PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Thursday, September 08, 2011

Dah Hampa Celaru..Orang Lain Pun Hampa Nak Bagi Celaru..

Dah Hampa Celaru..Orang Lain Pun Hampa Nak Bagi Celaru..
Posted on Wednesday, September 07 @ 09:22:51 PDT
Dilulus untuk paparan oleh aya


Oleh
PUTERI BULAN

Lama benar Puteri cuti berhari raya…rindu Puteri nak tulis dalam Kedahla…tapi walau pun Puteri cuti berhari raya..Puteri tak pernah ketinggalan mengikuti perkembangan semasa apa yang berlaku dalam negara tanahair yang sama-sama kita cintai ni…

First time seumur Puteri ni..ni laa baru Puteri tengok isteri Perdana Menteri bagi perutusan hari raya. Kira hebat Tok Rosmah ni..sebelum-belum ni…Tok Asmah ke, Tok Endon ke, Tok Jean ke..tak la Puteri jumpa..ermmm hebat betul noo…memecah tradisi.

Tapi ingin juga Puteri nak tanya..apa rasionalnya Tok Rosmah diberi slot tersebut..tak cukup ke dengan Tok Najib seorang..perlukah diapit dengan Tok Rosmah.? Apa kena mengena Tok Rosmah dengan urusan rakyat dan pentadbiran negara…

Tertanya-tanya juga..atas permintaan siapa..pihak penerangan?..rakyat jelata? Suami tercinta..atau Tok Rosmah sendiri?


Kalau Tok Rosmah ingin benar nak berutusan macam tu..pilihanraya ni masuk bertanding..kalau menang jadi Ahli parlimen..bertanding dalam pemilihan presiden UMNO…menang..boleh jadi calon PM..pastu bertadung jugalah…nak buat perutusan..kena ngan tunenya..ni bukan saja tak bertadung..malah tak bertudung…pening kepala Puteri dengan sistem pemerintahan Be End/UMNO APCO yang semakin lama semakin bercelaru..


Tersebut kisah lama…menyentuh mengenai pejuang-pejuang kemerdekaan..( maklumlah sempena menyambut kemerdekaan)..Puteri dok fikir-fikir..ada baik juga Abang Mat Sabu cungkil cerita-cerita tu…kalau tidak..terus butalah rakyat Malaysia ni dengan sejarah yang diputaq belit oleh UMNO APCO..


Puteri dok fikir sorang-sorang..kalau pakai lojik akai..betul juga…masa tragedi Bukit Kepong tu…polis-polis ketika itu berjuang berhempas pulas..bergadai nyawa nak mempertahankan kerajaan British..bukan nak menuntut kemerdekaan..macam tu juga dengan kisah Leftenan Adnan..masa tentera Jepun masuk menjajah Tanah Melayu..orang-orang melayu pakat jadi tentera..lawan Jepun…last-last bila Jepun kalah..semua pakat seronok..gembira..tapi Bristish lagi gelak lebaq pasai orang melayu sanggup mati mempertahankan mereka…Jepun blahhh..Bristish mai balik..sapa untung..sapa rugi..tentera-tentera melayu pakat mati camtu saja…lainlah kalau mati memperjuangkan Islam…


DatukMaharaja Lela dihukum bunuh dan dicap penderhaka oleh British pasai dia bunuh Residen Inggeris di Perak, JWW Birch..begitu juga dengan Tok Janggut..
Tapi sedih..bila anak-anak Malaysia ini diberi info yang salah…maka kesalahan itu akan berterusan.Sehinggalah kini kita saya beruntung kerana ada yang berani mengeluarkan fakta-fakta yang jelas memperbetulkannya kembali. Kalau Puteri ada alat boleh kembali semula ke zaman silam..mahu juga Puteri ajak geng-geng Kedahla..pergi sana ambik maklumat betul dan tulis di sini…


UMNO dikatakan hero kerana berjaya mendapat kemerdekaan dari Bristish melalui rundingan. Tapi kita kena tahu..sebelum Almarhum Tunku Abd Rahman mengadap British..golongan ulama-ulama Tanah melayu ketika itu ( yg dikatakan geng-geng bahaya dari gunung semanggol)…telah terlebih dahulu mengadakan rundingan..tetapi gagal kerana ada syarat yang tidak dapat diterima oleh mereka..UMNO sedia menerima syarat agar Tanah Melayu menerima pakai Perlembagaan Lord Reid sebagai pentadbiran Tanah Melayu…jelas sudah terang lagi bersuluh...sejak dulu lagi malah mungkin selamanya ( tp puteri tetap doa…UMNO ini diberi hidayah) UMNO APCO memang tolak Islam..dan lebih percaya dan kagum pada yang lain..


Maka merdekalah Tanah Melayu walau pun sebenarnya…minda rakyatnya belum merdeka..tetap dijajah dan diratah penjajah…
Puteri tak mau anak cucu puteri terus dijajah..bukan anak cucu puteri je..malah semua orang Islam khususnya dan rakyat Malaysia amnya..biarlah kita ada stand kita sendiri yang berpasakkan Islam..berkiblatkan Islam..berpegang teguh dengan aqidah yang mantap…


Tapi sayang..UMNO APCO buta dengan perkara-perkara ni…entahlah.. Kalau mereka masih lagi diberi mandat ..apa lagi kerosakan dan penyelewangan yang akan terjadi…entah-entah Tok Rosmah minta nak bahas sama dalam Sidang Parlimen…boleh jadi…

Dah Hampa Celaru..Orang Lain Pun Hampa Nak Bagi Celaru..

 

Gugur kerakyatan Mat Sabu tapi beri kerakyatan kepada warga asing.

11:53 AM DRS. KHALIL IDHAM LIM

 

11 Syawal 1432H. [MOD] -

Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

 

Menghalau penjajah lebih mudah berbanding membuang pemikiran penjajah – itulah ungkapan untuk menggambarkan walaupun negara telah merdeka 54 tahun, namun pemikiran penjajah masih kukuh dan utuh dalam pemikiran sesetengah golongan sehingga ada yang masih berbangga dengan apa yang ditinggalkan penjajah. Apa yang menyayatkan hati ialah kebutaan golongan ini dalam membakulsampahkan golongan yang ikhlas berjuang menghalau penjajah kini sebagai komunis.

 

Manakala golongan yang sanggup bersekongkol dengan penjajah dan taat menerima segala arahan penjajah sehingga membidas, mencedera dan malah ada yang sanggup membunuh orang sendiri yang melawan penjajah pula didewa-dewakan mereka sebagai hero.

 

Seluruh fakta sejarah yang bersama Inggeris dikekalkan, bahkan nama-nama parti politik masih menggunakan bahasa penjajah (Umno, MIC, MCA – semua adalah singkatan bahasa Inggeris) masih bangga mendabik dada dan berulang-ulang menyebut “Kamilah pejuang bangsa, Kamilah pembela tanahair” sehingga bertukar menjadi “Kami sahajalah pejuang bangsa, Kami sahajalah pembela tanahair” sehingga mengabaikan dan menggugurkan jasa para pejuang lain yang tidak diiktiraf pihak Inggeris dalam sejarah.

 

Dalam bab menjaga Islam lagi menyedihkan. Selepas 54 tahun negara merdeka, nama Islam bukan sahaja tidak bertambah harum, malah kian dilihat sebagai agama yang menghalalkan rasuah dalam pentadbiran, penyalahgunaan kuasa demi kekal berkuasa, rakyat didahulukan untuk disembelihkan apabila ekonomi negara disalahtadbir dan perundangan Islam hanya berlegar soal peribadi dan kekeluargaan.Bukan itu sahaja, malah majoriti institusi-institusi agama turut dikongkong untuk mengembangkan ajaran Islam dengan pelbagai enakmen yang direka bukan sahaja menyusahkan dan pada masa yang sama menyebabkan agama Islam ditertawakan.

 

Banggakah kita sesudah 54 tahun merdeka, isu-isu utama seperti soal perpaduan kaum, soal agama dan dasar pendidikan nasional dan soal memartabatkan bahasa kebangsaan masih teraba-raba mencari jalan keluar? Setiap kali menjelang pilihanraya umum, isu agama dan kaum akan digunakan sebagai senjata sewenang-wenangnya oleh parti pemerintah untuk dijaja kepada kaum masing-masing bagi meraih undi.Inilah nasib bilamana negara dipimpin oleh mereka yang pemikiran masih dibelenggu oleh elemen penjajah.

 

Akhir-akhir ini, gesaan untuk melucutkan kerakyatan dan memperbanyakkan laporan polis dan saranan seseorang agar ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hanya kerana bercanggah pendapat dengan pihak pemerintah telah menjadi satu budaya baru dalam negara.Segalanya dibuat seolah-olahlah merekalah undang-undang, dan merekalah pendakwa dan merekalah jugalah hakim.

 

Terbaru, timbul pula desakan menggugurkan kerakyatan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu semata-mata kerana beliau mengangkat Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan. Tiada pula kedengaran, ada yang menyarankan mereka yang terlibat dalam konspirasi memberikan kerakyatan kepada warga asing dengan sewenang-wenangnya, yang terang-bederang khianat kepada negara selepas 54 tahun merdeka untuk dibuang kerakyatan?

 

Ini bukan ke satu lagi mentaliti penjajah – di mana mereka sanggup mengelirukan orang Tanah Melayu sendiri untuk melawan orang Tanah Melayu sendiri, tapi masa yang sama menjual negara ke tangan warga asing untuk mengundi mereka supaya boleh kekal berkuasa? Penjajah turut melakukan perkara yang sama, orang Tanah Melayu diambil sebagai pegawai, polis dan juga askar untuk melawan orang Tanah Melayu yang menentang penjajahan mereka supaya mereka boleh kekal berkuasa.

 

Sekiranya perlu Mat sabu digugurkan kerakyatan kerana menganggap Mat Indera sebagai seorang hero, bagaimana pula dengan penulis dan pakar sejarah yang menerbitkan buku Pengukir Nama Johor, yang dikatakan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman sebagai “penulisan dan catatan tersebut menjadi bahan kajian di atas prinsip kebenaran akademik untuk memperkayakan khazanah maklumat dan rakaman peristiwa sejarah kemerdekaan untuk tatapan dan pengetahuan generasi sebagai iktibar, panduan dan peringatan” yang mengangkat Mat Indera juga sebagai hero.

 

Bagaimana pula dengan kerakyatan Abdul Ghani apabila kenyataan beliau bercanggah dengan buku yang dinaungkannya sebagai “bahan kajian di atas prinsip kebenaran akademik” pada 2004 dengan menggelar Mat Indera sebagai pengganas untuk meneruskan hujah Umno yang semakin menikam Umno sendiri? Desakan ini juga sebenarnya menggambarkan betapa rakusnya kerajaan pemerintah dalam mengekalkan kuasa sehinggakan soal perundangan boleh diabaikan.

 

Kalau diikutkan kehendak Umno, rakyat langsung tak boleh bersuara menentang apa yang dilakukan oleh kerajaan – asalkan bercanggah dan menyebabkan kerajaan pemerintah tidak gembira, anda boleh disaran untuk dibuang kerakyatan. Sedangkan pada waktu yang sama, kerajaan pula beri warga asing kerakyatan walaupun mereka langsung tidak mempunyai apa-apa jasa kepada negara.

 

Inilah contoh terbaik untuk mengungkapkan kata-kata P.Ramlee “fening, fening.”

 

Ketua Penerangan PAS Pusat

8 September 2011





No comments: