PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Monday, September 26, 2011

Demi Kuasa Umno Bn Sanggup Khianati Negara

Demi Kuasa Umno Bn Sanggup Khianati Negara
Posted on Sunday, September 25 @ 20:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur


Oleh
Mohd Hafez

IPOH, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain, menyatakan kini, jelas bahawa Umno BN adalah pengkhianat negara dan bangsa, demi untuk terus mengekalkan kuasa yang ada pada mereka.

Menurut beliau, Umno BN sanggup memberikan kerakyatan kepada warga asing .Pemberian Kerakyatan segera ini pada mulanya dikesan berlaku di Sabah dan kini telah menjadi masalah yang rumit bagi rakyat asal Sabah di sana.

Beliau juga menegaskan supaya Umno BN jangan sesekali cuba untuk menafikan perkara ini.


Gejala tersebut kini mula melebar luas ke seluruh negeri.tidak mustahil Umno BN akan mengulangi kerja terkutuk itu dalam menghadapi PRU-13 nanti, jelas beliau.

Menurut beliau lagi, beberapa bukti mengenainya telah dapat dikesan oleh Pakatan Rakyat. Terbaru ialah pendedahan Dewan Pemuda PAS Pusat yang mendapati sekurang-kurangnya 170,818 pengundi tidak diketahui negara asal kelahiran tetapi layak mengundi.Mereka merujuk kepada kod negara "71 " yang terdapat pada no kad pengenalan pengundi tersebut seperti dalam Daftar Pemilih Induk (DPI) suku ke dua 2011 SPR.

Bagi pecahan mengikut negeri tempat mengundi pula adalah Selangor (29,758), Johor (28,164), Wilayah Persekutuan (17,548), Perak (16,680), Kelantan (15,345), Pulau Pinang (12,799), Sarawak (9,324), Sabah (8,590), Melaka (8,069), Negeri Sembilan (7,516), Pahang (6,495), Kedah (5,793), Terengganu (3,313) dan Perlis (941) .

Selain itu, paling memalukan apabila Perdana Menteri Bangladesh sendiri telah mengesahkan tentang rakyatnya begitu mudah mendapat kerakyatan di Malaysia.

Justeru Pesuruhjaya PAS Perak itu menyatakan, jika rakyat mahukan Negara kembali selamat dan aman,maka rakyat sendiri perlu menghukum pemimpin Umno BN, Pemimpin Umno BN adalah pengkhianat dan petualang negara sebenarnya, maka sudah tiba masanya rakyat bersama Pakatan Rakyat untuk kita mengangkat semula martabat Negara Malaysia, demi kelangsungan masa depan generasi anak-anak kita.

Penipuan Semakin Terbongkar
Posted on Sunday, September 25 @ 21:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur


Oleh
MOHD SANY BIN HAMZAN

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia berasa cukup positif dan gembira dengan pembongkaran isu-isu yang telah dibuat mutakhir ini oleh orang perseorangan ataupun badan-badan NGO yang membabitkan penipuan, penyelewengan dan salah guna kuasa oleh penjawat awam dan agensi jabatan kerajaan di dalam memastikan penerusan kuasa UMNO dan Barisan Nasional di dalam pilihanraya lalu.

Baru-baru ini melalui laman sesawang Malaysiakini telah didedahkan bahawa seorang pemastautin tetap yang memohon untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan negara ini telah ‘dinasihatkan' oleh pegawai Jabatan Pendaftaran Negara supaya ‘membalas budi' dan menjadi tugas utama beliau sekiranya diberikan kerakyatan untuk mengundi parti pemerintah iaitu UMNO/BN.

Begitu juga dari petikan Wikileaks (kabel diplomatik Amerika yang bocor), pendedahan Pengerusi Mafrel (NGO Pemantau Pilihanraya), Malek Husin, terhadap pengakuan yang telah dibuat oleh bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang mengakui UMNO telah melaksanakan ‘kempen kotor' untuk merampas Sabah daripada PBS waktu itu dengan memberikan taraf kewarganegaraan dan kad pengenalan Malaysia kepada lebih 600,000 pekerja asing (kebanyakan dari Indonesia dan Mindanao, Filipina) untuk menjadi pengundi berdaftar di Sabah. Bahkan Tan Sri Rashid mengakui secara peribadi telah mengeluarkan lebih 60,000 kad pengenalan palsu khusus untuk membantu UMNO di Sabah. Ianya juga dikenali sebagai ‘Projek IC' yang turut membabitkan Perdana Menteri Malaysia waktu itu, Tun Dr Mahathir Mohamad menurut laporan tersebut.

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia merasakan pendedahan sebegini telah jelas mengesahkan dan membenarkan dakwaan pihak Pakatan Rakyat terhadap penipuan dan penyelewengan kuasa yang telah dilakukan oleh UMNO/BN selaku pihak kerajaan untuk meneruskan kekuasaan mereka memerintah negara ini secara ‘kotor dan haram'. Sepatutnya pihak UMNO/BN selaku Kerajaan yang memerintah negara ini berasa malu dan insaf terhadap tindakan mereka membelakangkan undang-undang negara dan mengkhianati amanah rakyat.

Oleh itu, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menggesa supaya siasatan segera dilakukan terhadap pendedahan yang telah dibuat oleh sebuah jawatankuasa yang bebas dan telus serta mengambil tindakan tegas terhadap pelaku-pelaku yang telah menyalahguna kuasa hatta mantan perdana menteri sekalipun. Sesungguhnya mereka yang telah terlibat di dalam sebarang penyalahgunaan kuasa ini adalah merupakan PENGKHIANAT AGAMA, BANGSA DAN NEGARA. Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menyeru dan mengalu-alukan seluruh rakyat Malaysia untuk tampil membuat pendedahan sekiranya ada terhadap penyelewengan dan penipuan sistem pilihanraya di dalam negara ini.

 


MOHD SANY BIN HAMZAN
PENGARAH JABATAN PILIHANRAYA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

 

Inkues: Tiada unsur jenayah dalam kematian Sarbaini

Sep 26, 11 4:09pm

Kongsi 31

Mahkamah Koroner Kuala Lumpur memutuskan Penolong Pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbaini Mohamed, 56 jatuh dari pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Kuala Lumpur selepas berada pada belebas tingkap bangunan itu.

Koroner Aizatul Akmal Maharani, dalam penghakimannya kepada mahkamah yang penuh sesak, berkata teori bahawa SPRM terlibat dengan kematiannya tidak boleh diterima.

Sehubungan itu, beliau menolak bunuh diri, homisid ataupun penglibatan pihak ketiga bagi alasan kematian.

"Tidak ada tanda-tanda pergelutan pada kejadian itu dan mahkamah juga menolak bahawa dia membunuh diri."

Menurut koroner, beliau percaya Ahmad Sarbaini terjatuh dari bangunan itu dan dalam keadaan sedar semasa jatuh.

"Mahkamah juga mendapati dia mati serta-merta dalam kejatuhan itu dengan kakinya terjatuh dahulu sehingga mencederakan kedua-dua belah kakinya dan juga mengalami kecederaan teruk di kepala."

Peawai Pejabat Peguam Negara Mohd Abazafree Mohd Abbas membantu dalam inkues itu manakala SPRM diwakili oleh peguam Muhammad Shafee Abdullah.

Keluarga Ahmad Sarbaini pula diwakili oleh peguam Awtar Singh mewakili manakala peguam Rosli Dahlan dan Nadia Marni Mat Zin bertindak sebagai pemerhati bagi syarikat multinasional DB Schenker Logistics (M) Bhd.

Antara penemuan penting inkues itu adalah bahawa sistem litar tertutup CCTV SPRM didapati diganggu dengan 22 jam rakaman termasuk tempoh apabila Ahmad Sarbaini datang ke premis agensi itu telah dipadamkan.

Seramai 34 saksi memberi keterangan pada inkues yang mengambil masa 14 hari untuk selesai.

Saksi-saksi yang tampil, termasuk dua ahli patologi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Faridah Md Nor dan Dr Shahrum Abd Wahid.

Ahmad Sarbaini, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang, ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu pejabat SPRM di Jalan Cochrane 6 April lalu.

Beliau sebelum itu ditangkap sebagai sebahagian daripada program 3B tetapi kemudiannya dibebaskan sebelum kembali kepada SPRM pada hari kejadian itu.

Beliau dilaporkan ke pejabat itu secara sukarela untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah membabitkan 62 pegawai Kastam.

Kawan-kawan dan ahli-ahli keluarga mendakwa terdapat unsur jenayah dalam kematiannya. Mereka berkata, Ahmad Sarbaini adalah seorang pegawai yang bersih dan telah merancang untuk menunaikan fardu haji tahun ini bersama isteri dan ibu bapanya.

Balu allahyarham Masiah @ Maziah Manap dan pengerusi Sosial Care Tan Sri Robert Phang turut hadir di mahkamah.

[Berita penuh menyusul]

Pakatan tak akan 'tumbang' kerana isu hudud

Sep 26, 11 1:41pm

Kongsi 60

Sementara menunggu keputusan mesyuarat pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat pada Rabu ini, setiausaha agung PAS, PKR dan DAP sepakat untuk mengarahkan semua pimpinan parti masing-masing agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai hudud.

Arahan itu dikeluarkan berikutan pendirian bersama yang bakal dibuat pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat pada Rabu ini pada mesyuarat mereka.

"Jika objektif Umno hendak memecahkan Pakatan, ia tidak akan terjadi kerana kerjasama kita kali ini lebih kukuh dan lebih matang,” kata setiausaha agung PKR, Saifudin Nasution Ismail.

Selain Saifudin, sidang media hari ini dihadiri oleh setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke.

Loke mewakili Lim Guan Eng kerana ketua menteri Pulau Pinang itu kini berada di luar negara.

"Kami dah putuskan untuk bincang perkara ini pada 28 September ini bermula jam 8.30 hingga 12.00 malam. Selepas itu, kami dari PAS, PKR dan DAP dari Pakatan Rakyat akan mengeluarkan kenyataan bersama mengenai perkara itu," kata Mustafa.

Peguam keluarga Sarbaini: Keputusan sukar dipercayai

Hafiz Yatim
Sep 26, 11
5:23pm

Kongsi 0

Keluarga allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed mahu lebih banyak masa sebelum mengulas secara rasmi keputusan inkues berhubung kematian penolong pengarah kastam itu.

Abang iparnya, Mohd Shah Jaafar berkata balu Ahmad Sarbaini letih hari ini kerana beliau telah pergi ke bangunan Tabung Haji.

Masiah @ Maziah Manap (kiri) dan Ahmad Sarbaini dijadual menunaikan fardu haji tahun ini.

Berikutan kematian Ahmad Sarbaini, anaknya akan mengantikan bapanya ke Tanah Suci.

Mengulas keputusan Mahkamah Koroner, peguam keluarga, Awtar Singh berkata adalah sukar untuk mempercayai bahawa arwah Sarbaini telah memanjat tingkap untuk melarikan diri.

"Mengapa dia perlu berbuat demikian? Dia pergi (ke sana) secara sukarela. Tambahan pula, tidak ada cap jari yang kelihatan di cermin tingkap dan mereka tidak mengambil pakaian ketua penyiasatan SPRM KL, Ahmad Fauzi (Husin), untuk menjalankan ujian DNA."

Awtar berkata SPRM perlu bertanggungjawab atas kematian itu kerana kejadian berlaku di perkarangan bangunannya.

"Kami sedang memikirkan untuk memfailkan semakan kehakiman, tetapi saya akan menunggu arahan daripada keluarganya."

Mahkamah Koroner hari ini memutuskan kematian Ahmad Sarbaini, 56, disebabkan nahas kerana terjatuh dari aras tiga bangunan SPRM dengan tidak disengajakan.

Koroner Aizatul Akmal Maharani membuat keputusan itu selepas bersidang selama 13 hari dan memanggil 34 saksi sejak 4 Julai lalu.

Aizatul juga menolak unsur dibunuh dan membunuh diri.

Ahmad Sarbaini ditemui mati di aras satu gelanggang badminton bangunan itu di Jalan Cochrane di Kuala Lumpur pada April lalu.

 

 

No comments: