuntukkan mengikut undang-undang negara.

Akta Perkhidmatan Cukai 1975 mensyaratkan syarikat telekomunikasi mengenakan cukai perkhidmatan, termasuk ke atas pengguna prabayar.

Bayaran ini sama dengan cukai perkhidmatan yang dikenakan bagi pembelian makanan dan minuman daripada restoran dan hotel.

Meskipun cukai perkhidmatan ke atas pengguna prabayar bukan baru, namun syarikat telco telah menyerap kos itu

 

 

No comments: